bertajuk “operator kilang rayu jpn selesaikan isu … akhbar kosmo 28 11 2015.pdfmaklum balas...

2
SEGERA DENGAN FAKS Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3 Klt.34 (32) Tarikh : 02 Disember 2015 Ketua Pengarang Kosmo Tuan, MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR KOSMO BERTAJUK “OPERATOR KILANG RAYU JPN SELESAIKAN ISU NAMA, BUTIRAN AGAMA” BERTARIKH 28 NOVEMBER 2015, SABTU– M.S: 14 Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas. 2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang dibangkit oleh Puan Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy berkenaan status agama Islam yang tertera pada Kad Pengenalan beliau. 3. Hasil semakan rekod di Jabatan ini mendapati kedua ibu bapa kandung kepada Puan Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy telah memeluk Islam pada tahun 1999 berdasarkan surat akuan masuk Islam yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Agama. Sehubungan dengan itu, Puan Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy telah didaftarkan sebagai beragama Islam dengan nama Maartiyayini a/p Muniandy berdasarkan rekod permohonan Kad Pengenalan kali pertama yang telah dikemukakan oleh ibu bapa kandung beliau di Jabatan ini. Namun demikian, pada 13 Jun 2000 beliau pernah mengemukakan permohonan pindaan butiran Kad Pengenalan untuk menukar nama beliau kepada Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy. 4 Ingin dijelaskan jua, syarat permohonan pindaan Kad Pengenalan perlu mengemukakan dokumen seperti Kad Pengenalan pemohon, sijil kelahiran, akuan sumpah berkaitan permohonan yang dipohon dan Perintah Mahkamah Syariah bagi permohonan pertukaran agama daripada Islam kepada bukan Islam.

Upload: buidang

Post on 23-May-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEGERA DENGAN FAKS

Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3 Klt.34 (32) Tarikh : 02 Disember 2015 Ketua Pengarang Kosmo Tuan, MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR KOSMO BERTAJUK “OPERATOR KILANG RAYU JPN SELESAIKAN ISU NAMA, BUTIRAN AGAMA” BERTARIKH 28 NOVEMBER 2015, SABTU– M.S: 14 Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas. 2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang dibangkit oleh Puan Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy berkenaan status agama Islam yang tertera pada Kad Pengenalan beliau. 3. Hasil semakan rekod di Jabatan ini mendapati kedua ibu bapa kandung kepada Puan Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy telah memeluk Islam pada tahun 1999 berdasarkan surat akuan masuk Islam yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Agama. Sehubungan dengan itu, Puan Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy telah didaftarkan sebagai beragama Islam dengan nama Maartiyayini a/p Muniandy berdasarkan rekod permohonan Kad Pengenalan kali pertama yang telah dikemukakan oleh ibu bapa kandung beliau di Jabatan ini. Namun demikian, pada 13 Jun 2000 beliau pernah mengemukakan permohonan pindaan butiran Kad Pengenalan untuk menukar nama beliau kepada Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy. 4 Ingin dijelaskan jua, syarat permohonan pindaan Kad Pengenalan perlu mengemukakan dokumen seperti Kad Pengenalan pemohon, sijil kelahiran, akuan sumpah berkaitan permohonan yang dipohon dan Perintah Mahkamah Syariah bagi permohonan pertukaran agama daripada Islam kepada bukan Islam.

5. Sehubungan dngan itu, pihak JPN sedia memberi kerjasama sekiranya Puan Khatijah binti Abdul Hamid Muniandy hadir ke JPN untuk mengemukakan permohonan pindaan butiran dalam Kad Pengenalan dengan membawa semua dokumen berkaitan untuk menyokong permohonan beliau. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (FARA MAYA BINTI AHMAD JELANI) Pegawai Perhubungan Awam, b.p Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

: 03-88807077 : 03-88808288 : [email protected] s.k.: 1. YBhg. Dato’ KPPN 2. YBhg. Datin Seri TKPPN (P) 3. YBrs. Tuan TKPPN (O) 4. YBrs. Tuan TKPPN (ICT)