bemis company, inc. kod kelakuancorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari...

15
KOD KELAKUAN Bemis Company, Inc.

Upload: doandieu

Post on 21-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

KOD KELAKUAN Bemis Company, Inc.

Page 2: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

KANDUNGANPENGENALAN

Tujuan dan Skop............................................................................................1Komitmen Kami..............................................................................................1Kepatuhan terhadap Undang-undang dan Peraturan..........................................2Sumber untuk Kakitangan................................................................................2Pelaporan.......................................................................................................3Tindakan Disiplin.............................................................................................3

SEKSYEN I. PERILAKU DI TEMPAT KERJA

Anti Diskriminasi.............................................................................................4Anti Gangguan................................................................................................4Penyimpanan Dokumen...................................................................................4Dadah dan Alkohol..........................................................................................5E-mel dan Penggunaan Internet.......................................................................5Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (EHS)................................................5Orang Kurang Upaya.......................................................................................6Pemeliharaan Aset Korporat.............................................................................6Kerahsiaan......................................................................................................6Maklumat Berunsur Hakmilik dan Rahsia Daganga.............................................7Penggunaan Media Sosial.................................................................................7Keganasan di Tempat Kerja..............................................................................7

SEKSYEN II. PERILAKU DI PASARAN

Anti Rasuah....................................................................................................8Antitrust.........................................................................................................9Buku dan Rekod............................................................................................10Maklumat Sulit dan Harta Intelek....................................................................11Konfl ik Kepentingan.......................................................................................12Pelanggan dan Pembekal...............................................................................12Pendedahan Maklumat Penting.......................................................................13Menjalankan Perniagaan dengan Kerajaan......................................................13Hadiah dan Keraian.......................................................................................13Pegawai-pegawai Kerajaan.............................................................................14Perhubungan dengan Kerajaan.......................................................................15Pembayaran tidak Wajar.................................................................................16Perdagangan Orang Dalam............................................................................16Perniagaan Antarabangsa..............................................................................17Sumbangan untuk Tujuan Politik.....................................................................17

Tujuan dan Skop

Kod Kelakuan (“Kod”) ini adalah panduan rujukan bagi mereka yang menjalankan ak-tiviti bagi pihak Bemis Company, Inc. (“Bemis” atau “Syarikat”). Kod ini menerangkan standard etika dan dasar Bemis dalam pelbagai perkara dan menyediakan maklumat, alat dan sumber yang perlu untuk membuat keputusan yang baik. Kod ini bukan gantian bagi pertimbangan yang baik, atau pun ia dapat menyelesaikan setiap isu. Sebenarnya, Bemis bergantung kepada individu untuk membuat keputusan yang kon-sisten dengan standard etika dan pernyataan misi kami, serta mematuhi peraturan dan undang-undang. Kod ini digunapakai untuk semua kakitangan, pegawai dan pengarah (dirujuk secara kolektif sebagai “kakitangan”), pekerja kontrak bebas dan pembekal yang menjalank-an aktiviti bagi pihak Bemis. Standard etika yang tinggi ini digunapakai untuk semua kakitangan, tanpa mengira tugas atau pangkat dalam Syarikat. Kod ini diberikan kepada kakitangan dan pihak ketiga sama ada dalam bentuk salinan bercetak atau online sebagai laman khusus di laman web kami.

Komitmen Kami

Bemis adalah dan akan kekal sebagai:• Sebuah perniagaan yang komited untuk menunjukkan tahap etika dan integ-

riti setinggi mungkin dalam interaksi dalaman dan luaran; • Pembekal produk berkualiti yang dihargai oleh pelanggan kami;• Majikan yang menyediakan persekitaran kerja yang mencabar dan memuas-

kan kepada kakitangan kami;• Pelaburan yang berbaloi kepada para pemegang saham kami; dan • Warga korporat yang bertanggungjawab kepada masyarakat di mana kami

beroperasi.

Integriti dan standard etika yang tinggi adalah sama seiring. Sebahagian besar kejayaan masa hadapan bergantung kepada pertimbangan wajar yang berteru-san oleh semua kakitangan kami.

1

Page 3: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

Kepatuhan terhadap Undang-undang dan Peraturan

Buat permulaan, kakitangan Bemis dan perunding pihak ketiga, rakan niaga dan pem-bekal, bertanggungjawab dalam mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan di tempat di mana kita menjalankan perniagaan.

Kod Kelakuan ini direka untuk mencerminkan – dan melangkaui – standard kelakuan beretika yang dinyatakan oleh undang-undang dan peraturan yang diamalkan. Standard ini dinyatakan di dalam dua bahagian berikutnya: I) Kelakuan di tempat kerja, dan II) Kelakuan di pasaran.

Memandangkan Bemis adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dan dibentuk di Amerika Syarikat, semua kakitangan kami di seluruh dunia akan, dari semasa ke semasa, tertak-luk kepada undang-undang dan peraturan Amerika Syarikat. Negara-negara lain juga boleh melaksanakan undang-undang tempatan mereka di luar bidang kuasa masing-masing bagi sesetengah urus niaga dan urusan tertentu dengan kakitangan. Sekiranya anda tidak pasti mengenai undang-undang dan peraturan yang harus digunapakai, atau anda rasa terdapat konfl ik yang mungkin timbul akibat penggunaan undang-undang yang berbeza, sila hubungi Jabatan Perundangan Bemis.

Jabatan Perundangan Bemis bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan dan kakitangan mengenai undang-undang dan peraturan yang diamalkan, serta memaklumkan mengenai program kepatuhan. Memandangkan Kod ini mempu-nyai kesan terhadap pelbagai aktiviti Bemis dan hanya menjadi penyata am polisi, polisi yang berasingan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk urusan bahagian yang khusus. Sila ambil perhatian bahawa jika mana-mana peruntukan yang terkandung di dalam Kod ini bercanggah dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan, maka undang-undang dan peraturan tersebut akan digunapakai.

Sumber untuk Kakitangan

Kami komited untuk menyediakan alat yang diperlukan oleh kakitangan dalam membuat keputusan perniagaan yang beretika. Kod ini menyeluruh – tetapi ia tidak boleh menangani setiap situasi yang bakal dihadapi oleh kakitangan. Bemis bergantung kepada kakitangannya untuk mengamalkan pertimbangan yang baik dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini. Kakitangan dikehendaki menyemak, memahami dan mematuhi Kod, dan menge-sahkan yang mereka telah membaca dan memahami Kod ini. Selain daripada Kod ini dan dasar yang berkaitan, latihan kakitangan dalam bahagian-banagian khusus akan dikendalikan secara berkala.

Pelaporan

Semua kakitangan mempunyai tanggungjawab untuk melapor dengan segera mengenai sebarang isu atau perkara yang mereka percaya, dengan niat baik, melanggar Kod ini atau dasar Bemis. Kami juga menggalakkan anda untuk tampil sekiranya anda berhadapan dengan situasi yang “rasa tidak kena”. Seki-ranya anda menyedari akan sebarang aktiviti yang tidak betul, dilarang oleh Kod, atau kemungkinan menyalahi undang-undang, adalah menjadi tanggungjawab anda melaporkan perkara tersebut kepada Bemis. Anda boleh membuat laporan tanpa menyatakan nama anda atau kepada pengurusan di luar daripada pejabat atau jabatan anda.

Anda mempunyai beberapa cara untuk membuat laporan.• Anda boleh bercakap dengan penyelia anda atau wakil Sumber Manusia.

Memandangkan mereka adalah penghubung paling rapat bagi anda terhadap sesuatu isu, mereka boleh bertindak sebagai sumber yang baik untuk meny-elesaikan sebarang potensi masalah;

• Kakitangan juga digalakkan menggunakan In Touch, iaitu sistem komunikasi “hot line” kami yang unik yang direka untuk memudahkan anda mengemu-kakan soalan, masalah dan komen kepada pengurusan kanan kami secara sulit mengenai penipuan, kelakuan tidak beretika dan masalah pekerjaan yang lain. Kakitangan boleh menghantar e-mel atau membuat panggilan bebas tol 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Mesej boleh disampaikan dalam apa jua bahasa sama ada melalui e-mel atau panggilan telefon. Maklumat lanjut mengenai In Touch ada disediakan di dalam intranet Bemis dan turut dipamerkan di setiap fasiliti Bemis. Selain itu, maklumat mengenai In Touch juga boleh diperolehi daripada Jabatan Perundangan Bemis. Nombor pelapo-ran bebas tol dan alamat e-mel bagi setiap negara ada disenaraikan di dalam Lampiran B Kod ini; dan

• Anda juga boleh mengemukakan masalah anda kepada Jabatan Perundan-gan Bemis, sekiranya sesuai, menurut budaya dan amalan tempatan anda.

