bcb-pdf

Upload: penerbitan-kaki-novel

Post on 05-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    1/53

    Yusnida Tajudin

    1

    A

    WAK nikan, otak tu kalau

    jual kat pasar, otak lembu

    lagi laku tau!

    Terkedu. Hampir semua sta di ruang besar tu

    terdiam menikus mendengar suara yang bagai guruh di langit

    tu. Hujan tidak ribut pun tidak, tiba-tiba aje guruh

    berdentum.

    Ya, ampun! Jangan mamat kerek ni jadi bos aku

    sudahlah. Muka aje budget hensem, tapi mulut memang tak

    ada insurans langsung. Suka hati mak ayah dia aje naksoundsta dia macam tu. Kalau kat dalam pejabat ke, boleh la

    ampun lagi. Ini dah terang-terang kat public. Dalam diam,

    hati aku mengutuk mamat tu. Tapi muka memang hensem.

    Kalah pelakon Korea. Eh, pelakon Korea tu hensem ke?

    Entahlah, aku mana suka layan drama-drama Korea ni.

    Ayesha, jangan terkejut ya dik. Encik Emeer tu

    nampak aje garang, tapi hati baik. Sta kat sini dah biasa dah

    dengan perangai dia tu.

    Tiba-tiba Kak Munirah bersuara seolah-olah nak

    Bab

    1

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    2/53

    Biar Cinta Bertaburan

    2

    Yusnida Tajudin

    3

    Kak Munirah hanya mengenyitkan mata sambil

    mengangkat ibu jarinya lalu bergegas meninggalkan aku.

    Hati di dalam sudah terasa amat kecil. Bukanlah aku ini

    seorang yang penakut, tetapi menghadapi angin tsunami

    pada hari pertama bekerja bukanlah sesuatu yang indah.

    Sempat juga aku membaca dua tiga doa pelindung

    diri sebelum masuk ke bilik pemilik suara halilintar tu. Tanda

    nama yang bertulis Encik Emeer Zaran-Pengurus Besar Am

    kutenung sekali lintas. Perghhh nama sikit punya bagus.Sejuk aje telinga mendengarnya tapi perangai tak boleh blah.

    Yang awak terjenguk-jenguk tu kenapa? Nak suruh

    saya sediakanred carpet ke baru nak masuk?!

    Wah, belum apa-apa lagi aku dah kena jerkah.

    Jariku laju sahaja menggaru kepala yang tak gatal.

    Ada kutu ke? soalmamat budget hensem tu lagi.

    Aku menggeleng-geleng kepala. Masih lagi

    membisu. Otak aku berperang dengan hati. Nak bertanya

    atau biarkan sahajamamat ni yang bercakap.

    Hah... rst day, kan? Saya nak tau, awak ni ada

    perancangan ke nak kahwin dalam masa terdekat ni?

    Soalan yang membuntangkan mataku yang dahsedia bulat ni. Soalan jenis apa ni? Ada ke soalan spesies ni

    yang ditanya dalam interview? Aku ni bukanlah pandai sangat

    pun, tapi rasa-rasanya masa aku sediakan kertas kerja khusus

    tentang How To Manage an Interview dalam subjek English

    Communication di universiti dulu tak ada la pula keluar

    soalan-soalan macam ni.

    Hmmm... kenapa Encik Emeer tanya saya macam

    tu? Encik Emeer nak masuk meminang saya ke? Atau Encik

    Emeer tak nakPA yang dah nak kahwin?

    memadamkan keresahan yang melanda aku. Ish... ni mesti

    mamat kerek ni bos aku. Sahih dah ni. Kalau tidak, masakan

    Kak Munirah nak coverlak mamat tu.

    Terkulat-kulat aku memandang ke arah borang-

    borang yang telah aku tandatangan sebentar tadi. Alamak,

    kalau betullahmamat ni bos aku, tak ke haru hidup aku lepas

    ni. Nak ke aku kerja dengan mamat ni? Lapan jam paling

    kurang nak menghadap muka mamat budget hensem ni.

    Ala... apa nak susah, tempoh percubaan kan tujuh hari. Kalaurasa tak sanggup aku blah ajelah. Notis pun boleh beri satu

    hari sahaja, kan? Namun, wajah Kak Munirah yang lembut

    itu kutenung lama dalam diam.

    Setelah selesai urusan di bahagian pentadbiran, Kak

    Munirah membawa aku ke tingkat empat yang menempatkan

    kesemua pejabat pengurus besar bagi setiap bahagian dan

    bilik CEO. Di sini juga ditempatkan pejabat khas bagi semua

    personal assistant merangkap setiausaha kepada pengurus-

    pengurus besar dan CEO. Bilik mesyuarat juga terdapat di

    tingkat yang sama. Wah! Boleh tahan cantik juga dekorasi

    ruang di situ.

    Kak Munirah mengarahkan aku ke pejabat yang

    paling hujung. Katanya, di situlah pejabatku yangbertentangan dengan pejabat pengurus besar bahagian am.

    Aku ditugaskan mengurus semua keperluan pengurus besar

    am, menyediakan material untuk management meeting,

    board meeting, budget meeting, business development

    meeting, malah terpaksa juga hadir dalam setiap mesyuarat

    serta demo syarikat. Hmmm... ijazah pun belum dapat, dah

    berat tugasan yang nak kena aku pikul. Boleh ke, Cik Ayesha

    Sorna? Gerutu hatiku.

    Tak sampai lima minit, suara guruh yang aku

    dengar di tingkat bawah tadi menjerit memanggil namaku.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    3/53

    Biar Cinta Bertaburan

    4

    Yusnida Tajudin

    5

    Wah, rasa macam nak sepak-sepak aje mulut aku

    sendiri dengan soalan cepumas yang tiba-tiba aje keluar

    daripada mulut aku yang boleh tahan jugak lasernya ni.

    Jawapan daripada soalan yang aku ajukan tadi, tak lain dan

    tak bukan hanyalah mata merah menyala yang membulat si

    empunya diri. Kelat wajah mamat budget hensem tu

    merenung ke arahku.

    Puan Munirah dah brie awak tadi, kan tentang

    tugasan awak? Saya tak suka sta yang buat kerja sambil lewa,dah tu tak ikhlas pula. Awak mesti awal sepuluh minit

    daripada saya. Kalau saya belum balik, awak pun tak boleh

    balik lagi. Saya nak tiap-tiap pagi dan selepas lunch mesti ada

    Nescae O, satu sudu gula aje atas meja saya. Faham?

    Panjang lebar arahan bos aku ni. Satu per satu aku

    catat untuk memudahkan aku mengingatinya pada masa

    depan. Itu pun kalau aku lama la bekerja dengan mamat

    cerewet ni.

    Dah tu, apa tercegat lagi? Pergilah buatkan Nescae

    O saya tu. Ingat, satu sudu gula aje... tak mahu manis!

    jerkahnya.

    Omang aiii... dah la suruh aku buatkan minuman,

    tak ada hati ke nak minta tolong baik-baik? Nasib tak baiknanti aku tuang sebungkus gula dalam Nescae O tu.Hati

    nakalku dah berkira-kira.

    Tak apalah Ayesha Sorna, hari ini hari dia... esok-

    esok boleh saja kau nak balas dendam. Masukkan sahaja selori

    gula dalam cawannya tu. Aku tersengih sendiri sambil

    berlalu. Sempat juga aku menjeling ke arah mamat budget

    hensem tu.Hesh, tak habis lagi ke nak tengok aku? Tahulah

    aku ni cantikjugak. Perasan la kau Ayesha oi!

    Hampir jam empat petang, teleon di mejaku

    berbunyi lagi. Hari ni, dah berpuluh-puluh kali aku menjadi

    penyambut teleon tu. Nasib baiklah suara-suara yang

    kudengar di hujung talian tu lembut-lembut belaka. Bolehlah

    jadi pengubat hatiku yang dah terjongket-jongket dengan

    rasa sebal ni.

    Assalamualaikum Ayesha, Kak Mun ni. Terdengar

    suara halus Kak Munirah di hujung talian.

    Waalaikumussalam kak.

    Macam mana hari ni, semua okey ke?

    Soalan Kak Munirah mengundang rasa meluat aku

    terhadap mamat budget hensem yang sedang bermesyuarat.

    Kak, Ayesha ingat esok dah tak nak kerja la kak.

    Ala Ayesha, jangan la buat Kak Mun cenggini.

    Kesian la kat Kak Mun ni. Minggu ni aje dah empat orang

    termasuk Ayesha tau. Masing-masing tahan sehari dua aje.

    Kak Mun harap Ayesha bolehlah bertahan ya. At least sebulan

    ke? Bagi la peluang untuk kenal lama sikit dengan bos tu,

    pujuk Kak Munirah.

    Encik Emeer tu sebenarnya baik tau, Ayesha.

    Jangan tertipu dengan luaran, kenali dulu luar dan dalam bos

    Ayesha tu. Apa orang putih kata, dont judge a book by itscover, ha... macam tu la, sambung Kak Munirah beria-ia

    memujukku.

    Hati aku yang ala-ala batu sungai ni pun rasa sayu

    bila dengar pujukan Kak Munirah yang mendayu-dayu tu.

    Malah satu senyuman tersungging di bibirku. Padan muka

    kau mamat budget hensem, rupa-rupanya dah ramai yang

    tak tahan dengan perangai kau ni. Aku bertekad, biar angin

    puting beliung Encik Emeer yang datang sekalipun aku akan

    tangkis dengan caraku sendiri. Ini Ayesha Sorna, tak kenal

    maka tak cinta.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    4/53

    Biar Cinta Bertaburan

    6

    Yusnida Tajudin

    7

    EHEM ehem boleh ke saya join sama masuk dalam

    sengih awak tu?

    Kantoi! Dengan selamba Encik Emeer menarik

    kerusi di sebelahku dan duduk menongkat dagu di atas

    mejaku.

    Wah... kacau daun betullah Encik Emeer ni. Aku

    baru aje nak fashback kisah lama, sempat fashback kisah

    hari pertama masuk kerja aje tadi. Haish. Fail dan gambar-

    gambar lama yang berada di hadapanku, aku letakkan semuladi atas meja.

    Encik Emeer mengulum senyum apabila terlihat

    gambar-gambar yang berselerakan di atas meja. Satu per satu

    diambilnya sambil merenungku.

    Hah, ni mesti awak duk sengih-sengih tadi

    mengutuk saya dalam hati awak ya, ujarnya sambil mencuit

    hidungku.

    Ish bos ni... melampau la ni. Ada ke suka-sukiaje

    main cuit-cuit. Ingat aku bayi kecik ke nak cuit-cuit hidung?

    Bukan muhrim lawoi.

    Dah... dah... simpan-simpanlah sengih awak tu.

    Jom teman saya breakast. Nak tunggu Nescae O awak...lambatnya. Dah setengah jam saya tunggu kat dalam...

    rungutnya sambil menarik kerusiku.

    Dengan langkah terpaksa, aku mengekori Encik

    Emeer ke pintu utama. Biasalahport kami kalau pagi-pagi ni,

    kaeteria di tingkat dua yang selalu aje jadi tempat lepak bos-

    bos ni. Wah, makanree aku pagi ni. Tapi, memang pun aku

    selalu aje makan ree. Encik Emeer ni baik breakast

    mahupun lunch mesti paksa aku temankan dia. Kadang-

    kadang tu malu juga aku dengan rakan-rakan PA yang lain.

    Asyik berkepit dengan bos saja, kata mereka. Ada juga aku

    sound mamat budget hensem ni, tak rimas ke asyik

    menghadap muka aku dari pagi sampai ke malam? Boleh pula

    dia jawab, lagi dia suka. Aduh la, kacau jiwa aku dibuatnya.

    Dalam diam aku akui, walaupun Encik Emeerkerek

    dan cerewet, dah tiga tahun aku bekerja dengan dia. Dan

    dalam jangka waktu itu juga, dah banyakoerkerja yang aku

    tolak. Entahlah, mungkin aku dah serasi dengan perangai

    Encik Emeer yang nampak luaran panas, tapi hatinya sangat-

    sangat baik. Dalam hati ada taman kut!

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    5/53

    Biar Cinta Bertaburan

    8

    Yusnida Tajudin

    9

    AKU masih khusyuk menghadap

    timbunan kertas-kertas laporan

    yang berlambak di atas meja.

    Setiap bulan, situasi begini memang tidak boleh dielakkan

    lebih-lebih lagi apabila hujung bulan. Semua laporan yang

    telah dihantar oleh setiap jabatan di bawah kendalian bos

    aku, perlu aku teliti satu per satu untuk memastikan tiada

    kesilapan dan seterusnya boleh diailkan. Bukan sikit ail

    yang perlu aku sediakan, setiap ketua jabatan perlu diberikan

    senaskhah. Mereka ni pula, selalunya bila due date dah dekatbarulah nak serahkan laporan tersebut.Hmmm bermalam

    kat ois la jawabnya aku malam ni.

    Ah... nasib baik you tak balik lagi, Ayesha. Sorry

    ya... sta I lambatlah buat kerja.

