kajian mengenai tahap kemahiran berfikir secara … · soal selidik digunakan sebagai instrumen...

23
KAJIAN MENGENAI TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM TOPIK PERSAMAAN KUADRATIK DAN PANDUAN UNTUK GURU MATEMATIK HEMA MALATHI A/P GANESH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhbao

Post on 17-May-2019

370 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KAJIAN MENGENAI TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

DAN KREATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM TOPIK

PERSAMAAN KUADRATIK DAN PANDUAN UNTUK GURU MATEMATIK

HEMA MALATHI A/P GANESH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

iii

KAJIAN MENGENAI TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

DAN KREATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM TOPIK

PERSAMAAN KUADRATIK DAN PANDUAN UNTUK GURU MATEMATIK

HEMA MALATHI A/P GANESH

Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Matematik).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pemahaman dan sejauhmana

pengaplikasian pelajar aliran sains yang mengambil mata pelajaran matematik tambahan

terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif . Kajian dijalankan di tiga buah

sekolah sekitar daerah Johor Bahru yang melibatkan sebanyak 123 orang responden.

Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk menetukan tahap pemahaman

serta tahap pengaplikasian pelajar tingkatan empat ini. Nilai kebolehpercayaan

instrumen kajian iaitu alpha yang diperolehi ialah 0.95 Analisis deskriptif telah

digunakan dalam tatacara menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap

pemahaman kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) pelajar adalah pada

tahap sederhana Pengaplikasian KBKK pelajar pula adalah memuaskan. Selain itu, satu

modul yang bertujuan untuk mengajar guru kaedah mengajar pelajar untuk berfikir

secara kritis dan kreatif turut disediakan sebagai langkah untuk mempertingkatkan tahap

pemikiran KBKK di kalangan pelajar.

viii

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate the level of understanding and also

how far the students had applied the critical and creative thinking skills in additional

mathematics The research is done among the form four science stream students. in three

different schools around the Johor Bahru district which involve 123 sudents.

Questionnaires are circulated among the students involved to determine the level of

understanding and also how far the students had applied the critical and creative thinking

skills in the quadratic equation. The value of alpha which represent the reliability is 0.95.

Descriptive statistics analysis is used for the data anylisis in this research. Results

showed that the level of students understanding of critical and creative thinking skills is

in the moderate level meanwhile the application of critical and creative thinking among

student is satisfactory. And a modul were also made at the end of the report. The purpose

of this modul is to teach the teachers to teach the students the ways to think.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL TESIS iii

PERAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

x

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Pemikiran Kreatif 9

1.8.2 Pemikiran Kritis 9

1.8.3 Konsep Matematik 9

1.8.4 KBKK 9

1.8.5 Persamaan Kuadratik 9

1.8.6 Tahap Kefahaman 10

1.8.7 Tahap Pengaplikasian 10

1.9 Penutup 10

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Definasi Pemikiran Kritis Dan Kreatif 13

2.2.1 Pemikiran Kritis 13

2.2.2 Pemikiran Kreatif 15

2.2.2.1 Kreatif Sebagai Proses 15

Intelektual

2.2.2.2 Kreatif Sebagai Proses 16

Penghasilan Produk

2.3 Model Kemahiran Berfikir Pusat 17

Perkembangan Kurikulum

2.4 Konsep Pemikiran Kritis 17

2.5 Perbezaan Di Antara Pemikiran Kritis 19

xi

Dan Kreatif

2.6 Penyelesaian Masalah 20

2.7 Penerapan KBKK Dalam Penyelesaian 21

Masalah Yang Melibatkan Algebra

2.8 Penutup 22

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Sampel Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 25