Kod ini dan dasar Bemis melarang keras perbuatan membalas dendam terhadap kakitangan yang melaporkan perilaku tidak wajar.

Tindakan Disiplin

Pelanggaran Kod Kelakuan ini atau undang-undang yang berkenaan akan dike-nakan tindakan disiplin yang mungkin termasuk amaran, teguran atau tempoh percubaan, penggantungan atau pemberhentian kerja, serta tindakan undang-undang sekiranya sesuai.

32

Page 4: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

SEKSYEN IKELAKUAN DI TEMPAT KERJA

Bemis berpegang kepada prinsip tidak mendiskriminasi, menghormati hak asasi manusia dan kebebasan individu. Sikap saling menghormati adalah asas kepada tempat kerja yang harmoni dan produktif, di mana hak kakitangan didukung. Semua kakitangan mempunyai hak untuk bekerja tanpa sebarang ugutan, dis-kriminasi atau paksaan.

Anti Diskriminasi

Kami komited untuk menggaji dan menaikkan pangkat kakitangan secara adil berdasarkan bakat dan merit. Semua kakitangan berhak untuk dihormati serta dinilai dan dinaikkan pangkat berdasarkan sumbangan mereka. Kami akan beru-saha keras untuk mencapai dan mengekalkan persekitaran kerja yang positif ini. Sasaran kami adalah untuk menarik minat dan mengekalkan tenaga kerja yang pelbagai di dalam komuniti di mana kami beroperasi.

Anti Gangguan

Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang gangguan di tempat kerja ter-masuk perbuatan ancaman, menakut-nakutkan, membuli, mempersendakan dan memulaukan. Kakitangan digalakkan untuk melaporkan sebarang kelakuan atau masalah terutamanya jika berkaitan dengan keselamatan mereka atau kes-elamatan rakan kerja mereka. Apabila kami mempercayai bahawa gangguan atau kekerasan berlaku, tindakan disiplin yang sewajarnya, termasuk pemberhentian kerja, akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang gangguan seksual, yang mung-kin termasuk ajakan seksual yang tidak disukai, jenaka seks, tekanan permintaan seks secara lembut atau memaksa, sindiran dan cadangan yang kurang sopan.

Penyimpanan Dokumen

Kakitangan hendaklah memahami dasar kami yang berkaitan dengan penguru-san dan penyimpanan rekod seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Pengurusan Rekod yang ada di intranet atau mungkin boleh diperolehi daripada Jabatan Perundangan Bemis.

Kami mempunyai prosedur bagi membantu menguruskan rekod secara efektif dan berkesan supaya Bemis mematuhi keperluan perundangan dan perniagaan.

Dadah dan Alkohol

Kami komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang bebas daripada peny-alahgunaan dadah dan alkohol. Penyalahgunaan dadah dan alkohol membawa risiko kepada kesihatan dan keselamatan pengguna serta rakan kerjanya.

E-mel dan Penggunaan Internet

Sistem e-mel dan internet disediakan untuk kegunaan kerja. E-mel dihantar ke luar daripada Bemis mungkin tidak selamat dan boleh dipintas. Kakitangan Bemis henda-klah berhati-hati, berjaga-jaga dan beretika dalam menghantar mesej e-mel seperti yang diamalkan dalam komunikasi perniagaan bertulis biasa.

Semua sistem elektronik adalah harta Bemis dan bergantung kepada bidang kuasa, kemungkinan tiada hak peribadi bagi mana-mana bahan yang dicipta, diterima atau dihantar melalui sistem Bemis. Kami berhak untuk memantau penggunaan internet dan e-mel dan menapis atau menahan kandungan yang tidak menyenangkan (dalam keadaan di mana pemantauan tidak menyalahi undang-undang dan tidak dihad-kan oleh kontrak). Pengasalan atau komunikasi bahan yang tidak menyenangkan, ganas, berniat jahat, menyalahi undang-undang atau kasar, yang tidak selari dengan nilai-nilai Bemis, adalah dilarang. Hanya perkakasan dan perisisan standard Bemis akan disokong, dan Bemis berhak untuk menyingkirkan mana-mana perisian atau perkakasan yang tidak berlesen, tidak disokong atau menggangu prestasi rangkaian/sistem. Semua komputer peribadi yang dihubungkan kepada rangkaian Bemis mesti-lah menggunakan perisian perlindungan virus standard Bemis.

Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (EHS)

Bemis komited dalam (i) melindungi kesihatan dan keselamatan kakitangannya dan semua pelawat di tempat operasi kami, dan (ii) melaksanakan perlindungan alam sekitar dalam operasi pengeluaran dan rekabentuk produk. Semua kakitangan hen-daklah memahami dasar, prosedur dan amalan EHS. Maklumat lanjut mengenai dasar, prosedur dan amalan EHS boleh diperolehi di intranet Bemis atau daripada Jabatan Perundangan Bemis. Selain itu, kakitangan perlu:

• Bertanggungjawab terhadap persekitaran kerja, kesihatan dan keselamatan diri serta rakan sekerja mereka;

• Mengenalpasti bahaya, menilai risiko dan sekiranya mungkin secara fi zikal dan se-lamat, memulakan tindakan pembetulan dan membawa perkara tersebut kepada tumpuan pihak pengurusan;

• Segera melaporkan insiden EHS (seperti tumpahan, pelepasan yang tidak mematuhi syarat, kecederaan dan penyakit berkaitan pekerjaan, dsb.) kepada pihak pengurusan tempatan untuk membolehkan penyiasatan ke atas sebab dan memulakan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan; dan

• Segera melaporkan insiden EHS kepada pihak berkuasa yang berkenaan seperti yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang diamalkan.

4 5

Page 5: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

7

Orang Kurang Upaya

Kami komited untuk bekerja dan menyediakan kemudahan sewajarnya kepada kakitangan dan pemohon yang mempunyai kekurangan upaya dari segi fi zikal atau mental. Kakitangan kurang upaya digalakkan untuk memberi maklumat daripada doktor mereka yang menerangkan mengenai had keupayaan dalam melaksanakan tugas mereka.

Pemeliharaan Aset Korporat

Harta Bemis adalah untuk kegunaan Bemis sahaja. Setiap kakitangan mempunyai tanggungjawab untuk memelihara aset, hartanah, loji dan peralatan Bemis. Kakitan-gan tidak boleh menggunakan harta Bemis untuk kegunaan peribadi.

Aset syarikat termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, wang, produk, hasil kerja kaki-tangan, perisian, telefon dan alat-alat komunikasi lain, pencetak, komputer , maklu-mat sulit, paten dan tanda dagangan.

Sesetengah aktiviti seperti mendapatkan maklumat mengenai latihan atau pendidikan tambahan, mungkin mempunyai faedah kepada Bemis serta kakitangan individu. Perbezaan antara kegunaan peribadi dan profesional mungkin sukar untuk ditentukan dalam sesetengah keadaan. Sewajarnya, adalah penting mendapatkan kelulusan ter-lebih dahulu daripada penyelia bagi sebarang penggunaan harta atau perkhidmatan Bemis yang tidak memberikan manfaat mutlak kepada Bemis. Sekiranya anda mengesyaki kakitangan melakukan penipuan atau mencuri, perkara ini hendaklah dilaporkan.

Kerahsiaan

Kami menghormati hak dan kepentingan peribadi semua kakitangan kami dan kami melindungi maklumat peribadi kakitangan kami yang telah dikumpul, disimpan dan digunakan. Semua orang hendaklah menghormati hak peribadi rakan sekerja dan mengendalikan maklumat peribadi semua kakitangan menurut undang-undang dan dasar tempatan yang diamalkan. Walau bagaimanapun, seperti yang dibincangkan sebelum ini, tiada hak sedemikian bagi kerahsian dalam sebarang bahan yang direka, diterima atau dihantar melalui sistem komputer Bemis.

Maklumat Hak Milik dan Rahsia Dagangan

Maklumat hak milik bukan umum, termasuk, tetapi tidak terhad kepada teknologi, rahsia dagangan, kewangan dan loji operasi atau data Bemis yang lain. Maklumat ini mestilah dilindungi dan tidak boleh didedahkan kepada ses-iapa di dalam atau di luar Bemis melainkan dengan kebenaran yang sewajarnya atau menurut dasar dan prosedur Bemis.