    Tersentak aku dengan terjahan Encik Hairi yang

    tiba-tiba saja muncul. Termengah-mengah berdiri di

    hadapanku. Aku menjeling ke arahnya lalu menuding jari ke

    arah jam Hello Kitty yang tergantung cantik di dinding

    pejabatku. Jarum jam menunjukkan ke angka sepuluh. Muka

    sengaja aku masamkan.

    Bab

    2

    Alala...sorry la dear. Bukan sengajaek. You tau la

    sta I tu, semuanya buat kerja kena suruh. Next time I make

    sure cepat. You bagi notis hari ni, esok sebelum subuh dah

    sampai laporan, pujuk Encik Hairi.

    Banyak la you punya subuh. Dah nak bernanah

    telinga I dengar janji you tu Encik Hairi, bidasku bersahaja.

    Tersungging senyuman di bibir Encik Hairi. Nasib

    la kalau kau nak terasa. Kalau tak disindir-sindir, bukan nak

    ingat pun.

    Hmmm... tak takut ke duk sorang-sorang kat atas

    ni? Kalau nak I temankan, boleh aje.

    Ceh, cuba nak mengayat aku la pulak mamat ni.

    Dah la hati aku sebal dengan laporan yang lambat dihantar,

    nakmengayat pula. Nanti ada yang kena cepuk dengan aku

    ni. Aku menjeling dengan ekor mata ke arah lelaki yang

    masih tercegat berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapanku

    ini.

    Hamboi... dah tak ada kerja ke Hairi? Bertenggek

    kat sinipulak.

    Encik Hairi yang sedang bersandar di pintu osku

    terkejut dengan sergahan Encik Emeer yang tiba-tiba munculdi belakangnya.

    Aku menahan gelak melihat muka Encik Hairi yang

    sudah mula kelat dan memerah. Ceh... nak ayat aku konon!

    Tu baru kena sergah dengan bos, belum bapak aku lagi.

    Terkekeh-kekeh aku ketawa, tapi dalam hati sahajalah. Kalau

    silap ketawa, mahu setahun tak bertegur sapa.

    Errr... errr.... Okey la bos, nak balik dulu. Dah

    malam ni.

    Terkulat-kulat Encik Hairi berlalu sambil menjeling

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    6/53

    Biar Cinta Bertaburan

    10

    Yusnida Tajudin

    11

    aku. Agaknya dia marah kut sebab aku tak bagi hint kat dia

    yang bos ada kat belakang dia. Padan muka kau! Berani lagi

    nakmengayat aku. Tak payah nak upah bodyguard, dah ada

    orang yangvolunteernak jaga aku.

    Ehem... ehem.

    Aku buat tak reti aje dengan kehadiran Encik

    Emeer di tepi mejaku. Tanganku masih lincah menjilid

    kertas-kertas laporan.

    Dah habis ke kerja? Yang duk melayan budak tak

    cukup skru tuwatpe? bebel Encik Emeer.

    Ish... mamat ni, kalau tak cari pasal dengan aku

    satu hari tak boleh agaknya.

    Renungan maut yang dilemparkan ke arahku

    sedikit menggugat tangkai jantungku. Bukan takut, tapi

    terpesona kejap. Kalau ditenung-tenung wajah mamat ini,

    macam pelakon Ady Putra pun ada, tapi versi kulit cerah la.

    Hensem apa Ady Putra tu. Aku memang minat gila pada

    muka dan lakonan dia. Lagi-lagi lakonan mantap dia dalam

    lem KL Gangster, dan lakonan yang cukup romantis dalam

    drama bersiri Tentang Dhia bersama Nora Danish tu. Kalau

    diberi peluang jadi pelakon, memang aku pilih dia jadi hero.

    Ish... dah melalut-lalut aku ni.

    Eleh... tak cukup skru pun, assistant manager

    juga Encik Hairi tukan? Bukan ke Encik Emeer yang

    recommend kenaikan dia hari tu untuk Credit Control

    Department? balasku bersahaja. Saja aje nak menyakitkan

    hati bos aku yang tak pernah nak kalah ni.

    Eee... awak nikan Ayesha, ada aje nak menjawab.

    Satu saya cakap, sepuluh awak jawab. Satu hari nanti, saya

    kiss mulut awak tu, baru awak tau!

    Dengan sepantas kilat, aku menekup mulut dengan

    kedua-dua belah tanganku. Padah! Malam-malam keluar

    statement macam ni, meremang bulu romaku. Bukan boleh

    percaya mamat ni. Cepat-cepat aku menyambung kerja yang

    masih tak susut-susut lagi. Dengan selamba juga, Encik

    Emeer melabuhkan punggung di kerusi sebelahku. Laporan-

    laporan yang telah siap binding dibelek satu per satu. Bos aku

    ni kalau bab kerja memang tak boleh lawan. Kerja mesti nak

    kemas dan sentiasa teliti. Sebab itu aku sayang bos aku ni.

    Eh, sayang ke?Banyak lagi ke? Dah pukul sepuluh malam ni

    Ayesha. Esok tak boleh sambung? Awak nak balik seorang

    malam-malam ni.

    Tak apalah Encik Emeer, sikit lagi. Esok saya dah

    kena serahkan pada semua managertu. Nanti kalau lambat

    serah tak sempat pula nak go through. Masak nanti dalam

    meeting kalau tak tau nak jawab dengan big boss.

    Kalau camtu, saya temankan awak la. Saya kat

    dalam, bila dah siap awak bagitau, saya hantar awak balik

    rumah.

    Habis tu kereta saya? Esok pagi saya nak pergi

    kerja dengan apa? soalku sambil mengerutkan kening.

    Teringat Haah, teman serumahku yang bercuti selamaseminggu menjaga ibunya yang sakit. Kalau tidak, boleh juga

    aku tumpang Haah.

    Biarlah kereta tu katparking, bukan minta makan

    pun, kan? Esok pagi saya jemput awak kat rumah awak.

    Kalau nak ikut saya balik rumah saya pun tak apa.

    Tersedak-sedak aku mendengar jawapan daripada

    mulut tak ada insurans bos aku ni.Eiii... dia nikan....

    Hmmm... kalau macam tu, saya jual aje la Myvi

    saya tukan Encik Emeer? Biar Encik Emeer aje la jadi driver

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    7/53

    Biar Cinta Bertaburan

    12

    Yusnida Tajudin

    13

    saya... tak payah saya susah-susah nak bayar ansuran kereta.

    Selamba aku menjawab. Tak mahu kalah dengan mamat

    budget hensem ni.

    Good idea... jual rumah awak sekali pun takpe,

    ujarnya sambil tangannya laju mencuit hidungku.

    Geram betul aku dengan perangainya yang satu ni.

    Lama-lama makin mancunglah hidung aku ni.

    Eiii Encik Emeer nikan, kalau bercakap tangan

    tak berjalan tak boleh ke? Nanti dah kahwin, ada anak cuitlah

    hidung anak Encik Emeer tu puas-puas, bebelku melepaskan

    geram. Alamak, tak sanggup pulak aku nak merenung lama-

    lama muka bos aku yang tersengih-sengih bak kerang busuk

    tu.

    Saya kena kahwin dengan awak la Ayesha, baru

    boleh dapat anak hidung macam awak, ujarnya lalu

    terkekeh-kekeh ketawa melihat mukaku yang sudah kelat.

    Aku sengaja memuncungkan mulut tanda protes.

    Geramnya! Tak habis-habis nak sakat aku. Masih terdengar

    ketawa Encik Emeer berbaki di sebalik dinding biliknya tu.

    Kalau dilayanmamat ni, boleh gila aku dibuatnya.

    Tapi pelik juga, dalam sebal hati melayan tu makin serasi pulaaku rasa. Kalau tak menghadap mukamamat ni sehari, serba

    salah aku dibuatnya. Jantungku bergetar tiba-tiba. Ah, jangan

    nak perasan la Ayesha oi... bukan ke mamat tu dah nak

    kahwin? Bukan calang-calang tunangnya tu. Anak Datuk

    Yaakub, pengasas empayar perbankan yang terkenal. Mereka

    tu ada pertalian saudara khabarnya. Entah betul, entah tidak.

    Dengar daripada gosip liar sahaja. Biasalah, ramai wartawan

    tak bertauliah di syarikat ni. Sabar sahajalah hati.

    Setelah semua kerja dibereskan, aku segera menuju

    ke bilik Encik Emeer. Bagus juga bos aku nak hantarkan

    balik. Kalau dikirkan keadaan jalan yang sunyi di hadapan

    bangunan ni, seriau jadinya. Malah ramai juga rakan sekerja

    yang bercerita, jalan di hadapan bangunan ni merupakanport

    penagih dadah.

    Pintu bilik Encik Emeer aku kuak perlahan,

    bimbang mengganggu. Kelibatnya tidak kelihatan pun. Eh,

    bila masa pulak mamat ni keluar? Seketika, aku terlihat

    sekujur tubuh terbaring di atas soa. Wah, dah membuta ke

    mamat ni? Kata nak temankan aku, rupa-rupanya dah buattaik mata. Hampeh betul. Keinginan untuk mengejutkan

    Encik Emeer terbantut apabila terlihat wajahnya yang sangat

    tenang ketika tidur. Orang kata kalau nak menilai seseorang,

    lihatlah pada wajahnya ketika tidur. Itulah wajah asli

    seseorang. Hmmm bukan selalu dapat peluang macam

    nikan?

    Aku melabuhkan punggung di soa berhampiran.

    Kurenung setiap inci wajah Encik Emeer yang sedang lena.

    Alis mata yang cantik terbentuk, hidung yang agak mancung,

    bibir nipis yang merah walaupun merokok. Inilah wajah yang

    sering menyebabkan hatiku sakit, jiwaku meronta, mentalku

    terdera dan wajah ini jugalah yang sering menemani aku

    setiap malam, setiap hari. Membawa getar di hatiku setiapkali berbalas renungan, membawa rasa di jiwa setiap kali

    disapa. Ah, tidak mungkin.

    Tiba-tiba terasa tanganku dipegang oleh seseorang.

    Alamak, dah terjaga kemamat ni?

    Dah lama ya buat kerja ni? Jumpa ke apa yang

    dicari kat muka saya ni?

    Suara itu betul-betul membuatkan aku terasa ingin

    meloncat. Aduh, malunya! Macam mana aku bolehkantoini?

    Aku terpegun seketika. Lidah kelu untuk membalasnya.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    8/53

    Biar Cinta Bertaburan

    14

    Yusnida Tajudin

    15

    Senyuman yang terukir di bibir Encik Emeer membuatkan

    aku panasaran. Aduhai... cepatlah masa berlalu. Kalau boleh

    terbang, hendak aje aku terbang sekarang.

    Jomlah balik... dah lewat sangat ni. Ajak Encik

    Emeer lantas tanganku ditarik.

    Aku bagaikan dipukau, hanya menuruti langkah

    Encik Emeer. Seketika, baru aku tersedar tanganku masih di

    dalam genggamannya. Cepat-cepat aku melepaskan

    pegangannya lalu berlakon seolah-olah sedang mencarisesuatu. Encik Emeer yang perasan dengan tingkahku itu

    hanya ketawa. Jiwaku kalut tak semena-mena.

    Sepanjang perjalanan, tak banyak yang kami

    bualkan. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang aku jawab.

    Luar biasa!!! Inilah natijahnya kantoi dengan perbuatan

    sendiri. Akhirnya, sendiri yang malu hingga tak tahu mana

    nak letak muka.

    SEAWAL jam tujuh setengah

    pagi, Encik Emeer dah terpacak

    di depan pintu pagar rumahku.

    Hai... awal betul mamat ni sampai. Teleon bimbit aku

    berdering-dering minta diangkat.

    Morning dear, tidur lagi ke? Saya dah ada kat

    depan rumah ni.

    Alahai suaramamat ni gemeresik aje, pagi-pagi lagi

    dah buat cair hati aku la. Kalau aku set suara dia ni untuk

    jam loceng aku best juga, kan?

    Errr... kejap ya Encik Emeer. Give me ve

    minutes, balasku lantas melambai ke arahnya dari tingkap

    bilikku yang menghadap ke pintu pagar. Lambaianku

    disambut dengan anggukan.

    Segera aku mencalit sedikit pewarna bibir dan

    touch up wajahku ala kadar. Memang semua orang sedia

    maklum, aku ni bukanlah jenis yang bersolek sakan, cukup

    hanya lipstik, maskara, celak dan blusher. Itu pun kalau

    sempat. Kadang-kadang semua tu aku lakukan di dalam

    Bab

    3

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    9/53

    Biar Cinta Bertaburan

    16

    Yusnida Tajudin

    17

    kereta semasa berhenti di trac light. Ala, perempuan

    berkerjaya mana boleh membazir masa. Ceh, ayat perasan

    sendiri la tu.

