berita jmm jmm jld 25 bil 2 (mei-ogos 2018).pdf · majlis perasmian sambutan hari muzium...

32
Berita JMM Newsletter of the Department of Museums Malaysia BERITA JMM JILID 25/BIL.2 MEI - OGOS 2018 ISSN 2231 - 8321 Menarik di dalam: • Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018 • Pameran Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terbenam • Program Living Museum Day 2018

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

Berita JMMN e w s l e t t e r o f t h e D e p a r t m e n t o f M u s e u m s M a l a y s i a

BERITA JMM JILID 25/BIL.2 MEI - OGOS 2018 ISSN 2231 - 8321

Menarik di dalam: • Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018 • Pameran Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terbenam • Program Living Museum Day 2018

Page 2: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

EDITORIAL

PENASIHATDatuk Kamarul Baharin bin A.Kasim

KETUA EDITORMohd Azmi bin Mohd Yusof

EDITORAzmi bin IsmailEsa bin HaronSamsol bin Sahar

PENYELARASNor Hasni binti Che HassanMohd Hazilas bin Mat Hashim

FOTOGRAFIUnit Sumber Media

EDARANUnit Perpustakaan

DITERBITKAN OLEHJabatan Muzium MalaysiaJalan Damansara50566 Kuala LumpurTel : (+603) 2267 1000, (+603) 2282 6255Faks: (+603) 2282 6434http://www.jmm.gov.my

DICETAK OLEHSepantas Kurnia (M) Sdn Bhd

Berita JMM diterbitkan 4 bulan sekali. Buletin iniboleh dimuat turun daripada laman web JMM.

RASIONAL GAMBAR MUKA DEPANMajlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka.

Berita JMMN e w s l e t t e r o f t h e D e p a r t m e n t o f M u s e u m s M a l a y s i a

BERITA JMM JILID 25/BIL.2 MEI - OGOS 2018 ISSN 2231 - 8321

Menarik di dalam: • Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018 • Pameran Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terbenam • Program Living Museum Day 2018

Assalamualaikum W.B.T.

Lidah Pengarang

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah merubah persekitaran sehingga menyaksikan kemunculan

fenomena revolusi perindustrian 4.0 dan new media yang mencabar konvensi dan kebiasaan. Terdapat empat (4) perkara yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi digital ini iaitu memenuhi ekspektasi pelanggan yang semakin tinggi, mencabar dan berubah-ubah; keupayaan memberi nilai tambah kepada produk yang dihasilkan; melaksanakan inovasi secara kolaborasi inklusif dengan pelanggan, stakeholder, rakan usahasama, sektor akademik dan penyelidik; dan kepimpinan organisasi yang anjal dengan mewujudkan struktur dan budaya kerja terbaik untuk menangani persekitaran pasaran dan model perniagaan baharu yang dibawa oleh perkembangan ekonomi digital.

Penelitian terhadap perspektif “big picture” ini telahpun diterjemahkan melalui penganjuran sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang diadakan di Melaka pada 21 hingga 28 Julai 2018 dengan tema “Jaringan Muzium: Pendekatan Baru, Sasaran Baru”, atau “Hyperconnected Museum: New Approaches, New Publics”. Warga muzium harus lebih bijak mengambil peluang dari momentum era globalisasi dan ledakan maklumat yang melanda dunia masa kini serta internet harus menjadi medium dalam mendekatkan institusi permuziuman kepada masyarakat.

Justeru, adalah menjadi harapan saya supaya semua warga muzium dapat sama-sama menggalas amanah dan tanggungjawab bersepadu supaya muzium akan terus maju dan relevan di hati masyarakat majmuk khususnya negara Malaysia tercinta yang kaya dengan pensejarahannya.Sekian.

“Muzium Kita Tamadun Kita”

Mohd Azmi bin Mohd YusofTimbalan Ketua Pengarah (Permuziuman)Jabatan Muzium Malaysia

Page 3: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

JILID 25 / BIL.2 MEI - OGOS 2018Kandungan

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018

Seminar Hari Muzium Antarabangsa 2018

Pameran Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terbenam

Lawatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Ke Muzium Kota Kuala Kedah

Pameran Sajian Masakan Tradisional

Program Living Museum Day 2018

Taksidermi ular berbisa

Album JMM

Bicara @ Muzium : Pengalaman Dan Cabaran Mengurus Koleksi Serangga

BICARA @ MUZIUM : “Pusat-Pusat Pemerintahan Kesultanan Kedah dan Statusnya pada Masa Kini”

Jelajah Sejarah @Muzium Matang

Semarak @ Muzium “Muzium Kita Tamadun Kita”

Program “Ceria Muzium”

Program “Kenangan Raya”

Program Karnival Kurikulum Sains Dan Teknologi 2018

Kumpulan Muzik Erofon

Kerja Artikulasi Tulang Ular Katam Tebu (Malayan Krait, Bungarus Candidus)

Program Kempen Derma Darah : Anjuran Waris, Jabatan Muzium Malaysia Dan Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia

Zumba Puspanita 2018

04

07

08

09

10

12

14

16

18

19

20

21

22

23

24

25

27

30

31

04

09

12

25

21

Page 4: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

4 BERITA JMM

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dari 21 hingga 28 Julai 2018 dan Negeri

Melaka telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan kali ke 22 dengan tema “Jaringan Muzium: Pendekatan Baru, Sasaran Baru”, atau “Hyperconnected Museum: New Approaches, New Publics”. “Hyperconnected” bermaksud merekabentuk pelbagai cara komunikasi seperti penggunaan media dan teknologi yang terkini serta pendekatan yang kreatif. Warga muzium perlu bijak mengambil peluang dari momentum era globalisasi dan ledakan maklumat yang melanda dunia masa kini dalam menjadikan internet sebagai medium mendekatkan institusi permuziuman kepada masyarakat. Persidangan International Council of Museum (ICOM) pada tahun 1977 telah memilih dan menetapkan 18 Mei setiap tahun sebagai Hari Muzium Antarabangsa dan sambutan seumpama ini merupakan satu hari yang memberi pengertian besar kepada institusi permuziuman dalam usaha menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium. Lantaran itu, pada 23 Julai 2018, Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta turut hadir bersama ialah Ketua Menteri Melaka YAB Tuan Hj. Adly bin Zahari dengan diiringi oleh YB Muhammad Jailani bin Khamis, EXCO Pelancongan, Warisan & Budaya Merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan YBhg. Datuk Hj. Khamis bin Hj. Abas, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti dan acara dijalankan sepanjang sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018, antaranya Pameran, Karnival, Seminar, Bengkel Dondang Sayang, Melaka City Tour, Muzium Berselawat dan Ceramah Agama, Basikal Tua ‘Ride’, Program Bersama Komuniti dan Permainan Tradisional, Museum Run , Museum Amazing Hunting serta Lawatan Berpandu ke Pulau Nangka dan Pulau Besar. Bagi acara sukan yang dipertandingkan ialah Memanah Tradisional, Badminton, Ping Pong, Sepak Raga Bulatan, Batu Seremban, Congkak, Karom, Dam Aji, Dart, Futsal dan Boling.

SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2018

Oleh: Juliyana binti Othman, Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi

SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2018

CERITA MUKA DEPAN

Page 5: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

5JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Acara Museum Run yang diadakan di sekitar Dataran Pahlawan dan Bandaraya Melaka telah dibuka kepada pelbagai kategori dan begitu mendapat sambutan yang hangat dari warga Melaka. Begitu juga dengan Museum Amazing Hunting iaitu program yang seumpama treasure hunt yang turut diadakan di sekitar muzium-muzium di Dataran Pahlawan telah dapat menarik minat daripada pelbagai golongan untuk menyertainya. Ternyata program seumpama ini telah dapat merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dan institusi permuziuman. Selain itu, pelancong dari dalam dan luar negara turut tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai acara yang dijalankan sepanjang sambutan di tapak Pameran Muzium-muzium seluruh Malaysia yang diadakan di Perkarangan Memorial

CERITA MUKA DEPAN

Pengistiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Pelbagai persembahan kebudayaan, persembahan Didi & Friends, kuiz dan cabutan bertuah, pertandingan mewarna serta persembahan daripada artis jemputan telah menghangatkan lagi sambutan di tapak pameran. Program seumpama ini dapat mewujudkan satu jaringan permuafakatan yang jitu antara muzium-muzium untuk berkumpul dan beramah mesra, saling bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta pengalaman berkaitan muzium masing-masing dalam usaha memastikan muzium kekal relevan pada masa kini dan masa akan datang.Sambutan HMA kali ini julung-julung kali wakil muzium Wilayah Kalimantan Indonesia telah hadir memeriahkan karnival dan pameran sepanjang acara berlangsung.

