bersedialah dengan cpf€¦ · bagi penjagaan kesihatan pendapatan sepanjang hayat semasa...

24
cpf.gov.sg/BeReady Bersedialah dengan CPF Dari hari pertama anda bekerja sehingga usia senja anda Tempat tinggal Perlindungan asas bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

cpf.gov.sg/BeReady

Bersedialah dengan CPFDari hari pertama anda bekerja

sehingga usia senja anda

Tempat tinggal

Perlindungan asas bagi penjagaan

kesihatan

Pendapatan sepanjanghayat semasa

persaraan

Page 2: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

1 CPF – Asas dalam Persaraan Anda

Perancangan persaraan boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan. Anda mungkin mempunyai persoalan tentang bagaimana untuk merancang hari tua anda dan sama ada anda akan mempunyai simpanan yang mencukupi. Bagi kebanyakan warga Singapura, sistem CPF menyediakan asas bagi persaraan mereka tetapi ianya sering diabaikan. Sila baca untuk mengetahui bagaimana anda dapat memanfaatkan simpanan anda dan bersiap sedia untuk hari-hari senja anda dengan CPF.

3 Keperluan Asas dalam PersaraanDalam perancangan persaraan, adalah penting untuk menjaga keperluan asas kehidupan dalam persaraan supaya anda boleh bersara dengan lebih tenang.

Rumah yang telah dibayar sepenuhnya

memberi anda jaminan tempat

tinggal, tanpa perlu risau tentang sewa. Rumah anda juga

boleh menambahkan pendapatan

persaraan anda.

Perlindungan penjagaan kesihatan adalah penting bukan

sahaja di usia tua tetapi juga semasa anda masih muda. Bil-bil

perubatan yang tinggi boleh melenyapkan tabungan persaraan

anda dengan mudah.

Aliran pendapatan yang stabil

sepanjang hayat untuk memenuhi

perbelanjaan harian anda pada usia senja

supaya anda tidak perlu risau tentang

simpanan yang tidak mencukupi.

#1 Tempat Tinggal

#2 Perlindungan Asas bagi Penjagaan

Kesihatan

#3 Wang tunai untuk Perbelanjaan

Harian

2

Page 3: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Semasa anda bekerja, anda mula menabung untuk 3 keperluan asas ini dalam Akaun Biasa, MediSave dan Khas dengan sumbangan CPF anda. Apabila anda mencapai usia 55 tahun, Akaun Persaraan (RA) akan dibuat untuk anda.

Akaun Biasa (OA)

Akaun Khas (SA)

Akaun MediSave

(MA)

Akaun Persaraan

(RA)

Usia 55 & ke atas

Boleh digunakan untuk perumahan, insurans

dan pelaburan

Boleh digunakan untuk produk kewangan yang berkaitan dengan usia senja dan persaraan

Boleh digunakan untuk perbelanjaan hospital

dan insurans perubatan yang diluluskan

Digunakan untuk menyediakan pembayaran

persaraan bulanan

Tip #1Urus Pinjaman Perumahan anda – Wujudkan keseimbangan di antara menggunakan wang tunai dan CPF dalam pembiayaan rumah anda. Simpanan CPF anda akan menjadi pembayaran persaraan anda kelak.

3

Page 4: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

3 Pihak Bekerja Berganding BahuAnda tidak menabung bersendirian. Majikan anda juga turut membantu.

Sebagai contoh, sekiranya anda berusia di bawah umur 55 tahun, untuk setiap dolar yang anda carumkan kepada SA anda, majikan anda akan menambah sebanyak 85 sen, yang menjadikan jumlah tersebut meningkat kepada $1.85.

Simpanan anda meningkat…Pemerintah membantu anda meningkatkan simpanan CPF anda dengan membayar faedah tambahan pada $60,000 pertama dari baki gabungan anda (terhad pada $20,000 untuk OA)1.

Mereka yang di bawah usia 55 tahun boleh memindahkan simpanan dari OA ke SA untuk mengembangkan simpanan. Dengan kuasa faedah kompaun, setiap dolar dalam SA anda akan meningkat lebih dua kali ganda dalam 20 tahun.

Sebagai contoh, $1.85 anda akan berganda kepada $3.70 dalam tempoh kira-kira 20 tahun, dan $7.40 dalam kira-kira 40 tahun. Ini adalah 7 kali ganda sumbangan $1 anda!

Selain sumbangan daripada pekerjaan, anda juga boleh memilih untuk menokok SA dengan wang tunai dan nikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setahun. Tertakluk pada syarat.

1 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar faedah CPF, sila rujuk cpf.gov.sg/CPFInterestRates.

Kadar-kadar caruman ini adalah untuk ahli yang berusia 55 tahun dan ke bawah.

