“melaka rumahku: merancak ekonomi, membahagia …insentif kepada frontliners di melaka,… kita...

113
BELANJAWAN 2021 NEGERI MELAKA “MELAKA RUMAHKU: “MERANCAK EKONOMI, MEMBAHAGIA RAKYAT, MENGGAMIT DUNIA”

Upload: others

Post on 18-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • BELANJAWAN 2021

    NEGERI MELAKA

    “MELAKA RUMAHKU: “MERANCAK EKONOMI,

    MEMBAHAGIA RAKYAT, MENGGAMIT DUNIA”

  • 2 BELANJAWAN 2021

    KANDUNGAN

    BIL BUTIRAN MUKA

    SURAT

    1. MUKADIMAH 9

    2. PROSPEK EKONOMI MALAYSIA 16

    3. PROSPEK EKONOMI MELAKA 18

    4. BELANJAWAN NEGERI MELAKA 2021 19

    Anggaran Hasil Tahun 2021 22

    Anggaran Perbelanjaan Tahun 2021

    Insentif Khas Sekolah Tahfiz

    23

    25

    5. TERAS BELANJAWAN 2021

    29

    Strategi 1: Menyediakan Insentif Impak

    Pandemik COVID- 19 29

    • Insentif Kerajaan Persekutuan 30

    • Insentif Kerajaan Negeri 31

    6. TERAS PERTAMA : TEKNOLOGI 39

    Strategi 2 : Memperluaskan Inisiatif Pintar 39

    • Bandar Pintar atau Smart City 39

    • Teknologi Hijau

    • Redd Plus

    40

    41

    Strategi 3 : Meluaskan Aplikasi 42

  • 3 BELANJAWAN 2021

    BIL BUTIRAN MUKA

    SURAT

    • Liputan Perkhidmatan Jalur

    Lebar

    43

    • WiFi Percuma 44

    • Gerbang Pembayaran

    Bersepadu Kerajaan Negeri

    Melaka

    44

    • Big Data Melaka

    • Melaka Bebas Berniaga

    45

    47

    7. TERAS KEDUA : ENTREPRENEURSHIP 48

    Strategi 4:

    Membangunkan Ekonomi Rakyat

    • Dana Bantuan Kasih Niaga

    48

    48

    • Usahawan Tani

    • Program Agropreneur Muda

    49

    50

    • Usahawan Wanita 50

    • Usahawan Belia

    • Usahawan Bumiputera

    52

    54

    • Usahawan Asnaf 55

    8.

    TERAS KETIGA : REVOLUSI INDUSTRI DAN

    EKONOMI 56

    Strategi 5 : Menggalakkan Pelaburan

    Berimpak Tinggi 57

  • 4 BELANJAWAN 2021

    BIL BUTIRAN MUKA

    SURAT

    • Melaka Waterfront Economic

    Zone (M – WEZ) 58

    • Pelaburan Bertaraf Dunia 59

    • High Speed Rail 60

    • Lapangan Terbang

    Antarabangsa Melaka

    • Memperkasa Agensi dan

    Syarikat Berkaitan Kerajaan

    Negeri

    61

    61

    Strategi 6 : Menggiatkan Pelaburan Sektor

    Pembuatan 63

    9. TERAS KEEMPAT : ANTARABANGSA 64

    Strategi 7: Merancakkan Sektor Pelancongan 64

    • Produk Pelancongan Baharu 65

    • Insentif Pengusaha

    Pelancongan

    • Projek Hakisan Pantai di

    Kawasan Pelancongan

    67

    71

    Strategi 8: Memperhebat Institusi Pendidikan 72

    • Universiti Melaka 72

  • 5 BELANJAWAN 2021

    10. TERAS KELIMA : SEJAHTERA 73

    Strategi 9 : Memperkukuh Kerajaan

    Tempatan 73

    • Pencapaian Pihak Berkuasa

    Tempatan 73

    • Komuniti Hab 74

    • Kebersihan dan Keceriaan 75

    • Keselamatan 75

    Strategi 10 : Meneruskan Insentif Kebajikan

    Rakyat 76

    • Menaik Taraf Bas Percuma

    Kepada Asnaf dan OKU

    77

    • Bantuan Susu Formula

    Pesakit Terlantar, OKU dan

    Warga Emas

    77

    • Bantuan Lampin Pakai Buang

    Dewasa

    77

    • Sagu Hati Nelayan Berdaftar 78

    • Caruman PERKESO Pengayuh

    Beca, Pemandu Teksi dan

    Kereta Sewa

    78

    • Pembukaan Akaun SSPN-i

    Anak Kelahiran Melaka

    79

    • Rebat Denda Lewat Pembayar

    Cukai

    80

  • 6 BELANJAWAN 2021

    Strategi 11 : Menyantuni Isu-Isu Rakyat 79

    • Banjir 79

    • Peluang Pekerjaan 80

    • Kesihatan

    • Kemudahan Untuk Belia

    82

    84

    • Bekalan Air 85

    • Jaminan Bekalan Makanan

    Dan Keselamatan Makanan

    91

    • Perumahan 97

    • Sistem Jalan Raya 100

    Strategi 12 : Memperkukuh Institusi

    Perekonomian Islam 105

    • Memperkukuh Pengurusan

    Zakat

    • Nasihat Guaman Syarie

    Percuma

    105

    106

    • Memperkukuh Program Wakaf

    • Bantuan Wang Tunai One Off

    Pegawai Syarak

    106

    108

  • 7 BELANJAWAN 2021

    11.

    PENUTUP

    Kurus Profesional Jangka Pendek

    Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

    111

    111

  • 8 BELANJAWAN 2021

    UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2021

    NEGERI MELAKA

    OLEH

    YAB DATUK SERI UTAMA (DR.) HAJI SULAIMAN BIN MD. ALI

    KETUA MENTERI MELAKA

    KETIKA MEMBENTANGKAN

    RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021

    DI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA

    PADA RABU, 9 DISEMBER 2020

    BERSAMAAN 24 RABIULAKHIR 1442 HIJRAH

  • 9 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    1. Saya dengan penuh takzim, berdiri di dalam Dewan yang mulia

    ini, memohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang

    bertajuk “Suatu Enakmen Perbekalan 2021 untuk

    membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan

    Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun

    2021” dibaca bagi kali kedua.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    MUKADIMAH

    2. Saya mula dengan melafazkan seafdal-afdal selawat,

    3. Kepada Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, Yang

    Berhormat Datuk Wira Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang

    Berhormat sekalian,...

    اُْمد

    َحْ هلِل ِل

    َِّ َرب ن ِمي ْ

    ََعال

    ْ ال

    ُةَال ُم َوالصَّ

    َال َوالسَّ

    ََلَِف ع َ

    ْْش

    َِبَياِء أ

    ْنَألَْ ا ن ُمْرَسِلي ْ

    َْوال

    ََلَِلِه َوع

    َِبِه ا

    َْ َوَصح ن َمِعي ْ

    ْجَا أ مَّ

    َ أ

    ُْعد

    َب

  • 10 BELANJAWAN 2021

    4. Tidak kira yang duduk di sebelah sini, semuanya nampak

    tenang kali ini, berpadu sepasukan, dalam keluarga besar

    ‘jamaah’ Perikatan Nasional. Sebagai tanda sepakat, saya

    pohon tepuk semangat dari yang ‘sebelah sini’,…

    5. Juga yang ‘duduk di seberang sana’, meskipun kita

    mungkin berbeza pandangan, tetapi boleh duduk bincang,

    sama-sama kita cari titik persamaan, demi kebaikan rakyat

    Melaka. Thank you for your cooperation, I really

    appreciate it!

    6. Semestinya tidak dilupakan, semua penjawat awam, para

    frontliners dan seluruh rakyat negeri Melaka yang dikasihi,

    walau di mana jua anda berada…

    7. Bermula dari hujung Kuala Linggi, hingga ke sempadan Johor

    di Sungai Rambai, hatta sampai ke puncak Gapis, Jasin,

    setinggi 480 meter, Gunung yang dikatakan tertinggi di

    Negeri Melaka.

    8. Lalu diucapkan, Assalamualaikum Warahmatullahi

    Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Melakaku Maju

    Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia.

  • 11 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    9. Hari ini, pagi Rabu nan indah, 9 Disember 2020, bersamaan

    24 Rabiulakhir 1442 Hijriyah, bersyukur kepada Allah SWT

    kerana, selepas PKPB, saya dapat membentangkan

    Belanjawan Negeri Melaka bagi tahun 2021 di Dewan yang

    mulia ini.

    10. Bagi memohon keberkatan Ilahi, saya pohon izin, Yang

    Berhormat Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Datuk Wira

    Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

    untuk memulakan ucapan Belanjawan ini,…

    11. Dengan memetik mafhum firman Allah SWT, dalam surah Al-

    Baqarah ayat 126, menceritakan perihal negeri yang aman

    sejahtera, lalu dikurniakan rezeki:

    قَْ أ ْهل ه َ ِمنَ اْرز ب َِ اْجع لَْ ه ـ ذ َا ب ل دا َ آِمنا َ و اِهيمَ ر إِذَْ ق الَ إِْبر و

    اْلي ْومَِ اآلِخرَِ َِ و نَ ِمْنه م بِالل نَْ آم اتَِ م ر الثَّم

    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim Alaihis Salam berdoa

    seraya berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri

    Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah

    rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada

    penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada

    Allah dan hari akhirat di antara mereka…”

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

  • 12 BELANJAWAN 2021

    12. Sesungguhnya, Belanjawan Negeri yang dibentangkan buat kali

    pertama, selepas saya mengambil alih tampuk kepimpinan

    sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12, amatlah penting, bukan

    sahaja buat diri saya, Kerajaan Perikatan Nasional dan ‘rakan

    kita di sebelah sana’, bahkan buat seluruh rakyat di bumi

    bersejarah ini.

    13. Khususnya, tatkala seluruh dunia, Malaysia dan negeri Hang

    Tuah ini, sedang ‘bertempur’ dengan pandemik COVID-19, yang

    sedang menular di serata global.

    14. Tambahan hari ini, genaplah 9 bulan, saya memimpin sebagai

    Ketua Menteri Melaka. Lazimnya, usia 9 bulan ini, suka atau

    tidak, ‘you have to deliver’.

    15. Menyebut tentang ‘deliver’ ini, khususnya dalam melahirkan

    keluarga atau rakyat bahagia, seperti terkandung dalam

    slogan Melaka, maka, saya umumkan,…

    16. Kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi comel pada hari ini,

    bermula dari jam 12.00 tengah malam tadi sampai pukul

    11.59 tengah malam ini di Negeri Melaka, anak anda

    memang bertuah, kerana dipilih untuk menerima pemberian

    khas daripada Kerajaan Melaka berjumlah 150 ringgit.

  • 13 BELANJAWAN 2021

    17. Yang lahir hari ini je dapat 150 ringgit. Kita akan salurkan

    melalui pembukaan Akaun SSPN-i. Bagi bayi anak Melaka

    yang lahir hari lain, kejap lagi saya umumkan. Sabar ye.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    18. Jika dikongsi sedikit apa yang telah kita lakukan antaranya,

    kita tamatkan ‘catuan air berjadual’ pada 1 April,… kita beri

    insentif kepada frontliners di Melaka,… kita umumkan bantuan

    kepada golongan B40, asnaf dan fakir miskin,…

    19. Terkini, berbanding pada 8 Disember tahun lalu, kita berjaya

    meningkatkan paras air di kolam takungan di empangan

    Durian Tunggal daripada 44 peratus kepada 100 peratus.

    InsyaAllah, berkat doa semua, rezeki limpahan hujan kawasan

    tadahan tersebut, dijangka mampu bertahan paling kurang

    pun, sehingga September tahun 2021.

    20. Kita tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka untuk

    bincang solusi hal ekonomi masyarakat,… serta sekian banyak

    inisiatif, bagi meringankan beban rakyat.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

  • 14 BELANJAWAN 2021

    21. Menjunjung Demokrasi dan prinsip Raja Berperlembagaan,

    kami merafak sembah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri

    Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah

    Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al Marhum Sultan

    Haji Ahmad Shah Al-Mustaín Billah.

