bateri ujian kecergasan kardiovaskular

7
Daya Tahan Kardiovaskular a) Ujian Larian 2.4km Ujian ini bertujuan menilai kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, trek larian, borang catatan, pencatat. Prosedur : i) Peserta memanaskan badan sebelum berlari. ii) Peserta bersedia di garisan permulaan. iii) Mula berlari apabila mendapat isyarat mula. iv) Masa catatan diambil sebaik sahaja peserta sampai ke garisan penamat dan pada masa yang sama masa catatan direkodkan dalam borang catatan.

Upload: fauzi-pojie

Post on 25-Jun-2015

1.219 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bateri Ujian Kecergasan Kardiovaskular

Daya Tahan Kardiovaskular

a) Ujian Larian 2.4km

Ujian ini bertujuan menilai kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang.

Peralatan dan kemudahan : Jam randik, trek larian, borang catatan, pencatat.

Prosedur : i) Peserta memanaskan badan sebelum berlari.ii) Peserta bersedia di garisan permulaan.iii) Mula berlari apabila mendapat isyarat mula.iv) Masa catatan diambil sebaik sahaja peserta sampai ke garisan penamat dan pada masa yang sama masa catatan direkodkan dalam borang catatan.

Page 2: Bateri Ujian Kecergasan Kardiovaskular

b) Ujian Larian Ulang-alik (Ujian Bleep/Beep)

Satu ujian larian ulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif dan ujian ini telah dicipta di Kanada yang kini menjadi salah satu ujian kecergasan aerobik yang popular di dunia.

Peralatan dan kemudahan : Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita pengukur, pencatat.

Prosedur : i) Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui. ii) Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat “bleep” yang akan dibunyikan dari pita audio. iii) Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat “bleep” berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat berbunyi. iv) Masa antara isyarat “bleep” akan berkurangan setiap tahap, dengan itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan. v) Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta di mana peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan. vi) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut. vii)Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut.

Page 3: Bateri Ujian Kecergasan Kardiovaskular

c) Ujian Yo-yo Intermittent Recovery

Ujian ini menilai kebolehan seseorang individu untuk melakukan jeda secara berulang-ulang untuk jangka masa yang panjang.

Peralatan dan kemudahan : Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita pengukur, pencatat.

Prosedur : i) Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui. ii) Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat ‘bleep’ yang akan dibunyikan dari pita audio. iii) Apabila peserta selesai lari ulang-alik 20 meter (2 X 20 meter), terdapat waktu rehat aktif selama 10 saat di mana peserta perlu berjalan atau berjoging ulang-alik 5 meter (2 X 5 meter). iv) Peserta akan kembali di garisan permulaan untuk larian ulang-alik 20 meter dan juga rehat aktif ulang-alik 5 meter secara berulang-ulang sehingga ke tahap kelesuan. v) Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat ‘bleep’ berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat berbunyi. Masa antara isyarat ‘bleep’ akan berkurangan setiap tahap, dengan itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan. vi) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut. vii)Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut.

Page 4: Bateri Ujian Kecergasan Kardiovaskular

d) Ujian Cooper 12 Minit

Ujian ini adalah untuk menguji tahap kecergasan aerobik seseorang individu.

Peralatan dan kemudahan : Jam randik, trek larian 400 meter, kon/penanda, borang rekod, pencatat.

Prosedur : i)Kon penanda diletakkan pada jarak yang tertentu di trek larian (setiap 100 meter bagi trek larian 400 meter) bagi memudahkan catatan jarak larian yang telah dilakukan oleh peserta.ii) Peserta akan berlari selama 12 minit dan jarak yang dilalui akan direkodkan. Peserta dibenarkan untuk berjalan tetapi peserta digalakkan untuk melakukan yang terbaik (tahap maksimum).