17% dari gaji

20% dari gaji

Caruman CPF

Daripada majikan anda daripada anda

Untuk ahli di bawah usia 55 tahun

Untuk ahli berusia 55 tahun ke atas

Sehingga

6%Pada $30,000 pertama

baki CPF gabungan (sehingga $20,000

dari OA)

Sehingga

5%Pada $30,000

seterusnya (sehingga $20,000 dari OA)

Sehingga

5%Pada $60,000 pertama

baki CPF gabungan (sehingga $20,000

dari OA)

OA2.5% setahun

SA4% setahun

MA4% setahun

RA4% setahun

OA2.5% setahun

SA4% setahun

MA4% setahun

4

Page 5: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Sokongan untuk Pekerja Bergaji RendahSekiranya anda seorang pekerja bergaji rendah, anda juga boleh menerima sokongan tambahan di bawah Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja atau Workfare Income Supplement Scheme (WIS) untuk membantu anda membina tabungan anda. WIS menggalakkan pekerja yang layak untuk terus bekerja dan mengembangkan simpanan CPF mereka untuk persaraan, perumahan dan penjagaan kesihatan yang diperlukan melalui pembayaran tunai dan caruman CPF.

Anda akan menerima WIS sekiranya anda memenuhi kriteria berikut:

¹ Pendapatan termasuk gaji asas dan gaji tambahan seperti bayaran bagi kerja lebih masa dan bonus. 2 Anda harus memperoleh pendapatan bulanan kasar purata tidak lebih daripada $2,300 dalam tempoh 12 bulan yang lalu.3 Termasuk individu kurang upaya di bawah usia 35 tahun.

1 2

45-54

55-59

Bekerja sekurang-kurangnya sebulan

Anda layak untuk WIS jika anda:

Warga Singapura

Berusia 35 tahun ke atas

Bukan pemilik 2 atau lebih hartanah

Anda dan suami/isteri tidak harus memiliki dua atau lebih hartanah secara bersama.

Pendapatan suami/isteri anda yang ditaksir tidak harus melebihi $70,000

Tinggal dalam hartanah dengan nilai tahunan $13,000 atau kurang pada 31 Dis 2019

Jika anda sudah berkahwin,

Usia anda WIS tahunan maksimum

353-44

Memperolehi pendapatan tidak

lebih daripada $2,3001 untuk bulan bekerja dan dalam masa 12 bulan² yang lalu

$1,700

$2,500

$3,300

$4,000

Sekiranya anda bekerja, anda akan dinilai berdasarkan caruman CPF daripada majikan anda secara automatik. Kunjungi cpf.gov.sg/wis untuk maklumat lanjut.

5

Page 6: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

2 Persediaan untuk Hari Tua Anda – Mengembangkan Simpanan Anda

Tip#2Pertimbangkan untuk membuat bayaran balik wang simpanan CPF yang telah digunakan untuk rumah untuk memanfaatkan faedah. Daftar masuk ke Khidmat Dalam Talian my cpf menggunakan SingPass anda untuk mengetahui jumlah yang boleh dibayar balik sebelum memulakan langkah tersebut.

Semua ahli mempunyai kelonggaran dan pilihan untuk mengembangkan simpanan persaraan mereka yang sesuai dengan keperluan yang berbeza dan kesediaan menanggung risiko tertentu.

Bagi mereka yang mempunyai masa dan kepakaran kewanganAnda boleh memilih untuk melabur dalam lebih daripada 200 dana pelaburan yang di bawah Skim Pelaburan CPF atau CPF Investment Scheme (CPFIS). Harus diingatkan bahawa pulangan yang tinggi juga mempunyai risiko yang tinggi.

6

Page 7: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Bagi mereka yang ingin memilih pelaburan tanpa risikoSekiranya anda enggan mengambil risiko, sila pertimbangkan untuk menyimpan simpanan anda di akaun CPF anda untuk menikmati kadar faedah yang menarik1.

Untuk menikmati pembayaran bulanan yang lebih tinggi selepas persaraan, anda boleh menokok wang di dalam SA (jika anda di bawah usia 55 tahun) atau RA (jika anda berusia 55 tahun ke atas) sehingga Jumlah Penuh (FRS) atau Jumlah Dipertingkat (ERS). Tambahan lagi, anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setahun bagi tokokan tunai akaun anda, sehingga FRS sedia ada.

Langkah alternatif adalah untuk memindahkan wang simpanan dari OA ke SA (jika anda berusia 55 tahun ke bawah) atau SA/OA2 ke RA (jika anda berusia 55 tahun ke atas) untuk menerima faedah yang lebih tinggi. Anda boleh memindahkan jumlah wang simpanan sehingga FRS sedia ada ke SA atau ERS ke RA anda. Tokokan tunai dan pemindahan wang tidak boleh dikembalikan, untuk itu rancang kewangan anda sebelum memulakan pilihan ini.