    22. Keprihatinan Tuanku kepada pentadbiran dan

    perkembangan Islam, sebagai Ketua Agama negeri Melaka,

    pada hemat patik, Tuanku laksana bintang berkerlipan,

    menyinari rakyat, penyuluh kehidupan.

    23. Didoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

    Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,

    serta usrah diraja, diberi afiat, dalam lindungan Allah SWT,

    untuk memerintah dengan adil lagi saksama.

    Ampun Tuanku Seri Paduka,

    Sembah dirafak menjunjung tinggi,

    Semoga karar naungan takhta,

    Berdoa patik setulus hati.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

  • 15 BELANJAWAN 2021

    24. Berkait itu juga, saya bersama perikatan kepimpinan dan rakyat

    Melaka, menzahirkan setinggi-tinggi tahniah, kepada Tuan

    Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd

    Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, di atas pengurniaan

    Darjah Seri Paduka Setia Melaka, yakni, Darjah Tertinggi

    Negeri Melaka, membawa gelar Seri Setia pada 24 Ogos 2020

    yang lalu.

    25. Sebagai taat setia kami, bagai dimadah dalam pantun Melayu:

    Indah bermakna di senja rembang,

    Di tengah kota azan dilaung,

    Tun laksana payung berkembang,

    Tempat rakyat himpun bernaung.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    26. Hati mengenang mulut menyebut, kepada Yang Amat

    Berbahagia, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin

    Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka Ke-6 pula, setinggi

    terima kasih selayaknya diberikan, atas segala jasa, memayungi

    negeri Melaka sebelum ini.

    27. Apapun, Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, Yang

    Berhormat Datuk Wira Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang

  • 16 BELANJAWAN 2021

    Berhormat sekalian, sama ada 17 Yang Berhormat di sebelah

    sini, mahupun 11 Yang Berhormat ‘rakan kita’ di sebelah

    sana; meskipun adakalanya berbeza pandangan, Melaka

    adalah rumah kita bersama.

    28. Justeru, marilah kita sama-sama berusaha, memberikan

    khidmat terbaik untuk rakyat Melaka. Tahniah dan silalah beri

    tepuk gemuruh, untuk kesemua 28 Ahli-ahli Yang Berhormat

    Negeri Melaka!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    PROSPEK EKONOMI MALAYSIA

    29. Biarpun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia,

    ekonomi Malaysia masih berdaya tahan dengan pertumbuhan

    Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK sebanyak 4.3 peratus

    pada tahun 2019, berbanding 4.8 peratus pada tahun

    sebelumnya.

    30. Kemudian, tak semena-mena, COVID-19 pula menyerang

    seluruh dunia, termasuklah negara dan negeri kita. Ini

    memberi kesan buruk kepada sektor kesihatan dan ekonomi.

    31. Akibatnya, terpaksa dilakukan lockdown, penjarakkan sosial,

    hingga menyebabkan, ekonomi dunia telah mengalami

  • 17 BELANJAWAN 2021

    penguncupan yang teruk, di mana tempiasnya turut dirasai

    oleh negeri Melaka.

    32. Buktinya, prestasi ekonomi Malaysia pada suku tahun ketiga

    2020 menunjukkan, KDNK menguncup 2.7 peratus.

    33. Dalam pada itu, Kerajaan Melaka menzahirkan terima kasih

    kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju:

    • Melanjutkan moratorium bersasar selama 3 bulan;

    • Membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sehingga 10,000

    ringgit;

    • Memperuntukkan Melaka 150 juta ringgit, bagi Projek

    Penyaluran Air Mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru

    ke Empangan Jus; dan

    • Menyediakan peruntukan untuk memastikan ketersediaan

    tempat tumpuan pelancong.

    Terima Kasih Kerajaan Persekutuan, Terima Kasih !

    34. Kendati itu, kepada kawan-kawan kita daripada masyarakat

    India yang telah pun menyambut perayaan Deepavali, hampir

    1 bulan lalu, masih belum terlambat untuk kita ucapkan,

    ‘Eniya Deepavali Nal Val-thu-kal’.

  • 18 BELANJAWAN 2021

    35. Begitu juga kepada mereka yang menyambut perayaan

    Krismas 25 Disember ini, diucapkan Selamat Hari Natal dan

    Selamat Tahun Baharu 2021.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    PROSPEK EKONOMI MELAKA

    36. Tahun 2019, KDNK Melaka mencatatkan nilai ditambah

    sebanyak 43.6 bilion ringgit dan merekodkan pertumbuhan

    perlahan pada kadar 2.8 peratus, berbanding tahun 2018 pada

    kadar 3.9 peratus. Dari sudut pendapatan per kapita, Melaka

    mencatatkan sebanyak 49,172 ringgit, melebihi paras nasional

    sebanyak 46,450 ringgit.

    37. Dari sudut sumbangan ekonomi, sektor Perkhidmatan dan

    Pembuatan mendominasi struktur ekonomi Melaka dengan

    masing-masing menyumbang sebanyak 48 peratus dan 38.4

    peratus.

    38. Sektor Pertanian pula menyumbang sebanyak 10.2 peratus,

    manakala sektor Pembinaan menyumbang 3.1 peratus, diikuti

    oleh sektor Perlombongan & Pengkuarian yang hanya

    memberikan sumbangan kecil iaitu 0.1 peratus kepada

    ekonomi negeri Melaka.

  • 19 BELANJAWAN 2021

    39. Indeks Harga Pengguna (IHP) di Melaka meningkat dengan

    kadar yang perlahan pada 0.1 peratus berbanding 0.8 peratus

    pada tahun sebelumnya. Sementara itu, kadar pengangguran

    di Melaka adalah pada kadar yang sama iaitu, 1.1 peratus pada

    tahun 2019.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    BELANJAWAN NEGERI MELAKA 2021

    40. Belanjawan Negeri Melaka tahun 2021 merupakan bajet

    pemulihan ekonomi pasca COVID-19, yang mengutamakan

    kebajikan rakyat, dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi

    melalui inisiatif-inisiatif yang dapat meningkatkan

    kesejahteraan rakyat Melaka.

    41. Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memulihkan

    prestasi kewangan, selain memberi fokus kepada langkah untuk

    mengawal defisit semasa, mengurangkan hutang dan

    meningkatkan rizab Kerajaan Negeri, menyelaraskan semula

    perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan

    Persekutuan serta mengaktifkan penglibatan jalinan kerjasama

    di antara Kerajaan dan pihak swasta.

  • 20 BELANJAWAN 2021

    42. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, walaupun belum

    setahun memimpin, Alhamdulillah, Kerajaan Melaka telah

    mengurangkan hutang kepada Kerajaan Persekutuan, daripada

    821.63 juta ringgit pada 2019, kepada 643.24 juta ringgit pada

    tahun 2020, iaitu hampir 21.71 peratus, dengan kejayaan

    pengurangan hutang berjumlah 178.39 juta ringgit!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    43. Bagi meningkatkan kecemerlangan Kerajaan Melaka, yang

    salah satu tonggaknya Kompetensi, maka pada 2021, kita

    akan berusaha meneroka sumber hasil-hasil baharu seperti:

    • PERTAMA: Mengkaji hasil baharu yang boleh diperolehi

    daripada hasil bumi, seperti nadir bumi, bahan batuan,

    mineral dan sebagainya;

    • KEDUA: Mengkaji hasil laut di Melaka, seperti menjana hasil

    melalui aktiviti ‘ship-to-ship transfer’ atau pemindahan kapal

    untuk kargo cecair pukal, caj vesel bagi kapal-kapal persiaran,

    pajakan laut dan sebagainya;

    • KETIGA: Menetapkan sumbangan minima dua peratus

    daripada pendapatan kasar, bagi setiap agensi dan anak milik

    Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Melaka;

  • 21 BELANJAWAN 2021

    • KEEMPAT: Memperhalusi dasar baharu Kerajaan Negeri,

    berhubung Caj Pengecualian Pembinaan Rumah Kos Rendah

    dimasukkan ke Tabung Perumahan Awam Kos Rendah;

    • KELIMA: Hasil baharu dari pendapatan pelupusan tanah

    tambak laut, secara jualan dan pulangan tersebut

    dimasukkan dalam hasil Kerajaan Negeri;

    • KEENAM: Mewujudkan Pihak Berkuasa Zon yang berfungsi

    dalam mengawal selia zon-zon industri Negeri Melaka; dan

    • KETUJUH: Melipatgandakan usaha bagi memungut cukai-

    cukai tertunggak, sama ada cukai pintu mahu pun cukai

    tanah.

    44. Selanjutnya, kepada semua ketua Jabatan Pemungut Hasil,

    yang berjaya mencapai KPI memungut hasil melebihi sasaran

    ditetapkan, I promise to you, Kerajaan Melaka akan menyediakan

    suatu insentif sebagai reward atas kecekapan Jabatan masing-

    masing.

  • 22 BELANJAWAN 2021

    45. Di sudut lain, kita ucapkan terima kasih kepada semua agensi

    Melaka yang terlibat, kerana bertindak pantas menyelesaikan hal

    banjir kilat seperti,...

    46. di Kilang Berapi, Tedong, Ayer Molek dan tidak sesekali kita

    lupakan,... Kampung Tehel di Bemban, Bukit Katil dan Durian

    Tunggal, juga Gadek, di Alor Gajah. Syabas diucapkan kepada

    ‘hero-hero’ khususnya frontliners kita!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    ANGGARAN HASIL TAHUN 2021

    47. Anggaran hasil Kerajaan Melaka tahun 2021 dijangka meningkat

    kepada 445.96 juta ringgit berbanding 390.22 juta ringgit pada

    tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 14.28 peratus.

    48. Hasil Cukai dianggarkan sebanyak 155.79 juta ringgit

    manakala, Hasil Bukan Cukai pula dianggarkan berjumlah

    272.28 juta ringgit.

    49. Manakala, 17.89 juta ringgit merupakan Terimaan Bukan Hasil

    daripada pemberian Kerajaan Persekutuan dan bayaran balik

    pinjaman oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri.

  • 23 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUN 2021

    Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2021

    50. Tahun 2021 Kerajaan Negeri meneruskan inisiatif bajet surplus

    dengan bajet keseluruhan berjumlah 445.86 juta ringgit.

    51. Peruntukan bagi perbelanjaan mengurus sebanyak 445.86 juta

    ringgit bagi 2021 menunjukkan peningkatan 14.32 peratus,

    berbanding tahun 2020 sebanyak 390 juta ringgit.

    Bagi Maksud Tanggungan

    52. Bagi Maksud Tanggungan, peruntukan yang dicadangkan

    adalah sebanyak 9.48 juta ringgit, iaitu 2.13 peratus daripada

    jumlah keseluruhan Belanja Mengurus.

    Bagi Maksud Bekalan

    53. Di bawah Maksud Bekalan, untuk Belanjawan 2021,

    peruntukan yang dicadangkan sebanyak 436.38 juta ringgit

    atau 97.87 peratus daripada jumlah keseluruhan Belanja

    Mengurus.

  • 24 BELANJAWAN 2021

    54. Ringkasan perbelanjaan adalah seperti berikut:

    PERTAMA : Sejumlah 177.54 juta ringgit diperuntukkan

    di bawah Perkhidmatan dan Bekalan dengan peratusan

    perbelanjaan tertinggi, iaitu 40.69 peratus;

    KEDUA : Sebanyak 142.40 juta ringgit diperuntukkan

    di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, iaitu 32.63

    peratus;

    KETIGA : Sejumlah 111.87 juta ringgit diperuntukkan

    di bawah Emolumen, iaitu 25.64 peratus;

    KEEMPAT: Sebanyak 3.97 juta ringgit diperuntukkan di

    bawah Aset iaitu 0.91 peratus; dan

    KELIMA : Sejumlah 0 .59 juta ringgit diperuntukkan di

    bawah Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain, iaitu 0.13 peratus.

  • 25 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2021

    55. Di bawah anggaran perbelanjaan pembangunan pula,

    sebanyak 75 juta ringgit akan diperuntukkan, meningkat 7.14

    peratus atau 5 juta ringgit berbanding tahun 2020.