3.5 Prosedur Kajian 26

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Analisis Data 27

3.8 Penutup 28

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 29

4.2 Analisis Dapatan Kajian Sebenar 30

4.2.1 Profail Responden 30

4.2.2 Demografi Responden 31

4.2.2.1 Jantina 31

4.2.2.2 Bangsa 32

4.2.2.3 Pencapaian Pelajar Dalam 33

Mata Pelajaran Matematik

xii

KBSM Peringkat PMR

4.2.2.4 Minat Pelajar Dalam Mata 34

Pelajaran Matematik

Tambahan

4.2.2.5 Minat Pelajar Dalam Topik 35

Persamaan Kuadratik

4.2.3 Tahap KBKK Pelajar Mengikut 35

Jenis Kemahiran

4.2.3.1 Kemahiran Merumus Dan 36

Meringkaskan

4.2.3.2 Kemahiran mengecam 41

Pola Dan Corak

4.2.3.3 Kemahiran Membuat Inferens 44

4.2.3.4 Kemahiran Membuat Interpretasi 47

4.2.4 Tahap KBKK 50

4.3 Penutup 51

V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 53

5.2.1 Latar Belakang Responden 53

5.2.2 Tahap Pemahaman Kemahiran 54

Berfikir Kritis Dan Kreatif Di

Kalangan Pelajar Tingkatan 4

5.2.3 Mengenalpasti Sejauhmanakah 55

Pengaplikasian Kemahiran Berfikir

Secara Kritis Dan Kreatif Oleh Pelajar

Tingkatan 4 Dalam Topik Persamaan

xiii

Kuadrataik

5.2.3.1 Kemahiran Mengecam Pola 55

Atau Corak

5.2.3.2 Kemahiran Membuat Inferens 56

5.2.3.3 Kemahiran Merumus Dan 56

Meringkaskan

5.2.3.4 Kemahiran Membuat 56

Interpretasi

5.3 Kesimpulan 57

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 58

5.5 Penutup 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN 66

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan Di Antara Pemikiran Kritis Dan 19

Kreatif

3.1 Soalan Instrumen kajian Mengikut Aras KBKK 26

3.2 Skema Pemarkahan Bagi Sekolah Menengah 28

4.1 Jumlah Soal Selidik Yang Telah Diedarkan 30

Dan Dikembalikan

4.2 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 37

Dan Gagal Menjawab Soalan 1 Dari Aras Merumus

Dan Meringkaskan

4.3 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 38

Dan Gagal Menjawab Soalan 2 Dari Aras Merumus

Dan Meringkaskan

4.4 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 40

Dan Gagal Menjawab Soalan 5 Dari Aras Merumus

xv

Dan Meringkaskan

4.5 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 42

Dan Gagal Menjawab Soalan 3 Dari Aras Mengecam

Pola Atau Corak

4.6 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 43

Dan Gagal Menjawab Soalan 6 Dari Aras

Mengecam Pola Atau Corak

4.7 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 44

Dan Gagal Menjawab Soalan 4 Dari Aras Membuat

Inferens

4.8 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 45

Dan Gagal Menjawab Soalan 9 Dari Aras Membuat

Inferens

4.9 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 46

Dan Gagal Menjawab Soalan 10 Dari Aras Membuat

Inferens

4.10 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 48

Dan Gagal Menjawab Soalan 7 Dari Aras Membuat

Interpretasi

4.11 Menunjukkan Bilangan Responden yang Berjaya 49

Dan Gagal Menjawab Soalan 8 Dari Aras Membuat

Interpretasi

4.12 Peratusan Tahap KBKK Pelajar 51

xvi

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Graf Bar Menunjukkan Jumlah Responden 31

Mengikut Jantina

4.2 Graf Bar Menunjukkan Jumlah Responden 32

Mengikut Bangsa

4.3 Graf Bar Menunjukkan Gred Pelajar Bagi Mata 33

Pelajaran Matematik Peringkat PMR

4.4 Graf Bar Menunjukkan Minat Pelajar Dalam 34

Matematik Tambahan

4.5 Graf Bar Menunjukkan Minat Pelajar Dalam 35

Topik Persamaan Kuadratik

4.6 Graf Bar Menunjukkan Perbezaan Pencapaian 40

Pelajar Mengikut Soalan Pada Aras Merumus

Dan Meringkaskan

4.7 Graf Bar Menunjukkan Perbezaan Pencapaian 43

xvii

Pelajar Mengikut Soalan Pada Aras Mengecam

Pola Atau Corak

4.8 Graf Bar Menunjukkan Perbezaan Pencapaian 47

Pelajar Mengikut Soalan Pada Aras Membuat

Inferens

4.9 Graf Bar Menunjukkan Perbezaan Pencapaian 50

Pelajar Mengikut Soalan Pada Aras Membuat

Interpretasi

xviii

SENARAI SINGKATAN

NO. SINGKATAN KETERANGAN

1. KBKK Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

2. KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

3. PMR Penilaian Menengah Rendah

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Keputusan Kajian 66

B Instrumen Kajian: Soal Selidik 71

C Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 76

D Surat Kebenaran Membuat Kajian Rintis 108

E Surat kebenaran menjalankan kajian daripada 109

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (EPRD)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang

berupaya berfikir secara saintifik ke arah menyumbang kepada pembangunan negara

selaras dengan perkembangan kemajuan dan teknologi pesat yang melanda masyarakat

Malaysia. Menurut Fiske (1992) kemahiran berfikir perlu dipupuk di kalangan pelajar

kerana ekonomi amat memerlukan pekerja yang berupaya menganalisis situasi-situasi

serta menyediakan penyelesaian yang kreatif. Sternberg dan Lubart (1995), pula

menyatakan perkembangan dalam pemikiran kritis dan kreatif ini amat berguna kepada

pelajar serta masyarakat.