Page 6: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

6 BERITA JMM

Setelah seminggu berkampung di Negeri Melaka, tibalah masanya Perayaan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 melabuhkan tirainya. Kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob bagi merasmikan penutupan sambutan kali ini pada 28 Julai 2018 di Ballroom, Hotel Equatorial amat besar nilainya bagi seluruh warga kerja permuziuman seluruh Malaysia. Dua Tokoh Permuziuman telah diberikan pengiktirafan dalam majlis ini iaitu YBhg. Dato’ Paiman bin Keromo, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan YBhg. Datuk Hj. Khamis bin Hj. Abas, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) di atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan untuk menaikkan lagi institusi permuziuman di persada dunia. Majlis penutupan telah diserikan dengan persembahan kebudayaan dari Negeri Sabah, Negeri di Bawah Bayu yang akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2019.

CERITA MUKA DEPAN

Page 7: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

7JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

SEMINAR HARI MUZIUM

ANTARABANGSA 2018

Oleh : Juliyana binti Othman, Bahagian Penyelidikan& Dokumentasi

Seminar Hari Muzium Antarabangsa 2018 yang bertemakan “Jaringan Muzium: Pendekatan Baru,

Sasaran Baru” telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 24 Julai 2018. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Roslan bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Pada majlis ini, ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam ucaptama tersebut, beliau menyentuh mengenai kesatuan institusi muzium dan untuk merealisasikan kesatuan tersebut, Institusi Permuziuman hendaklah bergerak bersama-sama dan tidak berasingan serta berkaitan antara satu sama lain. Pendekatan baru, sasaran baru dalam usaha muzium merealisasikan tema ini, beliau menyarankan agar pihak muzium bukan sahaja bersifat inovatif, bahkan membuat pembaharuan pada sistem dan kaedah tetapi juga dalam pengurusan muzium khususnya berkaitan dengan pelawat dan pengguna muzium agar lebih bersifat “mesra pelanggan”. Sejurus selesai ucaptama, majlis pelancaran Buku 65 Tahun Muzium Melaka: Sejarah, Cabaran dan Pencapaian 1954 – 2018 diadakan. Majlis diteruskan dengan sesi pembentangan, moderator yang dilantik ialah YBrs. Encik Mohd Hasrul Yushairi bin Johari, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Kampus Bandar Melaka dan barisan pembentang terdiri daripada YBrs. Puan Kartini binti Karim dari Kementarian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan tajuk Aspirasi dan Peranan Muzium Menuju Era Baru serta YBrs. Encik Uzaidi Udanis, Pengerusi Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dengan tajuk Cabaran dan Peluang Pemasaran Muzium Alaf Baru. Dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman awam dan hubungan dengan muzium, institusi permuziuman seluruh Malaysia sentiasa berusaha mengembangkan pendekatan baru dalam pameran serta meneroka peluang baru melalui pelbagai media sosial kepada para pengunjung. Melalui seminar ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha-usaha mengatasi cabaran dunia permuziuman masa kini selain dijadikan medan perkongsian ilmu semua golongan khususnya dalam bidang pendidikan, penggiat industri pelancongan dalam usaha menambah kedatangan pelawat seterusnya menggalakkan lagi penghayatan generasi muda terhadap sejarah dan warisan negara.

SEMINAR

7JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Page 8: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

8 BERITA JMM

Jabatan Muzium Malaysia (JMM) untuk kesekian kalinya menganjurkan pameran kapal karam siri yang ke tiga. Pameran yang bertempat di Galeri Satu Jabatan Muzium Malaysia dibuka kepada umum bermula dari 10 Julai 2018, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Dalam pameran ini, pengunjung dapat melihat koleksi artifak dari 13 buah kapal karam yang terdapat di perairan Malaysia. Tujuan utama pameran ini adalah untuk mengemukakan bukti-bukti maujud bahawa Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan yang begitu pesat pada suatu ketika dahulu. Melalui penemuan-penemuan ini diharap dapat memberi pencerahan dalam merungkai lebih mendalam lagi tentang persejarahan Malaysia yang sering menjadi tanda tanya.Artifak-artifak yang dipamerkan ialah dari jenis earthenware, stoneware, porcelain, artifak berasaskan logam dan lain-lain lagi. Jika diamati, perkembangan

KHAZANAH KAPAL KARAM: RAHSIA YANG TERBENAMOleh: Mohd Hazilas bin Mat Hashim, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

8 BERITA JMM

PAMERAN

teknologi dan sains berlaku dalam proses pembuatan artifak dalam tempoh lebih 900 tahun. Pameran ini sangat menarik untuk dilihat dan dikaji, kerana para pengkaji mengibaratkan kapal karam dengan muatan kargo merupakan sebuah kapsul masa yang mampu merungkai banyak persoalan, tentang kehebatan contohnya teknologi pembuatan tembikar, bidang ilmu pelayaran dan sebagainya.Senarai artifak yang dipamerkan adalah dari kapal karam Risdam (1727), Wanli (+/-1630), Nassau (1606), Singtai (+/-1550), Xuande (1540), Nanhai (+/-1460), Diana (+/-1817), Longquan (+/- 1400), Nanyang (+/-1380), Turiang (+/-1370), Desaru (1845), Ranee (1923) dan Simpang Menggayau (960-1126 CE).Pameran seperti ini diharapkan dapat memupuk minat generasi akan datang untuk menceburi dan memajukan industri maritim negara.

Page 9: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

9JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018 9JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Pada 14 Ogos 2018 KDYMM Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah berkenan

melawat Muzium Kota Kuala Kedah. Keberangkatan baginda diiringi oleh YB Exco Mohd Asmirul Anuar Aris (Ahli Parlimen Kuala Kedah) dan YBhg. Dato’ Haji Wan Shamsudin Bin Mohd Yusof. Turut hadir semasa lawatan baginda ialah YBhg. Datuk Kamarul Baharin Bin A. Kasim (Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia), ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan. Lawatan baginda dimulakan dengan taklimat dan penerangan mengenai sejarah Kota Kuala Kedah yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia. Baginda juga dibawa melawat ke Galeri Muzium Kota Kuala Kedah yang memaparkan keseluruhan sejarah Kota Kuala Kedah bermula dari zaman Sultan Sulaiman Shah (1602 – 1620) hinggalah

Lawatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Ke Muzium Kota Kuala Kedah

Oleh: Zamzarina binti Khalid, Muzium Kota Kuala Kedah

LAWATAN

Kota Kuala Kedah yang diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976. Turut dipamerkan di dalam galeri pameran ialah artifak yang ditemui semasa kerja-kerja carigali arkeologi pada tahun 1994, matawang Jepun dan peluru meriam. Baginda juga dibawa melawat bahan pameran luar seperti Meriam Katak Puru, Meriam Badak Berendam dan tembok kota. Lawatan baginda diakhiri dengan demonstrasi konservasi meriam oleh Bahagian Pengurusan Konservasi, Jabatan Muzium Malaysia.

Page 10: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

Pengunjung sedang menjawab soalan kuiz

Muzium Perak sekali lagi telah mengadakan pameran “Sajian Masakan Tradisional” yang berlangsung pada 22 hingga 23 Mei 2018 yang lalu, bertempat di Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Merbok, Kedah Darul Aman. Pameran yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang diadakan bertujuan untuk mendidik dan menyebarkan pengetahuan kepada generasi muda dalam usaha mengekalkan makanan - makanan tradisi kaum di negara ini demi kesinambungan tamadun bangsa. Sejajar dengan itu, warisan budaya dan tradisi ini harus dikekalkan kerana ianya yang melambangkan asal usul dan membawa identiti kita.

