batasan iman

7
Cinta Dalam Batasan Iman Posted on Wed 21 Sep 2005 (93 reads) Hembusan angin yang begitu kencang membuatkan tudung Huda melambai-lambai. Dipegangnya perlahan-lahan, namun angin yang begitu kencang membuatkan Huda tidak mampu mengawal tudungnya. Dia terus berjalan dan menaiki anak tangga Fakultinya. Dia pelik melihat sekelompok siswa yang tersenyum-senyum melihatnya. Perasaan Huda semakin tidak selesa. Dia berhenti seketika di penjuru koridor yang sudah agak jauh dari kelompok siswa-siswa itu. Diperhatikan keadaan dirinya. Ada yang tidak kena ke dengan pakaian aku? bisik hati kecil Huda. Ah! Biar sahaja mereka itu. Usah dihiraukan. Huda terus berjalan melintasi sekelompok siswa- siswa tadi. Dia sedikitpun tidak menghiraukan mereka. “ Assalamualaikum…ustazah. Kesian ustazah…, dalam keadaan angin kencang macam ni tak sesuai ustazah pakai tudung yang labuh macam ni. Kan menyusahkan…”, usik salah seorang daripada mereka. Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Aku terus berjalan. Tidak habis di situ saja. Kali ini aku disekat dipertengahan jalan oleh salah seorang daripada mereka yang wajahnya asyik tersengih-sengih. Badannya agak kurus dan bercermin mata. “ Boleh berkenalan, nama ustazah siapa ye? Tadikan ustazah tak jawab salam kawan saya tu, berdosa tau. Tak baik buat macam tu. Kita dalam Islam ni kalau ada orang nak jalinkan hubungan silaturahim kita tak boleh tolak”, usik siswa itu. Hatiku semakin sakit. Inilah suasana yang aku hadapi selama baru berada sebulan Di Universiti Multimedia Malaysia. Aku pelajar baru di sini. Pelajar yang selalu diganggu dan diusik oleh senior-senior terutamanya senior lelaki. Aku juga pelik, kenapa aku yang selalu menjadi mangsa? Kenapa penampilan aku ini sering menjadi usikan siswa-siswa di sini. Kadang-kadang kesabaranku naik ke kemuncaknya. Aku beristighfar banyak-banyak. Ya Allah kuatkan semangatku untuk berhadapan dengan semua ini.

Upload: azraai-ahmad

Post on 26-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

Cinta Dalam Batasan Iman Posted on Wed 21 Sep 2005 (93 reads)

Cinta Dalam Batasan Iman Posted on Wed 21 Sep 2005 (93 reads)

Hembusan angin yang begitu kencang membuatkan tudung Huda melambai-lambai. Dipegangnya perlahan-lahan, namun angin yang begitu kencang membuatkan Huda tidak mampu mengawal tudungnya. Dia terus berjalan dan menaiki anak tangga Fakultinya. Dia pelik melihat sekelompok siswa yang tersenyum-senyum melihatnya. Perasaan Huda semakin tidak selesa. Dia berhenti seketika di penjuru koridor yang sudah agak jauh dari kelompok siswa-siswa itu. Diperhatikan keadaan dirinya. Ada yang tidak kena ke dengan pakaian aku?bisik hati kecil Huda. Ah! Biar sahaja mereka itu. Usah dihiraukan. Huda terus berjalan melintasi sekelompok siswa-siswa tadi. Dia sedikitpun tidak menghiraukan mereka. Assalamualaikumustazah. Kesian ustazah, dalam keadaan angin kencang macam ni tak sesuai ustazah pakai tudung yang labuh macam ni. Kan menyusahkan, usik salah seorang daripada mereka. Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Aku terus berjalan. Tidak habis di situ saja. Kali ini aku disekat dipertengahan jalan oleh salah seorang daripada mereka yang wajahnya asyik tersengih-sengih. Badannya agak kurus dan bercermin mata. Boleh berkenalan, nama ustazah siapa ye? Tadikan ustazah tak jawab salam kawan saya tu, berdosa tau. Tak baik buat macam tu. Kita dalam Islam ni kalau ada orang nak jalinkan hubungan silaturahim kita tak boleh tolak, usik siswa itu. Hatiku semakin sakit. Inilah suasana yang aku hadapi selama baru berada sebulan Di Universiti Multimedia Malaysia. Aku pelajar baru di sini. Pelajar yang selalu diganggu dan diusik oleh senior-senior terutamanya senior lelaki. Aku juga pelik, kenapa aku yang selalu menjadi mangsa? Kenapa penampilan aku ini sering menjadi usikan siswa-siswa di sini. Kadang-kadang kesabaranku naik ke kemuncaknya. Aku beristighfar banyak-banyak. Ya Allah kuatkan semangatku untuk berhadapan dengan semua ini. Esoknya aku terkejut ketika ada seorang siswi datang menghampiriku dan menghulurkan sepucuk surat dan sekuntum mawar merah. Apa pulak ni? Berkerut muka Huda apabila membaca surat itu.SaudariSalam perkenalan. Moga kita dapat berkenalan dengan lebih jauhMoga saudari dapat menerima saya.Teruna Mengharap.Seketika Huda ketawa sendiri. Dikoyaknya surat itu dan dia lemparkan ke dalam tong sampah. Dia terus berjalan masuk ke dalam bilik kuliah. Woiwoidia dah masuk, kata-kata yang keluar dari mulut siswa sekelas Huda. Huda berpaling ke arah mereka. Mereka semua tersenyum memandangku. Ya Allah, apa pulak yang akan berlaku nanti? bisik hati kecil Huda dan mengambil tempat duduknya agak jauh daripada siswa-siswa itu. Huda menumpukan sepenuh perhatiannya ketika pensyarahnya menerangkan topik-topik penting di dalam kelas. Untuk tajuk ini kamu semua kena siapkan satu assigment bagi memenuhi lagi 40% markah. Bahagi dalam kumpulan. Satu kumpulan sekurangnya-kurannya empat orang. Kata Dr. Asmuni. Dr., tak pe, pasal kumpulan saya rasa biar saya tetapkan, nanti saya berikan senarai nama tu pada Dr. Saya rasa itu lebih senang, sampuk Syakawi selaku ketua kelas kami. Masing-masing setuju dengan pendapat Syakawi. Aku mengikut sahaja dengan pendapat mereka.Tidak pernah kuduga, cadangan Syakawi itu ada rahsia di sebaliknya. Rahsia yang telah dirancang oleh mereka. Aku sama sekali tidak setuju dengan pemilihan Syakawi dalam pembahagian kumpulan untuk tugasan assigment yang diberikan oleh Dr. Asmuni. Saya tak setuju kalau pembahagian kumpulan macam ni. Kenapa dalam group saya, saya sorang je perempuan? Macam mana saya nak buat kerja macam ni, protes Huda kepada Syakawi. Syakawi tidak menjawab. Dia berlalu begitu sahaja. Akhirnya Huda bertemu dengan Dr. Asmuni untuk memberitahu semua itu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Dr. Asmuni tetap bersetuju dengan pembahagian yang telah dibuat oleh Syakawi. Aku seperi mahu menangis mendengar kata-kata Dr. Asmuni. Ya Allahmereka tidak memahami keadaan diriku.Hari ini hari pertama group Huda akan bertemu untuk membincangkan tugasan mereka. Hatinya berdebar-debar. Ya AllahKau kuatkan hatiku ini. Kau lindungilah aku Ya Allah. Huda tidak putus-putus berzikir dan berdoa. Hampir setengah jam Huda menunggu mereka di perpustakaan. Batang hidung mereka mash tak nampak-nampak. Huda semakin risau. Mereka ni nak mempermainkan aku ke? bentak hati kecil Huda.Tidak lama kemudian, Assalamualaikum, Waalaikumusslam, balas Huda dan terus berpaling