Maklumat hak milik bukan umum mungkin merupakan maklumat kewangan komersil atau teknikal yang bernilai kepada Bermis dan juga bernilai kepada pesaing kami sekiranya mereka mengetahui maklumat tersebut. Maklumat ini mungkin merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana yang berikut: formula, rancangan perniagaan dan pemasaran; spesifi kasi pelanggan; rancan-gan pengambilalihan; data kewangan; rancangan untuk atau hasil kajian dan pembangunan; ujian klinikal dan lapangan; kaedah dan perkakas pengeluaran; kos; produk baharu; maklumat dan perisian komputer ; dan teknik khusus yang unik buat Bemis. Cara-cara yang tidak mematuhi undang-undang atau tidak wajar tidak boleh digunakan untuk memperolehi maklumat sulit atau hak milik daripada mana-mana pesaing, pembekal atau pelanggan.

Kegunaan Media Sosial

Kakitangan hendaklah bersikap penuh hotmat dan profesional apabila meng-gunakan media sosial. Dengan peningkatan laman web seperti Facebook, MySpace dan LinkedIn, cara kakitangan boleh berkomunikasi dengan pihak dalaman dan luaran terus berubah. Kakitangan hendaklah membuat pertimban-gan yang wajar dalam komunikasi yang berkaitan dengan Bemis demi melind-ungi reputasi dan kepentingan Bemis. Kakitangan hendaklah: • Berkomunikasi dengan cara penuh hormat dan profesional; • Elakkan daripada mendedahkan maklumat hak milik; dan• Sekiranya tempat anda mengguna pakai dasar media sosial, biasakan diri

anda dengan dasar tersebut dan pastikan tindakan anda mematuhi dasar itu.

Keganasan di Tempat Kerja

Kami komited dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat bagi semua kakitangan kami. Kami melarang pemilikan sebarang senjata di dalam kawasan Bemis melainkan larangan tersebut tidak dibenarkan oleh undang-undang. Larangan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, semua senjata api dan/atau sebarang senjata sama ada digunakan untuk memburu, perlindungan atau seb-arang tujuan lain dan meliputi semua kawasan kami, termasuk kawasan tempat letak kereta. Kakitangan yang melanggar dasar pemilikan senjata di kawasan Bemis akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemberhentian kerja.

6

Page 6: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

SEKSYAN IIKELAKUAN DI PASARAN

Ekonomi global adalah berasaskan prinsip pasaran bebas dan kompetitif. Untuk memastikan prinsip ini diamalkan di pasaran, kebanyakan negara mempun-yai undang-undang melarang amalan perniagaan yang mengganggu pesaing. Undang-undang tersebut direka untuk menghalang, antaranya, (i) perniagaan daripada meletakkan harga yang memaksa perniagaan lain keluar dari pasaran, (ii) kakitangan daripada bertukar-tukar maklumat bukan awam bagi manfaat diri mereka, dan (iii) sesiapa menawarkan sogokan atau bayaran rasuah lain untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil. Kami mematuhi undang-undang ini, dan kakitangan mestilah mengelakkan perbuatan yang mencerminkan atau nampak seperti menyalahi undang-undang tersebut. Seksyen berikut dalam Kod ini menyatakan prinsip asas yang perlu dii-kuti oleh kakitangan dalam mematuhi dan melangkaui standard yang ditetapkan di dalam undang-undang yang diamalkan.

Anti Rasuah

Kami komited untuk menjalankan perniagaan secara adil, mulia dan berintegriti. Sogokan dan bayaran rasuah, sama ada kepada pihak persendirian atau umum adalah dilarang sama sekali. Prinsip yang terkandung di dalam seksyen Kod ini direka untuk menghalang aktiviti rasuah dalam apa jua bentuk – sama ada dalam konteks berinteraksi dengan syarikat persendirian ataupun entiti kerajaan.

Antitrust

Undang-undang pesaingan yang ada di kebanyakan negara mengawal perhubungan antara pesaing dan secara amnya direka untuk mengekalkan dan menggalakkan persaingan dalam pasaran. Melanggar undang-undang pesaingan ini merupakan kesalahan feloni dan huku-mannya mungkin penjara dan denda. Menyalahi undang-undang antitrust turut memberi kesan yang mendalam terhadap prestasi perniagaan Bemis dan kakitangannya. Bagi memastikan yang kami bertindak secara bebas dan untuk manfaat sendiri dalam semua situasi komersil yang mempunyai kesan terhadap keadaan persaingan dagang, serta untuk mengelakkan amalan yang menghadkan persaingan, kakitangan hendaklah mematuhi peraturan berikut: • Jangan menandatangani sebarang perjanjian atau sefahaman diam dengan pesaing

(selain daripada perjanjian jualan atau perjanian perlesenan seperti yang dibenarkan oleh Kod ini);

• Apabila menyertai usaha sama dan persatuan industri yang melibatkan pesaing, hadkan komunikasi kepada mereka yang diperlukan bagi perniagaan usaha sama yang sah;

• Berurusan secara adil dengan semua pelanggan dan pembekal, termasuk pesaing kita; • Hormati kebebasan pelanggan kita untuk menjalankan perniagaan yang mereka rasakan

sesuai, termasuk meletakkan harga yang mereka mahu untuk menjual produk mereka; • Elakkan sebarang desakan dalam menjual produk kepada pelanggan, seperti memaksa

pelanggan untuk membeli produk yang tidak dikehendaki; • Elak daripada menggunakan sebarang kuasa pasaran atau maklumat pasaran yang

mungkin boleh menghadkan persaingan; • Elakkan sebarang tindakan atau amalan yang tidak adil atau mengelirukan; dan• Jangan terlibat dengan tindakan yang tidak sah untuk mendapatkan maklumat kompetitif.

Kakitangan Bemis dan kakitangan pesaing mungkin dari semasa ke semasa akan bertemu, bercakap dan menghadiri mesyuarat atau acara yang sama. Bemis mungkin akan menjual atau menandatangani perjanjian perlesenan dengan pesaingnya atau menyertai pameran perniagaan atau dagangan dengan pesaing. Kontrak sedemikian tidak menyalahi undang-undang atau tidak perlu dielakkan, namun kita hendaklah berwaspada dan mematuhi dasar dan prosedur kita.

Kakitangan hendaklah mengelak daripada berbincang mengenai isu-isu persaingan bagi perkara-perkara seperti: • Dasar harga, termasuk harga atau terma lain bagi penjualan produk Bemis atau pe-

saingnya;• Kos ditanggung atau keuntungan dalam pengeluaran produk;• Terma jualan dan identiti pelanggan, serta wilayah di mana Bemis menjual produk-

produk tertentu;• Kadar pengeluaran atau peratusan keupayaan yang digunakan oleh Bemis;• Jenis atau jumlah sebarang produk yang akan dikeluarkan atau ditawarkan untuk jualan

oleh Bemis atau pesaingnya; dan• Kajiselidik atau kajian pasaran, atau pertukaran maklumat hakmilik atau sulit yang tidak

dibenarkan.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap kakitangan untuk mematuhi apa yang tersurat dan tersirat dalam semua undang-undang persaingan, seperti yang diguna pakai oleh Bemis.

8 9

Page 7: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

Buku dan Rekod

Semua urus niaga kewangan hendaklah direkodkan dengan betul di dalam buku akaun dan prosedur perakaunan hendaklah disokong oleh kawalan dalaman yang sewajarnya, Semua buku dan rekod Bemis mestilah tersedia untuk diaudit.

Dasar kami mengehendaki:• Tiada kakitangan, secara sengaja, menyebabkan rekod Bemis tidak betul

dalam apa cara, atau terlibat dalam mewujudkan rekod dengan tujuan untuk menyembunyikan perbuatan yang tidak wajar. Tiada maklumat yang relevan patut disembunyikan daripada pengurusan atau daripada juru audit dalaman Bemis atau akauntan bebas;

• Semua bayaran dan urus niaga lain mestilah diluluskan dengan betul, di-rekodkan dan diperincikan dengan secukupnya menurut Prinsip Perakaunan Diterima Umum Amerika Syarikat. Jangan ada dana atau aset yang tidak direkod atau didedahkan, ataupun entri palsu, tidak lengkap atau mengeliru-kan di dalam buku atau rekod Bemis;

• Kakitangan mesti melaporkan sebarang penyata yang tidak benar atau tidak tepat yang diketahui mereka, atau rekod atau urus niaga yang tidak mem-punyai tujuan komersil yang sah. Sistem In Touch tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk melaporkan sebarang keadaan kewangan di luar aturan, penipuan, penggelapkan harta Syarikat, wang sogokan dan yang seumpa-manya.