Pameran sajian masakan tradisi ini diadaptasikan daripada masakan tradisi yang sering dihidangkan semasa sambutan hari perayaan dan keraian masyarakat Melayu, Cina, India, Orang Asli serta pribumi masyarakat Sabah dan Sarawak. Artifak yang dipamerkan adalah seperti kukur kelapa berukir, acuan kuih bahulu, sengkalan, kebuk cendul dan penutup cawan yang ditekat dengan menggunakan benang emas.

10 BERITA JMM

PAMERANPAMERAN

Page 11: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

Sepanjang dua hari program ini berlangsung, pelbagai acara interaktif yang menarik disediakan bagi mewujudkan interaksi sosial bersifat mendidik dan hiburan. Antara aktiviti-aktiviti tersebut seperti demonstrasi kukur kelapa dan membuat kuih putu kacang. Program ini dimeriahkan lagi dengan acara kemuncak iaitu pertandingan menyumpit dan menyusun puzzle, yang mana pertandingan ini terbuka kepada setiap pengunjung dan hadiah untuk pemenang disediakan oleh pihak penganjur.

Program ini juga telah mendapat sambutan yang sangat baik dan berjaya menarik minat pengunjung melalui artifak - artifak yang dipamerkan. Seramai 3221 orang pelawat telah berkunjung ke pameran ini yang terdiri daripada pelajar, kakitangan dan pensyarah. Walaupun generasi kini lebih cenderung ke arah modenisasi dan perkembangan teknologi yang pesat, namun budaya dan tradisi yang ada pada satu-satu kaum perlu dipertahankan dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi sebagai medium terpenting dalam pembinaan bangsa.

Encik Rosli bin Hassan Pensyarah dari Falkuti Teknologi Maklumat sedang memcuba untuk kukur kelapa

Para pelajar juga cuba untuk mengukur kelapa.

Demonstrasi Membuat Kuih Putu Kacang

Demonstrasi Membuat Kuih Putu Kacang

Pertandingan menyusun puzzle

Pelawat melihat pameran Sajian Masakan Tradisi

11JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

PAMERANPAMERAN

Page 12: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

12 BERITA JMM

Program Living Museum Day@MSKOA 2018 yang terdapat didalam kalendar acara tahunan 2018

Jabatan Muzium Malaysia anjuran Muzium Seni Kraf Orang Asli (MSKOA) merupakan salah satu pengisian aktiviti bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Mei setiap tahun.

Program yang telah berlangsung selama dua hari ini, 12 hingga 13 Mei 2018 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di dalam galeri dan perkarangan luar MSKOA melibatkan seramai 18 orang masyarakat Orang Asli dari Suku Kaum Semai, Pahang dan Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor.

Program Living Museum Day ini telah berjaya menarik seramai 1655 orang pengunjung sepanjang dua hari berlangsung. Kehadiran para pengunjung pada hari pertama adalah seramai 827 orang, manakala jumlah kehadiran pada hari kedua adalah seramai 828 orang. Para pengunjung yang hadir ke program ini terdiri daripada pengunjung tempatan dan luar negara, pegawai - pegawai dan kakitangan - kakitangan JMM, mahasiswa dari universiti tempatan, aktivis dan NGO Orang Asli serta masyarakat Orang Asli itu sendiri.

Objektif utama Program Living Museum Day ini adalah untuk memberi pendedahan dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat umum mengenai keunikan dan warisan kesenian masyarakat Orang Asli

serta mendokumentasikan setiap maklumat berkaitan untuk simpanan dan rujukan generasi akan datang disamping mewujudkan jaringan kerjasama yang erat dengan pelbagai pihak terutamanya dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), para aktivis orang asli dan masyarakat Orang Asli itu sendiri khasnya. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena Program Living Museum Day@MSKOA ini ialah demonstrasi pembuatan sumpit, aktiviti menyumpit dan sumpitan tepat, demonstrasi ukiran topeng dan patung, demonstrasi anyaman bunga moyang dan kulit bertam serta demonstrasi alat-alat muzik orang asli seperti centong dan pensol.

Tuntasnya, program Living Museum Day 2018 mendatangkan pelbagai faedah kepada semua pihak khasnya kepad Jabatan Muzium Malaysia dari segi memantapkan jaringan kerjasama yang sedia ada. Dengan adanya program seperti ini segala perkongsian ilmu dan kepakaran dapat dipertingkatkan serta jumlah pengunjung juga akan turut bertambah. Program ini juga menjadi nilai tambah kepada fungsi dan peranan muzium itu sendiri. Malahan program seperti ini dapat menanam minat masyarakat untuk mengunjungi muzium dan menjadikan muzium sebagai gedung ilmu pengetahuan. Program sebegini juga membolehkan Muzium Seni Kraf Orang Asli khususnya dan JMM khasnya mendokumentasikan berkaitan masyarakat orang asli.

Pengukir dari Suku Kaum Mah Meri yang berpengalaman dalam pengukiran topeng.

Gambar para peserta dan petugas Program “Living Museum Day 2018” di Galeri Muzium Seni Kraf Orang Asli.

Demonstrasi ukiran topeng dan patung oleh Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor.

Pengukir patung dari Suku Kaum Mah Meri sedang

menunjukkan teknik pengukiran patung.

Para pengunjung yang tidak melepaskan peluang dalam

aktiviti menyumpit.

Pelancong China tidak melepaskan peluang untuk

mencuba dalam aktiviti menyumpit.

PROGRAM PERMUZIUMAN

Oleh: Asmawi bin Mohamed Yunos, Muzium Seni Kraf Orang Asli

Page 13: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

13JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Para pemenang Sumpitan Tepat yang dijalankan semasa Program Living Museum Day@ MSKOA 2018.

Anyaman kulit bertam oleh orang asli suku kaum Semai, Pahang bagi menghasilkan sebuah raga galas.

Demonstrasi anyaman bunga moyang Suku Kaum Mah Meri telah menarik minat pelancong dari negara China.

Bah Raman menerangkan kepada pelawat tentang sumpitan dan juga

bilah damak.

Tiupan pensol bersama dengan hentakan buluh centong dapat menghasilkan irama yang merdu dimainkan oleh orang asli suku kaum semai, Pahang.

Sekumpulan pelancong dari luar negara yang berkunjung ke MSKOA semasa Program Living Museum Day@MSKOA 2018.

Seorang pelancong luar negara mengambil bahagian dalam aktiviti

menyumpit yang telah diadakan semasa Program Living Museum

Day@MSKOA 2018.

Seorang pelawat tekun mendengar penerangan berkaitan dengan teknik pembuatan sumpitan oleh Bah Raman.

Demonstrasi permainan buluh centong oleh para peserta kumpulan Bah Bola daripada

suku kaum semai, Pahang.

Tiupan alat muzik pensol oleh Bah Sali, suku kaum semai, Pahang.

Seorang pelawat tekun mendengar penerangan berkaitan dengan teknik

pembuatan sumpitan oleh Bah Raman.

Dua buah raga galas telah siap dianyamoleh orang asli suku kaum semai, Pahang.

PROGRAM PERMUZIUMAN

Page 14: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

14 BERITA JMM 14 BERITA JMM

taksidermi ular berbisa

Oleh : Mohd Hasnor bin Tajul Amar, Muzium Alam Semula Jadi.

