bengkel permukiman transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada...

32
www.kkmm.gov.my Bengkel Permukiman Transformasi Tingkat Kesedaran Mengenai ASEAN 08 Ketua Setiausaha Negara Rasmi RTM Licensed Broadcaster 19 Majlis Pra Pelancaran Merdeka 30

Upload: others

Post on 05-Nov-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

www.kkmm.gov.my

Bengkel Permukiman

Transformasi

Tingkat Kesedaran Mengenai ASEAN08 Ketua Setiausaha Negara

Rasmi RTM Licensed Broadcaster19 Majlis Pra Pelancaran Merdeka30

Page 2: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Pelan Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah diperkenalkan menggariskan tujuh (7) teras pelan strategik bagi meningkatkan sumbangan jabatan dan agensi di bawah KKMM sebagai ejen penyampaian terbaik kepada rakyat. Tujuh (7) pelan strategik tersebut ialah pengurusan isu semasa, kepimpinan, digital, kreativiti dan inovasi, menghubungkan masyarakat, keharmonian rakyat dan transformasi pengurusan.

Warga kementerian adalah penjawat awam yang menjadi agen transformasi paling hadapan dalam perantaraan di antara rakyat dan kerajaan. Usaha transformasi ini adalah bertepatan dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak iaitu sebuah program menyeluruh yang mengubah dasar Kerajaan untuk menjadi institusi yang lebih cekap dan berpegangkan rakyat.

Saya percaya jika tiada pembudayaan nilai keperibadian integriti yang tinggi, maka nilai kepercayaan rakyat dan pelanggan khususnya terhadap pegawai awam akan mula diragui dan usaha transformasi negara pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, saya menyeru agar usaha transformasi dilaksanakan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa oleh warga kementerian demi mencapai objektif yang telah ditetapkan seterusnya membantu Kerajaan dalam usaha mencapai Negara Maju pada Tahun 2020.

Dari MejaKetua Setiausaha

Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi Ketua SetiausahaKementerian Komunikasi dan Multimedia

PENASIHATDato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi

Ketua Setiausaha

Dato’ Mohid MohamedTimbalan Ketua Setiausaha I

KETUA EDITORHajah Zuraidah Zainuddin

EDITORNorbaya Jamaludin

Hajah Zaiton Abu BakarSiti Mahmudah SudimanUnit Komunikasi Korporat

SUB EDITORDalila Abdulmajid

Bahagian Antarabangsa

Markus Lim Han King MCMC

Purkhan Mokhtar RTM

Noor Hidayah Yusuf JAPEN

Ramshah Idris IPPTAR

Siti Aisah binti Muharom JASA

Zarina Rozali BERNAMA

Sarah Nilluny Binti Shafin MYNIC

FOTOGRAFIAbdul Hadi Md. Soom

Rosli IsmailJAPEN

JASAIPPTAR

RTM

PENGEDARANNor Aisah Ab Razak

Azlina BaharuddinHaslinda Mohamed

Norliana Sani

URUSETIA BULETIN KKMMUnit Komunikasi Korporat

Aras 23, Kompleks KKMMPersiaran Perdana, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 Putrajaya

Tel : 03-89115207Faks : 03-89115183

Page 3: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

04

19

13

05

20

06

21

14

08

23

16

18

07

22

15

09

24

25

10

26

11

26

12

27

28

29

3031

KANDUNGAN

KKMM Perluas SiaranTv satelit ke pedalaman

Majlis Ramah Mesra YB Menteri Bersama Persatuan Perfileman Di finas

Mendepani Media Dengan Yakin

Ketua Setiausaha Negara Rasmi RTM Licensed Broadcaster

YB Menteri BerbasikalBersama Warga KKMM

BERNAMA Pelopori Kerjasama Agensi Media

Kepakaran IPPTAR Diakui Kerajaan Oman

Kuiz ASEAN Meningkatkan Kesedaran Mengenai Asean

Sambutan ulang tahunBernama ke-46

Bengkel PermukimanPelan Transformasi KKMM

Seminar GST Anjuran MCM Beri Kesedaran Mengenai Pelaksanaan dan Impaknya

Majlis Makan Malam,“Terima Kasih, Setiausaha”

RTM Tetap Unggul Dan Relevan Untuk Rakyat

Lawatan Wartawan Republik Indonesia Ke Malaysia

Persidangan Menteri-menteriPenerangan Asean Ke-12 (AMRI)

Kursus Kepimpinan Penggerak Karisma

Kem Pembangunan Remaja Kreatif

Sambutan Hari Telekomunikasi Dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2014

Program.myBuddies

Pendaftaran Pengguna dibawahKeperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) Berjalan Lancar

Program I’m Ceo Day

Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Bersama Ketua Setiausaha Kementerian

Aktiviti Pusat Sumber KKMM

Majlis Pelancaran Kartun Studios oleh YB Menteri KKMM

Majlis Pelancaran Pertandingan Video Pendek Merdeka Escape Celcom

Majlis Pra Pelancaran Merdeka

Logo Kemerdekaan

Peranan Malaysia Dalam Mempromosikan Negara-negara Selatan Melalui Executive Talk

19

1627

Page 4: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM4

Majlis Ramah Mesra YB Menteri bersama Persatuan Perfileman di FINAS

P ada 19 Mei 2014, bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem

Nasional Malaysia (FINAS), satu Majlis Ramah Mesra YB Menteri Komunikasi dan Multimedia (KatM), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama Persatuan Perfileman telah diadakan.

Menyedari wujud jurang dan masalah komunikasi antara FINAS dan persatuan perfileman, beliau meminta YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi selaku Ketua Setiausaha (KSU) KKMM mengadakan sesi dialog dan mesyuarat pada peringkat kementerian serta persatuan diadakan bagi membincangkan permasalahan seterusnya mencari penyelesaian berhubung perkara itu secara berkala.

Beliau turut menyatakan bahawa walaupun masih ada masalah tertunggak seperti soal hak cipta, royalti dan dana dalam membantu industri perfileman negara, bukan bermakna kementerian menutup mata dalam perkara itu, sebaliknya pihak terbabit sedang berusaha ke arah memajukan serta membangunkan industri seni dengan peruntukan yang diberikan kerajaan.

