bekasmenanamdanmedium

17
HORTIKULTUR HIASAN Bekas Tanaman Dan Medium Penanaman

Upload: salini-sree-dharan

Post on 05-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

i

TRANSCRIPT

  • HORTIKULTUR HIASANBekas Tanaman Dan Medium Penanaman

  • Bekas TanamanTujuan menanam dalam bekas ialah;untuk memudahkan tanaman diangkut dari satu tempat ke suatu tempat untuk kegunaan dan susunan dalam bangunan menyenangkan penjagaanBekas menanam diperbuat daripada berbagai bahan; bentuknya juga pelbagai sesuai dengan tumbuhan dan lokasi, di samping bekas itu menjadi daya tarikan.Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bekas:mempunyai lubang salirantidak mudah pecahringanmudah dibersihkankemas dan menarikmurahmudah diperolehi

  • Pasu tanah liat jenis berkilau lebih cantik tidak berkilau lebih baik kerana mempunyai dinding yang poros (membenarkan pertukaran udara dan gas di antara medium dgn atmosfera) dan membolehkan pengaliran keluar air yang berlebihan. Kebaikan pasu tanah liat:warna dan bentuk lebih semulajadi tidak mudah menyimpan haba lebih sejuk untuk tumbuhan. terdapat banyak di pasaran dan murahKelemahan:beratmudah pecahmudah kotor ditumbuhi lumut.

    Pasu plastikDidapati dalam berbagai bentuk, saiz dan warna.sering digunakan oleh penjual tumbuhan nurseri / lanskapKelebihan:lebih ringanmudah dicuditidak mudah pecahKekurangan: lebih mahaltidak tahan lasakwarna boleh berubah - pudar

  • Bekas daripada logam Jarang digunakan kerana harga mahal Bekas logam (aluminium) sesuai kerana ringan dan tahan karat.Bekas daripada kayu dan papan Biasa digunakan untuk pokok-pokok lebih besar. Papan mesti diawet terlebih dahulu. Kelebihannya ialah ia tidak menyimpan haba Kelemahannya; mudah reput, berat, senang diserang anai- anai.Beg politena Diguna sebagai bekas menanam sementara. Terdapat dalam berbagai saiz dan ketebalan. Warna hitam dan putih Kebaikan:sangat murahringanmudah lentur terdapat dalam banyak saizKelemahan: mudah koyaksusah berdiri tegak, mudah tumbangakar pokok mudah tercedera semasa pemindahan

  • Penyediaan pasu sebelum digunakanPasu baruPerlu dibersihkan dengan air bersih sebelum digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan bahan kimia. Pasu tanah liat perlu direndam semalaman supaya liang romanya dipenuhi air.

    Pasu terpakai bersihkan dan buang semua kotoran Pasu tanah liat terpakai; bersihkan dan rendam semalaman dalam larutan 10% formalin untuk membunuh mikroorganisma, mengeluarkan gas-gas dan bahan kimia beracun yang terdapat dalam liang roma pasu

  • Medium penanamanTanah atas:Sebaik-baiknya diambil dari tanah hutanAmbil kira-kira 15cm dari permukaan atas, keringkan tanah itu ditempat yang redup, ayak dan buang semua kotoran / sampah / akar rumput.Sekiranya tiada tanah hutan, boleh gunakan tanah-tanah berumput.gali sedalam 15cm.keringkan dengan cara meletakkan bahagian berumput di sebelah bawah.Setelah kering, ayak untuk membuang akar-akar rumputFungsi tanah kepada tumbuhan;memberi sokongan kepada akar pokok.membekalkan nutrien dan unsur makanan (NPK)airudara (O2) untuk akar

  • Struktur dan tekstur tanah.Komponen penting tanahmineralbahan organikair, udaraStruktur tanah ialah peratus mineral, bahan organik, air dan udara di dalam tanah.Struktur tanah akan berubah apabila % keempat-empat bahan tersebut berubah.perubahan struktur mempengaruhi kesuburan tanahelakkan mengerjakan tanah ketika basah kerana akan merosakkan struktur dan menyebabkan tanah tidak subur lagi.