1 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar faedah CPF, sila rujuk cpf.gov.sg/CPFInterestRates.2 Hanya selepas simpanan SA telah dipindahkan sepenuhnya.

3 Nikmati pelepasan cukai sehigga $7,000 setahun. Tertakluk kepada syarat.

DI BAWAH 55 55 TAHUN KE ATAS

TUNAI3TUNAI3

OAOA2

SA RA SA

1) Peroleh lebih faedah2) Nikmati pelepasan cukai apabila anda menokok wang3

3) Terima pembayaran bulanan sepanjang hidup4) Nikmati pembayaran bulanan lebih tinggi

KELEBIHAN

7

Page 8: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

3 Menjangkau usia 55 tahun – Mengetepikan Jumlah Persaraan Anda

Pada usia 55 tahun, simpanan dari SA dan OA, sehingga FRS yang ditentukan, akan dipindahkan kepada RA untuk membentuk jumlah simpanan persaraan. Jumlah tersebut akan memberikan anda pembayaran bulanan mulai usia anda layak menerima pembayaran1 di bawah Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia (CPF LIFE) atau Skim Jumlah Persaraan (RSS).

Bergantung kepada gaya hidup yang anda inginkan, anda boleh memilih dari pelbagai pilihan pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan anda. Pembayaran bulanan yang anda inginkan akan membantu menentukan berapa banyak yang perlu anda ketepikan dalam RA anda.

1 Usia layak menerima pembayaran pada masa ini adalah 65 tahun bagi ahli yang lahir pada tahun 1954 atau kemudian.

55Tahun

Akaun Khas (SA)

Akaun Biasa (OA)

8

Page 9: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Jumlah Persaraan yang anda ketepikan pada usia 55 tahun akan berkembang dengan faedah dari masa ke semasa. Jadual di bawah menunjukkan berapa banyak simpanan persaraan anda yang akan berkembang pada usia yang berbeza. Sekiranya anda ingin mendapatkan pembayaran bulanan dalam tahap jumlah yang tertentu, ini adalah simpanan yang anda perlu ketepikan di pelbagai peringkat usia. Jumlah tokokan dihadkan kepada ERS semasa untuk ahli yang berusia 55 tahun ke atas.

Pembayaran dianggarkan berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE yang dikira pada 2020.

Jumlah-jumlah ini dikenakan bagi anggota yang berusia 55 tahun pada 2020.

1 Jumlah Asas [Basic Retirement Sum (BRS)] – Jika anda memiliki hartanah. Hartanah yang anda miliki perlu mempunyai baki tempoh pajakan sekurang-kurangnya sehingga anda berusia 95 tahun.

2 Jumlah Penuh [Full Retirement Sum (FRS)] adalah 2 x BRS – Jika anda tidak memiliki hartanah atau ingin mendapatkan pembayaran yang lebih tinggi.

3 Jumlah Dipertingkat [Enhanced Retirement Sum (ERS)] adalah 3 x BRS – Jika anda ingin mendapatkan pembayaran jauh lebih tinggi.

Apakah pembayaran bulanan yang anda inginkan?Bagi mereka yang mencapai usia 55 pada 2020

$1,520-

$1,640

$90,500 $271,500$181,000

$2,030-

$2,180$1,390

-$1,490

$750-

$810$540-

$580

$540-$580$750-$810

$960-$1,030$1,390-$1,490$1,520-$1,640$2,030-$2,180

$75,900$112,300$147,500$220,300$242,900$328,300

$60,000$90,500

$120,000$181,000$200,000$271,500

$97,200$141,500$184,300$272,900$300,500$404,300

Untuk menerima jumlah pembayaran seumur hidup

ini dari usia 65 tahun

Simpanan yang anda perlukan dalam RA pada usia 55 tahun

Simpanan yang anda perlukan dalam RA pada usia 60 tahun

Simpanan yang anda perlukan dalam RA pada usia 65 tahun

1 2 3

9

Page 10: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Jumlah Persaraan yang dikenakan bagi pencarum yang akan mencapai usia 55 tahun dari tahun 2020 hingga 2022 seperti yang tertera di bawah boleh membantu anda merancang untuk persaraan anda.

Tip#3Anda boleh terus membayar pinjaman perumahan anda dengan:

• Memperuntukkan simpanan OA pada usia 54 tahun, supaya simpanan anda tidak akan dipindahkan ke RA apabila anda mencapai usia 55 tahun.

• Menggunakan sebarang sumbangan baru ke OA anda.

Baca lebih lanjut tentang cara anda boleh terus menggunakan simpanan CPF untuk membayar pinjaman perumahan di cpf.gov.sg > CPF Schemes > Housing.

