berita

Upload: vener-js

Post on 04-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

da

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI BERITA

BERITADefinisi Bermaksud perkhabaran atau pemberitahuan.

sesuatu sumber sebagai maklumat terkini.Kadungan sukan, politik, ekonomi, sains, teknologi, hiburan dan lain.Penulisan berita merupakan aktiviti yang :

Menarik dan dapat meneruskan naluri ingin tahu murid-murid.

Melatih murid-murid supaya peka terhadap isu semasa Bercorak kritis iaitu penulis perlu mengumpul maklumat, memilih maklumat yang penting dan mengeluarkan maklumat yang kurang penting serta menyusun maklumat mengikut urutan yang betul.

Berita merupakan maklumat, kisah atau laporan yang tepat dan ringkas tentang sesuatu kejadian yang sudah, sedang dan akan berlaku sama ada disampaikan secara lisan atau penulisan. Maklumat terbaru yang dapat menggerakkan masyarakat untuk berfikir dan bertindak.

Penyampaian berita dalam bentuk penulisan lebih berkesan berbanding lisan. Berita yang didengar hanya diterima sekali imbas manakala berita yang terkandung dalam bentuk penulisan boleh dirujuk semula. Berita yang baik merupakan berita yang mudah difahami, lengkap sumbernya, tepat maklumat dan pantas diterima.

PERANAN PENULISAN BERITA

Penulisan berita memerlukan kemahiran menulis, berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat dan kebolehan berfikir secara kritis.

Dapat memupuk nilai-nilai murni. Selaras dengan hasrat KBSR yang bermatlamatkan perkembangan murid secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Ciri-ciri Berita1. sumber-sumber berita~berita mesti sesuatu peristiwa atau kejadian yang benar dan bukan direke-reka. Media MassaSetiap berita yang dibaca di akhbar atau didengar dan ditonton di media elektronik boleh dijadikan bahan untuk menulis berita baru.

Pakar dalam bidang tertentuSeorang pakar dalam bidang tertentu merupakan sumber berita yang baik dan berkesan. Contohnya ialah pakar pendidikan, pakar ekonomi dan pakar perubatan.

Pihak polisPihak polis menjadi sumber utama bagi bahan-bahan berita seperti kes kemalangan, kecurian dan jenayah. Bagi kes kebakaran, selain daripada pihak polis, maklumat-maklumat penting juga boleh diperolehi daripada Jabatan Bomba.

KalendarKalendar mencatat semua peristiwa yang akan berlaku, contohnya, hari-hari perayaan dan acara-acara sambutan yang diketahui terlebih dahulu. Catatan-catatan ini boleh dijadikan sumber berita.2. Setiap berita mempunyai nilai yang mampu menarik perhatian pembaca.3. Ketepatan berita

Berita yang tepat juga bermaksud berita yang tiada kesilapan fakta dan sumber berita itu adalah sahih serta boleh dipertanggungjawabkan. Perlu mempunyai sikap jujur dalam menghasilkan sesuatu berita.4. Gaya penulisan Gaya penulisan sesuatu berita berbeza bergantung pada pengalaman dan kewibawaan.

Menggunakan bahasa yang mudah, jelas, tepat, ringkas serta kerap digunakan. Penulisan yang padat dari segi maklumat.

Ayat-ayat pendek dan tidak berbunga-bunga atau kompleks.

5. Terus kepada isi atau fakta Tidak beremosi dalam menulis berita.

Berita perlu bebas daripada prasangka dan cetusan hati.

Tidak mutarbelitkan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu fakta.

6. Cepat disebarkan. Masyarkat dapat menerima berita terkini.

Berita yang baik dapat disebarkan kepada umum pada hari yang sama sesuatu peristiwa berlaku.

7. Maklumat sahih Berita berasaskan kejadian sebenar tanpa dipengaruhi oleh pendapat persendirian. Tanpa mengubah fakta.

8. Maklumat lengkap Berita mesti lengkap dan boleh menjawab soalan-soalan yang menjadi inti utama berita seperti apa, siapa, bila, dimana, bagaimana dan mengapa.9. Pemerengganan berstruktur Perenggan-perenggan yang pendek. Hanya 3-4 ayat dalam satu perenggan.