• Sistem kawalan perakaunan dalaman yang kukuh dan komprehensif dilak-sanakan di semua lokasi; dan

• Kakitangan Bemis bekerjasama dengan juru audit dalaman dan luar semasa kerja-kerja audit atau penyiasiatan dijalankan.

Jika boleh, kontrak yang melibatkan Bemis hendaklah secara bertulis, dengan ketidakpastian di tahap seminimum yang mungkin.

Maklumat Sulit dan Harta Intelek

Maklumat sulit termasuklah, tetapi tidak terhad kepada yang berikut: maklumat teknikal tentang produk atau proses; senarai penjual atau harga belian; strategi kos, harga, pemasaran atau perkhidmatan; laporan kewangan bukan awam; dan maklu-mat yang berkaitan dengan penyahlaburan, penggabungan dan pengambilalihan. Se-lain itu, cara Syarikat menggunakan maklumat yang diketahui umum untuk mencapai hasil yang tertentu mungkin merupakan maklumat sulit yang bernilai.

Maklumat sulit mungkin merangkumi harta intelek atau “IP”. IP termasuk: paten, hakcipta, jenama dan rahsia dagangan, Pemilik IP mempunyai hak yang diberikan kepada mereka mengikut undang-undang dalam bidang kuasa yang berkenaan.

Maklumat sulit, termasuk maklumat berkaitan IP, adalah aset bernilai yang boleh memanfaatkan pesaing sekiranya mereka mengetahuinya atau sebaliknya memuda-ratkan Bemis sekiranya diketahui umum. Kakitangan hendaklah berhati-hati supaya tidak mendedahkan maklumat sedemikian kepada orang yang tidak dibenarkan, sama ada di dalam atau di luar Bemis, dan kakitangan mestilah berhemat dalam melindungi kerahsiaan maklumat yang sedemikian yang diterima daripada pihak lain. Maklumat sulit boleh dilindungi menurut undang-undang sebagai rahsia dagangan sekiranya ia mempunyai nilai kepada orang lain dan pemilik mengambil langkah-lang-kah yang wajar untuk melindunginya. Kakitangan mestilah mematuhi peraturan berikut yang berkaitan dengan maklumat sulit:• Berhati-hati tentang tempat di mana anda berbincang mengenai Syarikat yang

melibatkan maklumat sulit (terutamanya apabila bercakap melalui telefon bimbit di tempat umum);

• Jangan mendedahkan maklumat sulit Syarikat untuk keuntungan atau kelebihan peribadi;

• Laksanakan perjanjian kerahsiaan dengan orang-orang di luar Bemis (termasuk perunding) sebelum berbincang mengenai maklumat sulit;

• Berwaspada dengan maklumat di pasaran, tetapi dapatkan maklumat persaingan mengikut prinsip perniagaan dan etika yang wajar;

• Apabila anda ditawarkan maklumat sulit, pastikan kedua-dua pihak memahami dan menerima syarat bagaimana maklumat tersebut diterima; dan

• Berbincang dengan penyelia atau Jabatan Perundangan Bemis mengenai se-barang tawaran maklumat sulit yang tidak diminta bagi memastikan sama ada maklumat tersebut patut diterima atau ditolak. Perkara ini penting sekiranya wujud sebab untuk mempercayai bahawa maklumat tersebut mungkin diperolehi secara tidak sah.

Kakitangan mestilah melindungi maklumat sulit kita dan hak Harta Intelek atau IP, dan hendaklah juga menghormati hak IP orang lain. Laporkan sebarang penggunaan IP kita atau IP orang lain yang tidak dibenarkan.

Tanda niaga dan jenama Bemis adalah antara aset paling bernilai. Peragaan, penggunaan dan perlindungan jenama dikawal oleh garis panduan identiti korpo-rat yang terdapat di dalam intranet Bemis.

10 11

Page 8: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

Konfl ik Kepentingan Semua kakitangan Bemis bertanggungjawab untuk mengelak perhubungan kewangan, per-niagaan atau hubungan lain-lain yang mungkin bercanggah dengan kepentingan Bemis atau mungkin menimbulkan konfl ik terhadap prestasi tugasan mereka sebagai kakitangan Bemis.

Kakitangan tidak harus mempunyai sebarang perhubungan penggajian, perundingan atau perniagaan lain dengan pesaing, pelanggan atau pembekal Bemis, melainkan dengan ke-benaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Perundangan Bemis. Terdapat beberapa situasi konfl ik kepentingan yang perlu didedahkan dan yang mana mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis sebelum meneruskannya. Situasi tersebut termasuklah: • Sebarang perundingan atau lain-lain perhubungan penting dengan, atau minat dalam,

mana-mana pembekal, pelanggan atau pesaing; • Sebarang kepentingan peribadi yang menjadi persaingan dengan kepentingan Bemis;• Sebarang perhubungan perniagaan bagi pihak Bemis dengan sesiapa yang merupakan

saudara atau kawan peribadi, atau dengan mana-mana syarikat yang dikawal oleh orang yang sedemikian;

• Sebarang jawatan di mana seseorang kakitangan mempunyai pengaruh atau kawalan ke atas penilaian kerja atau pampasan seseorang yang merupakan saudara atau kawan peribadi;

• Sebarang penggunaan peribadi atau perkongsian maklumat sulit Bemis untuk keun-tungan, seperti menasihati orang lain supaya membeli atau menjual harta atau produk Bemis berdasarkan maklumat tersebut; dan

• Sebarang penjualan atau pembelian peribadi dari Bemis.

Kakitangan Bemis dan ahli keluarga terdekat mereka hendaklah mengelakkan pemilikan saham atau kepentingan kewangan lain dengan pihak yang berurusan dengan atau yang merupakan pesaing Bemis yang mungkin boleh mempengaruhi tanggungjawab kakitangan tersebut terhadap Bemis. Kakitangan boleh melabur dalam saham yang diagih-agihkan secara meluas, saham yang didagangkan pada bursa saham yang diiktiraf atau kaunter pasaran dengan syarat pelaburan tersebut tidak melebihi satu peratus daripada saham yang diterbitkan. Sekiranya kakitangan Bemis atau ahli keluarga terdekatnya mempunyai kepentingan ke-wangan dalam urus niaga yang dicadangkan antara Bemis dan pihak ketiga, selain daripada pelaburan yang dibenarkan dalam saham dagangan awam, maka kakitangan tersebut hendaklah serta merta memaklumkan perkara tersebut kepada penyelia.

Pelanggan dan Pembekal Kami komited untuk membangun, mengeluar dan membekal produk yang memenuhi semua obligasi kontraktual dan standard kualiti kami.

Kami akan memilih dan melayani pembekal produk dan perkhidmatan secara sama rata dan tanpa diskriminasi. Pembekal akan dinilai berdasarkan harga, kualiti, prestasi mengikut masa, komitmen dan kebolehbergantungan.

Kami mahu menjalankan perniagaan dengan pembekal, pelanggan dan pihak ketiga lain yang mematuhi standard etika yang sama. Apabila berurus niaga dengan pihak ketiga, kakitangan mempunyai tanggungjawab untuk memerhati kemungkinan pelanggaran etika dan melaporkannya, sama ada ia berlaku di dalam Bemis atau melalui interaksi luar dengan pelanggan, syarikat-syarikat perniagaan atau pegawai kerajaan.

Pendedahan Maklumat Penting

Kami adalah sebuah syarikat yang disenaraikan (NYSE:BMS) dan mematuhi undang-undang dan peraturan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat (SEC). Kami akan memberikan pendedahan penuh, adil, tepat, tepat masa dan boleh difahami dalam laporan dan dokumen yang kami failkan dengan SEC dan dalam komunikasi awam lain. Kami berusaha untuk melaporkan keadaan kewangan kami secara tepat dan tidak mengelirukan kepada para pemegang saham, penguatkuasa, kakitangan dan kepada mereka yang berkenaan. Kami akan menyediakan maklumat yang tepat, lengkap, objektif, relevan, tepat masa dan boleh difahami dan kami akan mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan serta agensi penguatkuasa awam yang lain.