  • Mineral tanah terdiri daripada butir pasir, kelodak dan liat.Butiran pasir 0.1 1.0mm. daya pegangan air dan nutrien rendah. saliran dan pengudaraan baikkelodak 0.002 0.05mm daya pegangan air yang baik butiran liat kurang daripada 0.002mm mempunyai daya pemegangan nutrien yang baik dan sukar melepaskannya.% pasir, kelodak dan liat akan menentukan tekstur tanah.tanah pasirtanah liattanah peroiStruktur dan tekstur tanah adalah sifat fizikal tanah yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesuburan sesuatu tanah.Struktur dan tekstur tanah yang baik memberikan pertumbuhan tumbuhan yang baik.Struktur dan tekstur tanah yang tidak baik boleh diperbaiki dengan penambahan bahan organik.Sifat kimia tanah juga akan menentukan kesediaan nutrien untuk diserap oleh tumbuhan keasidan dan kealkalian tanah.

  • Tanah Yang Baik Untuk PenanamanCara mudah menguji tekstur tanah ialah merasa dengan hujung dua jari.Tekstur kasar menunjukkan tanah mengandungi butiran pasir ysng tinggiTekstur berlempung (liat) adalah licin dan melekit.Tekstur tanah peroi tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus baik untuk tanamanSaliran sesuatu tanah boleh diketahui dengan cara; gali lubang sedalam lebih kurang 1 meter.isikan dengan airjika air kering dalam masa 1 2 jam menunjukkan tanah tersebut mempunyai saliran yang baik.jika air kering dalam masa 24 jam menunjukkan saliran tanah tidak baik.

  • Membaiki struktur tanah campurkan dengan bahan organik .Kelebihan bahan organik ialah boleh membaiki daya pemegangan air dan kadar pertukaran kation tanahCampurkan dengan komposDihasilkan dengan mereputkan (reput sepenuhnya) sisa-sisa tumbuhan, sisa buangan dapur dan haiwan.Kompos yang cukup reput berwarna perang dan kurang berbau.Kelebihannya sama dengan bahan organik.Sangat baik untuk tumbuhan berbunga dalam pasu

  • Tanah gambutTerhasil daripada sisa-sisa tumbuhan yang tidak reput sepenuhnya dan ditenggelami air.Terdapat di tepi-tepi laut, sungai dan paya sehingga beberapa meter dalam.Keadaannya berasid dan tinggi kandungan niterogen.Ambil tanah permukaan, keringkan di tempat teduh, ayak dan tabur kapur.

  • Bahan organikNajis haiwan (lembu, kambing, kerbau, ayam dll).Hendaklah benar-benar reput sebelum digunakan.Daun-daun reputDaun-daun dan dahan tumbuhan hendaklah dicincang halus dan campurkan dengan tanah pasu.Sampah-sampah lain juga boleh dikumpulkan di tempat redup dan dibiarkan reput sebelum digunakan.KomposDihasilkan daripada pemeraman sisa tumbuhan dan haiwan.PasirPasir yang baik ialah berstruktur kasar dan pasir sungai.Abuk papanSekam padisabut kelapaPerlitVermikulit

  • Panduan memilih medium yang sesuai:ciri-ciri fizikal medium hendaklah baik;daya memegang airkadar penyerapan air ke dalam bahankadar pembebasan air kepada tumbuhan% ruang udaraberat bahanciri-ciri kimia;kandungan garam terlarut rendahbaja mudah diambil oleh tumbuhankadar pertukaran kation yang tinggipH yang sesuaitidak terdapat agen perosak dan penyaktikualiti bahan dan kemudahan pengurusan;mudah diperolehiboleh diguna bila-bila masatidak berubah bentukfaktor ekonomiharga murahkos penyediaan rendah.

  • Campuran memasu:Campuran memasu yang biasa digunakan ialah campuran memasu John Innes (JIP):7 bahagian tanah loam (peroi) 3 bahagian bahan organik 2 bahagian pasir sungai Untuk setiap 1.0m padu campuran, tambahkan 4.2kg baja tulang (Malameal atau Gromeal) dan 2.7kg kapur Magnesium.Atau 3 : 2 : 1 jika tanah peroi mengandungi butiran liat yang tinggi.

    Campuran memasu yang baik:Memberi sokongan yang baik kepada akar pokokMembekalkan nutrien yang mencukupiMempunyai saliran yang baikMempunyai pengudaraan yang baik

  • SEKIAN.