bbm

18
SJH 3063 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH PENSYARAH : EN. AZMI BIN MOHAMAD @ MD.JALANI PEMBENTANG : CIK R.PARANI

Upload: sivam-matchap

Post on 18-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

knk

TRANSCRIPT

Slide 1

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

PENSYARAH : EN. AZMI BIN MOHAMAD @ MD.JALANI

PEMBENTANG : CIK R.PARANI

KAEDAH PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR.(BBM)

Definisi Bahan Bantu Mengajar

BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau diletak pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.Atan Long ( 1982: 174)

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesana) Inspirasi dan kreativiti*Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.*Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para pelajar.

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesanb) Menjadikan dialog bersifat komunikatif*Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.* Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.Menjadikan aktiviti pembelajaran relevan & berguna

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang BerkesanMengadakan beberapa contoh yang praktikal* Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.6

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya. Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran & psikologi

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan iaitu :-

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

a) KetahananAlat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

Aspek-aspek TeknikalAlat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh dilancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

c) Ketepatan MaklumatBahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

e) Mudah AlihGuru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, bahagian tertentu sahaja atau dalam keadaan tertentu.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

Jangka Masa

Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan maksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

Strategi Pengajaran Pembelajaran

Untuk strategi pengajaran pembelajaran, guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran

I ) Standard dan Simplikasi

Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar.

KELEBIHAN BBMPenggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep.

Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah.

Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru

KELEBIHAN BBM Antara lain kelebihan adalah untuk mencetuskan minat pelajar.

Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalampenyampaian pelajaran.

Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar.

Sekian,Terima Kasih