Antara ahli persatuan yang turut hadir adalah Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA), Datuk M Daud Wahid; Timbalan Pengerusi 1 Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia Malaysia (CCIG), Datuk Ahmad Tamimi Siregar; Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datin Paduka Shuhaimi Baba; dan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Jurey Latiff Rosli.

Page 5: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 5

Menyedari saluran televisyen percuma sukar menembusi kawasan pedalaman, KKMM dengan kerjasama rangkaian televisyen berbayar, ASTRO merialisasikan impian penduduk di sana menerusi penyerahan penyahkod ASTRO NJOI dan set televisyen. Kerjasama ini telah dilaksanakan sejak tiga (3) tahun lalu yang bermula di Negeri Sabah dan Sarawak. KKMM juga kini mula meluaskan program berkenaan ke Pahang, Perak dan Negeri Sembilan dalam usaha memberi kemudahan kepada Orang Asli mengikuti perkembangan yang dilaksanakan pihak kerajaan terutama menerusi berita semasa dan maklumat terkini.

ASTRO NJOI adalah perkhidmatan televisyen satelit percuma pertama di Malaysia oleh ASTRO tanpa yuran bulanan. Dengan itu, Masyarakat Orang Asli di kawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia kini berpeluang menonton siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan saluran lain dengan lebih jelas apabila KKMM memperluaskan siaran televisyen melalui satelit.

KKMM Perluas Siaran TV Satelit ke Pedalaman

M ajlis Penyerahan Set Televisyen Dan Dekoder Astro NJOI kepada 106 keluarga Orang Asli dari Sungai Berua, Hulu Terengganu dan

lapan (8) keluarga dari Sungai Sayap, Keruak, Besut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Jailani Johari, selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bertempat di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua pada 12 April 2014.

Page 6: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM6

Turut hadir menyertai aktiviti riadah itu, YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Datuk Che Azemi Haron selaku Timbalan Ketua Setiausaha II, YBhg. Dato’ Bala selaku Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan). Suasana hujan tidak mematahkan semangat untuk beriadah dan patut dicontohi sikap mesra YB Menteri dan para pegawai tinggi KKMM.

YB Menteri berharap agar aktiviti ini akan diteruskan bagi melahirkan warga kerja yang bukan sahaja berkaliber dalam melakukan tugas di pejabat malah dapat melakukan aktiviti yang sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Kementerian tanpa mengira status dan bangsa.

Pada 16 April 2014, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) meluangkan masa bersama-sama dengan warga KKMM untuk beriadah. Aktiviti berbasikal anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini. Warga Kementerian berpeluang untuk melakukan aktiviti yang sihat pada setiap hari Rabu, jam 5.30 petang. Bermula dengan senamrobik KKMM selama satu (1) jam diikuti dengan aktiviti berbasikal.

Page 7: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 7

Bersempena dengan Minggu Setiausaha 2014, Institut Penyiaran dan

Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) telah menganjurkan Majlis Makan Malam “Terima Kasih, Setiausaha” pada 24 April 2014 bertempat di Dewan Cendiakawan, Angkasapuri. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Majlis ini diadakan sejurus tamat Kursus Setiausaha Berketerampilan dan Profesional oleh pihak IPPTAR. Semua Setiausaha Pejabat dan Ketua Pejabat KKMM dijemput hadir. Artis-artis terkenal tanak air seperti Dayang Nurfaizah, Adira, Aliff Satar, Saiful Apek, Yassin dan Nurkhairuah turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut.

Setiausaha pejabat yang hadir bersama Ketua Jabatan masing-masing kelihatan sangat ceria dan berpakaian glamor bersesuaian dengan tema majlis tersebut iaitu “Ceria dan Glamor”. Melalui majlis ini, hadirin yang hadir melahirkan rasa terharu dan gembira kerana diraikan bersama Ketua masing-masing.

Page 8: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM8

K uiz ASEAN merupakan salah satu program

utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee of Information and Culture) dan dilaksanakan dua (2) tahun sekali di peringkat kebangsaan dan serantau. Kuiz ASEAN 2014 merupakan penganjuran kali ke-6 sejak diperkenalkan pada tahun 2002.

Pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta, mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara-negara ASEAN dan menyemai semangat kesefahaman dan setia kawan dalam kalangan generasi muda selaku peneraju masa depan ASEAN serta meningkatkan minat membaca dan kaedah pencarian maklumat dalam kalangan peserta.

Meningkatkan Kesedaran Mengenai ASEAN Kuiz ASEAN

Tema bagi Kuiz Asean pada tahun ini adalah “Moving forward in unity, to a peaceful and prosperous community”.

Tema bagi Kuiz Asean pada tahun ini adalah “Moving forward in unity, to a peaceful and prosperous community”. Kaedah pertandingan adalah secara dalam talian (on-line) bermula 11 Mac 2014 dan juga secara langsung yang bermula pada 10 April 2014 bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Pertandingan tersebut dimenangi oleh Chew Tzu Chen dari SMK Convent Lebuh Light, Pulau Pinang, diikuti oleh Mohd Syahmi Mohammad Norman dari SMK Sains Labuan dan Mimielilian Hee dari SMK Mat Salleh Ranau, Sabah.

Page 9: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 9

Malaysia telah menyerahkan kepengerusian AMRI kepada Myanmar sebagai Pengerusi AMRI yang baru semasa Mesyuarat AMRI ke-12 ini. Antara perkara yang telah dibincangkan dalam persidangan ini adalah berkenaan status terkini, hala tuju serta fokus kerjasama dalam bidang penerangan dan media bagi dua (2) tahun akan datang. Selain itu, persidangan ini juga telah membincang mengenai Portal ASEAN Virtual Learning Resource Centre (AVLRC), ASEAN Digital Broadcasting (ADB), Kumpulan Kerja dan Terma Rujukan di bawah Pegawai-pegawai

Persidangan Menteri-MenteriPenerangan ASEAN ke-12 (AMRI)

dan Persidangan ke-3 Menteri-Menteri Penerangan ASEAN Campur Tiga (AMRI Plus Three)

Persidangan Menteri-Menteri Penerangan ASEAN ke-12 (AMRI) dan Persidangan ke-3 Menteri-Menteri Penerangan ASEAN Campur Tiga (AMRI Plus Three) telah diadakan

di Nay Pyi Taw, Myanmar dari 9 hingga 13 Jun 2014. YB. Dato’ Jailani bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mewakili negara ke persidangan ini. Pegawai-pegawai kanan Kementerian telah turut menghadiri Persidangan AMRI ke-12. Tema bagi Persidangan AMRI ke-12 adalah ‘Social Responsible Media for a Peaceful and Prosperous Community’.

