bani dan belang

7

Click here to load reader

Upload: belle-queen

Post on 04-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

strory

TRANSCRIPT

Bani Dan Belang

Bani dan keluarganya tinggal di pinggir sebuah hutan.Bani gemar bermain sendirian di kawasan hutan itu.Ibu,bolehkah saya pergi bermain di tepi hutan sana?Tanya Bani meminta kebenaran ibunya.Tidak boleh,Bani.Di sana bahaya kerana Belang selalu berkeliaran mencari makanan.Ibu takut kamu akan ditangkapnya,kata ibu Bani.Semalam pun ibu terdengar suara Belang dari arah hutan sana.Bani mencebik lalu berkata,Saya pergi sekejap saja,nanti saya pulanglah.Jangan,Bani!larang ibunya. Tanpa mengadahkan kata-kata ibunya,Bani terus melompat pergi.Selepas puas bermain dan melompat-lompat,Bani keletihan.Ia berhenti di bawah sebatang pokok.Letihnya.Dimana aku nak berehat?Bani memandang ke sekelilingnya.Ia ternampak satu lubang di pangkal pokok.Baik aku berehat di dalam lubang ini.Bani terus melompat masuk ke dalam lubang iitu.Tidak lama kemudian,ia pun terlena.Ketika itu juga Belang yang kelaparan sedang merayau-rayau di kawasan itu.Sudah seharian ia berjalan mencari makanan.Ah,letihnya.Sudah jauh aku berjalan,tapi masih tak jumpa makanan,keluh Belang.Di mana semua haiwan di dalam hutan ini pergi?Belang yang keletihan itu akhirnya tertidur di bawah pokok.Tiba-tiba Bani terjaga dari tidur.Lamanya aku tidur,kata Bani.Perut aku pun terasa lapar.Baik aku cari pucuk pakis di hujung sana.Bani terus melompat keluar dari lubang poko itu sambil menggeliatAah!Tanpa disedari,rupa-rupanya Bani telah mengejutkan Belang yang sedang lena.Hoi,berani kamu kejutkan aku!kata Belang dengan marah.Maafkan aku,Belang.Aku tidak sengaja,jawab Bani,ketakutan.Belang menderam menahan marah.Belang terus menerkaam kearah Bani.Tolonglah,Belang.Toonglah epaskan aku,Bani merayu kepada Belang.Ah,disebabkan kamu sudah kejutkan aku dan aku pula sedang lapar,lebih baik aku makan kamu sekarang!kata Belang.Nanti dulu,Belang.Aku kan kecil,kata Bani.Kalau kamu makan aku,kamu tetap akan lapar.Bukankah kamu pemburu yang hebat?Kamu pasti boleh menangkap haiwan yang lebih besar. Belang terdiam.Ah,kamu sengaja nak tipu aku!Dari pagi tadi aku mencari makanan,satu pun tak ada,kata Belang.Aku tak tipu.Semua haiwan tahu kehebatan kamu.Lagipun,tadi aku ternampak sekawan rusa di hujung sana,tidak jauh dari sini.Kamu tentu dapat menagkap salah seekor daripadanya,kata Bani. Bani berjaya memujuk Belang.Baiklah,kali ini aku lepaskan kamu,kata Belang.Tapi,kamu jangan muncul lagi di depan aku.Jika tidak, aku akan makan kamu.kata Belang.Terima kasih Belang,kata Bani.Bani yang masih ketakutan terus melarikan diri.Di rumah pula,ibu Bani menunggu kepulangannya dengan hati yang resah.Kenapa Bani masih belum pulang lagi?Hari sudah petang,keluh ibunya.Jangan risau.Sekejap lagi pasti ia akan pulang pulang,pujuk bapa Bani.Sementara itu,Bani tidak terus pulang ke rumahnya.Ia masih di dalam hutan itu mencari pucuk paku untuk dimakan. Tiba-tiba,Bani terdengar ngauman harimau.NGAUM, NGAUM,NGAUM.Itu suara Belang.Suaranya seperti dalam kesakitan,bisik Bani.Bunyi ngauman itu semakin lama semakin kuat.Baik aku pergi tengok,kata Bani.Tapinanti Belang akan makan aku.Apa yang aku perlu buat?Bani berfikir seketika.Bani bertekad untuk melihat apa yang berlaku.Perlahan-lahan,ia menuju kearah suara itu.Sebaik tiba di tempat itu,Bani medapati Belang berada di dalam perangkap.Belang keresaan.Belang,bagaimana kamu boleh terperangkap? Bani memberanikan diri bertanya kepada Belang.Semasa aku mencari rusa,aku ternampa seekor ayam hutan.Aku terus menerkamnya,kata Belang.Malangnya aku pula yang tertangkap.Tolonglah,aku tidak mahu ditangkap oleh pemburu.Bani ingin menolong Belang.Ia menggigit tal yang mengikat pada kayu perangkap itu sekuat hatinya.AKHIRNYAkayu perangkap itu pun terlepas!Belang terus merempuh keluar dari perangkap itu.Bani pula terduduk keletihan di pangkal pokok.Terima asih Bani,ucap Belang.Aku tidak sangka kamu sanggup menolong aku walaupun aku pernah mahu makan kamu,kata Belang.Bani tersenyum.Tidak mengapa.Kamu pun pernah melepaskan aku sebelum ini.kata Bani.Baiklah,mulai saat ini,kita bersahabat,Belang menghulurkan tangannya.Bani menyambut tangan Belang sambil tersenyum gembira.Belang pula sudah terlupa tentang perutnya yang lapar.Sejak itu,Bani dan Belang berkawan baik.Mereka sering bermain dan mencari makanan bersama-sama.