belalang dan belatuk

1
BELALANG DAN BELATUK Pengenalan: Permainan belalang dan belatuk merupakan permainan tradisional yang telah lama diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh oleh kanak-kanak yang berusia lingkungan enam hingga dua belas tahun. Aspek yang amat penting untuk permainan ini ialah kecekapan pendengaran dan ketangkasan peserta. Dua kumpulan akan diwujudkan untuk mawakili pasukan belalang dan pasukan belatuk. Pengadil akan menyebut nama kumpulan dan kumpulan tersebut perlu menangkap ahli pasukan pihak lawan. Oleh itu, permainan ini meningkatkan mutu kepekaan pendengaran dan ketangkasan peserta. Permainan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia amat menyeronokkan. Matlamat: Matlamat permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pendengaran dan ketangkasan peserta untuk menangkap ahli pihak lawan. Kecekapan pendengaran peserta dapat dilihat ketika arahan diberikan. Pemahaman terhadap peraturan yang ditetapkan sangat diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan. Ketangkasan peserta dapat ditingkatkan ketika pasukan yang disebut namanya menangkap pasukan lawan.

Upload: effa-farina

Post on 29-Jun-2015

998 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BELALANG DAN BELATUK

BELALANG DAN BELATUK

Pengenalan:

Permainan belalang dan belatuk merupakan permainan tradisional yang telah lama

diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh oleh kanak-

kanak yang berusia lingkungan enam hingga dua belas tahun. Aspek yang amat

penting untuk permainan ini ialah kecekapan pendengaran dan ketangkasan peserta.

Dua kumpulan akan diwujudkan untuk mawakili pasukan belalang dan pasukan belatuk.

Pengadil akan menyebut nama kumpulan dan kumpulan tersebut perlu menangkap ahli

pasukan pihak lawan. Oleh itu, permainan ini meningkatkan mutu kepekaan

pendengaran dan ketangkasan peserta. Permainan ini sangat sesuai untuk kanak-

kanak kerana ia amat menyeronokkan.

Matlamat:

Matlamat permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pendengaran dan

ketangkasan peserta untuk menangkap ahli pihak lawan. Kecekapan pendengaran

peserta dapat dilihat ketika arahan diberikan. Pemahaman terhadap peraturan yang

ditetapkan sangat diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan. Ketangkasan peserta dapat

ditingkatkan ketika pasukan yang disebut namanya menangkap pasukan lawan.