    Aiseh, ni yang buat aku tak boleh nak tengok muka

    mamat ni. Dah siap bukakan pintu untuk aku lagi.Aduhai,

    mengalahkan seorang boyriend pula. Tapi, aku mana ada

    boyriend. Mak dan abah pun dah bising. Anak orang lain

    yang sebaya dengan aku dah beranak pinak. Tak pun dah

    ramai yang berumah tangga. Haah pun akan mendirikanmasjidnya hujung tahun ini. Aku sahaja yang masih solo. Oh

    hati, janganlah kau jatuh cinta dengan bakal suami orang ni.

    Teruk aku merana nanti. Senyuman paling manis aku berikan

    tanda terima kasihku atas keprihatinan bosku ini. Bukan

    senang nak dapat bos sebegini. Kalau aku cerita pada Kak

    Munirah ke, Kak Noreen ke... mesti mereka tak percaya

    punya.

    Thank you Encik Emeer in advance... sanggup

    hantar saya, jemput saya lagi. Susah-susah aje, ucapku

    bersahaja.

    Hari-hari pun takpe Ayesha... saya sanggup. Tapi ni

    kira hutanglah, kan dengan saya, balas Encik Emeer

    bersulamkan tawa halus.Ish, mamat ni! Aku dah tahu dah. Mesti ada sahaja

    akalnya. Berhutang-hutang la pulak. Aku ni manalah pandai

    nak berhutang bagai ni. Tapi, kan tengok muka dia pagi-pagi

    ni jantung aku macam drit satu KL. Ni buatstatement lawak

    lagi.

    Kita singgah sini dulu ya, breakast, ujar Encik

    Emeer sambil membelok ke arah Restoran Kak Leha Makanan

    Timur.

    Itu kerjanya mesti nak cari nasi dagang la tu. Encik

    Emeer ni memang suka makan nasi dagang. Kadang-kadang,

    kalau keluar awal, aku selalu juga singgah kat Restoran Kak

    Leha ni, tapaukan nasi dagang untuk bos aku ni. Woi, sayang

    bos aku ni tau. Kena la ambil hati bos, nanti bonus boleh la

    dapat banyak sikit. Kih... kih. Aku ketawa tapi dalam hati aje

    la. Mau kena kutuk denganmamat ni nanti.

    Errr... tak lambat ke nanti Encik Emeer? balasku.

    Ala, lambat dua puluh atau tiga puluh minit,

    takpenya.

    Bukan apa, Encik Emeer lambat tak apalah. Ni

    dengan saya sekali lambat. Nanti kena gosip kang. Ujarku.

    Konon-konon cuba menolak pelawaannya. Tapi dalam hati,

    kalau nak belanja aku hari-hari pun takpe bos oiii.

    Awak takut ke kalau kena gosip dengan saya?

    Ah, ni yang aku tak boleh terima jawapan mamat

    ni. Ada aje statement yang nak menyebabkan jantung aku

    berhenti berdegup. Aku sekadar tersengih lalu keluar dari

    perut kereta. Rezeki jangan ditolak.

    PANGGILAN teleon tadi yang berserta dengan memo daripada

    CEO benar-benar membuatkan hatiku panas. Sengaja aku

    melemparkan ail-ail yang ada di atas meja ke lantai. Tanda

    protes la tu. Ish... Ayesha Sorina, siapalah kau nak protes-

    protes ni. Tu memo daripada CEO, bukan daripada oice boy.

    Nampaknya muka empat belas inci ni akan menempel kat

    wajah aku ni sepanjang hari ni.

    Riuh bunyi suara-suara lelaki berbual-bual menuju

    ke arah bilik Encik Emeer tidak aku pedulikan. Memandang

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    10/53

    Biar Cinta Bertaburan

    18

    Yusnida Tajudin

    19

    pun tidak. Aku sempat menangkap wajah Encik Emeer

    merenungku daripada ekor mataku. Tenunglah sampai keluar

    anak mata pun, malas aku nak melayan sesiapa pun hari ini.

    Tiba-tiba bip interkom di mejaku berbunyi. Dengan

    malas aku mengangkat tanpa memandang ke dalam bilik

    Encik Emeer yang hanya dipisahkan oleh cermin. Boleh

    sangat kalau nak tengok wajah hensem Encik Emeer tu,

    cuma dilindungi oleh sliding blindyang nak kata tutup pun

    tidak, buka pun tidak.Ayesha, boleh tolong buatkan tiga cawan kopi,

    tak? pinta Encik Emeer.

    All right boss, on the way... balasku ringkas.

    Malas nak bertanya lebih lanjut. Aku perasan wajah curious

    Encik Emeer di sebaliksliding blindtu.

    Setelah menghidangkan minuman, aku ingin

    segera keluar dari bilik Encik Emeer, namun tiba-tiba

    namaku dipanggil.

    Ayesha, kenalkan ni Encik Badri. Regional

    managerbaru kita di Kuantan.

    Encik Emeer memperkenalkan aku kepada Encik

    Badri. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.Kenal Encik Emeer, pernah jumpa sekali dulu

    masa report duty, kan? balasku berbasa-basi. Takkan nak

    lepaskan marah dan geram pada orang yang tak bersalah

    pulak. Ayesha Sorna, kau kan proesional.

    Nice meeting you. Jemputlah minum, kataku lagi

    lalu memohon diri.

    Encik Emeer mengerutkan dahi seolah-olah

    melemparkan soalan untukku. Mungkin pelik dengan

    sikapku. Selalunya akulah yang akan banyak bertanya. Semua

    sta sedia maklum akan perangai terlebih ramah aku tu.

    Kalau tak, takkan Saiul budakoce boy yang rajin membuat

    photocopy untuk aku tu suka menepek kat os aku. Semua

    aku layan berborak. Itu pun kalau Encik Emeer tak ada la.

    Kalau ada, cari nahas la tu.

    Tanpa mempedulikan mamat tu, aku terus keluar.

    Sangkaku, Encik Emeer akan membiarkan sahaja tindakanku

    itu. Rupa-rupanya, sangkaanku meleset sama sekali.

    Tanganku terasa ditarik dari belakang. Spontan akumemalingkan wajah dan hampir aku tersembam ke dada

    bidang Encik Emeer. Dah la aku ni tak berapa nak tinggi...

    kalau bercakap dengan Encik Emeer ni aku kena mendongak.

    Entah bila la mamat ni keluar mengikutiku. Tak pula aku

    dengar derap langkahnya tadi. Eh, kan karpet bilikmamat tu

    tebal, mana nak dengar pun....

    Tangan kulepaskan daripada pegangannya. Mata

    kami bertembung, dan segera aku mengalihkan pandangan.

    Tak mampu aku nak berlawan pandang dengan mamat ni.

    Jantung dah macam racing kat Litar Sepang. Dah la geram

    dan sakit hati pada memo CEO tak habis lagi, nanti tak pasal-

    pasal berderai air mata aku ni. Sememangnya aku ni pun

    bukan la tough sangat. Kememe juga aku ni, gelaran yangmak tuk bagi untuk aku ketika kecil.

    Kenapa awak ni, Ayesha? Ill see you ater this

    okay, ujar Encik Emeer perlahan tapi bernada serius.

    Dia merenungku seketika dan terus berlalu

    menyertai semula Encik Badri dan Encik Azman yang

    bertamu tanpa memberi aku peluang untuk berkata apa-apa.

    Pertanyaan Encik Emeer sebentar tadi kubiarkan

    sahaja dibawa angin lalu. Wajah cemberutku masih sukar

    dipadamkan. Senyuman Encik Azman dan Encik Badri

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    11/53

    Biar Cinta Bertaburan

    20

    Yusnida Tajudin

    21

    sewaktu mereka keluar dari bilik Encik Emeer pun kubalas

    tawar.Moodsudah bertukar seratus peratus.

    Sejam, dua jam... interkom aku berbunyi. Alahai,

    dah nak lunch hourni. Tak nak pergi lunch ke Encik Emeer

    ni? Sibuk pulak nak panggil aku. Aku menoleh ke arahnya

    melalui cermin dan terlihat dia melambai aku untuk masuk

    ke osnya. Kalau dah arahan tu, jangan la berani nak engkar.

    Nanti tak pasal-pasal aku kena menadah telinga mendengar

    bebelannya. Mamat ni boleh tahan juga kalau berleter, kalahmak aku. Tapi rasanya, kalau Encik Emeer berleter sejam dua

    jam pun aku sanggup menadah telinga. Lebih-lebih lagi

    apabila melihat mukanya yanghensem tu.Hmmm... tergugat

    jiwa.

    Aku melabuhkan duduk di atas kerusi di hadapan

    meja besar Encik Emeer. Meja besar itu kemas, semuanya

    tersusun dengan baik. Memang aku sentiasa memastikan

    meja itu kemas setiap pagi. Encik Emeer seorang yang

    sentiasa mementingkan kebersihan dan kekemasan. Buku-

    bukunya tersusun rapi di dalam almari. Kot-kot serta tali

    lehernya sentiasa aku gantung di dalam closet. Selalunya

    seminggu sekali aku akan hantar dry-clean. Boleh dikatakan,

    hampir semua yang berkaitan dengan Encik Emeer ni, akuyang uruskan. Daripada hal pejabat, dobi-mendobi

    pakaiannya, menjaga akaun peribadinya hinggalah kepada

    makan minumnya jika dia berada di pejabat. Dah terbiasa

    memanjakan Encik Emeer ni.

    Kenapa Ayesha? Why all o sudden mood awak

    berubah? soalnya. Wajahnya cukup serius.

    Aku aham benar kalau Encik Emeer berwajah

    begitu. Kalau sta lain yang melihatnya, aku rasa ada yang

    akan mengambil jalan berbatu-batu jauhnya untuk mengelak

    daripada bertembung dengannya.

    Aku bangun lalu keluar tanpa mengucapkan apa-

    apa. Aku perasan riak kehairanan yang tergaris di wajah

    serius Encik Emeer itu.

    Seketika kemudian, aku masuk kembali ke dalam

    pejabatnya. Aku mengunjukkan memo CEO itu kepada Encik

    Emeer. Berkerut-kerut dahinya ketika membaca memo

    tersebut. Aku suka melihat reaksi mamat budget hensem di

    hadapan aku ni bila membaca sesuatu. Akan keluar segala

    kerut-kerut di dahinya tu. Kadang-kadang sempat juga akumembilang berapa baris kerutan yang ada. Satu hobi baru.

    Ini kan penghargaan untuk awak. Datuk nak

    hantar awak ke konvensyen tu dah kira bagus la. Kenapa nak

    tarik mukapulak? soal Encik Emeer pelik.

    Errr... bukan tak suka. Kalau nak diikutkan

    meloncat-loncat saya nak pergi Encik Emeer, tapi tengoklah

    tarikh tu. Kan ke waktu tu kita ada budget meeting. Siapa

    nakhandle meeting nanti kalau saya pergi?

    Encik Emeer memeriksa planner yang ada di atas

    mejanya sambil mengangguk-anggukkan kepala.

    Oh,yes betullah.No way kalau awak tak ada. Mati

    kutu saya nanti. Tak sampai sebulan aje lagi ni, arrangement

    dahstart buat ke? soalnya lagi.

    Menyedari yang budget meeting lebih penting

    kerana melibatkan keseluruhan jabatan, Encik Emeer mulai

    sedar kemurungan yang aku hadapi. Setiap tahun, hanya aku

    seorang yang akan menguruskan semua keperluan dan

    persiapan untuk budget meeting ini. Bahagian pentadbiran

    hanya akan menguruskan hal-hal pembiayaan dan urusan

    pengangkutan manakala urusan berkenaan hotel, meeting

    hall, penginapan, makanan dan kertas kerja serta hal-hal

    kecil semua aku yang uruskan. Kadang-kadang ada juga

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    12/53

    Biar Cinta Bertaburan

    22

    Yusnida Tajudin

    23

    seorang dua juniorPA yang sudi membantu aku. Nak buat

    macam mana, dah termasuk dalam skop kerja aku.

    Memo saya dah taip, tunggu Encik Emeer aje sign.

    Ada dalam tray. Hotel, meeting rooms, accommodation dan

    oodsaya dah uruskan dengan pihak AFamosa Melaka. Kata

    nak main gol kan lepas tu, balasku.

    Terukir senyuman di bibir nipis Encik Emeer.

    Entah apa yang seronok sangat dengan gol tu pun aku tak

    aham.

    Okay, Ill handle this, ujarnya sambil

    menunjukkan memo CEO itu.

    Aku hanya tersenyum tanda terima kasih. Sayang

    Encik Emeer! Wow... statement maut tu. Tersalah keluar

    daripada mulut, saja cari nahaslah. Mamat ni bukan boleh

    tersalah cakap sikit.

    Dah, jom pergi lunch. Katanya sambil menarik

    tanganku.

    Hesh, mamat ni dah dapat hobi baru pula. Kalau

    tak picit hidung aku, main tarik tangan aku pula. Ingat aku

    ni makwe dia ke nak manja-manja? Kan aku dah kata, mesti

    ada saja dia nak mengenakan aku. Kena temankan dia lunchlagi. Tak bosan ke Encik Emeer oi? Pagi tadi menghadap

    muka aku, ni tengah hari menghadap muka aku lagi. Alahai

    Encik Emeer, janganlah buat aku berjalan di awang-awangan.