Kanan Penerangan ASEAN serta Status Pelan Komunikasi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN dan Pelan Komunikasi Kebangsaan.

KKMM juga telah melaporkan mengenai beberapa program kerjasama ASEAN yang akan dilaksanakan oleh Malaysia bagi tahun 2015 di persidangan tersebut. Menteri-menteri Penerangan ASEAN telah memperakukan Deklarasi Nay Pyi Taw ‘Social Responsible Media for a Peaceful and Prosperous Community” sebagai hasil persidangan ini.

Page 10: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM10

S ambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD)

2014 telah disambut secara sederhana di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah pada 25 Mei 2014 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Menurut beliau, menjelang 2017, lebih 90 peratus kawasan di negeri Sabah bakal menikmati kemudahan perkhidmatan jalur lebar hasil daripada pelaksanaan projek Fasa II Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSSB) dan pembinaan 179 menara telekomunikasi baharu. Sehingga kini sebanyak 140 menara telekomunikasi telah beroperasi di seluruh negeri ini manakala 70 menara lagi dalam pembinaan.

Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi

Sedunia 2014

Sempena sambutan ini, karnival bertemakan

‘Jalur Lebar untuk Pembangunan Mampan’ berlangsung selama dua

(2) hari bertujuan mendidik masyarakat mengenai impak

penggunaan perkhidmatan aplikasi jalur lebar yang

mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

MCMC bersama agensi lain di bawah Kementerian akan terus meningkatkan tahap penembusan jalur lebar di Sabah terutamanya aplikasi-aplikasi dan pusat-pusat khidmat seperti Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar serta Pusat Kampung Tanpa Wayar.

Sempena sambutan ini, karnival bertemakan ‘Jalur Lebar untuk Pembangunan Mampan’ berlangsung selama dua (2) hari bertujuan mendidik masyarakat mengenai impak penggunaan perkhidmatan aplikasi jalur lebar yang mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Turut hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KKMM, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Joachim Gunsalam; Pengarah Penyiaran negeri, Abdul Jalani Mahmud serta Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, K. Juslly Elis.

Page 11: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 11

Status pelaksanaan pendaftaran Pengguna di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

(Akta 709) itu dijalankan menerusi tiga fasa iaitu fasa pertama yang memberi tumpuan kepada aspek pendaftaran pengguna data yang terlibat dan mengadakan program kesedaran umum. Memandangkan fasa pertama telah melebihi sasaran, maka fasa kedua sudahpun dimulakan pada April lepas.

Pada sidang media mengenai status pelaksanaan pendaftaran pengguna akta tersebut pada 20 Mei 2014, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyatakan bahawa fasa kedua memberi penekanan kepada aspek pematuhan dan penilaian bagi mengukur tahap kesediaan entiti pengguna data bagi membangunkan kod tata amalan dan lain-lain amalan terbaik. Forum Pengguna Data akan dilaksanakan bagi mewujudkan tata amalan, selain itu beberapa garis panduan nasihat berhubung pemasaran langsung, panduan pematuhan, hubungan majikan pekerja dan pendekatan persetujuan juga telah dimuat naik dalam portal Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Seterusnya bagi fasa ketiga pula yang dijangka akan dimulakan pada Julai atau Ogos tahun ini yang akan merangkumi pelaksanaan penuh

Keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

Akta 709 melalui penyeliaan, pemantauan, pemeriksaan dan penyiasatan.

Komitmen pengguna data itu selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) pada 15 November tahun lepas, yang diperkenalkan bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial. Akta itu diluluskan pada April 2010 sebagai sebahagian matlamat dasar ke-10 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat serta kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di Malaysia.

Pendaftaran Pengguna di bawah

Berjalan Lancar

Page 12: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM12

Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama Ketua Setiausaha (KSU)

Kementerian dan Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan telah diadakan pada 11 Jun 2014 di Angkasapuri. Kedatangan KSN, YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa telah disambut oleh KSU Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi bersama Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg. Dato’ Norhyati Hj. Ismail.

KSN juga telah merasmikan gimik RTM Licensed Broadcaster di Balai Perdana Angkasapuri yang disiarkan secara langsung menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1, RTM. Selain itu juga, sesi Town Hall KSN yang diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal bersama kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah diadakan secara tertutup.

Antara kandungan intipati sesi pertemuan tertutup tersebut, KSN telah memberi amanat agar perbanyakkan usaha memperkasakan perkhidmatan awam dan penambahbaikan skim perkhidmatan yang lebih efektif dan mementingkan kebajikan kakitangan. Sesi Town Hall yang dikendalikan oleh Pengarah Berita Ehwal Semasa, Tuan Haji Wan Bukhari Wan Daud tersebut dengan jayanya berjalan dengan lancar.

Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan

Ketua Jabatan Persekutuan di

Angkasapuri

Page 13: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 13

Fokus utama Executive Talk seumpama ini adalah memberikan kefahaman dan garis panduan yang lebih baik kepada Negara-negara Selatan dalam menambah pengetahuan serta persediaan dalam menghadapi cabaran kebebasan bersuara yang wujud di dalam media baru di samping menghormati hak demokrasi media yang sedia ada khususnya di kalangan Negara-negara Selatan.

Seramai 119 orang telah menghadiri sesi pada kali ini dan rata-ratanya adalah di kalangan Kedutaan Asing, pengamal media, ahli akademik tempatan, wakil Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pegawai daripada Agensi Kerajaan, pelajar universiti awam dan juga swasta. Bagi menjayakan program ini penceramah yang dijemput ialah Encik Enrique Gonzales Kong yang mewakili Kedutaan Venezuela dan juga seorang penceramah berpengalaman iaitu Ambassador Zainol Rahim bin Zainuddin, Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Strategik dan Polisi, Kementerian Luar Negeri.

Peranan Malaysia Dalam Mempromosikan Negara-Negara Selatan Melalui Executive Talk

Pusat Operasi Pertukaran Berita dan Bahan Penyiaran (SSIG), Bahagian

Antarabangsa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah menganjurkan Executive Talk bertajuk South-South Cooperation In Relation To Media Democracy and Freedom of Expression pada 29 Mei 2014 di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha I, KKMM.