Taksidermi merupakan suatu seni penyediaan, pemadatan dan pemasangan kulit haiwan (vertebrata) supaya nampak seakan-akan hidup untuk dijadikan bahan pameran, pembelajaran atau koleksi peribadi. Pada 23 Mei 2018 yang lalu, kakitangan Unit Sains Teknikal Muzium Alam Semula Jadi telah melaksanakan kerja taksidermi spesimen ular berbisa untuk menambahkan lagi koleksi spesimen reptilia muzium kami. Oleh kerana spesimen yang hendak diawet adalah jenis ular berbisa maka langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan. Secara amnya kerja-kerja taksidermi ini melibatkan lima peringkat berikut:

PELAPAHAN DAN PENGULITANLangkah pertama ialah proses pelapahan dan pengulitan. Terlebih dahulu bahagian taring ular dan kandul bisanya haruslah dikeluarkan atau jika tidak dikeluarkan, taring tersebut perlulah dibenamkan dalam foam. Langkah ini perlu untuk memastikan keselamatan semasa kerja-kerja pelapahan dilakukan agar tidak terkena bisa ular yang masih aktif walaupun ular telah mati.

Kerja melapah dimulakan dari bahagian bawah badan iaitu pangkal leher sehingga ke bahagian ekor. Alat yang boleh digunakan untuk melapah adalah pisau bedah atau gunting. Kerja-kerja melapah dan pengulitan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya kulit yang dipisahkan daripada badan ular tersebut tidak terkoyak. Setelah selesai, proses trimming lemak turut dilakukan dengan menggunakan fish scraper untuk menyingkirkan sisa-sisa daging yang masih terlekat pada kulit serta menipiskan kulit supaya menjadi lebih lembut. Kemudian, bahagian dalam kulit disapukan dengan borax sebelum proses pengawetan yang seterusnya.

PENYAMAKAN DAN PENGAWETANSetelah selesai proses pengulitan, langkah seterusnya adalah proses penyamakan dan pengawetan yang mana kulit tersebut akan direndamkan di dalam larutan alum tanning. Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan alum tanning adalah mengikut formula yang ditetapkan seperti air (1 liter), garam (125 ml) dan alum (60 ml). Bahan-bahan ini dicampurkan di dalam bekas dan digaul sehingga larut. Kulit ular hendaklah direndam sepenuhnya dalam bahan ini sekurang-kurangnya selama 12 jam. Jangka masa rendaman bergantung pada saiz spesimen yang dibuat. Setelah selesai direndam, spesimen hendaklah dibilas dengan air biasa sehingga bersih dan dibiarkan kering. Selepas spesimen kering, kulit itu akan melalui satu lagi proses yang dinamakan proses peneutralan atau neutralize solution. Formula dan bahan yang digunakan adalah seperti air (1 liter) dan sodium bikarbonat (60 ml). Bahan-bahan ini digaul sehingga larut dan menjadi beralkali (pH7-14) sebelum spesimen direndamkan ke dalamnya selama 30 minit. Kemudian spesimen hendaklah dibersihkan sekali lagi dengan menggunakan air dan dibiarkan kering secara semula jadi pada suhu bilik.

Pengenalan Nama Spesimen : Mangrove Pit Viper(Cryptelytrops purpureomaculatus)Ular Kapak Berbisa dan sangat berbahaya kepada manusia

Proses Pelapahan

Proses pengulitan

Proses pelapahan

Kulit dipisahkan daripada badan dengan berhati-hati

Sebelum diletakkan foam, taring telah disapu dengan alkohol.

TAHUKAH ANDA

Page 15: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

15JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018 15JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Bahan-bahan digaul hingga larut

Jasad tiruan berasaskan etafoam

Kemasan akhir melibatkan proses mewarna dan lapisan perlindungan

Kulit ular direndam dalam Alum Tanning

Jasad tiruan berasaskan jerami

Proses jahitan

PEMBENTUKAN BADAN TIRUANLangkah seterusnya ialah pembentukan badan tiruan atau stuffing dengan menggunakan jerami. Terlebih dahulu keseluruhan badan ular, kepala dan ekor akan diambil ukuran secara terperinci dengan menggunakan pita pengukur dan angkup vernier. Ukuran yang tepat adalah penting bagi membentuk jasad tiruan yang bersesuaian dengan kulit. Dawai besi digunakan untuk mengukuhkan lagi struktur dalaman badan tiruan supaya lebih stabil dan mudah dibentuk. Bahagian kepala ular pula dibentuk dengan menggunakan foam sebelum kulit dipasangkan pada badan tiruan untuk peringkat pemadanan atau fitting. Ini bertujuan bagi menentukan samada kulit tersebut padan dengan jasad tiruan atau sebaliknya. Terdapat satu lagi bahan dan teknik yang boleh dilakukan untuk pembentukan badan tiruan ini iaitu dengan menggunakan poly-etafoam. Teknik ini lebih mudah serta menjimatkan masa. Namun demikian, kos penyediaan bahan untuk teknik ini lebih mahal berbanding dengan menggunakan jerami.

JAHITANProses jahitan merupakan langkah selanjutnya apabila kerja-kerja fitting selesai dijalankan. Bahan yang digunakan ialah jarum dan flos gigi. Bahan ini dipilih kerana strukturnya yang telah siap diselaputi oleh wax dan tahan lebih lama daripada benang. Teknik jahitan yang digunakan berbentuk z (zigzag) iaitu bersilang. Jarak antara jahitan hendaklah dalam suku inci dan jahitan harus rapat supaya kulit tidak mengalami sebarang regangan ketika proses pengeringan kelak. Jahitan bermula dari pangkal leher atau bawah kepala dan berakhir di bahagian ekor. Setelah selesai proses jahitan, proses pemasangan mata tiruan pula dilakukan. Bahan yang digunakan adalah pearl head pin atau kepala pin yang bewarna hitam. Pada peringkat akhir jahitan, bahagian kepala ular dijahit teliti supaya spesimen akan kelihatan lebih kemas dan tiada kesan jahitan akan kelihatan. Spesimen yang telah siap dijahit dibiarkan kering sepenuhnya secara semula jadi pada suhu bilik dalam masa dua minggu sebelum proses kemasan akhir dilakukan.

KEMASAN AKHIRPeringkat kemasan akhir meliputi kerja penilitian semula spesimen sebelum proses mewarna dan lapisan perlindungan dilakukan. Ini adalah kerana ketika proses pengeringan kulit, warna spesimen tersebut akan semakin pudar dan kusam. Oleh yang demikian kerja-kerja mewarna harus dilakukan supaya spesimen tersebut kelihatan seperti dalam keadaan tabii (semula jadi). Warna yang digunakan untuk kemasan spesimen ini adalah jenis akrilik daripada produk Marie’s Acrylic Colour. Setelah selesai mewarna proses lapisan perlindungan (coating) pula dilakukan pada keseluruhan spesimen. Proses ini bertujuan untuk melindungi spesimen daripada terkena serangan makhluk perosak dan bertindak sebagai perlindung. Bahan yang digunakan adalah jenis clear coating yang biasa digunakan dalam industri automotif. Lapisan pertama coating akan dibiarkan kering lebih kurang dalam 30 minit. Kemudian ia disusuli dengan lapisan kedua dan dibiarkan sehingga kering sempurna. Setelah selesai proses coating ini, maka spesimen sudah bolehlah dipamerkan mengikut tema atau kesesuaian pameran atau tempat simpanan.

TAHUKAH ANDA

Page 16: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

16 BERITA JMM

Album JMM

Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil 4 2018 di Auditorium JMM pada 13 Julai 2018

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Jabatan pada 8 Julai 2018 di Dataran Muzium Negara

16 BERITA JMM

Majlis Pemantapan Rohani Ketua Pengarah Bersama Warga JMM pada 13 Julai 2018 di Auditorium JMM

Page 17: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

17JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Album JMM

Pertandingan Memanah anjuran WARIS pada 7 April 2018di Muzium Diraja

Majlis Pra Pelancaran Hari Muzium Antarabangsa 2018 di Dataran Muzium pada 16 Julai 2018

Ceramah Sihat Ketika Ramadhan pada 15 Mei 2018 di Bilik Persidangan JMM

17JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Page 18: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

18 BERITA JMM

Program Bicara @ Muzium adalah salah satu inisiatif Jabatan Muzium Malaysia dalam menyebarkan maklumat berkaitan pengurusan koleksi muzium di kalangan peserta seperti penyelidik, kakitangan muzium, pelajar dan juga individu yang berminat dalam bidang entomologi. Program ini juga memberi peluang kepada pakar-pakar yang arif dalam bidangnya untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran masing-masing khususnya dalam bidang pengurusan koleksi spesimen alam semulajadi.