Pembayaran dianggarkan berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE yang dikira pada 2020.

Usia 55 pada2020

Usia 55 pada2021

Usia 55 pada2022

Jumlah Asas $90,500 $93,000 $96,000

Baki RA yang diunjurkan pada usia 65 tahun $141,500 $145,100 $149,500

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun $750-$810 $770-$830 $790-$850

Jumlah Penuh $181,000 $186,000 $192,000

Baki RA yang diunjurkan pada usia 65 tahun $272,900 $280,100 $288,900

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun $1,390-$1,490 $1,430-$1,530 $1,470-$1,570

Jumlah Dipertingkat $271,500 $279,000 $288,000

Baki RA yang diunjurkan pada usia 65 tahun $404,300 $415,200 $428,200

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun $2,030-$2,180 $2,080-$2,230 $2,140-$2,300

10

Page 11: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Keputusan yang perlu diambil setelah anda berusia 55 tahun:

Pembayaran bulanan masa depan yang anda inginkan akan membantu menentukan berapa banyak yang anda perlu ketepikan di dalam RA. Semakin tinggi pembayaran bulanan, semakin banyak simpanan yang anda perlu ketepikan. Anda juga boleh menokok wang atau memindahkan wang simpanan dari SA/OA1 ke RA anda sehingga ERS untuk menikmati pembayaran lebih tinggi.

Anda boleh mengeluarkan sehingga $5,000 dari SA dan OA, atau baki simpanan CPF2 selepas mengetepikan ke dalam RA (i) FRS, atau (ii) BRS (jika anda memiliki hartanah)3.

Bagaimanapun, jika anda tiada keperluan segera bagi simpanan ini, biarkannya dalam akaun CPF anda agar terus memperoleh faedah. Apabila keperluan timbul, anda boleh mengeluarkan sepenuhnya atau sebahagiannya, seberapa kerap yang anda suka, dan pada bila-bila masa selepas mencapai usia 55 tahun. Dengan PayNow, anda boleh menerima simpanan CPF anda dengan hampir serta-merta.

Tip#4Dari usia 55 tahun, gabungan simpanan CPF anda akan memperoleh faedah sehingga 6% setahun. Ini termasuk faedah tambahan sebanyak 2% setahun bagi $30,000 pertama dan 1% setahun bagi $30,000 berikutnya dari simpanan gabungan anda (terhad pada $20,000 untuk OA). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar faedah CPF, sila rujuk cpf.gov.sg/CPFInterestRates.

1 Simpanan SA akan dipindahkan sepenuhnya sebelum OA.2 Merujuk kepada simpanan OA, SA dan RA. Untuk simpanan RA, ini tidak termasuk wang tokokan, faedah yang diterima dan sebarang geran pemerintah yang diterima. 3 Hartanah yang anda miliki perlu mempunyai baki tempoh pajakan sekurang-kurangnya sehingga anda berusia 95 tahun.

Berapa jumlah yang harus diketepikan dalam RA?

Patutkah saya keluarkan simpanan?

11

Page 12: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

4 Pada Usia Senja Anda – Memilih Pembayaran Anda

Dengan jangka hayat yang lebih panjang, aliran pendapatan sepanjang hayat dapat menolong anda membuat persediaan secukupnya untuk masa persaraan yang lebih lama.

Jumlah Persaraan yang anda ketepikan dalam RA anda akan digunakan untuk menyediakan anda dengan pembayaran bulanan dari usia anda layak menerima pembayaran.

Sekiranya anda adalah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap yang lahir pada atau selepas tahun 1958, dan mempunyai sekurang-kurangnya $60,000 dalam RA anda enam bulan sebelum anda berusia 65 tahun, anda akan menggunakan CPF LIFE yang memberi anda pembayaran bulanan pada bila-bila masa dari usia 65 tahun, selama anda hidup. Sekiranya anda memenuhi kriteria di atas, kami akan mengirimkan surat kepada anda untuk menjelaskan lebih lanjut pilihan yang anda miliki dan pilihan yang harus anda buat. Jika anda dilahirkan pada 1957 atau sebelum itu, anda tertakluk di bawah RSS1.

Bagi mereka yang ingin mengeluarkan sedikit wangJika anda dilahirkan pada 1958 atau selepas itu, anda boleh memilih untuk mengeluarkan sehingga 20% daripada baki RA (termasuk $5,000 pertama yang boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun) dari usia anda layak menerima pembayaran iaitu 65 tahun. Namun, ini akan mengurangkan jumlah pembayaran setiap bulan.

Bagi mereka yang boleh menungguJika anda masih bekerja atau mempunyai sumber pendapatan lain, anda boleh memilih untuk memulakan pembayaran bila-bila masa dari usia anda layak menerima pembayaran sehingga 70 tahun. Bagi setiap tahun pembayaran tersebut ditangguh, ia akan meningkat 7%.