Page 14: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM14

H.E. Dr. Abdul Munim bin Mansour bin Said Al-Hasani, Menteri Penerangan Oman

mengambil kesempatan meninjau perkembangan latihan di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dalam lawatan kerja dua (2) hari ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dari 17 hingga 18 April 2014. Turut bersama-sama dalam rombongan tersebut ialah H.E. Janab Sayid Fakhri Mohamed Said Al-Said, Duta Oman ke Malaysia dan Mr. Badar Saif Al-Kindi, Penasihat Hal Ehwal Pembangunan dan Pentadbiran.

Dalam lawatan tersebut, taklimat mengenai latihan-latihan yang ditawarkan oleh IPPTAR sebagai pusat latihan bersepadu KKMM telah diberikan oleh Encik Jeewa Vengadasalam, Timbalan Pengarah IPPTAR.

H.E. Dr. Abdul Munim memaklumkan objektif kunjungan adalah untuk mengeratkan hubungan antara Oman dengan Malaysia. Kedua-dua pihak boleh berkongsi dan menimba ilmu

KepakaranIPPTARdiakui Kerajaan Oman

Dalam lawatan tersebut, taklimat mengenai latihan-latihan yang ditawarkan oleh IPPTAR sebagai pusat latihan bersepadu KKMM telah diberikan oleh Encik Jeewa Vengadasalam, Timbalan Pengarah IPPTAR.

pengetahuan dalam bidang latihan. Beliau juga melahirkan hasrat untuk menempatkan pegawai-pegawai dari Oman bagi mengikuti latihan di IPPTAR, khususnya dalam bidang penerbitan dan kejuruteraan penyiaran. Selain itu, Oman juga berminat mendapatkan kepakaran jurulatih IPPTAR untuk dihantar ke Oman dalam usaha membangunkan latihan dalam kedua-dua bidang tersebut. Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan mesra.

Di akhir majlis, YBhg. Dato’ Adilah Shek Omar, Pengarah IPPTAR bertukar-tukar cenderamata dengan H.E. Dr. Abdul Munim bin Mansour bin Said Al Hasani sebagai tanda kenang-kenangan dan silaturrahim yang berkekalan.

Page 15: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 15

Pada 18 Mei hingga 23 Mei 2014, Jabatan Penerangan Malaysia bersama dengan

ISWAMI (Ikatan Setiakawan Wartawan Indonesia-Malaysia) dan YIRMI (Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia) telah menganjurkan satu lawatan wartawan Republik Indonesia ke Malaysia.

Antara objektif program ini adalah menjalinkan hubungan silaturrahim antara pengamal media kedua-dua buah negara, meningkatkan aliran penyebaran maklumat yang benar dan tepat, mencegah salah faham yang boleh menjejaskan hubungan dua hala (bilateral) dan membuka pintu bagi memudahkan penerimaan dan penyiaran berita positif dari Malaysia di media massa Indonesia.

Melalui lawatan ini juga, persahabatan dan persefahaman pengamal media dari kedua-dua buah negara dapat diwujudkan dan seterusnya

Lawatan WartawanRepublik Indonesiake Malaysia

mampu menangkis gambaran negatif hubungan bilateral Malaysia-Indonesia.

Program lawatan ini banyak bertumpu kepada kawasan yang mempunyai penduduk yang berketurunan Banjar, Jawa, Bugis dan sebagainya di sekitar negeri Perak dan Selangor. Para wartawan yang terlibat kebanyakannya mewakili setiap daripada kaum itu sendiri bagi membolehkan mereka dapat mendekati dan mendalami kehidupan masyarakat itu di Malaysia.

Antara lokasi bersejarah yang dilawati adalah Menara Condong di Teluk Intan, Perak. Delegasi wartawan juga turut menikmati jamuan makan malam bersama dengan YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim di Hotel Istana pada 18 Mei 2014. Selain itu mereka juga turut menikmati jamuan makan malam bersama dengan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia di Hotel Istana pada 22 Mei 2014.

Page 16: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM16

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah menggariskan tujuh (7) teras pelan strategik yang terhasil semasa Bengkel Permukiman Pelan Transformasi KKMM pada 11 April 2014 di A’Famosa, Melaka. Bengkel selama tiga (3) hari tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Tinggi Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KKMM.

TRANSFORMASI KKMMBengkel Permukiman Pelan

Page 17: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 17

Sepanjang bengkel tersebut, para pegawai diberi peluang dalam membincangkan usaha-usaha transformasi kementerian dan cabaran yang bakal dihadapi. Melalui perbincangan ini, pelbagai idea dapat dijana dan dibentangkan semasa bengkel tersebut.

7 teras tersebut adalah:P Pengurusan isu semasaP KepimpinanP DigitalP Kreativiti dan inovasiP Menghubungkan masyarakatP Keharmonian rakyatP Transformasi pengurusan

Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi selaku peneraju bengkel transformasi itu menyatakan bahawa usaha transformasi yang bakal dilaksanakan tidak akan memberikan sebarang pengertian sekiranya integriti warga KKMM berada di tahap yang rendah. Beliau amat berharap agar para pegawai yang hadir dapat menyampaikan kepada warga

KKMM yang lain dan memberi kerjasama dalam usaha transformasi ini seterusnya dapat mencapai visi, misi dan objektif Kementerian khususnya.

YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, selaku Menteri KKMM dalam ucapan penutup bengkel tersebut berharap pelan transformasi ini dapat meningkatkan sumbangan Jabatan dan agensi sebagai ajen penyampaian terbaik kepada rakyat.

Page 18: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM18

P elaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST yang bakal

berkuatkuasa di seluruh negara pada 1 April 2015 depan dijangka memberikan impak yang signifikan kepada industri komunikasi dan multimedia di negara ini. Menyedari hakikat itu, satu sesi taklimat khas mengenai GST telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Auditorium MCMC, Cyberjaya pada 22 Mei 2014.

Dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Dasar MCMC, sesi taklimat selama setengah hari itu bertujuan untuk mendedahkan kakitangan MCMC mengenai intipati GST dan sejauhmanakah industri komunikasi dan multimedia akan terkesan dengan pelaksanaan GST. Selain itu, sesi tersebut juga bertujuan membetulkan tanggapan sesetengah pihak yang masih kabur dengan tujuan sebenar pelaksanaan GST dan persiapan industri komunikasi dan multimedia dalam berhadapan dengan regim percukaian baharu.

