berfikir secara kreatif

8
Dibentangkan oleh Siti Fironika & Mazlinah DEFINISI BERFIKIR SECARA KREATIF & PERBEZAAN DENGAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Upload: siti-fironika-hj-abd-rahman

Post on 27-May-2015

7.279 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berfikir secara kreatif

Dibentangkan oleh

Siti Fironika & Mazlinah

DEFINISI BERFIKIR SECARA KREATIF

&PERBEZAAN DENGAN

BERFIKIR SECARA KRITIS

Page 2: Berfikir secara kreatif

Kamus Dewan (2000) memberi maksud berfikiran kreatif sebagai mempunyai kebolehan untuk mencipta,menghasilkan dan seterusnya mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.

Kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.

Defnisi Kemahiran Berfikir Kreatif

Page 3: Berfikir secara kreatif

Bloom ( 1956 ) mendefinisikan kemahiran kreatif sebagai sintesis yang bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan membentuk semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik.

Torrance ( 1963) berpendapat pemikiran kreatif terbentuk daripada empat kemahiran iaitu kelancaran,fleksibel,penghuraian dan keaslian.

Kelancaran merujuk kepada kebolehan seseorang menjana idea yang banyak.

Page 4: Berfikir secara kreatif

Fleksibel pula adalah kebolehan menghasilkan idea yang berbeza.

Penghuraian pula bermaksud kebolehan memperluaskan dan mengembangkan idea secara mendalam dan keaslian pula merujuk kepada kebolehan berfikir secara luar biasa dan menggunakan sesuatu perkara dengan sendiri.

Hayers ( 1981 dalam Beyer 1988 ) mengaitkan pemikiran kreatif dengan penyelesaian masalah , dimana operasi kognitif menjadi dasar dalam pemikiran kreatif.

Page 5: Berfikir secara kreatif

Mengenal pasti masalah ,menjana idea dan perancangan pula merupakan komponen dalam menyelesaikan masalah.

John Arul (1997 ) turut berpendapat pemikiran kreatif sebagai aktiviti mental yang menumpukan kepada penghasilan idea dan kaedah baru.

Clarke dan Biddle ( 1993) berpendapat berfikir secara kreatif adalah proses yang menggunakan teori untuk menganalisis situasi , kejadian masa depan dan menyelesaikan masalah yang dilalui.

Page 6: Berfikir secara kreatif

Perkins (1985) berpendapat pemikiran kreatif adalah pemikiran yang dicorakkan untuk menghasilkan keputusan atau hasil kreatif.

CIRI – CIRI PEMIKIRAN KREATIF

Keberanian:Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjana idea, dan sanggup menerima risiko dan kritikan orang lain.

Imaginasi : Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi serta kemahiran sintesis untuk mencantumkan idea –idea sedia ada.

Perkembangan Idea : Pemikiran kreatif mengandungi ciri perkembangan idea yang dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru.

Reka Cipta : Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka cipta yang berasaskan kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea yang baru.

Page 7: Berfikir secara kreatif

PERBEZAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

Kemahiran berfikir kritis

kemahiran berfikir kreatif

Membanding dan membezakan

menjana dan menghasilkan idea

mengkategorikan membuat hipotesis

Menghuraikan mengsintesis

Merumuskan dan meramal menghubungkaitkanPersamaan

Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Page 8: Berfikir secara kreatif

Terima Kasih atas perhatian anda !!