negeri sabah · perubahan skim perkhidmatan operator wayarles kerajaan telah bersetuju meluluskan...

75
NEGERI SABAH [JPAN: C.C.111/93 Klt.14] PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH BIL. 9/2007 SKIM PERKHIDMATAN BARU PERUBAHAN DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian Datuk/tuan/puan mengenai perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menerimapakai beberapa keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan Perubahan Skim Perkhidmatan seperti berikut: 1 Januari 2007 Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 Tahun 2006 Perubahan Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N14/N11 4 } } } Perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17/N22/N26 3 1 Julai 2007 } } } } } Pekeliling Perkhidmatan } Bil. 9 Tahun 2007 } } Perubahan Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11/ F14 2 1 Julai 2007 Pekeliling Perkhidmatan Bil.10 Tahun 2007 Perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17/N22/N32 1 Tarikh kuatkuasa Pekeliling Perkhidmatan Persekutuan Perkara Bil. 1

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • NEGERI SABAH

    [JPAN: C.C.111/93 Klt.14]

    PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH BIL. 9/2007

    SKIM PERKHIDMATAN BARUPERUBAHAN DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

    Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian Datuk/tuan/puan mengenai perkara yang tersebut

    di atas dan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menerimapakai beberapa

    keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan Perubahan Skim Perkhidmatan seperti berikut:

    1 Januari 2007 Pekeliling PerkhidmatanBil.18 Tahun 2006

    Perubahan Skim PerkhidmatanOperator Wayarles Gred N14/N11

    4

    }}}

    Perubahan Skim PerkhidmatanPembantu Tadbir (P/O) GredN17/N22/N26

    3

    1 Julai 2007

    }}} }} Pekeliling Perkhidmatan} Bil. 9 Tahun 2007}}

    Perubahan Skim PerkhidmatanOperator Mesin Prosesan Data Gred F11/ F14

    2

    1 Julai 2007 Pekeliling PerkhidmatanBil.10 Tahun 2007

    Perubahan Skim PerkhidmatanPembantu Tadbir (Kesetiausahaan)Gred N17/N22/N32

    1

    Tarikhkuatkuasa

    Pekeliling PerkhidmatanPersekutuan

    PerkaraBil.

    1

  • 1. PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)GRED N17/N22/N32

    1.1 Kerajaan telah bersetuju meluluskan perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu

    Tadbir (Kesetiausahaan) dibawah klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran Dan

    Sokongan berkuat kuasa 1 Julai 2007.

    Skim Perkhidmatan ini mengubah syarat lantikan dengan meminda kederasan

    mengambil trengkas daripada 60 p.s.m kepada 20 p.s.m dan menaip salinan

    trengkas itu sederas 15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

    1.2 Menggugurkan kelayakan Diploma Kesetiausahaan daripada UiTM yang telah tidak

    diteruskan dan memasukkan Kelayakan Diploma Kesetiausahaan daripada

    Politeknik-Politeknik Tempatan atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    Kerajaan dan

    1.3 Perubahan Syarat Kenaikan Pangkat ke Gred N32 iaitu pindaan kederasan

    mengambil trengkas daripada 100 p.s.m kepada 80 p.s.m

    Skim Perkhidmatan Baru Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) - Lampiran A

    Format Iklan Jawatan - Lampiran B

    2. i. PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESANDATA GRED F11/ F14

    ii. PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR GREDN17/N22/N26

    Kerajaan telah bersetuju meluluskan Perubahan Skim Perkhidmatan Operator Mesin

    Prosesan Data dan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir berkuatkuasa 1 Julai 2007.

    Perubahan ini adalah disebabkan Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang

    baru memperuntukkan perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke

    Perkhidmatan Pembantu Tadbir selain daripada Perkhidmatan Juruteknik Komputer.

    Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data - Lampiran A

    Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - Lampiran A1

    Format Iklan pengambilan - Lampiran B

    Penghuraian tugas Operator Mesin Prosesan Data - Lampiran C

    2

  • 3. PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR WAYARLES

    Kerajaan telah bersetuju meluluskan perubahan Skim Perkhidmatan Operator Wayarles

    berkuatkuasa 1 Januari 2007.

    Skim Perkhidmatan Baru ini mempertingkatkan Syarat Lantikan daripada Sijil Rendah

    Pelajaran (SRP) kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Skim Perkhidmatan dinaik taraf

    ke Gred N17/N22/N26. Selaras dengan ini maka Skim Perkhidmatan diubah sewajarnya.

