bbm

9
MINGGU 1 TOPIK 1 : Aktiviti Prabacaan TAJUK : Sayangi Alam Sekitar SAIZ DAN BENTUK Kemahiran : Aktiviti Pengamatan Penglihatan Bahan : Kad manila, gam, gunting, warna air, pen Marker, penyedut air, bola ping pong, kotak terbuang. Pelaksanaan 1. Guru akan meminta murid mengamati gambar yang terdapat dalam kertas manila tersebut. 2. Murid menyebut jenis bentuk yang terdapat dalam kertas manila tersebut dan kemudian kemudian menulis nama bentuk berkenaan di atas kertas A4. 3. Dengan mengikut arahan guru, murid membulat gambar yang mempunyai bentuk yang sama saiz .

Upload: priscilla-paul

Post on 03-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BBM

TRANSCRIPT

MINGGU 1 TOPIK 1: Aktiviti Prabacaan TAJUK: Sayangi Alam Sekitar

SAIZ DAN BENTUK

Kemahiran:Aktiviti Pengamatan Penglihatan Bahan: Kad manila, gam, gunting, warna air, pen Marker, penyedut air, bola ping pong, kotak terbuang.Pelaksanaan 1. Guru akan meminta murid mengamati gambar yang terdapat dalam kertas manila tersebut. 2. Murid menyebut jenis bentuk yang terdapat dalam kertas manila tersebut dan kemudian kemudian menulis nama bentuk berkenaan di atas kertas A4. 3. Dengan mengikut arahan guru, murid membulat gambar yang mempunyai bentuk yang sama saiz .

TAJUK: Rama-Rama Yang Berwarna-Warni

WARNA

Kemahiran:Aktiviti Pengamatan Penglihatan Bahan:Kad manila, kertas warna, pensil warna, pembalut plastik, gunting, double side tape dan pen marker.Pelaksanaan 1. Guru meminta murid mengamati rama-rama yang terdapat dalam kertas manila.2. Murid diberikan bahagian-bahagian rama-rama.3. Murid melekat bahagian-bahagian rama-rama mengikut contoh yang ada.

TAJUK: Lebah Mencari Madu.

CARI JALAN KELUAR

Kemahiran:Aktiviti Pengerakan tangan dan mataBahan:Mounting board, tali, pensel warna, gam dan pen maker.Pelaksanaan 1. Guru menyediakan latihan pengamatan ini kepada murid. 2. Latihan tersebut adalah berkaitan dengan lebah mencari madu.3. Guru meminta murid mencari jalan keluar untuk mendapatkan madu dengan menggunakan pen maker.4. Guru juga menyediakan permainan tersebut di dalam lembaran kertas A4.5. Guru mengedarkan latihan kepada murid dan murid perlu menyiapkan latihan dalam masa yang terhad.

TAJUK: Jom Berkayak

CARI BENDA YANG TERSEMBUNYI

Kemahiran:Aktiviti Pengerakan tangan dan mataBahan: Kad manila, gam, gunting.Pelaksanaan 1. Guru memberi arahan kepada murid untuk mencari Benda-benda yang tersembunyi dalam gambar ini.2. Murid diminta membulatkanbenda-benda tersebut.3. Aktiviti ini mampu merangsang penggunaan psikomotor halus murid-murid di samping pengamatan mata.

MINGGU 2 TOPIK 1: Bengkel Asas Membaca Kaedah Fonetik / AbjadTAJUK: Jom Membaca

KAD ABJAD A-Z ( Huruf Besar )

KAD ABJAD a z ( Huruf Kecil )Kemahiran:Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi hurufBahan:Kad manila, tali, pen maker, gunting, pensel warna dan pembalut plastikPelaksanaan 1. Guru mempamerkan huruf yang disediakan dalam kelas dan menyebut nama huruf yang dipamerkan.2. Murid mengikuti guru menyebut nama huruf tersebut.3. Selepas itu, guru menyanyikan lagu ABC bersama dengan murid supaya murid akan mengingat huruf yang dibelajar tadi.TAJUK: jom naik kereta api

KAD ABJAD A-Z ( Huruf Besar )

KAD ABJAD Aa Zz ( Huruf Besar dan Huruf Kecil )

Kemahiran:Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf.Bahan: Kad manila, kertas plastik, gunting, double side tape, tali ,pen marker.Pelaksanaan :1. Guru menunjukkan huruf besar dan huruf kecil melalui gambar kereta api.2. Murid akan diperkenalkan dengan huruf abjad Aa hinggan Zz .3. Guru menyebut nama huruf dan murid akan mengulangi nama huruf tersebut.

TAJUK: Kad suku kata

Suku Kata Terbuka Suku Kata Tertutup

Kemahiran:Latihan membatang suku kata terbuka dan tertutup. Bahan:bola ping pong, kotak telur, pen maker dan warna air.Pelaksanaan 1. Dalam aktiviti ini, murid akan diperkenalkan dengan suku kata terbuka dan tertutup yang terdiri daripada gabungan (V+KV) dan (K+V). Contohnya, ma dan cin.2. Murid akan disuruh untuk membentuk suku kata.3. Semua murid diminta menyebut suku kata yang dibentuk oleh muridnya.

TAJUK: Buku Suku Kata

Kad Perkataan

Kemahiran:Latihan membatang perkataan.Bahan:Kad manila, pembalut plastik, pen marker, gunting, double side tape, kad board dan ring.Pelaksanaan 1. Guru mempamerkan buku suku kata dalam kelas dan memukakan beberapa soalan kepada murid.2. Bagi murid yang berjaya menjawab soalan, diminta kehadapan untuk membukakan buku 3. Murid akan mengeja dan menyebut suku kata yang ada dalam buku tersebut.

TAJUK: Pensel Saya

Kad Ayat

Kemahiran:Latihan membaca frasa dan ayat. Bahan: Kad manila, pembalut plastik, pen marker, gunting, double side tape, kad board dan pensel warna.Pelaksanaan 1. Guru mempamerkan contoh ayat dalam kelas.2. Murid akan mengeja dan membaca ayat yang ada dalam pensel tersebut. 3. Guru membimbing murid membaca ayat tersebut.4. Murid-murid lain diminta untuk membaca ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.