bantuan ekonomi

3
Bantuan Ekonomi Kaum Melayu merupakan kumpulan majoriti dalam kalangan penduduk Malaysia jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain yang ada di negara ini. Namun, penguasaan ekonomi mereka masih berada di tahap yang rendah dan tidak setaraf dengan kedudukan mereka sebagai golongan majoriti di negara ini. Pada tahu 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki 1.9% daripada ekonomi Malaysia dan selebihnya dimonopoli oleh kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina yang mengawal hampir 37.4% kegiatan ekonomi negara dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing. Disebabkan wujud ketidaksamaan dalam pembahagian bantuan, biasiswa dan sebagainya, pihak kerajaan menurut Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 telah memperuntukkan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan orang-orang Melayu dan menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Jika dilihat dari segi sejarah Tanah Melayu, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak British telah menyebabkan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu menjadi longgar. Kaum kaum di Tanah Melayu dikelaskan mengikut fungsi ekonomi dan menyebabkan wujudnya perbezaan antara kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran. Melalui dasar ini, tiga kaum utama di Malaysia telah ditempatkan di kawasan yang berbeza. Sebagai contoh, kaum Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum India menetap di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, manakala kaum Cina kebanyakannya menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan dan menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan bijih timah. Keadaan ini telah mewujudkan rasa tidak puas hati dan prasangka antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Justeru, melalaui Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) dari tahun 1971 hingga 1975, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi negara. Rancangan Malaysia Kedua diwujudkan bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi serta memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu kerana pada ketika itu masyarakat Melayu kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Hak keistimewaan Bumiputera merupakan salah satu intipati yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru walaupun ianya telah tamat pada tahun 1996, namun hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera perlu tetap dipertahankan

Upload: nor-yuhanis-mohd-salam

Post on 16-Sep-2015

266 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bantuan ekonomi

TRANSCRIPT

Bantuan EkonomiKaum Melayu merupakan kumpulan majoriti dalam kalangan penduduk Malaysia jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain yang ada di negara ini. Namun, penguasaan ekonomi mereka masih berada di tahap yang rendah dan tidak setaraf dengan kedudukan mereka sebagai golongan majoriti di negara ini. Pada tahu 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki 1.9% daripada ekonomi Malaysia dan selebihnya dimonopoli oleh kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina yang mengawal hampir 37.4% kegiatan ekonomi negara dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing. Disebabkan wujud ketidaksamaan dalam pembahagian bantuan, biasiswa dan sebagainya, pihak kerajaan menurut Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 telah memperuntukkan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan orang-orang Melayu dan menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Jika dilihat dari segi sejarah Tanah Melayu, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak British telah menyebabkan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu menjadi longgar. Kaum kaum di Tanah Melayu dikelaskan mengikut fungsi ekonomi dan menyebabkan wujudnya perbezaan antara kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran. Melalui dasar ini, tiga kaum utama di Malaysia telah ditempatkan di kawasan yang berbeza. Sebagai contoh, kaum Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum India menetap di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, manakala kaum Cina kebanyakannya menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan dan menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan bijih timah. Keadaan ini telah mewujudkan rasa tidak puas hati dan prasangka antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Justeru, melalaui Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) dari tahun 1971 hingga 1975, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi negara. Rancangan Malaysia Kedua diwujudkan bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi serta memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu kerana pada ketika itu masyarakat Melayu kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Hak keistimewaan Bumiputera merupakan salah satu intipati yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru walaupun ianya telah tamat pada tahun 1996, namun hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera perlu tetap dipertahankan sebagai rancangan utama dalam membangunkan negara dan sebagai usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan. Melalui Perlembagaan Persekutuan, terdapat peruntukan khas di dalam Perkara 153 dimana kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak telah diberikan perlindungan dan keistimewaan sama ada dari segi pekerjaan di sektor awam, biasiswa,pendidikan, permit dan perniagaan dan sebagainya. Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan, kerajaan bermatlamat ingin mengagihkan kekayaan negara secara saksama antara kaum di Malaysia di mana sebanyak 30 % ekuiti diperuntukkan untuk Bumiputera, manakala selebihnya adalah untuk golongan bukan bumiputera dan penyertaan asing. Hal ini adalah bertujuan untuk memberikan hak keistimewaan kepada golongan Bumiputera memandangkan mereka merupakan kumpulan majoriti di negara ini. Satu bahagian yang penting daripada objektif Dasar Ekonomi Baru ini adalah menggalakkan orang Melayu dan rakyat peribumi yang lain mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memliliki saham dalam syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan rancangan ekonomi bagi membentuk perpaduan nasional. Tambahan pula, dalam pemilikan saham di dalam sesebuah syarikat, kebiasaannya kaum Melayu dan Bumiputera diberikan peruntukan khas dan mereka diberikan sedikit kelebihan berbandaing kaum lain.Dalam memastikan agenda pembangunan ekonomi Melayu dan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera sentiasa dipelihara, pelbagai saranan telah dilakukan supaya kek ekonomi negara dapat dibahagikan secara sama rata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu. Sebagai contoh, dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan kerajaan berperanan dalam memberikan insentif dan kemudahan tertentu kepada kaum Melayu seperti lesan perniagaan, kemudahan bantuan pinjaman dan sebagainya. Selain itu, hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera juga turut dipelihara dengan cara memberikan kemudahan pinjaman kepada mereka dengan syarat dan peraturan yang lebih mudah demi membantu golongan Bumiputera untuk meningkatkan ekonomi mereka. Sebagai contoh, melalui penubuhan MARA yang berperanan memberikan kemudahan pinjaman kepada kaum Bumiputera. Namun, ada sesetengah pihak yang mempersoalkan hak keistimewaan yang dimiliki oleh Bumiputera sehingga ada yang menuntut agar Dasar ekonomi Baru dihapuskan dan ekuiti 30% terhadap bumiputera turut dihapuskan serta bermacam-macam lagi yang ingin dimansuhkan kononnya atas dasar kesamaratan. Selain itu, dari segi bantuan ekonomi juga, adalah perlu untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen lesen atau kebenaran kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti ekonomi yang lain.

Ringkasan Kesi. MCA : Cadang ekuiti Melayu dihapuskan.

Persatuan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat laporan polis pada 18 Ogos 2010 terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataan yang dikeluarkan dikatakan berbaur perkauman. Beliau mempersoalkan sistem kuota ekonomi Bumiputera. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina Malaysia pada 14 Ogos 2010 lalu menuntut ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. Berikutan itu, Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 2.30 petang dan menggesa polis menyiasat Chua di bawah Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 4 Akta yang sama.

ii. Pada November 2000, telah berlaku isu hak keistimewaan dan ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN 11). Datuk David Chua meminta hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula masyarakat yang akhirnya telah menimbulkan kontoversi dan polemik yang dianggap amat sensitif di negara ini.

iii. Permintaan dan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan Persatuan Cina Malaysia (suqiu) sehingga telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan rakyat di negara ini. Salah satu tuntutan 17 perkara yang telah dibuat oleh Suqiu adalah mereka mahukan perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera dihapuskan dalam semua bidang sama ada ekonomi atau pendidikan.