Menjalankan Perniagaan dengan Kerajaan

Menjalankan perniagaan dengan kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan merupakan suatu penghormatan dan keistimewaan. Kakitangan hendaklah sedar bahawa kebanyakan kerajaan mengenakan undang-undang dan peraturan keta-ra terhadap syarikat yang menjalankan perniagaan dengan mereka dan undang-undang dan peraturan ini mungkin jelas berbeza berbanding yang dipatuhi Bemis apabila ia menjual kepada pelanggan komersil. Setiap orang di Bemis mempu-nyai tanggungjawab untuk mengetahui tentang undang-undang dan peraturan khusus ini serta mematuhinya. Kita mungkin mempunyai kontrak langsung den-gan entiti kerajaan (contoh: sebagai kontraktor utama) atau sebagai subkontrak-tor kepada kontraktor utama yang melaksanakan kontrak untuk kerajaan. Maka, walaupun Bemis tidak memegang kontrak secara terus dengan kerajaan, keban-yakan undang-undang dan peraturan khusus tersebut akan digunapakai terhadap kita (dan rakan sepasukan, penjual, pembekal, dll.) kerana kerajaan akhirnya yang akan membayar untuk barangan dan perkhidmatan tersebut.

Hadiah dan Keraian

Kakitangan kami dan ahli keluarga mereka tidak boleh memberi, menawarkan atau menerima sebarang hadiah, keraian, pengangkutan atau budi perniagaan lain yang sama ada bertujuan atau dianggap sebagai cubaan untuk mempenga-ruhi, secara tidak wajar, perhubungan perniagaan antara Bemis dan mana-mana pembekal, pelanggan dan pihak lain yang sedang atau bakal berurusan dengan Bemis.

Sekiranya seorang kakitangan menerima hadiah, dia hendaklah memberitahu penyelianya dan hadiah tersebut hendaklah diserahkan kepada Bemis atau dipu-langkan semula. Perkara ini tidak digunapakai terhadap barangan kecil dengan nilai US$250 ke bawah yang sering diberikan dalam perhubungan perniagaan dan tidak diterima oleh kakitangan secara berkala atau kerap.

Adat pertukaran hadiah dalam perniagaan antara pembekal atau pelanggan dan kakitangan Syarikat, termasuk pengangkutan atau makanan yang diberikan dalam perjalanan biasa perniagaan dibenarkan apabila berdasarkan tujuan perni-agaan yang jelas. Apa jua jenis keraian yang melampau tidak boleh diterima.

12 13

Page 9: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

Selain itu, rekod laporan perbelanjaan yang menunjukkan bantuan, hadiah dan keraian yang diberikan kepada pelanggan mestilah tepat. Bagi tujuan cukai dan peraturan pelaporan perundangan lain, laporan mengenai perbelanjaan untuk bantuan, hadiah dan keraian yang diberikan berkaitan Syarikat adalah penting. Laporan hendaklah menyatakan dengan tepat tujuan perbelanjaan dan identiti individu yang menerima bantuan, hadiah dan keraian. Laporan juga mestilah menyatakan sama ada bantuan, hadiah dan keraian tersebut diberi-kan kepada pegawai atau kakitangan awam.

Pegawai Kerajaan Kakitangan kami tidak harus menawarkan pembayaran yang tidak wajar kepada pegawai kerajaan apabila bertindak bagi pihak Bemis. Dana Bemis tidak boleh digunakan untuk pembayaran, secara langsung atau tidak (melalui agen atau pihak ketiga lain), atau memberi manfaat dalam bentuk lain (hartanah, perkhidmatan, dll.) kepada pegawai kerajaan, parti politik atau calon politik bagi tujuan: • Mempengaruhi sebarang keputusan pegawai kerajaan, termasuk keputusan

untuk gagal melaksanakan tugasnya yang sah; • Mendorong pegawai kerajaan untuk menggunakan pengaruhnya dengan

kerajaan atau pihak perantaraannya untuk mempengaruhi sebarang keputusan kerajaan atau pihak perantaraannya, atau untuk mendapat kelebihan yang tidak wajar; atau

• Membantu Bemis dalam mendapatkan atau mengekalkan perniagaan.

Beberapa undang-undang, termasuk Akta Amalan Rasuah Asing Amerika Syarikat dan Akta Sogokan United Kingdom melarang rasuah kepada pegawai kerajaan. Pelanggaran undang-undang boleh menyebabkan Bemis dan kakitangannya kena-kan denda dan penalti lain, termasuk penjara.

“Pembayaran” secara meluasnya diinterpretasikan sebagai apa-apa yang bernilai, bukan sahaja wang atau hadiah. Dasar dan prosedur yang sama yang mengawal pembayaran dan hadiah untuk pelanggan dan pembekal mestilah dipatuhi apabila berurusan dengan pegawai kerajaan. Kakitangan kami juga mesti berwaspada terhadap tanda-tanda yang pihak ketiga yang bertindak bagi Bemis ada memberikan manfaat yang tidak wajar kepada pegawai kerajaan. Perkara ini adalah penting terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai reputasi rasuah. Kami juga berusaha untuk dan mengekalkan rakan perniagaan yang berkongsi nilai kami mengenai ketelusan dan kejujuran dalam semua urusan perniagaan dan yang bertindak secara konsisten dengan prin-sip yang dinyatakan dalam Kod ini.

Sesetengah undang-undang rasuah ini juga memerlukan Bemis mengekalkan rekod yang tepat dan kawalan dalaman. Kakitangan mesti merekodkan sebarang dan semua pembayaran atau hadiah yang dibuat kepada kakitangan kerajaan. Kegagalan untuk melaporkan transaksi atau transaksi luar biasa atau membuat dokumen palsu atau tidak tepat adalah dilarang.

Sekiranya anda ragu-ragu tentang kesahihan pembayaran yang anda diminta buat, dapatkan nasihat Jabatan Perundangan Bemis. Semua kakitangan mestilah melaporkan dengan segera sekiranya mengesyaki sebarang pelanggaran undang-undang kepada penyelia mereka atau melalui program In Touch.

Bayaran untuk perbelanjaan kembara dan keraian untuk pegawai kerajaan juga mungkin dikawal oleh pelbagai undang-undang sogokan. Pembayaran ganti perbelanjaan kembara, makanan, penginapan dan lain-lain yang seumpa-manya yang munasabah dan bona fi de kepada pegawai kerajaan, pegawai parti atau calon mungkin dibenarkan, asalkan: • Pembayaran tersebut tidak bercanggah dengan semua undang-undang

yang berkenaan;• Perjalanan yang dibuat bukanlah ke lokasi di mana Bemis tidak menjalank-

an perniagaannya; dan • Sebarang perbelanjaan kembara mestilah benar-benar berkaitan dengan

tujuan perniagaan yang sah. Sebagai contohnya, pembayaran mungkin untuk perbelanjaan yang berkait secara langsung kepada demonstrasi atau penerangan mengenai perkhidmatan, atau pelaksanaan atau prestasi kon-trak dengan kerajaan atau agensi.

Sebelum membuat sebarang pembayaran kepada pegawai kerajaan atau sebe-lum membayar untuk kembara atau keraian bagi pegawai kerajaan, sila rujuk dengan Jabatan Perundangan Bemis. Bidang kuasa undang-undang di mana Syarikat beroperasi berbeza mengenai jumlah, sekiranya ada, yang dibenarkan.

Perhubungan dengan Kerajaan Perhubungan kerajaan termasuk semua kontrak antara Bemis dan kerajaan, agensi kerajaan dan wakil-wakil dari seluruh dunia. Kakitangan kami perlu ber-interaksi dengan entiti kerajaan menurut amalan dan prosedur yang ditetapkan dan dengan standard etika yang tertinggi.

Kami akan bekerjasama dengan setiap permintaan yang sah bagi maklumat daripada sumber kerajaan melainkan jika bahan yang diminta dilindungi oleh keistimewaan antara pelanggan dan peguam. Sekiranya pihak berkuasa kerajaan meminta maklumat atau akses kepada fail, perkara tersebut mestilah dibincang-kan dengan Jabatan Perundangan Bemis sebelum memberi sebarang maklumba-las. Sekiranya permintaan tersebut datangnya daripada pegawai bersama waran geledah, kakitangan hendaklah memberi kerjasama serta merta tetapi hendaklah menghubungi Jabatan Perundangan Bemis dengan serta merta. Kakitangan tidak boleh merosakkan atau mengubah dokumen Bemis apabila menjangka dokumen akan diminta oleh agensi kerajaan. Dasar Pengurusan Rekod (boleh diperolehi di intranet atau daripada Jabatan Perundangan Bemis) mengandungi maklumat lanjut mengenai keperluan memelihara dokumen Bemis.