    Skim Perkhidmatan Operator Wayarles - Lampiran A

    Format Iklan - Lampiran B

    Penghuraian Kerja - Lampiran C,C1,C2

    Borang Opsyen - Lampiran E - E4

    Borang Syarat Pertukaran Perlantikan - Lampiran E1

    Jadual Gaji - Lampiran F1 - F2

    Kaedah Pembayaran Gaji - Lampiran G1 - G5

    3.1 PELAKSANAAN

    Semua Pegawai dalam Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N11/N14 yang

    dilantik secara Tetap adalah layak diberi opsyen untuk ditukar lantik ke Skim

    Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N17/N22/N26 yang diubah mengikut

    syarat-syarat berikut:-

    (a) Operator Wayarles Gred N11/N14 hendaklah memiliki kelayakan SPM atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus Bahasa

    Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) diperingkat sijil

    tersebut, dan

    (b) Operator Wayarles Gred N11/N14 yang tidak memiliki SPM akan diberi

    kelonggaran syarat seperti berikut:-

    i. Memiliki PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    Kerajaan serta mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) tahun

    pengalaman dalam Perkhidmatan Operator Wayarles atau

    3

  • ii. Tamat darjah enam (6) sekolah penuh bantuan Kerajaan serta

    mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam

    Perkhidmatan Operator Wayarles.

    iii. Operator Wayarles yang sedang berkhidmat tetapi belum layak

    memenuhi syarat seperti diperenggan 3.1(a) dan (b) di atas akan

    terus kekal berada dalam perkhidmatan asal secara KUP sehingga

    memenuhi syarat-syarat tersebut. Tempoh perkhidmatan yang boleh

    dimasuk kira hendaklah dalam perkhidmatan Tetap tetapi tidak

    termasuk tempoh Cuti Tanpa Gaji.

    3.2 PEMBERIAN OPSYEN

    i. Pihak Berkuasa Melantik melalui Ketua Perkhidmatan hendaklahmenawarkan opsyen tukar lantik kepada pegawai yang sedang berkhidmat

    dalam Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N11/N14.

    ii. Pilihan opsyen adalah muktamad.

    iii. Tempoh opsyen 30 hari dari surat opsyen dikeluarkan.

    iv. Pegawai yang dianggap menolak opsyen adalah pegawai yang menolakopsyen, tidak membuat sebarang opsyen, gagal mengembalikan borang

    opsyen tanpa sebab dan yang membuat opsyen dengan bersyarat mereka

    akan kekal dalam gred jawatan dan skim perkhidmatan asal secara KUP.

    v. Tawaran opsyen hanya kepada pegawai berjawatan tetap termasuk dalamtempoh percubaan dan dalam Skim Perkhidmatan Operator Wayarles serta

    berada dalam Sistem Saraan Malaysia.

    vi. Tawaran opsyen hendaklah diberi kepada pegawai yang berada dalamkeadaan berikut:-

    a. Dipinjamkan atau ditukar sementara

    b. Sedang bercuti

    c. Tidak hadir bertugas semasa opsyen ditawarkan dan berkuatkuasa

    d. Sedang dalam proses tindakan tatatertib

    e. Sedang menjalani hukuman tatatertib selain daripada hukuman

    buang kerja.

    4

  • vii. Pegawai yang sedang dalam proses tindakan tatatertib, jika sabit kesalahandan dijatuhi hukuman buang kerja dalam tempoh opsyen, tawaran opsyen

    dengan sendirinya terbatal.

    viii. Jika surat opsyen tidak dapat disampaikan termasuk kepada pegawai dalamkeadaan seperti dipara (iv) pihak berkuasa boleh menawarkan surat tawaran

    opsyen dengan memberi tempoh 30 hari untuk buat pilihan, walaupun

    tempoh opsyen telah tamat.

    ix. Borang opsyen dan surat tawaran opsyen adalah seperti dalam LampiranE,E1,E2,E3 dan E4.