1 Rujuk kepada muka surat 14 berkaitan RSS.

$750 to $810

$800 to $860

$840 to $910

$890 to $960

$950 to $1,020

$1,000 to $1,090

65

66

67

68

69

70

Mula pembayaran pada usia

Pembayaran bulanan sepanjang hayat

Pembayaran adalah anggaran berdasarkan ahli yang telah mengetepikan Jumlah Asas sebanyak $90,500 pada usia 55 tahun dan pembayaran Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2020.

Tahukah anda bahwajika anda memulakan

pembayaran pada usia 70 dan bukan 65, anda akan

menikmati tambahan sebanyak $250 hingga $280 dalam pembayaran bulanan

sepanjang hayat?

12

Page 13: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

3 Pelan CPF LIFE untuk anda pilihTerdapat 3 pelan CPF LIFE untuk anda pilih - Pelan Standard, Pelan Meningkat dan Pelan Asas. Pelan-pelan ini berbeza dari segi pembayaran bulanan yang akan anda terima. Anda hanya perlu memilih pelan CPF LIFE apabila anda ingin memulakan penerimaan pembayaran bulanan CPF LIFE anda pada bila-bila masa dari usia 65 hingga 70 tahun. Sekiranya anda belum memilih pelan CPF LIFE pada usia 70 tahun, kami akan meletakkan anda secara automatik di Pelan Standard CPF LIFE dan mulakan pembayaran anda pada usia 70 tahun.

Tip#5Dengan perancangan lanjut, flat HDB anda boleh menjadi sumber pendapatan tetap untuk memenuhi keperluan persaraan anda. Anda boleh mempertimbangkan untuk menambah pendapatan persaraan anda melalui beberapa pilihan bagi meraih pendapatan dari rumah anda.

1. Jual sebahagian daripada tempoh pajakan flat anda melalui Skim Beli Balik Pajakan.

2. Tukar kepada flat yang lebih kecil dan nikmati Bonus Perumahan untuk Warga Emas.

3. Sewakan flat anda atau bilik yang tidak digunakan.

$750 to $810

$800 to $860

$840 to $910

$890 to $960

$950 to $1,020

$1,000 to $1,090

65

66

67

68

69

70

Mula pembayaran pada usia

Pembayaran bulanan sepanjang hayat

Pembayaran adalah anggaran berdasarkan ahli yang telah mengetepikan Jumlah Asas sebanyak $90,500 pada usia 55 tahun dan pembayaran Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2020.

Tahukah anda bahwajika anda memulakan

pembayaran pada usia 70 dan bukan 65, anda akan

menikmati tambahan sebanyak $250 hingga $280 dalam pembayaran bulanan

sepanjang hayat?

Tahap pembayaranbulanan yang lebih

tinggi

Pembayaranbulanan yang

bermula rendah tapimeningkat sebanyak

2% setiap tahun

PelanPenambahan

PelanAsas

PembayaranBulanan

Pembayaran bulananyang lebih rendah*

Nota: Untuk semua pelan CPF LIFE, pembayaran boleh diselaraskan untuk menjelaskan perubahan jangka panjang dalamkadar faedah atau jangka hayat. Pelarasan sedemikian (jika ada) dijangka kecil dan beransur-ansur.

PelanStandard

(Secara Automatik)

Baki premium CPF LIFE (jika ada) bersama dengan simpanan CPF yang masih ada akan diagihkan kepada benefisiari anda selepas kematian anda.

*Pembayaran bulanan Pelan Asas akan berkurangan apabila baki CPF gabungan anda berada di bawah $60,000. Ini disebabkan oleh kurangnya faedah tambahan yang diperolehi.

13

Page 14: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Skim Jumlah Persaraan [Retirement Sum Scheme (RSS)]Jika anda tidak berada di bawah CPF LIFE, anda boleh sertai CPF LIFE bila-bila masa dari usia 65 tahun sehingga sebelum usia anda mencecah 80 tahun. Jika tidak, anda akan

menerima pembayaran bulanan dari RA di bawah RSS, sehingga baki RA anda habis.

Bagaimanakah saya memulakan pembayaran bulanan saya?Anda boleh mengarahkan Lembaga CPF supaya memulakan pembayaran bulanan anda bila-bila masa sahaja mulai usia anda layak menerima pembayaran1 sehingga mencecah usia 70 tahun dengan:

- Menghantar borang dalam talian melalui laman CPF; atau

- Mengunjungi mana-mana Pusat Khidmat CPF di serata pulau dengan menggunakan Kad Pengenalan.