Apabila memberi maklumat kepada mana-mana pihak berkuasa, kita hendaklah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi kerahsiaannya. Dalam kebanyakan situasi, maklumat dalam fail kerajaan tersedia untuk orang awam apabila diminta. Perkara seperti undang-undang rekod terbuka adalah untuk menggalakkan kerajaan yang terbuka dan bertanggungjawab, namun ia juga membolehkan pesaing mendapatkan maklumat mengenai kita. Kita tidak boleh meminta kakitangan kerajaan menjalankan perkhidmatan me-lainkan jika di bawah kontrak bertulis menyatakan jenis perkhidmatan yang akan diberikan. Kita hendaklah berhati-hati supaya perkhidmatan yang diberikan tidak boleh disalah anggap sebagai cara untuk memberi bayaran yang tidak wajar. Kakitangan dikehendaki menghadkan keraian wakil-wakil kerajaan supaya tidak menjejaskan - atau nampak seakan menjejaskan – kakitangan, wakil atau Bemis, dalam apa jua cara.

14 15

Page 10: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

Pembayaran Tidak Wajar

Bayaran yang tidak sah atau tidak wajar tidak boleh dibuat kepada kakitangan pembekal atau pelanggan Bemis atau kepada mana-mana pegawai atau kakitan-gan kerajaan.

Bayaran kepada perunding, pengedar, agen atau orang tengah lain mestilah pada kadar semasa biasa dan untuk perkhidmatam sebenar dan sah.

Bayaran kepada kakitangan atau ahli keluarga kakitangan Bemis (dalam apa jua bentuk) daripada pembekal, pelanggan atau pihak lain yang menjalankan perni-agaan dengan Bemis adalah dilarang.

Perdagangan Orang Dalam

Perdagangan orang dalam adalah pembelian atau penjualan saham berdasarkan maklumat yang tidak didedahkan kepada umum. Perdagangan orang dalam adalah dilarang menurut Kod ini serta oleh undang-undang sekuriti perseku-tuan dan negeri. Kakitangan tidak boleh membeli atau menjual saham Bemis atau syarikat lain, atau membeli atau menjual sebarang hartanah atau aset, berdasarkan maklumat yang tidak didedahkan kepada umum yang diperolehi melalui pekerjaan di Bemis. Kakitangan juga dilarang daripada mendedahkan maklumat sedemikian kepada sesiapa di luar Bemis sehingga maklumat tersebut telah didedahkan kepada umum dan pasaran sekuriti mempunyai peluang yang secukupnya untuk mempertimbangkannya. Larangan ini juga diguna pakai sama ada maklumat sedemikian datang daripada Bemis atau entiti lain di mana Bemis mempunyai perhubungan rahsia. Kakitangan juga tidak boleh membeli atau men-jual saham mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Bemis berdasarkan maklumat yang tidak didedahkan kepada umum. Untuk maklumat lanjut mengenai perdagangan orang dalam, sila rujuk kepada Dasar Dagangan Saham dan Pendedahan Maklumat Bemis.

16 17

Perniagaan Antarabangsa

Kita beroperai secara global, maka kita tertakluk kepada undang-undang dan per-aturan kebangsaan dan tempatan yang berbeza dari satu kawasan bidang kuasa dengan yang lain. Dasar kami adalah mematuhi undang-undang di mana kami men-jalankan perniagaan: Kakitangan hendaklah:• Memastikan bayaran yang dibuat kepada agen atau pembekal adalah untuk

perkhidmatan yang diberikan dan sewajarnya menurut jenis perkhidmatan dan nilai pasaran;

• Tidak mengembangkan perniagaan ke negara asing, di mana Bemis tidak pernah menjalankan perniagaan sebelum ini tanpa membincangkannya dengan penguru-san dan Jabatan Perundangan Bemis;

• Berwaspada apabila berurus niaga dengan negara yang terlibat dalam konfl ik atau di bawah sekatan antarabangsa;

• Apabila terlibat dalam ekspot, patuhi semua peraturan yang mengawal penghan-taran produk dan perniagaan Bemis ke negara yang mengimpot, serta perjanjian dagangan antarabangsa yang digunapakai;

• Pastikan maklumat yang tepat diberikan kepada sesiapa yang bertugas untuk memudahkan urus niaga ekspot dan impot; dan

• Rujuk kepada Jabatan Perundangan Bemis bagi garis panduan khusus untuk berurusan dengan pengurusan melepasi sempadan perniagaan Bemis (termasuk keahlian dalam lembaga pengarah syarikat yang terletak di negara asing).

Sumbangan untuk Tujuan Politik

Kakitangan tidak boleh, secara langsung atau tidak langsung, bagi pihak Bemis atau bagi sebarang tujuan yang berkaitan dengan perniagaan Bemis, membuat sumban-gan untuk tujuan politik di mana-mana negara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Perundangan Bemis.

Di sesetengah negara, sumbangan bagi tujuan politik adalah dibenarkan dan diharap-kan untuk melambangkan warga korporat yang baik. Dalam keadaan sedemikian, sumbangan mungkin sesuai jika jumlahnya munasabah dan selari dengan amalan pertimbangan yang baik. Undang-undang yang mengawal sumbangan bagi tujuan politik selalunya kompleks dan sukar untuk diterjemah dan boleh dianggap sebagai bayaran rasuah sekiranya tidak diuruskan dengan betul. Bagi memastikan kepatu-han dengan undang-undang yang berkenaan, penggunaan dana atau aset Bemis (atau mana-mana subsidiari) untuk membuat sumbangan bagi tujuan poltik, secara langsung atau tidak langsung, hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Jabatan Perundangan Bemis.

Page 11: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

Lampiran A – Soalan-soalan LazimSumber untuk Kakitangan

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai kemusy-kilan tentang sesuatu seksyen dalam Kod?

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan tentang sesuatu seksyan dalam Kod, sila berbincang mengenainya dengan penyelia anda, wakil Sumber Manusia atau Jabatan Perundangan Bemis. Walaupun anda tidak bersetuju dengan sesuatu seksyen dalam Kod tersebut, anda masih bertanggungjawab untuk mematuhi dasar yang terkandung di dalamnya.

Pelaporan

Apakah yang berlaku sekiranya saya melaporkan sesuatu kemusykilan tetapi tidak mendengar sebarang maklumbalas mengenainya?

Pastikan sekiranya laporan tersebut dibuat tanpa memberi sebarang nama. Sekiranya ya, mungkin tiada cara untuk memberi maklumbalas itu kepada anda. Selain itu, semua perkara akan disiasat sewajarnya, tetapi selalunya adalah tidak wajar keputusannya akan dimaklumkan oleh kerana isu-isu sulit dan persend-irian. Sekiranya anda menggunakan sistem komunikasi hotline In Touch, harap maklum bahawa Bemis akan cuba memberi maklumbalas secepat mungkin, tidak lebih daripada lima (5) hari bekerja.

Mematuhi Kod

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak pasti bahawa tindakan tertentu melanggar Kod?

Semak garis panduan, didalam Kod untuk jawapannya. Sekiranya anda ma-sih tidak pasti, pertimbangkan sama ada anda mahu tindakan atau keputusan tersebut diterbitkan di muka hadapan akhbar tempatan. Sekiranya jawapan-nya adalah ‘tidak’, anda hendaklah menahan diri daripada bertindak. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan , berbincanglah dengan penyelia anda, wakil Sumber Manusia atau Jabatan Perundangan Bemis.

Anti Gangguan

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya orang yang menggangu saya adalah penyelia saya? Sekiranya saya mengadu, bolehkan saya kehilangan kerja?

Tidak. Anda tidak akan diberhentikan kerja dan anda layak bekerja dalam persekitaran yang bebas dari ancaman, keganasan atau perilaku tidak meny-enangkan. Hubungi Naib Presiden Sumber Manusia atau wakil Sumber Manusia anda untuk bantuan. Kami tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan balas dendam terhadap laporan yang dibuat atau bekerjasama semasa penyiasatan.

Penyimpanan Dokumen

Sekiranya saya baru menyiapkan sebuah projek, bolehkah saya mem-buang atau menghapuskan semua dokumen projek?