    56. Daripada jumlah itu, 53.74 juta ringgit merupakan sumber

    hasil Negeri. 21.26 juta ringgit merupakan pemberian Geran

    Tahap oleh Kerajaan Persekutuan dan pindahan daripada

    Akaun Pinjaman Disatukan sebanyak 20 ringgit sebagai

    token.

    57. Demi menjamin perkhidmatan berkualiti kepada semua

    kelompok rakyat hingga ke akar umbi, Jawatankuasa

    Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri

    (JAPERUN) terus diperkasa. Untuk 2021, Kerajaan Negeri

    memperuntukkan 14.50 juta ringgit.

    Insentif Khas Sekolah Tahfiz

    58. Di sudut lain, bagi mempertinggi syiar Islam, tahun 2021,

    Kerajaan Melaka akan memberi insentif khas kepada 83

    sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negeri ini, berupa

    bantuan tunai secara one-off sebanyak seribu ringgit.

  • 26 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    59. Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, saya ingin mengajak

    Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk kita merenung

    sambil menghayati tentang keunikan Rumah Melaka, yang

    telah berjaya memukau para pelancong, sehingga terkenal

    seantero dunia.

    60. Seharusnya kita berbangga atas kelebihan Rumah Melaka ini.

    Lantaran itu, saya pohon agar sama-sama kita bukalah

    mata,… pandanglah sedalam-dalamnya, bisikkan sampai

    terasa pada diri bahawa,… ‘ini MELAKA RUMAHKU’.

    61. MELAKA RUMAHKU bolehlah diwajahkan;

    62. “Kitalah tiang serinya,… Kitalah jenang dan jendelanya,…

    Kitalah atap dan bumbungnya,… Dan kitalah pasak juga

    tangganya.”

    63. Bagai disesuai bidalan Parsi, disebut Tun Sri Lanang,...

    64. “Rakyat itu umpama akar. Kerajaan ibarat pohonnya.

    Perpaduan pula bagaikan RUMAHnya. Jikalau tiada akar,

    mana mungkin pohon dapat berdiri teguh, RUMAH

    perpaduan pun tidak dapat dibina dengan utuh.”

  • 27 BELANJAWAN 2021

    65. Begitulah maksud mendalam kerangka halatuju MELAKA

    RUMAHKU yang kita impikan. Di dalamnya terkandung visi,

    misi, pemboleh daya atau enabler, slogan yang dilingkari

    kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    66. Sememangnya, belanjawan kali ini bukanlah yang biasa-

    biasa. Kerana kini, kita sedang berdepan dugaan besar, yang

    tidak pernah ditempuhi, hatta terfikir dek akal fikiran kita

    sebelumnya.

    67. Walaupun kita menghadapi kutipan hasil dan ekonomi yang

    tidak menentu, selaras slogan Melaka yang meletakkan

    perkataan rakyat sebagai roh utama, kita tetap

    mengutamakan kepentingan setiap insan di Melaka.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    68. Saya rasai keperitan yang dihadapi rakyat Melaka. Sebagai

    tanda prihatin kami,... bermula Januari hingga Disember

    2021,... saya dan semua barisan Exco Kerajaan Negeri

    dengan ini telah sepakat bersetuju,... untuk memotong gaji

    bulanan sebanyak 10 peratus, selama 1 tahun.

  • 28 BELANJAWAN 2021

    69. Wang itu nanti, akan dimasukkan ke Tabung Bencana Negeri

    Melaka untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak

    tersebut.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    70. Melangkah ke hadapan, pada hemat saya, Belanjawan 2021 ini,

    seharusnya mengambil kira aspek perencanaan strategik,

    menjurus kepada Big Plan, Bold Action and Fast Result.

    71. Ini termasuklah, Mengoptimumkan Perbelanjaan,

    Mengekplorasi Hasil Sumber Baharu dan Memperkasa Agensi

    serta Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri.

    72. Atas dasar tuntutan semasa dan halatuju MELAKA RUMAHKU

    inilah,... maka belanjawan 2021 Negeri Melaka, saya pilih,

    bertemakan, MELAKA RUMAHKU: MERANCAK EKONOMI,

    MEMBAHAGIA RAKYAT, MENGGAMIT DUNIA.

  • 29 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    TERAS BELANJAWAN 2021

    73. Bajet 2021 Melaka, berpaksikan misi Negeri Melaka terbaru,

    berasaskan, T.E.R.A.S atau TERAS. T untuk TEKNOLOGI. E

    untuk ENTREPRENEURSHIP. R untuk REVOLUSI INDUSTRI

    DAN EKONOMI. A merujuk kepada ANTARABANGSA, dan S

    adalah SEJAHTERA, untuk kesentosaan rakyat.

    74. Bagi merealisasikan 5 TERAS ini, 12 strategi direncana untuk

    menjadikan Melaka sebuah negeri lebih berdaya maju,

    seimbang duniawi dan ukhrawi, dalam merancak pemulihan

    ekonomi pasca COVID-19.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    STRATEGI PERTAMA: MENYEDIAKAN INSENTIF IMPAK

    PANDEMIK COVID-19

    75. Saya faham, akibat COVID-19, ramai rakyat jadi susah. Ada

    tak boleh keluar bekerja. Ada yang terpaksa bekerja dari

    rumah. Lebih kasihan lagi, ada sampai hilang pekerjaan dan

    terjejas perniagaannya.

    76. Di pihak Kerajaan Melaka pula, banyak program untuk rakyat

    tergendala dan terpaksa kami tangguhkan.

  • 30 BELANJAWAN 2021

    77. Namun, kita berterima kasih, khususnya kepada frontliners,

    kerana bertungkus lumus mengekang penularan wabak

    COVID-19.

    78. Tidak ramai tahu, kisah menyayat hati yang menimpa

    Muhammad Haizad bin Nordin, anggota Polis orang Melaka.

    Meskipun ditimpa kecederaan parah ketika PKP, namun beliau

    tetap bersemangat demi negara.

    79. Semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi dugaan

    hidup serta berilah penghargaan kepada Konstabel Haizad!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Insentif Kerajaan Persekutuan

    80. Melalui kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, di

    bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji

    Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia,

    kita telah menyediakan pelbagai insentif untuk rakyat,

    antaranya:

    • Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau

    PRIHATIN berjumlah 250 bilion ringgit;

    • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA

    bernilai 35 bilion ringgit;

  • 31 BELANJAWAN 2021

    • Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN atau Kita

    PRIHATIN berjumlah 10 bilion ringgit;

    • Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai 20 bilion ringgit dan

    peruntukkan 10 juta ringgit kepada Negeri Melaka bagi

    diagihkan kepada 9 Jabatan dan Agensi.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Insentif Kerajaan Negeri

    81. Di peringkat Kerajaan Negeri pula, walaupun berdepan cabaran

    kesihatan, ekonomi dan politik, namun, saya tetap dengar

    rintihan rakyat. Kami prihatin keluhan mereka dan ‘I will

    serve my best to the rakyat Melaka’.

    82. Kerana, yang berlaku sekarang, ‘to me, is very

    unprecedented. Therefore, we must take unprecedented

    immediate actions, measures and solutions for the

    rakyat.’

    83. Justeru, dalam menangani impak COVID-19, tanpa berlengah-

    lengah lagi, saya menggembleng semua Jabatan dan Agensi

    Negeri, bagi menyediakan 16 insentif pada 2020 berjumlah

    19.44 juta ringgit, termasuklah inisiatif tambahan 2021,

    khusus buat rakyat Melaka:

  • 32 BELANJAWAN 2021

    • Pertama: Mengurangkan sewaan seramai 1,471 penyewa

    rumah kos rendah dan rumah pangsa milik Lembaga

    Perumahan Melaka atau LPM, daripada Mac hingga Ogos

    2020, hampir 1 juta ringgit;

    • Kedua: Memberi Rebat bil air kepada pemilik atau penyewa

    rumah PPR dan rumah pangsa kos rendah di bawah LPM;

    • Ketiga: Menangguhkan bayaran bil air Syarikat Air Melaka

    Berhad atau SAMB, bermula bulan Mac hingga Julai 2020,

    kepada 260 ribu isi rumah, berjumlah 2.26 juta ringgit;

    • Keempat: Menangguhkan bayaran caj abstraksi air mentah

    kepada 169 pemegang lesen berjumlah 2.25 juta ringgit;

    • Kelima: Mengurangkan bayaran bil air bulanan penyewa dan

    pemilik rumah kos rendah kepada 3,974 isi rumah bagi tempoh

    Mac hingga April 2020, berjumlah 50 ribu ringgit;

    • Keenam: Mengecuali atau mengurangkan bayaran sewa bagi

    237 orang dan penyewa IKS serta pengusaha PKNM, bagi

    tempoh April hingga Mei 2020 berjumlah 500 ribu ringgit;

    • Ketujuh: Membayar insentif frontliner PBT berjumlah 100

    ringgit hingga 200 ringgit, bagi tempoh April hingga Mei 2020,

    kepada 580 orang petugas berjumlah 110 ribu ringgit;

  • 33 BELANJAWAN 2021

    • Kelapan: Menangguhkan bayaran denda lewat cukai tanah

    daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2020 kepada 61,140 hakmilik

    tanah, dengan implikasi kewangan 3.2 juta ringgit.

    Seterusnya, sukacita diumumkan:

    Satu: Potongan 50 peratus denda lewat akan diberikan

    sehingga 31 Disember 2020.

    Dua : Penangguhan bayaran denda lewat cukai tanah

    daripada 31 Mei 2021 kepada 31 Julai 2021;

    • Kesembilan: Menangguhkan bayaran denda lewat cukai

    petak atau strata daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2020,

    kepada 5,999 pemilik unit strata, berjumlah 65 ribu ringgit.

    Selanjutnya, Kerajaan Melaka bersetuju meneruskan

    penangguhan bayaran denda lewat cukai petak atau strata,

    daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2021;

    • Kesepuluh: Menangguhkan bayaran balik pinjaman Tabung

    Amanah Pendidikan Negeri Melaka atau TAPEM kepada 7,400

    peminjam daripada April hingga Jun 2020, berjumlah 3 juta

    ringgit.

    Tahun depan, Kerajaan Melaka bersetuju untuk terus

    menangguhkan bayaran balik pinjaman TAPEM, dari

    Januari hingga ke Mac 2021;

  • 34 BELANJAWAN 2021

    • Kesebelas: Menyediakan peruntukan Khas Frontliner KKM

    berbentuk peruntukan makan buat 2,790 petugas sebanyak

    390 ribu ringgit pada 2020;

    • Keduabelas: Menyediakan peruntukan Khas Frontliner KKM

    berbentuk pembelian peralatan asas, sebanyak 110 ribu

    ringgit pada 2020;

    • Ketigabelas: Memberi Bantuan Kit Makanan Asas kepada

    36,400 orang bagi tempoh Mac hingga April 2020, berjumlah

    3.22 juta ringgit.

    Pada 2021, Bantuan Kit Makanan Asas iaitu ‘Nutrisi

    Sejahtera’ kepada golongan sasar B40 secara one-off, akan

    diteruskan bagi tempoh Januari hingga Mac 2021.