    Kalau jatuh, macam nangka busuk nanti tak ada sot landing.

    SUNYI aje suasana di tingkat

    empat ni. Maklumlah, hari Sabtu

    bukan semua bekerja. Syarikat ni

    mengamalkan sistem alternate Saturday... minggu ni kerja,

    minggu depan o. Bagi bos dan PA pula, bergilir-gilir juga.

    Kalau minggu ni aku kerja, Encik Emeerolah. Tapi rasanya,

    dah dua tahun Encik Emeer tak pernah o hari Sabtu. Ada

    aje kelibat dia kat ois ni. Kalau tak duduk berborak dengan

    ex-classmatenya, Encik Azman yang sekarang ni menjawat

    jawatan Manager Broking Department, mesti menempel dimeja aku ni. Biasalah, kalau tak ganggu aku mesti tak sah

    hidup dia. Ada saja yang nak dikenakan. Kadang-kadang kalau

    dilayan, cerita pasal kucing pun jadi. Pelik bos aku nikan?

    Bila aku tanya, kenapa hujung-hujung minggu ni

    tak nak balik jenguk parents dia, jawapan dia mudah saja.

    Parents dia sibuk. Lagipun tak ada siapa yang nak layan dia.

    Hmmm... mungkin sebab itulah dia lebih suka tinggal sendiri

    di kondo yang dikawal sikit punya ketat tu. Bukan calang-

    calang orang boleh masuk ke kawasan kondo tu. Aku dulu

    pernah kena hantar dokumen-dokumen penting yangmamat

    Bab

    4

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    13/53

    Biar Cinta Bertaburan

    24

    Yusnida Tajudin

    25

    budget hensem ni tertinggal di os. Melanguk aku di pos

    pengawalpakguardnak dapat kebenaran masuk. Dah tu kena

    interview bagai. Siap kena tinggalkan myKad aku lagi. Nasib

    baiklah muka aku cun dalam myKad tu.

    Mamat ni bukan aje budget hensem... mat cico

    (cicir) juga rupa-rupanya. Kadang-kadang tu, tali leher pun

    boleh tertinggal. Nasib baiklah aku selalu simpan dua tiga

    helai tali lehernya di dalam closet tu. Kadang-kadang kalau

    shopping bersama Haah, aku selalu juga belikan tali leheruntuk bos kesayangan aku ni. Bukan apa, sebenarnya aku

    suka tengok tali leher yang cantik-cantik tu tapi yalah, dah

    bos aku tu aje yang pakai, aku belilah untuk dia. Takkan aku

    nak pakai pulak. Tapi yang tak bestnya tu, bila hendak pakai

    tali leher di pejabat, akulah yang akan jadi mangsanya.

    Mengada-ada minta tolong ikatkan. Pelik, kan? Kalau di

    rumah boleh pula pakai sendiri. Sah, kena kahwin dah

    mamat ni. Dah cukuphaulpun.

    Kalau aku nak ambil cuti balik kampung, mulalah

    Encik Emeer pun sibuk. Bukan sibuk kerja, sibuk nak ikut

    aku balik sama. Hesh, mahu kena kejar dengan parang dek

    abah aku yang garang tu. Bila aku cerita tentang adik-beradik

    aku yang ada empat orang lagi di kampung tu, bukan mainseronok dia mendengar. Kadang-kadang tu siap boleh belikan

    buah tangan untuk keluarga aku, terutamanya kalau dia ke

    luar negara. Untuk aku jangan cakaplah, birthday,Secretarys

    Day, semua day la dia nak bagi.Handbag danpurse yang aku

    pakai ni pun pemberian Encik Emeer semasaSecretarys Day

    tahun lepas. Setiap kali dia lihat aku usung pemberiannya tu

    ke mana-mana mesti terpancar riak gembira di wajahnya.

    Aku tahu dia mesti rasa seronok kerana pemberiannya

    dihargai. Lagipun siapalah nak tolak handbag Prada yang

    harganya saja hampir seribu tu. Nak suruh aku beli, baiklah

    aku beli yang jual di Petaling Street tu aje. Dah memadai

    untuk aku. Bos aku ni memang kaki brandedorangnya.

    Setakat ni, semua yang aku pakai atau yang ada di

    pejabat aku ni tak mendapat komen yang buruk daripadanya

    kecuali jam Hello Kitty aku yang tergantung di dinding tu.

    Geram sungguh aku bila dengan selambanya mamat tu

    sound aku suruh masuk tadika semula disebabkan jam tu.

    Isyyy... ingat anak dara macam aku ni tak boleh ke nak suka

    kartun-kartun comel ni. Itu belum dia tengok lagi baju tidurMickey Mouse, Pooh dan Princess aku yang tergantung di

    dalam almari. Teddy bearaku yang melambak-lambak di atas

    katil tu pun satu cerita. Belum lagi koleksi patung kecil geng

    Naruto, Domo dan Angrybirds aku yang tersusun cantik di

    dashboardMyvi aku tu. Hesh, kalau dia tengok mau keluar

    semua anak tekak gelakkan aku. Mengingatkan mamat tu,

    hatiku berbunga riang. Tersenyum sendirian.

    Dah hampir pukul sebelas pagi, kelibat Encik

    Emeer tak juga kelihatan. Mungkin hari ni dia benar-benar

    o. Setelah mengedit dua tiga helai kertas kerja yang

    sepatutnya ditandatangani olehnya, aku menyusun pula ail-

    ail yang perlu dibawa masuk ke bilik Encik Emeer. Selalunya,

    hari Sabtu merupakan hari aku untuk mengemaskinikan ailserta menjengah almari-almari di biliknya. Kadang-kadang

    sengaja aku mengubah susun atur perabot di dalam bilik itu.

    Bosan juga asyik duduk dalam keadaan yang sama sahaja.

    Bunga-bunga yang ada di atas meja besar serta meja sisi di

    bilik itu pun hasil gubahan tanganku. Hobi yang itu memang

    dari sekolah lagi tak boleh berpisah denganku. Pantang

    jumpa bunga, mulalah gatal tangan nak menggubah.

    Kalau sewaktu di sekolah menengah dulu, habis

    bunga-bunga orkid dan mawar yang mak tanam aku kerjakan.

    Penyudahnya, malas mendengar bebelan mak, abah

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    14/53

    Biar Cinta Bertaburan

    26

    Yusnida Tajudin

    27

    membelikan beberapa jambak bunga kekwa untukku

    seminggu sekali iaitu ketika menghantar ikan-ikan patin

    abah tu di Bandar Pekan. Sebab itulah aku sayang sangat

    pada abah. Abah memang memahami jiwaku. Tidak pernah

    sekali pun abah menolak permintaanku. Mak su selalu

    menggelarkan aku anak manja. Apa-apa ajelah.

    Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil memanjat kerusi

    untuk membersihkan sedikit sawang yang ada di siling bilik

    Encik Emeer. Bilamamat ni tak ada, bolehlah aku buat kerja-kerja pembersihan ni. Kalau dia ada, payah aku nak memanjat

    macam ni. Sedikit terjengket-jengket... maklumlah, dengan

    ketinggian aku yang tak sampai lima kaki ni, berapa tinggi

    sangatlah had capaian aku tu. Nasib baik hari ini aku

    mengenakan jean dan T-shirt lengan panjang sahaja. Boleh

    jugalah buat kerja-kerja lasak ni.

    Bunyi pintu dikuak menyentakkan aku. Tiba-tiba

    aku hilang kawalan. Segera aku memejamkan mata. Dapat

    membayangkan betapa sakitnya terlantar di atas lantai beralas

    permaidani tebal itu. Satu, dua, tiga.... Eh, kenapa aku tak

    rasa sakit ni? Terasa ada tangan yang melingkari tubuhku.

    Perlahan-lahan mata kubuka. Omang aiii... rupa-rupanya

    cantik aje aku landing atas Encik Emeer yang dah jadiSuperman untuk menyambut aku. Patutlah tak rasa sakit

    pun. Mata Encik Emeer yang terbuntang membuatkan

    wajahku kemerah-merahan. Alamak, kat mana nak letak

    muka ni? Jantung bagaikan nak terkeluar daripada badan dah

    ni. Tangannya masih kejap di badanku.

    Errr... errr... boleh turunkan saya tak Encik

    Emeer? Dukung saya lama-lama ni tak berat ke? ujarku.

    Sebenarnya lebih kepada nak coverline malu la tu.

    Encik Emeer tersentak, lalu menurunkan aku.

    Yang awak pergi panjat tu buat apa? Kalau nak

    cuci pun tak boleh ke bagitau katadmin minta cleanerbuat?

    Dah lama ya awak buat kerja ni? soalnya dengan nada yang

    agak tinggi.

    Aku tahu, marahlah tu. Ala Encik Emeer, bukan

    susah pun. Tadi tu saya terkejut sebab Encik Emeer buka

    pintu. Selalu tu tak ada apa pun.

    Aku tahu reaksi yang akan aku terima mestilah

    jegilan matanya yang tajam tu. Mata mamat ni, kalau masatengah marah jangan berani nak tenung. Terasa seram

    sehingga ke tulang sum-sum. Tapi kalau tiba masa baik dan

    romantik gilanya tu, mata itulah yang buat aku terpanar dan

    tak boleh tidur malam.

    Dah, lepas ni jangan mengada-ada nak buat lagi.

    Do you know that I cant bear i anything bad happen to you,

    Ayesha? ujarnya perlahan.

    Ayat-ayat itu menyentuh kalbuku. Rasa bagaikan

    nak berhenti denyutan jantungku. Tak mungkin aku begitu

    penting di matamamat ni... isyyy!

    Suasana hening seketika. Setelah selesai menyusun

    kembali kerusi-kerusi yang telah aku alihkan sebentar tadi,

    segera aku keluar menuju ke bilikku. Sebenarnya, tak selesa

    apabila setiap gerak-geriku menjadi perhatian. Dahlahstatement

    akhir Encik Emeer tadi masih terngiang-ngiang di telingaku.

    Ayesha, lepas ni awak ada nak pergi mana-mana

    tak?Dating ke? soal Encik Emeer yang tiba-tiba terpacul di

    hadapanku.

    Kus semangat, gugur jantung aku dengan mamat

    ni. Suka betul dia ni main terjah-terjah sahaja. Nasib baiklah

    aku ni belum ada penyakit jantung ke, darah tinggi ke. Kalau

    tidak dah lama masuk wad.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    15/53

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    16/53

    Biar Cinta Bertaburan

    30

    Yusnida Tajudin

    31

    Eh... eh... tak silap aku, tadi aku terdengar Datin

    Shahirah ni sebut aku ni tunang Encik Emeer. Biar betul?

    Dan Encik Emeer hanya menganggukkan kepala. Sakit ke

    mamat ni? Bila masa pula aku yang masih single ni jadi

    tunang dia? Eiii... sakitnya hati aku dengan mamat seorang

    ni. Takkanlah Datin Shahirah ni tak kenal dengan tunang

    Encik Emeer pula? Kata kenalan keluarga mereka. Entahlah,

    yang pasti aku pun tak berapa nak ambil tahu sangat tentang

    pertunangan mereka tu. Apa yang aku tahu, pertunangan tudibuat secara tertutup. Hanya di kalangan keluarga sahaja.

    Okay guys... nanti Mimi, pembantuauntie tu akan

    tunjukkan koleksi pakaian pengantin. Both o you can take

    your own sweet time untuk pilih ya. Kalau nak bergambar

    pun boleh terus buat hari ni. Studio danphotographerauntie

    turee hari ni.Auntie kena keluar ada hal sikit, ujarnya lagi.

    Sempat Datin Shahirah mengucup dahiku sebelum

    beredar.

    You are so sweet dear, ucap Datin Shahirah lembut.

    Tertangkap di telingaku ayat terakhir daripada

    mulut Datin Shahirah. Hati rasa macam kembang semangkuk

    pula bila dipuji sebegitu. Aku menyiku lengan Encik Emeer,

    tapi hanya kenyitan matanya sahaja yang diberikan.

    Bos, mana aci macam ni. Bukan saya yang nak

    kahwin dengan bos. Cik Lyana buah hati bos tu mana?

    bidasku.

    Wajah Encik Emeer yang tersenyum terus bertukar

    mendung. Dia merenungku seketika.

    Aci-acitak ada. Kat rumah dia. Sempatpulak nak

    buat lawak bodoh.

    By the way, shes not here. Ada kat Sidney.Please,

    appointment dah set, so saya malaslah nak datang lain kali.

    Hari ni awak tolong saya ya? Hal dia tu biarlah dia handle

    sendiri, sambungnya perlahan.

    Ayat sentap yang keluar daripada bibir nak kena

    cubit Encik Emeer tu menyayat hati aku. Takkanlah dah

    dekat-dekat majlis perkahwinan masih lagi nak ke luar

    negara. Entahlah manusia ni. Kalau akulah yang nak kahwin,

    lagi dua tiga bulan dah start minta cuti. Eleh, gatalnya kau

    Ayesha, gerutu hati kecilku. Senyuman di bibirku mati

    apabila terpandang renungan menawan mata Encik Emeeryang redup tu.

