bbr 36903-sistem perbankan

Upload: ailee-neo

Post on 10-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 BBR 36903-Sistem Perbankan

    1/7

    BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

    1

    Kod Kursus : BBR 36903

    Nama Kursus : KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

    Nama Pensyarah : EN. GHAZALLY SPAHAT

    ghazal [email protected]

    Program : Program Pensiswazahan Guru (PPG)Sarjana Muda Pendidikan (SR)Elektif Sains (Sekyen 1)

    TUGASAN INDIVIDUSistem Perbankan Tradisional dan Sistem Perbankan Internet

    NAMA

    NEO AI LEE DB100479

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/22/2019 BBR 36903-Sistem Perbankan

    2/7

    BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

    2

    Kesesakan lalulintas di kawasan bank disebabkan pelanggan-pelanggan bank tidak meletak kenderaan

    mengikut peraturan lalulintas.

    Pelanggan bank membazirkan masa menunggu giliran bagi menjalankan urusan kaunter

    LOKASI : Local Bank, Bandar Puteri Puchong, SelangorTARIKH : 26 NOVEMBER 2013

    MASA : 3.40 p.m.-4.00 p.m.

    KAMERA : SONY XPERIA Z

    SPEED : ISO AUTODIMENSIONS : 3920 X 2940

    IMAGE QUALITY : 13MP

    NAMA : SISTEM PERBANKAN

  • 7/22/2019 BBR 36903-Sistem Perbankan

    3/7

    BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

    3

    Abstrak

    Semasa cuti persekolahan , saya berada di Selangor. Saya melalui Bandar Puteri Puchong untuk

    memakan tengah hari dengan kawan di restoran sini. Saya mendapati tempat tersebut terlalu

    sesak kerana kawasan tersebut merupakan pusat perniagaan dan perbankan. Saya dan kawan

    saya tidak dapat mencari tempat letak kenderaan kita setelah berpusing di kawasan tersebut

    selama setengah jam. Pergerakan kenderaan juga agak perlahan disebabkan jalan yang sempit

    dipenuhi kenderaan pelanggan bank yang double parking .

  • 7/22/2019 BBR 36903-Sistem Perbankan

    4/7

    BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

    4

    Sistem Perbankan Tradisional dan Sistem Perbankan Internet

    Sistem perbankan di Malaysia telah lama wujud. Bank Negara Malaysia atau BNM telah

    ditubuhkan pada 26 Januari, 1959 sebagai Central Bank of Malaya atau Bank Negara TanahMelayu . BNM merupakan bank pusat di Malaysia dan mempunyai fungsi penting dalam

    mengeluarkan mata wang, sebagai juruwang dan penasihat untuk kerajaan dan mengawal

    kedudukan kredit negara.

    Rakyat Malaysia telah lama mengamalkan kaedah perbankan tradisional. Dalam sistem

    tradisional ini, seseorang yang ingin membuat sesuatu urusan atau permohonan perlu mengisi

    borang, beratur atau menunggu giliran, memberi borang kepada kerani bank dan selepas itu

    menunggu lagi sementara urusan atau permohonannya diproses. Sistem tradisional ini biasanya

    memakan masa disebabkan kekurangan dalam sistem komputer dan telekomunikasi. Secara

    umumnya, pelanggan membazirkan masa yang agak lama untuk sesuatu urusan atau permohonan

    diselesaikan atau diluluskan. Dari segi suasana pula, pelanggan yang ramai selalunya

    menyebabkan keadaan yang sesak dan tidak selesa di dalam bank. Tempat duduk yang tidak

    mencukupi dan kekurangan penyaman udara memeritkan lagi ketidakselesaan tersebut. Pada

    masa yang masa, suasana di luar bank juga tidak begitu elok. Bilangan kenderaan pelanggan

    bank yang banyak dan tidak diletak mengikut peraturan lalulintas menyumbang kepada

    kesesakan lalulintas di sekitar pejabat bank berkenaan.

    Kemajuan dan perkembangan sains dan teknologi dalam bidang telekomunikasi,

    komputer dan keselamatan siber telah membantu perkembangan sistem perbankan internet.

    Pihak-pihak yang terlibat berusaha membangunkan sistem perbankan internet yang lengkap yang

    seterusnya memberikan perkhidmatan yang memuaskan serta dijamin selamat kepada pelanggan-

    pelanggan. Kini, pelbagai transaksi, urusan dan perkhidmatan telah ditawarkan melalui

    perbankan internet. Antaranya termasuk memeriksa jumlah simpanan, mencetak atau muat turun

    kenyataan bulanan, membayar kad kredit, pemindahan wang ke pihak ketiga, GIRO

    Interbanking, pelaburan saham, membayar insurans dan sebagainya.