    3.3 KAEDAH PERLAKSANAAN OPSYEN

    a. Pihak Berkuasa Melantik

    i. Menyampaikan opsyen kepada pegawai yang terlibat

    b. Ketua Jabatan

    i. Menyampaikan opsyen kepada pegawai.

    ii. Memberi penjelasan terperinci mengenai opsyen dan implikasi keputusandibuat.

    iii. Mengemaskinikan kenyataan Perkhidmatan dan kenyataan cuti pegawaiterlibat selaras dengan perubahan-perubahan.

    iv. Menghubungi Bahagian Pembangunan Organisasi, JabatanPerkhidmatan Awam Negeri untuk urusan pewujudan jawatan Operator

    Wayarles Gred N17/N22/N26 dan pemansuhan jawatan di Gred N11/N14.

    v. Melaksanakan Skim Perkhidmatan ini dalam tempoh 6 bulan danmelaporkan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi status

    pelaksanaannya.

    5

  • c. Pegawai Yang Ditawarkan Opsyen

    i. Membaca dengan teliti dan faham opsyen sebelum membuat keputusan.

    ii. Opsyen adalah muktamad. Ketua Jabatan perlu dirujuk jika ada keraguan.

    iii. Melengkapkan 2 borang opsyen iaitu 1 salinan untuk pegawai berkenaan.

    iv. Buat pilihan sama ada menerima atau menolak opsyen dan mengembalikan

    borang opsyen dalam tempoh 30 hari mulai tarikh tawaran.

    3.4 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN

    3.4.1 Kaedah penetapan gaji permulaan bagi pertukaran pelantikan Skim Perkhidmatan

    Operator Wayarles Gred N11,N14 ke Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred

    N17,N22,N26 ditetapkan seperti berikut:-

    a. Operator Wayarles yang belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh

    kuatkuasa pertukaran pelantikan hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi

    berhampiran dengan matagaji gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) Gred

    jawatan baru.

    b. Operator Wayarles yang telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh

    kuatkuasa pertukaran pelantikan hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi

    berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1)

    yang mana jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di

    gred Jawatan asal. Jika matagaji di P1 atau P2 gred Jawatan Baru tidak

    dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas,

    gaji boleh ditetapkan di Peringkat (P) berikutnya dan

    c. Jika matagaji di Gred Jawatan Baru tidak dapat menampung gaji permulaan

    yang ditetapkan mengikut prinsip-prinsip di atas, maka Jadual Gaji KUP

    hendaklah dipohon daripada Bahagian Saraan dan Pencen, Jabatan

    Perkhidmatan Awam Negeri.

    6

  • 3.4.2 Secara terperinci penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang sedang berkhidmat

    dalam Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N11,N14 ke Gred N17 adalah

    ditetapkan seperti berikut:-

    a. Operator Wayarles Gred N11 yang belum disahkan dalam perkhidmatan

    tetapi telah memenuhi syarat seperti ditetapkan diperenggan 3.1(a) dan (b)

    hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir

    di Gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1).

    b. Operator Wayarles Gred N11 yang belum disahkan dalam perkhidmatan

    serta belum memenuhi syarat yang ditetapkan diperenggan 3.1(a) dan (b)

    hendaklah dikekalkan secara KUP dalam Skim Perkhidmatan sedia ada.

    Gaji mereka hanya akan diselaraskan ke matagaji tertinggi berhampiran

    dengan matagaji akhir di Gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) sehari

    selepas memenuhi syarat yang ditetapkan diperenggan 3.1(a) dan (b).

    c. Operator Wayarles Gred N11 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan

    telah memenuhi syarat yang ditetapkan diperenggan 3.1(a) dan (b),

    hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir

    di gred jawatan asal mengikut Peringkat 1 (P1) yang jumlahnya tidak kurang

    daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika matagaji di

    P1 gred jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang

    ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji permulaan bolehlah ditetapkan di

    matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat 2 (P2) dan seterusnya di

    Peringkat 3 (P3), jika matagaji P2 masih tidak dapat menampung gaji

    permulaan yang ditetapkan.

    d. Operator Wayarles Gred N11 yang telah disahkan dalam perkhidmatan tetapi

    belum memenuhi syarat seperti yang ditetapkan di perenggan 3.1(a) dan (b),

    hendaklah dikekalkan secara KUP dalam Skim Perkhidmatan sedia ada.

    Gaji mereka hanya akan diselaraskan ke matagaji tertinggi berhampiran

    dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) yang

    jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan

    asal, sehari selepas memenuhi syarat yang telah ditetapkan di perenggan

    3.1 (a) dan (b).

