berita kemalangan.docx

4
MAT REMPIT MAUT SEMASA TUNJUK AKSI DI JALAN RAYA Georgetown, 2 Ogos 2013 - Seorang daripada sekumpulan mat rempityang menunjukkan aksi lagak ngeri berbahaya akhirnya mati selepas cedera teruk di kepala dan apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah belakang kereta. Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta. Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku. (Gambar mayat remaja maut akibat kemalangan) Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu. “Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri. Harian Metro Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Upload: jejakaidaman

Post on 23-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA KEMALANGAN.docx

MAT REMPIT MAUT SEMASA TUNJUK AKSI DI JALAN RAYA

Georgetown, 2 Ogos 2013 - Seorang daripada sekumpulan mat rempityang menunjukkan aksi lagak ngeri berbahaya akhirnya mati selepas cedera teruk di kepala dan apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah belakang kereta. Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada

mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta.

Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku. (Gambar mayat remaja maut akibat kemalangan) Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu. “Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri.

– Harian Metro

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Page 2: BERITA KEMALANGAN.docx

Pegawai Trafik Maut Ketika Kejar Mat Rempit

Kuala Lumpur, 30 September 2010 - Cawangan Trafik Kuala Lumpur kehilangan seorang pegawainya yang amat dedikasi di dalam tugas – dengan misi utamanya – menghapuskan gejala rempit di ibu negara.

Jika anda selalu melihat di kaca TV atau akhbar, operasi demi operasi bagi membanteras gejala rempit di ibu negara, maka pegawai inilah yang bertanggungjawab mempertaruhkan nyawanya sendiri.

Akhirnya, Cif Insp. Khairul Zaini Mohd Zain, 32 tahun, pergi buat selama-lamanya – ketika dia sedang mengadakan operasi membanteras rempit di Sentul, Kuala Lumpur.Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam.Cif Insp Khairul bersama kira-kira 10 anggotanya melakukan rondaan dan operasi mencegah rempit di sekitar Sentul.

Difahamkan, pegawai ini ketika melakukan rondaan dengan berpakaian preman dan bermotosikal, terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang laju dan melakukan aksi merbahaya lalu bertindak mengejarnya.

Bagaimanapun, malang baginya, apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita, tiba-tiba keluar dari satu persimpangan.Akibatnya, motosikalnya merempuh sisi kanan pintu bahagian penumpang belakang kereta , menyebabkan dia tercampak beberapa meter.

Akibat kecederaan parah, mangsa maut di tempat kejadian. Manakala lelaki terbabit berjaya memboloskan dirinya.

Pemandu wanita yang ketakutan, “melarikan” diri dan terus ke balai polis bagi membuat laporan. Ketika saya sampai di lokasi, ramai rakan setugas mangsa sampai dan ramai dari mereka tidak dapat menahan sedih dan menangis di sisi mayatnya.Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Osman.

Menurut Datuk Sabtu, PDRM kehilangan seorang pegawai polis yang amat berdedikasi dan komited di dalam tugasnya.

Beliau yang begitu sedih dengan kejadian itu, kesal kerana gejala rempit yang begitu ketara di ibunegara, akhirnya mengorbankan nyawa anggotanya.Untuk rekod, arwah Cif Insp Khairul telah dua tahun bertugas dalam Unit Kuasakuasa Khas Trafik KL, dan mengetuai ratusan operasi membabitkan rempit sekitar ibunegara terutama kawasan sekitar Dataran Merdeka di malam minggu.

Berbagai dugaan diterimanya dan anggotanya ketika berdepan dengan golongan rempit malah mungkin ramai mat dan minah rempit mengenalinya terutama yang pernah ditahannya ketika operasi.

Page 3: BERITA KEMALANGAN.docx

Sebelum ini, arwah bertugas sebagai pegawai penyiasat kemalangan di Trafik KL.Telah berkhidmat dengan PDRM kira-kira 10 tahun, arwah meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

Lumba Haram Punca 8 Motor Kemalangan Sekaligus 

14 September 2014 - Lumba Haram Punca 8 Motor Kemalangan Sekaligus | Tiga remaja maut manakala dua lagi rakan mereka cedera apabila berlanggar sesama sendiri ketika berlumba motosikal di KM20.4 Lebuhraya Guthrie menghala ke Shah Alam awal pagi tadi.

Mereka yang maut dikenali sebagai Muhamad Hafiz Erman, 18, Amir Afif Mohamad Nizam, 18, dan Muhamad Shafie Sudar, 16.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang, berkata dalam kejadian 1 pagi itu, kumpulan remaja berkenaan dikatakan menunggang dengan laju dan motosikal mereka tiada nombor plat.

"Berdasarkan saksi, tiga remaja berkenaan berlanggar sesama sendiri sebelum berlanggar pula dengan sebuah kenderaan SUV.

3 Maut 2 Parah Kemalangan Babitkan 8 Motor & 3 Kereta di Guthrie.

"Akibat perlanggaran itu, dua daripada mangsa tercampak di tepi jalan dan mati serta merta, manakala seorang lagi tercampak ke bawah jambatan dan meninggal dunia pada jam 3 pagi di Hospital Sungai Buloh," katanya.

Junaidi berkata, akibat kejadian itu, dua lagi rakan mereka yang mengekori dari belakang telah berlanggar motosikal rakan-rakan mereka itu dan cedera parah.

Page 4: BERITA KEMALANGAN.docx

Beliau berkata, wanita yang memandu kenderaan SUV itu yang berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.