bengkel bahas bahasa melayu ala parlimen ipgkpi 2013

10
KERTAS KERJA BENGKEL BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA TAHUN 2013 Hari & Tarikh: SABTU, 26 JANUARI 2013 Tempat: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Jalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Anjuran: KELAB SENI PENGUCAPAN AWAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM dan JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Upload: syuhada-mohd-tajuddin

Post on 11-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

KERTAS KERJA

BENGKEL BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMENSEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA TAHUN 2013

Hari & Tarikh:SABTU, 26 JANUARI 2013

Tempat:INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Jalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Anjuran:KELAB SENI PENGUCAPAN AWAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAMdan

JABATAN PENGAJIAN MELAYUINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Dengan Kerjasama:MINDA INTELEK GLOBAL (002042423-P)

No. 8, Jalan P9/A, Kawasan Perusahaan Seksyen 13,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Page 2: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

1.O TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak yang berkenaan bagi:

1.1 Memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan untuk menjalankan

program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah

Menengah Malaysia bagi tahun 2013.

1.2 Memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan untuk mendapatkan

khidmat kejurulatihan daripada konsultan luar dalam bidang pengucapan

awam (bahas) bagi menyediakan pasukan bahas Bahasa Melayu IPG Kampus

Pendidikan Islam dan institusi-institusi pendidikan sekitar Lembah Kelang

untuk menghadapi beberapa siri pertandingan bahas pada tahun 2013.

1.3 Memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan untuk mendapatkan

kebenaran menggunakan segala kemudahan IPG Kampus Pendidikan Islam

(sepertimana yang dibenarkan) agar program ini dapat berjalan dengan

lancar dan berkesan.

2.0 PENDAHULUAN

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah

Malaysia Tahun 2013 merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh

pihak Kelab Seni Pengucapan Awam IPG Kampus Pendidikan Islam bawah

penyeliaan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pendidikan Islam dengan

kerjasama dan khidmat nasihat daripada para moderator konsultan pengucapan

awam, Minda Intelek Global (002042423-P).

Program ini dilaksanakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dan memantapkan

persediaan generasi pembahas sedia ada dalam menggalas tugas dan amanah

sebagai ahli pasukan bahas Bahasa Melayu untuk institusi masing-masing.

Kesinambungan program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi interaksi, integrasi

dan perkongsian pintar antara para pembahas dan guru pembimbing dengan para

moderator/jurulatih bahas sekaligus menjayakan hasrat pihak sekolah/IPG untuk

mewujudkan sebuah pasukan bahas yang mantap, berdaya saing serta berpotensi

tinggi dalam menghadapi pelbagai siri pertandingan bahas yang bakal disertai.

1

Page 3: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

Program seumpama ini sebenarnya dapat memupuk dan mengasah bakat tunas-

tunas muda dalam kalangan para pelajar bagi meningkatkan keupayaan,

pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang pengucapan awam di samping

dapat melahirkan modal insan yang berketrampilan, mampu menyampaikan buah

fikiran, hujah dan pendapat dalam suasana penuh ilmiah serta menguasai

kemahiran berkomunikasi dengan baik. Metodologi program pembangunan bahas

ini diharapkan akan dapat memberi impak yang positif, kesedaran yang tinggi dan

pencerahan ilmu yang berguna kepada para pembahas khususnya.

Semoga hasrat murni pihak institusi untuk menjayakan program pembangunan

bahas di peringkat akar umbi ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan

Ilahi serta mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan para pembahas dan guru pembimbing tentang teknik

pengucapan awam dan perbahasan yang berkesan, melahirkan golongan

ilmuwan yang mampu untuk berhujah dengan penuh hikmah di khalayak

ramai serta memupuk semangat kerjasama berpasukan yang tinggi.

3.2 Meningkatkan kefahaman dan kesedaran yang meluas dalam kalangan para

pembahas mengenai isu-isu semasa menerusi penguasaan ilmu dan

maklumat terkini.

3.3 Memperkenalkan budaya komunikasi yang sihat menerusi perbincangan

dan perbahasan secara ilmiah serta menjunjung tinggi nilai muhibbah dan

kesantunan dalam kalangan para pelajar.

