berita perpustakaan universiti kebangsaan · pdf filekik perpustakaan terus unggul di persada...

33
ISSN 2232-0555 I Bil. 16 / 2016 BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Transformasi Dunia Perpustakaan Transformasi Ruang Perpustakaan: Soal Selidik di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM Pembangunan Sumber Manusia Perpustakaan UKM: Sepuluh Tahun Pertama Hafsah Mohd: Tegar Menongkah Arus Perubahan Tema:

Upload: dinhthu

Post on 13-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

ISSN 2232-0555 I Bil. 16 / 2016B E R I T A P E R P U S T A K A A N U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A

Transformasi DuniaPerpustakaan

Transformasi Ruang Perpustakaan:Soal Selidik di Perpustakaan

Tun Seri Lanang, UKM

Pembangunan Sumber Manusia Perpustakaan UKM:

Sepuluh Tahun Pertama

Hafsah Mohd:Tegar Menongkah Arus

Perubahan

Tema:

Page 2: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjaya dan menerbitkan buletin Inspirasi pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi Buletin Inspirasi 2016. Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan makna yang besar kerana menerusi buletin ini, warga perpustakaan dapat menajamkan lagi penulisan mereka dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti. Saya amat berharap semangat juang dan dedikasi yang ditunjukkan oleh warga perpustakaan akan dapat melahirkan insan yang kreatif dan cemerlang dalam berkarya. Kejayaan dan komitmen yang tinggi ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan perpustakaan di masa hadapan.

Perpustakaan merupakan tempat di mana individu meneroka, mencipta dan berehat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah atau ‘transform’ perpustakaan menjadi tempat yang mesra untuk pelajar supaya mereka boleh meneroka pelbagai sumber yang ada. Justeru, komitmen semua pihak amat diperlukan bagi merealisasi impian ini. Akhir sekali, saya berdoa supaya setiap usaha untuk menjadikan perpustakaan terkehadapan beroleh kejayaan.

Transformasi Ruang Perpustakaan: Soal Selidik di PTSL, UKM

Pembangunan Sumber Manusia Perpustakaan UKM: Sepuluh Tahun Pertama

Hafsah Mohd: Tegar Menongkah Arus Perubahan

Pustakawan, Kerjaya Dekat dengan Khidmat Masyarakat-Lela Ruzma

Mampukah Perpustakaan Bertahan di Era Kegawatan Ekonomi Ini?

Khazanah Ilmu Raja Aziz Addruse

UKM Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan DBP

Penyimpan Khazanah Ilmu Pengetahuan Global

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan UKM Meriah dengan Tema ‘Cintai Bahasa Kita’

PTSL Menganjur Bengkel Perjanjian Lesen Sumber Maklumat Elektronik

Hari Mesra Kelab Sukarelawan Mahasiswa Perpustakaan: Tak Kenal Maka Tak Cinta

Mencungkil Bakat Baharu

Karnival Pendidikan Khas: Aktiviti Khidmat Masyarakat

Projek Sumbangan Majalah DBP Kepada SMK Bandar Seri Putra, Kajang

KIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada Inovasi

Suasana Kondusif, Mahasiswa Progresif: Program Keceriaan Pusat Sumber Averroes

Pelajar Kolej Kediaman Menghadiri Kursus Kemahiran Maklumat

Hari Keluarga Perpustakaan UKM 2016

Menyemai Bakti di Pusat Jagaan Nur Hasanah

Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan HCTM dan Praklinikal

Sanggar Kerja Pustaka Maya Bentuk Pelan Strategik 2016-2020

Program Jom Baca Selama 10 Minit di Perpustakaan UKM

PTSL Terlibat Dalam Kursus Citra

Forum Berkongsi Pengalaman Cuti Belajar Pustakawan

Bengkel Penilaian Sumber Maklumat Elektronik di Brunei

Transformasi Kriteria Baharu KIK 2017

Pengurusan Risiko Sebahagian Elemen Standard ISO 9001:2015

Pengalaman Julung Kali Menghadiri Seminar Antarabangsa

Forum Masa Depan Perpustakaan Digital untuk Universiti di Malaysia

Isu Perundangan dalam Pengurusan Sumber Maklumat Atas Talian

Seminar Pembangunan Literasi Braille Nusantara 2016

Warga Baharu Perpustakaan Tun Seri Lanang

Twitter dan Instagram PTSL

Bilik Diskusi Perpustakaan UKM Berwajah Baharu

Ke Perpustakaan UTeM Kita Ni...

Perkongsian Amalan Terbaik Perpustakaan dari Pantai Timur

Aktiviti Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP)

Berita Kakitangan

Ulasan Novel: Rimba Harapan (Siri Akhir)

04

07

09

13

16

18

20

22

24

26

28

29

30

31

32

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

54

55

57

58

62

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Ta’ala Wa Barakatuh dan Salam Sejahtera

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alhamdulillah INSPIRASI Bil. 16 muncul walaupun lambat kelahirannya. Tema yang dipilih pada kali ini ialah Transformasi Dunia Perpustakaan. Perpustakaan perlu berubah mengikut perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT). Kelihatan susun atur dan persekitaran di kebanyakan perpustakaan sama ada dalam Malaysia atau luar negara telah berubah mengikut kehendak pelanggan.Di keluaran ini terdapat satu artikel yang ditulis oleh ahli QIT Pengurusan berkaitan dengan transformasi ruang Perpustakaan Tun Seri Lanang dan sebuah artikel berkaitan dengan sumber manusia perpustakaan di awal penubuhannya. Manakala dalam artikel kenali mantan Ketua Pustakawan, Puan Hafsah Mohd banyak ditulis berkenaan transformasi yang dilaksanakan ketika beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi dan Ketua Pustakawan.

Sepanjang tahun 2016 banyak pencapaian dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Perpustakaan UKM dirakam dalam Inspirasi ini. Antaranya ialah Majlis Menandatangani MOU antara UKM dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Perasmian Koleksi Raja Aziz Addruse di Perpustakaan Undang-Undang, Syarahan Tun Seri Lanang bersama Tan Sri Datuk Dr. Kamal Salih, Bengkel Perjanjian Lesen Sumber Maklumat Elektronik, pencapaian KIK perpustakaan di Konvensyen Team Excellence dan Pertandingan KIK Universiti Awam serta kejayaan perpustakaan dalam mewujudkan kursus Literasi Maklumat di bawah Pusat Citra Universiti.

Di samping itu terdapat beberapa kemudahan baharu disediakan oleh perpustakaan untuk pelanggannya pada tahun 2016. Promosi kemudahan baharu seperti bilik diskusi, barrier gate dan penggunaan twitter dan instagram dipaparkan pada keluaran ini. Tidak ketinggalan juga pengalaman pustakawan dan staf sokongan yang menghadiri lawatan penandarasan, seminar, kursus dan bengkel anjuran institusi luar dicatat dalam Inspirasi agar ilmu yang didapati boleh dikongsi dengan rakan sejawatan.

Akhir kata saya mengucap ribuan terima kasih kepada warga perpustakaan yang telah menyumbang artikel dan berita untuk keluaran INSPIRASI kali ini.

2 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 3

ISI K

ANDU

NGAN

Pengurusan PerpustakaanPuan Rosnah Suliman Timbalan Ketua Pustakawan KananCik Rohaya UmarTimbalan Ketua Pustakawan KananPuan Anna Kustyana MukandarKetua Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sumber MaklumatPuan Azmah IshakKetua Bahagian Pengurusan Perkhidmatan MaklumatEncik Hazmir Haji ZainalKetua Bahagian Teknologi Maklumat & Prasarana IlmuPuan Hamidah ErmanKetua Perpustakaan Alam & Tamadun MelayuCik Mariati EmbongKetua Perpustakaan Undang-UndangPuan Zaidah Sulaiman Ketua Perpustakaan Lingkungan KeduaPuan Rosnah YusofKetua Perpustakaan Dr. Abdul LatiffEncik Wan Suhaimi Wan AriffinKetua Perpustakaan HCTMKetua Perpustakaan Praklinikal

Sidang InspirasiRohaya Umar • Ketua EditorNoor Farhana Mohd Saleh Norliah SukarnoNorbaizura Haji MalekAzlan Mohamad HamzahNik Zaleha Nik MustaphaMohd Syamrooz Kamal Mhd RedzaMohd Rajak Telimik

PengeluaranSiti Wahida Amanullah • PerekaMd. Hafiz Ahmad Zulkifli • Inspirasi ElektronikUnit Koleksi Media PTSL • FotografiPenerbit UKM • PercetakanMohd Syamrooz Kamal Mhd Redza • Pengedaran

INSPIRASI elektronik boleh dicapai di:http://www.ukm.my/library

Sidang Pengarang INSPIRASI amatmengalu-alukan sumbangan artikel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat atau keilmuan.Sila hantarkan bahan tersebut kepada:

Editor / Setiausaha INSPIRASIPerpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM Bangi, SelangorTel : 03-8921 5575 / 5846Faks : 03-8921 4070E-mel : [email protected]

Inspirasi Rosnah SulimanTIMBALAN KETUA Pustakawan Kanan

KETUA editor

.

Inspirasi.

Rohaya Umar

Page 3: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Sebanyak 500 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelanggan perpustakaan bermula Januari hingga Mac 2016. Seramai 343 pelanggan telah memberi maklum balas yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan.

Responden tertinggi adalah daripada kalangan pelajar prasiswazah sebanyak 44%. 20% daripada responden adalah dari lain-lain fakulti. Sebanyak 76.7% daripada responden adalah di dalam lingkungan umur 20 hingga 39 tahun. Majoriti responden terdiri daripada kalangan perempuan iaitu sebanyak 70%.

Berikut adalah hasil kaji selidik:

Fokus

SangatTidak Memuaskan

90.1%

Ruan

g be

laja

r ind

ivid

u (m

eja

kare

l

di A

ras 4

dan

5)

Ruan

g Se

nyap

(Zon

Sen

yap

Best

ari

Ara

s 5)

Bilik

Kar

el (U

nit J

urna

l, Ar

as 3

)

Ruan

g so

sial

(Anj

ung

Ilmu,

Dat

aran

Tun

Seri

Lana

ng)

Ruan

g pe

ngaj

aran

/kul

iah

(Bili

k Se

rbag

una,

Bi

lik Ta

yang

an d

an B

ilik

Sang

gar)

Ruan

g m

enun

ggu

kaun

ter p

erkh

idm

atan

da

n M

eja

Pena

siha

t Pem

baca

Sura

u

Ruan

g Be

laja

r 24

Jam

(Anj

ung

Ilmu/

D

atar

an Tu

n Se

ri La

nang

) pel

baga

i fun

gsi

Ruan

g be

laja

r san

tai (

Anju

ng Il

mu/

Ruan

g di

Kol

eksi

Isla

m/M

edia

/Ruj

ukan

/Jur

nal)

Hiasan dalaman menarik

95.6% 93.0% 90.9% 88.8%

01

4 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 5

Transformasi Ruang Perpustakaan: Soal Selidik di Perpustakaan Tun Seri Lanang,Universiti Kebangsaan Malaysia

Shamsudin Ibrahim, Azmah Ishak, Harith Faruqi Sidek, Rohalia Mohd Rohani, Nor Hamsiah Ahmad Hosaini, Fatimah Kamilah Awang, Mohd Syamrooz Kamal Mhd Redza, Adibah Ahmad, Nor Ilyah Othman, Norliah Sukarno, Rosnah Yusof, Azhari Sahamir, Liyana Jasman.

TRANSFORMASI ruang merupakan satu anjakan paradigma dalam perpustakaan akademik pada masa kini bagi memastikan perpustakaan masih lagi relevan untuk dikunjungi selain berfungsi sebagai pusat repositori ilmu. Kertas kerja ini mengkaji tahap keperluan dan kepuasan pelanggan terhadap transformasi ruang yang dijalankan. Analisis ringkas tahap kepuasan pelanggan ini telah dilakukan dengan fokus pada Perpustakaan Tun Seri Lanang sahaja. Cadangan penambahbaikan turut diutarakan ke arah menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang menyediakan keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di masa kini dan akan datang.

Perpustakaan Tun Seri Lanang merupakan perpustakaan akademik yang berfungsi sebagai repositori ilmu yang menyediakan rangkaian maklumat kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Dengan peredaran masa kini, peranan perpustakaan masih lagi relevan dalam memainkan peranan asasnya, tetapi dengan nilai tambah dalam menawarkan kemudahan yang memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan masa kini. Perpustakaan perlu mengambil langkah berani untuk bersaing dan menerokai pembaharuan bagi memastikan evolusi yang menjadikannya kekal relevan. Bagi pelanggan, reka bentuk sesebuah perpustakaan boleh meningkatkan atau menurunkan motivasi untuk menggunakan perpustakaan bukan hanya semasa musim peperiksaan, bahkan jua semasa waktu terluang (Bundy 2004). Justeru memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan, perpustakaan mengambil inisiatif dalam melakukan transformasi kepelbagaian ruang di perpustakaan. Transformasi ruang ini merangkumi perubahan di setiap aras di Perpustakaan Tun Seri Lanang di mana ianya menjadi tumpuan pelajar dalam mengulang kaji serta mengadakan perbincangan. Malah transformasi ini juga mengambil kira reka bentuk dan susun atur ruang, pemilihan perabot, ruang yang selesa, penataan cahaya, pemilihan warna dan sebagainya.

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan memfokuskan kepada transformasi ruang Perpustakaan Tun Seri Lanang. Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan mencapai objektif kajian. Objektif kajian ialah:i. Mengkaji tahap kepuasan pelanggan terhadap ruang yang sedia ada;ii. Mengenal pasti cadangan penambahbaikan terhadap ruang sedia ada;iii. Menentukan keperluan utama pelanggan terhadap penggunaan ruang di perpustakaan.

Rajah 1: Peratus Kepuasan Ruang Luar dan Landskap Perpustakaan

SangatTidak

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Memuaskan Baik AmatBaik

0.9%9.4%

31.4%39.9%

18.5%

SangatTidak Memuaskan

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Baik

Amat Baik

1.2%

5.0%

26.9%

44.7%

22.2%

Rajah 2: Peratus Kepuasan Reka Bentuk dan Persekitaran Menggambarkan Identiti

Perpustakaan dan UKM

Rajah 3: Peratus Kepuasan Laluan Masuk

Ruang tumpuan seperti kafe dan ruang pameran di laluan masuk

91.8%

Laluan masuk perpustakaan yang strategik

89.7%

Tempat duduk/ruang menunggu sesuai dan mencukupi

87.4%

Perpustakaan mudah diakses dari pelbagai

laluan

87.1%

88.8%

88.6%Perabot/peralatan di perpustakaan praktikal dan bersifat pelbagai fungsiTempat penyimpanan barang yang disediakan mencukupi

89.2% Perabot/peralatan yang disediakan sesuai dan selesa

91.8%Ruang di perpustakaan fleksibel untuk pelbagai kegunaan

Ruang yang disediakan mencukupi dan sesuai

Rajah 4: Peratus Kepuasan Fungsi Ruang/Kemudahan

Ruan

g be

laja

r ber

kum

pul/b

ilik

perb

inca

ngan

Ruan

g pe

nyel

idik

an (k

ompu

ter d

an

mak

mal

kom

pute

r di s

iber

@pt

sl)

90.3%

92.1%

89.7%87.0%

95.3%95.9%

93.0%

96.5%

95.6%

97.1%

91.8%

Rajah 5: Peratus Kepuasan Kepelbagaian Ruang

Rajah 8: Peratus Kepuasan Kemudahan Teknologi

88.9%

88.9%

81.5%Punca kuasa letrik mencukupi dan lokasinya strategik

Perabot di perpustakaan sesuai dengan kemudahan

ICT seperti laptop/komputer/bahan media

Teknologi dan perisian komputer di perpustakaan

terkini

Pencahayaanmencukupi

dan bersesuaian

Dinding kaca untuk

pencahayaan di waktu

siang mencukupi

Kebersihan peralatan dan

kemudahan

Warna lantai, dinding dan

perabot sesuai

Rajah 6: Peratus Kepuasan Keselesaan Persekitaran

95.9%

Sistem kawalan keselamatan

Tempat simpanan barang milik pelanggan selamat

Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU)

Penunjuk arah mencukupi dan mudah dilihat

Kemudahan dan peralatan mesra pengguna dan ergonomik

Rajah 7: Peratus Kepuasan Akses, Keselamatan dan Sekuriti

93.0%

90.3%

88.3%

86.3%

85.3%

Page 4: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

ii. Mengawal selia kebersihan tandas

iii. Memasang lebih banyak kamera litar tertutup bagi memantau dan meningkatkan tahap keselamatan pelanggan serta bangunan perpustakaan berdasarkan isu kehilangan komputer riba.

Bilik Diskusi di Perpustakaan Tun Seri Lanang

Cadangan Ruangan 24 Jam

Bunting kempen keselamatan komputer riba telah diletakkan di hadapan pintu masuk perpustakaan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan. Pelanggan disaran untuk mendaftarkan komputer riba di kaunter masuk dan menyewa kunci laptop yang disediakan.

Bunting kempen keselamatan komputer riba Bunting kempen keselamatan komputer riba

iv. Responden menyarankan agar perpustakaan menambah bilangan soket kuasa bagi keperluan mengecas sebarang peranti elektronik.

Pada 2015, penambahan bilangan soket telah dilaksanakan dengan pecahan sebanyak 33 unit di Koleksi Rujukan, dua unit di ruang pintu masuk perpustakaan, 40 unit di ruang bacaan Koleksi Arab & Tamadun Islam dan 11 unit di Bilik Album. Perpustakaan juga sedang giat menguruskan penambahan soket di ruang pelanggan Koleksi Jurnal iaitu sebanyak 60 unit.

v. Meningkatkan kelajuan WiFi di perpustakaan bagi memudahkan pelanggan melayari internet atau mengakses sumber maklumat elektronik Portal e-Jurnal.

v. Meningkatkan kelajuan WiFi di perpustakaan bagi memudahkan pelanggan melayari internet atau mengakses sumber maklumat elektronik Portal e-Jurnal.

Penambahan soket di PTSL

Pembangunan Sumber Manusia Perpustakaan UKM:

Pencarian kakitangan awal

Berdasarkan Buku Log Perkhidmatan Kakitangan tahun 1970, 10 kakitangan perpustakaan yang terawal mengisi perjawatan di UKM mengikut Nombor Pekerja ialah Kamarudin Alimat (Nombor Pekerja 18), Rukiah Kamaruddin (Nombor Pekerja 21), Tuan Haji Abdul Aziz Sheikh Mydin (Nombor Pekerja 22), Shamsiah Ismail (Nombor Pekerja 30), Ho Chooi Hon (Nombor Pekerja 36), Zawiyah Mahmud (Nombor Pekerja 64), Mohd Tahir Alang Abas ( Nombor Pekerja 65), Mohd Amin Osman (Nombor Pekerja 67), Khairul Bariah Osman (Nombor Pekerja 73) dan Masnah Omar (Nombor Pekerja 77). Pegawai pengurusan Perpustakaan UKM yang terawal dilantik ialah Ketua Pustakawan, Tuan Haji Abdul Aziz Shaik Mydin, dan Penolong Pustakawan, Ho Chooi Hon. Sharifah Naema Syed Mansor ialah satu-satunya Pembantu Perpustakaan dengan kelulusan ikhtisas dalam bidang kepustakawanan, sementara lima lagi Pembantu Perpustakaan terawal tanpa kelulusan ikhtisas ialah Hapipah Mubin, Galoh Zakiah Abdul Malik, Embok Chik Hussein, Norsham Muslim dan Zainal Azman Rajudin. Perpustakaan juga mempunyai seorang Pembantu Perpustakaan Muda, iaitu Ali Haji Ahmad.

Fokus

6 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 7

Hasil dari soal selidik yang dilakukan terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh responden:

i. Mewujudkan ruang tambahan

Perpustakaan telah berjaya mendapatkan sumbangan dan tajaan untuk menaik taraf 27 bilik perbincangan di perpustakaan. Pada Oktober 2016 semua bilik perbincangan telah selesai dinaik taraf dan boleh digunakan oleh pelanggan.

Secara umumnya, tahap kepuasan pelanggan terhadap kemudahan yang disediakan adalah memuaskan. Pelanggan masih menjadikan perpustakaan sebagai tempat pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan serta aktiviti sosial selain sebagai tempat bagi mendapatkan sumber maklumat. Kertas kerja ini melaporkan hasil kajian tahap keperluan dan kepuasan pelanggan terhadap kemudahan yang disediakan. Beberapa cadangan transformasi ruang berjaya dilaksanakan. Ini bagi memastikan Perpustakaan Tun Seri Lanang sebagai tempat yang kekal relevan.

Sepuluh Tahun PertamaHarith Faruqi SidekUnit Komunikasi Korporat, [email protected]

LAPORAN Jawatankuasa Penaja yang disediakan pada tahun 1969 menetapkan, ketika Perpustakaan UKM ditubuhkan, ia perlu mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) orang kakitangan yang terlatih serta mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang Sains Perpustakaan. Enam pegawai perintis ini akan bertindak sebagai Pengarah Perkhidmatan atau Ketua Pustakawan, Ketua Pengkatalog, Ketua Bahagian Pemilikan (kini disebut Perolehan) dan 3 jawatan sebagai pengkatalog. Pegawai perintis ini juga akan berfungsi sebagai pembimbing kepada pegawai baru yang dilantik sementara mereka memperolehi kelayakan ikhtisas ketika dalam perkhidmatan, iaitu melalui skim pengajian lanjutan sepertimana yang dirancang oleh Universiti Kebangsaan bagi kakitangan akademik.

Perancangan kakitangan pelaksana bagi perpustakaan juga diambilkira, jawatankuasa penaja mencadangkan 13 kakitangan pelaksana perlu disediakan bagi perpustakaan pada ketika ia ditubuhkan, pecahan jawatan yang dimaksudkan juga termasuk seorang jurutrengkas yang akan membantu tugas pentadbiran Ketua Pustakawan. Di Bahagian Perkhidmatan Pembaca pula akan diletakkan dua orang atendan pejabat, sementara Bahagian Pengkatalogan pada peringkat awal ini akan mempunyai tiga orang kerani dan dua orang atendan pejabat. Bahagian Perolehan (dulunya Pemilikan) akan disediakan seorang pembantu pegawai perolehan, tiga orang kerani dan seorang atendan pejabat. Jawatankuasa penaja juga meletakkan unjuran perkembangan kakitangan perpustakaan bagi lima tahun pertama. Menjelang tahun 1975, Perpustakaan UKM perlu mempunyai 16 orang pegawai ikhtisas atau pustakawan dan 43 orang kakitangan pelaksana.

Page 5: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Pada tahun 1975, Perpustakaan UKM berjaya mendapat 4 orang lagi Pustakawan sukarelawan, iaitu Sue Anne Manville, Joyce L. Anggio dan Lynne M. Byrne dari United States Peace Corps (USPC) dan Frances Turner dari Australian Volunteer Abroad (AVA). Sue Anne Miller memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Cawangan Rujukan dan Latihan, sementara Frances Turner, Joyce L Anggio dan Lynne M. Byrne berkhidmat sebagai pengkatalog di bawah Rebecca Padgett.

Kesimpulannya, pengisian perjawatan perintis Perpustakaan UKM telah berjaya mengemudi organisasi ini melepasi tempoh kritikal 10 tahun pertama dengan jayanya. Kekurangan kakitangan dengan latar belakang pendidikan bidang Sains Perpustakaan juga dapat ditampung dengan adanya kakitangan sukarelawan terlatih di bawah program United States Peace Corps (USPC) dan Australian Volunteer Abroad (AVA).

Rujukan:

Laporan Kedudukan Perpustakaan pada awal Februari 1975, Perpustakaan UKM.

Adibah Amin (23 April 1972) Donald dan Rebecca to train varsity staff. The Straits Times.

Buku Log Perkhidmatan Kakitangan 1970, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laporan Tahunan Pertama Universiti Kebangsaan Malaysia 1970 – 1971.

Laporan Tahunan Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia 1971- 1972.

Keluarga

Lahir pada 2 Oktober 1957 di Segamat, Johor. Anak kelapan daripada sebelas orang adik beradik. Berkahwin pada tahun 1980 dan dikurniakan tujuh orang anak dan tujuh orang cucu. Suaminya Prof. Rahim Md Noah merupakan pensyarah di UniKL.

Pendidikan

Pendidikan awal: • Sekolah Rendah Kebangsaan Buloh Kasap (1964-1969) • Sekolah Menengah (J.K.) Seg Hwa, Segamat (1970-1975)Pendidikan tinggi: • Northern Illinois University (NIU), memperolehi ijazah Sarjana Muda (B.Sc. Chemistry) pada tahun 1980. • Louisiana State University (LSU), memperolehi ijazah Sarjana Sains Perpustakaan (MLS) pada tahun 1981. • Universiti Kebangsaan Malaysia, memperolehi Diploma Pengajian Islam pada tahun 1997.

Pengalaman Kerja

• Pustakawan UTM (KL) dan ditempatkan di Bahagian Katalog pada Januari-November 1984. • Pustakawan di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) UKM, 4 Disember 1984: Bahagian Katalog: 1984-1990 Cawangan Dokumentasi: 1990-1994 Ketua Bahagian Pengurusan Maklumat: 1995-2003 Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Maklumat: 2004-2005 Ketua Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan: 2006 Timbalan Ketua Pustakawan Kanan / Ketua Program Pembangunan Sumber Maklumat: 2007-2011 Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi / Ketua Pengurusan Pembangunan Sumber: 2011-2013 Ketua Pustakawan: 5 Disember 2013 hingga 2 Oktober 2016

PADA tarikh 2 Oktober 2016, merupakan detik bersejarah bagi Ketua Pustakawan keenam UKM yang menamatkan perkhidmatannya secara rasmi di Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Perpustakaan UKM menghadapi berbagai-bagai rintangan untuk sampai ke tahap yang diiktiraf oleh Pengurusan Tertinggi UKM. Khidmat Hafsah Mohd selama 32 tahun ternyata memberi kesan yang besar terhadap kemajuan dan perkembangan perpustakaan hingga ke tahap yang dibanggakan sekarang.

