bayaran pendahuluan

16
Bab 5 Bayaran Pendahuluan 5.1 Pendahuluan Kelayakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak kerajaan telah diumumkan melalui Surat Pekeliling Pebendaharaan Bilangan 11/1979 dan dikuatkuasakan oleh JKR melalui Surat Pekeliling KPKR Bilangan 4/1979 bertarikh 16hb. Februari 1979. Untuk Kontraktor Utama dan SubKontraktor Dinamakan sahaja (peruntukan khas kepada syarat- syarat kontrak - Arahan perbendaharaan 10/2002). Bayaran pendahuluan adalah berdasarkan kepada JKR 203A (Semakan 10/83) Borang Kontrak. Tiada peruntukan untuk pembayaran

Upload: cik-ena

Post on 19-Jun-2015

379 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAYARAN PENDAHULUAN

Bab 5

Bayaran Pendahuluan

5.1 Pendahuluan

Kelayakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor yang

menjalankan kontrak-kontrak kerajaan telah diumumkan melalui Surat

Pekeliling Pebendaharaan Bilangan 11/1979 dan dikuatkuasakan oleh JKR

melalui Surat Pekeliling KPKR Bilangan 4/1979 bertarikh 16hb. Februari

1979. Untuk Kontraktor Utama dan SubKontraktor Dinamakan sahaja

(peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak - Arahan perbendaharaan

10/2002). Bayaran pendahuluan adalah berdasarkan kepada JKR 203A

(Semakan 10/83) Borang Kontrak. Tiada peruntukan untuk pembayaran

Page 2: BAYARAN PENDAHULUAN

terlebih dahulu PAM Borang Kontrak. Peruntukan kontrak mengenai

bayaran pendahuluan adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan

11/1981. Terpakai bagi kontrak konvesional dan kontrak Rekabentuk dan

Bina / Turnkey sahaja (peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak -

Arahan Perbendaharaan 10/2001.

5.2 Maksud

Wang Pendahuluan

Bayaran Pendahuluan adalah pembayaran yang pertama yang dibuat oleh

majikan kepada kontraktor pada awal kontrak. Wang bayaran pendahuluan

di bayar kepada kontraktor berjumlah 25% daripada nilai kerja pembina

(harga kontrak di tolak wang kos prima dan wang peruntukan sementara),

tertakluk kepada nilai maksimum sebanyak RM 10 juta.

Bayaran pendahuluan kepada kontraktor boleh dibuat untuk kerja-kerja yang

dipelawa secara tempatan sahaja. Tempoh pembayaran balik wang

pendahuluan tidak boleh melebihi tempoh keseluruhan kontrak. Bayaran

balik kebiasaannya dibuat melalui potongan bayaran kemajuan.

Nilai Kontrak

Nilai kontrak bagi masuk sekim wang pendahuluan ini ialah jumlah penuh

‘Builder’s Work’, iaitu nilai kontrak setelah ditolah jumlah Kos Prima dan

Wang Peruntukan Sementara.

Page 3: BAYARAN PENDAHULUAN

5.3 Amaun Wang Pendahuluan

Syarat terdahulu sebelum memulakan sesuatu kerja haruslah

mendepositkan kepada kerajaan, yang mana terkandung dalam Kontrak;

suatu Bon Perlaksanaan atau Wang Pendahuluan yang berupa wang tunai

atau dalam bentuk Deposit Perbendaharaan, Draf Bank atau suatu Gerenti

Bank atu Gerenti Insurans yang diluluskan bernilai sebanyak 5% dari Jumlah

Harga Kontrak sebagai mematuhi perlaksanaan yang sewajar dengan

kontrak ini. Kontraktor-kontraktor boleh diberi wang pendahuluan sebanyak

15% nilai kontrak tertakluk kepada had maksima sebanyak RM1.5 juta.

Bayaran Pendahuluan tidak diberi secara automatik, sebaliknya

Kontraktor hendaklah mengemukakan permohonan tidak lewat daripada 3

bulan dari tarikh milik tapak bagi mendapat kemudahan bayaran

pendahuluan. Setiap kontraktor dikehendaki mengadakan satu jaminan bagi

jumlah yang sama nilainya dengan bayaran pendahuluan yang dikehendaki.