Page 5: Bateri Ujian Kecergasan Kardiovaskular

e) Ujian J.A.M. Intermittent

Ujian ini menilai kebolehan seseorang individu untuk melakukan jeda

secara berulang-ulang untuk jangka masa yang panjang.

Peralatan dan kemudahan :

Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, boring rekod, kon/penanda, pita

pengukur, pencatat.

Prosedur :

i) Kon/Penanda akan diletakkan dalam jarak yang berbeza dalam bentuk segitiga dan

ujian ini melibatkan siri berjalan-berjoging-berlari secara ulang-alik dalam litar segitiga

yang dibentuk.

ii) Lebih kurang pada setiap 2 minit, ujian ini akan diselang juga dengan

larian pecut dalam jarak lebih kurang 12 meter.

iii) Ujian ini adalah berterusan dalam litar segitiga dan peserta perlu

sampai ke satu hujung sebelum isyarat audio berbunyi.

iv) Masa antara isyarat audio akan berkurangan setiap tahap, dengan itu kelajuan larian

hendaklah ditingkatkan di mana peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan.

v) Pencapaian adalah berdasarkan kepada catatan masa yang diambil

untuk melakukan ujian ini.

Page 6: Bateri Ujian Kecergasan Kardiovaskular

f) Ujian Rockport

Ujian ini adalah lebih sesuai untuk menguji daya tahan kardiovaskular individu yang kurang cergas atau lebih tua dan ianya adalah digunakan untuk menjangka VO2max seseorang individu.

Peralatan dan kemudahan : Jam randik, trek larian, borang rekod.

Kelebihan : Mudah dilaksanakan dan penggunaan peralatan yang minimum.

Kekurangan : Tidak sesuai untuk individu yang lebih tinggi tahap kecergasannya.

Prosedur : i) Peserta perlu berjalan seberapa pantas yang boleh untuk jarak sejauh 1 batu (1600 meter). ii) Setelah selesai berjalan sejauh 1 batu (1600 meter), peserta dikehendaki dengan serta-mertanya mengambil kadar denyutan nadi. Pada masa yang sama, masa yang dicatat perlu juga direkodkan. iii) Skor VO2max dikira mengikut persamaan seperti yang berikut:

Perempuan139.168 – (0.388 x umur) – (0.077 x berat dalam lbs.) – (3.265 x masa catatan) – (0.156

x kadar denyutan nadi)

LelakiTambah 6.318 kepada persamaan di atas (perempuan)

Page 7: Bateri Ujian Kecergasan Kardiovaskular

g) Ujian Maximal Oxygen Consumption (VO2max) – Analisis Gas

Ujian ini merupakan ujian yang boleh mendapatkan bacaan VO2max secara terus melalui mesin yang digunakan.

Peralatan : Analyzer oksigen dan karbon dioksida, ventilometer/gas volume pneumotach, ergometer, jam randik.

Kelebihan : Oksigen yang digunakan dapat diukur dan kadar nadi maksimum dapat diperoleh secara terus.

Kekurangan : Peralatan yang mahal dan memerlukan penguji yang berpengalaman.

Prosedur : i) Aktiviti senaman dilakukan dengan ergometer (treadmill, cycle, swim bench). ii) Kapasiti beban kerja adalah meningkat secara progresif dari intensiti yang sederhana hinggalah ke intensiti yang tinggi. iii) Pengambilan oksigen dikira berdasarkan kepada kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam udara hembusan serta ‘minute ventilation’. Tahap maximum ditentukan apabila ujian tamat atau hampir tamat. iv) Keputusan yang diperoleh adalah sama ada dalam l/min (liter per minit) atau ml/kg/min (mililiter oksigen per kilogram berat badan per minit). v) Peserta dikatakan telah mencapai tahap VO2max apabila :

Plateau atau ‘peaking over’ dalam pengambilan oksigen. Kadar nadi maksimum telah tercapai. Nisbah pertukaran respiratori 1.5 atau lebih telah tercapai. Mencapai tahap kelesuan.