    • Keempatbelas: Menyediakan Insurans dan Khairat

    Kematian kepada barisan Jawatankuasa Pembangunan dan

    Keselamatan Kampung Negeri Melaka pada 2021;

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    84. Kerajaan Melaka melalui MAIM, menyalur bantuan kepada

    golongan asnaf, bagi tahun 2020 berjumlah 2.11 juta ringgit,

    melalui 13 insentif:

  • 35 BELANJAWAN 2021

    Pertama: Bantuan Makanan kepada 8,640 penerima berjumlah

    864 ribu ringgit;

    Kedua: Bantuan Makanan Kecemasan kepada 5,953 penerima

    zakat dan 600 penerima musa’adah yang berjumlah 381 ribu

    ringgit;

    Ketiga: Kit Makanan Kecemasan pada kadar 30 ringgit hingga

    35 ringgit kepada 7,189 penerima sebanyak 252 ribu ringgit;

    Keempat: Bantuan Bekalan Bermasak kepada frontliners

    PDRM di 3 IPD bernilai 6 ribu ringgit;

    Kelima: Bantuan Petugas Barisan Hadapan COVID-19

    berbentuk peralatan dan bekalan bahan bermasak bagi

    frontliners hospital kepada 3 buah hospital di Melaka berjumlah

    17 ribu ringgit;

    Keenam: Bantuan Pusat Kuarantin (CReATE) berbentuk

    makanan kering dan bekas makanan Person Under Investigation

    (PUI), bernilai 5 ribu ringgit;

    Ketujuh: Bantuan Sukarelawan Asnaf Fakir, Miskin dan

    Mualaf kepada 289 sukarelawan berjumlah 75,140 ringgit;

    Kelapan: Bantuan Peniaga Kecil atau Penjaja kepada 331

    orang sebanyak 99 ribu ringgit;

  • 36 BELANJAWAN 2021

    Kesembilan: Bantuan Pelajar Melaka di Mesir dan Jordan

    kepada 291 orang berjumlah 59 ribu ringgit;

    Kesepuluh: Bantuan Aidil Adha kepada 220 penerima

    sebanyak 22 ribu ringgit;

    Kesebelas: Bayaran Kepada Pasukan Pengurusan Jenazah

    COVID-19, berjumlah 4,500 ringgit;

    Kedua Belas: Bayaran Elaun Penceramah di Pusat Kuarantin

    CReATE Negeri Melaka, sebanyak 4,200 ringgit; dan

    Ketiga Belas: Bantuan Am COVID-19, bagi tempoh April hingga

    September bernilai 323 ribu ringgit;

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    85. Demi meringankan keperitan hidup rakyat Melaka,

    sukacita saya umumkan, pada 2021, bantuan-bantuan

    untuk golongan asnaf, akan kita teruskan seperti berikut:-

    PERTAMA: Memberi insentif khas COVID-19 Aidilfitri 2.0

    kepada Asnaf, Fakir Miskin dan Mualaf berjumlah 1 juta

    ringgit;

    KEDUA: Memberi bantuan Makanan Kecemasan;

    KETIGA: Memberi Kit Makanan Kecemasan;

    KEEMPAT: Memberi Bantuan Aidil Adha;

  • 37 BELANJAWAN 2021

    KELIMA: Membayar kepada Pasukan Pengurusan Jenazah

    COVID-19; dan

    KEENAM: Memberi Bantuan AM COVID-19.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    86. Laginya, saya menyeru semua syarikat korporat dan multi-

    nasional di Melaka atau dari luar Melaka pun boleh, untuk

    sama-sama kita berganding bahu, terlibat dalam CSR,

    seperti menyumbang facemask, hand sanitizer, sarung

    tangan, kit makanan, termasuklah bantuan kewangan

    kepada rakyat yang memerlukan.

    87. Bagi memulakan inisiatif tersebut, Kerajaan Melaka bersetuju

    untuk mengagihkan hand sanitizer dan pelitup muka

    kepada semua pelajar, seperti tadika dan taska, sekolah

    rendah, sekolah menengah, sekolah jenis kebangsaan,

    sekolah agama, sekolah pondok, sekolah tahfiz, sekolah

    mubaligh, di seluruh Negeri Melaka, secara PER-CU-MA,

    dengan peruntukan berjumlah 5 juta ringgit.

    88. Pentingnya, selagi COVID-19 belum ada penawar, kita mesti

    berusaha membendungnya dengan Hashtag,

    #MelakaMestiMenangCOVID19.

  • 38 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    89. Bagi menghargai pengorbanan semua frontliners Negeri

    Melaka, terdiri daripada para doktor, jururawat, pasukan

    khas pengurus jenazah COVID-19, pasukan polis dan

    tentera, imigresen, bomba, RELA, Angkatan Pertahanan

    Awam, pihak berkuasa tempatan, volunteers, dan agensi

    berkaitan,…

    90. Yang selama ini berpanas, ada yang basah kuyup, terpaksa

    tinggalkan keluarga, ada juga terkorban, sanggup nyawa

    menjadi taruhan.

    91. Wakil-wakil frontliners Melaka berada di atas sana,... Lalu,

    saya pohon,… saya pinta,… kepada semua Ahli Yang

    Berhormat sekalian, marilah kita berdiri,… berdirilah

    seketika,… kita berdiri sebagai tanda penghormatan kepada

    semua frontliners,…

    92. Lantas, marilah kita sama-sama beri tepukan yang paling

    gemuruh kepada frontliners dan volunteers Negeri Melaka!

    93. Terima kasih semua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

    dipersilakan duduk semula.

  • 39 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    TERAS TEKNOLOGI

    94. Teras pertama Bajet 2021 Negeri Melaka adalah Teknologi.

    Melaluinya, Kerajaan Negeri akan memperluaskan inisiatif

    pintar dan pemerkasaan data dalam agenda pembangunan

    negeri, melalui 2 strategi utama; iaitu Inisiatif Pintar serta

    Meluaskan Aplikasi.

    STRATEGI KEDUA: MEMPERLUASKAN INISIATIF PINTAR

    Bandar Pintar atau Smart City

    95. Untuk makluman, Negeri Melaka telah terpilih antara 28

    bandar di 11 buah negara di dunia sebagai lokasi smart city,

    melalui pelaksanaan Projek Kesedaran dan Demonstrasi Grid

    Pintar.

    96. Projek ini menempatkan sebuah bandar dilengkapi dengan

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi Inovatif melalui

    Global Environment Facility Sustainable Cities 2017-

    2022, iaitu sebahagian daripada komponen bagi Projek

    Pembangunan Bandar Lestari.

    97. Untuk ini, Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan semula

    perkhidmatan bas elektrik yang mendapat sambutan baik

    sejak tahun 2015, dalam usaha mengekalkan teknologi hijau.

    Inisiatif ini akan menambah baik asas pembangunan pintar.

  • 40 BELANJAWAN 2021

    98. Salah satu inisiatif, bagi mempersiapkan Melaka ke arah smart

    city, dengan merangka Pelan Smart Melaka 2035, yang bakal

    siap suku pertama 2021.

    99. Selain itu, Sungai Udang akan menjadi lokasi pertama Stesen

    Waste To Energy atau WTE, bagi penyelesaian masalah

    pelupusan sampah.

    100. Pembinaan WTE ini dijangka siap pada 2024, mampu

    menerima seribu tan metrik sisa pepejal setiap hari, dan

    berupaya menghasilkan 20 hingga 25 megawatt tenaga hijau

    yang mencukupi, untuk menjana kuasa kepada 25 ribu isi

    rumah di sekitar loji itu.

    Teknologi Hijau

    101. Untuk pembudayaan hijau di peringkat akar umbi, Kerajaan

    Negeri telah melaksanakan Program Eco-Schools Melaka,

    melibatkan 131 buah sekolah rendah dan menengah, di mana,

    17 buah sekolah, berjaya diiktiraf Eco Schools.

    102. Bagi 2021, kita mensasarkan 100 buah sekolah lagi, untuk

    menerima pengiktirafan Eco-School .

  • 41 BELANJAWAN 2021

    103. Laginya, beberapa inisiatif hijau baharu seperti renewable

    energy, telah giat dilaksanakan di Melaka antaranya, empat

    ladang solar, Projek Solar Roof -Top dan Net Energy

    Metering.

    104. Namun begitu, kadar peratusan penjanaan tenaga boleh

    diperbaharui di Melaka masih rendah, pada kadar lima peratus

    sahaja.

    105. Mendokong hasrat ini, kita mensasarkan lebih banyak

    bangunan di Melaka, mengambil inisiatif, memasang solar

    atas bumbung bangunan masing-masing, termasuklah

    seluruh bangunan Kerajaan Melaka dan Pihak Berkuasa

    Tempatan.

    106. Untuk itu, saya mengarahkan Perbadanan Teknologi Hijau

    Melaka bagi menerajui inisiatif ini.

    Redd Plus

    107. Kerajaan Melaka juga akan melaksanakan Reducing

    Emissions from Deforestation and Degradation and the

    Role of Conservation, Sustainable Management of Forests

    and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing

    Countries atau REDD Plus.

    108. Untuk senang difahami, inisiatif ini mengambil kira fungsi

    hutan sebagai penyerap karbon merangkumi aktiviti

  • 42 BELANJAWAN 2021

    penyahhutanan, kemerosotan hutan, pemuliharaan hutan,

    pengurusan hutan secara berkekalan dan peningkatan stok

    karbon dalam hutan.

    109. Mekanisme REDD Plus, berasaskan prinsip pembiayaan bagi

    jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca atau result-

    based payments. Inisiatif ini bakal memberikan insentif dan

    galakan kepada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan aktiviti

    konservasi hutan di Melaka.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    STRATEGI KETIGA: MELUASKAN APLIKASI

    Majlis Digital Negeri Melaka

    110. Majlis Digital Negeri Melaka akan ditubuhkan untuk

    menyelaras pelbagai inisiatif berkaitan ICT. Ia juga selari

    dengan penubuhan Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara di

    peringkat Persekutuan, bertujuan mencipta peluang

    pendapatan kepada rakyat Malaysia dalam ekonomi digital.

    111. Kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Jalinan Digital

    Negara (JENDELA) untuk memperluas liputan dan

    mempertingkatkan purata kelajuan jalur lebar mudah alih

    serta talian tetap.

    112. JENDELA fasa 1 Melaka merangkumi liputan 4G di kawasan

    berpenduduk, kelajuan jalur lebar mudah alih dan rangkaian

    gentian optik di premis atau kediaman.

  • 43 BELANJAWAN 2021

    113. Perancangan inisiatif seperti Smart City, Big Data dan e-

    Commerce usahawan PKS, memerlukan penyelarasan

    komprehensif atau menyeluruh, merangkumi ketersediaan

    infrastruktur telekomunikasi, pengurusan dan analisis data

    provider serta pengguna.

    Liputan Perkhidmatan Jalur Lebar

    114. Kerajaan Melaka melalui SKMM, akan meningkatkan lagi

    kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap. Terkini, kualiti

    rangkaian berasaskan tembaga sedang dinaiktaraf kepada

    rangkaian gentian optik, yang dijangka siap pada 2022.

    Perkhidmatan ini nanti, dijangka memberi manfaat kepada

    lebih 42 ribu isi rumah di seluruh Melaka.

    115. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar mudah

    alih, sebanyak 100 stesen pemancar di menara

    telekomunikasi sedia ada, telah dinaiktaraf kepada teknologi

    3G dan 4G, dan 4 lagi lokasi baharu disasarkan bagi tahun

    2021.

    116. Menjelang akhir 2020, pihak penyedia perkhidmatan atau

    Telco mensasarkan pembinaan lebih 33 ribu sambungan port

    baharu di sepanjang 668 kilometer jaringan gentian optik.

  • 44 BELANJAWAN 2021

    117. Selain itu, Kerajaan Melaka dengan kerjasama Telekom

    Malaysia Berhad, turut membangunkan kemudahan jalur

    lebar.

    118. Setakat Jun 2020, sebanyak 200 ribu port untuk sambungan

    internet telah disediakan, memanfaatkan hampir 93 peratus

    isi rumah.

    119. Melalui usaha kolektif ini, Kerajaan Melaka telah mencapai

    tahap penembusan jalur lebar sebanyak 125 peratus.

    Manakala, bagi liputan perkhidmatan 4G pula telah mencapai

    hampir 96 peratus.

    WiFi Percuma

    120. Kerajaan Melaka bersama-sama PBT, sentiasa berusaha

    menyediakan kemudahan WiFi percuma, bagi membolehkan

    rakyat menikmati akses internet percuma secara optimum di

    seluruh Melaka,...

    121. Terutamanya di premis Kerajaan, lokasi hotspot pelancongan

    dan di 11 buah Pejabat JAPERUN Negeri serta akan diperluas

    lagi, kepada 17 Pejabat JAPERUN Negeri yang lain.

    Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri Melaka

  • 45 BELANJAWAN 2021

    122. Bagi kemudahan pengguna, kita akan menambah baik

    Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Melaka atau e-

    bayar.