Jaminan tersebut boleh dikemukakan dalam bentuk-bentuk berikut:-

i. Jaminan bank

ii. Jaminan syarikat kewangan

iii. Jaminan insurans

iv. Jaminan bank islam

v. Jaminan takaful

Page 4: BAYARAN PENDAHULUAN

5.3.1 Syarat-syarat pembayaran

Kontraktor berhak di bayar wang pendahuluan apabila permohonan di

luluskan dengan syarat dokumen-dokumen berikut telah di kemukakan :

1. Surat setuju terima tender yang telah di tandatangani

2. Bon pelaksanaan

3. Polisi insuran yang perlu beserta resit premium yang telah di

bayar dan bukti pendaftarannya dengan PERKESO

4. Gerenti bank atau insuran untuk pembayaran pendahuluan

5.4 Kelayakkan menerima wang pendahuluan

Semua kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak kerja

layak menerima wang pendahuluan. Pembekal-pembekal yang sebenarnya

pembuat sendiri dan bukan pengedar juga layak menerima wang

pendahuluan ini. Kontraktor-kontraktor yang membuat permohonan dan

layak menerima wang pendahuluan hendaklah memenuhi syarat-syarat

berikut :

a) Mengembalikan Surat Setuju Terima setelah ditandatangani

b) Bagi kontrak-kontrak kerja, kontraktor-kontraktor hendaklah

mengemukakan polisi-polisi insurans serta resit-resit bayaran

premium

c) Mengemukan jaminan bank sebagai Gerenti Perlaksanaan bagi

kontrak melebihi RM25,000

d) Mengemukakan Gerenti Bank mengikut borang PWD.Q4/79

sebagai cagaran untuk wang pendahuluan yang dikehendaki.

Page 5: BAYARAN PENDAHULUAN

Kontrak Kerja :

Kontraktor Utama

Subkontraktor Dinamakan

25% daripada nilai kerja pembina tertakluk kepada maksimum RM 10,000,000.00

20% daripada nilai pakej tertakluk kepada maksimum RM 5,000,000.00

Kontrak Bekalan 25% daripada nilai tertakluk kepada jumlah maksimum RM 10,000,000.00

Kontrak Perkhidmatan

15% daripada nilai tertakluk kepada jumlah maksimum RM 10,000,000.00

Jadual 5.4.1 : Kelayakkan Kontraktor bagi Bayaran Pendahuluan

5.5 Pengiraan bayaran balik Bayaran Pendahuluan

Bayaran pendahuluan di dapatkan balik oleh kerajaan dengan

membuat potongan daripada bayaran interim yang dibayar kepada

kontraktor berdasarkan dua perkiraan berikut :

RMD = 200 AB

peratus daripada RM P

Di mana,

RM D = Potongan kumulatif yang perlu dibuat dalam setiap Perakuan

Interim

RM A = Amaun wang pendahuluan yang telah dibayar

RM B = Nilai Kontrak Kerja Pembina

RM P=Nilai Kerja Pembina yang dilaksanakan (termasuk amaun

bahan-bahan binaan di tapak) setelah mencapai 25% nilai

RM B

Page 6: BAYARAN PENDAHULUAN

ATAU

RM D =

2 × RM APRM CS−RM PC∧RM PS ×[RM WD−0.25 ( RM CS−RM PC∧RM PS )]

Di mana,

RM D = Potongan kumulatif yang perlu dibuat dalam setiap perakuan

interim

RM AP = Amaun wang pendahuluan yang telah dibayar

RM WD = Nilai Kerja yang dilaksanakan termasuk 75% daripada nilai

bahan dan barang-barang tak pasang yang diserah hantar

ke Tapak Bina

RM CS = Jumlah harga kontrak; dan

RM PC & RM PS = Jumlah Wang Kos Prima Dan Wang Peruntukkan

Sementara dalam Kontrak.

Apabila wang pendahuluan telah dibayar kepada kontraktor, Pegawai

Penguasa hendaklah memastikan potongan bagi bayaran pendahuluan

dapat dibayar balik sepenuhnya apabila nilai kerja telah mencapai 75%

daripada nilai kerja. Tempoh sah laku Jaminan tersebut untuk Bayaran

Pendahuluan bagi kontrak mestilah meluputi tempoh kontrak atau ke satu

tempoh lanjutan yang diluluskan dan akan dilepaskan apabila segala

potongan selesai dibuat mengikut mana yang terdahulu.