Kejayaan tidak dapat dicapai dalam sekelip mata tetapi ia sangat menuntut iltizam, pengorbanan dan kerjasama daripada semua pihak untuk merealisasikan Perpustakaan UKM sebagai pusat sumber ilmu universiti penyelidikan yang terkehadapan. Hasil pencapaian dan kejayaan perpustakaan dalam pelbagai bidang, jelas menunjukkan betapa mantapnya kepimpinan beliau. PTSL tidak pernah tercicir dalam setiap perjuangan UKM yang mencecah usia 46 tahun sebagai PENDAULAT AMANAH NEGARA. Enam KRA, aktiviti kualiti dan lain-lain projek penting UKM diselaraskan dengan perjuangan Perpustakaan UKM. Rentetan itu lahir kumpulan dan jawatankuasa seperti KRA, Inovasi, e-Penerbitan, Audit, 5S, KIK, QIT, Pegawai Seranta Kolej, Pegawai Seranta Fakulti dan Koir di Perpustakaan UKM.

Kenali Dia

8 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 9

Sebagai sebuah perpustakaan akademik yang sedang berada di peringkat awal penubuhannya, antara cabaran yang dihadapi ialah kekurangan pustakawan terlatih untuk melaksanakan perkhidmatan asas sebuah perpustakaan.

Mereka ialah Zainal Azman Rajudin, Hapipah Mubin, Galoh Zakiah, Embok Chik Hussein dan Norsham Muslim. Pada tahun 1971, Perpustakaan UKM berjaya mendapatkan seorang pustakawan terlatih dari Amerika Syarikat yang akan berkhidmat di bawah program sukarelawan United States Peace Corps (USPC), iaitu Robin Barker, kemudiannya disertai oleh Donald Clay Johnson dan Rebecca Padgett yang juga di bawah program USPC. Donald Johnson yang pada ketika itu berusia 31 tahun merupakan bekas pustakawan di Northern Illinois University dan Yale University, sementara Rebecca Padgett yang berusia 29 tahun pada ketika itu pernah berkhidmat sebagai pustakawan dan pensyarah dalam bidang Sains Perpustakaan di University of California.

Kehadiran pustakawan luar negara di bawah program USPC di UKM adalah untuk memberi bimbingan dan latihan kepada kakitangan Perpustakaan UKM, selain mengisi jawatan Penolong Pustakawan. Donald Johnson telah diamanahkan untuk mengetuai Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, sementara Rebecca Padgett pula mengetuai Bahagian Katalog. Perkhidmatan Robin Barker di Perpustakaan UKM berakhir pada akhir 1973, diikuti Donald Johnson pada bulan November 1974, sementara perkhidmatan Rebeccca Padgett pula berakhir pada bulan Mac 1975, kehadiran kedua sukarelawan United States Peace Corps (USPC) ini ternyata memberi impak yang besar dalam pembangunan Perpustakaan UKM, Robin Barker misalannya telah dilantik sebagai Penolong Bendahari Persatuan Perpustakaan Malaysia bagi sesi 1972/1973, sementara Rebecca Padgett pula telah berjaya menyelesaikan masalah katalog tertunggak apabila beliau dengan kakitangan bahagian katalog telah berjaya mengkatalog bahan dengan purata 300 bahan seorang. Antara Pembantu Pustakawan bahagian katalog yang bertugas bersama Rebecca Padgett pada ketika itu ialah Embok Chik Hussein, Nora Karen Iqbal, Zainab Ab. Kader, Thuraiyen Nadzrah Mohd Ghazali, Rogayah M. Yassin, Tusiman Mingun dan Jamilah Ahmad.

Pada ketika itu Perpustakaan UKM hanya mempunyai dua orang pustakawan yang mempunyai kelayakan ikhtisas sebagai seorang pustakawan, mereka ialah Tuan Haji Abdul Aziz Mydin dan Ho Chooi Hon. Mereka memperolehi ijazah dalam bidang kepustakawanan ketika dalam perkhidmatan di Perpustakaan Universiti Malaya, sementara lima lagi pembantu perpustakaan mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang lain.

Tegar Menongkah Arus PerubahanHafsah Mohd

Rosnah YusofPerpustakaan Dr. Abdul [email protected]

Page 6: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

10 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 11

Semua projek diketuai oleh beberapa orang Pustakawan Kanan yang dibimbing oleh Ketua Pustakawan sendiri. Beliau sentiasa mahukan anak-anak didik dan semua kakitangan di bawah seliaannya terus maju ke hadapan sehingga berjaya melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Beliau tidak jemu dan putus asa untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing kami semua. Bukan sahaja bimbingan dalam tugas hakiki tetapi termasuk juga asuhan rohani agar kami memahami peranan bagi mencapai matlamat organisasi. Kepimpinan melalui teladan, sangat kami rasakan di bawah penyeliaan Hafsah Mohd. Beliau sentiasa menerima pendapat kakitangan lain dan mengelakkan konflik yang berpanjangan. Beliau sangat menganjurkan kerja berpasukan dan bermusyawarah bagi mencapai persetujuan. Kaedah kepimpinan beliau sangat jelas dalam melahirkan pustakawan yang beriltizam, bersedia dan berikhlas hati dalam tugas.

Sistem kerja yang diajukan beliau berjaya merubah persekitaran yang malap kepada suasana yang bercahaya, gemilang dan cemerlang. Kami dibimbing untuk tidak mementingkan diri sendiri, mengukuhkan ukhuwah, saling mempercayai dan bersifat terbuka.

Dalam persediaan untuk setanding dengan perpustakaan lain, usaha dan keupayaan untuk berinovasi dan terus mencabar kelaziman seperti saranan Naib Canselor tidak pernah hilang dalam pemikiran Hafsah. Setiap inci tindakan terpandu, tersusun bagi mencapai misi dan visi 2020. Maka kami diajar terus berdedikasi, berfikiran kreatif dan inovatif, bertindak proaktif dalam menggembleng strategi yang digariskan dalam Pelan Strategik Perpustakaan 2016-2020. Pelan ini juga digubal berdasarkan Pelan Strategik UKM.

Hafsah sentiasa berharap semua kakitangan menghayati misi, visi dan matlamat perpustakaan agar perpustakaan terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang dan menjadi pusat ilmu dan maklumat bagi mendukung semua Pusat Tanggungjawab di UKM. Begitu juga dengan perancangan dan hasrat untuk mewujudkan Ruang 24 jam di PTSL akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Usaha yang menyerlah ialah dengan yakinnya beliau menstrukturkan semula carta organisasi perpustakaan untuk memantapkan pengurusan, menaiktaraf semua bilik perbincangan/diskusi untuk tambah nilai perkhidmatan kepada pelanggan melalui projek sumbangan dan memantapkan Koleksi Dokumen sebagai nic yang terfokus. Di samping itu Hafsah berjaya meneraju pelaksanaan SPB 5S sehingga memperolehi persijilan. Kejayaan besar perpustakaan juga adalah melalui program mentor coaching.

Mantapnya Carta Organisasi Perpustakaan

Mampukah Perpustakaan UKM mencapai taraf dunia? Apakah petunjuk prestasi dan status kejayaan perpustakaan? Masih relevankah perpustakaan? Persoalan-persoalan ini akan terjawab dengan usaha gigih beliau khususnya dalam merangka semula struktur organisasi Perpustakaan UKM pada tahun 2016. Bagi memantapkan pengurusan, beberapa unit baru diwujudkan iaitu Unit Kualiti dan Perancangan Strategik, Unit Penjanaan Kewangan dan Unit Komunikasi Korporat di bawah Bahagian Pentadbiran dan Perancangan. Bahagian baharu yang disusun semula ialah Bahagian Teknologi Maklumat dan Prasarana Ilmu di mana terdapat 4 unit diwujudkan di bawah bahagian ini. Di samping itu Unit Pengindeksan juga diwujudkan agar kerja-kerja pengindeksan lebih terfokus. Penempatan semula kakitangan juga dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan operasi setiap hari berjalan lancar. Perpustakaan UKM kian menampakkan fokus dan hala tuju yang jelas berlandaskan kepentingan kepada pelanggan. Melalui falsafah pentadbiran sebuah organisasi yang besar, Hafsah berjaya merancang, mengurus dan melaksanakan sebaik mungkin perkara berkaitan pembangunan sumber dan pengurusan maklumat demi memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan. Dengan kepekaan kepada keperluan pelanggan, maka kajian kepuasan pelanggan dilaksanakan selaras dengan status UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan.

Perpustakaan UKM sentiasa mahu memastikan pelanggan mendapat ilmu dan maklumat dengan mudah, cepat, tepat dan terkini. Walaupun dengan kekangan ekonomi yang terbatas Perpustakaan UKM amat berhati-hati dalam menguruskan kewangan secara bijak tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatannya. Pelbagai perkhidmatan nilai tambah yang disediakan bagi memastikan perpustakaan masih relevan pada masa kini dan akan datang.

Usaha dan Pencapaian Bilik Diskusi yang dinaiktaraf memberi impak yang besar dari segi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan perpustakaan. Pencapaian ini sangat berkait rapat dengan projek Dana Endowmen yang bermula sejak tahun 2003. Dana Endowmen Perpustakaan UKM dilancarkkan dengan rasminya pada 10 Julai 2003 oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Rashdan bin Hj. Baba. Setiap tahun jumlah sumbangan Dana Endowmen meningkat dan dimanfaatkan. Hasil usaha bersungguh Ketua Pustakawan untuk menambah baik perkhidmatan Perpustakaan UKM, maka terhasillah 27 bilik diskusi. Bilik-bilik tersebut berjaya dinaiktaraf melalui pengumpulan dana yang disumbangkan oleh 13 individu, lapan kumpulan dan empat syarikat tempatan. Pengubahsuaian bilik ini bermula Jun 2015 hingga November 2016. Penaja yang bermurah hati menamakan bilik diskusi baharu dengan nama yang dipilih oleh mereka. Antara nama yang diberi ialah bilik To’Ishah Hamid, Ayub Sampul, Ariff Husna, Al Furqan dan bilik AyahBonda. Naib Canselor UKM merasmikan bilik diskusi ini pada 12 Mei 2016 dan beliau merupakan perintis penajaan bilik diskusi ini. Kejayaan ini memberi nilai tambah kepada perkhidmatan perpustakaan dalam menyahut aspirasi universiti iaitu mengalakkan penjanaan kekayaan melalui konsep tajaan. Perpustakaan menghargai penyumbang dengan memberi pengiktirafan kepada mereka dalam Majlis Pembudayaan Ilmu yang dilaksanakan setiap tahun.

Peneraju SPB 5S UKM

Jawatankuasa khas 5S diwujudkan dan Hafsah yang menerajui usaha ini. Beliau terus melaksanakan aktiviti mengikut prosedur dan keperluan MAMPU sehingga UKM berjaya mendapat persijilan 5S. Pelaksanaan kempen 5S di Perpustakaan UKM mula dilaksanakan sejak tahun 2012. Tidak dinafikan Sistem Pengurusan Berkualiti 5S diperlukan dalam organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Untuk mencapai matlamat ini UKM melaksanakan proses penambahbaikan secara berterusan seperti mengenal pasti, mengurang dan mengelakkan pembaziran, membina semangat kerja berpasukan, menggalakkan suasana kerja yang lebih selesa dan membentuk sistem asas ke arah penambahbaikan produktiviti dan berkualiti. Laman web khas juga diwujudkan bagi memuatkan maklumat lengkap mengenai 5S dan dipautkan ke laman web Perpustakaan UKM. Bagi memudah dan menyedarkan semua warga UKM, terhasillah video promosi 5S yang dimuat naik ke saluranYoutube yang boleh dicapai ke seluruh dunia. Lagu rasmi 5S UKM juga tercipta atas usahasama ahli jawatankuasa yang diterajui oleh Hafsah. UKM berjaya melepasi proses audit dalaman SPB 5S. Di bawah kepimpinan beliau juga, UKM berjaya memperolehi sijil 5S pada tahun 2015.

Kenangan Pra-MSP 2014 di Puri Pujangga, UKM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perpustakaan UKM 2015

Antara Jawatan yang Disandang

Ketua Jaminan Kualiti PTSL: 2007-2013Ketua Juruaudit SPKPUKM: 2011-2013Pengerusi Program Mentor-Coaching PTSL: 2012-2013 Penceramah Kursus InduksiPenggubal/Pemeriksa Peperiksaan Perkhidmatan dan Khas: 2007-2012Setiausaha Jawatankuasa Pangkalan Data Komersil Peringkat Kebangsaan: 2000-2006Pengerusi Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan: 2007-2013Pengerusi Majlis Ketua Pustakawan IPTA: 2015

Pengerusi Jawatankuasa Jamuan Konvokesyen UKM 2015

Page 7: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Kenali Dia

12 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 13 Berita Perpustakaan UKM • 13

Pencetus Program Mentor Coaching

Antara sumbangan terbesar Hafsah ialah melonjak nama perpustakaan menerusi program mentor coaching. Program ini merupakan program perintis di UKM kerana belum terdapat PTj lain yang melaksanakannya. Program mentor coaching berjaya dilaksanakan dengan baik di perpustakaan dan berterusan sehingga kini. Bengkel pertama untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pustakawan dan kakitangan mengenai mentor coaching diadakan pada 26-27 Mac 2012. Pengerusi dan AJK mentor coaching diwujudkan selepas pembentangan kertas kerja oleh Hafsah pada 26 Mac 2011 di Bengkel Mentor Coaching. Bengkel Pemantapan Mentor Coaching pula diadakan di UNITEN pada 29 Januari 2013 dan diikuti dengan siri kedua pada 26 Mei 2014.

Program mentor coaching berjaya dilaksanakan kerana lahir mentor berpengalaman dalam mengendalikan sesi mentor coaching ini. Melalui siri bengkel yang dijalankan semua mentor/coach dapat meningkatkan keyakinan diri dan memantapkan kebolehan dalam mengendalikan sesi mentor coaching dengan baik. Beberapa kumpulan nic telah dilahirkan seperti nic inovasi dan kreativiti, nic kemahiran penerbitan dan penulisan, nic penerbitan rekabentuk kemahiran ICT, nic pengkomesilan, nic sahsiah dan rohani serta nic gaya hidup sihat. Laporan pencapaian setiap nic menunjukkan hasil kejayaan yang dipimpin oleh Hafsah.

Pemantapan Koleksi Dokumen

Istimewanya Koleksi Dokumen di Perpustakaan UKM kerana perpustakaan universiti awam lain di Malaysia tidak mengasingkan koleksi ini seperti Perpustakaan UKM. Bahan dokumen, penerbitan kerajaan ini agak sukar dikendalikan kerana penerbitannya banyak dan pelbagai bentuk. Koleksi Dokumen menempatkan bahan-bahan terbitan kerajaan termasuk dokumen-dokumen dari Parlimen, laporan-laporan oleh badan atau agensi-agensi, statistik perangkaan, terbitan kerajaan tempatan, terbitan badan intergovernmental, terbitan persatuan serta badan-badan antarabangsa seperti World Bank, IMF, OECD dan lain-lain.

Pada November 2015, tercetus pula idea mewujudkan nic dokumen untuk memantapkan pengurusan koleksi Dokumen perpustakaan yang mempunyai bahan sebanyak 6,729 judul. Antara usaha yang dijalankan bagi mencapai matlamat untuk memantapkan koleksi dokumen ialah menilai semula kekuatan Koleksi Dokumen, mengemaskini dasar dan polisi bahan dokumen, membuat semakan stok, mengemaskini proses pengkatalogan bahan dokumen dan membuat kaji selidik penggunaan bahan koleksi. Koleksi Dokumen mempunyai penerbitan kementerian sebanyak 5,634 judul. Pada peringkat permulaan pemantapan bahan dokumen fokus kepada penerbitan perangkaan kerajaan yang kini berjumlah 442 naskhah bahan yang diterbitkan oleh 24 kementerian. Usaha meningkatkan perolehan bahan penerbitan kerajaan dari semua kementerian dalam pelbagai format diteruskan di mana kakitangan pergi ke institusi/kementerian untuk mendapatkan bahan yang tiada dalam koleksi. Di samping itu juga bahan yang boleh diakses melalui laman web kementerian di muat turun dan disimpan dalam CD serta dikatalog untuk memudahkan pelanggan mengaksesnya. Pustakawan Unit Asia Tenggara dan Dokumen juga telah mengadakan Kursus Kemahiran Maklumat khusus untuk mengenalkan bahan koleksi dokumen kepada pelanggan perpustakaan. Kesannya kini, didapati jumlah penyelidik yang merujuk bahan di koleksi dokumen juga meningkat.

Mudah-mudahan insan yang menerajui perpustakaan ini diberi barakah dan kecemerlangan di dunia dan akhirat setanding dengan pejuang yang membawa senjata dalam menegakkan harga diri Islam. Ternyata kata-kata harapan yang amat terkesan oleh mantan Ketua Pustakawan ini ialah “jalankan segala tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin dengan penuh keikhlasan, sebagai ibadah, lillahitaala”. Adat perpisahan yang merakam sebak dan pilu, warga Perpustakaan UKM menyimpannya dalam kecekalan hati dan semangat gigih bagi meneruskan perjuangan Hafsah dalam memajukan Perpustakaan UKM. Berbekalkan kecekalan dan semangat itu, kami kakitangan perpustakaan UKM akan terus berkhidmat seluhurnya. Insya Allah. Yang tidak mungkin luput dari ingatan.

“Pustakawan,

-Lela Ruzma

LELA Ruzma Mohd Shaari merupakan salah seorang daripada barisan kepimpinan terbaik yang pernah dimiliki oleh Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam kelembutannya ada ketegasan, di sebalik senyumannya tersembunyi kesinisan, pada tutur bicaranya terkandung nasihat membina. Kenangan penulis dengan beliau di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) hanya sekitar dua tahun sahaja. Beliau meladeni kakitangan bawahan dengan penuh kasih sayang, menjadikan setiap tugasan dilaksanakan dengan baik oleh warga Perpustakaan ATMA.

Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik ini dilahirkan pada tanggal 16 Oktober 1958 di Beranang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Beranang sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besi kerana mengikut ayahanda beliau yang bertugas di sekolah tersebut. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, Lela Ruzma yang juga mesra disapa Cik Lel oleh warga perpustakaan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas. Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Sains Perpustakaan, beliau merasai betapa sukarnya mendapatkan pekerjaan sehingga terpaksa menganggur hampir setahun. Sedari itu, beliau amat menghargai dan menyayangi kerjaya pustakawan yang padanya dekat dengan masyarakat. Lela yang ketika kecil bercita-cita untuk bergelar guru tidak pernah terfikir akan menyandang jawatan Timbalan Ketua Pustakawan pada penghujung kariernya. Walau bagaimanapun, beliau berkesempatan meraih pengalaman sebagai guru gantian di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuchai Lama sebelum bergelar pustakawan di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia (UPM) selama setahun. Pengalaman bergelar guru walaupun dalam tempoh yang singkat, sangat manis bagi beliau kerana berjaya mengajar anak-anak yang langsung tidak tahu menulis dan membaca pada peringkat awalnya.

Siti Wahida AmanullahPerpustakaan Alam & Tamadun [email protected]

Kerjaya Dekat Dengan Khidmat Masyarakat”

Kerjaya Yang Ku Pilih

Berbicara tentang kerjaya pustakawan, salah satu perkara paling mencabar sepanjang tempoh perkhidmatannya adalah ketika pembangunan prosedur-prosedur perpustakaan bagi memenuhi keperluan MS ISO 9001: 2000. Beliau masih ingat betapa peritnya waktu itu memandangkan pasukan pustakawan masih kurang latihan dan ilmu berkenaan perkara tersebut. Pengalaman pertama diaudit pada tahun 2003 juga jika diimbas kembali padanya sungguh mengharukan kerana semangat kerjasama di kalangan pustakawan dan kakitangan yang sangat baik. Malahan, mereka turut mengadakan solat hajat bagi memanjatkan doa agar segala urusan berkaitan pengauditan tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar. Ibu kepada empat cahaya mata ini, jujur mengakui pengalaman menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Bahagian Jurnal dan Jilidan, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) sangat memenatkan kerana secara peribadi beliau tidak menggemari perkara yang berkaitan dengan nombor atau pengiraan. Malangnya, tugasan sewaktu itu tidak dapat lari daripada kewangan yang pastinya berbentuk nombor. Bunyi seperti kelakar, tetapi itulah cabaran buat beliau ketika itu.

Ketua yang dikasihi semua kakitangan ini memulakan kerjayanya di Perpustakaan UKM pada tahun 1985 di Unit Katalog, PTSL. Semua pustakawan baharu akan merasai debaran pertama kali bertugas pada waktu malam, tidak terkecuali buat beliau. Perasaan itu terbit disebabkan kurang keyakinan diri dan pengalaman. Walau bagaimanapun ianya akan hilang setelah beberapa kali bertugas berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan.

Page 8: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

14 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 15

Beliau juga mengakui kini tugasan pustakawan lebih mencabar rentetan karektor pelanggan yang lebih aktif dan agresif dalam pencarian maklumat. Malahan, faktor perkembangan teknologi maklumat menjadikan profesion ini tidak sekadar tertumpu kepada satu tugasan rutin sahaja, tetapi bersifat multi-tasking. Padanya, jika dibandingkan dahulu dengan situasi sekarang memang jauh berbeza apabila pelbagai jawatankuasa dan keahlian dibentuk sama ada peringkat perpustakaan mahupun universiti yang menagih kepakaran dan bantuan para pustakawan. Justeru, beliau berharap agar profesion pustakawan itu tidak menjadikan mereka berciri extrovert, iaitu tidak mahu menonjolkan diri, tidak mahu ke hadapan, lebih selesa berada di belakang tabir sahaja. Ini kerana majoriti pustakawan mempunyai kemahiran dan kebolehan yang unik, selain berada dalam sebuah gedung maklumat yang seharusnya membuka minda mereka.

Temui Kepuasan

Melihatkan kepada senario kini yang mempamerkan keterlibatan golongan sukarelawan wanita dalam pelbagai misi kemanusiaan, membuatkan beliau menjadikan mereka sebagai inspirasi dan kekuatan baginya untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Perkhidmatan maklumat turut ditambah baik apabila berjaya mengadakan kolaborasi bersama guru dan pelajar sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi, supaya pendedahan kepada bidang sains perpustakaan dan pencarian maklumat dengan tepat dapat dikongsi bersama mereka. Demi merealisasikan minatnya terhadap aktiviti kemasyarakatan, beliau memperkenalkan perkhidmatan Sukarelawan OKU di perpustakaan dengan hasrat mempermudahkan urusan pembelajaran golongan ini. Maka, beliau mula merasakan kerjaya pustakawan ini sangat dekat dengan khidmat masyarakat, lantaran setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan demi kepuasan orang lain.

Bertindak sebagai Ketua Perpustakaan ATMA, beliau memberi pengalaman baharu kepada kami dengan terlaksananya program Jom Baca dan Tulis di Rumah Anak Yatim PKAYDEM, Banting, Selangor, seterusnya program Ziarah dan Gotong-Royong di Rumah Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor. Program seperti ini berjaya membudayakan semangat kesukarelawan di kalangan kakitangan selain melahirkan warga kerja yang sentiasa bersyukur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Beliau juga menerima pelawaan ATMA untuk bekerjasama menganjurkan Pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang di Dunia dan Bengkel Melukis bersama Ismail Embong, yang sarat dengan pelbagai pengajaran, ilmu dan pengalaman dalam menjayakannya. Beliau juga sering memberi penekanan agar kakitangannya bijak membahagikan masa semasa menjalankan tugasan hakiki dan ad-hoc, agar keduanya dapat berjalan seiringan. Malahan, beliau sentiasa berharap, pustakawan mampu memainkan peranan dengan baik dalam aspek pengagihan tugasan agar semua kakitangan terlibat dalam apa jua program yang dianjurkan. Ini kerana kepakaran mengagihkan tugas kepada kakitangan amat penting untuk membantu pustakawan lebih fokus kepada tugasan berbentuk penyelidikan selain sebagai penyalur maklumat semata.

Oleh yang demikian, kepuasan selama bergelar pustakawan adalah ketika beliau bertugas sebagai Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, iaitu selepas lima belas tahun berada dalam profesion ini. Ketika itu beliau berpeluang mengajar dalam Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) yang mengingatkannya pada cita-cita masa kecil untuk menjadi seorang guru. Beliau telah memperkenalkan perkhidmatan Info Clinic yang mana memberi peluang kepada pelanggan perpustakaan untuk berjumpa dengan pustakawan secara bersemuka dalam mendapatkan sumber maklumat.