Bergantung sama ada anda di bawah CPF LIFE atau RSS, berikut adalah langkah-langkah yang boleh dipertimbangkan:

CPF LIFE Skim Jumlah Persaraan

Jika anda ingin memulakan pembayaran bulanan anda selepas usia kelayakan menerima pembayaran1

Anda boleh merujuk kepada arahan yang boleh didapati di pakej undangan yang akan dihantar kepada anda apabila anda mendekati usia kelayakan menerima pembayaran.

Jika anda ingin mengira anggaran pembayaran bulanan anda

Gunakan Penganggar CPF LIFE.

Lungsuri cpf.gov.sg/LifeEstimator

Gunakan Kalkulator Pembayaran Skim Jumlah Persaraan CPF.

Lungsuri cpf.gov.sg > pilih ‘Tools’ > pilih 'Retirement Sum Scheme (RSS) Payout Estimator' dan log masuk menggunakan SingPass anda.

1 Usia kelayakan menerima pembayaran pada masa ini adalah 65 tahun bagi ahli yang lahir pada tahun 1954 atau kemudian.

14

Page 15: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

3 Cara Untuk Menjaga Orang Yang TersayangAnda juga mungkin prihatin tentang keperluan persaraan pasangan anda dan orang tersayang - sama ada mereka akan mempunyai sumber pembayaran yang stabil ketika persaraan atau jika ia mencukupi untuk keperluan harian mereka.

Anda boleh mempertimbangkan pilihan berikut ini:

1. Memindahkan simpanan CPF anda yang melebihi BRS kepada pasangan anda

Pembayaran dianggarkan berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE yang dikira pada 2020.

Kedua-duanya akan menerima faedah yang lebih bersama, dan

akan mempunyai sumber pembayaran bulanan mulai 65

tahun untuk menyokong keperluan mereka

Dia memindahkan

$30,000kepada Siti

Sebelum pemindahan

Selepas pemindahan

$610(sepanjang

hayat)

Dia kini mempunyai

$90,500dalam akaun-akaun CPF

Beliau kini mempunyai

$70,000dalam Akaun Persaraan

$810(sepanjang

hayat)

$380

Ahmad mempunyai

$120,500 dalam akaun-akaun CPF

pada usia 55 tahun

Siti mempunyai

$40,000dalam Akaun Persaraan

pada usia 55 tahun

$1,040(sepanjang

hayat)

(sepanjang hayat)

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun

5 Menjaga Orang yang Anda Sayangi

15

Page 16: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

2. Memindahkan wang simpanan CPF melebihi BRS (jika anda memiliki hartanah)1 kepada ibu bapa atau datuk/nenek anda

Pembayaran dianggarkan berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE yang dikira pada 2020.

Diamemindahkan

$20,000kepada ibunya

Sebelumpemindahan

Selepaspemindahan

Ibu Samuel kini dapat menikmati pembayaran bulanan sepanjang hayat

yang lebih tinggi dari usia 65 tahun bagi menyokong keperluannya.

Beliau kini mempunyai

$70,000 dalam Akaun Persaraan

$490(sepanjang hayat)

Ibu Samuel mempunyai

$50,000 dalam AkaunPersaraan pada usia 60 tahun

$370(sepanjang hayat)

Pembayaran Bulanandari usia 65 tahun

Samuel mempunyai

$110,500 dalam akaun-akaun CPF pada usia 35 tahun

Pembayaran Bulanandari usia 65 tahun

Anda boleh pindahkan wang simpanan melebihi BRS (jika anda memiliki hartanah)1 kepada ibu bapa dan

datuk/nenek anda dari OA (jika anda berusia bawah 55 tahun).

Dia kini mempunyai

$90,500dalam akaun-

akaun CPF

1 Hartanah yang anda miliki perlu mempunyai baki tempoh pajakan sekurang-kurangnya sehingga anda berusia 95 tahun.

16

Page 17: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Pemindahan CPF Tokokan Wang TunaiDalam talian di laman web CPF:

1. Log masuk di cpf.gov.sg dengan menggunakan SingPass2. Pergi ke My Requests > Building up My /My Recipient’s CPF savings

1. Lancar aplikasi dan log masuk dengan menggunakan SingPass2. Pilih My Services > Special / Retirement Account Top-Up

Poskan borang ‘Top Up Retirement Sum Using GIRO’ yang lengkap untuk GIRO

(Potongan Bulanan/Tahunan)

Aplikasi mudah alih myCPF

3. Menokok wang tunai1 atau memindahkan simpanan CPF yang melebihi FRS kepada mereka yang tersayang2

Apabila anda menokok wang tunai atau memindahkan wang kepada akaun CPF orang yang disayangi seperti suami, isteri atau ibu bapa, mereka akan menerima pembayaran bulanan yang lebih tinggi dan mereka akan mempunyai pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan melalui CPF LIFE.