Bagi menjayakan program ini, Muzium Alam Semula Jadi telah menjemput Pegawai Penyelidik Cawangan Entomologi, Bahagian Biodiversiti Hutan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) iaitu Puan Nur Zati Akma binti Mustafa untuk memberikan ceramah bertajuk ‘Pengalaman dan Cabaran Mengurus Koleksi Serangga’. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains (Zoologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah berkhidmat di FRIM lebih sedekad lamanya. Beliau telah dipilih dalam program bicara @ muzium kerana kewibawaan beliau dalam menggalas tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang sebagai pengurus dan pengkaji spesimen serangga di FRIM.Turut dijemput Pengarah Muzium Alam Semula Jadi, Dr. Farizawati binti Sabri selaku moderator program bidang ini.

18 BERITA JMM

BICARA @ MUZIUM : PENGALAMAN DAN CABARAN MENGURUS KOLEKSI SERANGGAOleh: Safia binti Ismail, Muzium Alam Semula Jadi

PROGRAM PERMUZIUMAN

Menurut penceramah, pengurusan dan penyimpanan koleksi spesimen serangga adalah suatu tugasan yang unik dan mencabar. Hal ini kerana serangga merupakan antara haiwan yang mempunyai kelimpahan dan kepelbagaian spesis tertinggi di Malaysia. Menyedari kepentingan memulihara sumber alam ini demi kelestarian khazanah negara maka sistem pengurusan spesimen serangga yang sistematik dan mapan adalah amat penting untuk memastikan maklumat biodiversiti negara menjadi lebih efisyen dan mudah diperolehi dengan tepat.

Program berlangsung pada 17 April 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Ruang Menunggu Diraja, Muzium Diraja bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Seramai 60 orang jemputan telah hadir kebanyakannya dari agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Wilayah, Jabatan Pertanian Kuala Lumpur, Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur, Taman Botani Negara Shah Alam dan Taman Rama-rama & Replika Melaka. Selain itu, tetamu dari Zoo Negara, Muzium Zoologi Universiti Malaya, Universiti Pergurusan Sultan Idris serta kakitangan FRIM turut hadir berkongsi ilmu, pandangan serta cadangan yang bermanfaat dalam program ini.

Page 19: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

19JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Muzium Kota Kuala Kedah telah mengadakan Program Bicara@Muzium sempena pameran “Pusat-Pusat Pemerintahan Kesultanan Negeri Kedah dan Statusnya pada Masa Kini’ pada 14 Mei 2018. Kesultanan Melayu Kedah merupakan sejarah beraja terpanjang dan lebih dari 1000 tahun. Lapan pusat pemerintahan telah dibina iaitu di Bukit Meriam, Sungai Mas, Kota Seputeh, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan, Kota Bukit Pinang dan Kota Setar sepanjang tempoh pemerintahan beraja ini. Antara pembentang yang terlibat dalam program bicara ini adalah Dr. Jazliza binti Jamaluddian, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia dengan tajuk “Kepentingan Kesultanan Kedah Akar Kedaulatan Negeri” dan Tuan Haji Zulhilmi

BICARA @ MUZIUM : “Pusat-Pusat Pemerintahan Kesultanan Kedah dan

Statusnya pada Masa Kini”Oleh: Zamzarina binti Khalid, Muzium Kota Kuala Kedah

PROGRAM PERMUZIUMAN

bin Paidi, Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia yang membicarakan tajuk “Kesultanan dan Raja Berpelembagaan di Malaysia: Kepentingan dan Cabaran Masa Depan”. Program bicara ini menerima 70 penyertaan yang terdiri daripada kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah dan orang perseorangan. Diharap dengan adanya program ilmiah seperti ini mampu memberi kesedaran sosial kepada masyarakat dan para pelajar untuk lebih mencintai dan menghargai sejarah, khazanah dan warisan budaya yang terdapat di negeri Kedah.

19JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Page 20: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

20 BERITA JMM

JELAJAH SEJARAH @MUZIUM MATANGOleh: Zairul Hida binti Hamdan, Muzium Matang

Aktiviti Ekskavasi dan Arkeologi

Aktiviti Kenali wajah-wajah Sejarah Matang

Aktiviti Musang Berjanggut

Tuju Tin

Boling Kelapa Terompah tempurungPembentangan Kumpulan Majlis Penutup

Muzium Matang telah menjadi lokasi untuk satu program ilmiah yang menarik iaitu Jelajah Sejarah@Muzium Matang. Program yang diadakan pada 7 Mei 2018 ini bertujuan bagi memberi peluang kepada generasi muda terutama pelajar sekolah menengah melalui pendedahan sejarah tempatan yang ada di tempat mereka di samping membentuk generasi muda agar lebih peka dan sensitif terhadap sejarah, budaya dan warisan negara khususnya yang ada di Matang, Perak. Seramai 35 orang pelajar telah menyertai program ini. Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas sejarah Muzium Matang dan seterusnya pengisian aktiviti yang merangkumi aktiviti Ekskavasi (merekod jumpaan dan mendaftar artifak), Kenali wajah-wajah sejarah Matang, aktiviti kenali Muzium Anda, Aktiviti Musang Berjanggut, aktiviti Nostalgia Anak Kampung dan di akhiri dengan pembentangan setiap kumpulan. Program berakhir pada jam 12:30 tengah hari dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta.

Antara objektif program ini adalah menarik minat pelajar mendekati, menghayati dan menghargai sejarah, budaya dan warisan silam sejarah, menjadikan aktiviti permuziuman satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan kepada peserta, mempromosikan muzium sebagai sekolah kedua para pelajar melalui jalinan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan dan sekolah di dalam pelbagai program serta aktiviti pendidikan yang dijalankan di muzium dan mewujudkan interaksi dua hala antara muzium, institusi pendidikan dan masyarakat.

Hasil timbal balik yang diperolehi dari program ini adalah ia dapat memperkukuhkan lagi fungsi dan peranan muzium sebagai pusat sumber ilmu dan rujukan bagi semua lapisan masyarakat serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap fungsi dan peranan muzium.

PROGRAM PERMUZIUMAN

Page 21: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

21JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

SEMARAK @ MUZIUM“MUZIUM KITA TAMADUN KITA” Oleh : Zainon Halon, Muzium Chimney

Sebahagian staf muzium dan pengunjung yang hadir sedang membungkus Kelupis

Majlis Penutup

Pengunjung sedang mencuba demo membuat kuih tradisi Julurut dengan membungkus Kelupis

Antara peserta Muzium Idol Cilik

Pertandingan Bot Solar Laju

Pertandingan Mewarna Berkeluarga antara salah satu pertandingan yang mendapat

sambutan daripada para ibu bapa

Pada 12 Mei 2018 yang lalu, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan telah menganjurkan Program Semarak @

Muzium bertemakan Muzium Kita Tamadun Kita bertempat di Muzium Chimney. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dan para pengunjung luar. Selain bertujuan untuk menyebarluas peranan muzium terhadap masyarakat khususnya sebagai institusi pendidikan tidak formal, ia juga menjadi salah satu platform bagi mendekatkan orang ramai dengan muzium melalui pelbagai acara pengisian yang telah dijalankan.

Pelbagai acara pengisian telah dilangsungkan antaranya Jalinan Kasih Muzium Bersama Komuniti yang menyediakan demo dan sajian makanan tradisi tempatan seperti Kelupis, Ambuyat, Jelurut, Kuih Cacap dan Nasi Hujan Panas. Melalui acara ini, ia secara tidak langsung dapat mempromosi, mengangkat serta memelihara menu warisan tradisi masyarakat tempatan Labuan, sekali gus mewujudkan hubungan dua hala di antara pihak muzium dan komuniti setempat. Selain itu, Pertandingan Karaoke Muzium Idol Cilik, Pertandingan Mewarna Berkeluarga Bagi Kategori Kanak-Kanak 5-6 tahun dan 7-9 tahun, Pertandingan Bot Solar Laju, Rekacipta Diorama Aquascaping Dasar Laut serta Cabutan Pengunjung Bertuah turut diadakan.

