bersama profesor emeritus datuk dr. nik safiah karim ... · pdf files ebagaimana yang kita...

1

Click here to load reader

Upload: doanminh

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim ... · PDF fileS ebagaimana yang kita maklum bahawa asal penggunaan tulisan Jawi di Tanah Melayu bermula sejak agama Islam mula

Sebagaimana yang kita maklum bahawa asal penggunaan tulisan Jawi di Tanah Melayu bermula sejak agama Islam mula berta-pak di rantau ini. Bahasa Arab merupakan bahasa agama Islam.

Jadi, tidak hairanlah mengapa perkataan-perkataan yang berupa istilah agama Islam dikekalkan ejaan Arabnya di dalam penulisan Jawi.

Ramai yang mendakwa bahawa ejaan Jawi baharu telah banyak merubah bentuk-bentuk lama ejaan Jawi termasuklah istilah khusus agama Islam. Sebenarnya dakwaan mereka tidak benar. Jika dirujuk Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu kita akan dapati bahawa perkataan yang berupa istilah khusus agama Islam masih dikekal-kan bentuk asal ejaannya dalam bahasa Arab.

Contohnya:

Semua perkataan yang diberikan di dalam contoh di atas merupa-kan istilah khusus yang berkaitan dengan agama Islam. Tiada kae-dah yang tertentu untuk menulis perkataan tersebut seperti penge-jaan kata umum yang lain. Mahu tak mahu perkataan tersebut mesti dihafal bagaimana cara hendak menulisnya. Satu kelebihan buat mereka yang telah menguasai bahasa Arab terutama dalam nahunya. Pengejaan istilah tersebut akan menjadi lebih mudah bagi mereka yang mahir berbahasa Arab.

Jawapan bagi Latihan bulan Februari

Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Bahasa dan Hukum TatabahasaPEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd SaophyAmizul Wan Mansor

BH PILIH L4 18 emel

Pengejaan Istilah Agama IslamDari semasa ke semasa,

pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menerima per-

tanyaan tentang beberapa aspek tatabahasa bahasa Melayu yang menggambarkan kekeliruan orang ramai tentang gejala hukum dan peraturan tataba-hasa. Antara soalan yang dike-mukakan: a. “Mengapa sistem tatabahasa bahasa Melayu tidak mengiktiraf dan menerima pakai bentuk pasif "di-" bagi orang pertama dan kedua? b. Kenapa pengarang ‘Tatabahasa Dewan’ berpendirian penggunaan "di-" hanya untuk orang ketiga?”

Bagi menjawab kedua-dua so-alan tersebut, perlu dijelaskan bahawa semua bahasa di dunia ini mempunyai hukum dan per-aturannya sendiri. Penulis buku tatabahasa tidak boleh mencipta hukum-hukum baharu. Mereka hanya menghuraikan hukum-hukum tersebut supaya men-jadi jelas dan dapat digunakan dengan baik oleh pembaca dan pengguna bahasa.

Tentang hukum berkaitan dengan bentuk pasif dalam bahasa Melayu, hukum itu telah wujud sekian lama. Bentuk-ben-tuk ini telah digunakan dalam buku-buku lama seperti Sejarah Melayu dan lain-lain. Dalam buku Za’ba, Pelita Bahasa Melayu ada dihuraikan hukum ini.

Hukum penggunaan bentuk pasif dalam bahasa Melayu ialah: Bagi orang ketiga, awal-an "di-" digunakan dengan kata kerja, misalnya “Bola itu telah ditendang oleh Ali” (bukan "*Bola itu telah Ali tendang") dan "Perayaan tersebut disambut oleh mereka dengan cara besar-besaran" (bukan “*Perayaan tersebut mereka sambut dengan cara besar-besaran”).

Bagi orang pertama dan kedua pula, hukumnya ialah kata kerja tidak menerima mana-mana awalan tetapi sebaliknya hadir

dalam bentuk dasar dan dida-hului oleh kata ganti nama (per-tama atau kedua). Contohnya, a. “Bola itu saya tendang” (bukan “*Bola itu ditendang oleh saya ). b. “Perayaan itu kamu sambut” (bukan “*perayaan itu disambut oleh kamu”).

Bagi ayat dengan kata ganti nama orang pertama dan kedua, ungkapan “saya tendang” dan “kamu sambut” itu dianggap sebagai suatu kesatuan, walau-pun dieja terpisah. Tidak dapat diselitkan unsur-unsur lain antara kedua-dua perkataan ini. Ayat pasif “*saya akan tendang” atau “*kamu boleh sambut” dianggap salah kerana terdapat kata bantu “akan” dan “boleh”: Yang betul ialah “akan saya ten-dang” dan “boleh kamu sambut”.