Bagi ahli yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya $60,000 dalam RA mereka enam bulan sebelum mereka mencapai usia 65 tahun dan berada di bawah RSS, mereka akan menerima pembayaran bulanan dari RA mereka sehingga ia habis. Namun, mereka boleh memilih untuk bergabung dengan CPF LIFE menggunakan simpanan dari RA mereka bila-bila masa sebelum mencapai usia 80 tahun.

Anda boleh membuat tokokan atau pemindahan dengan pilihan berikut:

1 Jika anda menokok wang bagi orang yang disayangi, anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setiap tahun, bagi taksiran cukai tahun berikutnya. 2 Orang yang disayangi juga termasuk ibu dan bapa mertua, nenek dan datuk mertua serta adik-beradik.

17

Page 18: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Apakah perkara yang dirangkumi oleh Pencalonan CPF?

Merangkumi Tidak merangkumi

Simpanan CPF dalam akaun Biasa, Khas, MediSave dan Persaraan anda

Hartanah yang dibeli menggunakan simpanan CPF anda

Pembayaran daripada Skim Perlindungan Tanggungan atau Dependants' Protection Scheme (DPS)

Pelaburan di bawah Skim Pelaburan CPF atau CPF Investment Scheme (CPFIS)

Premium CPF LIFE yang tidak digunakan, jika ada

Saham SingTel berdiskaun

Penamaan CPFPenamaan CPF memberikan anda pilihan bagi menentukan siapa yang akan menerima simpanan CPF anda dan bahagian peratusan bagi setiap penama selepas kematian anda. Jika tiada penamaan CPF dibuat, wang CPF akan dipindahkan ke Pejabat Pemegang Amanah Awam (PTO) untuk diagihkan kepada anggota keluarga anda di bawah Akta Pewarisan Harta Pusaka Tidak Berwasiat atau Sijil Pewarisan (untuk Orang Islam) sekiranya berlaku kematian anda. Dengan penamaan CPF, simpanan CPF anda akan diagihkan secara tunai kepada penama anda, melainkan anda memilih jenis penamaan yang berbeza¹.

Anda boleh membuat penamaan dalam talian di cpf.gov.sg. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi mana-mana pusat perkhidmatan CPF kami dan melengkapkan borang penamaan CPF di hadapan Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan kami.

1 Secara biasa, simpanan CPF anda akan diagihkan secara tunai. Sebagai alternatif, anda boleh menamakan penama anda di bawah Skim Penamaan Dipertingkat (ENS) sekiranya anda mahu mereka menerima simpanan CPF anda dalam akaun CPF mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai ENS, sila kunjungi cpf.gov.sg

18

Page 19: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Siapkan:1. SingPass anda2. Butir-butir NRIC penama anda 3. Butir-butir NRIC dua saksi (setiap saksi anda

harus mempunyai SingPass yang sah)

Selepas anda membuat penamaan anda:• Dua saksi anda akan diberitahu melalui SMS

dan/atau e-mel.• Sebaik sahaja penamaan dalam talian anda

diserahkan, dua saksi anda akan diberitahu melalui SMS dan/atau e-mel. Kedua-dua saksi harus log masuk ke Perkhidmatan Dalam Talian my cpf dengan SingPass mereka dalam masa 7 hari untuk mengesahkan niat anda untuk membuat penamaan.

• Penamaan anda akan diproses oleh Lembaga CPF selepas selesainya penyaksian oleh kedua-dua saksi anda.

• Lembaga CPF akan memberitahu anda melalui SMS dan/atau e-mel mengenai status penamaan anda.

Tiga Langkah Mudah untuk Membuat Penamaan CPF Anda Dalam TalianUntuk membuat penamaan dalam talian, anda hanya perlu melengkapkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

www.cpf.gov.sg

www.cpf.gov.sg www.cpf.gov.sg

Witness #

2Witness #1

Anggota CPF

Imbas kod QR untuk mengisi borang penamaan dalam talian. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi cpf.gov.sg/MakeCPFNom.

19

Page 20: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

6 Memahami CPF Semudah 1, 2, 3

Secara ringkasnya, berikut adalah cara bagaimana CPF membantu persaraan anda:

CPF anda bertujuan untuk menyediakan 3 keperluan asas dalam persaraan anda. Ini membentuk asas yang baik untuk merancang

persaraan anda.

20

Page 21: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Anda tidak menyimpan bersendirian. Terdapat 3 pihak berganding bahu untuk membina simpanan CPF anda.

Terdapat beberapa keputusan yang anda boleh lakukan dengan simpanan CPF anda, dan ada berbagai cara untuk mengembangkan simpanan CPF anda bergantung kepada tahap risiko yang boleh anda ambil.

Anda juga boleh pertimbangkan 3 cara untuk membantu orang tersayang untuk bersara dengan fikiran lebih tenang.