  • 7/22/2019 BBR 36903-Sistem Perbankan

    5/7

    BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

    5

    Daripada Laman Web:http://www.maybank2u.com.my/

    Daripada Laman Web:http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/index.html

    http://www.maybank2u.com.my/http://www.maybank2u.com.my/http://www.maybank2u.com.my/http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/index.htmlhttp://www.pbebank.com/en/en_content/personal/index.htmlhttp://www.pbebank.com/en/en_content/personal/index.htmlhttp://www.pbebank.com/en/en_content/personal/index.htmlhttp://www.maybank2u.com.my/
  • 7/22/2019 BBR 36903-Sistem Perbankan

    6/7

    BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

    6

    Sistem perbankan internet mempunyai banyak kebaikannya. Masyarakat sekarang lebih

    cenderung menggunakan perbankan internet juga kerana kebaikan dan kemudahannya. Manfaat

    utama sistem ini adalah dari segi pemeliharaan alam persekitaran. Penggunaan kertas dapat

    dijimatkan kerana pelanggan memilih untuk muat turun kenyataan bulanan berbanding dengan

    pencetakan kenyataan di kaunter bank. Urusan dapat dijalankan dengan mengisi borang online

    berbanding borang berbentuk kertas di kaunter bank. Selain itu, pelanggan boleh menjalankan

    urusan bank tanpa pergi ke bank, justeru itu membolehkan penjimatan petrol.

    Kemudahan yang ditawarkan sistem perbankan internet ini juga tidak kurang nilainya.

    Pelanggan boleh memilih masa yang sesuai untuk membuat urusan tanpa risau tentang waktu

    urus niaga bank. Pada hakikatnya, urusan transaksi boleh dibuat 24 jam, 7 hari seminggu

    mengikut kesukaan pelanggan. Selain kemudahan-kemudahan yang disebutkan tadi, sistem ini

    juga menjimatkan pelanggan dari segi masa dan wang. Masa yang dibazirkan dalam perjalanan

    ke bank, mencari tempat letak kenderaan, menunggu giliran atau beratur, membuat pertanyaan

    atau permohonan dan menunggu kelulusan semuanya dapat dijimatkan. Kos pengangkutan atau

    kenderaan seperti petrol, meletak kenderaan dan tol juga dapat dielakkan sekaligus. Faktor lain

    yang menggalakkan pelanggan menggunakan sistem perbankan internet juga termasuk risiko

    dicuri, dirompak dan diragut yang dikurangkan kerana mereka tidak perlu membawa wang tunai

    yang banyak berbanding jika urusan dibuat di bank. Kes-kes sebegini selalu amat berleluasa pada

    musim perayaan dan berulang-ulang tiap-tiap tahun.

    Di sebalik kebaikan dan kemudahan yang disebutkan sebelum ini, memang tidak dapat

    dinafikan bahawa sistem perbankan internet juga mempunyai kekurangannya. Sesetengah pihak

    yang tidak bertanggungjawab selalunya cuba menceroboh sistem keselamatan bank-bank

    tertentu. Memandangkan keyakinan pelanggan pada sistem perbankan internet adalah berasaskan

    keselamatan sistem tersebut, pihak bank selalunya mengambil langkah-langkah proaktif dalam

    menangani percubaan-percubaan yang tidak bertanggungjawab itu. Selain itu, kita juga sering

    mendapat berita dalam suratkhabar, radio atau TV bahawa penipuan sesetengah orang oleh

    sindiket dalam atau luar negara dengan mendedahkan kata laluan log masuk akaun bank mangsa-

    mangsa tersebut. Sebagai pengguna sistem perbankan internet, kita harus sentiasa berwaspada

    pada percubaan penipuan tersebut.

  • 7/22/2019 BBR 36903-Sistem Perbankan

    7/7

    BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

    7

    Secara kesimpulannya, perkembangan sains dan teknologi, terutamanya dalam bidang

    telekomunikasi dan komputer, telah membantu kita dari segi kemajuan dan kemudahan

    perbankan. Sistem perbankan internet yang sempurna boleh membantu mengurangkan

    penggunaan kertas dan bahan api, yang seterusnya menyumbang kepada pemeliharaan alam

    sekitar. Ia juga membolehkan kita membuat sesuatu urusan tanpa membimbangkan kesesakan

    lalulintas, kesesakan kaunter bank, masa menunggu yang lama dan sebagainya. Memang tidak

    dapat dinafikan bahawa sistem perbankan internet ini terdapat kekurangannya, tetapi dengan

    kerjasama antara pihak berkuasa, bank, Bank Negara dan kita sebagai pengguna, kekurangan ini

    dapat diminimumkan sebaik mungkin. Kita sebagai pengguna juga hendaklah bertanggungjawab

    dan sentiasa berwaspada pada percubaan penipuan oleh pihak yang mencurigakan. Yang

    pentingnya, jangan sekali-kali mendedahkan kata laluan kita kepada pihak ketiga dan selalu

    memastikan kita memasuki laman web yang betul semasa log masuk akaun.

    Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Negara_Malaysia

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Negara_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Negara_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Negara_Malaysia