Aktiviti Khidmat Masyarakat Bersama Pelajar Sekolah

Kenangan sebagai Ketua Perpustakaan ATMA

Pengalaman Berharga

Pengalaman bertugas di perantauan juga merupakan antara perkara yang tidak dapat dilupakan buat beliau. Semuanya mempunyai pelbagai kisah manis untuk dikenang dan sukar dilupakan. Jawatan pertama sebagai ketua yang disandang oleh beliau ialah Ketua Bahagian Katalog di Perpustakaan UKM Kampus Sabah. Walau bagaimanapun, beliau sempat meraih pengalaman bertugas di Sabah selama dua tahun sahaja apabila UKM Kampus Sabah ditutup secara rasminya pada tahun 1996 disebabkan Fakulti Sains dan Sumber Alam bersama Fakulti Sains Pembangunan dipindahkan ke Kampus Bangi, selain faktor penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 1994. Beliau merupakan antara Pustakawan UKM yang beruntung kerana berpeluang merasai pengalaman menjalani latihan atau study tour selama dua minggu di University of Queensland, Australia. Beliau mengagumi bumi kangaroo ini apabila merujuk kepada cara pemeliharaan dan pemuliharaan tapak sejarah malahan dikekalkan sebagai sebuah khazanah warisan.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu turut memberi tekanan kepada pengurusan perpustakaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Penjenamaan semula carta organisasi Perpustakaan UKM di bawah pimpinan Puan Hafsah Mohd, dengan kewujudan Unit Penjanaan Kewangan merupakan idea yang baik pada pendapat beliau. Beliau mencadangkan supaya melalui unit ini, peruntukan dapat disalurkan bagi program latihan sangkut, study tour atau short courses kepada pustakawan berdasarkan kemahiran mereka sekurang-kurangnya di negara Asia seperti Indonesia, Singapura atau Thailand. Menurut pandangan beliau, melalui program formal seumpama ini bakat dan kemahiran pustakawan atau kakitangan dapat digilap berdasarkan kebolehan mereka. Selain daripada itu, peluang untuk pustakawan atau kakitangan menghadiri seminar di luar negara juga wajar dibuka walaupun tidak sebagai pembentang. Ini kerana melalui seminar ini ianya mampu memberi idea dan pengalaman yang baik kepada mereka. Beliau juga menerima baik cadangan pustakawan bertindak sebagai pengajar di Pusat Citra, dan menganggap itu satu starting point untuk melonjakkan kerjaya pustakawan itu sendiri. Lebih daripada itu, Lela turut berharap agar pertukaran pustakawan dan kakitangan dapat dilaksanakan secara berjadual supaya mereka mampu bertugas di mana sahaja seterusnya dapat menimba pelbagai kemahiran dan pengalaman yang berbeza. Beliau sendiri merasakan antara yang menarik dalam kerjayanya adalah apabila berpeluang bertugas di hampir kesemua bahagian atau unit di PTSL kecuali Unit Perkhidmatan Pelanggan, perpustakaan cabang di Kampus Sabah dan Perpustakaan ATMA.

Mengisi masa lapang dengan menulis sajak selain gemar membeli-belah, beliau berharap supaya akan lebih banyak masa untuknya menyertai aktiviti kemasyarakatan selepas bersara. Beliau juga menyuarakan hasrat untuk berada di perpustakaan yang mempunyai ruangan kanak-kanak, dan dapat membaca cerita-cerita menarik untuk mereka memandangkan kerinduannya pasti ada untuk sebuah tempat bernama perpustakaan. Sebenarnya, banyak nasihat daripada insan berpengalaman ini kepada generasi pustakawan dan kakitangan muda perpustakaan. Ungkapan menarik beliau yang penulis ingat adalah, ‘you’ve should be seen and to be heard’. Besarlah harapan beliau agar pustakawan sentiasa berani untuk berada di barisan hadapan, mampu membawa diri walau berada di mana sahaja dan paling penting elakkan daripada mengatakan ‘TIDAK’ pada semua perkara sebelum mencubanya. Menurut beliau lagi, cuba lihat sesuatu dari pelbagai sudut supaya diri sentiasa berpandangan positif dalam menerima amanah, tentu ada pelajaran dan pengalaman yang bakal dimiliki daripadanya. Tambahan pula, pustakawan kini mempunyai pelbagai tugasan yang tidak lagi bersifat job-oriented, maka penerimaan tugasan dengan baik itu penting supaya diri tidak rasa terbeban. Setidaknya, ia membantu kepada memastikan betapa relevannya kerjaya pustakawan dan perpustakaan itu sendiri. Buat seorang ketua sepertinya, mudahan beliau sentiasa berada dalam rahmat Ilahi dan mampu menyumbang untuk masyarakat dalam cara yang tersendiri. “Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang, Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang”.

Mesyuarat Ketua Bahagian yang terakhir dihadiri sebelum bersara

Antara Majlis Penghargaan

meraikan persaraan

beliau

Page 9: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

16 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 17

Artikel Pilihan

MampukahEkonomi ini?Perpustakaan Bertahan di Era Kegawatan

PENGANALISIS ekonomi Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam mengingatkan rakyat agar bangkit dan bersedia untuk mengelakkan krisis ekonomi yang semakin kritikal dan bakal melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kos pengurusan kerajaan yang tinggi (jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion),

Hayatul-Azlah GhazaliUnit Katalog, [email protected]

Perpustakaan UKM turut terkesan dengan masalah ini dan sedikit sebanyak telah bersedia untuk menangani masalah tersebut. Salah satu cara yang berjaya dilakukan adalah dengan mempromosi dana endowmen perpustakaan. Perpustakaan memohon penaja-penaja yang berminat untuk menaja pembinaan bilik diskusi. Seramai 11 penyumbang yang terdiri daripada Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, ahli akademik, Ketua Pustakawan dan sebagainya telah sudi menabur budi dengan menaja 27 bilik diskusi di perpustakaan.

Kaedah lain perlu difikirkan lagi oleh warga perpustakaan bagi membantu jabatan untuk mencapai objektifnya. Di antara yang dapat difikirkan oleh penulis adalah kerjasama di antara perpustakaan dengan pembekal komputer melalui Pusat Teknologi Maklumat untuk mengadakan jualan komputer terpakai dapat mengurangkan kos pembelian komputer untuk kegunaan pelanggan dan kakitangan perpustakaan.

beban subsidi kerajaan yang tinggi dan produktiviti pekerja yang kurang cemerlang adalah di antara punca-punca penyebab kegawatan ekonomi di Malaysia. Kerajaan telah mengambil langkah dengan mengurangkan penyaluran bajet kepada setiap jabatan-jabatan termasukkan kepada perpustakaan. Justeru itu, seluruh kategori perpustakaan di Malaysia malah di luar negara mengalami masalah yang sinonim iaitu kekurangan bajet. Kekurangan bajet ini amat memeritkan kerana objektif perpustakaan untuk menyediakan perkhidmatan yang terkini, relevan dalam masa yang cepat dan tepat dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Sewaan ruang di perpustakaan seperti ruang 24 jam, bilik diskusi, ruang santai dan ruang-ruang lain yang dikenal pasti bersesuaian untuk disewa oleh perpustakaan dijangka dapat menjana pendapatan bagi menampung kos untuk perpustakaan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

Perpustakaan juga boleh mencontohi Library Booster Club di luar negara. Kelab ini terdiri daripada warga yang begitu prihatin kepada perpustakaan dan sanggup menyumbang tenaga untuk memastikan kebajikan perpustakaan. Library Booster Club ini sekiranya dicontohi ianya dapat menjana kewangan melalui aktiviti jualan makanan seperti air jus, pisang goreng, khidmat membasuh kenderaan dan seumpamanya yang bersesuaian di bawah kanopi di sekitar perpustakaan. Hasil dari jualan ini dapat menambah kewangan perpustakaan.

Open Book Air juga boleh dilakukan iaitu dengan membuat sewaan kepada buku novel yang digemari pelajar seperti karya-karya Danielle Steel, Mills and Boone, Baharudin Kahar, Sri Delima dan sebagainya. Kanopi yang direka dengan daya kreativiti yang menarik oleh Kumpulan Inovatif Perpustakaan atau Jawatankuasa Keceriaan Perpustakaan secara tidak langsung dapat menarik minat pelanggan perpustakaan untuk berkunjung ke Open Book Air ini.

Idea ini adalah seakan-akan idea yang telah dicetuskan oleh YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin ketika memberikan pendapat beliau di dalam Syarahan Tun Seri Lanang anjuran Perpustakaan UKM.

Perpustakaan UKM boleh mempromosi semula Projek Buku Angkat yang pernah dijalankan oleh perpustakaan suatu ketika dahulu dengan memperluaskan promosi kepada ahli alumni juga kepada orang luar UKM. Semakin ramai yang terlibat akan menjimatkan kos perbelanjaan membeli buku.

Di samping itu, perpustakaan boleh menceburi dunia saham dan bekerjasama dengan koperasi. Walaupun agak membahayakan, namun sekiranya mendapat persetujuan pihak pengurusan UKM, cara ini dapat membantu peruntukan kewangan di dalam jangka masa panjang.

Kolaborasi atau kerjasama dengan seluruh perpustakaan di Malaysia serta organisasi luar amatlah dialu-alukan pada era kegawatan ekonomi ini. Kolaborasi dari segi idea kepakaran dalam konteks pengajaran, perkongsian modul, alat reka cipta, perkongsian sumber maklumat, perkongsian ruang dan seumpamanya rata-rata dapat memberi manfaat kepada semua pihak termasuk perpustakaan.

Antara produk idea inovasi untuk penjanaan kewangan

Seluruh warga perpustakaan dapat bersama-sama menyumbang idea di

luar kotak dan tenaga dalam memastikan perpustakaan mampu berdiri kukuh

walaupun pada era kegawatan ekonomi ini.

IDEA SUMBER

PELA

BUR

AN

Ilustrasi daripada internet

HA

SIL

Page 10: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

18 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 19

Norliah Sukarno & Anna Kustyana MukandarPerpustakaan [email protected]@ukm.edu.my

Raja Aziz AddruseKh

azan

ah Il

mu

KHAZANAH YM Raja Aziz Addruse ditempatkan di Perpustakaan Undang-undang, Univesiti Kebangsaan Malaysia. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan koleksi ini pada pada 14 Mei 2016. Majlis perasmian dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi UKM, YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dan keluarga Allahyarham Raja Aziz Addruse. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor UKM, dan rakan rapat Allahyarham Raja Aziz Addruse termasuklah beberapa tokoh dalam bidang undang-undang.

Artikel Pilihan

Initiatif untuk memperoleh khazanah ilmu koleksi peribadi YM Raja Aziz Addruse bermula pada 17 Mac 2015 apabila Dekan Fakulti Undang-undang, Prof. Dr. Rohimi Shafiee dan Ketua Perpustakaan Undang- undang, Puan Anna Kustyana Mukandar diterima mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor bagi membincangkan cadangan tersebut.

Usaha diteruskan dengan kunjungan Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Perpustakaan Undang-undang ke kediaman Puan Catherene Addruse pada 30 April 2015. Persetujuan dicapai dan langkah selanjutnya dilakukan termasuklah menaik taraf ruang di Aras 2 Perpustakaan Undang-undang untuk menempatkan koleksi yang amat tinggi nilainya.

Pengubahsuaian Perpustakaan Undang-undang untuk menempatkan koleksi mantan Presiden Majlis Peguam tersebut bermula pada 18 September 2015 dan siap sepenuhnya pada 28 April 2016. Ruang khazanah ini memaparkan rekaan klasik yang telah dipersetujui bersama oleh Fakulti Undang-undang, perpustakaan dan pengurusan universiti.

Pemindahan koleksi yang terdiri daripada buku, laporan undang-undang dan teks ucapan dari kediaman Puan Catherene Addruse ke Perpustakaan Undang-undang dilakukan pada 18 hingga 20 Januari 2016 secara gotong-royong melibatkan kakitangan Perpustakaan Undang-undang dan Fakulti Undang-undang. Kerja-kerja mengkatalog keseluruhan koleksi yang berjumlah 7,000 naskhah dalam Sistem Virtua dilaksanakan oleh kakitangan Perpustakaan Undang-undang dan memakan masa selama tiga bulan.

Semasa majlis perasmian, anak perempuan Raja Aziz Addruse, Raja Azrin dijemput untuk menyampaikan ucapan mewakili keluarga beliau. Antara inti pati ucapan beliau menyatakan bahawa ayahnya gemar semua jenis buku, terutama bidang undang-undang.

Menurut beliau juga, bapanya amat cermat menggunakan buku beliau sehingga jilid-jilid itu kini kekal berada dalam keadaan baik walaupun buku tersebut telah lama diterbitkan. Raja Azrin turut menggesa pelajar undang-undang agar menghargai dan menghormati buku dan undang-undang seperti mana yang dilakukan oleh bapa beliau. Beliau berharap khazanah ilmu ini menjadi sumber rujukan generasi akan datang.

Koleksi Raja Aziz Addruse yang terdapat di Perpustakaan Undang-undang

Page 11: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

20 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 21 Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • 21 21 Berita Perpustakaan UKM • 21

Aktiviti Perpustakaan

PADA12 Mei 2016 bertempat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). MoU ini ditandatangani oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dan Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Abdul Adzis Abas. Pada majlis ini juga turut diadakan pelancaran Pangkalan Data Indeks Dewan Bahasa dan Pustaka (IDBP) dan pelancaran 22 judul buku terbitan DBP yang dihasilkan oleh karyawan dan pensyarah UKM.

U KM

Menandatangani

Memorandum Persefahaman (M

oU)

Dengan D BP

Shamsudin IbrahimUnit Penjanaan Kewangan, [email protected]

Bagi tujuan MoU ini, UKM diwakili oleh Penerbit UKM dan Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Objektif MoU ini diadakan ialah:

1. Memantapkan dan meningkatkan aktiviti pembangunan koleksi bahasa Melayu serta bidang berkaitan tamadun dan peradaban Melayu;

2. Memasyarakatkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan bahasa Melayu serta bidang berkaitan tamadun dan peradaban Melayu.

Di samping itu, MoU antara UKM dan DBP ini amat bertepatan dengan perkara berikut:

1. Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institusi Pengajian Tinggi;

2. Misi UKM iaitu menjadi universiti terpilih yang memartabatkan bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan;

3. Bidang Keberhasilan Utama UKM yang pertama iaitu graduan beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing serta inovatif;

4. Bidang Keberhasilan Utama UKM yang kedua iaitu penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi;

Majlis menandatangi MoU antara UKM dengan DBP

5. Bidang Keberhasilan Utama UKM yang ketiga iaitu perkongsian pintar dan keterlibatan strategik;

6. Bidang Keberhasilan Utama UKM yang keempat iaitu sumber manusia dan institusi cemerlang;

7. Bidang Keberhasilan Utama UKM yang kelima iaitu penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik;

8. Bidang Keberhasilan UKM yang keenam iaitu prasarana dan persekitaran ilmu yang kondusif;

9. Misi Perpustakaan UKM iaitu meningkatkan budaya ilmu dan usaha memartabatkan bahasa Melayu serta menggalakan cetusan ilmu baharu; dan

10. Usaha yang dilakukan oleh Perpustakaan UKM yang telah menetapkan koleksi bahasa Melayu sebagai bidang tujahan (NIC) Perpustakaan UKM.

Sebelum tercetus idea untuk mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) ini, Perpustakaan UKM melanggan majalah-majalah bercetak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka secara berkala sebagai koleksi perpustakaan. Bagi memudahkan pelanggan mencari artikel yang terdapat dalam majalah, sebuah pangkalan data yang dinamakan Indeks Dewan Bahasa dan Pustaka (IDBP) dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Mutiara Perpustakaan pada November 2015. Semasa IDBP dibangunkan, perpustakaan memohon dan menerima maklumat bibliografik artikel daripada Dewan Bahasa dan Pustaka secara one-off.

Selain itu, kerjasama dengan DBP juga bermula pada 18 Jun 2014, di mana Perpustakaan UKM telah membekalkan kepada DBP sebanyak 239 judul tesis dalam bahasa Melayu untuk dimuat naik ke dalam Portal Gerbang Maya DBP (http://etesis.dbp.gov.my).

Pada 22 Mac 2016, pasukan daripada perpustakaan telah mengadakan lawatan penandaarasan ke DBP bagi membincangkan potensi usaha sama yang boleh dilakukan termasuklah mengadakan MoU.

Sehubungan itu, pada 8 April 2016, wakil DBP hadir ke perpustakaan untuk memuktamadkan pengisian Borang Permohonan Mengadakan MoU/MoA yang diberikan oleh Pejabat Penasihat Undang-undang dan Integriti (PUUI) UKM. Selepas menerima deraf MoU daripada PUUI dan diteliti oleh semua pihak yang berkenaan, mesyuarat penyelarasan kali kedua diadakan pula bersama Penerbit UKM dan DBP pada 27 April 2016 di perpustakaan.

Majlis Pelancaran Buku Karyawan UKM turut diadakan

Page 12: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

22 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 23

Aktiviti Perpustakaan

PenyimpanKhazanah IlmuPengetahuan Global

Norbaizura Haji MalekUnit Asia Tenggara & Dokumen, [email protected]

SYARAHAN Tun Seri Lanang (TSL) merupakan salah satu program anjuran Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersempena Program Pembudayaan Ilmu. Penceramah yang diundang adalah terdiri daripada warga akademik UKM bertaraf Profesor atau cendiakawan yang mempunyai ketokohan dan terkenal di dalam dan luar negara.

Objektif Syarahan TSL adalah untuk:

i. Memberi penghormatan kepada para akademik dan cendiakawan UKM untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing;ii. Memberi peluang kepada warga universiti dan masyarakat untuk berkongsi pandangan dan buah fikiran dengan tokoh berkenaan;iii. Menjadikan syarahan ini sebagai satu aktiviti yang mempunyai impak tinggi kepada masyarakat;iv. Menyediakan ruang perbincangan ilmu di kalangan warga universiti;v. Menjadikan UKM sebagai sebuah universiti yang dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu dan pendidikan negara.

Masyarakat pembelajaran: menjana tamadun melalui perpustakaan sebagai penyimpan khazanah ilmu pengetahuan global merupakan tajuk Syarahan Tun Seri Lanang (TSL) siri ke-5 yang diadakan pada 19 Mei 2016 di Bilik Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM. Pada tahun ini, Syarahan TSL telah sampaikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Kamal Salih, Pengerusi Yayasan Mahkota, Profesor Adjung Ekonomi dan Pengajian Pembangunan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya yang juga merupakan penerima Ijazah Kehormat UKM.

Tan Sri Datuk Dr. Kamal Salih merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Monash University, Australia dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Pennsylvania. Beliau telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia dari tahun 1973-1985 sebagai Profesor, Dekan dan Timbalan Naib Canselor Akademik. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Pengasas Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dari tahun 1986-1994. Sebagai seorang penasihat dasar, Tan Sri Kamal Salih merupakan salah seorang ahli panel ekonomi Perdana Menteri dari tahun 1981-1986, ahli Majlis Perniagaan Malaysia dari tahun 1991-1996 dan telah berperanan sebagai Ketua Pelapor Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pertama dari tahun 1989 -1991.

Pada tahun 1992, beliau telah menubuhkan kolej perubatan swasta pertama di Malaysia, iaitu Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan kekal sebagai Pengerusi Eksekutif sehingga tahun 2004. Tan Sri Kamal Salih telah berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi bagi Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF) sewaktu pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari tahun 2006-2008. Pada tahun 1996, Tan Sri Kamal Salih telah menubuhkan Yayasan Wangsa Maju yang kini dikenali sebagai Yayasan Mahkota. Beliau kekal sebagai pengerusi yayasan tersebut sehingga ke hari ini.

Beliau telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pembangunan Sosial dan Ekonomi pada tahun 2014. Beliau kini merupakan Profesor Adjung dalam Pengajian Ekonomi dan Pembangunan di Universiti Malaya.

Antara intipati syarahan ialah beliau menekankan peranan institusi ilmu seperti perpustakaan sebagai penyimpan khazanah ilmu dalam usaha meningkatkan pengembangan dan penerapan ilmu pengetahuan serta menyebarkannya kepada seluruh masyarakat. Beliau turut menyentuh mengenai keupayaan sesebuah masyarakat dalam mentransformasikan institusinya mengikut keperluan semasa dalam membentuk masyarakat berilmu atau pembelajaran. Institusi ilmu seperti perpustakaan memainkan peranan penting dalam menyesuaikan dan membawa organisasi dalam menghadapi perubahan seperti perubahan teknologi, persekitaran pembelajaran dan pasaran. Cabaran lain yang perlu ditangani oleh perpustakaan ialah isu menyesuaikan diri dalam menghadapi ledakan maklumat, teknologi, kaedah penyimpanan dan penyebaran ilmu dalam konteks masyarakat pembelajaran. Kewujudan internet, mobile computing, cloud technology dan telefon pintar juga mewujudkan persoalan apakah reka bentuk perpustakaan pada masa hadapan.

Memetik kata-kata beliau, “Perpustakaan ialah a learning

centre sepatutnya mampu menarik semua pihak, pengajar

atau pelajar, mahasiswa atau graduan, akademik atau bukan specialist. Ianya harus tempat

yang hidup, bukan macam kubur, sebaliknya harus menarik dan

futuristik, bukan “a dowdy place”, silent dan serius. Perpustakaan memang mempunyai peranan yang penting dalam sesebuah

masyarakat pembelajaran”.

Rumusan Syarahan TSL antaranya ialah perpustakaan sebagai institusi ilmu hendaklah mengorak langkah menangani cabaran utama iaitu mampu bersaing dan menandingi penyedia maklumat yang sedia ada dan menarik generasi kini untuk meneroka khazanah ilmu yang dimilikinya bagi kesejahteraan sejagat.

Foto kenangan Ahli Jawatankuasa Syarahan Tun Seri Lanang bersama sebahagian tetamu yang hadir

Ucapan aluan daripada Ketua Pustakawan, Puan Hafsah Mohd

Page 13: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

24 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 25

Aktiviti Perpustakaan

24 • Inspirasi

‘Cintai Bahasa Kita’Meriah Dengan Tema

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan UKM

Asmany Aza AhmadUnit Perolehan, [email protected]

HARI Bersama Pelanggan Perpustakaan UKM adalah merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sempena Program Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM. Pada tahun ini, Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan UKM diadakan pada 18 Oktober 2016 di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), diikuti dengan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff dan Perpustakaan Praklinikal pada 19 Oktober 2016, 20 Oktober 2016 di Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, 2 November 2016 di Perpustakaan Undang-undang, 16 November 2016 di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu dan 17 November 2016 di Perpustakaan Lingkungan Kedua.

Hari Bersama Pelanggan tahun ini telah menarik seramai 500 orang pelanggan berkunjung ke perpustakaan utama manakala 700 orang pengunjung ke enam buah perpustakaan cabang. Pelanggan telah diberi peluang untuk bertanyakan soalan, mengisi borang kajian kepuasan pelanggan secara dalam talian, berinteraksi dengan pihak perpustakaan dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk semua pelanggan perpustakaan.

Bertemakan Cintai Bahasa Melayu, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk mencapai objektif Hari Bersama Pelanggan iaitu untuk membudayakan sikap kakitangan perpustakaan dalam menghargai pelanggan, menjalinkan hubungan erat antara warga perpustakaan dan pelanggan serta memupuk rasa cinta pelanggan kepada perpustakaan. Sesuai dengan tema pada tahun ini, pelbagai aktiviti diadakan untuk memupuk semangat cintakan bahasa Melayu.

Antara aktiviti yang disediakan adalah:

• Permainan Teka Silang Kata di mana peserta harus menyertai cabaran simpulan bahasa bagi melengkapkan permainan tersebut;• Permainan Menang, Kalah atau Seri pula diadakan secara berkumpulan di mana peserta harus menyelesaikan cabaran peribahasa dengan melukis untuk mendapatkan jawapan;• Permainan Tembak Botol Air di mana peserta harus menjawab soalan kuiz yang dimasukkan di dalam botol air yang ditembak dengan pistol mainan.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti lain seperti Jualan Barangan Terpakai (Jumble Sale) oleh Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan, jualan Gerai RM1, pameran produk dari pembekal pangkalan data dan ebuku, latihan pangkalan data serta trak makanan yang menjual pelbagai makanan ringan seperti ais krim dan makanan siap bergoreng. Pertandingan swafoto atau selfie di Photobooth perpustakaan dengan #sayasayang perpustakaan turut diadakan bagi memeriahkan lagi Hari Bersama Pelanggan.

Program Resensi Buku diadakan di PTSL pada sebelah petang dengan judul buku “Kata Secantik Bahasa – Penggunaan Yang Betul Santun Indah” oleh penulisnya sendiri iaitu Dr. Sulaiman Masri, manakala Prof. Madya Dr. Karim Harun adalah sebagai moderator bagi aktiviti ini.

Hari Bersama Pelanggan di perpustakaan cabang telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bagi menarik minat pelanggan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

• Perpustakaan Dr. Abdul Latiff mengadakan aktiviti seperti Demo Pangkalan Data Scopus, Kelas Endnote, Jejak Maklumat (Info Challenge), Pemeriksaan Kesihatan, Penyerahan Kad Kelab Sukarelawan Mahasiswa dan Penyerahan Kunci Bilik Seminar;• Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz pula mengadakan aktiviti seperti Teka Berat Buku dan Hari Terbuka e-ReP Fakulti Perubatan;• Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu meriah dengan aktiviti Belon Bertuah, Cari Saya, Kenali P.Ramlee dan Sembang Teh Tarik.

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan UKM 2016 telah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan perpustakaan yang terhibur dengan pelbagai aktiviti menarik. Pelanggan juga mendapat maklumat yang terkini mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan.

Pelanggan sedang menjawab Teka Silang Kata iaitu cabaran simpulan Bahasa semasa Hari Bersama Pelanggan PTSL

Meriah dengan gelagat peserta menyertai permainan Menang, Kalah & Seri (Cabaran Peribahasa) di PTSL

Peserta bergambar bersama ahli QIT Perkhidmatan dan hadiah-hadiah yang dimenangi.