3.4 Memartabatkan imej dan nama baik IPG Kampus Pendidikan Islam dan

sekolah-sekolah yang menyertai dalam arena bahas sama ada di peringkat

daerah, negeri, mahupun kebangsaan.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

2

Page 4: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

Tarikh/Hari : 26 Januari 2013 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan IslamJalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

5.0 PANEL MODERATOR

En. Harmi bin Mohammad Jamil

Jurulatih Pasukan Bahas/Moderator Minda Global Intelek

En. Rosli bin Ali

Ketua Hakim Ko-Akademik Bahas Negeri Selangor

Pegawai Teknikal Ko-Akademik Bahas Kebangsaan

En. Azwan Affandi bin Md. Jahaya

Jurulatih Pasukan Bahas/Moderator Azwan Dot Com Enterprise

6.0 PENYERTAAN DAN MAKLUMAT PESERTA PROGRAM

Bil. InstitusiJumlah

InstitusiBilangan Pelajar

Bilangan Pengiring

Jumlah Peserta

7.1 Sekolah Menengah 25 125 25 150 orang

7.2 IPG Kampus Pendidikan Islam 1 20 5 25 orang

7.3 IPG Jemputan (Lembah Kelang) 5 25 5 30 orang

7.4 Moderator & AJK Pelaksana 15 orang

31 170 35 220 orang

Setiap institusi diwakili oleh lima (5) orang pelajar dan seorang pengiring.

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

3

Page 5: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

Penasihat Tuan Hj. Osman b. HussainPengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

En. Rosli b. AliPegawai Teknikal Koakademik Bahas Negeri Selangor

En. Sardi b. AhmadKetua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pendidikan Islam

Penyelaras Puan Hjh. Zawiah bt. MohamedPensyarah Penasihat Kelab Seni Pengucapan Awam,IPG Kampus Pendidikan Islam

Pengerusi En. Muhammad Azri b. HamsaPengerusi Kelab Seni Pengucapan Awam,IPG Kampus Pendidikan Islam

Ex-Officio En. Harmi b. Mohammad JamilKonsultan Minda Intelek Global

En. Azwan Affandi b. Md. JahayaKonsultan Azwan Dot Com Enterprise

Setiausaha Khairun Nisak bt. SamsudinSetiausaha Kelab Seni Pengucapan Awam

Timb. Setiausaha Norwahida bt. SallehNaib Setiausaha Kelab Seni Pengucapan Awam

Bendahari Syuhada bt. Mohd TajuddinBendahari Kelab Seni Pengucapan Awam

Timb. Bendahari Noor Farah Izzati bt. ArisNaib Bendahari Kelab Seni Pengucapan Awam

JAWATAN KUASA PELAKSANA

Urus Setia ProgramKetua AJK Rohazila bt. Abd Rahman

Sharifah Nazira bt. Syed PutraAhmad Fikri b. Ab. Rahman

Logistik & Teknikal

4

Page 6: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

Ketua AJK Nabila bt. BaharudinMuaz b. SukarnoMuslim b. Hamdul HadiNurirfiney bt. E. Hairoland Fredo