    123. Fasa 4 menaiktaraf portal sedia ada, kepada versi aplikasi

    mudah alih. Portal ini akan diperluaskan dengan penambahan

    18 perkhidmatan baharu pembayaran online.

    124. Antaranya, Cukai Tanah, Cukai Taksiran, Kompaun Letak

    Kereta, Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan, Pembayaran

    Zakat, Bil Utiliti Air, Pakej Langganan Sistem Tender Online

    Melaka atau STOM dan Belian Dokumen Tender dan

    Sebutharga.

    Big Data Melaka

    125. Pada masa ini, data-data semasa Kerajaan disimpan di

    pelbagai agensi Kerajaan yang mana, ia memberi kesukaran

    kepada Kerajaan Melaka untuk menganalisa data dan

    maklumat yang diperlukan, terutamanya ketika tempoh PKP

    serta pasca PKP.

    126. Untuk itu, Kerajaan Melaka telah mengorak langkah ke arah

    penyediaan Big Data, sebagai pangkalan data utama yang

    bakal menjadi pusat rujukan.

  • 46 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    127. Di sisi lain, pada 31 Oktober lalu, dimuatkan “wishlist’ dalam

    Facebook rasmi saya, untuk menyantuni rakyat menyuarakan

    cadangan mereka, bagi dimasukkan dalam Belanjawan 2021

    Melaka.

    128. Bila saya teliti, komen-komen yang diterima, tak sangka pula,

    Facebook saya dihujani dengan pelbagai harapan dan

    pandangan bernas daripada rakyat Melaka.

    129. Antaranya, saya tertarik respon daripada “Boyot Macho”, dan

    “Zakry Chan”, yang mengadu, supaya Kerajaan Negeri dapat

    membantu para peniaga dan penjaja kecil di Melaka.

    130. Saya ambil berat komen-komen mereka, seperti 16 insentif

    berjumlah 19.44 juta ringgit, yang 14 daripadanya, telah

    disebutkan awal tadi,...

    131. Maka saya umumkan, apa yang pernah kita bantu dan juga

    insentif baharu, khusus untuk peniaga serta penjaja kecil:

    • Kelima Belas: Mengecualikan sewa tapak penjaja dan

    peniaga kecil kepada 2,878 orang bagi tempoh Mac hingga

    April 2020, berjumlah 2.34 juta ringgit;

  • 47 BELANJAWAN 2021

    • Keenam Belas: Mengecualikan bayaran lesen penjaja dan

    peniaga kecil kepada 8,483 orang, bernilai 940 ribu ringgit.

    Bermula Januari 2021 pula, Kerajaan Melaka bersetuju,

    untuk mengurangkan 50 peratus bayaran lesen penjaja dan

    peniaga kecil, seramai 10,715 orang, berjumlah 590 ribu

    ringgit;

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    ‘Melaka Bebas Berniaga’

    132. Jika di Wilayah Persekutuan, diumumkan inisiatif ‘bebas

    berniaga’ selama 6 bulan, tetapi di Melaka, demi membantu

    rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah,... bagi

    mencari rezeki untuk berniaga, seperti penjaja kecil,...

    peniaga warung,... penjual nasi lemak,... pisang

    goreng,...kuih-kuih,... penjual air kelapa,...

    133. Maka,... sukacita Kerajaan Negeri umumkan,... bermula

    Januari 2021,... inisiatif ‘Melaka bebas berniaga’,... adalah

    dibenarkan,... selama satu tahun.

    134. Tapi,.. tapi,.. lesen niaga kena ada la,... Yang penting ikut

    SOP yang ditetapkan ok!

  • 48 BELANJAWAN 2021

    135. Berbalik kepada kiriman facebook tadi,... kalau nak tahu,

    “Boyot Macho” atau Nor Hisham bin Sahut, peniaga

    foodtruck dan “Zakry Chan” atau Muhammad Zakry Chan

    bin Abdullah, peniaga pertanian, kedua-dua mereka hadir

    dalam dewan ini dan ada di atas sana.

    136. Semoga mereka terus berjaya. Terima kasih kerana sudi

    ‘post’ dalam FB saya. Silalah beri tepukan kepada Boyot

    Macho dan Zakry Chan!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    TERAS KEDUA: ENTREPRENEURSHIP

    137. Teras kedua adalah Entrepreneurship bertujuan untuk

    membangun dan menyokong ekonomi rakyat tempatan,

    supaya menjadi lebih berdaya maju.

    STRATEGI KEEMPAT: MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT

    Dana Bantuan Kasih Niaga

    138. Sebagai galakan berniaga dan menyemarakkan budaya

    keusahawanan dalam kalangan rakyat Melaka, sukacita

    saya umumkan, ‘Dana Bantuan Kasih Niaga’ kepada semua

    usahawan Melaka berjumlah satu juta ringgit.

  • 49 BELANJAWAN 2021

    Usahawan Tani

    139. Sektor pertanian juga mempunyai potensi bagi usahawan

    untuk menjana pendapatan. Untuk itu, seluas 3,269 hektar

    tanah terbiar akan dimajukan.

    140. Usaha tersebut akan dilaksanakan melalui pelaburan pemilik

    tanah dengan kerjasama syarikat swasta dan koperasi, dengan

    memajukan tanah terbiar melalui penanaman nanas, labu dan

    pisang.

    141. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Jabatan

    Pertanian akan membantu individu atau koperasi yang

    berusaha untuk transform hutan dan semak samun, menjadi

    kebun atau ladang pertanian.

    142. Bagi membantu para pekebun kecil pula, kita bersetuju,

    memberi insentif bayaran premium bagi tanah lanjut

    tempoh pajakan, berstatus pertanian secara ansuran selama

    18 bulan, bagi keluasan tanah 5 ekar ke bawah.

  • 50 BELANJAWAN 2021

    Program Agropreneur Muda

    143. Program Agropreneur Muda, diwujudkan bagi menggalakkan

    penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro,

    seperti tanaman, ternakan perikanan, industri asas tani,

    termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agro

    pelancongan.

    144. Pada 2020, sebanyak 255 ribu ringgit Geran Agropreneur,

    diluluskan kepada 14 pemohon bimbingan jabatan dan agensi

    Melaka, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri

    Makanan.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Usahawan Wanita

    145. Wanita tunjang kepada kemajuan Melaka. Tentu sekali

    usahawan wanita tidak pernah dilupakan daripada menerima

    bantuan mahupun menjana pendapatan, khususnya, kepada

    golongan wanita B40 dan ibu tunggal.

    146. Pelbagai inisiatif disediakan antaranya:

    • PERTAMA: Bantuan Program kemahiran kepada wanita

    seperti pembuatan kuih dan jahitan;

  • 51 BELANJAWAN 2021

    • KEDUA: Melalui Program Mamacare, wanita dan ibu tunggal

    turut dilatih bagi memberi penjagaan selepas bersalin secara

    tradisional serta moden;

    • KETIGA: Menyediakan 560 ribu ringgit kepada lebih 9,324

    orang peserta e-Kasih, melalui Skim Caruman Sukarela

    Insentif Suri KWSP atau I-Suri sebanyak 60 ringgit setahun;

    • KEEMPAT: Bantuan Khas secara one-off ibu tunggal di bawah

    paras pendapatan 960 ringgit, atau pendapatan perkapita 244

    ringgit;

    • KELIMA: Program Young Women Bootcamp - Growth for

    Low Income Women atau GLOW, memfokus kepada

    kepimpinan wanita muda dalam kalangan keluarga

    berpendapatan rendah;

    • KEENAM: Program Bantuan 2 Years Exit Policy, di mana

    penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberikan

    Geran untuk berniaga; dan

    • KETUJUH: Memperuntukkan 500 ribu ringgit bagi

    pembangunan dan kebajikan wanita.

  • 52 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Usahawan Belia

    147. Belia adalah pewaris kepimpinan masa hadapan. Selaras

    dengan Pelan Strategik 2020 Kementerian Belia dan Sukan,

    bagi mengupaya ekonomi belia, usaha-usaha berikut akan

    dilaksanakan:

    • PERTAMA: Program myGIG Digital Freelance akan

    membuka peluang pekerjaan baharu secara digital kepada

    pekerja bebas digital, menerusi Program Platform Online

    Workforce atau GLOW, di bawah Malaysia Digital Economy

    Corporation atau MDEC;

    • KEDUA: Program myGIG Servis menerusi platform e-Rezeki

    oleh MDEC, membuka peluang pendapatan secara digital

    melalui Ekonomi Gig atau Ekonomi Perkongsian;

    • KETIGA: Program BOOTCAMP KBS 2020 membantu

    golongan belia mempelajari kemahiran, sekaligus memberi

    peluang pekerjaan.

    Antara Kolaborasi Industri seperti, industri kemahiran

    Penyelenggaraan Rel, Metal Fabrication, Fiber Optic, Welding,

    Pipe Fitter dan Offshore Catering Crew.

  • 53 BELANJAWAN 2021

    148. Selanjutnya, pihak Institut Keusahawanan Negara atau

    INSKEN dan MDEC, dengan kerjasama Institut Tun Perak

    atau ITP bersetuju menyediakan peruntukan, bagi melatih

    para usahawan belia, dan usahawan digital Melaka, seramai

    800 orang pada 2021.

    149. Tahun hadapan, bagi membantu kebolehpasaran graduan,

    Kerajaan Melaka bekerjasama dengan Kementerian Pengajian

    Tinggi, melalui 2 skim, untuk melatih seramai 500 graduan

    anak Melaka.

    150. Satu; Skim Pinjaman Mikrokredit Usahawan Graduan Anak

    Melaka (Gradpreneurs @ Melaka), memanfaatkan 200

    graduan, dengan pinjaman 3 ribu hingga 5 ribu ringgit,

    berjumlah 1 juta ringgit.

    151. Dua; melalui ITP, bakal melatih graduan untuk

    mendapatkan sijil kemahiran, sebelum ditempatkan di

    industri sekitar Melaka, seramai kira-kira 300 orang pada

    2021.

  • 54 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Usahawan Bumiputera

    152. Bagi membantu usahawan Bumiputera, Kerajaan Melaka

    memperkenalkan insentif yang turut merangkumi semua jenis

    Perusahaan Kecil dan Sederhana atau PKS di Melaka. Ini bagi

    membentuk satu entiti perniagaan yang kukuh, dari segenap

    sektor perniagaan.

    153. Bagi menjayakannya, PKNM, melaksanakan pelbagai insentif

    antaranya:

    PERTAMA: Pengecualian sewa bulanan selama 2

    bulan kepada semua jenis perniagaan

    PKS, dari April hingga Jun 2020;

    KEDUA : Pengurangan kadar deposit sewaan dari 6

    bulan kepada 4 bulan untuk penyewa-

    penyewa baharu di premis PKNM;

    KETIGA : Menjadi Agen Promosi untuk produk-produk

    usahawan PKS melalui Melaka Halal Sdn Bhd;

    KEEMPAT: Membantu usahawan-usahawan PKS untuk

    mendapatkan sijil-sijil pengiktirafan yang

    sah;

  • 55 BELANJAWAN 2021

    KELIMA : Memberi geran galakan kepada PKS untuk

    memiliki tanah dan bangunan sendiri.

    154. Kerajaan Melaka juga sedang membangunkan satu platform

    e-Dagang, bagi membantu mempromosi dan membuka

    peluang pasaran yang luas kepada usahawan-usahawan.

    155. Platform e-Dagang ini sedang dibangunkan oleh anak syarikat

    Kerajaan Melaka, dengan mengadaptasi business model,

    Shopee, Lazada, Food Panda dan Grab Food.

    156. Setakat ini, seramai 120 orang usahawan telah berdaftar

    dengan platform ini, melibatkan 300 jenis produk. Kita

    berharap, platform e-commerce ini juga, akan melahirkan lebih

    ramai usahawan dan peluang pekerjaan baharu.

    157. Selain itu, agensi-agensi Kerajaan, seperti MARA dan PUNB,

    menyediakan pelbagai pinjaman serta kemudahan, bagi

    menjana semula ekonomi akibat penularan pandemik COVID-

    19.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Usahawan Asnaf

    158. Tahun 2021, MAIM memperuntukkan 700 ribu ringgit bagi

    bantuan perniagaan, dan 200 ribu ringgit bagi Program

    Keusahawanan kepada golongan asnaf.