Pelanggan gembira dapat menyertai Fun Game Bolos semasa Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Permainan Tembak Botol Air turut menarik minat pelanggan pascasiswazah luar negara semasa Hari Bersama Pelanggan PTSL

Page 14: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

26 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 27

Aktiviti Perpustakaan

P T SL Menganjur Bengkel Perjanjian Lesen Sumber Maklumat Elektronik

Zaidah SulaimanPerpustakaan Lingkungan [email protected]

PERJANJIAN lesen adalah dokumen yang penting dalam perolehan dan penggunaan sumber maklumat elektronik. Walaupun bukan suatu perkara yang baharu, masih terdapat beberapa isu yang kurang jelas berkaitan dengan perjanjian lesen ini. Sebagai contoh isu bagaimana hendak memahami kandungan perjanjian lesen, adakah perjanjian lesen itu perlu dimatikan setem, adakah tandatangan digital diterima pakai dan berapakah jumlah salinan perjanjian lesen yang perlu dilengkapkan. Begitu juga isu adakah perjanjian lesen baharu diperlukan bagi perlanjutan langganan, apakah maksud muat turun berlebihan dan isu selepas penamatan langganan serta apakah yang akan berlaku sekiranya perjanjian tidak dipatuhi.

Bagi memberi pemahaman yang menyeluruh mengenai pelbagai isu itu, Perpustakaan UKM mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Perjanjian Lesen Sumber Maklumat Elektronik pada 10 dan 11 Ogos 2016 di Hotel Puri Pujangga UKM.

P T SLP T SLP T SLP T SLP T SLP T SLP T SLP T SLBengkel ini disertai oleh seramai 27 orang peserta dari pelbagai institusi pendidikan iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Open University Malaysia (OUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Kepimpinan Perdana. Manakala tuan rumah, UKM pula menghantar empat orang pustakawan.

Dua tenaga akademik dari Fakulti Undang-undang, Profesor Madya Dr. Salawati Mat Basir dan Profesor Madya Dr. Mahmud Zuhdi Mohd Nor diundang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama peserta bengkel. Kedua-dua penceramah ini juga adalah Timbalan Penasihat Undang-undang UKM. Selain itu, Encik Shamsudin Ibrahim, Penolong Ketua Pustakawan, Perpustakaan UKM turut menjadi penceramah di dalam bengkel ini.

Topik yang dibincangkan dalam bengkel ini ialah kontrak secara am, perjanjian lesen sumber maklumat elektronik, analisis data tinjauan pengurusan perjanjian lesen sumber maklumat elektronik di perpustakaan universiti awam dan isu pengurusan perjanjian lesen sumber maklumat elektronik.

Pada akhir bengkel, satu resolusi bengkel juga telah berjaya dihasilkan.

Antara kandungan resolusi tersebut ialah:

• Notis pembatalan dikeluarkan dengan mematuhi tempoh dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak tersebut;

• Pembekal perlu menyediakan latihan mengikut kontrak yang dipersetujui. Organisasi berhak membuat tuntutan jika latihan tidak diberikan;

• Kontrak hendaklah ditulis jelas, ringkas dan lengkap. Jadual khas boleh digunakan. Sekiranya terdapat maklumat teknikal/spesifik, ia boleh dimasukkan dalam kontrak atau dijadikan sebagai lampiran kontrak.

Taylor & Francis Publishing Services Ltd, Innovative Interfaces Global Ltd., Access Dunia Sdn. Bhd., Global Publication Pte Ltd, Wolters Kluwer dan Sage Publication Asia-Pacific Pte Ltd. turut serta sebagai pemamer di dalam menjayakan bengkel ini.

Bengkel ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada peserta yang berharap supaya bengkel seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Bagaimanapun, sasaran peserta diperluaskan termasuk pegawai bendahari, penasihat undang-undang, penerbit, pembekal dan orang awam yang berminat dengan isu sumber maklumat elektronik.

Objektif bengkel ialah:

• Mengenal pasti keperluan dalam penyediaan perjanjian lesen sumber maklumat elektronik;• Mengenal pasti dasar dan polisi pengurusan perjanjian lesen sumber maklumat elektronik;• Mengenal pasti isu berkaitan perjanjian lesen sumber maklumat elektronik.

Sesi soal jawab

Sesi pembentangan dan perkongsian maklumat

Page 15: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Aktiviti Perpustakaan

28 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 29

Aktiviti Perpustakaan

Nor Asiah MohdUnit Pendidikan [email protected]

HARI Mesra Kelab Sukarelawan Mahasiswa Perpustakaan (KSM@ptsl) telah berlangsung dengan meriah pada hari Rabu, 16 Mac 2016, jam 2.30 petang di Lobi B, Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Dianggarkan seramai 50 orang ahli telah menghadiri program ini termasuk ahli jawatankuasa pemandu kelab. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Rosnah Suliman.

Objektif utama acara ini adalah untuk memperkenalkan KSM@ptsl melalui komunikasi bersemuka dan melantik ahli jawatankuasa baharu di kalangan ahli iaitu pelajar UKM yang mendaftar sebagai ahli kelab. Ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli KSM@ptsl dan kakitangan perpustakaan. Objektif seterusnya adalah untuk meningkatkan komitmen keterlibatan ahli KSM@ptsl melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan. Bagi memeriahkan program yang julung kalinya diadakan ini, ahli jawatankuasa pemandu merancang pelbagai aktiviti menarik seperti Tekaria, Radio Buruk, Biar Betul dan Membina KLCC@UKM menggunakan suratkhabar lama. Walaupun aktiviti pengukuhan pasukan ini dijalankan dalam jangka masa yang singkat dan sederhana, tetapi ia berlangsung dengan meriah dan harmoni sekali. Kesemua ahli yang hadir memberikan kerjasama yang baik dan turut terlibat secara sukarela dalam semua permainan yang diadakan.

Selain itu, baju t-shirt khas telah direka dan diperkenalkan di dalam program ini dengan pemberian secara percuma kepada ahli yang hadir. Mereka juga berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah yang telah disumbangkan oleh ahli jawatankuasa pemandu KSM@ptsl. Sepanjang sesi permainan berlangsung, ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pemarkahan yang diberikan juga adalah berdasarkan kerjasama ahli dalam kumpulan. Seorang pelajar Jepun yang fasih dan cekap berbahasa Melayu juga turut hadir dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Pemilihan ahli jawatankuasa baharu adalah berdasarkan hasil cadangan dan jumlah undian ahli. Hasilnya, seramai 10 orang ahli jawatankuasa KSM@ptsl baharu berjaya terpilih dan diberikan tanggungjawab untuk menggerakkan kelab ini ke fasa yang lebih diiktiraf khususnya di peringkat UKM. Ahli jawatankuasa baharu yang dilantik adalah Encik Ahmad Solahuddin Zulkefli (Pengerusi), Encik Ahmad Fadli Kamdani (Naib Pengerusi), Cik Mashitoh Mohamad Hashim (Setiausaha), Cik Siti Noorhafizah Tuhirin (Setiausaha II) dan Cik Wan Nuha Wan Mansor (Bendahari). Manakala ahli jawatankuasa lain yang terpilih adalah Cik Norahadiah Sakinah Zainal, Cik Fadwa Che Ani, Cik Nailah Ata Abdul Muneim, Cik Nur Fatin Ghazali dan Cik Nur Hajarwanie Hussin.

Aktiviti ini ternyata telah mencapai objektif yang ditetapkan dan menerima komen yang positif daripada ahli yang hadir.

Sesi Pendaftaran

Mencungkil

B A K A TBaharu

Norliah SukarnoPerpustakaan [email protected]

NIC Peningkatan Kemahiran ICT – Reka Bentuk di bawah Program Mentor Coaching Perpustakaan UKM telah berjaya mengadakan Bengkel Reka Bentuk Penerbitan dan Gambar pada 5 April 2016 bertempat di Makmal Komputer Pusat Teknologi Maklumat UKM.

Objektif bengkel tersebut diadakan ialah untuk:

• Mencungkil bakat baharu sebagai pelapis dalam bidang penerbitan reka bentuk;• Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan teknologi grafik dalam kerja-kerja reka bentuk dan penyuntingan imej grafik bagi menghasilkan poster, banner, brosur, dan lain-lain.

Antara yang menarik berkenaan bengkel ini ialah bengkel dilaksanakan secara teori dan praktikal untuk mengukur tahap kemahiran dan keberkesanan sesi perkongsian ilmu. Kemahiran dan daya kreativiti turut dicungkil melalui Pertandingan Poster yang khusus diadakan untuk peserta bengkel. Sebanyak 23 poster menarik telah dihasilkan oleh 23 orang kakitangan yang mengikuti bengkel tersebut.

Daya kreativiti mereka terserlah berdasarkan poster yang dihasilkan. Tenaga pengajar bengkel ini terdiri daripada mentor Nic Peningkatan Kemahiran ICT – Reka Bentuk iaitu Puan Rusiah Husin dan Puan Siti Wahida Amanullah. Mereka antara pustakawan yang mempunyai kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi.

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Poster telah berlangsung pada 12 Mei 2016 bertempat di Aras 4 PTSL. Hadiah disampaikan oleh Puan Hafsah Mohd, Ketua Pustakawan UKM. Pemenang pertandingan ialah:Tempat Pertama: Hendon Abdullah Tempat Kedua: Fatimah Kamilah AwangTempat Ketiga: Mohd Syamrooz Mhd Kamal RedzaTempat Keempat: Mariatul Qibtiah IsaSaguhati: Rosmarlidaini Mah Hassan, Noreehan Mohd Kassim, Norzuraya Nordin dan Nurul Iryani

Penganjuran bengkel seperti Bengkel Reka Bentuk Penerbitan dan Gambar di bawah Program Mentor Coaching telah berjaya mencungkil bakat baharu di kalangan warga perpustakaan untuk diketengahkan. Kejayaan Nic Peningkatan Kemahiran ICT melalui penganjuran bengkel tersebut seharusnya menjadi penggalak kepada Nic yang lain untuk menganjurkan bengkel yang lebih baik atau setaraf dengannya.

Pameran poster reka bentuk di PTSL

Pemenang bersama Puan Hafsah Mohd

Mentee Nic Peningkatan Kemahiran ICT-Reka Bentuk

Hari Mesra Kelab Sukarelawan Mahasiswa PerpustakaanTak Kenal Maka Tak Cinta

Bergambar kenangan

Page 16: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Aktiviti Perpustakaan

Kar niva l

Aktiviti Khidmat Masyarakat

Aktiviti Perpustakaan

Mohd Rajak TelimikPerpustakaan Dr. Abdul [email protected]

PERPUSTAKAAN Dr. Abdul Latiff (PDAL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan Karnival Pendidikan Khas pada 28 April 2016 bertempat di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Karnival ini julung-julung kali diadakan bagi menggantikan Minggu Pendidikan Khas. Pengisian karnival ini sarat dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka dan kuiz pendidikan khas, pameran, petting haiwan, permainan tradisional dan lain-lain. Objektif utama karnival ialah untuk menghargai golongan khas yang ada di sekolah ini seterusnya membentuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat.

Penglibatan PDAL ini merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang disaran oleh universiti. Seramai 15 orang kakitangan PDAL dan enam orang kakitangan PTSL menyumbang tenaga menjayakan karnival ini. Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pameran dan jualan buku oleh pembekal, pameran sejarah Perpustakaan UKM serta pameran koleksi buku PDAL. Di samping itu terdapat juga pameran ayam serama, permainan dam ular dan roda impian. Manakala SMK Sultan Abdul Aziz telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukaneka pendidikan khas dengan Arus Perdana, kuiz pendidikan khas, mewarna batik, pameran kraftangan pelajar pendidikan khas. Seterusnya, UIAM pula telah mengadakan aktiviti petting haiwan di mana beberapa jenis haiwan seperti anak itik, anak ayam dan arnab telah dibawa khas bagi memberi peluang kepada pelajar ini merasai pengalaman bermain dengan haiwan-haiwan ini secara terus. Turut diadakan adalah sumbangan khas buku-buku braille daripada UIAM kepada pelajar khas serta penyampaian sijil penghargaan kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Fakih dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia yang turut mengadakan pameran di karnival ini.

Kesemua aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang baik. Paling menggalakkan adalah permainan dam ular dan roda impian. Peserta bagi permainan dam ular adalah seramai empat orang bagi satu sesi, manakala roda impian pula adalah seorang bagi setiap sesi. Sehingga akhir karnival, setiap permainan telah dijalankan sebanyak 10 sesi. Setiap peserta yang menyertai dan berjaya menghabiskan permainan ini diberi cenderahati oleh pihak PDAL. Di samping itu, hasil kraftangan pelajar khas ini turut mendapat sambutan daripada pelawat. Hasil kerja tangan mereka menunjukkan pelajar khas yang diasuh dengan baik dapat menghasilkan sesuatu yang baik seperti pelajar normal.

Karnival yang diadakan merupakan satu aktiviti yang bagus dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Aktviti-aktiviti yang dijalankan membentuk jaringan kerjasama yang baik di antara tiga pihak iaitu UKM, UIAM dan SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Semoga jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Simbolik Perasmian Karnival Pendidikan Khas

Projek Sumbangan MajalahDewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Kajang

kepa

da

Faiz Syafiq Mohd AliUnit Jurnal & Jilidan, [email protected]

......................................................................

PADA 2 Oktober 2015, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah menerima surat permohonan sumbangan majalah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Kajang. Sehubungan itu, Mesyuarat Ketua Bahagian PTSL Bilangan 04/2015 telah memperakukan kertas cadangan menyumbang naskhah lebihan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada sekolah tersebut.

Sebelum dilaksanakan, permohonan pelupusan bahan telah diluluskan oleh Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seterusnya pihak Arkib Negara Malaysia pada 12 Februari 2016.

Nilai sumbangan bagi 180 naskhah berjilid majalah DBP tersebut ialah RM15,000. Acara penyerahan telah dibuat oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM, pada 12 Mei 2016 iaitu bersempena Majlis Perasmian Bilik Diskusi di PTSL.

Sesi penyerahan sumbangan majalah DBP

Antara warga perpustakaan yang terlibat

Demo pembaikan kecil bahan pusat sumber Selain itu, perpustakaan juga telah mengadakan Program Jalinan Komuniti di sekolah tersebut pada tanggal 26 Mei 2016 (Khamis). Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah gotong-royong pemasangan rak dan penyusunan majalah DBP, pembaikan kecil bahan di Pusat Sumber Sekolah tersebut, Bengkel Bijak Google, Bengkel Penggunaan Indeks DBP, permainan jejak maklumat (Info Hunt), dan pelbagai acara lagi.

Lawatan tapak ke Pusat Sumber Sekolah telah dijalankan pada 7 April 2016 bagi membincangkan tarikh dan logistik untuk program jalinan komuniti. Selanjutnya, proses penghantaran awal majalah ke sekolah telah dilakukan pada 21 April 2016.

Bengkel Bijak Google

Pendidikan Khas

30 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 31

Page 17: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

TAHUN 2016 merupakan tahun kegemilangan bagi kumpulan-kumpulan KIK Perpustakaan UKM kerana sekali lagi berjaya menempatkan diri di kelompok pemenang bagi setiap pertandingan yang disertai. Pencapaian cemerlang itu membuktikan bahawa budaya inovasi di perpustakaan semakin diiktiraf meskipun dilihat masih jauh untuk memintas kumpulan hebat yang lain.

Aktiviti Perpustakaan

KIKPerpustak aanTe r u s U n g g u ldi PERSADA INOVASIRuzita KamisUnit Pendigitan & Pemeliharaan, [email protected]

Kecemerlangan perpustakaan telah membuka mata banyak pihak apabila empat kumpulan taruhannya berjaya mendapat penarafan Emas di Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah. Pertandingan yang diadakan pada 2-4 Ogos, di KSL Resort Johor Bahru, dan 17-18 Ogos 2016, di The Dosert Grand Subang merupakan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beberapa agensi kerajaan dan swasta turut mengambil peluang mempertandingkan produk ciptaan mereka.

Berikut merupakan inovasi perpustakaan:1. Sistem I-Huda– KIK Arisc2. Sistem Indeks Dewan Bahasa & Pustaka (IDBP) - KIK Mutiara3. Koleksi Khas 4U – KIK Krep4. Kad Penanda & Label Bewarna – KIK Siber

Dengan penarafan tersebut kumpulan layak dipilih menyertai Konvensyen Team Excellence Kebangsaan yang berlangsung pada 25-27 Oktober 2016 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Keempat-empat kumpulan ini berentap bersama kumpulan hebat lain bagi melayakkan diri mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Pada malam penghargaan inovasi APIC 2016 menunjukkan kejayaan berpihak kepada Pusat Kesihatan (UiTM) apabila dianugerahkan Johan, diikuti Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (Naib Johan) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tempat ke 3). Walaupun tidak mendapat tempat dan tidak disenarai dalam anugerah 10 kumpulan terbaik, pencapaian kumpulan amatlah membanggakan kerana dinobatkan penerima Anugerah Emas 3 Bintang bagi kumpulan Mutiara & Arisc serta Emas 2 Bintang bagi Krep & Siber. Walau bagaimanapun perjuangan kumpulan ini masih belum lagi selesai kerana mereka dipertanggungjawabkan mempersembahkan produk mereka di pentas Pertandingan KIK UKM pada Disember 2016.

KLIK & BMED meraikan kemenangan di UMT

Selain itu, KLIK juga berjaya memperoleh Anugerah Inovasi Terbaik bagi kategori Pengurusan di Pertandingan KIK Universiti Awam kali ke-12. Projek Pameran Buku Baharu dan Drive Thru ini dibentangkan di Universiti Malaysia Terengganu pada 2-4 Ogos 2016. KLIK bersama empat kumpulan dari Pusat Perubatan UKM berentap bersama 35 kumpulan Universiti Awam lain.

Setiap kumpulan berusaha sehabis baik bagi meyakinkan para juri produk inovasi mereka adalah unik, boleh direplikasi dan berpotensi untuk dikomersialkan. Penganugerahan yang diperoleh KLIK membanggakan perpustakaan kerana berjaya mengekalkan kegemilangan UKM di pentas KIK.

Kumpulan Tamadun dari Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pula berjaya mempamerkan produk Taf-Lock mereka di Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS). AINS ialah gabungan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor dan Program Cabaran My Innovation yang bertujuan memberi peluang penduduk negeri Selangor dalam mencetus idea baharu yang kreatif dan inovatif. Pertandingan yang diadakan di Majlis Perbandaran Kajang pada 23 September 2016 mendapat penyertaan dari pelbagai agensi sekitar Hulu Langat antaranya Penjara Kajang, Institut Kemahiran Belia Negara dan lain-lain lagi.

Selain Tamadun, Save yang telah mencipta nama di pentas kebangsaan turut mencuba nasib bagi kategori prototaip produk iaitu Mobile Book Stand.

Dengan kecemerlangan tersebut membuktikan kumpulan KIK perpustakaan berjaya memberi sumbangan yang besar kepada Sistem Pengurusan Kualiti kerana bukan sahaja menyumbang idea kepada produk atau perkhidmatan baharu malah menaikkan imej perpustakaan. Kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan dapat memberi suntikan motivasi kepada kumpulan untuk terus mengorak langkah meniti kejayaan. Di harap ia dapat terus menjadi pencetus semangat kepada warga perpustakaan untuk terus berinovasi.

Empat Kumpulan KIK menerima Trofi & Sijil Penyertaan di Konvensyen Team Excellence Kebangsaan

KIK Tamadun dengan produk Taf-Lock di Pameran Anugerah Inovasi Negeri Selangor

Te r u s U n g g u lTe r u s U n g g u lTe r u s U n g g u lTe r u s U n g g u lTe r u s U n g g u lTe r u s U n g g u lTe r u s U n g g u l

32 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 33

Page 18: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Aktiviti Perpustakaan

“SUASANA Kondusif, Mahasiswa Progresif” merupakan tema bagi Program Keceriaan Pusat Sumber Averroes yang julung kali dilaksanakan oleh Pustakawan Seranta Kolej (PSK) dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Za’ba. Tema ini membawa maksud mewujudkan suasana dan persekitaran Pusat Sumber Averroes yang lebih kondusif dan selesa untuk para pelajar terutamanya pelajar-pelajar Kolej Pendeta Za’ba untuk mengulang kaji pelajaran dan menuntut ilmu.

Program yang berlangsung pada 12 November 2016 ialah kerjasama antara PSK dan MEP Kolej Pendeta Za’ba untuk menceriakan suasana Pusat Sumber Averroes. Program yang telah dirancang pada 2 Jun 2016 mendapat sambutan baik daripada pihak pengurusan kolej, maka kertas kerja pada peringkat awal diderafkan oleh PSK. Perbincangan demi perbincangan diadakan bersama MEP bagi memastikan idea dan rancangan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Bagi memastikan tema program ini tercapai, seramai 30 orang pelajar dan 10 orang kakitangan Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah bekerjasama untuk menceriakan Pusat Sumber Averroes. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong membaik pulih dan menceriakan ruang Pusat Sumber Averroes serta memilih dan menyusun semula buku mengikut bidang. Bagi buku-buku lama dan tidak terkini dilupuskan. Rata-rata pelajar menunjukkan minat dan komitmen mereka sepanjang aktiviti dijalankan. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh mereka untuk mempelajari tatacara pengurusan pusat sumber kolej.

Program ini berjaya mencapai objektif iaitu menjadikan Pusat Sumber Averroes sebagai bilik yang kondusif dan selesa kepada warga kolej untuk mengulang kaji pelajaran dan menuntut ilmu. Di samping dapat mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif serta selesa, program ini juga memberi impak yang dapat mencambah dan menggalakkan masyarakat terutama pelajar supaya sentiasa mencari ilmu lebih-lebih lagi apabila prasarana dinaik taraf.

34 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 35 35 Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • Berita Perpustakaan UKM • 35

Suasana Kondusif, Mahasiswa Progresif: Program Keceriaan Pusat Sumber Averroes

Ruzita KamisUnit Pendigitan & Pemeliharaan, [email protected]

Adibah AhmadPerpustakaan Dr. Abdul [email protected]

PSK sangat berpuas hati kerana berjaya mengadakan program ini. Di samping dapat mengeratkan hubungan mesra antara pelajar kolej, PSK dan kakitangan PTSL mampu memberi khidmat kepada komuniti kolej iaitu membuat transformasi Pusat Sumber Averroes ke arah yang lebih baik dengan menceriakan rumah kedua mereka yang dahulunya adalah suram.

Selain mewujudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk pelajar, diharapkan program ini juga dapat menjadi wadah untuk mewujudkan ukhwah sesama pelajar dan kakitangan universiti. Semoga hubungan mesra ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima Kasih Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long kerana mempercayai Pustakawan Seranta Kolej Pendeta Za’ba dan tidak lupa kepada seluruh Pengurusan Kolej Pendeta Za’ba. Akhir kalam, jumpa lagi pada 2017 untuk program yang lebih mencabar.

Menyusun semula buku mengikut bidang

Pelajar Kolej Kediaman

Aktiviti Perpustakaan

Menghadiri Kursus Kemahiran MaklumatRohaya UmarPerpustakaan Tun Seri [email protected]

KURSUS Kemahiran Maklumat (KKM) bersama pelajar kolej kediaman diadakan pada 17-19 Oktober 2016 bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam bertempat di siber@ptsl. Pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan Pelan Strategik Perpustakaan UKM 2016-2018 di bawah Strategi 1: Memperkasakan Fungsi, Peranan serta Perkhidmatan Perpustakaan selaras dengan perkembangan akademik dan status Universiti Penyelidikan.

Bagi memastikan kursus ini berjalan dengan lancar urusetia telah menetapkan setiap sesi hanya akan melibatkan pelajar dari tiga atau empat kolej kediaman sahaja. Semua kolej di Kampus UKM Bangi telah menghantar peserta kecuali Kolej Ibu Zain. Seramai 88 orang peserta mengikuti kursus ini di mana kebanyakannya terdiri daripada pelajar tahun satu. Peserta kursus telah diberi tunjuk ajar berkenaan penggunaan GEMILANG, portal e-jurnal, sistem e-Rep, UJAR, iQuest dan Learning and Research Repository.

Bagi menilai tahap kefahaman pelajar, di akhir kursus peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz. Tiga hadiah disediakan setiap malam untuk diberi kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz ini.

Penceramah kursus adalah terdiri daripada Puan Azmah Ishak, Puan Nor Asiah Mohamad dan Cik Noor Farhana Mohd Saleh. Manakala fasilitator terdiri daripada Pustakawan Seranta Kolej. Hasil daripada maklum balas kursus, semua peserta berpuas hati dengan program ini kerana dapat memperkukuhkan pengetahuan berkenaan pencarian maklumat malahan terdapat juga pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus kemahiran maklumat yang diadakan secara berjadual.

Matlamat penganjuran kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan, membina keupayaan mengenal pasti dan mengakses maklumat dari pelbagai sumber serta merapatkan hubungan antara staf perpustakaan dan pelajar kolej kediaman.

Kursus ini berjaya diadakan hasil kolaborasi Unit Pendidikan Pelanggan dan Pustakawan Seranta Kolej. Setiap kolej kediaman diminta untuk menghantar 10 orang peserta.

Antara pelajar yang mewakili kolej kediaman di kampus UKM

Suasana pengajaran Kursus Kemahiran Maklumat

Page 19: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Aktiviti Perpustakaan

36 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 37

Hari KeluargaP e r p u s t a k a a n U K M 2 0 1 6

HARI Keluarga Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun ini diadakan dengan jayanya pada 21 Mei 2016 (Sabtu) di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Program ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan perpustakaan dan keluarga.