Penganjuran pelbagai program mahupun aktiviti yang seumpamanya diharap akan dapat memberi impak yang lebih positif kepada dunia permuziuman dalam menyemarak dan mempromosi lebih ramai pengunjung ke muzium khususnya ke muzium-muzium di Wilayah Persekutuan Labuan. Ini sekali gus dapat memartabatkan khazanah warisan tradisi, sejarah dan budaya tempatan.

21JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

PROGRAM PERMUZIUMAN

Page 22: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

22 BERITA JMM 22 BERITA JMM

Pada 3 Mei 2018 Muzium Perak telah mengadakan program “Ceria@Muzium” bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat

di bilik seminar Muzium Perak. Tujuan program ini diadakan sempena acara pengisian bagi pameran “Madu dan Racun” yang sedang dijalankan di galeri A, Muzium Perak. Program ini juga diadakan kerana ia mampu merangsang minda dan memupuk perkembangan kreativiti pelajar dalam segenap aspek untuk menghasilkan idea baru dalam persekitaran yang ceria.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini yang mewakili tiga buah sekolah di sekitar Taiping. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Boyan, Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Jambu dan Sekolah Rendah Kebangsaan Taiping. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar berumur lingkungan tujuh hingga sembilan tahun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Bagi melancarkan perjalanan program, peserta-peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada enam orang peserta. Fasilitator terdiri daripada kakitangan dan pelajar praktikal yang membimbing setiap peserta. Peserta juga dibekalkan dengan peralatan dan bahan-bahan keperluan untuk mengikuti semua aktiviti yang disediakan.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah peserta kerana mereka berpeluang mengikuti tiga jenis aktiviti yang sangat menarik ini. Aktiviti yang pertama peserta diajar untuk membuat rangka gambar sarang lebah. Kad manila yang dipotong berbentuk heksagonal atau segi enam dicantumkan untuk dijadikan rangka sarang lebah. Manakala tanah liat pula digunakan untuk membuat seekor lebah. Aktiviti kedua iaitu Bee Puppet, dimana peserta menggunakan kad manila untuk membuat seekor lebah. Peralatan lain juga diperlukan seperti batang kayu aiskrim reben dan kertas warna. Seterusnya aktiviti ketiga peserta diajar membuat Bee Box Container yang boleh digunakan sebagai tempat untuk meletak pen. Peserta diminta melukis, mewarna dan memotong saiz lebah mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir program majlis telah dimeriahkan lagi dengan acara penyampaian sijil penyertaan dan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi tempat pertama hingga ketiga. Tiga orang pelajar bertuah mewakili sekolah masing-masing telah terpilih untuk menerima hadiah saguhati daripada Muzium Perak kerana berjaya menghasilkan Bee Box Container yang menarik dan kreatif. Program berakhir dengan lawatan berpandu ke pameran Madu dan Racun. Program ini telah berjaya menarik minat pelajar seawal peringkat sekolah rendah untuk berkunjung ke Muzium dan seterusnya memahami peranan muzium sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran yang tidak formal. Lantaran itu, hubungan baik dan jalinan kerjasama dengan pihak sekolah juga dapat dikekalkan secara berterusan.

Oleh: Nor Aini binti Hassan, Muzium Perak

Sesi pendaftaran

Ucapan aluan daripada Pengarah Muzium Perak

Aktiviti 1, proses membuat rangka sarang lebah

Aktiviti 1, rangka sarang lebah yang telah siap

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Sesi bergambar program Ceria@Muzium

Aktiviti 2, proses membuat Bee Puppet

Aktiviti 2, Bee Puppet yang telah siap.

Aktiviti 3, proses membuat Bee Box Cntainer

Aktiviti 3, Bee Box Container yang telah siap

PROGRAM PERMUZIUMAN

Page 23: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

23JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Muzium Negara telah menjalankan beberapa program

pada 7 Julai 2018 bagi memperkenalkan budaya masyarakat Melayu kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Antara aktiviti di dalam program Kenangan Raya yang diketengahkan ialah Seni Hidangan Raya iaitu cara penyediaan makanan tradisional Melayu seperti lemang pulut, lemang tepung, lemang jagung dan rendang ayam serta kuih Bangkahulu. Dalam aktiviti ini para pengunjung dapat merasai keenakan hidangan berkenaan. Aktiviti Jom Menganyam Ketupat pula mendemontrasi cara menganyam ketupat. Para pengunjung juga turut sama mencuba untuk menganyam ketupat. Selain daripada itu, pengunjung cilik juga tidak dilupakan dengan menyertai aktiviti Kraf Raya iaitu anak-anak ini diajar untuk menghasilkan kad raya. Tunafoto Pakaian Raya merupakan aktiviti yang membolehkan para pengunjung mengambil peluang untuk mencuba pakaian yang dipakai semasa sambutan Hari Raya yang disediakan oleh pihak Muzium Negara. Dalam kenangan raya ini juga, persembahan kebudayaan turut diadakan iaitu Tarian Zapin dan Ghazal bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Pelancong dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang dalam menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan dan secara tidak langsung aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik lebih ramai pelawat untuk mengunjungi Muzium Negara.

23JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Program “Kenangan Raya”PROGRAM PERMUZIUMAN

Oleh: Juliyana binti Othman, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

Page 24: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

24 BERITA JMM

KARNIVAL KURIKULUM SAINS DAN TEKNOLOGI 2018Oleh: Mohd Nizam bin Othman, Muzium Alam Semula Jadi

Program Muzium Alam Semula Jadi (MAS) telah mengadakan program outreach di SMK Seksyen 19 Shah Alam, Selangor pada 4 Julai 2018, bertempat di Makmal Biologi sekolah tersebut. Program ini dianjurkan oleh pihak sekolah adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan serta Matemetik (STEM). Selain itu, program ini juga diharapkan akan dapat merangsangkan idea kreativiti perkembangan proses merekacipta dalam bidang Sains dan Teknologi melalui pembelajaran yang disasarkan khusus kepada para pelajar tingkatan 1 hingga 5.

Koleksi Spesimen yang dipamerkan antaranya ialah serangga, spesimen reptilia terpilih seperti kura-kura, katak dan ular serta spesimen mamalia iaitu tengkorak kambing, rusa dan orang utan. Menerusi pameran ini, para pelajar berpeluang melihat sendiri serta dapat mengenali spesimen dengan lebih dekat di samping mendapat maklumat berkaitan sains Zoologi daripada perkongsian ilmu oleh kakitangan MAS. Aktiviti hands on dan kuiz turut diadakan dan telah menarik minat para pelajar serta guru untuk turut mencuba menguji pengetahuan mereka.

Seramai empat orang kakitangan MAS telah terlibat bagi menjayakan pameran tersebut iaitu Encik Mohammed Ali A.M Haja Mohaideen, Encik Mohd Nizam bin Othman, Encik Mohd Hasnor bin Tajul Amar dan Encik Mohamad Isa bin Basri. Program Karnival Kurikulum Sekolah ini dilihat mencapai objektifnya kerana berjaya menarik perhatian pelajar tingkatan 1 dan 5 serta para guru ke tapak pameran ini.

Selain daripada Muzium Alam Semula Jadi, pihak sekolah juga turut menerima penyertaan daripada agensi lain iaitu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan SIRIM bagi memberikan pendedahan maklumat serta teknologi yang terkini berkaitan pengurusaan air dan standard Malaysia. Aktiviti seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat terhadap bidang sains dan pada masa yang sama penglibatan muzium dalam program ini akan menampakkan lagi peranan muzium sebagai salah satu institusi pendidikan tidak formal yang turut menyumbang kepada bidang pendidikan sains di peringkat sekolah.

Sesi penerangan maklumat serta perkongsian ilmu oleh kakitangan MAS.

Penyampaian maklumat bersama para guru Sains.

Penyedian pameran bahan spesimen MAS.

Kehadiran agensi luar bagi memeriahkan program tersebut.