  • 56 BELANJAWAN 2021

    159. Berkait demikian, saya ingin berkongsi cerita kejayaan Encik

    Zaidi Omar, pemenang ikon Usahawan Asnaf Peringkat

    Kebangsaan tahun 2018.

    160. Beliau dulunya hanya penerima zakat, tetapi kini, layak pula

    menjadi pembayar zakat yang aktif. Beliau hadir di atas sana.

    Selamat maju jaya, seungkap tahniah kepada Encik Zaidi

    Omar!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    TERAS KETIGA: REVOLUSI INDUSTRI DAN EKONOMI

    161. Professor Klaus Schwab, pengasas World Economic Forum

    berpendapat, Revolusi Industri sedang pantas berlaku dan

    sesiapa terleka, mereka akan terpinggir dalam era teknologi

    terkini.

    162. Lantaran itu, teras ketiga adalah Revolusi Industri dan

    Ekonomi, bagi menjadikan Melaka, sebagai destinasi

    pelaburan berkonsepkan agro-industri, bioteknologi,

    Industri 4.0, perusahaan industri digital dan industri

    perkhidmatan maritim.

  • 57 BELANJAWAN 2021

    163. Justeru, Kerajaan Melaka berusaha merancak pertumbuhan

    ekonomi dan menarik pelaburan berimpak tinggi, serta

    mempunyai kesan pengganda kepada ekonomi Melaka.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    STRATEGI KELIMA: MENGGALAKKAN PELABURAN BERIMPAK

    TINGGI

    164. Tahun ini, nilai pelaburan yang diluluskan oleh MIDA untuk

    Negeri Melaka bagi suku ketiga 2020, berjumlah 1.2 bilion

    ringgit. Pelaburan Langsung Tempatan sebanyak 671 juta

    ringgit, dan Pelaburan Langsung Asing, bernilai 583 juta

    ringgit.

    165. Kita giat mempromosi Melaka sebagai destinasi pelaburan

    kompetitif, di persada dunia. Antara usaha-usaha Kerajaan

    Melaka:

    • PERTAMA: Mengaktifkan peranan Invest Melaka Berhad

    sebagai One Stop Center, First Point of Contact kepada promosi

    pelaburan;

    • KEDUA: Menubuhkan Jawatankuasa Express bagi

    mempercepatkan kelulusan Permohonan Kebenaran

    Merancang dan pelaburan;

  • 58 BELANJAWAN 2021

    • KETIGA: Menyediakan perkhidmatan One-Stop-Solution

    kepada pelabur bagi mempercepatkan kelulusan lesen, pelan

    bangunan, isu-isu teknikal dan isu-isu pelaburan; serta

    • KEEMPAT: Membangunkan kawasan-kawasan perindustrian

    lengkap dengan infrastruktur, yang boleh ditawar dan

    dipromosikan kepada para pelabur, pada harga yang

    kompetitif.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ)

    166. Menoleh sejarah, Melaka sewaktu dibuka Parameswara,

    asalnya kawasan terpencil, telah bertukar wajah, menjadi

    pusat perdagangan paling sibuk di dunia.

    167. Hatta, Tome Pires dalam The Suma Oriental, mengatakan,

    Melaka dulunya empayar terbilang, didatangi ramai

    pedagang dari seluruh dunia, sehingga digelar “Venice of

    the East”.

    168. Lalu, bagi mengembalikan kegemilangan tersebut, supaya

    setanding dengan NCER, IRDA, ECER, SDC, SCORE dan

    Malaysia Vision Valley,...

    169. Maka Kerajaan Melaka bertekad, mewujudkan satu koridor

    ekonomi baharu, pelaburan berimpak tinggi, bakal menjadi

    game changer, dinamakan, MELAKA WATERFRONT

    ECONOMIC ZONE ATAU M-WEZ.

  • 59 BELANJAWAN 2021

    170. M-WEZ ini, termasuklah pelabuhan dan perdagangan, hab

    logistik serta pejabat, penginapan komersial, perhotelan dan

    marina, pembangunan bercampur serta Industri 4.0 dan Zon

    Bebas Antarabangsa.

    171. Melalui M-WEZ, dijangka mampu menjana pelaburan 100

    bilion ringgit, bakal dilaksanakan melalui inisiatif swasta dan

    awam. Ia meliputi kawasan tambakan pesisir pantai seluas

    15 ribu ekar, di sepanjang 22 kilometer, dari Umbai ke

    Tanjung Bruas.

    172. Malah, 2 Disember baru-baru ini, saya sendiri menyatakan

    komitmen kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di

    Putrajaya, tentang kesungguhan kita bagi merealisasikan

    M-WEZ ini.

    Pelabuhan Bertaraf Dunia

    173. MWEZ, bakal dirancakkan dengan pewujudan beberapa

    pelabuhan bertaraf dunia:

    • PERTAMA: Menaiktaraf Kuala Linggi International Port

    sebagai hab industri minyak dan gas, dijangka siap tahun

    2025. Projek kerjasama di antara pelaburan tempatan dan

    asing, dianggarkan bernilai 15 bilion ringgit.

  • 60 BELANJAWAN 2021

    Pelabuhan berhampiran muara Sungai Linggi ini, telah

    menerima lebih dari 6 ribu panggilan kapal, dan memfasilitasi

    lebih dari 500 juta tong, pemindahan kargo pukal cecair pada

    tahun lalu.

    • KEDUA: Pelabuhan Tanjung Bruas sebagai hab kontena akan

    dibangunkan secara komersial, agar setaraf dengan Pelabuhan

    Klang pada masa depan.

    • Perjanjian konsesi ini telah dimeterai Syarikat Tanjung Bruas

    Sdn Bhd dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia,

    membabitkan pelaburan sekitar 160 juta ringgit.

    Skop kerjanya seperti penambakan laut, pemanjangan dan

    pembinaan jeti serta jambatan baharu, dan membina kawasan

    kontena.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    High Speed Rail

    174. Menjengah ke depan, kita berhasrat meneruskan projek High

    Speed Rail untuk merancakkan ekonomi bersama Singapura,

    tertakluk kepada perbincangan selanjutnya.

  • 61 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

    175. Bagi perancangan jangka panjang, kita bercadang untuk

    membina Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang

    baharu di koridor M-WEZ, sebagai pemangkin pelaburan

    ekonomi masa depan.

    176. Di samping itu, Malaysia Airports Holdings Berhad juga

    menyediakan Program Pembangunan Pelancongan

    Antarabangsa Bersama dan Dana Promosi Pelancongan

    Antarabangsa Langkawi, untuk menambahkan penerbangan

    serta merancakkan lagi sektor penerbangan di Melaka.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Memperkasa Agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri

    177. Selain itu, Kerajaan Melaka sedang melaksanakan proses

    rasionalisasi dan pengukuhan agensi serta anak

    syarikatnya, bagi memastikan tiada pertindihan fungsi dan

    peranan.

    178. Bagi meningkatkan kecekapan agensi dan anak syarikat, 4

    buah Syarikat Berhad Menurut Jaminan, 15 buah Syarikat

    Bersekutu, dan 65 anak syarikat akan distrukturkan

    semula kepada 50 buah anak syarikat serta daripada 13

    kepada 11 buah agensi milik Kerajaan Negeri.

  • 62 BELANJAWAN 2021

    179. Contohnya, Perbadanan Stadium Melaka PSM diserap di

    bawah PBT berkuatkuasa 1 Ogos 2020.

    180. Kita juga mensasarkan KPI yang lebih baik untuk agensi dan

    anak syarikat Kerajaan Melaka sedia ada seperti berikut:

    • PERTAMA: Mensasarkan peningkatan keuntungan kepada

    20 peratus setiap tahun;

    • KEDUA: Mencari rakan kongsi baharu untuk perniagaan

    dalam dan luar negara, sekurang-kurangnya 3 projek

    usahasama dalam masa 5 tahun;

    • KETIGA: Memastikan agensi dan anak syarikat mematuhi

    sumbangan 2 peratus setahun daripada pendapatan

    syarikat kepada Kerajaan Negeri; dan

    • KEEMPAT: Disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa

    5 hingga 10 tahun akan datang.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

  • 63 BELANJAWAN 2021

    STRATEGI KEENAM: MENGGIATKAN PELABURAN SEKTOR

    PEMBUATAN

    181. Kerajaan Melaka merekodkan sejumlah 3 bilion ringgit

    pelaburan dalam sektor pembuatan bagi tempoh Januari

    hingga September 2020.

    182. Kita mensasarkan 5 bilion ringgit setiap tahun. Justeru,

    Kerajaan Negeri mengenal pasti pelabur-pelabur berpotensi

    dalam sektor pembuatan seperti berikut:

    • PERTAMA: Infineon, syarikat semikonduktor dari Jerman

    telah menyatakan komitmennya bagi melebarkan operasi

    dengan melabur sejumlah, 3.25 bilion ringgit dalam tempoh

    10 tahun, bermula tahun 2020;

    • KEDUA: Texas Instrument, kilang elektronik dari Amerika

    Syarikat dan sedang beroperasi di Free Trade Zone Batu

    Berendam, merancang untuk pembesaran kilang dengan

    anggaran pelaburan sebanyak 2 bilion ringgit;

    • KETIGA: AUO SunPower, kilang panel solar dari Amerika

    Syarikat, sedang beroperasi di Melaka World Solar Valley,

    Rembia, bercadang menambah pelaburan sebanyak 250 juta

    ringgit; dan

  • 64 BELANJAWAN 2021

    • KEEMPAT: Xinyi Glass, kilang kaca dari China, beroperasi di

    Kawasan Perindustrian Elkay, Jasin, akan menambah

    pelaburan sebanyak 100 juta ringgit.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    TERAS KEEMPAT: ANTARABANGSA

    183. Teras keempat iaitu, Antarabangsa, bertujuan memperhebat

    industri pelancongan dan institusi pendidikan berkualiti, unik

    serta bertaraf dunia.

    STRATEGI KETUJUH: MERANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN

    184. Kepada para pelancong yang berhajat untuk berkunjung ke

    Negeri Melaka Menggamit Dunia, kami mengalu-alukan

    kedatangan anda semua, seraya terimalah pantun “Selamat

    Datang” daripada saya:

    Bunga Kesidang bertangkai lembut,

    Dekat telaga di pohon sagu,

    Tamu datang kita menyambut,

    Rakyat Melaka ramah menunggu.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

  • 65 BELANJAWAN 2021

    185. Kerajaan Melaka melaksanakan beberapa tindakan pantas

    dalam merancakkan industri pelancongan, dengan meluaskan

    capaian promosi destinasi Melaka berkonsepkan digital.

    186. Tagline baharu diperkenalkan iaitu, Melaka Safe Haven,

    Melaka Is The Place To Be dan kempen Dream Now Travel

    Later, menggunakan platform digital iaitu, Melaka Excess.

    187. Ini menggambarkan, Melaka adalah sebuah negeri yang untuk

    dikunjungi sebagai pilihan utama destinasi percutian.

    188. Ketika COVID-19 ini, usaha menarik pelancong melawat

    Melaka, ditumpukan kepada pelancong domestik, dengan

    mematuhi SOP yang ditetapkan.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Produk Pelancongan Baharu

    189. Kerajaan Melaka mengenal pasti 12 produk berpotensi

    menarik pelancong, terutamanya di kawasan luar bandar,

    iaitu:

    • Makam Datuk Patinggi Abang Abdul Gapur, Limbongan;

    • Kapal Mendam Berahi, Sungai Melaka;

    • Sungai Duyong River Cruise, Duyong;

  • 66 BELANJAWAN 2021

    • Jebat Street, Dataran Klebang;

    • Kompleks Pelancongan Klebang;

    • Kota Lokal di Padang Dataran Pahlawan, Banda Hilir;

    • Gunung Melaka, Kampung Gapis, Nyalas, Jasin;

    • Pantai Siring, Kampung Pulai;

    • DM Mart di Bangunan Kota Cemerlang;

    • Zoo Tunnel;

    • Ion Forte Green City, Ayer Keroh; dan

    • Percutian berkonsep perkhemahan atau Glamping, di Pulau

    Nangka.