Nik Zaleha Binti Nik MustaphaUnit Katalog, [email protected]

Seramai 47 keluarga (146 orang) telah menyertai program ini. Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi dan acara dimulakan dengan senamrobik. Selepas minum pagi, berlangsung pelbagai acara sukaneka yang meriah, antaranya isi air dalam botol, melempar belon dan mengutip gula-gula dalam tepung. Pada masa yang sama pertandingan mewarna diadakan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Suasana program Hari Keluarga Perpustakaan UKM turut diceriakan dengan acara pertukaran hadiah keluarga. Kakitangan yang menyertai acara ini begitu teruja apabila mendapat hadiah setelah cabutan dijalankan.

Sebelum program berakhir, urusetia meraikan sambutan hari lahir Ketua Pustakawan, Puan Hafsah Mohd dan Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Maklumat, Puan Lela Ruzma Mohd Shaari dengan acara memotong kek dan pembahagian kek cawan.

Program berakhir pada jam satu petang. Secara keseluruhannya, acara telah berlangsung dengan meriah, ceria dan mendapat kerjasama dari semua kakitangan yang hadir.

Hari Keluarga Perpustakaan UKM

Sambutan hari lahir Puan Hafsah dan Puan Lela

Kakitangan Perpustakaan UKM bergambar kenangan

Aktiviti Perpustakaan

Menyemai Baktidi Pusat Jagaan Nur HasanahSiti Wahida AmanullahPerpustakaan Alam dan Tamadun [email protected]

RUMAH Jagaan Nur Hasanah telah ditubuhkan sejak tahun 2006 yang menjadi transit kepada golongan pesakit yang terdampar atau tidak dituntut ahli keluarga di seluruh hospital kerajaan. Sebahagian daripada warga tua, orang kurang upaya atau terpinggir tanpa waris menghuni rumah ini untuk sementara waktu sebelum ditempatkan di Rumah Seri Kenangan atau Rumah Ehsan milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menyedari keperluan untuk memenuhi tanggungjawab kepada golongan ini, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) mengadakan Program Ziarah & Gotong-Royong di Rumah Pusat Jagaan Nur Hasanah pada 9 April 2016. Program ini merupakan siri kedua selepas kejayaan mengadakan program ziarah yang pertama di Rumah Amal Anak Yatim PKAYDEM, Banting, Selangor. Objektif utama adalah untuk menyemai bakti dengan menggembirakan golongan warga emas dengan aktiviti yang dijalankan, membudayakan semangat kesukarelawan selain melahirkan rasa keinsafan dan kesyukuran di hati setiap warga perpustakaan.

Program dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan senaman ringan sebelum ucapan dan taklimat ringkas daripada Ketua Perpustakaan ATMA, Puan Lela Ruzma Mohd Shaari. Sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong, kami bersama dengan para penghuni menjamu hidangan nasi lemak sambil mendengar mereka berkongsi cerita dan pengalaman hidup. Kebanyakan penghuni kelihatan ceria, sihat dan bersemangat terutama apabila dapat bermesra dengan anak-anak kakitangan perpustakaan yang turut serta. Gotong-royong dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan kumpulan pertama ditugaskan untuk membersihkan kawasan persekitaran kebun yang subur dengan pelbagai jenis tanaman. Pokok, dahan dan rumput yang panjang dipotong dan dikemaskan telah menceriakan lagi persekitaran rumah jagaan tersebut.

Kumpulan kedua pula menjalankan aktiviti pembersihan di ruang asrama iaitu ruang beranda, ruang menonton televisyen, ruang solat dan ruang penghuni untuk menambahkan lagi keselesaan kepada penghuni. Manakala sebahagian kumpulan lagi berada di beranda rumah jagaan terus melayani warga emas yang mempunyai pelbagai kisah untuk dijadikan pedoman dan iktibar dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Selesai aktiviti gotong-royong, secara tidak dirancang kami dihiburkan dengan persembahan daripada penghuni yang pandai bermain gitar sambil menyanyi. Walaupun riak wajah mereka kelihatan gembira saat menyumbangkan nyanyian, ia mengundang perasaan hiba dan keinsafan yang bukan sedikit di hati kami.

Program diteruskan dengan kuiz terbuka Siapa Cepat, di mana soalan tentang isu semasa, pengetahuan am, politik, hiburan dan sukan diajukan kepada semua penghuni. Siapa yang memberikan jawapan dengan cepat dan tepat akan diberikan hadiah hasil sumbangan warga Perpustakaan UKM. Majoriti penghuni dapat menjawab, malahan mereka saling bantu-membantu supaya kesemua berpeluang meraih hadiah. Pengisian program pada hari itu juga diceriakan dengan permainan Teka Berat Saya, merujuk kepada berat sebiji buah tembikai. Penghuni dikehendaki memberi anggaran berat buah tersebut dengan hanya sekali percubaan. Kebanyakan mereka memberi anggaran yang hampir dengan berat asal sehingga menyukarkan pemilihan pemenang, membuktikan keaktifan mereka walaupun telah meniti usia emas. Program diserikan dengan majlis penyampaian hadiah, cenderahati dan sumbangan kepada wakil penghuni, yang dikenali dengan Pak Mat. Sebelum berakhirnya khidmat bakti dan kasih sayang sepanjang masa yang singkat itu, kami menikmati makan tengahari bersama penghuni. Meriahnya terasa apabila mereka saling bergurau dan bercerita, malahan berharap akan ada sesi karaoke untuk program seterusnya. Kami juga menunaikan solat Zohor berjemaah bersama penghuni sebagai penutup kepada sebuah pertemuan yang meninggalkan kesan mendalam untuk hari itu. Saat bersalaman menimbulkan suasana hening apabila terdapat beberapa warga yang menitiskan air mata. Ia turut menyentuh hati kami, dan semoga ini bukanlah pertemuan dan bakti terakhir yang disemai…Insya-Allah.

Page 20: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Perpustakaan HCTM dan Praklinikal

Prog

ram

Pem

anta

pan

Perk

hidm

atan

Azlan Mohamad HamzahPerpustakaan HCTM [email protected]

PROGRAM Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Praklinikal telah diadakan pada 22 November 2016 di Hotel Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Seramai 28 orang kakitangan Perpustakaan HCTM dan Praklinikal menghadiri program sanggar kerja tersebut.

Objektif program sanggar kerja ini adalah bertujuan untuk melihat hala tuju, perancangan, seterusnya aktiviti dan program untuk memantapkan perkhidmatan Perpustakaan HCTM dan Praklinikal.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membentuk semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan.

Sanggar kerja dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang pertama iaitu Perancangan Perkhidmatan Perpustakaan HCTM dan Praklinikal 2017 oleh Encik Wan Suhaimi Ariffin selaku Ketua Perpustakaan HCTM dan Praklinikal.

Seterusnya, pembentangan kertas kerja kedua, Penjanaan Kewangan: Tips Bagaimana Untuk Menjana dan Mendapatkan Penaja oleh Encik Shamsudin Ibrahim, Ketua Unit Penjanaan Kewangan Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Diikuti, pembentangan kertas kerja ketiga, Cabaran Menguruskan Portal Dalam Era ICT oleh Encik Hazmir Hj. Zainal, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat & Prasarana Ilmu, PTSL. Sesi berikutnya adalah sesi sumbang saran (brainstorming) berkumpulan dan pembentangan.

Hasil yang diperolehi dari program ini adalah dapat menghasilkan perancangan dan pelan tindakan, antaranya inisatif dan aktiviti penjanaan kewangan, pemantapan perkhidmatan kaunter dan perkhidmatan portal perpustakaan. Di samping itu, kerjasama dan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan juga dapat dieratkan melalui program ini.

Aktiviti Perpustakaan

Bentuk Pelan Strategik 2016-2020Sanggar Kerja Pustaka Maya

Azlan Mohamad HamzahPerpustakaan HCTM [email protected]

JAWATANKUASA Pustaka Maya berjaya mengadakan sanggar kerja pada 21 hingga 22 Julai 2016 di Hotel Puri Pujangga, Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Pustaka Maya menghadiri sanggar kerja tersebut.

Objektif sanggar kerja ini adalah bertujuan untuk menilai semula Pelan Strategik Pustaka Maya 2012-2016 dan membentuk Pelan Strategik Pustaka Maya 2016-2020.

Penilaian adalah dari pelbagai aspek termasuk dari segi perkhidmatan dan sumber kewangan berdasarkan Keberhasilan Utama (KRA) Universiti.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membentuk semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli jawatankuasa.

Selain dari perbincangan secara berkumpulan mengenai Pelan Strategik Pustaka Maya 2016-2020, beberapa kertas kerja turut dibentangkan dalam sanggar kerja ini.

Kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut;i. Kertas Kerja 1: Pencapaian dan Hala Tuju Pustaka Maya (Encik Wan Suhaimi Ariffin, Ketua Perpustakaan HCTM dan Praklinikal);ii. Kertas Kerja 2: Pustaka Maya: Penjanaan (Encik Hazmir Zainal, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat & Prasarana Ilmu, Perpustakaan Tun Seri Lanang);iii. Kertas kerja 3: Bengkel National Library of Medicine (Puan Wan Nur Afifah Wan Yahya, Pustakawan Perpustakaan HCTM).

Sanggar kerja ini dapat menilai dan melihat pencapaian Pustaka Maya berdasarkan Pelan Strategik Pustaka Maya 2012-2016.

Selain itu, pembentukan Pelan Strategik Pustaka Maya 2016-2020 dapat membantu jawatankuasa merancang dan melaksanakan program dan aktiviti penambahbaikan perkhidmatan Pustaka Maya dan Portal Perpustakaan HCTM sehingga lima tahun yang akan datang.

Di samping itu, kerjasama dan hubungan silaturahim di kalangan Ahli Jawatankuasa Pustaka Maya juga dapat dieratkan melalui sanggar kerja ini.

38 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 39

Aktiviti Perpustakaan

Warga kerja Perpustakaan HCTM dan Praklinikal

Pembentangan oleh Encik Shamsudin Ibrahim

Pembentangan oleh Encik Hazmir Haji Zainal

Ahli Jawatankuasa Pustaka Maya bergambar kenangan

Sesi perkongsian ilmu dan pembentangan kertas kerja

Page 21: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Aktiviti Perpustakaan

Program selama JOM BACA

di Perpustakaan UKM

MULAI sesi 2016/2017 Literasi Maklumat menjadi salah satu kursus pilihan pelajar dalam Kursus Citra Universiti. Kursus ini dikelompokkan dalam kategori Citra 2 iaitu Bahasa, Komunikasi dan Literasi. Kursus literasi maklumat berkod LMCR1262 ini mempunyai 2 unit kredit.

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar tentang sumber maklumat berkualiti dan terkini bagi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Tumpuan utama kursus ini adalah untuk membina kemahiran mengakses bahan dan maklumat secara berkesan daripada pelbagai jenis dan bentuk serta membimbing pelajar supaya mampu menggunakan bahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan cekap dan berdikari. Kursus ini diadakan dalam bentuk tutorial, kerja lapangan dan pembentangan. Penekanan akan diberikan kepada komunikasi dan kerja berpasukan.

Memandangkan kursus ini dijalankan di Makmal Komputer siber@ptsl, maka kursus ini dipecahkan kepada dua set. Kedua-dua set kursus ini diadakan pada setiap hari Selasa. Set pertama dijalankan pada sebelah pagi manakala set kedua diadakan pada sebelah petang. Pada awalnya pihak perpustakaan meletakkan had pelajar yang mendaftar adalah seramai 80 orang tetapi jumlah ini terpaksa dinaikkan kepada 100 orang kerana terdapat ramai pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus ini.

Selepas minggu pendaftaran dan tempoh gugur kursus, jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti kursus ini adalah seramai 88 orang (43 orang untuk set pertama dan 45 orang untuk set kedua).

Topik yang diajar dalam kursus ini lebih kurang sama seperti modul yang terdapat dalam Kursus Kemahiran Maklumat Perpustakaan. Antaranya ialah pengenalan kepada bahan perpustakaan, kemahiran maklumat berkaitan katalog atas talian, sumber maklumat elektronik dan tesis serta kemahiran penyediaan bibliografi dan petikan menggunakan Endnote dan Mendeley.

Perancangan untuk mewujudkan kursus ini adalah hasil dari perbualan Ketua Pustakawan, Puan Hafsah Mohd dengan Penyelaras Citra 2, Dr. Wahiza Wahi. Penulis dan pustakawan Unit Pendidikan Pelanggan menyediakan proforma kursus dan satu perbincangan juga diadakan bersama Dr. Wahiza dan Ketua Pustakawan. Beliau menghantar proforma ini ke mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Akademik (JPPA) Pusat Citra. Pada bulan April pihak perpustakaan dimaklumkan bahawa jawatankuasa telah meluluskan proforma kursus literasi maklumat dan kursus akan dimulakan pada semester 1 sesi 2016/2017 bermula September 2016.

Perpustakaan Tun Seri LanangTerlibat Dalam Kursus CITRA

40 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 41

Rohaya UmarPerpustakaan Tun Seri [email protected]

SEMPENA Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April 2016, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak ketinggalan menganjurkan Program ‘Jom Baca Selama 10 Minit’ mulai pukul 11.00 hingga 11.10 pagi pada 25 April 2016. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia bersama dengan Persatuan Pustakawan Malaysia berlangsung secara serentak di seluruh Malaysia.

Di UKM, program ini telah dihadiri oleh 271 orang peserta termasuk kakitangan, pensyarah dan pelajar UKM. Program diadakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan perpustakaan cabang.

Program ini diadakan di ruang santai setiap perpustakaan. Di PTSL, program ini dilaksanakan di Ruang Santai Koleksi Multimedia (Aras 2), Bilik Senyap Koleksi Jurnal (Aras 3), Ruang Santai dan Ruang Koleksi Rujukan (Aras 4) serta Bilik Senyap (Aras 5).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai dan menyemarak budaya membaca di kalangan seluruh rakyat Malaysia di samping memperingati Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Selain itu program ini bertujuan untuk memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama walaupun sekarang terdapat buku dalam bentuk elektronik.

Jumlah Peserta

Jom Baca

117 Perpustakaan Tun Seri Lanang

Perpustakaan ATMA

Perpustakaan Undang-Undang

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Perpustakaan HCTM

Perpustakaan Lingkungan Kedua

Perpustakaan Praklinikal

23

21

44

37

21

8

Aktiviti Perpustakaan

Rohaya UmarPerpustakaan Tun Seri [email protected]

Page 22: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Aktiviti Perpustakaan

Forum Berkongsi Pengalaman

FORUM Perkongsian Pengalaman Cuti Belajar diadakan sempena Bengkel Perkongsian Maklumat Pustakawan pada 15 November 2016 yang dianjurkan oleh QIT Latihan Perpustakaan UKM. Forum ini mengetengahkan perkongsian pengalaman cuti belajar oleh 4 orang pustakawan Perpustakaan UKM iaitu Puan Mazni Md. Yusof di Robert Gordon University Aberdeen manakala Puan Nor Asiah Mohamad, Noraashikin Mohd Yusop dan Encik Abdul Muhaimin Sabron di Universiti Malaya. Encik Harith Faruqi Sidek pula telah bertindak sebagai Moderator bagi forum tersebut.

Perkara yang dibincangkan semasa forum ini antaranya berkaitan apakah faktor yang mencetuskan minat atau hasrat para ahli panel untuk menyambung cuti belajar. Ahli panel menceritakan antara faktor mereka bercuti belajar adalah untuk menambah ilmu dan pengetahuan serta menambahbaik diri dalam bidang kepustakawanan. Selain itu, ahli forum membincangkan justifikasi atau alasan pilihan universiti yang dipilih sama ada dalam negara atau universiti di luar negara. Di samping itu, bidang kajian yang dibuat semasa menyambung cuti belajar juga diceritakan oleh ahli panel. Ahli panel juga mendedahkan pengalaman dan cabaran yang dihadapi serta tips atau panduan untuk menyambung cuti belajar sama ada untuk peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PHD).

Sesungguhnya, forum yang dianjurkan ini adalah sesuatu yang baik kerana ianya dapat mendedahkan pengalaman, cabaran, bidang kajian dan panduan kepada para pustakawan. Sehubungan itu, ianya dapat memberi panduan kepada para pustakawan yang akan menyambung cuti belajar pada masa akan datang.

Pustakawan Azlan Mohamad HamzahPerpustakaan HCTM [email protected]

Cuti Belajar

Seminar

Penulis bersama pustakawan dari UBD, UPM dan bapak Arif Surachman dari Universiti Gadjah Mada, Indonesia

Bengkel Penilaian SumberMaklumat Elektronik di BruneiHazmir Haji ZainalBahagian Teknologi Maklumat & Prasarana [email protected]

PUSTAKAWAN dan profesional maklumat perlu membaca dan peka dengan perkembangan semasa. Membaca bermaksud meneliti dan memahami perkembangan semasa khususnya berkaitan pengurusan sumber maklumat elektronik di dalam perpustakaan akademik. Antara trend yang diperkatakan adalah aspek penggunaan perkhidmatan berasaskan BYOD (Bring Your Own Devices) dan pendekatan perolehan berkonsepkan Patron-Driven Acquisition (PDA). Aspek pengurusan sumber elektronik ini memerlukan satu polisi atau dasar yang mantap untuk dibangunkan dan sentiasa dikemaskini.

Kenyataan di atas merupakan antara saranan yang dapat dipetik daripada rumusan bengkel selama dua hari anjuran Sekretariat ASEAN University Network Inter-Library Online atau ringkasnya AUNILO yang berlangsung dari 26 hingga 27 Mei 2016, bertempat di Institute for Leadership, Innovation and Advancement (ILIA), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Brunei.

Bengkel ini merupakan agenda berkala AUNILO Capability Building Training yang dianjurkan pada sesi-sesi yang lepas bertepatan dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Pustakawan/Wakil Anggota AUNILO yang diadakan beberapa hari sebelum bengkel ini berlangsung. Seramai 32 orang peserta telah menghadiri bengkel ini iaitu dari Cambodia, Indonesia, Laos, Singapura dan Thailand masing-masing menghantar dua orang peserta, Vietnam (tiga orang peserta), Filipina (empat orang peserta), Malaysia (lima orang peserta), manakala tuan rumah seramai sepuluh orang peserta. Pemudah cara bagi bengkel ini merupakan tiga orang profesional maklumat yang mempunyai pengalaman berkaitan pengurusan sumber elektronik di institusi masing-masing. Mereka ialah Tamera Hanken, Ketua Information Access and Resources dan Heng Kai Leong, Electronic Resources Librarian; kedua-duanya dari Singapore Management University (SMU), Singapura dan Puan Merhane Mohamad Saleh, Pustakawan Kanan di UBD, Brunei.

Kaedah perjalanan bengkel ini meliputi beberapa sesi perbincangan dan pembentangan berkumpulan serta sesi perkongsian pengalaman di kalangan peserta. Sebanyak enam sesi pembentangan telah dijalankan sepanjang bengkel ini berlangsung. Topik-topik yang dibincangkan pada hari pertama ialah e-Resources Trends and Challenges, Establishing and Updating the Collection Development Policy, Evaluation of Electronic Resources, Assessment of Electronic Resources. Pada hari berikutnya ialah The Nuts and Bolts of Gathering, Analyzing and Reporting Usage Data dan Marketing Strategies.

Suatu yang menarik bagi penulis adalah bagaimana sebuah institusi seperti SMU dalam usia belasan tahun mampu menguruskan koleksi sumber elektronik dengan baik sehingga menjadi rujukan bagi amalan terbaik. Beberapa kajian kes di SMU turut dikongsikan bersama di dalam pembentangan mereka. Antara lain termasuklah bagaimana mereka menguruskan kewangan berasaskan Responsibility-Centred Accounting, perancangan strategik institusi, teknik dan strategi menghasilkan data statistik penggunaan yang menepati standard untuk dianalisis dan kepelbagaian analisis berasaskan evaluation dan assessment.

Hasil dari bengkel ini bolehlah dirumuskan bahawa pengurusan sumber elektronik ini amat memerlukan gandingan kedua-dua proses evaluation dan assessment yang boleh menghasilkan impak yang besar kepada institusi perpustakaan untuk membuat keputusan penting. Atas faktor ini, tidak dapat tidak pustakawan selaku profesional maklumat perlu berkemahiran tinggi dalam menjana, menganalisis serta melaporkan data kepada pihak pengurusan atau pemegang taruh bagi institusi masing-masing. Turut tidak ketinggalan adalah peri pentingnya untuk mendalami dan menguasai kemahiran dalam strategi pemasaran produk dan perkhidmatan perpustakaan.

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Brunei, penulis tidak melepaskan peluang melawat bahagian dan unit di Perpustakaan UBD serta bersiar-siar di sekitar bandaraya Brunei. Keramahan dan sifat baik hati warga Perpustakaan UBD turut terserlah sepanjang kunjungan penulis di sana menjadi suatu kenangan indah yang sukar untuk dilupakan.

42 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 43

Dari kiri: Encik Harith, Puan Nor Asiah, Puan Mazni dan Puan Noraashikin

Page 23: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

SeminarSeminar

TransformasiKriteria Baharu

KIK 2017Ruzita KamisUnit Pendigitan & Pemeliharaan, [email protected]

PADA 30-31 Mac 2016, Perpustakaan UKM menghantar dua orang kakitangannya untuk menghadiri Seminar KIK: Tranformasi Ke Arah Kriteria KIK Baharu. Seminar yang diadakan di Quality Hotel, Kuala Lumpur ini dihadiri para penggiat inovasi daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.Persidangan ini bertujuan memberi panduan dan penjelasan lengkap kepada semua kumpulan inovatif dan kreatif tentang penjenamaan semula kriteria baharu inovasi yang dipertandingkan.

Objektifnya adalah:i. Menerangkan konsep penjenamaan KIK baharu; ii. Memahami kerangka pembudayaan dan pemerkasaan inovasi sektor awam; iii.Menerangkan strategi yang berkesan ke arah pengkomersilan (commercialization) produk dan perkhidmatan inovasi; iv.Menerangkan strategi kejayaan KIK Hybrid dan Social Innovation; v. Memberi panduan tatacara memulakan projek KIK yang berimpak tinggi.

Transformasi penjenamaan semula ini akan memberi nafas baharu kepada produk inovasi di mana penekanannya adalah berasaskan outcome based berbanding process based.

Seminar ini diterajui oleh penceramah terbuka yang mahir dalam bidang ICC daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia iaitu Encik Mokhzani Omar dan Encik Abdul Razak Omar. Kedua-dua mereka tidak lokek berkongsi ilmu bagaimana menghasilkan produk yang berimpak tinggi serta boleh menyumbang kepada peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Selain itu, peserta turut dikongsikan strategi kejayaan daripada jabatan yang berjaya menempa nama di peringkat kebangsaan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Kedua-dua produk inovasi yang dihasilkan iaitu Easy Pameran dan Mobile Musolla diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi.Antara intipati seminar adalah kriteria baharu berbeza dengan konsep KIK yang lama di mana inovasi yang dihasilkan perlu lebih berpotensi untuk direplikasi, komersial dan boleh memberi kecemerlangan kepada organisasi.

Kriteria baharu ini boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu penciptaan, penambahbaikan dan sosial. Idea ini selari dengan pandangan Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Ali Hamsa, “membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif berteraskan daya penciptaan yang berupaya mencabar konsep, rangka kerja dan paradigm sedia ada”. Walau bagaimanapun kriteria ini masih di peringkat deraf dan dalam proses penambahbaikan.

Peluang menghadiri seminar ini bukan sahaja mendapat ilmu baharu, malah berjaya mewujudkan jaringan sosial yang erat antara pengamal KIK, penyelaras kualiti serta mereka yang terlibat dalam penghasilan inovasi.

Hazmir Haji ZainalBahagian Teknologi Maklumat & Prasarana [email protected]

KENAPA Pengurusan Risiko (PR) diperlukan? Apa pula yang membezakan di antara Risiko Strategik (Strategic Risk) dan Risiko Operasi (Operational Risk)? Ini merupakan persoalan pertama yang dilontarkan kepada para peserta Kursus Pengurusan Risiko Perpustakaan: Implementasi Mengikut Keperluan ISO 9001: 2015 yang berlangsung di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, bermula dari 4 hingga 6 April 2016. Jawapan ringkas adalah pengurusan risiko diperlukan bagi memastikan semua objektif organisasi tercapai. Manakala ISO 9001: 2015 pula adalah suatu alat untuk mencapai pelan strategik bagi sesebuah organisasi.

Kursus selama tiga hari dengan agenda padat ini telah dikendalikan oleh Profesor Madya (PM) Mohd Shoki Md Ariff dari Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan, UTM. Beliau merupakan pakar rujuk pelaksanaan persijilan ISO 9001 di UTM dan turut menjadi perunding kepada pelbagai institusi dalam bidang berkaitan. Hari pertama peserta didedahkan kepada ISO 9001: 2015 dan keperluan pengurusan risiko. Dimulakan dengan definisi dan konsep utama pengurusan risiko, risiko, profil risiko dan klasifikasi risiko. Suatu yang harus difahami berkenaan peralihan daripada persijilan ISO 9001: 2008 kepada versi 2015 ini adalah versi asal masih sah sehingga Ogos 2018 nanti. Walau bagaimanapun mulai Mac 2017, persijilan MS ISO adalah berdasarkan kepada ISO 9001: 2015. Peserta didedahkan berkenaan penyediaan parameter risiko berasaskan kepada impak dan kebarangkalian dalam perkhidmatan perpustakaan.