Page 7: BAYARAN PENDAHULUAN

Pegawai Penguasa hendaklah hanya menerima format Jaminan Bank/

Jaminan Syarikat Kewangan/Jaminan Insurans/Jaminan Bank Islam/Jaminan

Takaful seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5.1 manakala bagi

Kontraktor Bekalan/Perkhidmatan/Kerja dan seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 5.5.2 bagi Subkontraktor Dinamakan.

Pegawai Penguasa adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dan

mengawasi kemajuan pelaksanaan sesuatu kontrak untuk menentukan

sekiranya pihak kontraktor gagal, Bayaran Pendahuluan yang belum dibayar

balik hendaklah dituntut daripada bank/syarikat kewangan/syarikat

insurans/syarikat takaful yang mengeluarkan Jaminan tersebut yang telah

dikemukan oleh kontraktor dalam tempoh sah lakunya.

Apabila wang pendahuluan yang telah dibayar balik sepenuhnya

kepada Kerajaan, maka tanggungan pihak Bank, Insurans atau Syarikat

Kewangan yang menjadi penjamin dikurangkan secara automatik mengikut

amaun wang pendahuluan yang telah dibayar balik. Sehubungan itu,

tanggungan penjamin hendaklah dilepaskan oleh Kerjaan sebaik sahaja

wang telah dibayar balik sepenuhnya.

Tempoh tanggungan jaminan adalah meliputi tempoh kontrak

(termasuk Lanjutan Masa yang diluluskan) dan boleh dilanjutkan tidak

melebihi tiga bulan. Sekiranya baki wang pendahuluan belum didapati

kembali, ia perlu dituntut daripada penjamin di dalam tempoh sah jaminan

tersebut.

Page 8: BAYARAN PENDAHULUAN

Bagi Bayaran pendahuluan kepada Subkontraktor Dinamakan, setiap

prosedur hendaklah dipatuhi. Peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak

hendaklah juga dimasukkan dalam dokumen subkontrak berkenaan.

Subkontraktor Dinamakan hendaklah memberi Surat Jaminan Tanggung

Rugi kepada kontraktor utama dan Kerajaan bagi membolehkan potongan

bayaran balik dibuat melalui Perakuan Bayaran Interim.

Page 9: BAYARAN PENDAHULUAN

JAMINAN BANK/ JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/JAMINAN INSURANS UNTUK BON PELAKSANAAN

(KONTRAK BEKALAN/PERKHIDMATAN)

Sebagai balasan kepada Kontrak No. ............................ yang dibuat antara Kerajaan Malaysia, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) dan ......................................, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor”) bagi membekal/menyerah/melaksana/menyiap .................................., (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontrak”) kami yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Penjamin”) atas permohonan Kontraktor, mengaku janji yang tak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Kontrak tersebut mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada ini.

MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut:

1 . Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan serta merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di dalam tuntutan tersebut tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain dan tanpa bukti atau bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak melebihi sebanyak Ringgit ............................................ (nyatakan nilai jaminan dalam perkataan) (RM .................. ) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai tersebut di atas.

2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian jika dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu hendaklah tidak melebihi nilai Ringgit ............................................ (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan) (RM .......... ) dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan jumlah yang disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Penjamin.

3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang perkiraan yang dibuat antara Kontraktor dan Kerajaan sama ada dengan atau tanpa persetujuan Penjamin atau oleh sebarang perubahan tentang kewajipan yang diaku janji oleh Kontraktor atau oleh sebarang penangguhan sama ada dari segi pelaksanaan, masa, pembayaran atau sebaliknya.

4. Jaminan ini adalah jaminan yang berterusan dan tak boleh batal dan hendaklah berkuat kuasa sehingga ................. (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Asal”) (Initial Expiry Date) iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat Kontrak atau selepas penghantaran/penyiapan terakhir mengikut mana yang terkemudian atau di dalam keadaan di mana Kontrak dibatalkan, satu (1) tahun

Page 10: BAYARAN PENDAHULUAN

selepas tarikh Kontrak dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) jaminan ini untuk tempoh

tambahan selama tidak melebihi satu (1) tahun daripada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Lanjutan”) (Extended Expiry Date) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah dengan ini dilanjutkan. Jumlah agregat maksimum yang Kerajaan berhak di bawah Perjanjian ini mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit ........................................ (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan) (RM .......... ).

5. Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah luput apabila Perjanjian ini tamat pada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) atau Tarikh Mati Lanjutan (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan telah meminta secara bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang tertentu yang masih belum dijelaskan mengikut peruntukan kontrak.

6. SEMUA TUNTUTAN BEPKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH DITERIMA OLEH PIHAK BANK/SYARIKAT KEWANGAN/SYARIKAT INSURANS DALAM TEMPOH SAH LAKU JAMINAN INI ATAUPUN DALAM MASA EMPAT (4) MINGGU DARI TAMATNYA TARIKH JAMINAN INI, MENGIKUT MANA YANG LEBIH KEMUDIAN.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.

Ditandatangani untuk ) ………………………….dan bagi pihak Penjamin ) Nama : ............................ dihadapan ) Jawatan : ............................

) Cop Bank/SyarikatKewangan/Syarikat lnsurans:

.................................. (Saksi)

Nama: ............................... Jawatan: .............................Cop Bank/Syarikat Kewangan/Syarikat lnsurans:

Page 11: BAYARAN PENDAHULUAN

Rajah 5.5.1 : Jaminan Bank/ Jaminan Syarikat Kewangan/Jaminan Insurans

Untuk Bon Pelaksanaan

JAMINAN BANK/JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/JAMINAN INSURANS UNTUK BAYARAN PENDAHULUAN

(SUB KONTRAKTOR DINAMAKAN)

Sebagai balasan Kerajaan Malaysia (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) bersetuju membuat bayaran pendahuluan bagi pihak Kontraktor Utama iaitu ............................. (kemudian daripada ini disebutkan sebagai “Kontraktor”) selaras dengan terma dan syarat-syarat sub kontrak yang dibuat tawaran oleh ..................... (kemudian daripada ini disebut sebagai “Sub Kontraktor Dinamakan”) bertarikh ........................ dan persetujuan daripada itu melalui Surat Setuju Terima oleh Kontraktor bil. ....................... bertarikh ........................ dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat baru (jika ada), dibuat oleh Kerajaan dan Kontraktor dan diterima oleh Sub Kontraktor Dinamakan pada ........................ dengan syarat jika sub kontrak rasmi disediakan berikutnya, selaras dengan terma-terma dan syarat sub kontrak rasmi tersebut, untuk ........................ (sebutkan nama perolehan) (kemudian daripada ini disebut “Bekalan”/“Perkhidmatan”/“Kerja”) kami, yang bertandatangan di bawah ini, atas permintaan Sub Kontraktor Dinamakan, mengaku janji (iaitu aku janji yang tak boleh batal) satu Jaminan kepada Kerajaan bahawa:

1. Kami hendaklah membayar kepada Kerajaan tanpa faedah, jumlah wang sebanyak Ringgit ........................ (RM .................. ) sebagai wang pendahuluan seperti yang tersebut di atas atau sebahagian daripada itu yang belum lagi didapatkan kembali oleh Kerajaan selaras dengan perenggan 3 atau 4 yang berkenaan dan jumlah harga itu hendaklah dibayar apabila sahaja Kerajaan membuat tuntutan tanpa mengira apa-apa tentangan atau bantahan daripada Sub Kontraktor Dinamakan atau daripada kami atau daripada mana-mana pihak ketiga yang lain. Sekiranya dalam apa-apa keadaan kami melengah-lengahkan membuat pembayaran dan seumpamanya setelah menerima tuntutan daripada Kerajaan, maka pihak Kerajaan berhak menuntut dan berhak dibayar apa-apa kos tambahan sebagai ganti rugi akibat keengganan kami mematuhi syarat-syarat jaminan ini.

2. Apa-apa konsesi dan/atau tolak ansur yang diberi oleh Kerajaan kepada Kontraktor Utama dan/atau Sub Kontraktor Dinamakan atau apa-apa persetujuan antara Kerajaan dengan Kontraktor dan/atau Sub Kontraktor Dinamakan atau apa-apa pengekangan/penahanan yang dibuat oleh Kerajaan kepada Kontraktor dan/atau Sub Kontraktor Dinamakan sama ada berkenaan dengan bayaran, tempoh, prestasi atau selainnya tidak akan melepaskan kami daripada jaminan ini tetapi kami adalah berhak untuk diberitahu akan persetujuan atau perubahan tersebut.