24 BERITA JMM

Pelajar dapat mengenali dengan lebih teperinci dan efektif.

PROGRAM PERMUZIUMAN

Page 25: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

25JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

SERUNAI

TETUANG

Kumpulan Muzik ErofonOleh: Suhaimi bin Osman, Bahagian Pengurusan Koleksi

Serunai merupakan alat tiupan yang mempunyai pipit berlapis-lapis dan pelidahnya sebanyak 4 lapis daripada daun lontar kering. Manakala pemegang pipit ialah tiub logam yang di pasang pada pangkal badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dan berbentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk seperti loceng. Badannya boleh diceraikan kepada 3 bahagian dan mempunyai 7 lubang memetik di hadapan serta satu satu lubang di belakang. Ruang di antara lubang-lubang itu biasanya dibalut dengan balutan timbul. Kayu serunai selalunya diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada atau kayu sina. Serunai mungkin terdapat dalam 2 ukuran iaitu kecil dan besar yang di panggil ibu dan anak.

Serunai dimainkan dengan cara pipit empat lapis dimasukkan ke dalam mulut dan bibir mulut pemain diletakkan di atas piring penyandar bibir tanpa mengawal pipit. Angin ditiupkan melalui pipit dengan membuka dan menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan digunakan supaya lagu yang dimulakan bunyinya tidak pernah berhenti sehingga lagunya selesai. Serunai banyak digunakan untuk mengiringi muzik wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling. Serunai merupakan tiruan dari serunai berpipit-kembar dari timur tengah yang dipanggil Surnay. Di Malaysia, serunainya adalah unik dalam susunan pelidah yang digunakan iaitu 2 lapisan kembar berjumlah 4 lapis semuanya. Ianya diperbuat daripada daun lontar kering dan susunan pelidah bagi pipit serunai malaysia memberikan kualiti suara tersendiri.

Tetuang merupakan alat muzik dari jenis tiupan yang tergolong dalam kumpulan muzik Aerophones. Ianya diperbuat daripada tanduk kerbau dan bahagian tajam hujungnya dipotong supaya ia boleh ditiup. Tetuang berfungsi sebagai alat perhubungan dan komunikasi antara nelayan-nelayan. Ianya digunakan untuk memberitahu bila masanya untuk keluar ke laut dan digunakan untuk memberitahu penduduk kampung kalau berlaku kecemasan. Di samping itu, tetuang juga digunakan untuk menghasilkan dengungan ketika perarakan atau persembahan. Kebanyakan tetuang digunakan oleh nelayan-nelayan di kawasan pantai timur dan Malaysia Barat sebagai alat untuk berkomunikasi sesama mereka.

Kumpulan muzik erofon merupakan alat bunyian yang menggunakan angin (wind instrument). Jenis alat muzik ini yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin. Contoh alat muzik erofon adalah seperti serunai, seruling, pepuling, nafiri dan lain-lain.

25JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

TRIVIA

Page 26: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

26 BERITA JMM

Kumpulan Muzik ErofonOleh: Suhaimi bin Osman, Bahagian Pengurusan Koleksi

Nafiri merupakan alat muzik diperbuat daripada perak. Ianya berbentuk seperti kon dan pada bahagian bawahnya menyerupai bentuk loceng. Nafiri dimainkan dengan cara dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir diletak pada mulut peniup alat tiupan itu dan dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam alatan itu. Pic bertukar mengikut ketegangan mulut bibir pemain. Nafiri banyak digunakan dalam kumpulan muzik okestera nobat dan kumpulan muzik ini digunakan dalam majlis diraja. Nafiri dikatakan berhubung dengan alatan yang sama nama terdapat dalam kalangan orang India Muslim dan Timur Tengah.

Pepuling merupakan alat muzik dalam kumpulan erofon dan tergolong dalam seruling jenis wisel. Alat muzik ini diperbuat daripada tanah liat dalam bentuk binatang seperti ikan, burung dan sebagainya. Pepuling dimainkan dengan ditiup pada pangkalnya untuk mengeluarkan bunyi. Ianya digunakan sebagai alat muzik solo untuk memainkan sesuatu lagu hiburan. Pepuling merupakan alat muzik asli yang terdapat di Malaysia terutamanya di Kelantan.

PEPULING

26 BERITA JMM

NAFIRI

TRIVIA

Page 27: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

27JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Kerja Artikulasi Tulang Ular Katam Tebu(Malayan Krait, Bungarus Candidus)Oleh: Mohd Ridhuan bin Akhiruddin, Muzium Alam Semula Jadi

Kerja artikulasi rangka ular ini merupakan kesinambungan daripada kerja taksidermi Ular Katam Tebu yang telah dilakukan sebelum ini. Proses penyediaan rangka ular ini telah mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan. Semasa proses memasang rangka ular ini melibatkan lebih 464 unit tulang rusuk dan 274 unit tulang vertebra yang perlu disambung semula mengikut susunan yang betul. Walaupun bisa ular ini telah dikeluarkan, proses

Sebelum proses merebus dilakukan, bahagian kepala dan badan haruslah dipisahkan. Kepala ular tersebut perlu direndam dalam bekas kecil yang mengandungi 250ml alkohol, 75% untuk menghilangkan bisa ular tesebut. Kemudian kerja-kerja mengikat tulang vertebrae dan tulang rusuk dilakukan untuk memastikan susuan tulang tidak berubah semasa proses rebusan dan memudahkan kerja-kerja penyusunan semula tulang seperti dalam keadaan asal.

Setelah itu proses mengikat tulang-tulang vertebra dilakukan dengan mengunakan dawai bersaiz 0.1-0.2 mm. Sebanyak 5 bahagian tulang vertebra telah diceraikan untuk memudahkan kerja-kerja mengikat. Setiap satu bahagian tulang-tulang vetebra ini diikat rapi mengikut susunannya. Kemudian dawai dimasukkan melalui tulang vertebra bahagian hadapan mengikut susunan supaya tulang-tulang ini berada pada kedudukan yang betul. Proses yang sama diulang untuk setiap bahagian selebihnya sehingga ke vetebra terakhir.

27JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

TRIVIA

pengendalian spesimen ini tetap dilakukan secara berhati-hati terutama sekali pada bahagian kepala dan taring kerana dikhuatiri sisa-sisa bisa ular tersebut masih ada. Ular katam tebu ini mempunyai bisa yang sangat toksin dan boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. Proses artikulasi ini melibatkan lima peringkat utama iaitu mengikat, merebus, menyusun, menyambung dan kemasan akhir.

Bahagian tulang-tulang rusuk pula dibahagikan kepada 8 bahagian yang perlu diceraikan iaitu 4 bahagian pada rusuk kiri dan 4 bahagian pada rusuk kanan sebelum proses mengikat dilakukan. Setiap pembahagian terdiri antara 58 unit tulang rusuk yang perlu diikat mengikut susunan dan dilabel. Pemilihan jarum dan benang adalah merupakan kaedah terbaik untuk mengikat setiap tulang rusuk kerana saiznya yang kecil serta memerlukan ketelitian semasa mengikat supaya tulang-tulang rusuk tersebut tidak patah atau hilang semasa kerja artikulasi dilakukan. Selain benang, flos gigi juga boleh digunakan sebagai pengikat pada tulang rusuk. Setelah proses mengikat selesai, kesemua tulang vertebra, tulang rusuk dan tengkorak kepala akan dimasukkan ke dalam kain jaring yang berasingan mengikut pada pembahagian yang telah dibuat.

Page 28: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

28 BERITA JMM

Kerja Artikulasi Tulang Ular Katam Tebu(Malayan Krait, Bungarus Candidus)

Setelah melalui proses penguraian dan pengeringan, benang yang mengikat tulang-tulang rusuk perlu dibuka dan tulang-tulang tersebut perlu dibenamkan diatas span mengikut susunan yang betul. Proses ini perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati agar tulang tersebut tidak patah. Semasa proses penyusunan dibuat, setiap bahagian tulang-tulang rusuk dan tulang-tulang vetebra perlu dikira, dilabel dan direkodkan bagi memastikan tulang-tulang tersebut mencukupi.