MS ISO versi 2015 ini dibangunkan atas kerangka Plan, Do, Check & Action (PDCA) dan ia adalah berasaskan kepada High Level Structure (HLS). Dari segi pecahan klausa pula terdapat beberapa aspek yang mengalami perubahan besar. Paling ketara adalah elemen pengurusna risiko pada klausa 6: Perancangan iaitu 6.1: Tindakan bagi Menentukan Risiko dan Peluang, di mana dalam konteks HLS ini, semua ketua bahagian/unit bertanggungjawab mengenal pasti risiko serta menentu, menganalisis dan mengawalnya.

Pengurusan RisikoSebahagian ElemenStandard ISO 9001: 2015

Secara keseluruhan klausa-klausa yang diliputi adalah Klausa 4: Konteks organisasi; Klausa 5: Kepimpinan; Klausa 6: Perancangan; Klausa 7: Sokongan; Klausa 8: Operasi; Klausa 9: Penilaian prestasi; dan Klausa 10: Peningkatan. Jika dilihat daripada kerangka PDCA pula, Klausa 4 hingga 7 adalah dalam rangkuman (Plan); Klausa 8 (Do); Klausa 9 (Check) dan Klausa 10 (Action). Pendekatan kursus selain daripada berbentuk ceramah, turut diisi dengan sesi perbincangan berkumpulan dan pembentangan. Hari kedua memperjelaskan proses dalam melakukan identifikasi risiko dan deskripsi risiko. Bersambung pada sesi petang adalah penentuan tahap risiko kasar dan penilaian keberkesanan kawalan dalaman perpustakaan.

Perkongsian pada hari ketiga membincangkan tahap risiko bersih dan pembinaan profil risiko perpustakaan. PM Mohd Shoki turut memperkatakan strategi kawalan risiko dan pelan tindakan risiko. Sebelum sesi rumusan, peserta didedahkan kepada kaedah pelaporan dan penilaian risiko (penyediaan dashboard pelan risiko).

Kursus ini turut disertai pustakawan daripada perpustakaan universiti tempatan lain seperti UUM, UNIMAS, UMP, UNIMAP, UKM dan UTM sendiri. Sesi penutup ialah penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta oleh Ketua Pustakawan UTM, Dr. Kamariah Nor Mohd Desa.

Hazmir Haji ZainalBahagian Teknologi Maklumat & Prasarana [email protected]

Pengurusan RisikoSebahagian ElemenStandard ISO 9001: 2015

44 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 45

Page 24: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

46 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 47

Persidangan Perpustakaan Masjid :Pemacu Transformasi Ummah

Seminar

Forum Masa Depan Perpustakaan DigitalUntuk Universiti di Malaysia

Berita Perpustakaan UKM • 47

Persidangan Perpustakaan Masjid :Persidangan Perpustakaan Masjid :Pemacu Transformasi Ummah

Persidangan Perpustakaan Masjid :Persidangan Perpustakaan Masjid :Pemacu Transformasi UmmahPemacu Transformasi Ummah

Persidangan Perpustakaan Masjid :Pemacu Transformasi Ummah

Pengalaman Julung KaliMenghadiri Seminar

Antarabangsa

THE 14th Annual Library Leadership Institute Seminar telah berlangsung pada 22-26 April 2016 di Hotel Melia, Kuala Lumpur. Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah dan tema pada kali ini adalah Library Leadership in a Disruptive World: Today & Tomorrow. Seminar ini telah dianjurkan oleh The University of Hong Kong Libraries dengan kerjasama iGroup, Monash University Malaysia Library dan Taylor’s University Library. Saya telah berpeluang untuk mengikuti seminar ini bersama-sama dengan peserta yang rata-ratanya terdiri daripada peserta negara China diikuti dengan Korea, Filipina, Singapura dan Indonesia.

Seminar

Hayatul-Azlah GhazaliUnit Katalog, PTSL

[email protected]

Objektif seminar ini diadakan adalah untuk membina dan mempertingkatkan kualiti kepimpinan bagi pustakawan akademik dan penyelidikan di seluruh wilayah Asia. Objektif lain adalah untuk meningkatkan kolaborasi dan perhubungan di kalangan perpustakaan akademik dan perpustakaan penyelidikan di wilayah tersebut.

Pada hari pertama, saya melaporkan diri di Hotel Melia, Kuala Lumpur. Pada sebelah malam diadakan majlis makan malam untuk meraikan para peserta. Sesi seminar bermula pada 23 April dan berakhir pada 26 April. Aktiviti pertama di sesi pertama dimulai dengan setiap ahli dalam setiap kumpulan diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing serta bercerita berkenaan salah seorang rakan yang telah dikenali dalam kumpulan.

Ceramah dan sesi seminar ini dijalankan oleh beberapa orang penceramah iaitu Jeffrey Trzeciak dari Washington University Libraries, United States ; Steve O’Connors , Editor of the journal Library Management, Adjunct Professor at Charles Sturt University and the Director of Information Exponentials; Peter Sidorko , University Librarian and Institute Director, The University of Hong Kong Libraries ; Dianne Cmor ,Deputy University Librarian, Nanyang Technological University, Singapore dan beberapa orang lagi. Masing-masing berpengalaman luas dan pakar dalam kepimpinan dan bidang kepustakawanan.

Pengisian seminar adalah berkonsep learner-driven activities yang dirangka agar peserta dapat membina kemahiran dan kepekaan sebagai ketua yang berkepimpinan mantap di era perpustakaan masa kini. Dalam sesi ini juga diadakan persembahan daripada penceramah, perbincangan kumpulan dan aktiviti berkonsep interactive simulation.

Sesi perbincangan kes juga diadakan. Sesuatu kes yang berkisarkan masalah diberikan kepada setiap kumpulan untuk dibincangkan. Tajuk kes yang diberikan berlainan daripada setiap kumpulan. Kami berpeluang mengutarakan idea masing-masing dan membentangkan semula idea-idea tersebut di hadapan peserta lain.

Kertas-kertas kerja yang dibincangkan dalam seminar ini adalah seperti berikut:Sesi 1: Managing change at disruptive timesSesi 2 : New library spacesSesi 3 : Creating a service oriented organizationSesi 4: New collections new perspectivesSesi 5: Supporting teaching and research on campusSesi 6: Innovative technologies for librariesSesi 7: Collaborating inside and outside of librariesSesi 8: Evaluating for success.

Saya dapati kertas-kertas kerja ini amat bersesuaian sebagai panduan bagi perpustakaan yang kian sengit menghadapi cabaran pada era Generasi Z ini. Generasi Z adalah generasi yang banyak terdedah kepada penggunaan alat dan teknologi maklumat. Mereka memerlukan ruang di perpustakaan untuk merujuk bahan elektronik berbanding bahan bercetak.

Sehari sebelum hari terakhir seminar, diadakan sesi pembentangan kes khas bagi setiap kumpulan. Hadiah diberikan kepada tiga kumpulan yang terbaik semasa pembentangan. Manakala di hari terakhir, peserta diberi pilihan untuk melawat Perpustakaan Monash University Malaysia atau ke Perpustakaan IMU.

Melalui seminar antarabangsa ini, saya berpeluang untuk memperkenalkan Malaysia kepada peserta luar negara serta memberi pengalaman kepada saya untuk memperhatikan cara mereka berkomunikasi dan memberi idea-idea sepanjang sesi seminar . Saya berharap pihak pengurusan perpustakaan dapat menghantar lebih ramai pustakawan untuk mengikuti seminar antarabangsa.

Mariati Embong Perpustakaan [email protected]

FORUM yang dianjurkan secara percuma oleh Perbadanan Kota Buku ini dihadiri oleh pustakawan akademik IPTA dan perpustakaan khusus dari pelbagai institusi. Forum yang berlangsung pada 18 Februari 2016 ini diadakan di Bilik Seminar Perbadanan Kota Buku, Kuala Lumpur. Antara topik menarik yang dibincangkan ialah peranan yang dimainkan oleh Pusat Sitasi Malaysia.

Pusat Sitasi Malaysia telah ditubuhkan pada 15 Februari 2011 beraspirasi untuk memperbaiki dan meningkatkan daya saing serta keupayaan institusi pengajian tinggi untuk menghasilkan penerbitan saintifik berkualiti. Kertas Kerja yang bertajuk Academic Visibility of Local Scholarly Publication ini dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Zuraidah Abd Manaf. Pembentangan kertas kerja ini dilihat memberi input baru kepada pustakawan khususnya dan perpustakaan umumnya.

Kertas kerja yang seterusnya dibentangkan oleh Puan Mazmin Mat Akhir, Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Perlis. Tajuk yang dibincangkan agak menarik iaitu Kekangan dan Permasalahan yang Dihadapi oleh Perpustakaan Universiti. Input yang diberikan terutama berdasarkan apa yang berlaku dalam situasi sekarang dengan memberi contoh kepada Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis dan universiti lain berkaitan transformasi bahan bercetak kepada digital.

Masalah utama yang dihadapi sekiranya diteruskan perolehan bahan bercetak ialah penyimpanan manakala bagi bahan digital pula ialah tahap penggunaan yang terhad terutama bagi jurnal elektronik.

Antara tajuk lain yang dibentangkan ialah e-Buku dan Kewajaran dalam Era Digital dan Pendigitan: Penjimatan dan Keberkesanan Terhadap Pengguna.

Selepas pembentangan semua kertas kerja, satu sesi bual bicara dan perbincangan bersama panel jemputan dengan tema yang sama diadakan. Walaupun forum ini diadakan satu hari sahaja tetapi maklum balas peserta terhadap pembentangan kertas kerja sangat memberangsangkan. Secara keseluruhan, peserta seminar berpuas hati dan telah memperoleh pelbagai pengetahuan dan ilmu terkini berkaitan dengan bidang kepustakawanan. Semoga seminar seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan tema yang berlainan pula.

Page 25: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Seminar Seminar

Kebanyakan topik yang dibincangkan merupakan suatu pengetahuan baharu bagi kami. Di antara topik yang dibincangkan adalah Teknologi Percetakan Index Braille Embosser, Gambar Rajah Tactile iaitu gambar timbul yang mempunyai tekstur berbeza agar apabila disentuh oleh OKU penglihatan mereka dapat menterjemahkan deskripsi gambar tersebut. Turut menarik perhatian ialah pembentangan oleh Dr. Didi Tarsidi seorang pensyarah cacat penglihatan di Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung. Beliau membincangkan mengenai kolaborasi nusantara bagi menambah baik peluang mengakses buku braille. Selain itu, pembentang dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia turut berkongsi mengenai Marrakesh Treaty iaitu perjanjian yang dibuat pada 27 Jun 2013 di Marrakesh, Morocco yang memberi pengecualian terhadap penyalinan semula, pengedaran dan juga membenarkan penggunaan karya berhak cipta untuk orang kurang penglihatan tanpa perlu mendapat keizinan dari pemilik karya. Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 telah meluluskan pengecualian ini.

Dato’ Mah Hassan Haji Omar, Presiden KL Braille Resources yang juga merupakan seorang peguam turut berkongsi pengalaman KL Braille Resources dalam menawarkan perkhidmatan mentranskripsikan buku braille dan membekal peralatan keperluan khas OKU. Seminar ini juga turut menjemput Puan Hajah Mastura Haji Muhamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk menyampaikan mengenai peranan yang dimainkan oleh perpustakaan khususnya untuk golongan OKU. Di akhir seminar, menerusi segmen Pencetus Bakat & Kerjaya, peserta dihiburkan oleh seorang pemain piano cacat penglihatan yang juga seorang pengajar muzik menggunakan notasi muzik braille bagi sesi pembelajaran dan juga pengajaran beliau.

Seminar ini turut mempamerkan produk keperluan khas OKU, perkakasan pendidikan dan audio-visual, bahan literasi braille, teknologi percetakan dan penjilidan buku serta penyediaan gambar tactile.

Isu Perundangandalam Pengurusan Sumber

Maklumat Atas TalianNorbaizura MalekUnit Asia Tenggara & Dokumen, [email protected]

Asmany Aza AhmadUnit Perolehan, [email protected]

PERANAN pustakawan kini semakin berkembang selaras dengan perkembangan koleksi perpustakaan terutamanya bagi bahan-bahan elektronik dan sumber maklumat atas talian. Pengetahuan dan kemahiran menguruskan sumber maklumat ini amat diperlukan oleh para pustakawan bagi mengelakkan perlanggaran isu-isu yang berkaitan dengan kontrak dan perjanjian lesen. Tumpuan kini bukan sahaja kepada pengurusan bahan bercetak malah kini lebih mencabar dengan pengurusan bahan atas talian yang melibatkan isu perundangan.

Oleh itu, atas inisiatif Jawatankuasa Khusus Kumpulan Perpustakaan Undang-undang (JKKPUU), Seminar Understanding Legal Agreement For Online Resources diadakan pada 12 Mei 2016 di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pustakawan yang terlibat dalam pengurusan sumber maklumat atas talian berkaitan aspek perundangan terutamanya dokumen dan kontrak perjanjian. Seminar ini dihadiri oleh peserta dari pelbagai institusi yang terlibat dalam aspek pengurusan dan pengendalian sumber maklumat elektronik atas talian.

Seminar ini dikendalikan oleh dua orang tokoh yang berpengalaman dalam aspek perundangan dan perjanjian undang-undang iaitu Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil, Bendahari USIM dan Encik Muhammad Azrul Hazerin Abdul Razak, Pegawai Undang-undang Kanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Elemen pemahaman kandungan kontrak perjanjian, jenis-jenis kontrak, isu-isu perundingan, pembayaran, penamatan kontrak, kaedah pembayaran dan Goods and Services Tax (GST) adalah antara topik-topik yang dikupas dalam seminar separuh hari ini.

Secara keseluruhannya, seminar ini memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan aspek perundangan dalam urusan pembelian bahan sumber maklumat atas talian. Isi kandungan dan inti pati seminar ini dapat membantu para pustakawan untuk menguruskan sumber maklumat atas talian dengan lebih berkesan dan telus. Seminar ini menjadi platform percambahan idea serta medan bertukar-tukar pendapat antara institusi yang menguruskan bahan atas talian dengan memperhalusi dokumen perjanjian di organisasi masing-masing.

Peserta seminar dari pelbagai organisasi

Sesi bersama Dato’ Haji Mohd Abd Rashid Mohd Fadzil, Bendahari USIM

Sesi bersama Encik Muhammad Azrul Hazerin Abdul Razak, Pegawai Undang-undang Kanan UIAM

Seminar PembangunanLiterasi Braille Nusantara 2016

Azmah IshakBahagian Pengurusan Perkhidmatan Maklumat, [email protected]

Shaizimah BadzriUnit Penyelidikan, [email protected]

SEMINAR Pembangunan Literasi Braille Nusantara 2016 yang berlangsung pada 7-8 Mac 2016 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dianjurkan oleh KL Braille Resources dan dirasmikan oleh YB Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri 1, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini merupakan julung kalinya dianjurkan seminar atas tajuk literasi braille dengan memfokuskan kepada penutur bahasa senusantara. Seminar ini dihadiri oleh kakitangan perpustakaan terutamanya perpustakaan awam negeri, guru-guru sekolah pendidikan khas, agensi penterjemahan, syarikat-syarikat penerbitan/percetakan buku, pengeluar/pengedar produk keperluan khas orang kurang upaya (OKU), persatuan OKU penglihatan dan badan sukarela yang memberi perkhidmatan kepada OKU.

48 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 49

Page 26: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Promosi

Warga

Baharu

Perpustakaan Tun Seri Lanang

PADA Ogos 2016 pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang telah berjaya memasang sebuah pagar penghalang automatik di pintu masuk dan keluar perpustakaan. Bernilai sekitar RM200,000–RM250,000.00 pagar baharu ini bukan sahaja bertujuan untuk mengenalpasti setiap pengunjung yang datang tetapi secara tidak langsung juga bertujuan membawa kembali budaya pemakaian kad matrik di dalam kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelanggan yang tidak mempunyai kad kampus UKM atau pengunjung dari luar hanya akan dibenarkan memasuki premis perpustakaan selepas mendaftar terlebih dahulu.

Selain itu, antara tujuan utama pemasangan pagar penghalang automatik ini juga adalah untuk mengumpul data seperti jumlah pengunjung yang boleh dihitung mengikut hari, minggu, bulan atau tahun; memberi maklumat tentang waktu sesak dan waktu senggang kehadiran pengunjung serta dapat memberi data tentang kategori pengunjung sama ada pelajar prasiswazah, pascasiswazah mahupun kakitangan UKM. Bukan itu sahaja malah waktu pengguna masuk dan keluar daripada perpustakaan juga dapat dikenal pasti dengan tepat. Ini secara tidak langsung juga menjadikan pengesanan pengunjung lebih mudah sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kecurian, kebakaran, dan sebagainya.

Maklumat yang disebut ini amat penting dan bernilai bagi pihak perpustakaan kerana perpustakaan dapat mengurus perkhidmatan perpustakaan dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, dengan mengenal pasti waktu sesak, pihak perpustakaan dapat bersedia dengan menyediakan lebih ramai petugas pada waktu tersebut bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Di samping itu, dengan mengesan waktu yang lebih ramai pengunjung pula, pihak perpustakaan akan dapat merancang aktiviti yang sesuai dengan jumlah pengunjung seperti aktiviti karnival, hari bersama pelanggan, jualan amal dan sebagainya.

Tujuan pihak perpustakaan memperkenalkan warga baharu ini bukanlah untuk menyekat pengunjung dari memasuki premis perpustakaan tetapi lebih kepada mahu meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Pihak perpustakaan juga bertekad untuk menjamin keselesaan serta keselamatan para pengguna sepanjang mereka berada di perpustakaan.

BERMULA September 2016, perpustakaan telah melancarkan dua lagi media sosial berkaitan perpustakaan selain Youtube, Facebook dan Whatsapp. Media sosial tersebut ialah Twitter dan Instagram. Usaha ini adalah bagi meluaskan lagi penyebaran maklumat berkaitan perpustakaan selain mendekatkan perpustakaan dengan pelanggan yang rata-ratanya terdiri dari Generasi Y.

Walaupun begitu, mungkin ada yang tidak begitu terdedah dengan aplikasi Twitter dan Instagram ini, namun mengikut kajian semasa, jumlah pengguna di serata dunia bagi kedua-dua aplikasi telah mencapai angka 316 juta pengguna setiap bulan bagi Twitter (sumber; Twitter.com) dan 400 juta pengguna setiap bulan bagi Instagram (sumber; Instagram.com). Di Malaysia sahaja, jumlah pengguna Twitter dan Instagram adalah seramai 1.9 juta dan 6.5 juta pengguna pada tahun 2016 (http://sproutsocial.com/insights/twitter-vs-instagram/malaysia/). Aplikasi Twitter menggunakan konsep timeline yang mampu memaparkan secara maksimum 100 aksara, gambar, klip video berdurasi maksima 1 minit dan tontonan secara langsung. Setiap perkara yang ditaip atau dimuat naik disebut sebagai tweet. Setiap tweet pula akan muncul di timeline pengguna dan ini memungkinkan kemas kini atau capaian maklumat terkini yang pantas. Selain itu kemudahan retweet atau tweet semula memudahkan penyebaran maklumat antara pengguna Twitter. Sebagai contoh, sekiranya perpustakaan ingin memaklumkan tentang sesuatu aktiviti atau ingin memaklumkan waktu penutupan, pengguna yang mengikuti Twitter perpustakaan akan dapat melihat tweet tersebut di timeline mereka dan boleh tweet semula maklumat tersebut kepada semua rakan mereka di Twitter.

Mohd Syamrooz Kamal Mhd RedzaUnit Perkhidmatan Pelanggan, PTSL [email protected]

Promosi

Twitter dan InstagramPerpustakaan Tun Seri LanangMohd Syamrooz Kamal Mhd RedzaUnit Perkhidmatan Pelanggan, PTSL [email protected]

Berbeza dengan aplikasi Twitter, aplikasi Instagram pula lebih fokus kepada penyebaran gambar dan video. Aplikasi ini digunakan secara meluas sebagai salah satu cara pemasaran produk dan hebahan berbentuk gambar oleh syarikat-syarikat besar dalam pelbagai bidang.

Perpustakaan telah mengambil peluang ini dan memanfaatkan Instagram dalam mempromosikan perpustakaan dari segi kemudahan perpustakaan dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di perpustakaan. Pengguna dijangka akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kemudahan-kemudahan yang ada serta menjadikan aktiviti-aktiviti yang dipromosikan lebih menarik. Pihak perpustakaan menaruh harapan yang amat tinggi agar pengguna dan perpustakaan dapat mengambil manfaat daripada aplikasi-aplikasi yang tersedia secara percuma ini.

Semoga dengan adanya kemudahan sebegini, perpustakaan dapat ditambah baik dan terus menerus menambat hati pengguna selama kewujudannya di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pepatah mengatakan, “Sekeping gambar menceritakan lebih banyak dari seribu perkataan”.

50 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 51

Page 27: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Promosi

Bilik DiskusiPerpustakaan UKM Berwajah Baharu

HASIL cetusan idea Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali untuk memohon penajaan bagi menaik taraf bilik diskusi perpustakaan, maka bilik diskusi di Perpustakaan UKM kini berwajah baharu. Perpustakaan berjaya mendapat tajaan dari warga UKM dan Syarikat luar bagi menaik taraf 27 buah bilik diskusi Perpustakaan UKM. Penajaan diterima dari 13 orang individu, lapan kumpulan individu dan empat buah syarikat dengan nilai tajaan bagi setiap bilik bernilai RM10,000.00 dari setiap penyumbang.

Bilik diskusi yang dinaik taraf ialah 18 buah di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) iaitu tiga buah di Aras 4, sepuluh buah di Aras 3 dan lima buah bilik di Aras 2. Bagi Perpustakaan cabang, jumlah bilik diskusi yang terlibat adalah sembilan buah bilik iaitu tiga buah di Perpustakaan Undang-undang, empat buah di Perpustakaan Dr. Abdul Latiff, sebuah di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu dan sebuah di Perpustakaan Hospital Tunku Muhriz.

Bilik Ayub Sampul(Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali)Aras 4, Anjung Ilmu

PTSL

Bilik To’Ishah Hamid (Dr. Mohd Fairuz

Md. Salleh)Aras 4, Anjung Ilmu

PTSL

Bilik Arif Husna(Puan Hafsah Mohd)Aras 4, Koleksi Arab

& Tamadun Islam PTSL

Bilik Orang Kaya Rahmat

(Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah)

Aras 3, Koleksi JurnalPTSL

Bilik KM Low(Prof. Dato’ Dr. Imran

Ho Abdullah)Aras 3, Koleksi Jurnal

PTSL

Bilik Alumni Chang & Tan

(PM Dr. Chang Peng Kee & Tan Joon Ling)Aras 3, Koleksi Jurnal

PTSL

Bilik Al-Hikmah (Prof. Dato’ Dr. Mohd

Yusof Hj. Othman)Aras 3, Koleksi Jurnal

PTSL

Bilik Inspirasi Jurutera & Arkitek(Fakulti Kejuruteraan

& Alam Bina)Aras 3, Koleksi Jurnal

PTSL

Bilik CRIM(Pusat Pengurusan

Penyelidikan & Instrumentasi)

Aras 3, Koleksi JurnalPTSL

Bilik MohdAwal Ismail

(Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal)

Aras 3, Koleksi JurnalPTSL

Bilik Al-Furqan(Fakulti Pengajian

Islam)Aras 3, Koleksi Jurnal

PTSL

Bilik Sabariah & Yusof

(Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor

Aras 3, Koleksi Jurnal PTSL

Bilik Cikgu Md Nor(Prof. Dr. Nor Ghani

Md. NorAras 3, Koleksi Jurnal

PTSL

Bilik Abdul Rahman Auf

(Jabatan Bendahari)Aras 2, Koleksi Media

PTSL

Bilik Al-Khawarizmi

(Fakulti Teknologi & Sains Maklumat)

Aras 2, Koleksi MediaPTSL

Bilik Mustafa & Embong

(Prof. Dato’ Ir. Dr. Marzuki Mustafa)

Aras 2, Koleksi MediaPTSL

Bilik Suriayani Abd Shukor

(Prod. Dato’ Dr. Roslan Abd. Shukor)

Aras 2, Koleksi MediaPTSL

Bilik Ilham Sel Fuel(Institut Sel Fuel)

Aras 2, Koleksi MediaPTSL

Maklumat Bilik Diskusi PTSL

Setiap bilik diskusi dilengkapi dengan skrin Televisyen LED, alat kawalan jauh dan cermin sebagai papan menulis. Pelanggan yang mengguna bilik diskusi akan dibekalkan dengan alat tulis dan pemadam papan tulis. Pendaftaran dan tempahan bilik diskusi boleh dilakukan di kaunter setiap aras Perpustakaan Tun Seri Lanang atau kaunter perpustakaan cabang.

Penggunaan bilik diskusi terbuka kepada semua warga UKM dan ahli luar perpustakaan. Had masa penggunaan bagi setiap bilik adalah dua jam sahaja. Walau bagaimanapun penggunaan bilik boleh diteruskan sekiranya tiada tempahan dari pengguna lain.

Perasmian bilik diskusi telah dilaksanakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Canselor UKM pada 17 Mei 2016 dengan hanya 8 buah bilik diskusi telah siap dinaik taraf. Kini, semua bilik diskusi telah selesai dinaik taraf dan boleh digunakan oleh pelanggan perpustakaan.

