berita semasa dunia

Download Berita Semasa Dunia

If you can't read please download the document

Upload: fadzil-a-halim

Post on 17-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kutipan berita dunia yang terkini

TRANSCRIPT

INILAH ajaran Islam yang sebenar! Walaupun warga minoriti Muslim Rohingya dibunuh oleh ekstremis Buddha di Myanmar, namun sedikit pun tiada perasaan dendam umat Islam untuk membalas segala kejahatan tersebut.Itulah yang terjadi di Nepal, saat terjadinya gempa bumi dahsyat yang hampir memusnahkan sebahagian bumi Nepal pada 25 April lalu, umat Islam Nepal tangkas bangun untuk membantu warga Buddha dan Hindu (penduduk majoriti Nepal) dari segi apa yang terdaya.Memetik laporan Merdeka.com, seorang anggota Masjid Jami Nepal, Mohammad Rizwan, berkata, masjid-masjid yang selamat dari gempa bumi telah dijadikan sebagai pusat pengumpulan barangan bantuan untuk mangsa korban dan ahli keluarga mereka.Jelas Mohammad lagi, setelah gempa melanda Nepal dengan magnitud 7.8 skala richter, 25 April lalu, seluruh ahli masjid berkumpul, mereka mencari info adakah warga muslim yang terkorban.Ternyata di sekitar Kathmandu hanya ada dua warga yang meninggal dunia dan belasan yang lain cedera.Tapi majoriti keluarga Islam selamat.Oleh sebab itu, kini Masjid Jami menjadi pusat pengumpulan bantuan logistik untuk mangsa korban Buddha dan hindu.Beras, air bersih, dan makanan siap disediakan.Ini bantuan yang datang dari komuniti muslim Nepal. Kami mengirim ke manapun warga Nepal yang memerlukannya," katanya. SANAA - YAMAN. Angkatan pertahanan udara Yaman dilapor menembak jatuh sebuah pesawat tempur milik Arab Saudi di wilayah barat laut Sanaa.Jet pejuang F-16 itu telah ditembak jatuh dan terhempas di kawasan Bayt Khayran dekat daerah Bani Harith.Menurut Press TV, jet pejuang berkenaan dilapor melancarkan beberapa serangan udara ke atas pangkalan udara al-Dailami.Pada 11 Mei lalu, pemberontak menembak jatuh sebuah jet pejuang Maghribi selepas didakwa menceroboh ruang udara Yaman di Lembah Noshour.Dalam perkembangan berkaitan, Arab Saudi mengebom depoh senjata kumpulan pemberontak Houthi di Ghula, wilayah Omran di utara Sanaa, semalam.Ia disusuli oleh serangan darat ke atas kemudahan penyimpanan senjata di Sanaa yang dipercayai menyebabkan kematian selain serangan ke atas pangkalan tentera di Dhabwa yang kini dikuasai puak pemberontak yang disokong Iran.KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa rakan dari parti sekutunya, Pas dan DAP supaya menghentikan segera perbalahan antara sesama sendiri.Beliau menegaskan pemimpin kedua-dua parti itu perlu berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan balas yang boleh mengeruhkan keadaan dan menjejaskan kerjasama politik dalam PR."Saya rasa cara terbaik dalam masa dua minggu ini dengan mewujudkan tempoh bertenang. Saya harap tiada lagi kenyataan perbalahan yang membabitkan pemimpin kedua-dua parti."Apa sahaja keputusan selepas Muktamar Pas, saya harap kita tidak lupa kenapa kita ada di sini," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam yang mendakwa PR dijangka tidak wujud lagi dalam tempoh dua minggu akan datang.Mengulas lanjut, Rafizi selaku Naib Presiden PKR juga menyifatkan rakan sekutunya dalam PR seharusnya bersama-sama dalam mengharungi sebarang masalah yang timbul."Dalam tempoh enam hingga tujuh tahun ini, ketiga-tiga parti berdepan dengan banyak ramalan tetapi tidak semua ramalan itu buruk seperti yang dispekulasikan. Bagaimanapun PR masih lagi di sini dan kita tetap berjuang untuk rakyat."Saya agak optimis apa pun terjadi dalam dua, tiga bulan ini, jika kita menyeberangi jambatan bersama-sama, pimpinan tertinggi PR akan tahu kenapa kita banyak sokongan selama enam hingga tujuh tahun ini," katanya lagi.