    7

  • e. Operator Wayarles Gred N14 yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan di

    perenggan 3.1(a) dan (b), hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi

    berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1)

    yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred

    jawatan asal. Jika matagaji di P1 gred jawatan baru tidak dapat menampung

    gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji permulaan

    bolehlah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat 2 (P2) dan

    seterusnya di Peringkat 3 (P3), jika matagaji P2 masih tidak dapat

    menampung gaji permulaan yang ditetapkan; dan

    f. Operator Wayarles Gred N14 yang belum memenuhi syarat seperti yang

    ditetapkan di perenggan 3.1(a) dan (b), hendaklah dikekalkan secara KUP

    dalam Skim Perkhidmatan sedia ada. Gaji mereka hanya akan diselaraskan

    ke matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal

    Peringkat 1 (P1) yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji

    Biasa di gred jawatan asal, sehari selepas memenuhi syarat yang telah

    ditetapkan di perenggan 3.1(a) dan (b).

    Jadual Gaji Matriks Gred N17,N22,N26 bagi Skim Perkhidmatan Operator Wayarles

    adalah seperti di Lampiran F,F1 dan F2 manakala contoh kaedah penetapan gaji

    permulaan pertukaran pelantikan adalah seperti di Lampiran G,G1,G2,G3,G4 dan

    G5.

    3.5 PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

    Pergerakan gaji tahunan di gred jawatan asal yang sepatutnya diterima oleh pegawai

    dalam tahun pertukaran pelantikan dikuatkuasakan hendaklah diberi di gred jawatan

    baru kecuali bagi pegawai yang belum memenuhi syarat seperti yang ditetapkan di

    perenggan 3.1(a) (b).

    8

  • 3.6 TARIKH PERGERAKAN GAJI

    Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) asal bagi pegawai yang terlibat dalam urusan ini

    hendaklah diubah kepada satu TPG baru pada tahun berikutnya selepas

    pelaksanaan pertukaran pelantikan ini. TPG baru ialah mulai 1 Januari berikutnya.

    Bagi pegawai yang belum memenuhi syarat yang ditetapkan, TPG baru bagi tahun

    berikutnya berubah pada 1 Januari selepas pegawai ditukar lantik ke Gred N17 Skim

    Perkhidmatan Operator Wayarles.

    3.7 ELAUN DAN KEMUDAHAN

    Pegawai yang ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred

    N17,N22,N26 akan menerima elaun dan kemudahan mengikut pekeliling

    perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran yang berkuat kuasa.

    4. PEMBATALAN SKIM PERKHIDMATAN SEDIA ADA

    Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini maka:-

    (i) Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang berkuat kuasa mulai 1

    November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dibatalkan

    dan diganti dengan Skim Perkhidmatan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini.

    (ii) Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang berkuat kuasa melalui

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 39 Tahun 2005 dan Skim Perkhidmatan Pembantu

    Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Bilangan 17

    Tahun 2006 adalah dibatalkan dan diganti dengan Skim Perkhidmatan dalam

    Pekeliling Perkhidmatan ini. Semua pelantikan mulai 1 Julai 2007 hendaklah

    menggunakan Skim Perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data yang baru.

    (iii) Skim Perkhidmatan Operator Wayarles Gred N11,N14 yang berkuat kuasa pada 1

    November 2002 melalui Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

    hanya kekal untuk menampung pegawai yang belum memenuhi syarat seperti yang

    ditetapkan di perenggan 3.1(a) dan (b) serta pegawai yang menolak opsyen

    pertukaran pelantikan ini.

    9

  • 5. PENUTUP

    Pihak Datuk/Tuan/Puan dinasihatkan mengambil tindakan sewajarnya berikutan dengan

    keputusan ini dan menyampaikan ke pengetahuan pegawai yang bertanggungjawab dalam

    melaksanakan skim-skim tersebut. Jika terdapat sebarang masalah, pihak Datuk/Tuan/Puan

    bolehlah menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Bahagian Pembangunan

    Organisasi, untuk penjelasan lanjut.

    Sekian, dan terima kasih.

    [ SUKARTI BIN WAKIMAN ]Setiausaha Kerajaan Negeri

    s.k. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,Bahagian Pembangunan Organisasi,Aras 7 - 8, Blok C2, Parcel C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P. PUTRAJAYA, MALAYSIA.

    s.k. Setiausaha,Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri,Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS,Peti Surat 10998,88811 KOTA KINABALU.

    10