Bilik Dr. Lee Siew Keong 1

(SKG Group of Companies)

Perpustakaan Undang-undang

Maklumat Bilik Diskusi Perpustakaan Cabang

Bilik Dr. Lee Siew Keong 2

(SKG Group of Companies)

Perpustakaan Undang-undang

Bilik Dr. Lee Siew Keong 3

(SKG Group of Companies)

Perpustakaan Undang-undang

Bilik Pharmaniaga(Pharmaniaga)

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Bilik Minda Inovasi 1

(Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi)

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Bilik Minda Inovasi 2

(Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi)

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Bilik Kapten Jaffar(Prof. Datin Dr.

Norizan Abd. Razak)Perpustakaan Dr.

Abdul Latiff

Bilik Ayah Bonda(Tuan Haji Abd Razak Hussin)

Perpustakaan Alam & Tamadun Melayu

Bilik Tun Seri Lanang

(Perpustakaan UKM)Perpustakaan Hospital

Tunku Muhriz

Rohaya UmarPerpustakaan Tun Seri [email protected]

52 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 53

Page 28: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Lawatan Lawatan

Azhari SahamirPerpustakaan Dr. Abdul [email protected]

Shahruddin ShafriUnit Arab & Tamadun Islam, [email protected]

Check-Out Machine di Perpustakaan USM Kampus Kubang Kerian

Rombongan kami disambut mesra oleh pihak pengurusan tertinggi perpustakaan yang diketuai oleh Puan Rugayah Ali, Ketua Perpustakaan Hamdan Sheikh Tahir. Sesi taklimat dan perkongsian diadakan di Bilik Mesyuarat Perpustakaan yang turut juga dihadiri oleh ketua-ketua unit dan pustakawan.

Beliau menyampaikan taklimat tentang struktur organisasi perpustakaan, pengurusan, perkhidmatan dan lain-lain yang berkaitan. Kemudian diikuti dengan sesi perkongsian oleh Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan dan soal jawab.

Dalam taklimat tersebut, perkongsian dari UKM lebih tertumpu kepada situasi semasa yang berlaku iaitu kekurangan peruntukan. Bagaimana perpustakaan berusaha menguruskan perpustakaan dalam keadaan peruntukan kewangan dikurangkan? Di antara langkah-langkah yang dilakukan ialah seperti kempen Dana Endowmen, penubuhan kumpulan KRA perpustakaan, sumbangan daripada pihak luar untuk tajaan kepada 27 bilik diskusi baharu, langkah-langkah penjimatan dalam perbelanjaan mengurus dan lain-lain.

Setelah selesai taklimat dan perkongsian maklumat, sesi pertukaran cenderahati dilakukan di mana kami telah diberikan satu beg cenderahati yang mengandungi pelbagai bahan maklumat dan cenderamata berupa makanan tradisi Kelantan.

Lawatan ke unit-unit yang berkaitan dilakukan di mana ahli rombongan dipecahkan mengikut unit-unit yang berkaitan untuk sesi lawatan. Selepas selesai lawatan, kami diraikan dengan jamuan makan tengahari yang sangat menyelerakan iaitu nasi kerabu dan lain-lain.

54 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 55

Perpustakaan UTeMKita Ni...

Ke

SUSULAN daripada kekeringan idea dan ketepuan maklumat, kakitangan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) bergabung kudrat keluar seketika dari ranjau kota yang penuh berliku bagi menyegarkan kembali sel neuron. Kesepakatan yang membawa berkat ini mengizinkan kakitangan PDAL menjejakkan kaki ke Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Rabu 27 April 2016.

Seramai 11 orang kakitangan PDAL menyantuni lawatan ini. Perjalanan dari hutan batu telah mengambil masa lebih kurang dua jam untuk tiba di Durian Tunggal. Ketibaan kami pada pukul 10.00 pagi disambut oleh pustakawan Perpustakaan UTeM. Fokus lawatan kami adalah untuk menganalisa kemudahan, prasarana, perkhidmatan serta proses kerja.

Sesi lawatan dimulai dengan taklimat oleh Encik Azman Hj. Ayup, Pustakawan Kanan menerangkan tentang struktur organisasi, koleksi, perkhidmatan, kemudahan dan belanjawan Perpustakaan UTeM. Apa yang menarik dalam sesi taklimat tersebut ialah Sistem SUPERSAAS iaitu satu sistem yang dibangunkan bagi memudahkan para pelajar untuk menempah bilik di perpustakaan. Di dalam sesi taklimat tersebut juga ada dinyatakan Perpustakaan UTeM telah mengadakan 3 hari ‘Library Day’. Antara aktiviti yang paling mencuri tumpuan pada ‘Library Day’ ialah permainan video ‘Counter Strike’. Ketika membicarakan mengenai slaid perkhidmatan pinjaman bahan pula, Perpustakaan UTeM ada menawarkan Pinjaman Jangka Panjang iaitu pinjaman bahan sepanjang cuti semester selama 3 bulan. Antara intipati lain dalam taklimat ialah Perpustakaan UTeM memperkenalkan perkhidmatan dalam talian pada setiap hari Rabu di mana sebarang aktiviti antara perpustakaan dengan pelanggan hanya dilakukan di dalam talian sahaja untuk hari tersebut.

Sejurus kemudian kami dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi memperlihatkan prasarana yang ditawarkan kepada warga UTeM. Di sepanjang lawatan, kami telah menemui beberapa objek yang menarik ekor mata kami. Antaranya ruang pentas yang disediakan bagi pelajar untuk mempersembahkan sebarang acara individu mahupun berkumpulan, sofa moden yang dicurahkan dengan warna yang terang lagi menangkap, sudut perundingan kerjaya yang disediakan bagi membuka minda para pelajar setelah usai menamatkan pengajian dan Koleksi Melaka yang sudah tentu sasarannya tertumpu kepada bahan-bahan mengenai Melaka. Sesi akhir lawatan disudahi dengan uji cuba hoverboard oleh kakitangan PDAL yang semestinya menguji keseimbangan badan dan fizikal manusia. Perkhidmatan tersebut disediakan untuk menarik minat pengunjung bersantai di dalam perpustakaan.

Apa yang dapat disimpulkan dari lawatan ini adalah Perpustakaan UTeM dilengkapi dengan pelbagai prasarana dan kemudahan terkini serta berteknologi tinggi. Ia memberi kemudahan kepada para pelajar dan penyelidik untuk membuat kajian dan seterusnya menghasilkan produk inovasi yang bermutu dan mempunyai nilai komersil. Dari segi rungkaian proses kerja pula tidak banyak perubahan berbanding dengan Perpustakaan UKM. Secara keseluruhan lawatan ini memberi faedah dan mampu mencambah idea kepada kakitangan PDAL serta mewujudkan hubungan antara sesama perpustakaan.

Perpustakaan Dari Pantai Timur

Perkongsian Amalan TERBAIKBENCHMARKING atau dalam istilah bahasa Melayu iaitu penandaarasan merupakan satu proses mencari amalan yang terbaik (best practices) yang di amalkan oleh sesebuah organisasi.

Menurut Wikipedia, “Benchmarking is the process of comparing one's business processes and performance metrics to industry bests and/or best practices from other industries. Dimensions typically measured are quality, time and cost. Improvements from learning mean doing things better, faster, and cheaper”. Dalam konteks pendidikan misalnya, perpustakaan yang diketegorikan sebagai terbaik, unggul, berkesan, cemerlang atau berprestasi tinggi hendaklah dicontohi dan seterusnya menjadikan amalan perpustakaan akademik sebagai model untuk dipraktikkan.

Menurut Goetsch et.al (2000), penandaarasan adalah proses pencarian rahsia kejayaan organisasi lain supaya maklumat tersebut dapat digunakan oleh organisasi untuk mengurangkan jurang dengan organisasi dalam kategori terbaik kelompoknya.

Proses penandaarasan perpustakaan akademik di negara kita perlu dilihat sebagai satu usaha ke arah meningkatkan prestasi perpustakaan secara holistik dan menyeluruh. Pengurusan perpustakaan akademik mesti peka dan memastikan perkara berikut diberi penekanan dan keutamaan untuk memastikan organisasi perpustakaan sentiasa ditambahbaik:

1. Mengenalpasti proses penambahbaikan yang diperlukan;2. Mencari institusi mana yang perlu dijadikan contoh;3. Mengkaji amalan terbaik perpustakaan yang menjadi contoh;4. Mencari perbezaan amalan untuk dibandingkan;5. Melaksanakan amalan terbaik di perpustakaan masing-masing.

Unit Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Tun Seri Lanang mengambil inisiatif untuk memberi perkhidmatan terbaik dengan mengadakan lawatan penandaarasan. Ini adalah salah satu aktiviti tahunan perpustakaan yang kerap kali dianjurkan sama ada oleh bahagian atau unit perpustakaan atau perpustakaan cabang. Sehubungan dengan itu satu lawatan telah diadakan pada 28 Ogos 2016 ke Perpustakaan Hamdan Sheikh Tahir Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dan Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota, Pangkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan. Rombongan lawatan seramai 20 orang kakitangan dan pegawai diketuai oleh Encik Shahruddin Shafri yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan dan dibantu oleh Puan Zainatul Saayah Zainon. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan khasnya dari Unit Perkhidmatan Pelanggan dan kakitangan unit lain amnya mengenai perkhidmatan perpustakaan dan membuat jaringan serta perkongsian maklumat antara perpustakaan. Lawatan ini juga dapat melaksanakan penandaarasan amalan terbaik yang dipraktikan oleh perpustakaan lain.

Hasil lawatan ini dijangka dapat membantu kakitangan meningkatkan prestasi di samping mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan pelanggan seperti pinjaman dan pemulangan, penyusunan buku, pengurusan bahan hilang, pengurusan bahan rosak dan yang lebih penting lagi layanan di kaunter perkhidmatan pelanggan.

Pada sesi pagi rombongan dari Perpustakaan Tun Seri Lanang telah melawat Perpustakaan Hamdan Sheikh Tahir yang merupakan perpustakaan cawangan kepada Perpustakaan Hamzah Sendut, USM, Pulau Pinang.

Page 29: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Antara maklumat dan perkongsian daripada lawatan ke Perpustakaan Hamzah Tahir ini ialah Perpustakaan Hamdan Tahir mempunyai koleksi bercetak sebanyak 167,248, koleksi elektronik sebanyak 6,468 dan koleksi media sebanyak 12, 696. Manakala jumlah pinjaman sebanyak 8,922 dan jumlah keahlian perpustakaan seramai 13,448.

Bagi menggalakan pelanggan mengunjungi perpustakaan promosi dilakukan. Di antaranya adalah dengan mengadakan pameran buku bulanan. Pameran mengikut bidang perkara atau topik. Hasil daripada maklum balas pengguna sangat memuaskan dan mendapat sambutan daripada para pelajar.

Manakala hasil lawatan ke Unit Automasi pula didapati perpustakaan mengguna platform KOHA sebagai sistem perpustakaan. Perpustakaan juga mengguna e-pendaftaran untuk pelajar masuk ke perpustakaan di mana pelanggan perlu mengimbas kad pelajar untuk masuk dan mengguna perkhidmatan perpustakaan. Kebanyakan sistem yang dibangunkan menggunakan sistem KOHA dan eprints untuk pelajar. Manakala perkhidmatan pinjaman menggunakan konsep layan diri menggunakan mesin self-check. Bagi penggunaan makmal, pelanggan menggunakan sistem touch matric card. Sistem pangkalan data dalam talian boleh diakses dari luar menggunakan medium EzProxy dengan menggunakan kata pengenalan dan kata laluan.

Di Bahagian Perkhidmatan Rujukan pula didapati mereka menerima hampir 150,000 rujukan setahun. Manakala pelbagai kelas literasi maklumat diadakan seperti kelas orientasi pelajar baharu, kelas kemahiran maklumat pangkalan data elektronik, kelas EndNote dan lain-lain.

Pada sesi petang pula kami melawat Perpustakaan UMK yang terletak di Pangkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan. Rombongan kami disambut mesra oleh pihak pengurusan tertinggi perpustakaan yang di ketuai oleh Encik Mohd. Firdaus Zillah, Pustakawan Kanan dan lain-lain pegawai. Sesi taklimat yang menarik disampaikan oleh beliau tentang pengurusan perpustakaan. Di antaranya jenis-jenis perkhidmatan yang ada, bilangan kakitangan dan perkhidmatan yang diberikan. Apa yang jelas kebanyakan kakitangan mereka terdiri dalam lingkungan umur 25 hingga 40-an yang merupakan Generasi Z.

Dalam usaha untuk menyokong dan mengukuhkan aktiviti-aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan UMK, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu telah mewujudkan satu program menyeluruh perkhidmatan pustakawan perantara fakulti. Pustakawan ini berkhidmat sebagai perantara untuk komuniti akademik fakulti, kakitangan dan pelajar. Perkhidmatan ini bertujuan untuk:

1. Mengekalkan sokongan antara perpustakaan dan fakulti, sekolah, institut dan pusat serta bertindak sebagai pegawai perantara bagi komuniti akademik fakulti, kakitangan dan pelajar;2. Menjalankan Program Literasi Maklumat untuk pelajar baharu;3. Membantu dalam mengukuhkan pembangunan koleksi dalam bidang khusus mereka;4. Memastikan pengajaran dan keperluan pembelajaran warga universiti dipenuhi.

Pelanggan bebas untuk menghubungi pustakawan perantara fakulti dan mengatur lawatan berkumpulan ke perpustakaan. Di antara langkah-langkah yang dilakukan dalam mempromosikan perkhidmatan oleh Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu ialah mengadakan pameran buku baharu, mengadakan photobooth dan sudah tentu menyediakan risalah, brosur yang menarik dari segi reka bentuk.

Mereka juga menubuhkan Kelab Sahabat Perpustakaan yang memberi peluang kepada pelajar bersama-sama perpustakaan menjalankan aktiviti dan promosi. Pelajar-pelajar praktikal pula membantu pihak perpustakaan dalam beberapa aspek perkhidmatan. Contohnya pelajar praktikal berperanan sebagai pegawai promosi perkhidmatan, bertugas di kaunter dan lain-lain. Promosi dijalankan secara bulanan dan harian.

Pada pandangan awal kami, didapati Perpustakaan UMK mempunyai persekitaran pembelajaran yang menarik dengan bangunan yang baharu serta peralatan yang agak moden. Manakala daripada maklumat kajian kepuasaan pelanggan, pelajar UMK suka ke perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai second home. Ini kerana perkhidmatan yang diberikan dan kemudahan yang agak banyak dan sesuai seperti penggunaan tablet dan komputer, capaian wifi yang laju dan suasana perpustakaan yang sejuk dan menarik.

Di antara koleksi yang diwujudkan di sini ialah Koleksi Terbuka, Koleksi Rujukan, Koleksi Standard @ Piawaian, Koleksi Media, Koleksi Jurnal, Koleksi Kertas Peperiksaan, Koleksi Tesis dan Projek Pelajar, Koleksi Bacaan Ringan, Koleksi Fiksyen, Koleksi Pangkalan Data Online dan Koleksi Pangkalan Data Dalaman.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti Mesin Pemulangan Buku (Book Drop), Mesin Peminjaman Layan Diri, Pusat Kajian Umum, Pusat Sumber Keusahawanan, Pusat Pangkalan Data Online dan ruang membaca. Dari sudut perkhidmatan automasi pula mereka menggunakan platform Virtua untuk sistem perpustakaan. Penggunaan teknologi yang terkini digunakan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan seperti makmal komputer, tablet dan kemudahan wifi yang berkelajuan tinggi.

Apa yang menarik perhatian saya dan mungkin sebagai perkongsian tentang kakitangan perpustakaan mereka kebanyakan dari golongan Generasi Z dan mempunyai semangat dan kefahaman yang tinggi dalam teknologi. Kebanyakan pegawai dan staf sokongan mempunyai kebolehan dalam teknologi maklumat dan multi-tasking dalam kerja.

Di akhir lawatan kami dijamu dengan makanan petang yang enak dan cenderahati oleh pihak perpustakaan serta bergambar dengan Encik Azman Hashim, Ketua Pustakawan dan pegawai-pegawai perpustakaan.

Sesungguhnya kunjungan kedua-dua perpustakaan di Pantai Timur ini selain dapat berkongsi maklumat dan pengalaman, ia membuka minda dan fikiran kakitangan dan pegawai. Ianya juga dapat menjalinkan ukhuwwah antara kakitangan di PTSL dan kakitangan di kedua-dua buah institusi yang dilawati. Selain itu kami juga dapat berkongsi ide dan pengalaman serta membuka ruang kepada kesemua pihak untuk menambah baik perkhidmatan di institusi masing-masing.

KELAB KEBAJIKAN WARGA PERPUSTAKAANKELAB KEBAJIKAN WARGA PERPUSTAKAAN

Mesyuarat Agung KKWP26 Februari 2016

Hari Keluarga Perpustakaan UKM21 Mei 2016

Program Iftar Perpustakaan UKM17 Jun 2016

Biro Dakwah & Kerohanian

Program Khidmat Masyarakat : Akademi Insan Prihatin17 Disember 2016

Lawatan Mantan Kakitangan Perpustakaan Yang UzurLawatan ke Hospital Bagi Kakitangan Perpustakaan Yang Uzur / Tidak Sihat

Biro Ekonomi

Jualan Quran ElektronikJumble Sale (18 Oktober 2016)

Biro Kebajikan & Kemasyarakatan

Biro Sukan & Rekreasi

Perlawanan Badminton15 Oktober 2016

Biro Pendidikan & ICT

Lawatan Sambil Belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (15 Disember 2016)

Kuliah Maulidur Rasul8 Januari 2016Ustaz Abu Dardaa

Kuliah Kitab5 Feb, 22 Apr, 9 Sept & 4 Nov 2016Ustaz Dato’ Nasarudin

Ceramah Israk Mikraj6 Mei 2016Al-Fadhil Hj Mohd Tahir

Ceramah Ramadan 110 Jun 2016Ustaz Noorazman Samsudin

Aktiviti

Ceramah Ramadan 217 Jun 2016Saudara Khalid Jimat

Ceramah Ramadan 324 Jun 2016Ustaz Dr. Abdul Rahman Mahmood

Tahlil Perdana / Bacaan Yassin1 Julai 2016

Ceramah Maal Hijrah14 Oktober 2016Imam Muda Asyraf

Bengkel Intensif Murabbi Haraki(Kaedah Bacaan Al-Quran)11 November 2016Ustaz Hj. Zakaria Nasiruddin

Bacaan Yassin (Peristiwa)Sepanjang tahun

Perarakan Maulidur Rasul19 Disember 2016

Kutipan Mengerjakan Ibadah Korban di Kemboja, Palestine dan Lain-lain Anjuran NGO HALUAN

56 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 57

Page 30: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Berita Kakitangan

Kakitangan Baharu

Nurul Izyani ZailanMohammad Asyraaf Mohammad AyubAdibah AhmadFazzlin ZurajaliIkhmal Ariff Mohamad NasirAzrien Amirah Mohd Asri

1.2.3.4.5.6.

Nama Bahagian/Unit/CabangJawatan

Pembantu Operasi N11Pembantu Tadbir (P/O) N17 (S)Pustakawan S41 (S)Pembantu Perpustakaan S17 (S)Pembantu Operasi N11 (S)Pembantu Tadbir (P/O) N19 (S)

Tarikh Lapor Diri

Unit PerolehanUnit Sistem & Tek MaklumatUnit KatalogUnit Perkhidmatan PelangganUnit Pentadbiran AmPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

4 Januari 20168 Januari 201616 Januari 201610 Februari 201612 Julai 20168 Ogos 2016

Kakitangan Bersara

Rosmarila ShariffMohd Afandi Haji HamzahShaari BarmawiRosli NasirUmi Kalsom ShuibRatna BharumHafsah MohdLela Ruzma Mohd Shaari

1.2.3.4.5.6.7.8.

Nama Bahagian/Unit/CabangJawatan

Pembantu Pustakawan S22 (TBK)Pembantu Operasi N11Pembantu Pustakawan S22Pembantu Penerbitan S22 (KUP)Pembantu Tadbir (P/O) N19Pembantu Pustakawan S22Ketua Pustakawan VU7Pustakawan S52

Tarikh

Unit Asia Tenggara & DokumenUnit Pentadbiran AmPerpustakaan Dr. Abdul LatiffUnit Pentadbiran AmPerpustakaan Dr. Abdul LatiffPerpustakaan Dr. Abdul LatiffPejabat Ketua PustakawanBhg. Pembangunan & Pengurusan Sumber Maklumat

1 Februari 2016 (51 tahun) 1 Februari 2016 (55 tahun)1 Februari 2016 (57 tahun)21 Mac 2016 (55 tahun)1 Julai 2016 (55 tahun)1 Ogos 2016 (55 tahun)2 Oktober 2016 (59 tahun)16 Oktober 2016 (58 tahun)

Kakitangan Berhenti/Meletak Jawatan

Mohd MustakimNor Ilyah Othman

1.2.

Nama Bahagian/Unit/CabangJawatan

Pembantu Pustakawan S17 (S)Pustakawan S41

Tarikh

Unit JurnalUnit Multimedia

15 Januari 201616 Mac 2016

Kenaikan Pangkat

Noraidah SelamatAsmany Aza AhmadMuhamad Helmie ZainudinHamzah JahidManan Abdul RahmanMd. Zakir Abdul AzizMohaini JohariNor Sahabinar AtanMd. Fakhrul Hisham MahamedMohd Zaki OmarMuhammad Farid Zainal AzmanNorafida NordinNor Hidayah HarunRohaya UmarAzmah IshakAnna Kustyana MukandarHarith Faruqi SidekMariati Embong

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.

Nama Bahagian/Unit/CabangJawatan

Pembantu Pustakawan S22Pustakawan S48Pen. Pegawai Tek. Maklumat FA29Pembantu Pustakawan S26Pembantu Pustakawan S26Pembantu Pustakawan S26Pembantu Pustakawan S26Pembantu Pustakawan S26Pembantu Pustakawan S22Pembantu Pustakawan S22Pembantu Pustakawan S22Pembantu Pustakawan S22Pembantu Pustakawan S22Pustakawan S54Pustakawan S52Pustakawan S52Pustakawan S48Pustakawan S48

Tarikh

Unit KatalogUnit Arkib & Koleksi KhasUnit Penyelenggaraan ICTUnit Perkhidmatan PelangganUnit Perkhidmatan PelangganPerpustakaan Lingkungan KeduaUnit MultimediaUnit PerolehanUnit PerolehanPerpustakaan HCTMUnit MultimediaPerpustakaan Dr. Abdul LatiffPerpustakaan Lingkungan KeduaBhg. Peng. Perkhidmatan MaklumatUnit Pendidikan PelangganPerpustakaan Undang-UndangUnit Arkib & Koleksi KhasPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

19 Januari 20165 Februari 20161 Julai 201612 Oktober 201612 Oktober 201612 Oktober 201612 Oktober 201612 Oktober 201612 Oktober 201613 Oktober 201613 Oktober 201613 Oktober 201613 Oktober 201626 Oktober 201631 Oktober 201631 Oktober 20161 November 20161 November 2016

Berita Kakitangan

Kenaikan Pangkat (FX)

Hendon AbdullahSiti Wahida AmanullahNona Zurena MasenwatMariatul Qibtiah IsaMaslia ManshorNor Hamsiah Ahmad HosainiNoor Farhana Mohd Saleh

1.2.3.4.5.6.7.

Nama Bahagian/Unit/CabangJawatan

Pustakawan S44 (FX)Pustakawan S44 (FX)Pustakawan S44 (FX)Pustakawan S44 (FX)Pustakawan S44 (FX)Pustakawan S44 (FX)Pustakawan S44 (FX)

Tarikh

Unit KatalogPerpustakaan ATMAPerpustakaan HCTMUnit PenyelidikanUnit Arab & Tamadun IslamUnit PenyelidikanUnit Pendidikan Pelanggan

17 Februari 2015 (back-dated)17 Februari 2015 (back-dated)17 Februari 2015 (back-dated)27 April 201627 April 201627 April 201618 November 2016

Kenaikan Pangkat (TBK)

Ham Zaid SulaimanMohd Hamka Md. NasirNoreehan Mohamad KassimNur Murni Aznin AzhariNur Iklimiah Mohd Ali HanafiahShahrol Faizal MohamadZulkifli A. BakarDiyana HamdiSurimah Zakaria AffiZaleha HussinMohd Abu Sayuti Mat Yusoff

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.

Nama Bahagian/Unit/CabangJawatan

Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Perpustakaan S22 (TBK)Pembantu Tadbir (Kewangan) W22 (TBK)

Tarikh

Unit Perkhidmatan PelangganUnit KatalogUnit Arab & Tamadun IslamUnit PenyelidikanPerpustakaan ATMAUnit Perkhidmatan PelangganUnit Perkhidmatan PelangganPerpustakaan HCTMPerpustakaan HCTMPerpustakaan HCTMUnit Pentadbiran Am

16 Sept 2015 (back-dated)16 Sept 2015 (back-dated)16 Sept 2015 (back-dated)16 Sept 2015 (back-dated)16 Sept 2015 (back-dated)16 Sept 2015 (back-dated)16 Sept 2015 (back-dated)15 Nov 2015 (back-dated)15 Nov 2015 (back-dated)15 Nov 2015 (back-dated)2 Mei 2016

Perkahwinan

Mohd Zohdi HarunUnit Pentadbiran & Kualiti

Faiz Syafiq Mohd AliUnit Jurnal & Unit Penjanaan Kewangan

Nurfashihah YahyaPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

Mohd Al-Hapiz Ab HalimPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

Wan Nur Afifah Wan YahyaPerpustakaan HCTM

Mohammad Zarrief Syafeeq ZainalPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana...Seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api

yang menjadikannya abu,Aku ingin mencintaimu dengan sederhana...

Seperti isyarat yang tak sempat dikirimkankepada hujan yang menjadikannya tiada...