ke belakang. Hanya seorang sahaja daripada mereka yang datang. Hasrul memandangku tak putus-putus. Aku pelik melihatnya. Mana yang lain? Soalan itu yang mahu kutanya, tapi lidahku kelu. Aku menjadi semakin rimas dengan pandangan Hasrul. Mereka yang lain tak dapat datang. Rasanya kita berdua dululah yang bincang tajuk assigment tu, kata Hasrul sambil tersenyum-senyum kepadaku. Ahtidak mungkin hanya kami berdua sahaja. Sesungguhnya apabila seorang perempuan dan seorang lelaki bertemu nescaya yang ketiganya adalah syaitan. Tidak sama sekali. Aku bukan seperti itu. Minta maaf ye Hasrul. Saya rasa kita kena bincang dengan semua ahli group kita. Saya rasa tak elok kita berdua saja yang bincang dulu. Nanti mereka tak tahu apa-apa pula, kataku ingin mengelak. Tak pe, nanti saya beritahu mereka apa yang perlu mereka lakukan, balas Hasrul sungguh-sungguh. Saya rasa tak patut macam tu. Lebih baik awak dan mereka bincang betul-betul bila masa yang sesuai untuk kita semua jumpa. Saya tak nak kita buang masa. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan, kataku tegas tanpa memandang sedikitpun wajah Hasrul. Hasrul terdiam. Saya rasa kita tak perlu bincang apa-apa lagi hari ni. Saya balik dulu, kataku dan terus melangkah pergi. nanti dulu, balas Hasrul lalu menarik tanganku. Aku menepis dengan kuat. Apa ni!!!? Berani Hasrul menarik tanganku di hadapan pelajar-pelajar lain. Aku ketika itu seperti mahu menamparnya. Apa awak ni? Pegang tangan saya sesuka hati, marah Huda lalu berjalan pantas meninggalkan Hasrul di situ. Hasrul mengejarnya dan menghalang perjalannya. Awak ni apa pada saya? Tepilahsaya nak balik. Awak ni tak faham-faham ke, marah Huda lagi. Awakboleh tak awak beri ruang untuk saya seketika. Jangan sombong sangat. Boleh tak faham keadaan dan perasaan hati saya. Kenapa awak tak pernah faham hati dan perasan saya. Sampai hati awak buang surat dan bunga yang saya berikan, luah Hasrul dengan penuh perasaan. saya yak faham apa yang awak maksudkan? balasku. Saya sukakan awak, tapi awak tak pernah beri peluang, kata Hasrul sambil menundukkan wajahnya ke lantai. Ya Allah apa semua ini? Aku terkejut, terkejut dengan kata-kata Hasrul. Hasrulkita ke sini nak belajar, kita baru je sebulan lebih di sini. Tak payahlah nak fikir-fikir benda tu lagi. Saya rasa kita tumpukan dulu pelajaran kita, nasihat Huda. Itu saya tahu, tapi saya dah sukakan awak. Tolonglah faham Huda, rayu Hasrul. Kuatkan hatiku Ya Allah. Jangan kau luluhkan hatiku dengan kata-kata Hasrul. Macam nilah Hasrul. Saya rasa awak balik dulu. Banyakkan doa kepada Allah. Minta petunjuk daripadaNya. Suka dan cinta tu tak salah, tapi kita kena sesuaikan dengan syariat, batasan iman yang kita ada. Maaf ye Hasrul, saya minta diri dulu, pintaku lalu berlalu pergi. Kata-kataku itu membuatkan ada garis-garis kecewa di wajah Hasrul. Malam ini aku sibuk mentelaah tajuk-tajuk yang bakal dipelajari esok hari. Room mate masih lagi belum pulang. Aku memandang bintang-bintang di langit yang berkelip-kelipan melalui jendela bilikku. Begitu indah sekali kebesaran dan ciptaan Allah. Aku memandang sosok tubuhku sendiri. Sesungguhnya kekuasaan dan kasih sayang Allah itu tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Tiba-tiba Assalamualaikum