Sesi taklimat itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Kastam Unit Tugas Khas GST, Faizulnudin Hashim. Hadir sama ialah Pengerusi MCMC, YBhg. Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Ketua Pegawai Pembangunan Industri, YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah Yunus, Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi Strategik, Sheikh Raffie Abd Rahman.

Seminar GST Anjuran MCMC Beri Kesedaran Mengenai Pelaksanaan dan Impaknya

Kakitangan yang hadir tidak melepaskan peluang dengan mengajukan pelbagai soalan kepada penceramah bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung mekanisme pelaksanaan GST. Kadar GST sebanyak 6% yang akan dilaksanakan oleh Malaysia tahun hadapan merupakan yang terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN yang mengenakan kadar yang lebih tinggi iaitu antara 7 hingga 10%. Dengan pelaksanaan GST pada April 2015 nanti, Malaysia akan menjadi negara terbaru untuk melaksanakan GST selepas 160 buah negara yang lain.

Page 19: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 19

Pada 11 Jun 2014 bertempat di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Angkasapuri, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa telah melancarkan Perasmian RTM Licensed

Broadcaster dan seterusnya melancarkan “One Day To World-Cup” iaitu sehari sebelum bermula perlawanan Bola sepak Piala Dunia itu di Balai Perdana Angkasapuri. Majlis ini mencatat sejarah bermakna kepada RTM yang pada ketika itu gah mempromosi Piala Dunia FIFA 2014-Rio To Malaysia. Ini adalah satu pengiktirafan kerajaan kepada RTM sebagai Penyiar Berlesen untuk menyiarkan perlawanan bolasepak terbesar lagi berprestij di dunia itu bermula dari 12 Jun hingga 14 Julai 2014. Kehadiran KSN itu disambut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg. Dato’ Norhyati Ismail dan anggota Direktorat bersama Ikon-ikon RTM yang berpakaian baju-t rasmi FIFA2014 dan jersi negara Malaysia.

Pelancaran yang dibuat secara ringkas disiarkan secara langsung melalui siaran Selamat Pagi Malaysia TV1, mulai jam 8.45 pagi.Pengacara sukan, Fahrin Ahmad secara simbolik keluar dari skrin video menyerahkan sebiji bola “Brazuca” kepada Tan Sri Ali Hamsa yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi untuk ditanda tangani. Beliau kemudian meletakkan bolatersebut di atas podium khas yang mengaktifkan showreel RTM Licensed Broadcaster dan seterusnya melabuhkan Banting sebagai gimik pelancaran. Sebagai tanda penghargaan pihak RTM, KSN dihadiahkan cenderamata Replika Mini Brazuka dan Replika Piala Rasmi FIFA dan kesemua KSU serta Ketua JabatanKerajaan Persekutuan lain pula menerima Mini Replika Brazuka daripada Ikon-ikon RTM yang terlibat.

Page 20: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM20

Mengambil insiden kehilangan MH370 sebagai kes rujukan, Pejabat Ketua

Setiausaha Negara (KSN) dengan kerjasama Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) bertindak pantas mengaturkan kursus khas untuk KSN, Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Perkhidmatan di pelbagai jabatan, agensi dan kementerian dalam perkhidmatan awam.

Kursus Mendepani Media dipilih sebagai tajuk bertujuan mendedahkan peserta kepada cara yang betul mengendalikan sidang media dan menangani isu-isu panas yang boleh memerangkap jurucakap Kerajaan apabila berhadapan dengan soalan-soalan ‘terjah’ (ambush questions) daripada pihak media.

Memahami hasrat KSN, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, hampir 40 KSU, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) dan Ketua Pengarah (KP) tampil menghadirkan diri ke kursus berkenaan. Kursus diadakan pada 14 dan 15 Jun 2014 yang padat dengan aktiviti termasuk ‘lakon watak’. Melalui kursus ini, kemahiran menyampaikan maklumat dan mesej kerajaan secara lebih berketerampilan, profesional dan berkesan dalam kalangan pegawai kanan kerajaan dapat dicapai. Setiap tenaga kerja IPPTAR merasa bangga kerana diberi kepercayaan mengendalikan kursus yang dihadiri tetamu kenamaan dalam kalangan KSN, KSU, TKSU dan KP adalah sesuatu yang amat luar biasa dalam sejarah kerjaya di IPPTAR.

Peserta diberi pendedahan terhadap ‘Landskap Media Hari Ini’ yang mengupas isu-isu semasa termasuk pendekatan yang digunakan oleh pihak pengurusan media dalam melaporkan

MendepaniMedia Dengan Yakin

perkembangan terkini MH370. Menerusi tajuk ini juga, para peserta dapat melihat bagaimana maklumat yang diberi boleh diputarbelitkan tanpa diduga. Dalam pada itu, para peserta diingatkan perlunya mereka memperluas sistem penyampaian maklumat daripada penggunaan media konvensional sahaja kepada teknologi terkini termasuk aplikasi media sosial.

Peserta juga didedahkan teknik-teknik menjawab soalan menerusi sidang media terbuka dan program bual bicara di studio dan bentuk soalan ‘terjah’ (ambush questions) oleh wartawan.

Tan Sri KSN ternyata puas hati dengan hasil kursus tersebut dan mengarahkan supaya kursus yang serupa dirangka bagi peserta Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Peserta diberi pendedahan terhadap ‘Landskap Media Hari Ini’ yang mengupas isu-isu semasa termasuk pendekatan yang digunakan oleh pihak pengurusan media dalam melaporkan perkembangan terkini MH370.

Page 21: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 21

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan agensi berita Indonesia, ANTARA,

mengorak langkah untuk mewujudkan kerjasama dengan semua agensi berita di Asia Tenggara agar pembentukan Komuniti Asean 2015 dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat di rantau itu.

Kedua-dua agensi berita itu sepakat bahawa hubungan erat dalam kalangan agensi berita nasional di Asia Tenggara dapat memberi maklumat dan kesedaran kepada rakyat bahawa penubuhan Komuniti Asean mampu menjadikan mereka bangsa bermartabat di peringkat antarabangsa. Perkara tersebut terkandung dalam Deklarasi Bandung sempena Sidang Kemuncak BERNAMA-Antara yang berlangsung selama tiga hari. Selain itu, bagi memastikan tujuan pembentukan Komuniti Asean yang saling memahami, sejahtera, dinamik, rukun dan damai, BERNAMA-Antara akan melaksanakan peranan sebagai penyalur maklumat kepada rakyat secara efektif dan sebaik mungkin.