    Setelah membelek dua tiga album pakaian

    pengantin, akhirnya Encik Emeer bersetuju untuk mencuba

    sepasang suit hitam dan sepersalinan biru turquoise. Kalau

    dilihat pada gambar model, memang sesuai sangat dengan

    penampilan Encik Emeer ni. Aku pun bersetuju dengan

    pilihannya. Lagipun, dia yang nak kahwin, bukan aku.

    Angguk sahajalah, mudah cerita. Sementara menunggu Mimi

    mengambil pakaian yang diminta, pembantu butik

    menghidangkan minuman serta snek ringan untuk kami.

    Memang kelaslah layanan di butik ini.

    Seketika kemudian, Mimi kembali dengan beberapa

    pasang persalinan yang diminta. Dua pasang dihulurkankepada Encik Emeer dan dua pasang lagi kepadaku. Hampir

    tersembur minumanku apabila diunjukkan pakaian tersebut.

    Nasib baik sempat aku tahan, kalau tidak hancurlah imej

    gadis Melayu terakhir yang aku bawa ni. Hah, aku kena pakai

    ke? Bukan ke hanya jadi pengkritik untuk Encik Emeer

    sahaja? Aduhlah... sudah jadi kerjapulak ni. Kalau orang lain

    nampak, jawabnya habislah saham aku.

    Encik Emeer hanya mengangguk.

    Kami diarahkan ke bilik persalinan. Sebal sungguh

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    17/53

    Biar Cinta Bertaburan

    32

    Yusnida Tajudin

    33

    hati aku ni. Tak pasal-pasal aku jadi pengantin tangkap muat

    pulak. Sama ke saiz Cik Lyana tu dengan aku? Mula-mula aku

    diarahkan untuk mengenakan persalinan biru turquoise yang

    sememangnya sungguh cantik. Hiasan labuci serta manik-

    manik yang bertaburan menampakkan kemewahan baju

    tersebut. Sayang sungguh aku nak memakainya. Alang-alang

    orang dah suruh, layankan sahajalah. Bila lagi kau nak

    bergaya Ayesha? Nak tunggu naik pelamin, kau memilih

    sangat.Pandangan Encik Emeer ketika melihat aku keluar

    dari bilik persalinan menyebabkan dadaku berdebar kencang.

    Seketika mata kami berlaga. Semacam ada suatu rasa

    bercambah di hatiku. Cantikkah aku? Aku sendiri tidak berani

    untuk melihat diriku di cermin. Tapi yang pasti, jika jejaka

    yang berdiri di hadapanku itu bakal suamiku, sudah pasti aku

    tidak akan melepaskannya selama-lamanya. Warna kebiruan

    persalinan itu membuatkan wajah Encik Emeer kelihatan

    lebih menawan. Redup renungan matanya membuai aku di

    awangan. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara Mimi yang

    tercegat di belakang kami. Mimi mula meminta kami ke

    studio untuk bergambar.

    Alahai, kena bergambar la pula. Ingatkan setakatmencuba baju sahaja. Aku menggelengkan kepala apabila

    Encik Emeer menarik tanganku lembut.

    Please Encik Emeer, tak mahulah. This is just not

    right, rayuku. Bermacam-macam spekulasi boleh timbul jika

    gambar-gambar ini tersebar ke tangan mereka yang tidak

    bertanggungjawab.

    Tolong saya hari ni, Ayesha... pujuk Encik Emeer

    lembut.

    Terasa panas naasnya di cuping telingaku.

    Tanganku diangkat dan digenggamnya seolah-olah tidak

    ingin aku lari jauh daripadanya. Puas aku tarik, namun

    makin kejap pula genggamannya. Encik Emeer, lepaslah.

    Kita bukan muhrim tau... mana boleh pegang-pegang.

    Hmmm... kalau macam tu, lepas ni kita pergi

    nikahlah.

    Aku hanya memuncungkan mulut mendengar

    statement maut Encik Emeer tu.

    Hah, jangan buat muncung macam tu, nanti saya

    kiss tau. Ugutnya lagi.

    Cepat-cepat aku menggigit bibir, kecut dengan

    ugutan mamat budget hensem ni. Aduhlah, hari ni teruk

    betul aku dibulinya. Ditambah pula dengan aksi-aksi yang

    diarahkan oleh Mimi dan jurugambar butik itu. Pegang sana,

    pegang sini. Ya ampun....

    Hampir tiga jam di butik itu, barulah semuanya

    selesai. Mungkin inilah suratan yang tertulis untukku. Encik

    Emeer bukan ditakdirkan untuk aku, tapi kenangan yang

    cukup indah hari ini pasti akan tersemat selamanya di hatiku.

    Jatuh cintakah aku???

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    18/53

    Biar Cinta Bertaburan

    34

    Yusnida Tajudin

    35

    Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam

    tidurmu

    Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin

    bisa kau rindu

    Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu

    Oh karena, hati telah letih

    Aku ingin menjadi sesuatu, yang selalu bisa

    kau sentuh

    Aku ingin kau tahu bahwaku, selalumemujamu

    Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati

    Oh bayangmu, seakan-akan

    Kau seperti nyanyian dalam hatiku

    yang memanggil, rinduku, padamu

    Seperti udara yang kuhela kau selalu, ada....

    Bab

    5

    BAIT demi bait lirik lagu Dealova

    nyanyian Once itu berlagu di

    bibirku. Sambil menyidai baju

    di ampaian kalau tak menyanyi memang tak sah aku ni.

    Hari-hari cuti begini sahajalah peluang aku untuk mengemas

    rumah dan mendobi pakaian harianku. Kalau hari biasa dah

    tentu tak berkesempatan. Apatah lagi dalam masa beberapa

    minggu lagi budget meeting akan diadakan. Persiapan sedikit

    demi sedikit telah aku bereskan.Woi, ko kalau tak berangan sambil sidai baju tak

    sah! sergah Haah yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

    Wah, minah ni dah siap berlawa dengan wangi-

    wangian yang harum mencucuk hidungku.

    Ko kan Pipah, saja la kalau tak menyakat aku.

    Nasib baik tau aku tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama

    aku jadi arwah, bebelku sambil membaling bakul kain ke

    arahnya. Baling-baling manja tapi brutaljuga aku nikan.

    Ya ke? Adalah orang yang merana kalau ko arwah

    Pina oi.

    Terkekek-kekek Haah mentertawakan aku.

    Ko nak pergi dating ke Pipah? Cepat-cepatlahkahwin kalau dah tiap-tiap minggu asyik dating aje, usikku.

    Banyaklah ko punya dating. Aku bukan macam ko

    tu, hari-hari boleh dating, breakast sama-sama, lunch sama-

    sama.Hey...jeles aku tau!

    Wei, ko tak sayang mulut eh? Tukan bos aku,

    tunang orang la wei... gila ko! bidasku. Tak sayang mulut

    betulminah seorang ni.

    Kami berkawan sejak kecil lagi. Sama-sama

    bersekolah di sekolah rendah dan menengah yang sama. Bila

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    19/53

    Biar Cinta Bertaburan

    36

    Yusnida Tajudin

    37

    melanjutkan pelajaran di IPT, Haah memilih jurusan

    Perakaunan manakala aku mengikuti jurusan Oce

    Management. Pipah nama gelaran yang aku berikan,

    manakala Pina pula gelaran untuk aku. P&P... khas hanya

    untuk kami berdua.

    Alhamdulillah, bila masuk ke alam pekerjaan, kami

    masih bersama. Berkongsi tinggal di rumah yang baru juga

    aku beli daripada tuan rumah yang asalnya kami sewa hampir

    dua tahun yang lalu. Disebabkan tuan rumah memerlukanwang, maka rumah yang aku duduki ini dijual dengan harga

    di bawah harga pasaran. Peluang datang sekali sahaja

    mengetuk pintu kita, jika kita biarkan ia berlalu, entah esok

    akan menjelma lagi atau tidak.

    Tinggallah aku keseorangan di rumah setelah

    Haah keluar dengan Hakimi, tunangnya. Apa nak buat lagi

    ya duk sorang-sorang ni? Nak mengemas, rasanya dah banyak

    barang yang aku buang daripada kemas. Nak memasak, tak

    terasa lapar. Lagipun nak makan seorang diri tak berselera

    pula rasanya. Hmmm terlihat pada timbunan novel-novel

    baru yang aku beli secara online di atas meja yang masih

    belum terusik membuatkan timbul keinginan untuk

    membaca novel hari ini. Layan novel pun syok juga.Sedang khusyuk melayan novel 566 Hari Mencari

    Cinta, karya Ilya Abdullah, teleon bimbitku berbunyi. Nada

    bunyi mesej masuk. Siapalah yang gatal sangat nak bermesej

    dengan aku hari minggu ni?

    Hi... awak buat apa hari ni? ~ Emeer

    Wat bodoh je bos! ~ Ayesha

    Ha ha ha... so unny! Jom keluar nak? Jalan-

    jalan cari makan. ~ Emeer

    En. Emeer... tak meluat ke asyik tengok muka

    saya je tiap-tiap hari? Takde mood la nak

    keluar, lagipun saya basuh semua baju ~

    Ayesha

    Lawak, ayat apa yang aku tulis tu pun aku tak tau....

    Habis tu, kalau awak basuh semua baju...

    awak tak pakai baju la? Wah... saya datang

    sekarang juga. Just joking. Serius ni, jom

    keluar. Lagipun semalam lupa nak bawa baju

    untuk dobi kan.~ Emeer

    Eeei... geram betul aku denganmamat ni la. Dah la

    malu aku pasal kes minggu lepas kat butik pengantin tu tak

    habis lagi. Ni nanti cari pasal lagi. Tetapi, mengenangkan

    baju-bajunya yang belum berdobi itu, hatiku jadi lembut

    pula. Yalah, kan selalunya setiap hari Sabtu Encik Emeerakan memberi baju-bajunya untuk aku hantar ke kedai dobi

    berhampiran dengan kawasan rumahku ini. Suka benar dia

    dengan hasil kerja kedai dobi tu. Tetapi semalam terlupa pula

    hendak dibawanya. Aku pun selamba sahaja tidak bertanya.

    Okeylah... pukul berapa nak sampai? Saya nak

    bersiap. ~ Ayesha

    Actually, saya dah ada depan pagar rumah

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    20/53

    Biar Cinta Bertaburan

    38

    Yusnida Tajudin

    39

    awak... hehehe. ~ Emeer

    Bingkas aku bangun menarik langsir yang kuselak

    luas sebelum berbaring sambil melayan novel sebentar tadi.

    Aku memang suka bermalas-malas begini bila duduk di ruang

    tamu. Rimas kalau langsir sliding door tak diselak. Terasa

    gelap satu rumah.

    Terpandang kelibat Encik Emeer yang telah berdiri

    sambil bersandar di keretanya yang telah diparkir di hadapan

    pagar rumahku yang tidak berkunci. Encik Emeer hanya

    tersenyum memandangku. Eh, boleh aku tak perasan. Aku

    kan hanya berblaus sleeveless dan berskirt pendek sahaja ni.

    Alahai,kantoibetul la. Patutlahmamat tu duk sengih-sengih

    aje.Free show hari ni.

    Lain kali inorm awal-awal. Okey, tunggu.

    Saya nak siap. ~ Ayesha

    Macam tu pun dah cantik. Saya tak kisah.

    Okey, take your own sweet time. P/s: tak nak

    ajak saya masuk ke? ~ Emeer

    Banyak cantik muka bos! ~ Ayesha

    Bila dah last minute macam ni mulalah aku kalut.

    Baju mana nak ambil, ambil yang itu, letak yang ini.

    Sudahnya, aku hanya mengenakan jean hitam dan T-shirt

    lengan panjang berwarna krim serta selendang hitam.

    Semuanya yangsimple dan tak perlu digosok. T-shirt ni pun

    Encik Emeer yang belikan semasa dia ke Sweden awal tahun

    dulu mengikuti seminar seminggu di sana. Seronok ya dapat

    jadi bos ni, asyik berjalan ke luar negara aje. Aku jarang

    mengenakan T-shirt ni kerana potongannya yang agak

    mengikut badan. Tutup sedikit dengan selendang panjang ni

    dah okey la, kan. Tak ada laover expose sangat.

    Cepat-cepat aku mengunci pintu dan menyelitkan

    nota untuk Haah menyatakan aku keluar sebentar. Mesti

    bising mulutminah tu nanti.

    Senyuman manis ala-ala iklan Colgate Encik Emeermenyambutku. Ditenungnya aku dari atas ke bawah. Ceh,

    ingat aku ni model sedang catwalk ke nak usha sampai nak

    terkeluar biji mata. Senyumannya yang semakin lebar

    menandakan ada approvalla tu dengan penampilanku. Ish...

    takapprove pun ada aku kisah? Dah la paksa aku keluar, nak

    kena jaga penampilan lapulak. Tak ada masamak,nyah!!!

    Destinasi kami yang pertama adalah ke kedai dobi.