Waalaikumusslam, jawab Huda dan terkejut seketika. Suara yang pernah didengarinya sebelum ini. Hasrul!!!Apa yang dia mahu lagi? Huda hanya diam. HudaAwak sihat?, tanya Hasrul dengan nada yang agak terketar-ketar. SihatKenapa?Oh ya, macam mana dengan kawan-kawan yang lain, bila boleh kita jumpa untuk bincang tajuk assigment kita tu? balas Huda sambil menggaru kepalanya. Hudaboleh saya cakap sesuatu dengan awak, kata Hasrul lagi. Saya rasa kalau perkara itu penting dan perlu dikatakan sekarang silakan. Saya ada kerja sekarang, maaf ye, kata Huda dengan penuh ketegasan. Saya harap awak dapat menerima saya. Saya tidak pernah menolak seseorang tu dalam hidup saya, apatah lagi mereka itu saudara saya sesama Islam. Saya harap awak faham dengan kata-kata saya ni. Assalamualaikum, jawabku lalu menutup telefon.Esoknya aku ke kuliah seperti biasa. Semua siswa sekelasku menadangku dengan pandangan yang penuh kebencian. Aku tidak menghiraukan mereka. Aku terus masuk ke kelas dan duduk di tempatku8 seperti biasa. Hudaboleh aku bercakap dengan kau sikit, kata Fatihah dan menghampiriku. Wajahnya masam sahaja. Entah apa yang berlaku kepadanya. Ada apa Tihah. Cakaplah. Balasku sambil menyelak helaian demi helaian buku di atas meja. Kau ni perempuan apa Huda. Sombong semacam je. Dah orang nak kat kita, terima sajalah. Jangan nak memilih. Sombong sangat kau ni. Jangan sampai satu hari semua lelaki benci kepada kau, marah Fatihah. Aku tergamam. Hatiku beristighfar tidak putus-putus mendengar kata-kata Fatihah. Apa salahku sehingga Fatihah sanggup melontarkan kata-kata itu. Perempuan apa aku katanya. Sedih mendengar kata-kata itu. Mereka tidak pernah faham Ya Allah, mereka tidak pernah mengerti apa yang ada dalam benak hatiku ini. Huda menarik nafas panjang. Apa ni Fatihah? Aku tak faham, kataku seolah-olah tidak tahu Yelah, Hasrul tu mati-mati cintakan kau, berusaha untuk menawan hati kau, kau buat tak layan je pada dia. Kau tahu dia tak makan dan sekarang ni dia tak sihat kerana kau, kerana kesombongan kau tu, marah Fatihah sambil menunding jari ke arahku. Matanya terbeliak seolah-olah seperti harimau mahu menerkam mangsanya. TihahCinta tu hanya pada Allah. Aku tak salahkan Hasrul untuk semua tu, tapi dia kena faham, cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin berdosa namanya. Aku sudah jelaskan pada dia, aku terima dia sebagai saudara sesama Islam, sebagai sahabat dan kawan. Tidak lebih daripada itu. Aku takut hatiku ini dalam ketidakredhaan Allah, Tihah. Nafsu manusia yang tidak dikawal akan mudah dirasuk oleh syaitan. Aku harap kau faham, jelas Huda penuh kelembutan. Fatihah memandang sayu kepadaku. Pandangannya menampakkan dia jelas dengan kata-kataku itu. Aku memegang bahunya. TihahCinta itu kita perlu pupuk dalam diri dan hati kita, tapi bukan untuk memuaskan nafsu, tapi cinta kita berlandaskan iman. Itu sudah pasti dapat mengawal kita dan menjadikan kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa mengawal setiap gerak geri diri dan hati kita, kataku lagi. Fatihah hanya mengangguk.Ya Allah kurniakanlah kepadaku orang yang sentiasa mencintaiMu, sentiasa mendekatkan diri untuk teru mencintaiMu dan Mencintai diriku kerana cintaMuCopyright Paksi.Net 2005 All Rights Reserved