Proses penyambungan tulang-tulang ular merupakan segmen yang paling sukar untuk dilakukan. Ini adalah kerana setiap penyambungan antara tulang rusuk dan tulang vertebra harus dilakukan dengan baik bagi memastikan tulang-tulang tersebut berada pada kedudukannya yang tepat dan betul. Sebelum proses

28 BERITA JMM

Sebelum proses rebusan dilakukan, tulang-tulang yang telah dimasukkan ke dalam kain jaring tadi perlu diikat dengan kemas supaya tidak hilang semasa proses rebusan dan masih berada pada kedudukan asalnya. Proses penguraian daging ini mengambil masa selama lebih 3 jam. Bahan yang digunakan semasa proses merebus untuk penguraian daging adalah 8 liter air dan 125ml Sodium karbonat anhydrous (Na2 Co3). Semasa proses ini juga, pemantauan api harus diberi perhatian bagi memastikan tahap kepanasan air berada pada tahap yang sesuai.

Setiap setengah jam, tulang yang direbus perlulah dipantau bagi memastikan tulang benar-benar bersih dan tiada lagi sisa daging yang melekat. Setelah selesai, tulang-tulang tersebut dibersihkan dengan bilasan air bersih sebelum dikeringkan .

TRIVIA

penyambungan dilakukan, tulang vertebra yang diikat dengan dawai sebelum ini perlu dibuka dan digantikan dengan dawai yang baru yang diukur mengikut panjang tulang vertebra dan dicatkan dengan warna putih. Setelah itu barulah proses memasukkan dawai ke dalam tulang-tulang vetebra dilakukan mengikut susunannya.

Page 29: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

29JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Kemasan akhir melibatkan penelitian pada bahagian tertentu bagi memastikan cantuman tulang dan kedudukan tulang berada pada kedudukan yang betul. Skeleton ular yang telah siap dipindahkan ke atas

Setelah itu proses membentuk posisi tulang vertebra dilakukan mengikut pada keadaan asal semasa ular itu hidup, barulah disusuli dengan pemasangan tulang-tulang rusuk pada tulang vertebra dengan menggunakan gam Araldite (Kwick super glue). Proses cantuman perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan cantuman

JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

TRIVIA

antara tulang rusuk dan vertebra dapat melekat dengan sempurna dan tidak mudah tercabut. Proses akhir sekali adalah proses cantuman bahagian kepala dan tulang vetebra dengan menggunakan gam silikon. Proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya cantuman tersebut dapat melekat dengan baik.

platform sementara yang diperbuat daripada ethafoam sebelum spesimen tersebut didaftarkan dalam borang inventori daftar spesimen reptilia.

Page 30: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

30 BERITA JMM

Pada 9 Ogos 2018 yang lalu, Biro Pendidikan WARIS, JMM telah menganjurkan kempen derma darah

dengan kerjasama Pusat Darah Negara yang diadakan di Bilik Persidangan, Jabatan Muzium Malaysia bermula dari 10.00pagi hingga 4.00petang. Program ini melibatkan seramai 13 orang staf dari Pusat Darah Negara yang diketuai seorang doktor. Kempen Derma Darah yang bertemakan, “1 Beg Darah mampu Selamatkan 3 Nyawa” ini merupakan kempen yang julung kali diadakan oleh Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial (WARIS) pada tahun ini. Kempen ini bertujuan untuk membuka peluang mendidik pegawai dan staf Jabatan serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya darah yang didermakan dalam membantu menyelamatkan nyawa seseorang di saat kecemasan. Seramai 51 orang staf Jabatan telah mendaftar untuk kempen ini tetapi hanya 30 orang sahaja yang layak untuk menderma darah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penderma. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan WARIS atas kejayaan penganjuran kempen derma darah ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan serta dapat meningkatkan lagi jumlah para penderma di masa akan datang.

30 BERITA JMM

Program Kempen Derma Darah Anjuran WARIS, Jabatan Muzium MalaysiaDan Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan MalaysiaOleh: Hapizah binti Saaidin, WARIS

PERSATUAN KEBAJIKAN, REKREASI DAN SOSIAL

Page 31: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

31JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Zumba Puspanita 2018Oleh: Sharifah Lok Lok, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

31JILID 25 BIL. 2 MEI-OGOS 2018

Senaman Zumba Puspanita ini merupakan aktiviti riadah yang dianjurkan oleh Biro Sukan Puspanita Jabatan Muzium Malaysia. Program ini telah diadakan bertempat di dataran Jabatan Muzium Malaysia pada 3 Mei 2018 (Khamis). Terbuka kepada wanita sahaja, dikhaskan eksklusif kepada ahli Puspanita JMM. Ia berlangsung selama sejam bermula pada jam 3.00 petang disertai oleh 35 orang peserta dan seorang tenaga pengajar. Tujuan utama senaman ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan budaya hidup sihat dan melegakan stres selepas bekerja, di samping beramah mesra melalui senaman bersama kakitangan dan ahli PUSPANITA Jabatan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli Puspanita dengan aktiviti riadah yang menyihatkan badan dan menyegarkan minda. Senaman ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan menariknya, dilakukan secara berkumpulan, mewujudkan banyak ruang untuk berinteraksi, mengeratkan hubungan dan saling memberi motivasi antara satu sama lain. Senaman Zumba ialah senaman yang kini semakin digemari dan diminati ramai. Senaman dengan rutin gerakan tarian ini diperkenalkan oleh pengasasnya Beto Perez, jurulatih senaman terkenal dari Colombia. Perkataan zumba berasal dari Sepanyol membawa maksud tarian parti dengan gabungan pelbagai rentak muzik. Zumba merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana pergerakannya berasaskan tarian dan menggunakan muzik yang membuat rasa teruja semasa melakukankannya. Senaman yang sungguh seronok ini dengan gerakan-gerakan yang begitu dinamik dapat membantu meningkatkan stamina dan menguatkan otot. Kemeriahan senaman zumba yang diiringi lagu rancak yang menghiburkan sehingga tarian tradisional seperti joget dan zapin telah menarik pelancong dari luar negara seperti India, China, Eropah untuk turut serta menyertainya secara tidak langsung semasa sesi lawatan ke Muzium Negara. Aksi-aksi mereka yang bersahaja telah mengakhiri senaman ini dengan jayanya. Program telah berakhir pada jam 4.00 petang disajikan dengan minuman ringan dan roti serta sumbangan goodies bag dari pihak urusetia.

PUSPANITA

Page 32: Berita JMM JMM Jld 25 Bil 2 (Mei-Ogos 2018).pdf · Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 pada 23 Julai 2018 bertempat di Negeri Melaka. Berita

Jabatan Muzium Malaysia

Jabatan Muzium Malaysia,Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur

Tel.: (+603) 2267-1000 (+603) 2282-6255Faks: (+603) 2282-6434 http://www.jmm.gov.my

MUZIUM NEGARAKUALA LUMPUR

MUZIUM PERAKTAIPING PERAK

GALERIA PERDANA, LANGKAWI

MUZIUM MATANG,PERAK

MUZIUM ARKEOLOGILEMBAH BUJANG, KEDAH

MUZIUM SUNGAI LEMBING,PAHANG

MUZIUM CHIMNEY,LABUAN

MUZIUM SENI KRAF ORANG ASLI,KUALA LUMPUR

MUZIUM SENI BINA MALAYSIA,BANDAR HILIR, MELAKA

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH,KEDAH

MUZIUM KOTA KAYANG,PERLIS

MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL,SEPANG

MUZIUM KOTA JOHOR LAMA,JOHOR

MUZIUM LABUAN,LABUAN

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU,KUALA LUMPUR

MUZIUM TEKSTIL NEGARA,KUALA LUMPUR

MUZIUM MARIN LABUAN,LABUAN

MUZIUM LUKUT,NEGERI SEMBILAN

MUZIUM ADAT JELEBU, NEGERI SEMBILAN

MUZIUM DIRAJAKUALA LUMPUR

Jabatan Muzium Malaysia

Muzium KitaTamadun Kita