Sidang kemuncak itu juga sepakat bahawa BERNAMA-Antara akan sentiasa memperkukuh hubungan serta kerjasama yang telah terjalin erat antara kedua-dua agensi berita tersebut, sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh mengetuai delegasi pemimpin kanan pegawai agensi berita Malaysia, manakala Antara diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saiful Hadi. Turut hadir, Ketua Pengarang Antara, Akhmad Kusaeni, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri BERNAMA, Datuk Zakaria Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio Visual BERNAMA, Mokhtar Hussain serta Ketua Pegawai Operasi Radio24, Azlan Idris.

Sidang kemuncak BERNAMA-Antara 2014 yang bertemakan “Bersama Merintis Kejayaan” adalah yang kedua selepas pertama kali diadakan di Melaka pada 2011. Sementara itu, Datuk Zulkefli berkata

sinergi antara kedua-dua agensi berita Malaysia dan Indonesia itu banyak memberi manfaat dan pencerahan maklumat kepada rakyat kedua-dua negara. Kerjasama antara BERNAMA-Antara terbukti memberi impak yang cukup besar bagi meningkatkan hubungan negara terlibat dari segi sosial, ekonomi, politik dan budaya. Komitmen BERNAMA-Antara mampu memaksimumkan potensi yang dimiliki agensi terlibat dalam perkongsian pemberitaan teks, program televisyen dan radio.

Pada sidang kemuncak itu juga, BERNAMA-Antara melancarkan program pertukaran terbaharu terbitan BERNAMA TV dan Antara TV berjudul ‘Salam Dari Kuala Lumpur’ dan ‘Salam Dari Jakarta’ yang telah disiarkan mulai 28 Jun 2014. Program ‘Salam Dari Kuala Lumpur’ selama 30 minit terbitan BERNAMA TV yang mengutarakan isu-isu semasa, berita bercorak santai dan kejayaan rakyat Indonesia di Malaysia akan disiarkan oleh Antara TV di Indonesia, manakala BernamaTV akan menyiarkan ‘Salam Dari Jakarta’ terbitan Antara TV.

Kedua-dua agensi berita berkenaan juga bercadang menerbitkan bersama tabloid ‘Sinergi’ yang berkisar pelbagai berita mengenai Malaysia dan Indonesia tidak lama lagi.

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 21

BERNAMA Pelopori Kerjasama Agensi Media

Page 22: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM22

Antara amanatnya ialah RTM perlu mengekalkan identiti yang telah dibina sejak awal penubuhannya lagi, RTM merupakan sebuah agensi penyiaran yang kekal relevan sebagai penyampai maklumat utama kepada rakyat, Kerajaan dan industri. Kakitangan RTM juga diingatkan agar mengekalkan prestasi yang proaktif, berdedikasi, berkeyakinan dan komited kepada bidang tugas agar dapat menyumbang peranan penting dalam organisasi. Ketua Pengarah Penyiaran juga memaklumkan beberapa perancangan dan penambahbaikan sedang dilakukan dalam membentuk RTM yang dinamik, relevan dan penting kepada Kementerian dalam usaha membina bangsa, ketenteraman awam dan Negara.

YBhg. Dato’ Norhyati Hj. Ismail bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Operasi), YBhg. Dato’ Haji Abu Bakar Ab. Rahim dan Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), YBrs. Dr Haji Ahmad Jailani Muhamed Yunus telah melancarkan Kempen Derma Buku sebagai salah satu usaha mengumpulkan bahan-bahan bacaan yang bermutu bagi menyemarak dan menggerakkan Budaya Membaca di kalangan kakitangan RTM.

RTM Tetap Unggul dan Relevan Untuk Rakyat

RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) telah mengadakan Majlis

Perhimpunan Bulanan Jabatan merangkap meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari RTM yang ke-68 bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg. Dato’ Norhyati Hj. Ismail telah menyampaikan beberapa amanat bersempena dengan majlis tersebut, bagi memastikan perkhidmatan dan sumbangan RTM berkesan kepada rakyat dan kekal sebagai penggerak utama dalam operasi penyampaian maklumat dalam dan luar Negara.

Page 23: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 23

Majlis Sambutan Ulang Tahun BERNAMA yang ke-46 telah diadakan pada 20 Mei

2014 bertempat di Pusat Kecemerlangan, Wisma BERNAMA secara sederhana tetapi meriah dengan sebahagian besar petugas berhimpun untuk berkongsi kegembiraan merayakan sambutan ini. Majlis tersebut diadakan serentak dengan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Khidmat Lama, Anugerah Kewartawanan dan meraikan pesara. Pengerusi BERNAMA, YBhg. Datuk Abdul Rahman Sulaiman turut hadir memeriahkan majlis bersama-sama dengan Pengurus Besar BERNAMA, YBhg. Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pengarang, YBhg. Datuk Zulkefli Salleh dan para pegawai kanan yang lain.

Seramai 39 orang petugas menerima Anugerah Khidmat Cemerlang, 28 orang menerima Anugerah Khidmat Lama serta enam (6) orang petugas menerima Anugerah Kewartawanan. Acara kemuncak adalah acara penyampaian hadiah kepada tiga (3) orang pesara. Pada majlis sama, Pengerusi BERNAMA, Datuk Abdul Rahman Sulaiman melancarkan dua program terbaharu terbitan BernamaTV dan Radio24, masing-masing berjudul ‘Salam Dari Kuala Lumpur’ dan ‘Kabar Merah Putih’ yang turut dihadiri oleh wakil Duta Besar Indonesia, Hermono.

RTM Tetap Unggul dan Relevan Untuk Rakyat

Sambutan Ulang Tahun

BERNAMAke-46

Ia merupakan program pertukaran antara dua (2) agensi berita Malaysia (BERNAMA) dan Indonesia (Antara). Program ‘Salam Dari Kuala Lumpur’ selama 30 minit terbitan BERNAMA TV yang mengutarakan isu-isu semasa, berita bercorak santai dan kejayaan rakyat Indonesia di Malaysia akan disiarkan di Indonesia mulai Jun manakala BernamaTV akan menyiarkan ‘Salam Dari Jakarta’ terbitan Antara TV. ‘

Kabar Merah Putih’ mula bersiaran 10 Mei 2014 pada setiap Sabtu menerusi Radio24 dengan dikendalikan peneraju Indonesia. Ia memuatkan perbincangan mengenai pelbagai isu termasuk sosioekonomi dan budaya berkaitan masyarakat republik itu yang menetap di Malaysia.