    190. Kita juga akan menambah baik produk-produk sedia ada dan

    tarikan pelancongan baharu, antaranya:

    • PERTAMA: Perkhidmatan Teksi Air atau Water Taxi dari

    Melaka Sentral ke ke muara Sungai Melaka.

    • KEDUA: Hab layang-layang di lokasi pelancongan, seperti

    Menara Taming Sari. Hab ini akan menjual semua jenis layang-

    layang buatan tempatan dan luar negeri seperti China, Taiwan,

    Hong Kong, Australia dan Indonesia.

    • KETIGA: Menaiktaraf Perkampungan Hang Tuah sebagai

    lokasi perkampungan perfileman tradisi Melayu Melaka

    atau ‘Hollywood’ Melaka;

  • 67 BELANJAWAN 2021

    • KEEMPAT: Membaikpulih Muzium Samudera yang

    merupakan replika kapal layar Portugis Flor de La Mar;

    • KELIMA: Pusat Ketamadunan Melayu Antarabangsa,

    memfokuskan manuskrip dan persuratan Melayu serta

    warisan peradaban Melayu; dan

    • KEENAM: Mewujudkan Sub-Sektor Pelancongan Agama,

    untuk mempromosikan sejarah kegemilangan Melaka sebagai

    Pusat Ketamadunan Agama Islam dan keunikan budaya

    serta agama, yang terdapat dalam masyarakat Melaka.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Insentif Pengusaha Pelancongan Melaka

    191. Kerajaan Melaka dan Persekutuan telah memberikan beberapa

    insentif kepada pengusaha dan penggiat pelancongan, dalam

    membantu kelangsungan operasi premis mereka sepanjang

    tempoh PKP iaitu:

    • PERTAMA: Mengecualikan Cukai Pelancongan sehingga Jun

    2021;

  • 68 BELANJAWAN 2021

    • KEDUA: Mengecualikan pembayaran levi HRDF bagi hotel

    dan syarikat pelancongan mulai April 2020, dan

    menangguhkan pembayaran ansuran cukai selama 6 bulan

    bermula 1 April 2020;

    • KETIGA: Memberi kemudahan skim jaminan berjumlah 50

    bilion ringgit, dengan jaminan sehingga 80 peratus dari

    jumlah pinjaman. Ini bagi membiayai keperluan modal kerja

    oleh Danajamin pada 2020;

    • KEEMPAT: Memberi bantuan one-off bernilai 500 ringgit,

    Bantuan Kit Makanan Asas dan proses disinfeksi berkala

    secara percuma kepada 373 pengayuh beca pada 2020;

    • KELIMA: Memberi bantuan one-off bernilai 600 ringgit

    kepada pemandu pelancong dan pemandu teksi pada 2020;

    dan

    • KEENAM: Menyedia Geran Khas PRIHATIN sebanyak 3 ribu

    ringgit bagi penggiat industri pelancongan yang berkategori

    Kecil atau Mikro pada 2020.

    Manakala pada 2021, Kerajaan Melaka akan memberi bantuan

    tunai one-off kepada 173 pemandu pelancong sebanyak 200

    ringgit.

    • KETUJUH: Memberi bantuan tunai one-off kepada 141

    pemandu bas pelancong, sebanyak 200 ringgit pada 2021;

  • 69 BELANJAWAN 2021

    • KELAPAN: Mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas

    sektor perhotelan, bermula Mac hingga Ogos 2021;

    • KESEMBILAN: Menangguhkan bayaran pinjaman atau

    moratorium oleh pihak bank sehingga Jun 2021; dan

    • KESEPULUH: Mengecualikan duti hiburan untuk tiga taman

    tema air, iaitu A Famosa Water Theme Park, Bayou Lagoon

    Resort dan Melaka Wonderland Water Theme Park, pada

    2021, serta program hiburan keluarga bermusim, yang

    menyumbang hampir 1 juta ringgit kepada hasil negeri.

    Saya menyeru pengusaha 3 taman tema air ini, agar dapat

    menurunkan harga tiket, untuk menggalakkan lebih ramai

    pelancong datang berkunjung.

    192. Apatah lagi sewaktu PKPB baru-baru ini, sektor pelancongan

    Melaka terjejas teruk, hinggakan saya perasan, di sekitar

    Bandar Hilir misalnya, menjadi lengang, sepi seolah-olah

    macam sedang dilanda ‘serangan zombi’.

    193. Sebab itulah, saya lancarkan promosi “Melakan Visit Melaka

    Packages 2.0”, khas untuk rakyat Melaka, melawat 18 tempat

    pelancongan menarik di negeri ini, dengan diskaun lumayan

    sehingga 50 peratus, berbanding harga biasa, sampai akhir

    bulan ini.

  • 70 BELANJAWAN 2021

    194. Begitu juga kepada 57 premis penginapan pelancong di

    negeri ini, turut menawarkan diskaun mencecah 30 peratus

    sehingga 28 Februari 2021.

    195. Syaratnya, kita mestilah pemegang kad pengenalan 04/30

    atau mempunyai alamat di Melaka. Sama-samalah kita

    rebut peluang ini ya!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    196. Berhubung tadi, Encik Azman Dolah dari Kg. Morten, ada di

    atas sana. Beliau datang ke Dewan ini, untuk mendengar

    pembentangan belanjawan Melaka. Saya faham, mencari

    sesuap nasi sebagai pengayuh beca di kala COVID-19 masih

    berleluasa amatlah mencabar.

    197. Bagi membantu ‘Encik Man Morten' dan 215 pengayuh beca

    berlesen di Melaka, sukacita saya umumkan pada 2021,

    Kerajaan Melaka akan memberi bantuan tunai one-off

    sebanyak 200 ringgit.

    198. Malah, pada 2021 juga, lesen beca akan turut dikecualikan.

  • 71 BELANJAWAN 2021

    199. Semoga beliau dan kawan-kawannya tersenyum mendengar

    khabar gembira ini. Terima kasih ‘Man Morten’ kerana sudi

    hadir!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Projek Hakisan Pantai di Kawasan Pelancongan

    200. Kebelakangan ini, pesisiran pantai Melaka terkesan akibat

    hakisan pantai. Ini menyebabkan kerosakan serius kepada

    harta benda awam dan menjejaskan kegiatan pelancongan di

    kawasan tersebut.

    201. Justeru, wujudnya keperluan mendesak untuk kita

    melaksanakan kajian, bagi mengetahui punca dan

    membangunkan langkah-langkah mitigasi bagi menyelesaikan

    isu berkaitan.

    202. Bagi 2021, keseluruhan peruntukan yang akan dibelanjakan

    sebanyak 9.5 juta ringgit bagi menjalankan 7 buah projek

    mengatasi masalah hakisan.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

  • 72 BELANJAWAN 2021

    STRATEGI KELAPAN: MEMPERHEBAT INSTITUSI PENDIDIKAN

    Universiti Melaka

    203. Pendidikan pemangkin kepada peradaban ilmu dan nilai

    sahsiah sesebuah bangsa. Kerajaan Melaka terus komited

    dalam memartabatkan kualiti pendidikan, demi kemajuan

    anak-anak Melaka.

    204. Untuk ini, sukacita saya umumkan, mulai tahun

    hadapan,...melalui gabungan KUIM dan MiCOST,...

    205. InsyaAllah,... kita akan mempunyai sebuah universiti

    penuh pertama milik rakyat dan Kerajaan Negeri,... bakal

    dinamakan sebagai,... Universiti Melaka atau UNIMEL.

    206. Sebagai galakan, Kerajaan Melaka menyediakan satu juta

    ringgit, insentif kepada anak Melaka, menyambung

    pengajian di KUIM seramai 700 pelajar dan 300 orang lagi

    di MiCOST, dengan bantuan tunai one-off sebanyak satu

    ribu ringgit.

    207. Saya berharap, bolehlah kita menguar-uarkan dan ramai-

    ramai menghantar anak-anak kita belajar di Universiti

    Melaka. Mereka yang nak menambah ilmu pengetahuan dan

    kemahiran pun, boleh sambung belajar di UNIMEL.

  • 73 BELANJAWAN 2021

    208. Seterusnya, kita telah berbincang dengan KPT, di bawah

    Rolling Plan Kedua RMKe-12, untuk membina kampus

    baharu Politeknik Melaka.

    209. Menyentuh pendidikan 2021, Bantuan TAPEM diberikan

    kepada 3,000 orang pelajar B40 untuk memulakan

    persekolahan, berjumlah 450 ribu ringgit.

    210. Manakala Insentif Anugerah Pelajar Cemerlang bagi

    peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM bernilai

    127,600 ringgit.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    TERAS KELIMA: SEJAHTERA

    211. Sejahtera adalah Teras terakhir dalam misi Kerajaan Melaka

    dan bajet ini, bertujuan menghidupkan persekitaran negeri

    terbersih, terindah, lestari, selamat dan nilai kekitaan atau

    sense of belonging serta ekonomi, yakni, taraf hidup rakyat

    yang berkualiti, sejahtera dan lebih baik untuk didiami.

    STRATEGI KESEMBILAN: MEMPERKUKUH KERAJAAN

    TEMPATAN

    Pencapaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    212. Laporan Indeks Kebahagiaan MURNInets KPKT

    merekodkan, Bandar Melaka dan Jasin tersenarai dalam 10

    Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi 2019.

  • 74 BELANJAWAN 2021

    213. Manakala, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, telah

    memperoleh status Bandar Paling Mampan di Malaysia.

    214. Terkini, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis

    Perbandaran Alor Gajah, telah diiktiraf antara 5 PBT terbaik

    di Malaysia dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan

    atau SDG, Bandaraya Melaka.

    215. Pada 5 November lalu, kesemua 4 PBT di Melaka, telah

    berjaya mendapat penarafan 5 bintang daripada KPKT,

    meliputi aspek pengurusan, perkhidmatan teras kepada

    rakyat, pengurusan pelanggan dan penglibatan komuniti,

    daripada 101 PBT di seluruh Malaysia.

    216. Atas pencapaian membanggakan ini, bersamalah kita

    ucapkan syabas kepada keempat-empat PBT Negeri Melaka!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Komuniti Hab

    217. Selanjutnya, PBT di Melaka akan mewujudkan sekurang-

    kurangnya satu Komuniti Hab bagi membudayakan komuniti

    berdaya saing, di kawasan pentadbiran masing-masing,

    penekanannya kepada golongan miskin bandar, asnaf dan

    B40.

  • 75 BELANJAWAN 2021

    Kebersihan Dan Keceriaan

    218. Bagi mengembalikan Melaka sebagai negeri yang paling bersih

    suatu ketika dahulu, kita akan melakukan transformasi

    besar bagi merealisasikan hasrat tersebut seperti, menceria

    dan mengindahkan Melaka menjadi negeri dalam taman, ibarat

    ‘Negeri cantik seribu bunga’.

    219. Justeru, kita akan perhebatkan kempen kebersihan

    antaranya, membersihkan longkang, parit, mengubah lanskap

    dan memulihara sungai-sungai yang terdapat di Melaka.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Keselamatan

    220. Penglibatan badan-badan beruniform seperti PDRM,

    KASTAM, IMIGRESEN, BOMBA, APM dan agensi-agensi

    lain dalam operasi bersepadu bersama PBT sering

    dilaksanakan, bagi memastikan tahap keselamatan serta

    ketenteraman masyarakat terjamin.

    221. Misalnya, Jabatan Operasi Bersepadu oleh Jabatan Alam

    Sekitar, Imigresen dan PDRM bagi pemeriksaan Campsite

    penginapan pekerja asing Kuala Sungai Baru.

  • 76 BELANJAWAN 2021

    222. Selain itu, bagi meningkatkan keselamatan rakyat, Kerajaan

    Melaka bersetuju meluluskan sumbangan seribu ringgit

    kepada setiap Skim Rondaan Sukarela pada 2020, yang

    berdaftar dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

    Nasional.