Tujuan untuk menyenangkan pembaca.

Mempunyai kesinambungan

Menggunakan penanda wacana yang sesuaian.JENIS-JENIS BERITA

Berita boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-

(a) Berita daerah

Berita daerah ialah berita tentang kejadian penting yang baru berlaku di suatu tempat, yang tidak begitu penting di tempat yang lain.

(b) Berita bukan daerah

Berita tentang kejadian yang berlaku di sesuatu daerah yang juga penting untuk daerah yang lain.

(c) Berita nasional

Berita yang penting diketahui oleh seluruh rakyat sesebuah negara dan rakyat negara lain.

(d) Berita antarabangsa

Berita penting yang boleh menarik perhatian manusia sejagat. Contohnya Perang Teluk dan penerokaan ke Angkasa Lepas. Murid-murid sekolah rendah, Berita Daerah dan Berita bukan Daerah meliputi berita-berita seperti yang berikut sangat sesuai ditulis :

(i) Berita Kemalangan

(ii) Berita Bencana Alam

(iii) Berita tentang aktiviti-aktiviti tertentu :-

-Pertandingan sukan sekolah

-Hari ucapan dan penyampaian hadiah sekolah*5W + 1H, who? (siapa) what(apa), when?(bila), where (dimana), why? (mengapa) dan ada kalanya How? (bagaimana).CONTOH BERITA

Bandar Tun Razak (di mana), 5 Mac 1990 (bila) - Pasangan beregu sekolah, Azlan dan Robert (siapa) berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara beregu lelaki dalam kejohanan Badminton Terbuka Wilayah Persekutuan yang diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur kelmarin. (apa) Mereka telah dapat menewaskan pasangan dari Sekolah Aminuddin Baki, Abdullah dan Osman, 18-15,12-15,15-12. (Bagaimana) Perlawanan tersebut begitu sengit dan telah mengambil masa 1 jam 40 minit. Pasangan sekolah ini akan bertemu dengan pasanagan dari Sekolah Seri Bakti, pemenang dalam kumpulan B.SUSUNAN CERITA BERITA

Maklumat atau cerita dalam berita boleh disusun dengan berbagai-bagai teknik. Teknik yang biasa digunakan ialah berdasarkan urutan logik, penonjolan sesuatu unsur 5W + 1H dan teknik piramid terbalik.

Urutan LogikFakta-fakta berita yang paling bernilai disusun secara rasional mengikut pentingnya peristiwa-peristiwa itu dan tidak mengikut urutan sebagaimana sebenarnya berlaku(mengikut kronologi). Penonjolan Rukun 5W + 1HTidak semua rukun 5W + 1H dapat dimasukkan dalam bahagian pembukaan berita. Maklumat yang lengkap memerlukan rukun tersebut. Piramid TerbalikDalam piramid terbalik bahagian akhir atau klimaks itu diletakkan di bahagian atas. Susunan cerita berita berdasarkan cara ini adalah seperti berikut:

Format berita1. Tajuk berita Terletak di bahagian paling atas teks. Saiz huruf yang lebih besar daridapa kandungan teks.

Merupakan inti pati atau gambaran yang menginterpretasikan isi kandungan berita.

3-4 patah perkataan.

Ditulis secara sensasi bertujuan untuk menarik perhatian pembacaan.2. Pembukaan berita Berita dimulai dengan nama tempat (huruf besar semua)dan tarikh. Nama tersebut ialah nama bandar, daerah atau mukim tempat berita itu dilaporkan.

Tarikh tidak disertakan tahun. Tarikh terdiri daripada hari dan bulan sahaja.

Sebagai penanda bahawa berita itu terkini.

Selepas tarikh diletakkan satu tanda sempang(-) bagi memisahkannya dengan kadungan berita.3. Isi kandungan

Bergatung kepada jenis berita.

Bermula dengan satu perenggan pengenalan (satu ayat sahaja) Diikuti pernggan isi yang melaporkan peristiwa secara terperinci.