    Setelah selesai berurusan di kedai dobi, kami menghala ke

    arah bandar. Hari minggu, suasana jalan tidak seperti hari

    biasa. Tenang dan aman. Tidak banyak kereta bersesak-sesak.

    Mungkin warga kota ingin merehatkan badan di rumah.

    Jom makan... laparlah, ajak Encik Emeer.

    Menggoda sungguh suara mamat ni. Aku hanya

    mengangguk mengiakannya. Lagipun aku dah terasa lapar

    juga tengok mukamamat ni.

    Laju kereta BMW 5 Series itu dipandu ke arah pusat

    bandar. Aku membiarkan sahaja Encik Emeer memilih

    sendiri hala tuju, lagipun dia yang sibuk sangat ajak aku pergi

    makan. Alamak, lagu Dealova la pula kat radio ni. Terasa gatal

    betul jari aku nak menguatkan sedikit volume radiomamat

    ni, tapi terpaksa aku pendamkan. Terpaksa jugalah aku

    menyanyikan lagu kegemaran aku ni diam-diam. Dalam hati

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    21/53

    Biar Cinta Bertaburan

    40

    Yusnida Tajudin

    41

    pun tak apalah. Tiba-tiba kedengaran alunan suara Once

    semakin kuat, merdunya di telingaku. Eh, ada instinct ke

    Encik Emeer ni, boleh baca isi hati aku? Wah, bahaya ni. Aku

    menoleh ke arahnya dengan wajah yang penuh persoalan.

    Dah ada orang tu minat sangat lagu ni, kuatkanlah

    sikit. Terkumat-kamit mulut tu, kalau dah suka nyanyi

    ajelah.

    Sinis aje suara mamat tu kedengaran di telingaku.

    Eee... kalau boleh nak aje aku cubit-cubit mulut mamat ni,asyik nak perli aku aje. Malas aku nak layan. Encik Emeer

    terkekeh-kekeh ketawa melihat muka aku yang mencuka.

    Kacau betullah, orang nak layan lagu Once ni pun dah hilang

    eel. Geram!!!

    Usai menjamu selera di Restoran Thai di dalam Mid

    Valley Megamall, kami menyusuri butik-butik yang terdapat

    di situ. Kalau minggu gaji, dah tentu habis duit gaji aku ni.

    Encik Emeer ni pula sibuk duk tanya aku nak beli apa. Kalau

    nak suruh akushopping, bagi la gaji awal sikit, kan?

    Errr... Encik Emeer. Nak minta cuti minggu

    depan, boleh tak? ujarku ketika kami sedang membelek

    kasut sukan di butik Adidas.

    Nak pergi mana?

    Sibuk pulamamat ni nak tahu.

    Nak balik kampung la, Encik Emeer. Hari Ahad ni

    mak dan abah adakan kenduri doa selamat sebelum berangkat

    mengerjakan umrah. Hari Isnin dah take o, terangku.

    So, nak cuti berapa hari? Habis tu adik-adik tinggal

    dengan siapa bila mak dan abah pergi umrah? soalnya.

    Amboi, mak dan abah aje. Sejak bila pula jadi anak

    angkat mak dan abah aku ni?

    Mak su ada tolong jagakan. Lagipun mak su

    memang tinggal dengan mak dan abah sekarang ni, balasku

    lagi.

    Hmmm... okeylah. Dua hari aje la kan, nanti isi

    orm.

    Thanks Encik Emeer. Jasamu dikenang.

    Senyuman paling manis aku berikan.

    Cantik!

    Hah? Apa yang cantik Encik Emeer? soalku

    terkejut dengan pujian yang tiba-tiba keluar daripada

    mulutnya. Aku memerhatikan sekeliling kalau-kalau ada

    gadis-gadis ke, artis ke yang ditujukan pujian tu. Tak ada la

    pula. Kebetulan di sekelilingku ketika itu terdapat pelanggan

    lelaki sahaja.

    Tu kasut kat tangan awak tu... belilah. Sesuai

    dengan dressing awak hari ni, balasnya bersahaja.

    Tapi yang peliknya, mata dia masih terlekat di

    wajahku. Ishmamat ni, terer la kan. Dah tau barang tu

    cantik ke tak tanpa perlu melihatnya. Uish... tak naklah.

    Mahal.

    Lantas kasut di tanganku ditariknya. Encik Emeermeneliti harga yang terlekat di bawah tapak kasut tersebut

    lalu menggelengkan kepalanya.

    Miss... tolong ambil kasut ni. Saiz empat ya,

    ujarnya setelah menggamit jurujual yang melayan kami.

    Tau pula dia saiz kaki aku. Pelik! Pernah ke aku

    beritahu mamat ni saiz kasut aku? Ke dia duk menghendap

    kasut aku yang tersusun di bawah mejaku tu?

    Tak maulah Encik Emeer, mahallah... sungutku.

    Tidak menghiraukan rungutanku, tanganku ditarik

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    22/53

    Biar Cinta Bertaburan

    42

    Yusnida Tajudin

    43

    menuju ke arah bangku yang disediakan untuk pelanggan

    yang ingin mencuba kasut di situ. Mamat ni bukannya nak

    dengar cakap aku pun. Suka hati dia aje nak paksa-paksa aku.

    Tapi memang aku suka pun kasut tu tapi harga yang

    mencecah ratusan Ringgit Malaysia tu membuatkan aku

    berkir berkali-kali untuk membelinya.

    Cubalah... ke awak nak saya pakaikan untuk

    awak?

    Serta-merta aku mengambil huluran kasut daripadagadis jurujual itu. Takut aku dengan risiko yang bakal aku

    hadapi denganmamat ni. Bukannya boleh kira, kalau itu kata

    dia... memang itu aje la, bukan boleh diubah-ubah dah.

    Setelah membayar harga kasut tersebut, kami

    beralih ke beberapa butik lain sehingga terasa tumit kaki aku

    ni sakit. Boleh tahan juga mamat ni kalau bershopping.

    Sakan sungguh!

    Hampir jam enam petang kami keluar dari Mid

    Valley Megamall. Aku ingatkan Encik Emeer akan terus

    hantar aku pulang. Meleset sama sekali ramalanku itu. Kereta

    dipandu laju menuju ke arah Jalan Masjid India. Nak buat apa

    pulamamat ni kat sini? Bisikku dalam hati.

    Setelah memarkir kereta di kawasan parkir

    berhadapan dengan deretan kedai-kedai itu, aku hanya

    menuruti langkah Encik Emeer yang menyusuri kaki lima

    kedai. Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai yang menjual

    pelbagai jenis jubah serta kelengkapan untuk mengerjakan

    haji dan umrah. Tanpa aku sedar, aku memaut lengan Encik

    Emeer untuk memberhentikannya. Nasib baik beralas.

    Keningku sedikit terangkat ala-ala Ziana Zain.

    Mempersoalkan kenapa perlu ke sini.

    Encik Emeer hanya tersenyum lalu laju sahaja

    menarik tanganku. Ish... mamat ni. Mentang-mentanglah

    aku memaut tangannya tadi, laju aje ambil kesempatan.

    Encik Emeer membeli beberapa helai jubah putih

    untuk mak dan abahku walaupun puas aku memujuknya

    supaya tidak berbuat demikian. Mak dan abah dah ada,

    alasanku. Namun katanya, ini jubah pemberian daripadanya.

    Ada perbezaan. Malah, siap membelikan beberapa barang

    keperluan lain lagi. Saat ini, hati aku dipanjat rasa syahdu

    yang amat.Mengapalah engkau tidak dicipta untuk aku wahai

    Emeer Zaran? Mengenalimu membuatkan aku sukar untuk

    menerima orang lain di hatiku. Tiada yang dapat menandingi

    dirimu. Seketika mataku bergenang dengan air namun cepat-

    cepat aku memaling wajah agar tidak disedari oleh sesiapa.

    Mungkin menyedarimoodaku yang sedikit terusik,

    Encik Emeer tidak terus menghantarku pulang. Dia

    membawaku ke sebuah restoran eksklusi dan popular di kota

    raya ini. Enak KL, nama restoran yang terletak di Star Hill.

    Keindahan dekorasi dalamannya serta suasana yang cukup

    romantik benar-benar mendamaikan. Seketika aku terlupa

    dengan siapa aku bersama ketika ini. Biarlah saat ini menjadi

    kenangan terindah buatku sebelum dia dimiliki oleh insanlain. Andai bisa waktu terhenti, biarlah ia berhenti di sini.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    23/53

    Biar Cinta Bertaburan

    44

    Yusnida Tajudin

    45

    JUMAAT dah hari ini. Cepat betul

    waktu berlalu. Pejam celik, pejam

    celik dah lima hari berlalu. Minggu

    ini merupakan minggu tersibuk aku. Pagi-pagi tadi sibuk

    dengan management meeting dan melayan kerenah bos-

    bos kecil di dalam bilik mesyuarat tu. Mana sibuk nak

    mencatat minit mesyuarat lagi, sibuk nak tolong uruskan

    slide presentation jabatan, sibuk nak memastikan semuanya

    teratur dan paling utama sibuk nak melayan kerenah Encik

    Emeer aku tu yang semenjak dua menjak ni semakin mengada-ada. Ada-ada sahaja perangainya pagi-pagi ni.

    Selalunya, dia tak kisah pun aku nak duduk di mana

    dalam mesyuarat tu. Kebiasaannya aku akan duduk di sebelah

    Puan Suhaili,Manager Public Aair Department. Boleh juga

    kami bersoseh-soseh masa tu. Tapi pagi ni, sebelum masuk ke

    dalam bilik mesyuarat, Encik Emeer dah siap sound aku

    untuk duduk di sebelahnya. Dengan nada serius lagi tu.

    Ketika mesyuarat, selalunya Kak Betty yang akan sediakan

    minuman kepada semua ahli mesyuarat termasuk untuk aku

    dan Encik Emeer, tapi pagi ni lain pula permintaannya. Encik

    Bab

    6

    Emeer tak mahu air yang Kak Betty sediakan. Dia minta aku

    sediakan Nescae O satu sudu gula dia tu juga. Dah la aku

    serabut dengan ail-ail yang baru dihantar oleh Jabatan

    Tuntutan tadi. Semuanya ail-ail urgent untuk perhatian bos

    aku tu. Sebenarnya kerja di syarikat insurans ni bukanlah

    boleh selalu bersenang-lenang. Tambahan pula jika banyak

    tuntutan yang dibuat. Jabatan Tuntutan dah sah-sahlah kena

    kerja lebih masa, dan bos aku pula seharusnya juga

    menyingsing lengan baju untuk meneliti satu per satutuntutan dan saranan yang dibuat oleh pengurus jabatan.

    Aku? Lagilah tak cukup kaki dan tangan nak uruskan ail-ail

    yang bertimbun-timbun tu.

    Alhamdulillah, mesyuarat pagi itu berjalan dengan

    lancar. Walaupun ada satu dua perkara berbangkit yang tidak

    disenangi oleh CEO, tetapi masih dapat diatasi dengan usul-

    usul oleh pihak yang terlibat. Kerja aku, rekodkan sahaja

    dalam minit mesyuarat. Sesekali nama aku pun naik juga

    apabila CEO mengingatkan agar aku mencatat nota-nota

    serta tarikh-tarikh penting yang perlu diingatkan semula

    nanti. Hesh, ingat senang ke nak jadi setiausaha ni? Nampak

    macam senang. Orang kata kerja glamor jadi PA merangkap

    setiausaha ni. Tapi tak ramai yang tahu, tekanan yang

    ditanggung oleh penjawat jawatan ini bukan sedikit. Kalau

    tak sanggup, janganlah gatal-gatal nakapply.

    Selepas tamat sahaja mesyuarat, Datuk Ilham, CEO

    syarikatku sempat pula tersenyum pada aku.

    Sayang betul bos awak pada awak ya, Ayesha. Okey,

    saya dah beritahu admin mengenai pertukaran PA ke

    konvensyen tu. Awak ada nak rekomen siapa-siapa untuk

    menggantikan awak? aju Datuk Ilham sambil menghulurkan

    ail yang telah ditandatanganinya kepadaku.

    Saya rasa Puan Haryati, PA Encik Azman dari

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    24/53

    Biar Cinta Bertaburan

    46

    Yusnida Tajudin

    47

    Broking Department tu layak mendapat tawaran tu Datuk.

    Puan Haryati dah lebih enam tahun bersama syarikat, lebih

    seniordaripada saya. Walaupun bukan di kalangan eksekuti,

    tapi jasa beliau dah banyak, Datuk. Saya percaya, beliau akan

    dapat lebih banyak ilmu di sana nanti, balasku.

    Memang aku selalu perhatikan Kak Haryati.

    Tugasan yang diberikan selalunya dilakukan dengan baik. Tip

    top. Mungkin bukan rezekinya lagi untuk dinaikkan ke tahap

    eksekuti PA, tapi sekurang-kurangnya syarikat patutmemberi penghargaan kepada beliau. Dan aku, bukanlah

    seorang yang tamak. Semahu-mahunya aku ingin junior-

    juniorPA yang berada di bawah seliaanku bersedia untuk

    menggantikan tempat aku nanti.