Yang perlu disedari ialah se-tiap bahasa mempunyai hukum tersendiri tentang ayat pasifnya. Hukum dalam bahasa Inggeris, misalnya, tidak sama dengan hukum bahasa kita. Dalam baha-sa Inggeris, hukumnya lebih se-nang dan lebih ringkas. Semua ayat pasif terbentuk dengan kata kerja yang sama, iaitu seperti bentuk "di-" dalam bahasa kita, tidak kira bagi orang pertama, kedua atau ketiga. Sebagai con-toh ialah ayat-ayat berikut: “The ball was kicked by me”, “The ball was kicked by you” dan “The ball was kicked by him” (“Bola itu saya/awak tendang” dan “Bola itu ditendang oleh dia”).

Oleh itu, jangan melihat hukum ayat pasif bahasa Inggeris apa-bila hendak membuat ayat pasif bahasa Melayu, kerana hukum-hukum itu tidak sama. Kita ber-tindak atas landasan hukum dan peraturan dalam bahasa kita. Orang yang tahu akan tataba-hasa bahasa Melayu tidak akan dipengaruhi oleh hukum dan peraturan bahasa lain. Bahasa kita mempunyai keindahan dan kelainannya tersendiri.

Satu lagi fungsi tatabahasa adalah untuk membimbing peng-gunaan bahasa terhadap ben-tuk-bentuk bahasa yang betul. Ini terutamanya penting jika-lau buku tatabahasa itu digu-nakan bagi tujuan pengajaran di sekolah. Hukum-hukum hendak-lah dinyatakan dengan jelas dan terang, supaya dapat digunakan oleh para guru dan diikuti oleh para pelajar. Dengan demikian, bahasa kita akan menjadi lebih teratur dan seragam dan sekali gus kemas dan segar.

BAHASA SUKUAN

Bayau

Bayau ialah kosa kata suku kaum Bajau Sama yang ber-maksud ipar lelaki sama ada

adik atau pun abang. Kata Bayau diucapkan dalam dua suku kata, ba-yau.Contoh penggunaannya: Abang diperkenalkan oleh bakal isterinya kepada bakal bayaunya yang balik bercuti dari luar negara.

Oleh Noorzanani Kata

KATA KLASIK

Oleh Wahyunah Abd. Gani

Kapitan

takrif : kapten, nakhoda kapal. Contoh ayat: Maka kapitan kapal perang itu pergi pula

mendapatkan Datuk Bendahara itu.

intensif buruh (Labour cost)Penggunaan tenaga buruh yang banyak terutama bagi negara atau organisasi yang mempunyai teknologi rendah dan modal kerja yang minimum.

pusing ganti buruh(Labour turnover)Aliran keluar masuk pekerja dalam sesebuah organisasi dalam tempoh tertentu.

Kesatuan sekerja (Labour union)Organisasi yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan pekerja secara kolektif berkaitan dengan upah, keselesaan di tempat kerja dan juga tentang syarat-syarat pekerjaan.

teori nilai buruh(Labour value theory)Teori yang mengatakan bahawa asas nilai bagi barang-barang ekonomi ialah perbelanjaan buruh yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barang.

autoriti sah (Legal authority)Hak mengambil tindakan berdasarkan peraturan atau kuasa undang-undang yang sedia ada dalam organisasi.

Sekat masuk kerja (Lockout)Keengganan majikan membenarkan pekerja bekerja.

Defisit tenaga manusia(Manpower deficit)Keadaan apabila terdapat kekurangan tenaga untuk kerja-kerja yang ditawarkan.

Sistem merit (Merit system)Sistem kenaikan pangkat kaki tangan yang berdasarkan kebolehan dan pencapaian prestasi mereka.

gLoSArI PENgUrUSANSUMBEr MANUSIA

Oleh Azizul Ismail

apul Bintat kecil yang keras pada permu-kaan kulit.

palpat; mempalpat Memeriksa mana-mana bahagian tubuh dengan cara menyentuh dan menekannya dengan tangan perla-han-lahan.

Rinologi Cabang perubatan yang berkaitan dengan hidung serta penyakit-pen-yakitnya.

Relaps (rélaps) Kemunculan semula gejala penyakit sesudah kelihatan hampir sembuh (dalam beberapa minggu atau bulan).

StuporKeadaan hampir pengsan atau tidak sedar.

trombusGumpalan darah yang terbentuk di dalam jantung atau pembuluh darah.

Sutur 1. benang, dawai halus dsb yang digunakan untuk menjahit luka atau insisi pada bahagian tubuh. 2. jahitan pada bahagian luka atau insisi selepas pembedahan.

Oleh Zaiton Nasir

KoSA KATA BAHArU PErUBATAN

EjaanJawi

Fardu

Sunat/Sunah

Makruh

Haram

Zakat

takwa

tayamum

Wuduk

Solat

Haji

Sujud

iktidal

iktikaf

tahajud

tahalul

taharah

padananRumi

EjaanJawi

tahfiz

tahiyat

tajwid

takbiratulihram

takdim

takhir

taklik

taubat

Surah

Syahadah

Syahid

Syariah

Syiah

Syukur

Syarif

Syeikh

padananRumi

.

.

.

.

.