Selaras dengan Matlamat Pendidikan Matematik untuk memperkembangkan

pemikiran mantik, analitik, bersistem dan kritis serta melahirkan individu yang dapat

berfungsi dalam kehidupan dengan menghargai setiap keindahan matematik,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal pelbagai program dan kempen sebagai

usaha untuk mencapai matlamat pendidikan matematik.

2

Kepentingan kemahiran berfikir ini telah disedari oleh banyak pihak dan pelbagai

langkah juga telah diambil untuk menerapkan kemahiran berfikir ini di kalangan pelajar.

Contohnya, Amerika Syarikat telah melaksanakan perubahan terhadap kurikulum

pendidikan Matematik berpandukan dokumen “An Agenda for Action (NCTM 1980) ;

Britain membuat perubahan berdasarkan kepada laporan Cockroft 1982 dan ; Australia

mengambil tindakan positif melalui ‘A National Statement for Mathematics’ (Australia

Education Council 1990).

Bagi menerapkan kemahiran berfikir ini, Wilson(1993) telah menyarankan

supaya pengajaran dan pembelajaran matematik dirancang dan dilaksanakan supaya

pelajar dapat mengalami satu proses penyelesaian masalah. Manakala Johnson (1981)

pula menerangkan perkaitan di antara penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir iaitu

pelajar yang berkebolehan tinggi lebih bersistematik semasa menyelesaikan sesuatu

masalah matematik serta cekap dan mahir dalam menggunakan strategi penyelesaian

masalah tersebut.

Kemahiran berfikir merupakan satu proses yang melibatkan pengolahan operasi

mental dalam minda seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah atau

membuat keputusan. Operasi-operasi mental ini dinamakan “kemahiran berfikir” yang

bertindak ke atas rangsangan-rangsangan yang berbentuk maklumat yang diterima

melalui deria-deria individu (John, 1997).

Kemahiran berfikir juga dijalankan sebagai usaha menghubungkan idea melalui

penyusunannya secara teratur. Ia melibatkan usaha membuat kesimpulan, menemui

hubungan-hubungan yang tersembunyi, menstruktur kembali konsep-konsep dan idea

dan mengatur idea-idea ke arah suatu susunan bagi mendapatkan pengertian baru

daripada maklumat yang sedia ada (Kamaruddin, 1989).

Keseluruhannya, kemahiran berfikir ini memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan seseorang dari segi mencipta idea, membuat pertimbangan, serta

menyelesaikan masalah. Menurut Ruggiero (1988), program menggunakan kemahiran

3

berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai dua pendekatan iaitu kemahiran

berfikir perlu diajar dalam kursus-kursus tertentu serta perlu diajar merentasi kurikulum

untuk membentuk sikap serta kemahiran berfikir yang lebih mantap.

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara umum pemikiran ialah sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan

operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda seseorang dengan tujuan

menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif pula merupakan satu kemahiran berfikir yang mempunyai fungsi tertentu.

Dewey (1993), mentakrifkan tahap pemikiran sebagai proses manusia dalam

usaha menyelesaikan masalah matematik manakala Mohd Micheal Abdullah (1995)

menyatakan pemikiran ialah suatu proses membuat keputusan. Menurut Anthony Orton

(1994), matlamat pendidikan matematik yang terdapat dalam literatur pendidikan

matematik boleh diklasifikasikan kepada lima iaitu matematik berguna kerana

1) tersusun

2) berguna

3) bernilai kepada dunia

4) penting kepda kehidupan

5) melatih minda

Selain itu matematik merupakan cara komunikasi yang berkuasa-matematik adalah suatu

bahasa yang unik dengan simbol dan akhir sekali matematik menyeronokkan dan

mempunyai nilai astetika. Kesemua ini menjelaskan peranan yang amat penting tentang

4

keupayaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan dalam mata pelajaran matematik.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak sebab yang boleh dikatakan menjadi

penghalang kepada pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka

sekaligus memperoleh pencapaian yang baik. Antaranya ialah keupayaan mental pelajar

yang lemah. Menurut Hutchinson (1987), kesukaran yang dihadapi dalam kemahiran

penyelesaian masalah yang memerlukan tahap matematik yang tinggi menjadi

penghalang untuk kebanyakkan pelajar dengan tahap keupayaan mentalnya yang lemah

untuk mencapai kejayaan. Terdapat juga segelintir pelajar dengan keupayaan mental

yang lemah yang menghadapi masalah dalam mengaplikasikan strategi penyelesaian

masalah yang betul, (Montague & Bos,1990).