    Datuk Ilham mengangkat keningnya tanda kagum

    dengan hujahku. Lalu Datuk Ilham menepuk-nepuk bahu

    Encik Emeer yang kebetulan berdiri disebelahku.

    Patutlah you sayang sangat katPA you ni.I can see

    the reason.

    Kata-kata yang mematikan senyumanku seketika.

    Encik Emeer hanya tertawa halus.

    Wajahku sudah kemerah-merahan apatah lagiketika itu dua tiga orang pengurus jabatan turut berada di

    situ. Cepat-cepat aku berlalu meninggalkan mereka.

    Biasalah, gosip orang lelaki.

    HAMPIR jam lima petang, Encik Emeer keluar menjenguk ke

    arahku. Terjojol kepalanya dari pintu yang terkuak sedikit.

    Ayesha... awak nak balik pukul berapa ni? soalnya

    sambil melihat jam Hello Kittyku yang tergantung di dinding.

    Seketika, segaris senyuman tersungging di bibirnya.

    Benci! Aku benci melihat senyuman mengejeknya

    setiap kali dia melihat jam dindingku itu. Ada yang kena cubit

    mulut tu nanti!

    Siap ni saya baliklah Encik Emeer. Lagipun esok

    pagi baru saya bertolak, jawabku.

    Encik Emeer hanya mengangguk-anggukkan

    kepalanya.

    Okey, awak balik awal sikit. Malam nanti saya

    jemput awak pukul lapan ya, arahnya.

    Alahai,mamat ni. Bila masa pula dia ada buat temu

    janji dengan aku ni? Dah la tak beritahu awal-awal, suka betul

    buat aku macam ni. Hmmm... rasanya...

    Dah... tak payah banyak dalih. Malam ni temankan

    saya sekejap ya, tak lama pun. Ada makan malam di rumah

    Datuk Ilham, baru tadi Datuk interkom saya. Go home now,

    nanti sangkut dalamjam pula.

    Aku hanya mencebikkan bibir dengan arahan itu.

    Suka hati dia sahajalah nak arah aku itu ini.

    Aku pun pelik dengan sikapku sendiri. Seringsangat aku begini. Tidak suka dengan sikap Encik Emeer

    yang suka mengarah aku sesuka hati tapi tak pernah pula aku

    menolaknya. Adakah ini tandanya hatiku telah benar-benar

    suka kepadanya hingga tidak sanggup untuk menolak

    permintaan daripadanya? Entahlah... buntu!

    AKU berjalan mundar-mandir di hadapan pintu pagar. Jarum

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    25/53

    Biar Cinta Bertaburan

    48

    Yusnida Tajudin

    49

    jam sudah melebihi angka lapan. Ish... janji Melayu macam

    inilah. Kata pukul lapan. Lima minit lagi kalau lambat, sah

    aku akan masuk ke dalam rumah dan kunci pintu rapat-rapat.

    Biarlah dia nak tunggu kat luar ni sampai pagi pun, gerutu

    hati kecilku.

    Dari jauh kelihatan kereta Encik Emeer menyusuri

    jalan lalu berhenti di hadapanku. Tanpa berlengah, terus aku

    menyelinap masuk ke dalam kereta. Matanya menyoroti aku

    yang bersahaja, tanpa rasa bersalah kerana menyusahkan akumalam-malam macam ni.

    Baju baru eh? Cantik, pujinya.

    Hatiku kembang berbunga dengan pujian yang

    berbunyi ikhlas itu. Rasa yang sebal menanti tadi terus mati.

    Senyuman tersungging di bibir. Bukanlah istimewa sangat

    kebaya labuh biru muda ni. Tapi baju kebaya ni asalnya

    daripada kain yang diberi oleh Encik Emeer ketika dia

    mengikuti kursus di Indonesia. Memang kainnya cantik,

    apatah lagi Si Haah tu sangat pandai menjahit sulaman dan

    labuci. Maka nampak liplap-liplaplah baju aku ni. Aku

    padankan pula dengan tudung Fareeda yang sedondon. Aku

    memangnya jarang berbaju kebaya sewaktu bekerja. Kalau

    ada majlis-majlis tertentu sahaja barulah aku selesamenyarungkannya.

    Suasana di hadapan rumah banglo milik Datuk

    Ilham riuh dengan suara para tetamu. Ramai juga yang hadir

    malam itu. Aku ingatkan majlis kecil-kecilan sahaja. Nasib

    baiklah aku berpakaian sesuai. Malu juga kalau datang

    dengan pakaian yang ala kadar. Kelihatan Encik Azman dan

    isterinya, Puan Alina yang manis, menggamit kami ketika

    kami sampai di hadapan pintu pagar. Khemah yang didirikan

    di halaman rumah penuh dengan tetamu yang menjamu

    selera.

    Hai... bos, Ayesha pun ada. Wah, macam

    belangkas! usik Encik Azman menambahkan lagi merah dan

    hangat di wajahku.

    Sudahlah berada di kalangan orang-orang besar,

    diperli pula. Geram sungguh aku pada Encik Emeer ni, dah

    terang-terang Encik Azman pun ada, kenapalah nak ajak juga

    aku ni?

    Setelah berbual-bual seketika dengan Encik Azman

    dan berkenal-kenalan dengan isterinya, kami menuju ke arahDatuk Ilham yang telah pun menyedari kehadiran kami.

    Beliau menggamit kami ke arahnya.

    Uncle...sorry la lambat sikit Meer sampai.

    Erk... uncle??? Apa kes pulak ni? Datuk Ilham tukan

    CEO syarikat. Selama ini tak pernah pula aku dengar mamat ni

    memanggil Datuk Ilham dengan panggilan uncle.Suspicious!

    Its okay Meer, Ayesha. Come... jumpa auntie kat

    dalam tu. Dia tengah tidurkan Nuha agaknya... balas Datuk

    Ilham mengajak kami masuk ke dalam rumah.

    Jom jumpa auntie saya. Nuha tu cucu uncle dan

    auntie, terang Encik Emeer.

    Sorry ya... saya tak bagitau awak. Datuk tu bapasaudara saya adik mama saya, bisiknya lagi ke telingaku.

    Mulutku ternganga seketika. Mataku mengerling ke

    arahnya dan disambut dengan tawa halus.

    Kedengaran suara Datin Salina menyeru nama

    Encik Emeer dari ruang tamu. Tanganku segera diraih lalu

    ditarik mengikuti langkahnya. Puas aku cuba melepaskan

    pegangan tangannya tetapi gagal. Hesh, lelaki ni tak makan

    saman langsung. Suka-sukinak pegang-pegang aku. Dahlah

    kat depanpublic pula tu.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    26/53

    Biar Cinta Bertaburan

    50

    Yusnida Tajudin

    51

    Encik Azman yang berada tidak jauh dari kami

    terperasan adegan ala-ala drama Korea antara kami berdua

    sudah pun tersenyum. Matanya dikenyitkan lalu tersungging

    senyuman di bibir Encik Azman. Terdengar tawa halus

    daripada mulut Encik Emeer. Aduh, boleh pengsan aku

    melayan ragam mereka ni!

    Malam itu, barulah aku benar-benar kenal siapa

    Datuk Ilham sebenarnya. Bukanlah seperti yang aku sangka

    selama ini. Karakternya di pejabat dan di rumah sangatberbeza. Ini membuatkan aku lebih menghormatinya.

    Layanan Datuk Ilham sekeluarga kepadaku juga sangat

    menyentuh hati. Jika dilihat daripada pangkat dan darjat,

    siapalah aku untuk bercampur dengan mereka. Datin Salina

    yang lembut itu juga tak ubah seperti seorang ibu. Mesra

    berbual denganku walaupun inilah pertama kali kami

    bertemu.

    Malam yang semakin lewat memaksa kami

    memohon diri untuk pulang. Tidak lupa aku menjemput

    Datuk Ilham sekeluarga hadir ke kenduri doa selamat di

    rumah orang tuaku walaupun aku sedia maklum mana

    mungkin mereka dapat menunaikannya. Terkejut dan

    tersentuh hatiku dengan ciuman di pipi yang diberikan olehDatin Salina sejurus sebelum kami berangkat pulang. Bahkan

    pipiku dielus lembut dan sempat juga Datin Salina memesan

    agar aku datang lagi menziarahinya.

    Hati-hati memandu esok, sampai kampung call

    saya, pesan Encik Emeer sejurus kereta diberhentikan di

    hadapan rumahku.

    Terpanar aku dengan kata-katanya. Begitu

    pentingkah aku padanya? Aku hanya mengangguk. Lidah kelu

    untuk berkata-kata. Aku cuma mampu tersenyum. Seketika

    mata kami bertembung. Ada getar yang bertandang

    terlihatkan sinar matanya yang redup itu. Membuai-buai

    perasaanku. Tidak! Aku harus kembali ke alam realiti. Cepat-

    cepat aku memalingkan wajah. Segera aku mencapaihandbag

    dan ingin membuka pintu kereta apabila tanganku dicapai

    tiba-tiba. Terhenti!

    Boleh tak, nak buat macam yang Datin buat tadi?

    soalnya yang mengundang satu cubitan daripadaku di

    tangannya.

    Spontan. Aku pun tidak menyedari tindakanrefeksku itu. Mataku mencerlung ke arahnya. Gatal!

    Auch sakitlah. Eiii... dah pandai menyepitlah

    awak ni, Ayesha.... Rungutnya lalu tersembur ketawa

    daripada bibir itu.

    Aku semakin geram dengan sikapnya. Dah mula la

    tu, ulat bulu naik daun.

    Wahai Encik Emeer, janganlah layan aku begini.

    Jangan kau hidangkan aku dengan harapan dan impian.

    Jangan kau goda aku dengan kemesraanmu. Aku takut aku

    hilang arah. Aku takut aku tak mampu bertahan. Aku

    bimbang aku tersasar bila aku kehilanganmu nanti. Aku

    memang tidak bisa memilikimu. Kau sudah pasti bukan

    milikku. Aku tak ingin tersungkur dengan kemesraan ini.

    Setelah mengucapkan selamat malam, kami

    berpisah di situ. Malam ini, aku harus bersiap untuk pulang

    ke kampung halamanku. Bermula malam ini, aku akan

    merindui suara, tawa dan segalanya tentang mamat budget

    hensem tu. Oh hati, jangan macam-macam.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    27/53

    Biar Cinta Bertaburan

    52

    Yusnida Tajudin

    53

    TIGA jam perjalanan terasa sunyi

    tanpa teman bicara. Haiah

    tidak dapat menemaniku

    pulang. Waktu-waktu begini jabatannyalah yang paling sibuk

    menyiapkan segala laporan kewangan apatah lagi budget

    meeting hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Namun

    Haiah sempat juga berjanji jika kerja-kerjanya siap, dia akan

    pulang juga walaupun sekejap. Rindu hendak berjumpa mak

    dan abah aku tu. Maklumlah, rumah aku pun dah jadi rumah

    nombor dua Si Haiah tu.Sepanjang perjalanan aku hanya ditemani alunan

    lagu-lagu indah yang kedengaran di corong radio. Bersulam

    kenangan saat-saat aku bersama dia yang kutinggalkan

    seketika. Alangkah indah jika ia benar belaka. Mungkinkah tiga

    tahun kesabaran ini bersamanya disebabkan hati aku mula

    menyenanginya? Mungkinkah sudah tersedia suatu sudut

    istimewa di hati ini untuk insan bernama Emeer Zaran?

    Kepulanganku disambut dengan wajah-wajah ceria

    mak, abah, mak su, Aina, Adib, Alia dan Auni. Masing-masing

    becok bertanyakan aku itu dan ini. Walaupun kampungku

    Bab

    7

    tidaklah sejauh mana, tapi jarang aku dapat pulang ke sini

    berkumpul bersama mereka. Hanya jika cuti panjang dan

    hari raya sahaja aku dapat pulang. Nak balik hujung minggu,

    rasanya tak puas nak bermanja dengan mak.

    Habis barang-barang yang aku bawa pulang

    diselongkar satu per satu oleh Alia dan Auni yang masing-

    masing berumur dua belas dan sepuluh tahun. Auni adik

    bongsuku, sangat manja dan keletahnya itu juga membuatkan

    aku rindu pada mereka. Riuh mulut mak memarahi adik-adikyang tidak sabar. Abah seperti biasa hanya tersenyum melihat

    kerenah anak-anaknya.

    Mak su memelukku erat. Kami berdua memang

    sangat rapat. Semenjak kematian suami, mak su tinggal

    bersama kami. Mak su yang hanya dua tahun muda daripada

    mak, tidak mempunyai zuriat. Kesian mak su, hanya dengan

    kami adik-beradiklah tempat mak su menumpang kasih.

    Akulah yang paling rapat dengan mak su.

    Jenuh mak dan abah memujuk mak su mengikut

    mereka mengerjakan umrah, namun mak su tetap menolak.

