bdp power point

31
Pengenalan

Upload: raikein-san

Post on 10-Aug-2015

1.285 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bdp power point

Pengenalan

Page 2: Bdp power point

• Malaysia merupakan Negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.

• Kaum-kaum utama yang terdapat di Negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya.

Page 3: Bdp power point

• Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing –masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang.

• Budaya yang diamalkan dan diwarisi daripada aspek kesenian, bahasa, adat resam , muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikan yang tersendiri bagi setiap kaum

Page 4: Bdp power point

Kesimpulannya

budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain.

Page 5: Bdp power point

• Kesemua budaya yang terdapat dalam masyrakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan bahasa dan sebagainya.

Page 6: Bdp power point

•Implikasi Kepelbagai Sosiobudaya Kepada Murid

Page 7: Bdp power point

- Setiap murid adalah berbeza

berdasarkan latar belakang mereka yang berlainan.

- Selain faktor persekitaran, Faktor budaya juga mempengaruhi cara murid berfikir.

- Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid adalah perbezaan daripada segi cara berkomunikasi.

Page 8: Bdp power point

• Contohnya, murid yang berlainan latar budaya mahupun bersamaan budaya boleh mempunyai penggunaan bahasa yang berbeza.

• Selain itu, murid yang berbeza budaya biasanya berbeza sikap terhadap konflik.

Page 9: Bdp power point

• Murid yang hidup dalam keluarga yang mengamalkan perbincangan akan bersikap terbuka untuk menangani sesuatu konflik berbanding murid yang persekitarannya lebih tertekan

Page 10: Bdp power point

• faktor penempatan juga member implikasi yang besar terhadap sosiobudaya murid.

• Murid yang tinggal di Bandar biasanya akan lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya etnik yang berbeza.

Page 11: Bdp power point

• Kebanyakan murid di pinggir bandar datang daripada budaya dan adat resam yang sama.

• Faktor gender juga merupakan factor terbesar yang member implikasi kepada murid. Murid lelaki dan murid perempuan mendapat layanan yang berbeza memandangkan perlakuan mereka yang berbeza.

Page 12: Bdp power point

• Murid lelaki pula mendapat lebih perhatian daripada guru berbanding murid perempuan kerana dianggap bermasalah dalam pembelajaran dan tingkah laku di dalam kelas.

Page 13: Bdp power point

Implikasi Kepelbagaian

Sosiobudaya Kepada Guru

Page 14: Bdp power point

• Guru seharusnya tidak menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan perhatian terhadap pelajar berikutan perbezaan budaya mereka.

Page 15: Bdp power point

• Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru memgambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk memastikan pengajaran guru berkesan.

Page 16: Bdp power point

• Guru seharusnya memberikan perhatian terhadap penerimaan murid dan member layanan yang adil kepada semua murid tanpa mengira budaya.

Page 17: Bdp power point

• Hal ini berikutan, guru seharusnya menggunakan latar belakang murid untuk memahami tingkah laku dan luahan perasaan murid untuk memahami punca tingkah laku sebenar murid.

Page 18: Bdp power point

• Guru seharusnya melakukan pembelajaran koperatif untuk memenuhi keperluan belajar semua murid.

• Pembelajarn yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain.

Page 19: Bdp power point

• Dalam menyelesaikan masalah ini, guru seharusnya melaksanakan pembelajaran koperatif.

• Faktor yang seterusnya adalah daripada penggunaan bahasa, guru seharusnya memastikan sudut penggunaan bahasa dan istilah tidak berunsur sensitif daripada semua aspek.

Page 20: Bdp power point

• Hal ini adalah perlu untuk mengelakkan masalah pembelajaran dan memastikan tidak timbul salah faham antara guru dan murid.

• guru juga seharusnya pandai memilih bahan sumber yang bersesuaian dengan keperluan murid.

Page 21: Bdp power point

• Sebuah kelas yang terdiri daipada kaum dominan dan etnik minority mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tiada unsur-unsur budaya etnik mereka dalam sumber pembelajaran.

Page 22: Bdp power point

• Implikasi kepelbagaian Sosiobudaya Kepada Sekolah

Page 23: Bdp power point

• faktor terbesar yang menyumbang kepada implikasi kepelbagaian sosio budaya sekolah adalah jenis sekolah.

• Antara jenis sekolah rendah yang terdapat di Malaysia adalah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil.

Page 24: Bdp power point

• lokaliti sesebuah sekolah juga merupakan faktor yang menyumbang kepada implikasi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah.

Page 25: Bdp power point

• Sekolah-sekolah di Bandar biasanya disertai oleh pelbagai latar belakang sosiobudaya iaitu kelas sosial dan etnik berbanding dengan sekolah di kawasan terpencil yang biasanya merangkumi satu atau dua etnik sahaja..

Page 26: Bdp power point

• Sosiobudaya di sekolah juga biasanya dipengaruhi oleh kepimpinan sesebuah sekolah tersebut.

Page 27: Bdp power point

• kokurikulum tersirat berdasarkan tiga unsur iaitu kelompok, pujian dan kuasa.Sebagai ahli dalam sekolah, pelajar perlu berdiri apabila guru masuk, beri ucap selamat, menunggu giliran dan sebagainya.

Page 28: Bdp power point

• Unsur yang kedua pula ialah pujian, selalunya dikaitkan dengan penilaian.

• Contohnya, guru menilai pembelajaran pelajar melalui ujian, latihan bertulis dan lisan.

Page 29: Bdp power point

• Unsur ketiga pula iaitu kuasa, lebih nyata dalam bentuk amalan kuasa berat sebelah kepada kuasa orang dewasa.

• Murid dilatih supaya mematuhi peraturan yang telah disediakan oleh guru.

Page 30: Bdp power point

• Melalui aktiviti yang bermanfaat di dalam kelas yang kondusif, murid dapat memanfaatkan budaya setempat dan berkaitan dengan adat resam sesuatu suku kaum.

Page 31: Bdp power point

• Murid juga akan lebih memahami kaum tersebut. Hal ini mendorong perasaan hormat antara kaum di sesebuah sekolah.