Bukan sahaja itu, pelajar tidak mempunyai gambaran semasa cuba

menyelesaikan masalah. Pelajar juga terburu-buru, kabur dan berfikiran sempit apabila

menghadapi masalah dan ini merupakan sebab pelajar tidak berupaya untuk memperoleh

pencapaian yang baik. Pelajar juga kurang mengaplikasikan kemahiran berfikir ini dan

daripada respon lisan mereka, didapati mereka mempunyai konsep pemikiran yang salah

(Candice, Bos dan Venghan, 1993)

Kebanyakkan pelajar dengan keupayaan mental yang lemah dikatakan

kekurangan fakta matematik dan juga prosedur matematik asas. Walaupun begitu, guru

masih menganggap semua pelajar tahu mengenai fakta asas dan menganggap boleh

mengaplikasikan fakta-fakta tersebut dalam penyelesaian masalah. Andaian yang salah

seperti ini juga merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada kegagalan pelajar.

(Huntington, 1994).

Selain itu, tanggapan guru terhadap alam matematik juga mempengaruhi

keupayaan pelajar untuk menjadi pemyelesai masalah yang mahir (Thompson 1989).

Manakala menurut Raymond, Santos, Masingila (1991), kaedah mengajar sebenarnya

dipengaruhi oleh tanggapan guru dan ini pula membawa kepada kesan yang mendalam

5

terhadap sistem kepercayaan pelajar. Sehubungan dengan itu, guru dipercayai

memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar dan juga kelakuan mereka

terhadap matematik (Emenaker 1993). Kars (1991) menyatakan bahawa guru dengan

tabiat matematik yang negatif sebenarnya mendorong pembelajaran yang akan

mempunyai balasan yang tidak terdaya dari para pelajar.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah perlulah mengambil peranan dalam

mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menerapkan kemahiran berfikir ini

di kalangan pelajar untuk melahirkan golongan manusia yang dapat menyumbang tenaga

dalam pelbagai bidang untuk memajukan negara.

1.3 Pernyataan Masalah

Pemikiran kritis dan kreatif merupakan satu aktiviti yang kompleks dan tidak

boleh dianggap bahawa kaedah tertentu dapat mengembangkan kemahiran berfikir ini di

kalangan pelajar. Robert Ennis(1985), menyatakan bahawa pemikiran kritis merupakan

suatu pemikiran munasabah yang lebih kepada apa yang perlu dipercayai atau dibuat

manakala pemikiran kreatif pula lebih kepada ciri-ciri peribadi.

Kemahiran berfikir merupakan satu kemahiran yang amat perlu diterapkan di

kalangan pelajar untuk melahirkan pelajar yang mahir bukan sekadar dapat

menyelesaikan masalah tetapi dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menganalisis

soalan yang diberi kepadanya. Perkembangan pemikiran kritis dan kreatif ini sudah mula

dikenali oleh semua bahawa ia amat berguna kepada pelajar dan juga masyarakat.

(Stenberg & Lubart, 1995)

6

Seperti yang kita sedia maklum, Pendidikan matematik sedang menerajui satu

revolusi yang hebat. Kurikulum Matematik KBSM telah meletakkan penyelesaian

masalah sebagai salah satu komponen penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran matematik. Pendedahan pelajar kepada penyelesaian masalah diharapkan

dapat meninjau tahap keupayaan mereka untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah

yang diberi. Untuk merealisasikan visi kurikulum pendidikan matematik, semua pihak

khususnya pihak sekolah perlulah mengambil bahagian dalam menjayakan visi tersebut.

Oleh itu, kajian ini akan mengkaji tahap kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif di kalangan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah perkembangan

pemikiran pelajar-pelajar sekolah dalam matapelajaran matematik tambahan yang

dikatakan sebagai salah satu matapelajaran yang susah. Antara objektif kajian ialah:

1) Menentukan tahap sejauhmana pelajar Tingkatan 4 memahami konsep kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif .

2) Mengenalpasti sejauhmanakah pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif pelajar tingkatan 4 dalam matapelajaran matematik tambahan

terutamanya topik persamaan kuadratik.

3) Menyediakan panduan untuk guru matematik melaksanakan pengajaran yang

menerapkan KBKK dalam topik persamaan kuadratik.

7

1.5 Persoalan Kajian

Antara soalan-soalan yang dikemukakan semasa menjalankan kajian ini:

1) Apakah tahap pelajar tingkatan 4 dalam memahami

konsep kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ?

2) Sejauhmanakah pengaplikasian kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif pelajar dalam matapelajaran matematik

tambahan terutamanya dalam topik persamaan kuadratik ?