Terdapat nilai perniagaan dalam menyimpan rekod yang berkaitan dengan sese-buah projek. Walau bagaimanapun, kita hanya perlu menyimpan apa yang perlu sahaja. Sila rujuk kepada Dasar Pengurusan Rekod untuk memastikan keperluan menyimpan rekod. Sekiranya anda tidak pasti apa yang hendak dilakukan den-gan dokumen anda atau anda fi kir pengecualian patut diberikan kepada Dasar Pengurusan Rekod, sila hubungi Jabatan Perundangan Bemis.

Pemeliharaan Aset Korporat

Apakah berlaku sekiranya saya mengendalikan perniagaan sampingan kecil kecilan dari rumah? Pengurus saya dan Jabatan Perundangan Bemis telah mengenalpasti bahawa perniagaan tersebut tidak men-imbulkan sebarang konfl ik kepentingan terhadap kerja saya di Bemis. Bolehkah pelanggan saya meninggalkan pesanan pada peti surat suara Bemis saya?

Tidak, melainkan jika ia benar-benar secara kebetulan. Walaupun tiada konfl ik kepentingan, anda mempunyai obligasi untuk menggunakan asset Bemis (ter-masuk sistem komunikasi dan peti surat suara) hanya untuk perniagaan Bemis sahaja. Kakitangan tidak dibenarkan mengguna aset Syarikat untuk menyokong kerja kedua, pekerjaan sendiri atau usaha perundingan. Sekiranya anda men-jangkakan komunikasi berkala daripada aktiviti sedemikian, anda bertang-gungjwab untuk mewujudkan dan membayar sendiri perbelanjaan telekomuni-kasi anda.

18 19

Page 12: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

Undang-undang Pesaingan

Bagaimanakah jika bekas majikan saya adalah salah satu daripada pesaing kita? Bolehkah saya bercakap dengan rakan sekerja tentang sesetengah strategi jualan mereka? Tidak. Anda mempunyai obligasi untuk melindungi maklumat hakmilik bekas ma-jikan anda dan obligasi tersebut tidak berakhir apabila anda meninggalkan maji-kan tersebut. Anda patut memaklumkan bahawa anda bekerja dengan seorang pesaing sebelum ini kepada pengurus anda dan pastikan anda mematuhi semua obligasi kerahsiaan terhadap bekas majikan anda.

Saya sedang menunggu di dewan sebelum mesyuarat cadangan kera-jaan. Apakah yang patut saya lakukan sekiranya saya terdengar per-bualan mengenai spesifi kasi dan kos antara pegawai pemerolehan dengan salah seorang pesaing kita? Bolehkah saya terus menyertai proses bidaan, dan sekiranya ‘ya’, bolehkah saya menggunakan maklu-mat tersebut untuk cadangan yang serupa dan menghantarnya dengan bidaan yang lebih rendah? Jawapannya adalah ‘Tidak’ untuk kedua-dua soalan. Anda tidak bleh mengambil kesempatan daripada maklumat ini dangan apa cara sekali pun. Anda hendaklah menarik diri dengan baik daripada mesyuarat tersebut, elakkan daripada mende-dahkan maklumat tersebut kepada sesiapa yang berkaitan dengan program atau cadangan tersebut, dan hubungi Jabatan Perundangan Bemis. Kemungkinan anda perlu menarik diri daripada pasukan bidaan sebagai cara untuk melindungi Bemis supaya Bemis dapat menyertai proses bidaan dengan adil.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya saya baru tersedar bahawa sesetengah maklumat yang diberikan kepada pelanggan tidak tepat hanya selepas harga dan terma telah pun dipersetujui? Adakah saya mematuhi prosedur yang betul sekiranya saya memberitahu pelanggan serta merta?

Penting bagi anda untuk menghubungi pihak kewangan dan perundangan serta pasukan sokongan jualan dan bekerja sama dengan mereka untuk membantu memastikan pemberitahuan yang tepat pada masa mengenai kesilapan tersebut kepada pelanggan.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menerima surat yang diposkan daripada sumber yang tidak dikenalpasti mengandungi data harga pesaing? Tiada sebarang petunjuk yang surat tersebut telah dihantar atau diterima melalui saluran yang dibenarkan. Jangan baca dokumen tersebut dan jangan berkongsinya dengan rakan sekerja. Surat tersebut mestilah dilekatkan, diasingkan dan dihantar kepada Jabatan Perun-dangan Bemis dengan serta merta.

Buku dan Rekod

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya pengurus saya mengenakan tekanan untuk “mengubah rekod”?

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk bertindak dengan jujur dan tepat. Sekiranya anda rasa tertekan untuk melakukan sebaliknya, berbincanglah dengan penyelia anda atau Jabatan Perundangan Bemis. Sekiranya anda rasa tidak se-lesa melalui saluran dalaman, anda boleh gunakan sumber In Touch Bemis pada bila-bila masa sahaja, siang atau malam.

Konfl ik Kepentingan

Bagaimana sekiranya salah seorang saudara atau rakan karib saya bekerja dengan pelanggan atau pembekal Bemis?

Anda mesti mendedahkan perhubungan tersebut kepada penyelia anda. Kami perlu mengetahui supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil untuk men-gelakkan potensi konfl ik yang akan menjejaskan (atau nampak seolah-olah men-jejaskan) keputusan Bemis. Sebagai contohnya, sekiranya kakak anda bekerja dengan pembekal dan terlibat dalam aktiviti pemerolehan, dan pengurus anda hanya memberitahu anda bahawa kakak anda mahu anda menyertai pasukan pencadang yang akan menyemak bidaan daripada pelbagai syarikat, termasuk majikan kakak anda, anda mesti memberitahu tentang perhubungan tersebut dan dapatkan nasihat mengenai penyertaan anda dalam pasukan pencadang.

Bagaimanakah sekiranya saya tidak pasti sama ada sesuatu aktiviti di luar pekerjaan akan menimbulkan konfl ik kepentingan?

Anda perlu menghubungi Jabatan Perundangan Bemis untuk bantuan. Malan-gnya, adalah tidak mungkin untuk menyenaraikan semua keadaan yang mungkin menimbulkan konfl ik kepentingan. Salah satu cara terbaik untuk mengagak sama ada sesuatu aktiviti menimbulkan konfl ik kepentingan adalah dengan bertanya pada diri sendiri beberapa soalan: Adakah aktiviti tersebut mengganggu (atau nampak mengganggu) dengan tugasan yang anda laksanakan untuk Bemis? Adakah anda, ahli keluarga anda, atau sahabat anda menerima manfaat peribadi yang tidak wajar melalui aktiviti tersebut kerana kedudukan anda di Bemis? Adakah aktiviti tersebut bersaing dengan kepentingan Bemis? Sekiranya anda menjawab ‘ya’ pada mana-mana soalan ini, aktiviti tersebut sememangnya me-nimbulkan konfl ik kepentingan dan mestilah didedahkan. Sekiranya anda tidak pasti, pilihan terbaik adalah mendapatkan nasihat.

20 21

Page 13: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

Hadiah dan Keraian

Bolehkah kita menyediakan makan tengah hari semasa mesyuarat den-gan pelanggan utama?

Sekiranya makan tengahari disediakan mengikut dasar pemberian hadiah dan mematuhi garis panduan nilai kewangan, ini boleh diterima.

Kita telah bekerja rapat dengan pelanggan komersil bagi pelaksanaan sistem yang besar yang kini telah siap. Bagaimanakah sekiranya kita mahu mengiktiraf kakitangan pelanggan dengan memberikan setiap ahli pasukannya sarung komputer riba dengan jenama Bemis sebagai tanda peringatan siapnya projek tersebut? Adakah ini melanggar dasar hadiah kita?

Tidak. Anda tidak melanggar syarat dasar hadiah. Anda boleh memberi barangan tersebut asalkan nilainya adalah US$250 ke bawah seperti yang diterangkan di dalam Kod ini. Anda boleh mencadangkan idea tersebut kepada salah seorang wakil pelanggan terlebih dahulu, untuk membantu memastikan hadiah terse-but mematuhi dasar syarikatnya. Kita tidak mahu meletakkan pelanggan kita di dalam kedudukan serba salah sekiranya mereka perlu memulangkan hadiah tersebut. Walaupun anda tidak perlu mendapatkan kebenaran bertulis kerana hadiah tersebut “boleh diterima”, ia adalah amalan yang baik untuk membincang-kan pemberian hadiah yang sedemikian terlebih dahulu dengan pengurus anda.