Page 24: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM24

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) melalui Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA)

telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Penggerak KARISMA pada 10 hingga 13 April 2014 bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu. Program yang melibatkan kehadiran 53 orang kepimpinan KARISMA yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muazam Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Objektif kursus ini adalah memupuk semangat patriotik dan nilai-nilai murni seperti mewujudkan masyarakat yang setia kepada kerajaan, meningkatkan tahap sokongan mahasiswa terhadap kerajaan dan kepada pemimpin negara. Selain itu juga, mahasiswa juga dapat menjana pengetahuan mengenai dasar-dasar kerajaan, perlembagaan persekutuan dan isu-isu semasa serta merapatkan ukhwah diantara kepimpinan tertinggi KARISMA.

Fokus program KARISMA pada tahun ini adalah mendekati masyarakat melalui pelbagai program kemasyarakatan termasuklah program yang melibatkan bantuan semasa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain. Selain itu juga, kepimpinan KARISMA diberikan pendedahan mengenai isu-isu semasa dan dilatih bagi membentuk organisasi KARISMA yang lebih tersusun dan mantap.

Kursus kali ini telah di susun dengan pelbagai modul yang setiap satunya dilihat memberi impak yang positif kepada setiap peserta. Antara Pengisian kursus adalah latihan di dalam kumpulan (denyut nadi rakyat , aktiviti ceramah logika isu semasa, komunikasi kerjasama antara kumpulan, pemikiran kritis (critical thinking), Pengucapan Awam (public speaking) dan sesi diskusi KARISMA. Majlis penutup telah diadakan pada hari terakhir kursus iaitu pada 13 April 2014.

Objektif kursus ini adalah memupuk semangat patriotik dan nilai-nilai murni seperti mewujudkan masyarakat yang setia kepada kerajaan

Kursus Kepimpinan Penggerak Karisma (Kebangsaan)

Page 25: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 25

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 yang dianjurkan

oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Jabatan Penyiaran Malaysia dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 5 Jun 2014, menjadi platform terbaik kepada para pelajar mendalami potensi pembangunan kandungan dalam talian di Malaysia.

Kem tersebut berlangsung selama lima (5) hari di Shaftsbury Residences, Cyberjaya yang dihadiri oleh 56 orang pelajar dan 14 orang guru daripada 14 buah sekolah, kesemuanya pemenang peringkat negeri untuk Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013.

Ketua Pegawai Pembangunan Industri MCMC, YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah Yunus menyatakan bahawa penganjuran program sedemikian dilihat mampu

membantu menambahbaik ekosistem industri pembangunan kandungan kreatif di negara ini. Langkah proaktif tersebut penting bagi memenuhi sasaran yang ditetapkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur (CCI) khasnya melalui Projek Permulaan (EPP1) – Memupuk Industri Kandungan Kreatif Malaysia.

Para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembangunan kandungan kreatif. Antaranya ialah pendedahan mengenai teknik-teknik asas penerbitan video, proses pembikinan video pendek dan lawatan sambil belajar ke beberapa agensi penyiaran seperti Media Prima, RTM, ASTRO dan KRU Studios di samping tugasan-tugasan tambahan yang diberikan sepanjang berlangsungnya kem terbabit. Para pelajar turut mendapat khidmat nasihat daripada kalangan pengarah filem dan pelakon tanah air yang diundang khas seperti Melissa Saila, Tunku Monariza, Nuad Hj. Othman, Megat Sharizal dan Wan Hafiz terhadap cara-cara menghasilkan sebuah produksi yang berkualiti.

Page 26: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM26

m e n g u s a h a k a n p e r n i a g a a n dalam talian serta mempelbagaikan aktiviti yang bersesuaian.

Melalui Program I’m CEO ini, ilmu

perniagaan dalam talian dapat memberi pilihan kerjaya kepada bakal graduan yang menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian sekaligus mampu mengurangkan jurang pengangguran di Malaysia.

Program .mybuddies yang dianjurkan

oleh MYNIC Berhad disasarkan kepada semua entiti di Malaysia mendaftarkan diri di laman sesawang www.mybuddies.my. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kehadiran entiti di Malaysia dalam talian melalui pemilikan nama domain .my. Program ini juga mendedahkan peserta kepada teknik perniagaan yang betul; mengenali perniagaan yang berpotensi untuk diketengahkan dalam talian; mengetengahkan usahawan baru ke pasaran global; memberi peluang dan membantu menjana pendapatan dan meningkatkan peluang memperluaskan rangkaian perniagaan individu dan pengusaha yang terlibat.

MYNIC telah merancang untuk mengetengahkan program ini dengan melaksanakan majlis perasmian mengikut negeri. Majlis Pelancaran .myBuddies

Program I’m CEO Day Kick-off telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abdullah

Mohamad Said, Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 3 Jun 2014 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Menerusi program ini, MYNIC mensasarkan 50,000 pelajar universiti yang membabitkan 100,000 pendaftaran nama domain untuk program I’m CEO ini.

MYNIC akan sentiasa merancang dan menambah baik program ini seperti menghidupkan komuniti keusahawanan baru, memberi pendedahan bidang keusahawanan, berkongsi panduan

Program I’m CEO Day

Peringkat Negeri Johor telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zulkurnain Bin Hj

Kamisan, Pengerusi J a w a t a n k u a s a

Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan

N e g e r i Johor pada 12 April 2014. Majlis ini telah disertai oleh Majlis Belia Johor dan institusi pendidikan dalam negeri Johor. MYNIC telah menyumbangkan 2,000 nama domain kepada Majlis Belia Johor.

Selain itu, Majlis Pelancaran dan Seminar .myBuddies Peringkat Negeri Melaka telah dirasmikan oleh YB Datuk Hasan Abd Rahman, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka pada 28 Mei 2014. Majlis ini disertai oleh Majlis Belia Melaka dan institusi pendidikan sekitar Melaka dan MYNIC telah menyumbangkan 9,000 nama domain.