(Khalil Gibran)

58 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 59

Page 31: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Berita Kakitangan Berita Kakitangan

Rohaya UmarRosnah YusofRashidah HassanAsmany Aza AhmadAthirah OmarFaiz Syafiq Mohd Ali

Hamidah ErmanHarith Faruqi Sidek

Hazmir Haji Zainal

Mazni Md. YusofMd. Hafiz Ahmad Zulkifli

Muhammad Hazriq GhazaliNoraashikin Mohd YusopRashidah HassanRohana MahmoodRosmarlidaini Mah HasanRosnah Suliman

Rusiah Husin

Ruzita KamisShamsudin Ibrahim

Wan Suhaimi Ariffin

Farah Eiza Abu HadinHam Zaid SulaimanMohd Hamka Md. NasirMuhammad Farid Zainal Noor Atika AbasNoraidah SelamatNordin OmarNorhaida Mohd NasirNur Iklimiah Mohd HanafiahRadiyana Abd. RahmanSa’diah SanadShahrol Faizal MohamadSiti Zarenah JasinMokhtar AmanRohaya Umar

Anna Kustyana Mukandar

Azmah IshakHarith Faruqi Sidek

Mariati EmbongNik Salimah Nik AbdullahRohalia Mohd RohaniShahruddin ShafriAdibah AhmadHamzah JahidMohaini JohariMd. Fakhrul Hisham Mohd Nor YusopMohd Zaki OmarEmildayuslinda KamaluddinMohamad Firdaus AhmadNurfashihah YahyaAzreen Abu HadinHazlinah Ramlee

1.2.3.4.5.6.

7.8.

9.

10.11.

12.13.14.15.16.17.

18.

19.20.

21.

22.23.24.25.26.27.28.29.30.31.32.33.34.35.36.

37.

38.39.

40.41.42.43.44.45.46.47.48.49.50.51.52.53.54.

Nama Jawatan

Pustakawan S52Pustakawan S52Eksekutif N44Pustakawan S44Pustakawan S41Pustakawan S41

Pustakawan S48Pustakawan S44

Pustakawan S48

Pustakawan S44Pustakawan S44

Pustakawan S41Pustakawan S44Eksekutif N44Pustakawan S44Pustakawan S44Pustakawan S54

Pustakawan S41

Pustakawan S44Pustakawan S48

Pustakawan S52

Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S22Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S17Pen. Peg. Perpust. S27Pem. Perpustakaan S17Pem. Perpustakaan S17Pen. Jurutera JA29Pustakawan S54

Pustakawan S52

Pustakawan S52Pustakawan S48

Pustakawan S48Pustakawan S44Pustakawan S44Pustakawan S44Pustakawan S41Pem. Pustakawan S26Pem. Pustakawan S26Pem. Pustakawan S26Pem. Pustakawan S26Pem. Pustakawan S22Pem. Pustakawan S19Pem. Pustakawan S19Pem. Pustakawan S19Pem. Tadbir (P/O) N19Pem. Tadbir (P/O) N19

Perpustakaan Dr. Abdul LatiffBhg. Pengurusan PerkhidmatanKolej Pendeta Za’baUnit Koleksi Arkib & KhasUnit KatalogPerpustakaan ATMA

Unit PerolehanPerpustakaan Praklinikal

Unit Sistem & Tek. Maklumat

Unit Perkhidmatan PenyelidikanUnit Sistem & Tek. Maklumat

Unit PerolehanUnit PerolehanUnit Pentadbiran & KualitiUnit Koleksi MediaUnit Pentadbiran & KualitiBhg. Pengurusan Pembangunan SumberUnit Koleksi Arkib & Khas

Unit Pengurusan Jurnal & JilidanUnit Pengurusan Jurnal & Jilidan

Perpustakaan HCTM

Unit Perkhidmatan PelangganPerpustakaan ATMAUnit Asia Tenggara & DokumenUnit Sistem & Tek. MaklumatUnit KatalogUnit Koleksi MediaUnit Koleksi MediaUnit JurnalUnit Koleksi MediaUnit PenyelidikanPerpustakaan Undang-UndangUnit Perkhidmatan PelangganUnit Koleksi Arkib & KhasUnit Koleksi MediaBhg. Pengurusan Perkhidmatan MaklumatPerpustakaan Undang-Undang

Unit Pendidikan PelangganUnit Arkib & Koleksi Khas

Perpustakaan Dr. Abdul LatiffUnit Arab & Tamadun IslamUnit Arkib & Koleksi KhasUnit Perkhidmatan PelangganUnit KatalogUnit Perkhidmatan PelangganUnit MultimediaUnit PerolehanPerpustakaan ATMAPerpustakaan HCTMUnit Arab & Tamadun IslamUnit Asia Tenggara & DokumenPerpustakaan Dr. Abdul LatiffUnit PerolehanUnit Pendidikan Pelanggan

2 Jan 20162 Jan 20161 Mac 20161 April 20161 April 20161 April 2016

1 April 20161 April 2016

1 April 2016

1 April 20161 April 2016

1 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 2016

1 April 2016

1 April 20161 April 2016

1 April 2016

1 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 April 20161 Ogos 20161 Dis 2016

1 Dis 2016

1 Dis 20161 Dis 2016

1 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 20161 Dis 2016

Dari TarikhKe

Bhg. Pengurusan PerkhidmatanPerpustakaan Dr. Abdul LatiffUnit Pentadbiran & KualitiUnit PerolehanUnit PerolehanUnit Jurnal & Unit Penjanaan KewanganPerpustakaan ATMAUnit Arkib & Unit Komunikasi KorporatBhg. Tek. Maklumat & Prasarana Ilmu dan Unit Risiko, KKPUnit MultimediaUnit Peng. Sis. & Perkhid. Web dan Unit Penyelenggaraan ICT & MultimediaUnit MultimediaPerpustakaan ATMAUnit Pentadbiran AmUnit PengindeksanUnit Kualiti & Perancangan StrategikBhg. Pentadbiran & Perancangan

Unit Koleksi Arkib & Unit Komunikasi KorporatUnit Pemeliharaan & PendigitanUnit Jurnal & Unit Penjanaan KewanganPerpustakaan HCTM & Perpustakaan PraklinikalUnit PenyelidikanUnit Perkhidmatan PelangganUnit KatalogUnit MultimediaUnit Penjanaan KewanganUnit KatalogPerpustakaan Undang-UndangUnit PengindeksanPerpustakaan ATMAUnit Perkhidmatan PelangganUnit PengindeksanUnit Asia Tenggara & DokumenUnit PengindeksanUnit Perkhidmatan PelangganBhg. Pentadbiran Perpustakaan CabangBhg. Pengurusan & Pembangunan Sumber MaklumatBhg. Pengurusan Perkhidmatan Mak.Unit Perkhidmatan Pelanggan & Unit Komunikasi KorporatPerpustakaan Undang-UndangUnit Pendidikan PelangganKetua Unit Arkib & Koleksi KhasUnit Arab & Tamadun IslamPerpustakaan Dr. Abdul LatiffPerpustakaan ATMAUnit Asia Tenggara & DokumenUnit Arab & Tamadun IslamUnit Perkhidmatan PelangganPerpustakaan PraklinikalUnit PerolehanUnit MultimediaUnit JurnalUnit Pendidikan PelangganUnit Perolehan

Pertukaran Tempat Bertugas Kelahiran

Muhamad Ariffin Abdul RahmanUnit Pemeliharaan & Pendigitan

Anak Kedua

Noor Marina YusofPerpustakaan ATMA

Anak Ketiga Mariatul Qibtiah IsaUnit Penyelidikan

Anak Ketiga

Mohd Faliq Mohd RathiUnit Sistem & Teknologi Maklumat

Anak Ketiga Nor Hamsiah Ahmad HosainiUnit Penyelidikan

Anak Pertama

Norafida NordinPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

Anak Ketiga Zabariah HarunUnit Katalog

Anak Pertama

Ahsraf Azrul Ahmed KamelUnit Jurnal

Anak Kedua Rabiatul Adawiyah RoslinUnit Arkib & Koleksi Khas

Anak Pertama

Mohd Hanif ZainalUnit Pemeliharaan & Pendigitan

Anak Ketiga Asmida OmarPerpustakaan ATMA

Anak Kedua

Mohd Adnan BaharomPerpustakaan Undang-Undang

Anak Ketiga

Norashikin MohamadUnit Arab & Tamadun Islam

Anak Ketiga

Ahmad Afifi IshakUnit Pendidikan Pelanggan

Anak Ketiga

Mohd Nazwan Abd KadirPerpustakaan ATMA

Anak Kedua

Amirudin Shah Abdul RahmanPerpustakaan Undang-Undang

Anak Ketiga

Kematian Ahli Keluarga

Mustaffa Kamal Abu BakarUnit Perkhidmatan Pelanggan

Bonda

Rosmawati ZainalUnit Jurnal & Unit Penjanaan Kewangan

Ayahanda

Nurbaiti JohanUnit Katalog

Bonda

Siti Robiah Tul Adawiah Abdul RahmanUnit Pentadbiran & Kualiti

Ayahanda

Azizul KhalidUnit Asia Tenggara & Dokumen

Ayahanda

Mariati EmbongPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

Ayahanda

Noraini Mat AliPerpustakaan HCTM

Ayahanda

Kita tak selamanya bertahanDalam arus usia yang

berpanjanganBagai ombak menggeser daratan

Sekali tahun bertambahSekali wajah berubah.

Tetapi apa ditakutkanPada malam ada bintang

Pada siang ada suriaKita akan sampai ke situ

Ada ukuran bagi segala sesuatuBagi waktu yang pasti

Sesudah doaSebelum mati

AminYa Rabbulalamin.

(Mati, Baha Zain)

60 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 61

Page 32: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

Pak Kia bersama beberapa penduduk lain yang pada mulanya tidak bersetuju untuk menjualkan tanah akhirnya terpaksa akur juga. Ini disebabkan pemilik tanah yang berada di sekelilingnya telah berbuat sedemikian. Zaidi yang merupakan seorang yang berpengaruh di Ketari juga tidak dapat menghalang niat Inggeris di bawah Tuan Pekok untuk membuka lombong bijih di Ketari. Maka berakhirlah zaman ketuanan Melayu di kampung Ketari.

Pak Kia telah membuka tanah baru di Janda Baik bersama beberapa orang penduduk yang lain. Ada juga yang berpindah ke Beruas. Penempatan baru ini amat jauh sekali, ia terletak jauh di dalam hutan dan kedudukannya di atas bukit serta tidak mempunyai apa-apa kemudahan, untuk sampai ke kawasan penempatan baru itu, mereka terpaksa mengambil masa hampir separuh hari berjalan kaki. Untuk berhubung dengan dunia luar mereka terpaksa pula menuruni bukit yang berbatu dan berlurah yang dalam itu semula.

Karim anak Pak Kia terpaksa berhenti dari persekolahanya semata-mata kerana mengikut Pak Kia berpindah jauh ke dalam hutan di Janda Baik. Di Janda Baik Pak Kia berusaha membuka tanah baru untuk tujuan berhuma. Walaupun kerajaan Inggeris telah memperkenalkan penanaman pokok getah, namum begitu ia tidak menarik perhatian Pak Kia yang bagi dirinya telah sebati dengan sawah padi. Pada pandangan Zaidi adalah lebih baik Pak Kia membuka tanah untuk berladang menggantikan padi huma, akan tetapi Pak Kia mempunyai prinsip hidupnya sendiri mengenai padi. Baginya “menanam padi itu berbudi dan menanam getah itu melatah” sebab harganya nanti ada masanya naik dan ada ketikanya turun. Penolakan isu menanam pokok getah ini telah menjadikan kehidupan Pak Kia sama dengan keadaannya ketika berada di Ketari dahulu, walaupun Zaidi adiknya cuba untuk mengajak abangnya bertukar haluan dari seorang pesawah kepada penoreh getah namun Pak Kia tetap dengan pendiriannya. Walaupun pada dasarnya Zaidi tidak setuju Inggeris membuka lombong bijih di Ketari kerana ia melibatkan tanah orang kampung, akan tetapi pembaharuan dari sudut ekonomi, terutamanya penanaman getah boleh membaiki taraf kehidupan orang kampung, sudut pandangan yang berbeza inilah yang menyebabkan abangnya kini tinggal jauh di dalam hutan di Janda Baik.

Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan penderitaan akhirnya tanah yang diusahakan selama hampir tiga tahun oleh Pak Kia dan orang–orang kampung berjaya mengeluarkan hasil. Walaupun tanah Janda Baik subur dan dapat mengeluarkan hasil yang banyak akan tetapi penduduk di situ mempunyai masalah pemasaran, terutama pengangkutan. Untuk mengangkut hasil tanaman dari Janda Baik mereka terpaksa memikul barangan tersebut jauh menuruni bukit untuk menuju jalanraya. Akibatnya tidak banyak hasil yang boleh dibawa dengan kudrat manusia. Dengan inisiatif Zaidi dan bantuan Karim serta Salim anak kepada salah seorang penghuni di Janda Baik, maka akhirnya segala hasil pertanian dari Janda Baik dapat dipasarkan dan Zaidi yang menjadi peraihnya.

Ulasan Novel

Penulis juga memberi gambaran kepada pembaca bahawa pemikiran ibubapa pada zaman dahulu yang terlalu kolot. Mereka kurang memberi perhatian tentang masalah pelajaran anak-anak. Bagi mereka anak-anak mestilah mewarisi kebun atau ladang kepunyaan orang tua mereka. Justeru itu anak-anak seharusnya pandai menggunakan kudrat mereka dan bukannya menggunakan akal fikiran dalam mengharungi kehidupannya. Dengan lain perkataan anak petani mestilah jadi petani juga dan anak pekebun hidupnya mesti berkebun.

Pembukaan lombong bijih di atas tanah orang kampung di Ketari telah membawa masuk ramai orang-orang Cina dari luar. Sebelum ini kawasan Kuala Lumpur dan Bentong sahaja yang menjadi tumpuan orang Cina, kini setelah Ketari dapat dibeli oleh syarikat perlombongan, menyebabkan ramai orang Cina berhijrah ke situ. Pada akhirnya dengan menggunakan wang dan modal yang sedia ada masyarakat Cina didapati dengan mudahnya bermaustatin di sekitar Ketari. Bagi penduduk asal di Ketari, mereka yang telah kehilangan pekerjaan seperti bersawah padi ada juga yang memohon untuk bekerja di lombong bijih yang baru dibina itu. Kalau dahulu mereka mengusahakan tanah mereka sendiri kini suasana telah berubah, mereka berkuli di tanah yang pada suatu ketika dahulu milik mereka.

Fenomena Melayu kehilangan tanah dan pekerjaan bukanlah satu perkara yang baharu. Walau bagaimanapun permasalahan yang cuba diterangkan melalui novel ini ialah bagaimana perkara itu boleh berlaku? Sejarah telah membuktikan bahawa penglibatan orang Melayu sebagai pengkhianat bangsa telah banyak terjadi pada masa ini. Kegiatan tersebut jika berterusan akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri.

Gambaran watak Pendekar Atan yang dikatakan sebagai salah seorang tali barut Inggeris, yang bertugas sebagai penghasut kepada penduduk di sekitar Ketari agar menjualkan tanah mereka, sebenarnya adalah sebahagian daripada hasrat penulis untuk menyatakan kepada khalayak pembaca bahawa di dalam dunia ini sememangnya terdapat sekumpulan orang atau individu yang bergiat cergas untuk menjadi agen perosak kepada bangsa dan agama. Mereka beranggapan bahawa duit adalah segala-galanya, jika ada pihak yang menawarkan ganjaran yang lumayan golongan ini tidak akan teragak-agak menjalankan kegiatannya walaupun masyarakat menganggap perbuatan itu terkutuk dan keji. Bagi mereka biarlah bangsanya mundur dan tanah airnya tergadai asalkan hidupnya pada ketika itu senang. Selalunya yang suka menjadi agen atau tali barut ini adalah mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kurang bertanggungjawab. Ini jelas sekali digambarkan melalui watak Pendekar Atan sebagai seorang yang berasal dari luar Ketari, bekerja dengan seorang tauke Cina dari Kuala Lumpur dan mendapat pekerjaan tersebut disebabkan oleh satu insiden yang tidak disengajakan.

Selain daripada masalah yang dikaitkan dengan adanya musuh dalam selimut yang boleh menghancurkan bangsa, melalui novel Rimba Harapan ini, penulis juga cuba menyingkap sikap dan pandangan masyarakat desa sendiri yang masih mempunyai fahaman yang sempit tentang pembangunan. Gambaran orang Melayu yang mudah berpuas hati dan selesa dengan pencapaian yang ada sememangnya telah menjadi perkara lumrah. Pak Kia walaupun mempunyai seorang adik iaitu Zaidi yang dianggap berjaya, tidak pernah mahu mengambil iktibar di atas kejayaan adiknya itu.

Pak Kia bersama beberapa penduduk lain yang pada mulanya tidak bersetuju untuk menjualkan tanah akhirnya terpaksa akur juga. Ini disebabkan pemilik tanah yang berada di sekelilingnya telah berbuat sedemikian. Zaidi yang merupakan seorang yang berpengaruh di Ketari juga tidak dapat menghalang niat Inggeris di bawah Tuan Pekok untuk membuka lombong bijih di Ketari. Maka berakhirlah zaman ketuanan Melayu di kampung Ketari.

Pak Kia telah membuka tanah baru di Janda Baik bersama beberapa orang penduduk yang lain. Ada juga yang berpindah ke Beruas.

Ulasan Novel

di Ketari juga tidak dapat menghalang niat Inggeris di bawah Tuan Pekok untuk membuka lombong bijih

Rimba Harapan: Siri Akhir

Ahmad Farid AbdullahUnit Perkhidmatan Penyelidikan, PTSL

[email protected]

Menyingkap kembali hasil penulisan novel ini, pengarang sebenarnya cuba untuk mengajak para pembaca merenungi pahit getir sejarah hidup orang Melayu pada zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu. Walaupun hanya kawasan Janda Baik dan beberapa kawasan lain di Daerah Bentong yang dijadikan skop penulisan beliau, akan tetapi sebenarnya Keris Mas cuba merealisasikan keadaan atau fenomena sebenar orang Melayu di seluruh tanah air pada waktu itu.

Penjajah Inggeris menjalankan dasar memperluaskan industri penanaman getah dan pembukaan lombong bijih timah secara besar-besaran terutamanya selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Inggeris memperhebatkan industrinya yang memerlukan penggunaan getah asli. Tanah Melayu yang subur ini telah dijadikan estet-estet Inggeris untuk tujuan tersebut. Malangnya tanah milik orang Melayu telah menjadi korban. Penduduk Melayu yang tidak menyertai industri tersebut telah berpindah meninggalkan kampung halaman mereka yang telah menjadi estet getah. Yang akhirnya membuka penempatan baru jauh ke dalam hutan dan jauh dari pembangunan. Tanah halaman mereka telah didiami oleh orang India yang bekerja di estet-estet kepunyaan orang Inggeris. Kemunduran masyarakat Melayu di kampung-kampunglah yang sebenarnya cuba diketengahkan oleh penulis melalui novel Rimba Harapan.

Ketidak sanggupan orang Melayu untuk sama-sama membangun dan bersaing dalam bidang ekonomi (seperti menngusahakan getah) telah menjadikan Melayu itu sendiri terpinggir berbanding bangsa asing yang pada mulanya merupakan pendatang yang dibawa masuk oleh Inggeris, kini telah mengatasi orang Melayu dalam banyak bidang. Yang jauh lebih penting lagi ialah kemasukan imigran ke Tanah Melayu telah menyebabkan ketuanan Melayu itu sendiri pupus dengan tipu daya Inggeris melalui dasar pecah dan perintahnya. Inilah yang terjadi kepada masyarakat di Ketari. Pembelian tanah sawah kepunyaan orang kampung di Ketari telah menyebabkan ramai anak Melayu pada masa itu tidak dapat meneruskan persekolahan mereka, walaupun mereka bukanlah terdiri daripada golongan yang kurang cerdik akan tetapi penghijrahan keluarga pergi jauh meninggalkan kampung halaman dan membuka penempatan baharu yang belum mempunyai kemudahan asas sedikit sebanyak menyumbang ke arah Melayu yang tidak mempunyai pendidikan.

Zaidi digambarkan sebagai seorang yang kuat berusaha untuk tidak ketinggalan di dalam mengejar arus pembangunan, namun pembangunan yang bakal dicapai itu tidak seharusnya mengorbankan semangat patriotik dan nilai murni bangsa dan agama. Atas dasar semangat dan kesedaran terhadap bangsa itulah yang menjadikan Zaidi disegani oleh kebanyakan penduduk di sekitar Ketari. Sememangnya pada zaman pemerintahan Inggeris dahulu tidak ramai golongan muda yang mempunyai pandangan yang jauh terhadap bangsa dan tanah airnya. Melalui novel ini penulis telah berusaha untuk melakarkan watak Cikgu Nasir dan Cikgu Ibrahim sebagai pencetus idea ke arah pembangunan dan kesedaran terhadap golongan muda. Idea daripada dua orang tokoh guru inilah sebenarnya yang banyak mempengaruhi golongan muda seperti Zaidi.

Sikap kebanyakan orang Melayu yang sentiasa suka membuang masa di kedai kopi dan berjudi juga telah dipaparkan oleh penulis melalui novel ini. Kebanyakan masyarakat Melayu mudah lupa daratan apabila mendapat sedikit keuntungan. Contohnya, wang hasil dari jualan tanah penduduk Ketari kebanyakannya habis digunakan untuk bermewah-mewah. Sedangkan mereka tidak lagi mempunyai pekerjaan dan tanah untuk diusahakan. Sikap leka dan suka berfoya-foya ini sebenarnya merugikan bangsa itu sendiri. Kesungguhan untuk merencanakan sesuatu itu sebenarnya adalah kewajiban kepada setiap individu. Berusaha dengan bersungguh-sungguh akan menghasilkan sesuatu yang diluar dugaan. Pengorbanan adalah punca kejayaan, maka atas dasar tersebutlah maka diakhir penulisan novel ini telah membuktikan bahawa Pak Kia yang pada mulanya tidak mengikuti arus pembangunan berjaya juga membina penghidupan baru. Inilah bukti kesungguhan, berusaha pasti akan berjaya dan di sinilah terletak nilai moral dalam naskhah ini.

Karya ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur kerana ceritanya istimewa dengan nilai yang tersurat. Generasi zaman kini yang kebanyakannya tidak pernah mengalami tekanan hidup di zaman penjajah kolonial Inggeris, wajar membaca novel ini yang menerapkan banyak nilai dan untaian mutiara fikiran yang elok untuk dijadikan renungan dan bahan pemikiran. Rimba Harapan buah tangan Sasterawan Negara Keris Mas ini boleh membantu generasi masa kini untuk memahami penderitaan dan kegelisahan hidup masyarakat Melayu zaman kolonial.

Kesimpulannya, membaca dan memahami isi kandungan hasil novel penulis dari angkatan lama ini, bukanlah sekadar menyingkap sebuah kisah tentang zaman silam yang tentunya telah lama berlalu. Tetapi ia banyak mendedahkan corak pemikiran dan falsafah hidup rakyat biasa yang mudah malah terus-menerus mewarnai pemikiran bangsa Melayu hingga ke hari ini. Sikap bermalas-malasan dan menjadi tali barut musuh bukan sahaja merugikan bangsa dan agama malah jauh dari itu, ia dianggap sebagai perbuatan yang keji. Menerima perubahan tanpa mengorbankan nilai murni bangsa dan agama adalah sikap yang terpuji. Akhir sekali, naskhah novel Rimba Harapan ini boleh anda dapati di Koleksi Am, Koleksi Asia Tenggara dan Unit Multimedia dalam bentuk microfis, di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Selamat membaca!

62 • Inspirasi Berita Perpustakaan UKM • 63

Page 33: BERITA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN · PDF fileKIK Perpustakaan Terus Unggul di Persada ... pemilihan perabot, ruang yang ... Borang soal selidik telah dibangunkan bagi tujuan

danaENDOWMENPerpustakaan UKMENDOWMENPerpustakaan UKM

Pelancaran: 10 Julai 2003

oleh : Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd.

Rashdan bin Hj. Baba, Pengerusi Lembaga

Pengarah UKM

Dana Endowmen

Perpustakaan UKM adalah tabung wakaf

yang dibuka bertujuan untuk penjanaan bagi menampung

perbelanjaan perpustakaan.

Mewujudkan mekanisma untuk memastikan sumber kewangan yang stabil, konsisten dan berterusan bagi jangka masa panjang untuk memperoleh sumber-sumber ilmu dalam usaha memajukan pembelajaran dan penyelidikan universiti.

Menampung belanja mengurus bagi perolehan sumber ilmu dan peningkatan sistem perpustakaan berkomputer.

Sebagai sumber kewangan untuk memperoleh koleksi kepakaran/khas yang ditawar oleh individu atau pihak tertentu.

Perolehan kemudahan dan peralatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan persekitaran perpustakaan.

OBJEKTIF

Sumbangan Anda Nadi Kecemerlangan Universiti

Maklumat lanjut, sila hubungi:Encik Shamsudin IbrahimUnit Penjanaan Kewangan, [email protected] 4058 / 03-8921 5023Layari web Dana Endowmen Perpustakaan

http://www.ukm.my/dep/ms/utama/

MENGAPA PERLU MENYUMBANG?Sikap pemurah dan dermawan anda membolehkan pelanggan perpustakaan terus cemerlang dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan melalui sumber rujukan yang relevan, kemudahan serta persekitaran ilmu yang kondusif.

64 • Inspirasi