Bagaimanakah sekiranya saya menerima hadiah yang saya tahu tidak wajar? Apa yang patut saya lakukan?

Pulangkan semula kepada pemberinya dan terangkan kepadanya dengan baik mengenai dasar Bemis yang melarang anda daripada menerima hadiah terse-but. Dalam sesetengah keadaan di mana hadiah yang diberikan adalah daripada pegawai dari negara lain, pilihan lain boleh dipertimbangkan, seperti meletakkan hadiah tersebut di kawasan awam, mendermanya kepada pertubuhan kebajikan atau buat sumbangan dengan jumlah yang serupa kepada badan kebajikan atas nama penderma. Sila rujuk dengan pengurus anda atau Jabatan Perundangan Bemis untuk panduan.

Bagaimanakah sekiranya salah seorang pelanggan saya mengadakan cabutan bertuah dan hadiahnya adalah percutian bernilai US$2000? Bolehkah saya menyertainya?

Ya, anda boleh menyertainya asalkan proses pemberian hadiah adalah adil, tidak berat sebelah dan diadakan di tempat umum. Sekiranya anda memenangi hadiah tersebut, anda mestilah memaklumkannya kepada pengurus anda, dan memandangkan hadiah tersebut bernilai lebih daripada US$250, anda mestilah mendapatkan kelulusan bertulis daripada pengurus anda.

Pegawai-pegawai Kerajaan

Siapakah “pegawai kerajaan”?

“Pegawai kerajaan” adalah seseorang yang bekerja dengan pihak berkuasa kerajaan, termasuk pegawai dari parti politik dan calon wakli rakyat. “Pegawai kerajaan” juga merangkumi kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan.

Bagaimana dengan hadiah sosial kepada pegawai kerajaan atau sauda-ra kepada pegawai kerajaan – adakah perbuatan ini boleh diterima di bawah Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA)? Kemungkinan hadiah tersebut tidak melangar FCPA. Pokoknya adalah sama ada hadiah diberikan untuk merasuah pengaruh pegawai kerajaan tersebut untuk mendapat atau mengekalkan perniagaan? Lebih besar atau lebih kerap hadiah tersebut, kemungkinan ia bukanlah sekadar hadiah sosial tetapi meningkat ke tahap ganjaran yang dilarang menurut FCPA. Anda mestilah memaklumkannya kepada Jabatan Perundangan Bemis sebelum memberi sebarang hadiah kepada pegawai kerajaan. Dalam semua kes, hadiah sosial mestilah menurut dasar hadiah dan keraian Bemis.

FCPA membuat syarikat bertanggungjawab ke atas tindakan agennya yang melanggar FCPA. Siapakah “agen”?

Agen adalah orang atau entiti yang boleh bertindak bagi pihak Bemis. Maka, subsidiari Bemis boleh bertindak sebagai agennya. Seorang kakitangan daripada subsidiari bukan dari Amerika Syarikat boleh bertindak sebagai agen syarikat Amerika Syarikat. Rakan kongsi usahasama, agen jualan, wakil jualan, perund-ing, “broker” jualan, pengedar – semuanya boleh bertindak sebagai agen di bawah pelbagai undang-undang rasuah, dan mereka semua boleh membuat Bemis bertanggungjawab terhadap pelanggaran undang-undang.

Kita mempunyai hanya sedikit, sekiranya ada, kawalan ke atas ses-etangah pihak yang menjalankan perniagaan dengan kita, seperti bro-ker dan pengedar asing - bagaimanakah kita boleh bertanggungjawab atas tindakan perniagaan bebas ini di bawah undang-undang rasuah?

Sesetengah undang-undang rasuah melarang bukan sahaja rasuah langsung, tetapi juga perbuatan tidak mempedulikan fakta dan keadaan yang menunjuk-kan pelanggaran undang-undang. Isunya bukanlah kawalan ke atas pihak yang menjalankan perniagaan dengan Bemis, tetapi sama ada Bemis tahu (atau patut tahu), tetapi terus menjalankan perniagaan dengan pengedar tersebut, Bemis mungkin melanggar sesetengah undang-undang rasuah. Ini mungkin merupakan suatu yang kompleks, maka, sentiasa hubungi Jabatan Perundangan Bemis seki-ranya anda mempunyai sebarang kemusykilan.

22 23

Page 14: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

24

Perdagangan Orang Dalam

Bagaimanakah sekiranya saya mengetahui tentang keputusan perole-han suku tahun Bemis sebelum keputusan diumumkan kepada awam? Bolehkah saya membeli atau menjual saham Bemis berdasarkan mak-lumat tersebut?

Tidak. Maklumat tersebut dianggap sebagai maklumat penting bukan umum, maka, penjualan atau pembelian saham adalah pelanggaran Dasar Dagangan Saham Bemis dan Pendedahan Maklumat, serta mungkin melanggar undang-un-dang sekuriti persekutuan. Anda boleh membeli atau menjual saham Bemis hanya selepas maklumat tesebut diumumkan kepada awam.

Organisasi saya menyemak cadangan oleh salah satu vendor kami ten-tang produk baru yang mereka ingin memperkenalkan kepada pasaran tidak lama lagi, Kami bersetuju bahawa produk tersebut tidak berguna kepada Syarikat tetapi saya fi kir ia merupakan penemuan penting bagi industri lain dan akan meningkatkan harga saham vendor tersebut. Bagaimanakah jika saya mahu membeli saham dalam syarikat vendor itu? Adalah ini melanggar dasar perdanganan orang dalam Bemis?

Ya, perbuatan tersebut melanggar dasar perdagangan orang dalam Bemis. Anda tidak boleh membeli saham syarikat vendor tersebut sehinggalah maklumat mengenai produk baru itu diumumkan kepada awam. Walaupun produk tersebut tidak berguna kepada Bemis, itu adalah tidak relevan. Apa yang relevan adalah anda mempunyai maklumat mengenai produk baru tersebut (serta potensi kes-annya ke atas perolehan vendor itu) yang belum lagi tidak diketahui ramai.

Lampiran B – Maklumat PerhubunganSila hantarkan sebarang pertanyaan khusus mengenai Kod Kelakuan ini kepada:

The Bemis Legal DepartmentOne Neenah CenterP.O. Box 669Neenah, WI 54957(920) 727-4100

Hotline In Touch:

Argentina 0800-666-2823 [email protected] 1-800-637-498 [email protected] Belgium 00-800-9900-7700 [email protected] 0800-891-6120 [email protected] 877-236-4707 [email protected] 10800-130-1678 1 10800-713-1718 2 [email protected] 8088-4598 [email protected] 990-800-9900-7700 [email protected] 00-800-9900-7700 [email protected] 0800-182-9051 [email protected] Kong 852-5808-0168 [email protected] 00-800-9900-7700 [email protected] 800-78-0621 [email protected] 0066-33-821655 3 [email protected] Malaysia 1-800-805-805 [email protected] 001-866-682-0931 [email protected] Zealand 0800-452-600 [email protected] 800-18-129 [email protected] 00-800-111-3566 [email protected] Rico 877-236-4704 [email protected] 800-1301-292 [email protected] 900-931-702 [email protected] 020-794524 [email protected] 0800561-103 [email protected] Kingdom 00-800-9900-7700 [email protected] States 877-236-4704 [email protected]

1 Shanghai(SH), Jiangsu(JS), Zhejiang(ZJ), Shaanxi(SN), Gansu(GS), Xinjing(XJ), Xizang(XZ), Yunan(YN), Guangxi(GX), Guangdong(GD), Fujian(FJ), Jiangxi(JX), Hunan(HN), Hubei(HB), Sichuan(SC), Chongqing(CQ), Anhui(AH), Hainan(HQ), Guizhou(GZ), Ningxia(NX), Qinghai(QH)2 Beijing(BJ), Tianjin(TJ), Hebei(HEB), Heilongjiang(HL), Jilin(JL), Liaoning(LN), Henan(HEN), Shandong(SD), Inner Mongolia(NM), Shanxi(SX)3 Accessible by landline only.

25

Page 15: Bemis Company, Inc. KOD KELAKUANcorporate.bemis.com/public/pdf/coc_malay.pdf · dan mencari pertolongan apabila mereka mempunyai soalan atau kemusykilan yang tidak dinyatakan di sini

One Neenah Center, 4th Floor P.O. Box 669

Neenah, Wisconsin 54957-0669

(920) 727-4100 www.bemis.com