Jemputan Majlis Tertinggi KESPA

Protokol & PublisitiKetua AJK Hafidz Arif b. Ismail

Muhammad Zulhilmi b. ZainuddinMuhammad Amin b. Mohamad Ali

Sijil & CenderahatiKetua AJK Shakina bt. Hassan

Nafisah bt. ZainalSiti Nabila bt. Ismail

DokumentasiKetua AJK Muhammad Najib b. Mohd Jamil

Muhammad Mu’az b. SariffMuhammad Hafizu Aiman b. Jusoh

JamuanKetua AJK Siti Nor Syahirah bt. Mohd Zaki

Noor Zafirah bt. Mohd FauziNoor Farah Izzati bt. Aris

8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Durasi Lokasi

7.30 pagi Pendaftaran Peserta Foyer Dewan Syarahan

8.00 pagi Pengenalan Asas : Format & Konsep

Asas & Model Bahas Ala Parlimen

Peranan Pembahas

30 minit Dewan Syarahan

8.30 pagi Pembinaan Kes : Definisi, Premis & Strategi 60 minit Dewan Syarahan

5

Page 7: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

Kata Alu-Aluan

Permulaan Ucapan Substantif

Definisi Konsep & Pindaan Definisi

Premis/Pendirian Pasukan

Strategi/Bidang Tugas Pasukan

9.30 pagi Minum Pagi Kafeteria

10.00 pagi Pembinaan Kes : Hujah & Celahan

Pembinaan Hujah & Kesinambungan Celahan

Kaedah & Taktik

45 minit Dewan Syarahan

10.45 pagi Pembinaan Argumen : Bidasan & Izin Laluan

Pembinaan Bidasan & Perkaitan Izin Laluan

Kaedah & Taktik

60 minit Dewan Syarahan

11.45 pagi Rehat

12.00 tgh hari Rumusan Kes & Argumen : Penggulungan

Membuat Rumusan - Penggulungan

Kaedah Penggulungan

60 minit Dewan Syarahan

1.00 petang Makan Tengah Hari / Solat Zohor Kafeteria / Masjid

2.00 petang Teknikal Penghakiman

Skema Pemarkahan & Aspek Penilaian60 minit Dewan Syarahan

3.00 petang Praktikal Bahas

Tayangan Video / Mock Debate

Analisis Perlawanan & Tips Kejurulatihan

90 minit Dewan Syarahan

4.30 petang Minum Petang / Bersurai Kafeteria

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kos Jumlah Kos Jumlah Besar9.1 Makanan

a) Minum Pagi RM 3.00 x 220 orang RM 660.00b) Makan Tengah Hari RM 8.00 x 220 orang RM 1760.00c) Minum Petang RM 3.00 x 220 orang RM 660.00

RM 3080.009.2 Honorarium Moderator RM 2500.00 9.3 Banner Backdrop RM 100.00 x 3 unit RM 300.009.4 Fotostat & Brosur RM 150.009.5 Fail Kursus RM 1.00 x 205 unit RM 205.00

6

Page 8: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

9.6 Bahan Bercetak Bengkel RM 2.50 x 205 set RM 512.509.7 Tag Nama AJK Pelaksana RM 3.50 x 15 orang RM 52.509.8 Sijil & Cenderahati

a) Sijil Penyertaan RM 2.00 x 205 orang RM 410.00b) Sijil Penghargaan RM 2.00 x 15 orang RM 30.00c) Cenderahati Tetamu RM 50.00 x 3 set RM 150.00

RM 590.009.9 Perbelanjaan Luar Jangka RM 110.00

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PERBELANJAAN RM 7500.00

10.0 ANGGARAN PENDAPATAN

Bil. Perkara Jenis Sumbangan Jumlah Kos10.1 Yuran Penyertaan

RM 250.00 x 30 buah institusi = RM 7500.00

Makanan RM 3080.00Honorarium Moderator RM 2500.00 Banner Backdrop RM 300.00Fotostat & Brosur RM 150.00Fail Kursus RM 205.00Bahan Bercetak Bengkel RM 512.50Tag Nama AJK Pelaksana RM 52.50Sijil & Cenderahati RM 590.00Perbelanjaan Luar Jangka RM 110.00

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PENDAPATAN RM 7500.00

11.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ilmiah tahunan yang diadakan ini merupakan

usaha murni yang telah dipelopori oleh Kelab Seni Pengucapan Awam IPG

Kampus Pendidikan Islam dan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus

Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak konsultan Minda Intelek Global

(002042423-P) bagi meningkatkan kefahaman dan kepekaan kepada para peserta, para

hakim dan para guru terhadap kepentingan penguasaan ilmu bahas dan maklumat

terkini di samping mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga pendidikan.

7

Page 9: Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen IPGKPI 2013

Sekalung penghargaan juga disampaikan buat YBhg. Tuan Hj. Osman b. Hussain,

Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam atas sokongan tidak berbelah-bahagi

beliau dalam menjayakan program ini. Buat semua pihak yang terlibat, terima kasih

tidak terhingga atas segala sumbangan penajaan sama ada berbentuk kewangan,

khidmat nasihat, sokongan moral, dorongan motivasi dan sebagainya dalam

melancarkan perjalanan program ini. Semoga Allah S.W.T akan memberikan

ganjaran setimpal dengan segala usaha yang telah kita lakukan bersama-sama ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Muhammad Azri bin HamsaPengerusi Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2013.

Tarikh : 6 Disember 2012

8