Page 27: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 27

AKTIVITI PUSAT SUMBER KKMM(April-Jun 2014)

PENGENALAN

Pusat Sumber mengadakan beberapa aktiviti sepanjang April hingga Jun bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca sebagai gaya hidup dalam masyarakat umumnya dan khususnya di kalangan warga KKMM.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

Program Book To You (Book2U)

Program ini telah diadakan pada 18 April 2004 di Bahagian Pengurusan Dan Analisis Maklumat (BPAM). Ia merupakan perkhidmatan tambah nilai yang berkonsepkan pameran dan pinjaman buku secara desk to desk di mana kakitangan Pusat Sumber akan membawa bahan bacaan ke bahagian terpilih di bawah kementerian. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan koleksi terkini Pusat Sumber di samping meningkatkan pinjaman bahan. Selain pinjaman bahan, pengemaskinian keahlian Pusat Sumber juga dilaksanakan.

mendedahkan mereka kepada pelbagai buku yang terdapat dalam pasaran yang sesuai untuk bacaan di tempat kerja.

Program Jom Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Program julung-julung kali telah diadakan pada 30 April 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Objektif program ini adalah untuk memberi maklumat dan pengalaman mengenai aktiviti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di samping menggalak amalan budaya membaca di kalangan warga KKMM. Seramai 40 orang peserta terdiri dari kakitangan dari pelbagai bahagian di kementerian telah dibawa meninjau pelbagai aktiviti tersedia ketika festival buku berlangsung di samping

Program Literasi Maklumat Bil.1/2014

Program ini telah diadakan pada 29 Mei 2014 di Bilik Latihan Pusat Sumber KKMM. Objektif program adalah bertujuan memberi pengetahuan dan kefahaman yang jelas mengenai cara-cara mengakses pangkalan data sumber elektronik PNM Digital. Seramai 28 orang peserta terdiri daripada kakitangan warga KKMM dan staf Pusat Sumber telah menghadiri program ini. Bengkel telah dijalankan secara hand’s on. Antara pangkalan data yang diajar adalah OverDrive, Credo Reference, Electronic Britannica Online dan pelbagai lagi. Bahan bacaan kini bukan sahaja boleh dirujuk dalam bentuk cetak, malah dengan mudah boleh dicapai secara atas talian selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Page 28: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM28

Kumpulan Syarikat KRU mengumumkan penubuhan Kartun Studios Sdn Bhd, anak

syarikat ke sebelasnya telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia (KKMM) pada 18 Jun 2014 di Cyberjaya.

Objektif penubuhan itu adalah bagi memperluaskan pasaran diperingkat domestik dan antarabangsa khususnya penerbitan produk-produk animasi 2D dan 3D bagi kanak-kanak.

Dalam majlis tersebut, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery menyatakan bahawa bagi mencapai status negara ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan berterusan dan bersepadu sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur adalah amat penting. Oleh yang demikian pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk rebat penerbitan 30% yang ditawarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi menggalakkan pelaburan penerbitan kandungan tempatan dan antarabangsa, penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi, penyediaan rangkaian televisyen digital menjelang 2015 dan pelbagai insiatif yang lain.

Beliau turut melahirkan rasa gembira melihat usaha Kumpulan Syarikat KRU yang bukan saja mempunyai pelan strategik bagi pemasaran produk-produk terbitan mereka diperingkat tempatan dan antarabangsa melalui penubuhan Kartun Studios, tetapi turut juga melatih anak-anak tempatan sebagai modal insan berkemahiran tinggi di KRU Academy.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim, penubuhan Kartun Studios bukan saja bertujuan untuk mengkhususkan inisiatif penjenamaan bagi filem-filem serta kandungan siri animasi terbitannya tetapi adalah strategi korporat dan persediaan awal untuk menarik pelabur diperingkat tempatan dan antarabangsa sekaligus memperkasakan kedudukan Kartun Studios didalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan datang.

Majlis PelancaranKartun Studios oleh YB Menteri KKMM

Page 29: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 29

Majlis Pelancaran Pertandingan Video Pendek

Merdeka Escape Celcom

Sempena Hari Kemerdekaan ke-57 dan bagi melahirkan rasa cinta pada

negara, Celcom Axiata Berhad telah menganjurkan pertandingan mencipta video merdeka bertemakan “Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Menteri Komunikasi dan Mutimedia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek pada 26 Jun 2014. bertempat di Hotel Pullman, Putrajaya.

Melalui pertandingan ini, perserta berpeluang untuk berkongsi memori dan cerita tentang rasa cinta kepada negara

serta kenangan manis di tempat-tempat yang pernah dilawati. Hadiah bagi tempat pertama berupa wang tunai berjumlah RM57,000, manakala tempat kedua mendapat RM30,000. Bagi pemenang hadiah saguhati pula akan menerima wang tunai RM10,000.

Turut hadir bersama ke majlis tersebut adalah YBhg. Dato Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad dan Encik David Lau Nai Pek Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Celcom Axiata Berhad.

Page 30: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM30

Majlis Pra PelancaranMerdeka

Pada 24 Jun 2014, bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), YB Menteri KKMM, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia Ke-51 telah mengumumkan MALAYSIA…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.

Majlis tersebut adalah anjuran KKMM dan diadakan bagi mengumumkan Tema dan Logo sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 di samping mengumumkan Rakan Strategik yang akan memberi kerjasama sepanjang sambutan berkenaan. Tema berkenaan dipetik daripada lirik lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan dipilih bagi menyemai serta menyemarakkan rasa cinta dalam diri setiap rakyat Malaysia.

YB Menteri percaya tema itu yang dipilih sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat. Ini secara

tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang.

Logo Hari Kemerdekaan ke-57 direka oleh Encik Abdul Mutalib Abd. Rahman, seorang pereka grafik disebuah syarikat swasta dan membawa pulang RM7,000 beserta dengan sijil penghargaan.

Page 31: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

BIL 2/2014 APRIL - JUN 2014 31

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Warna Merah Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna Kuning Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna Putih Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

RASIONAL LOGO

MAKSUD WARNA LOGO

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema ‘Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

Page 32: Bengkel Permukiman Transformasi · 2016. 8. 2. · adalah aktiviti mingguan yang dilancarkan pada tahun ini.W arga Kementerian berpeluang ... utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee

Buletin KKMM32

www.kkmm.gov.my

www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASIDANMULTIMEDIA

@kkmm_gov

kkmmblog.blogspot.com