    Katanya tak sampai hati nak tinggalkan adik-adikku

    sedangkan aku sudah memaklumkan bahawa aku akan

    membawa mereka ke Kuala Lumpur. Hanya dua minggu,lagipun cuti sekolah akan bermula minggu hadapan. Namun,

    mak su tidak membenarkan. Dia tidak mahu pelajaran Adib

    yang akan mengambil SPM tahun ini terganggu. Dia mahu

    Adib berjaya seperti aku melanjutkan pelajaran ke menara

    gading. Selama ini pun, mak su yang banyak memberi

    dorongan kepada kami.

    Tiba-tiba teleon bimbitku berbunyi. Notication

    mesej masuk. Berebut-rebut Auni dan Alia ingin melihatnya.

    Mak sudah mula menjegilkan mata ke arah mereka.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    28/53

    Biar Cinta Bertaburan

    54

    Yusnida Tajudin

    55

    Dah sampai? Jumpa keluarga hingga lupakan

    saya.... ~ Emeer

    Merajuk ke mamat ni? Baru setengah hari, belum

    sampai petang aku tak menghubunginya. Mengalahkan

    pasangan kekasih la pulak. Aku tersenyum sendirian.

    Menyedari tingkahku mendapat perhatian mak su, cepat-

    cepat aku berlalu ke bilik yang agak lama aku tinggalkan.

    Rindu pada katil dan bantal pelukku.

    Dah sampai dalam dua jam... belum sempat

    nak mesej, sibuk adik-adik dah serbu. Itulah,

    kirim lagi banyak barang. Dun worry, will

    never orget. ~ Ayesha

    Butang send ditekan. Alamak! Betul ke aku yang

    taip macam tu?

    Dah terasa bila awak tak ada... missing you.

    ~Emeer

    Mak!!! Terasa aku ingin menjerit membaca mesej

    mamat ni. Janganlah kau racun aku dengan ayat-ayat cinta

    kau ni. Jangan! Aku ni pun bukanlah kuat sangat. Boleh cair

    aku nanti.

    Ok... got to go. Nak sembang-sembang dengan

    mak dan abah jap. ~ Ayesha

    Salam saya untuk mak dan abah... fying kiss

    untuk awak, hehe. ~ Emeer

    Terpanar seketika aku membaca mesejnya yang

    terakhir tu. Hakikatnya, aku pun rindu dengan suaranya.

    Rindu pada usikan nakalnya. Rindu... rindu... rindu. Angau

    dah kau ni Ayesha Sorna. Aku menepuk-nepuk pipiku

    sendiri. Apalah nak jadi dengan aku ni....

    Sungguh berselera kami makan malam bersama.

    Dapat berkumpul begini, melayan masakan mak dan mak su,

    bersama ulam-ulaman kampung yang segar. Daerah Pekan

    kampungku ini sangat indah. Berhampiran dengan Sungai

    Pahang yang terkenal dengan ikan patinnya. Sungai Pahang

    yang setia mengalir ke muara, mengindahkan lagi

    pemandangan kampung kami. Malah, pantai yang tersergam

    indah sentiasa menggamit pelancong untuk terus melekat di

    sisinya. Landai, bersih dan mendamaikan. Deruan ombak

    sentiasa menjadi penenangku tika aku dilambung gelora rasa.

    MALAM itu, aku, mak su dan mak sibuk mengeluarkan

    pinggan mangkuk dari bilik stor untuk dicuci dan dilap

    sebelum digunakan untuk kenduri esok. Adik-adik sudah

    sibuk mengemas ruang hadapan dan beranda rumah. Rumah

    ini rumah peninggalan arwah ayah ki, iaitu ayah kepada mak.

    Tanah seluas dua ekar ini dibahagikan sama rata kepada mak

    dan mak su, namun mak su telah pun meletakkan nama kami

    adik-beradik ke atas bahagiannya. Setelah pencen daripada

    tentera, abah terus menetap di sini. Menggunakan wang

    KWSP abah, rumah ini dibaiki dan diperbesarkan. Mempunyai

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    29/53

    Biar Cinta Bertaburan

    56

    Yusnida Tajudin

    57

    lima buah bilik tidur, ruang solat, ruang tamu dan dapur yang

    luas.

    Mak su berkongsi biliknya dengan Aina, manakala

    Auni berkongsi dengan Alia, sebuah bilik untuk Adib, bilik

    untuk mak dan abah dan sebuah bilik untuk aku. Selalunya

    bilik aku itu akan digunakan sebagai bilik tetamu. Tanah di

    belakang rumah pula dijadikan kebun oleh abah. Pokok buah

    durian, rambutan dan langsat menjadi pilihan abah.

    Suara orang memberi salam di luar rumahmenghentikan kerja kami. Kedengaran abah menjemput

    tetamu masuk ke dalam rumah.

    So, buatkan kopi untuk tetamu kita ni. Abah

    terjengul di muka pintu dapur.

    Siapalah yang datang malam-malam ni? Tapi yalah,

    kan... mereka nak melawat mak dan abah. Biasalah, kalau ada

    sahaja perkhabaran tentang mana-mana kariah yang akan

    menunaikan umrah atau haji, pasti ramai yang akan

    menziarahi mereka. Syukur, kerana masyarakat di kampung

    halamanku ini masih mengamalkan budaya ziarah ini. Masih

    kuat dan utuh semangat kejiranan mereka.

    Minuman dan sedikit kuih-muih kuangkat ke ruang

    tamu. Tanpa mempedulikan tetamu yang datang, aku berhati-

    hati menghidangkan hidangan ke atas meja. Bimbang juga

    tertumpah air yang dituang. Jatuhlah saham aku kalau

    begitu.

    Ya Allah, lamanya tak jumpa Ayesha. Bila balik ni?

    Dapat kutangkap suara itu. Aku kenal benar dengan

    empunya suara. Lantas aku mengangkat muka memandang

    ke arah tetamu-tetamu yang datang.

    Acik Siti, apa khabar? balasku lantas menyalami

    tangan wanita itu.

    Mak Cik Siti memelukku erat. Dulu kami pernah

    rapat sewaktu aku masih di sini. Tapi disebabkan suatu

    perkara, kami menjadi makin jauh. Mataku menangkap

    pandangan redup seseorang yang turut serta bersama mereka.

    Segaris senyuman aku hulurkan dan kami hanya berbalas

    senyum. Seketika, aku tidak dapat membaca perasaanku

    sendiri.

    Haah, kan. Lama tak jumpa Ayesha. Selalu juga

    Ash balik tapi tak pernah jumpa Ayesha, sapanya.Balik juga, tapi kalau ada cuti yang lama sikitlah.

    Nak balik kerap sangat pun penat nak memandu sorang,

    balasku berbasa-basi.

    Setelah meminta izin untuk ke dapur meneruskan

    kerja yang terhenti, aku berlalu pergi meninggalkan mereka

    berbual-bual dengan mak dan abah. Daripada ekor mataku,

    jelas terlihat Rashdan hanya menyorot jejakku menjauhi

    mereka. Saat itu, perasaanku menggelegak. Semahu-

    mahunya aku tidak ingin berjumpa dengannya lagi. Aku tahu,

    dia sering bertanya tentangku melalui Haah. Kami dahulu

    sekelas ketika di tingkatan lima. Aku tahu, Rashdan masih

    menaruh hati padaku. Malah, bertahun-tahun dulu aku

    pernah menolak hasrat hatinya. Hati aku tidak pernahterbuka untuknya dan tak mungkin akan terbuka sampai

    bila-bila. Bukankah hati ini sudah ada pemiliknya? Ah... kalut

    jiwa ini.

    Hampir jam sebelas malam barulah aku dapat

    berbaring-baring di atas katilku ini. Baru kuingat, sedari tadi

    aku tidak sempat mengintai teleon bimbitku. Ada lima belas

    missed calls, semuanya daripada nombor yang sama. Aku

    memberanikan diri menekan nombor itu walaupun

    menyedari malam kian larut.

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    30/53

    Biar Cinta Bertaburan

    58

    Yusnida Tajudin

    59

    Assalamualaikum ujarku. Walaupun telah

    diangkat namun tiada balasan di hujung sana. Merajukkah?

    Tak jawab salam berdosa tau...or else saya letaklah

    ya, balasku lagi sambil berpura-pura untuk memutuskan

    talian.

    No... no... Ayesha stop it. Amboi, dah lupa saya

    terus ya...?

    Ada nada sedih bersama suara itu. Betulkah ini

    suara Encik Emeer?

    Sorry bos... saya sibuk mengemas tadi. Lagipun

    ada tetamu datang bertandang, takkanlah nak halau mereka,

    kan? Encik Emeer belum tidur lagi? Saja aku berlembut

    tidak mahu memanjangkan rajuknya.

    Hmmm... tak boleh tidur kalau tak dengar suara

    awak.

    Hampir tersedak aku dibuatnya dengan kata-kata

    tak ada cover Encik Emeer tu. Air mata sudah mula

    bergenang. Mudah sungguh kolam rasaku ini tercuit setiap

    kali bersuara dengannya. Bukan sedih, tapi terharu kerana

    ada juga insan yang sudi merindui aku.

    Suasana hening seketika. Hanya kedengaran naasmasing-masing di hujung talian. Aku mencari kata-kata untuk

    diucapkan namun saat itu hanya sendu kecil yang berlagu.

    Ayesha... are you still there? Sayup suaranya

    memecah sunyi.

    Yep... ada lagi ni. Okeylah Encik Emeer, saya nak

    tidur dulu ya. Esok pagi-pagi nak bawa abah dan mak ke

    pasar, nak masak. Lembut aku meminta izin untuk

    memutuskan talian. Tak sanggup rasanya untuk terus

    mendengar suaranya yang mengundang rasa rindu di hati.

    Esok kenduri pukul berapa?

    Lepas solat zohor, insya-Allah. Selamat malam

    Encik Emeer,sleep well.

    You too dear... mimpikan saya ya malam ni.

    Tengoklah kalau Encik Emeer boleh jalan-jalan

    masuk dalam mimpi saya, balasku cuba berjenaka.

    Saya kalau boleh Ayesha, bukan setakat nak masuk

    mimpi awak, saya kalau boleh nak tidur sekali dengan awak.Ayarkkk! Ini sudah lebih. Kalau dilayan ni menjadi-

    jadilah nanti. Muka aku pun dah blushing gila ni.

    Eiii... berani ke? Alamak! Lain yang aku nak

    cakap, lain pula yang keluar. Sengaja cari nahas la ni.

    Awak cabar saya ke Ayesha? soalnya kembali.

    Eh, tak adalah... saya gurau aje. Nak tidurlah,

    huarghhh dah mengantuk ni. Sengaja aku mencari alasan

    untuk tamatkan perbualan. Terdengar ketawanya yang

    panjang di hujung talian. Tak ada kerja lain la tu, ketawakan

    aku. Takpe... ada ubi ada batas, ada hari aku balas.

    Ha ha ha... awak dah takut ya Ayesha. Okay dear...

    sleep well, miss you... tuturnya kembali dengan nada yang

    lebih lembut.

    You too boss. Sleep well. Balasku. Rindukan saya

    banyak-banyak! Alahai, dalam hati ajelah berani nak cakap

    macam tu.

    Talian dimatikan. Aku masih lagi kaku, terkebil-

    kebil menghadap siling rumah mengenangkan kata-kata

    terakhir mamat tu. Nak mimpikan dia malam ni? Minta

    dijauhkanlah mimpi-mimpi ni. Takut nanti aku tak boleh

    berhenti berharap untuk terus bermimpi aje. Parah Ayesha,

    parah!!!

  • 7/31/2019 BCB-PDF

    31/53

    Biar Cinta Bertaburan

    60

    Yusnida Tajudin

    61

    SEMENJAK balik dari pasar pagi tadi, aku sibuk di dapur

    membantu mak dan mak su menyiapkan juadah. Menu yang

    ringkas tetapi tetap hebat di mataku menjadi hidangan para

    tetamu hari ini. Bukanlah besar sangat kendurinya pun,

    hanya sekadar menjemput kariah masjid, jiran-jiran kami

    seorang dua dan saudara-mara mak yang ada di kawasan

    terdekat. Mak memang penduduk asal kampung ini manakala

    abah pula berasal dari Durian Tunggal, Melaka. Pernah

    berkhidmat dalam angkatan tentera dan setelah pencen terusmenetap di sini.

    Kalau didengar daripada cerita mak su, hebat

    percintaan mak dan abah. Ditentang hebat oleh arwah ayah

    ki kerana arwah ayah ki tidak suka mak berkahwin dengan

    anggota tentera. Takut anak perempuannya tidak tinggal

    setempat. Malah menurut mak su, orang-orang dahulu tak

    suka anak mereka berkahwin dengan askar atau tentera

    kerana takut anak perempuan mereka dimadukan.

    Maklumlah, tentera ni rajin berpindah-randah, mudah pula

    untuk membuka cawangan lain.

    Namun, cinta di hati abah dan mak membuatkan

    hati ayah ki menjadi lembut sehinggakan di akhir hayatnya,

    abahlah yang banyak menjaga arwah. Abah telah menjadimenantu lelaki kesayangannya hingga