    223. Di perspektif lain, kita menghargai jasa bekas Pegawai Waran

    2 tentera, Encik Jantan bin Baba. Beliau bukan sahaja

    pernah menembak mati 7 komunis, malah diberi

    penghormatan memegang cokmar semasa pengisytiharan

    Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

    224. Beliau kini uzur, namun sedang menyaksikan Belanjawan ini

    secara facebook live. Saya doakan semoga panjang umur dan

    sama-samalah kita beri penghargaan kepada Encik Jantan!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    STRATEGI KESEPULUH: MENERUSKAN INSENTIF KEBAJIKAN

    RAKYAT

    225. Kebajikan rakyat sangat dekat dalam lubuk hati saya, dan

    sentiasa diambil berat oleh Kerajaan Melaka.

    226. Pendekatan kami jelas, “kita setiap hari bertemu dengan

    rakyat,... kita dengar keluhan mereka,... kita selami denyut

    nadi dan perasaan mereka,...

  • 77 BELANJAWAN 2021

    semestinya saya pastikan bahawa,... tiada mana-mana

    golongan pun terpinggir, daripada menerima bantuan dan

    manfaat, atas prinsip, ‘NO ONE IS LEFT BEHIND’.”

    Menaik Taraf Bas Percuma Kepada Asnaf dan OKU

    227. Atas komitmen itu, kepada golongan OKU dan fakir miskin,

    kita akan menaik taraf perkhidmatan 3 buah bas percuma,

    untuk laluan ke MITC, Hospital Melaka dan UTC di Jalan Hang

    Tuah.

    Bantuan Susu Formula Pesakit Terlantar, OKU, dan Warga Emas

    228. Selanjutnya, kita bersetuju memperuntukkan sejumlah 1.7

    juta ringgit bagi Program Bantuan Susu Sebagai Makanan

    kepada pesakit terlantar, OKU dan warga emas melibatkan 361

    orang penerima.

    Bantuan Lampin Pakai Buang Dewasa

    229. Bagi menampung kos perbelanjaan lampin pakai buang

    dewasa, dari Jun hingga Disember 2020, hampir 800 ribu

    ringgit diperuntuk, memanfaatkan 2,240 orang penerima.

    230. Justeru sukacitanya saya umumkan, bantuan ini kita akan

    diteruskan pada tahun 2021.

  • 78 BELANJAWAN 2021

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Sagu Hati Nelayan Berdaftar

    231. Sememangnya, kebajikan semua nelayan menjadi keutamaan

    kita. Bagi meringankan beban mereka, kita memperuntukkan

    1.48 juta ringgit bayaran sagu hati secara one-off, kepada

    lebih 1,100 nelayan berdaftar di Melaka.

    232. Jumlah yang akan diterima nelayan adalah 2 ribu ringgit bagi

    pemilik sampan, dan 250 ringgit pula bagi awak-awak.

    233. Selain itu, bagi memudahkan laluan keluar masuk bot

    nelayan, Kerajaan Melaka turut melaksanakan projek

    mendalamkan Muara Kuala Sungai Baru dan Sungai Punggor,

    masing-masing berjumlah 12 juta dan 8 juta ringgit.

    Caruman PERKESO Buat Pengayuh Beca, Pemandu Teksi dan

    Kereta Sewa

    234. Selanjutnya, Kerajaan Melaka bersetuju menaja caruman

    PERKESO buat 325 pengayuh beca dan 805 pemandu teksi

    serta kereta sewa di seluruh Melaka. Peruntukan hampir 200

    ribu ringgit bagi tempoh setahun juga disediakan untuk Skim

    Keselamatan Pekerjaan Sendiri.

  • 79 BELANJAWAN 2021

    235. Sebagai sokongan kepada ‘abang-abang’ beca, saya

    menggalakkan agar, kita semua boleh “round-round bandar

    Melaka” menaiki beca, sambil bersantai bersama keluarga.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Pembukaan Akaun SSPN-i Anak Kelahiran Melaka

    236. Jika tadi, saya umumkan 150 ringgit kepada bayi yang

    lahir pada hari ini sahaja. Selain hari ini, kita akan

    teruskan pemberian, kepada semua bayi yang lahir di

    Melaka, melalui Akaun SSPN-i, berjumlah 50 ringgit setiap

    bayi.

    Rebat Denda Lewat Pembayar Cukai

    237. Kerajaan Melaka turut menawarkan pengecualian denda

    lewat sebanyak 50 peratus, kepada semua hakmilik berstatus

    individu di seluruh Melaka, dalam tempoh 21 September

    hingga 31 Disember 2020.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    STRATEGI KESEBELAS: MENYANTUNI ISU-ISU RAKYAT

    Banjir

    238. Seperti saya sebutkan tentang banjir diawal ucapan, kita

    sentiasa proaktif melaksanakan kerja-kerja, bagi

    mengurangkan risiko banjir di Melaka.

  • 80 BELANJAWAN 2021

    239. Tahun 2020 misalnya, sebanyak 125.96 juta ringgit

    diperuntukkan, melibatkan 107 projek kerja-kerja

    penyelenggaraan sungai, projek jangka pendek dan jangka

    sederhana.

    240. Dalam RMKe-12 Tahun 2021-2025, Kerajaan Melaka

    mengemukakan tiga cadangan projek baharu kepada

    Kementerian Alam Sekitar dan Air iaitu:

    (i) Projek Pemuliharaan Sungai Udang anggaran kos

    25 juta ringgit;

    (ii) Projek Pemuliharaan Sungai Selandar, anggaran

    kos 15 juta ringgit; dan

    (iii) Kajian Semula IRBM Lembangan Sungai Linggi

    anggaran kos 1.5 juta ringgit.

    241. Kerajaan Melaka juga berhasrat membina lebih banyak

    tadahan air di kawasan taman-taman perumahan, bagi

    mengatasi masalah banjir.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Peluang Pekerjaan

    242. Bagi menangani hal pengangguran dan peluang pekerjaan,

    PERKESO memberi reskilling atau upskilling, melalui

    Program Insentif Pengambilan Pekerja atau Penjana

    Kerjaya.

  • 81 BELANJAWAN 2021

    243. Insentif berjumlah 600 ringgit hingga seribu ringgit,

    diberikan kepada majikan yang menggaji perantis dan

    penganggur termasuk golongan OKU serta tenaga kerja

    berusia.

    244. Setelah menganjurkan Karnival Penjana Kerjaya Melaka

    CareerTrans2020 pada 18 dan 19 Ogos 2020, merekodkan

    kehadiran 4,357 job seekers, Kerajaan Melaka bersama

    PERKESO berjaya membantu 1,073 orang mendapat

    pekerjaan.

    245. Untuk mendatang, selepas perincian, employment hub atau

    MeHUB bakal ditubuhkan.

    246. Rentetan sambutan luar biasa daripada rakyat Melaka, melalui

    mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka saya

    memutuskan, Karnival Penjana Kerjaya Melaka pada skala

    yang lebih besar, di 3 daerah seluruh Melaka akan diadakan

    pada awal tahun 2021.

    247. Melalui Program Latihan Insentif Penjana Kerjaya, elaun

    latihan diberikan sehingga 4 ribu ringgit, bagi setiap pekerja,

    dengan permohonan dibuat melalui majikan.

  • 82 BELANJAWAN 2021

    248. Selain itu, Kerajaan Melaka melalui Pusat Pembangunan

    Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka atau

    MISDEC, telah menjalankan kursus jangka pendek,

    khususnya golongan B40 dan mereka yang diberhentikan

    kerja.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Kesihatan

    249. Akibat COVID-19, seluruh rakyat terpaksa membiasakan diri

    dengan The New Norm, bagi mengelakkan penularan wabak

    berbahaya tersebut dengan hashtag, “KitaJagaKita”.

    250. Melalui Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM, 1.2 juta

    ringgit diperuntukkan, untuk membeli peralatan perubatan di

    Hospital Melaka, yang dikhaskan untuk rawatan COVID-19.

    251. Selain itu, Klinik Kesihatan Batu Berendam, KK Masjid

    Tanah, KK Rembia dan KK Jasin turut menyediakan

    kemudahan saringan COVID-19 secara pandu lalu atau Drive-

    Thru.

    252. Secara keseluruhannya, Melaka mempunyai 3 buah Hospital

    Kerajaan, dan 32 buah Klinik Kesihatan. Akses

    perkhidmatan kesihatan ini sentiasa diperluaskan untuk

    kemudahan dan keselesaan rakyat seperti berikut:

  • 83 BELANJAWAN 2021

    • PERTAMA: Untuk jangka panjang, Kerajaan Persekutuan akan

    membina sebuah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, bernilai

    500 juta ringgit, dengan kapasiti 478 buah katil di atas tapak

    Institut Latihan Kejururawatan KKM sedia ada;

    • KEDUA: Menaiktaraf Bekalan Elektrik, Projek Retrofit

    Sistem Penyaman Udara Berpusat dan Wad Pediatrik di

    Hospital Melaka, dengan peruntukan 67 juta ringgit;

    • KETIGA: Klinik Kesihatan Simpang Bekoh, Jasin dilengkapi

    kuarters bakal dibina, dengan kos 27 juta ringgit;

    • KEEMPAT: Menaiktaraf Klinik Kesihatan Alor Gajah,

    dengan kos 1.2 juta ringgit. Manakala, 1.4 juta ringgit lagi

    akan diperuntukkan bagi kerja naiktaraf pada tahun 2021;

    • KELIMA: Selain itu, kita juga akan Membina Hospital Salam

    melalui inisiatif swasta di atas tapak lama Hotel Stadium Hang

    Jebat.

    253. Setakat 8 Disember 2020, tiada kes harian positif COVID-19

    didaftarkan. Ini menunjukkan, Melaka masih terkawal dan

    belum pernah sampai ke red zone setakat ini.

    254. Malahan sebelum ini, bagi pematuhan PKPB tertinggi, Melaka

    pernah menjadi antara 3 negeri terbaik di seluruh Malaysia.

  • 84 BELANJAWAN 2021

    255. Bahkan, netizen Puan Lee Yee Lan turut memuji

    perkhidmatan Hospital Besar Melaka, hingga mendapat respon

    positif daripada Tan Sri Ketua Pengarah KKM. Tahniah

    frontliners dan rakyat Melaka. Anda memang terbaik!

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Kemudahan untuk Belia

    256. Kerajaan Melaka sentiasa memastikan kemudahan sukan

    tersedia, untuk digunakan para belia, menjalankan aktiviti

    sosial masing-masing.

    257. Antara projek yang sedang dilaksanakan, menaiktaraf

    Kompleks Belia dan Sukan atau KOMBES, Ayer Keroh dan

    membina baru gelanggang sepak takraw di Kampung Orang

    Asli Bukit Sebang, Alor Gajah.

    258. Selari itu, Projek Menaiktaraf Kompleks Rakan Muda Alor

    Gajah bernilai 4 juta ringgit, dijangka bermula Disember

    2020.

    259. Selain itu, bermula awal 2021, kita akan membina Kompleks

    Sukan Jasin, dengan kos 10 juta ringgit.

  • 85 BELANJAWAN 2021

    260. Di samping itu, permohonan baharu di bawah RMKe-12, bagi

    membina Mini Stadium Masjid Tanah, dengan kos

    keseluruhan bernilai 30 juta ringgit. Projek ini dijangka

    bermula dari 2021 hingga 2023.

    261. Mengambil kira trend terkini dalam menyantuni anak-anak

    muda, sukacitanya saya umumkan, peruntukan tahunan

    berjumlah 200 ribu ringgit, bagi menganjurkan program

    berkaitan e-Sports.

    Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

    Bekalan Air

    i) Bekalan Air Mentah

    262. Kerajaan Melaka sentiasa komited dalam memastikan sumber

    air mentah mencukupi untuk keperluan asas pengguna.

    Beberapa pelan kontigensi jangka pendek sedang dan telah

    dilaksanakan:

    • PERTAMA: Operasi Pembenihan Awan menggunakan kaedah

    hydroscopic flare, di seluruh kawasan Lembangan Sungai

    Melaka, Lembangan Sungai Kesang dan Kawasan tadahan,

    bagi Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus serta

    Empangan Asahan.

  • 86 BELANJAWAN 2021

    • KEDUA: Notis dan sekatan terhadap pen