Page 12: BAYARAN PENDAHULUAN

3. Tertakluk kepada perenggan 4, tanggungjawab kami untuk membayar jumlah yang tersebut sebanyak RM ........................ hendaklah secara automatik dikurangkan daripada amaun atau amaun-amaun pembayaran yang dibuat oleh kami kepada Kerajaan berhubung dengan jaminan ini.

4. Jumlah wang tersebut yang dijamin oleh kami untuk dibayar kepada Kerajaan hendaklah dikurangkan secara automatik mengikut kadar potongan yang dibuat oleh Kerajaan daripada bayaran kemajuan yang layak dibayar kepada Sub Kontraktor Dinamakan sebagai pembayaran balik wang pendahuluan yang telah dibuat. Jaminan ini terbatal dan hendaklah dikembalikan dengan serta-merta setelah kesemua wang pendahuluan dijelaskan melalui potongan daripada bayaran kemajuan yang layak dibayar kepada Sub Kontraktor Dinamakan, atau selepas semua bekalan telah dihantar/perkhidmatan telah disiapkan/kerja telah dilaksanakan dengan memuaskan oleb Sub Kontraktor Dinamakan kepada Kontraktor selaras dengan terma dan syarat-syarat sub kontrak mengikut mana yang terdahulu.

5. Jaminan ini adalah Jaminan yang berterusan dan tak boleh batal dan hendaklah berkuat kuasa sehingga ........................ (kemudian daripada ini disebut sebagai “Tarikh Mati Asal”) iaitu meliputi tempoh kontrak. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Luput Asal Jaminan ini untuk tempoh tambahan selama tiga (3) bulan daripada Tarikh Mati Asal (kemudian daripada ini disebut sebagai “Tarikh Mati Lanjutan”) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah dengan ini dilanjutkan.

Diturunkan tandatangan kami pada hari ini ........................ untuk dan bagi pihak Penjamin

di atas.

.....................................................Nama : ....................................... Jawatan: .......................................

Cop Bank/Syarikat Kewangan/Syarikat lnsurans:

Dihadapan : ...................................... Nama : ...................................... Jawatan : .......................................

Rajah 5.5.2 : Jaminan Bank/ Jaminan Syarikat Kewangan/Jaminan Insurans

Untuk Bayaran Pendahuluan

Page 13: BAYARAN PENDAHULUAN

MAJIKAN

KONTRAKTORLOJIKOPERASI

TAPAK

PEMBEKAL

SUBKONTRAKTOR DINAMAKAN

PEMBEKAL DINAMAKAN

MAJIKAN

KETUA AM

5.6 Kepentingan Pembayaran

Projek pembinaan mungkin melibatkan tempoh pembinaan yang

panjang dan sejumlah wang yang besar. Pembayaran adalah penting untuk

aliran tunai kontraktor. Kontraktor bergantung kepada bayaran tetap dan adil

dinilai untuk menjalankan perniagaan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.

Di bawah pembayaran atau dalam keadaan yang lebih teruk lagi, tidak

membayar akan menyebabkan ketegangan yang berlebihan pada modal

kontraktor dan keupayaan untuk membayar hutang.

Rajah 5.6.1 : Pembiayaan sumber kontraktor menggunakan pembayaran

daripada majikan

Page 14: BAYARAN PENDAHULUAN

5.7 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya Bayaran Pendahuluan sangat penting bagi

membantu kontraktor membiayai kos operasinya. Dengan adanya bayaran

pendahuluan tersebut kontraktor dapat membeli keperluan binaan tanpa

perlu mengeluarkan modal sendiri. Kontraktor perlulah mengikut semua

syart-syarat yang diperlukan seperti Surat setuju terima tender yang telah di

tandatangani, Bon pelaksanaan telah dikemukakan, Polisi insuran yang perlu

beserta resit premium yang telah di bayar dan bukti pendaftarannya dengan

PERKESO dan Gerenti bank atau insuran untuk pembayaran pendahuluan.

Jika kontraktor telah mengemukan kesemua dokumen-dokumen tersebut

maka kontraktor tersebut layak menerima bayaran pendahuluan.