Pilih dari 3 tahap jumlah persaraan bergantung

kepada jumlah pembayaran yang anda ingin terima.

Pilih dari 3 pelan CPF LIFE bergantung kepada bagaimana

anda ingin mengeluarkan pembayaran anda.

PEMERINTAH ANDA MAJIKAN

DARI USIA 55 TAHUN DARI USIA 65 TAHUN

TOKOKAN WANG TUNAI

PEMINDAHAN KEPADA

SUAMI/ISTERI

PEMINDAHAN KEPADA IBU BAPA ATAU

ORANG TERSAYANG

21

Page 22: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

2. Adakah saya sanggup mengambil risiko untuk pulangan yang dijangka lebih tinggi dalam simpanan CPF saya?

Ya, saya bersedia untuk mengambil risiko dan mempunyai kepakaran kewangan dan masa untuk menguruskan sendiri pelaburan saya secara aktif. Anda boleh memilih Skim Pelaburan CPF.

Tidak. Anda boleh memilih untuk menyimpan simpanan anda di akaun CPF anda untuk memperolehi faedah menarik1.

3. Bagaimana saya boleh menjaga orang yang tersayang dan membantu mereka memenuhi keperluan persaraan mereka?

Anda boleh:

Menggunakan wang tunai untuk menokok ke akaun CPF orang tersayang. Nikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 sekiranya anda membuat tokokan wang tunai kepada mereka. Tertakluk kepada syarat.

7 Panduan Ringkas untuk Memanfaatkan Simpanan CPF Anda

1. Bagaimana saya boleh terus mengembangkan simpanan CPF saya?

Anda boleh membuat:

Tokokan wang tunai ke Akaun Khas (SA) (jika anda berusia 55 tahun ke bawah) atau Akaun Persaraan (RA)(jika anda berusia 55 tahun dan ke atas). Nikmati pelepasan cukai sehingga $7,000. Tertakluk kepada syarat.

Pemindahan Akaun Biasa (OA) kepada Akaun Khas (SA) (jika anda berada di bawah 55), atau pindahan SA / OA kepada RA (jika anda berusia 55 tahun ke atas) untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi.

Membayar secara tunai untuk pinjaman perumahan dan tidak menggunakan simpanan CPF.

Kembalikan wang simpanan CPF yang telah anda gunakan untuk membayar rumah anda kepada akaun CPF anda.

Caruman sukarela kepada akaun CPF anda.

1 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar faedah CPF, sila rujuk cpf.gov.sg/CPFInterestRates.

22

Page 23: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

5. Bagaimana saya boleh terus membayar pinjaman perumahan menggunakan simpanan CPF selepas usia 55 tahun?

Sekiranya anda masih mempunyai pinjaman perumahan yang belum dijelaskan, anda boleh:

Mohon untuk memperuntukkan simpanan OA sebelum anda mencecah usia 55 tahun, supaya simpanan anda tidak dipindahkan ke RA apabila anda berusia 55 tahun.

Gunakan sebarang sumbangan baru kepada OA.

Baca lebih lanjut bagaimana anda boleh menggunakan simpanan CPF untuk membayar pinjaman rumah di cpf.gov.sg > CPF Schemes > Housing.

Membuat pemindahan CPF melebihi BRS kepada pasangan anda.

Membuat pemindahan CPF melebihi BRS (jika anda memiliki hartanah) kepada ibu bapa atau datuk/nenek anda.

Membuat pemindahan CPF melebihi FRS kepada orang tersayang1 yang lain.

4. Bagaimana saya boleh menikmati pembayaran bulanan yang lebih tinggi semasa persaraan nanti.

Anda boleh memilih untuk:

Ketepikan jumlah persaraan yang lebih tinggi dalam RA anda dan/atau tokokkan ERS semasa anda.

Menangguhkan pembayaran bulanan anda, sehingga usia 70 tahun.

1 Orang tersayang yang lain merujuk kepada ibu dan bapa mertua, nenek dan datuk mertua serta adik-beradik.

23

Page 24: Bersedialah dengan CPF€¦ · bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan. Apabila anda mula bekerja, anda mula berjimat untuk tiga keperluan asas ... Persaraan

Berhubunglah dengan kami

cpf.gov.sg/EmailAlerts Langgani My Notifications dan terima e-mel tentang pengumuman, acara, artikel penting dan lain-lain lagi.

fb.com/CPFBoard Berhubung dengan kami melalui Facebook untuk mendapatkan tip dan maklumat sampingan mengenai Skim CPF.

instagram.com/cpf_board Ikuti kami di Instagram untuk maklumat terkini!

youtube.com/CPFvideos Langgani saluran YouTube kami untuk menonton video yang terkini dari CPF.

Maklumat tepat pada Julai 2020. Hak cipta 2020 Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Hak cipta terpelihara.