kerajaan bani ummayah

18

Upload: izzat-amir

Post on 14-Apr-2017

194 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerajaan Bani Ummayah
Page 2: Kerajaan Bani Ummayah

Penubuhan Kerajaan Bani Ummayah• Selepas Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia pada tahun

661M, pemilihan Pemerintahan Islam telah berubah daripada sistem syura kepada sistem warisan.

• Jawatan ketua pemerintah diwarisi secara turun-temurun atau dikenalli sebagai pemerintahan monarki(beraja).

Page 3: Kerajaan Bani Ummayah

Latar Belakang Kerajaan Bani Ummayah

Nama kerajaan Bani Ummayah diambil daripada sempena keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf .

Pemerintahan Bani Umaiyah berlaku berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah.

Penyerahan kuasa itu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam pada waktu tersebut daripada terus berpecah-belah.

Page 4: Kerajaan Bani Ummayah

Tahap Perkembangan Kerajaan Bani Ummayah

Tahap pertama (661-750 Masihi) Tahap Kedua (756-1031 Masihi)

Pengasas -Muawiyah bin Abu Sufyan

Pengasas-Abdul Rahman al-Dakhil @ Abdul Rahman

Pusat Pemerintahan -Damsyik

Pusat Pemerintahan -Cordova

Ibu Kota -Andalusia

Gelaran Pemerintah -Khalifah

Gelaran Pemerintah -Amir

Page 5: Kerajaan Bani Ummayah

Sumbangan Kerajaan Bani Ummayah

• Sumbangan Kerajaan Bani Ummayah dapat dilihat dalam enam bidang utama iaitu:-

a) Politikb) Ekonomic) Sosiald) Perundangane) Pendidikan f) Seni bina

Page 6: Kerajaan Bani Ummayah

Bidang Politik

• Memperkenalkan empat aspek utama pentadbiran, iaitu sistem khalifah, sistem wazarah, sistem urusetia dan sistem hijabah.

• Menubuhkan empat jabatan, iaitu, Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah.

• Memperkenalkan sistem ketenteraan dengan menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) untuk pertahanan negara.

• Kemudian diikuti dengan penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut.

Page 7: Kerajaan Bani Ummayah

Bidang Ekonomi

• Menubuhkan baitulmal bagi mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara.

• Menjadikan Cordovo sebagai pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

• Memajukan sektor pertanian melalui pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.

Page 8: Kerajaan Bani Ummayah

Bidang Sosial • Memajukan ilmu pengetahuan dan menjadikan Kota Basrah terkenal

sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. • Melahirkan ilmuwan terkemuka hasil daripada kegiatan pendidikan yang

pesat. Khalil ibn Ahmad – Bahasa dan fisiologi Arab Sibawayhi – Ahli nahu Arab Al Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabi’ah dan Jamil al-Uzri – Sasterawan Arab 8 • Menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi negara. • Memperkenalkan tanda bunyi atau baris pada tulisan Al-Quran. • Meningkatkan taraf kesihatan melalui pembinaan hospital pertama di

Damsyik. • Menterjemahkan buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu ke dalam bahasa

Arab. • Mengembangkan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi.

Page 9: Kerajaan Bani Ummayah

Bidang Perundangan

Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan Al-Quran, sunnah dan ijmak.

Hakim adil dalam penghakiman tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili.

Page 10: Kerajaan Bani Ummayah

Bidang Pendidikan

♤ Pusat pengajian tinggi yang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah diwujudkan. -Abad ke-10

♤ Pembinaan universiti dan perpustakaan oleh al-Hakam II yang menjadi rujukan masyarakat Eropah.

♤ Semasa pemerintahan Hakam, terdapat 17 pusat pengajian tinggi dan 70 perpustakaan di Andalusia.

♤ Pusat pengajian berkembang di Seville, Toledo, Granada.

♤ Pusat penterjemahan di Toledo berfungsi menterjemah karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab.

♤ Cordova pula menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dengan Eropah.

Page 11: Kerajaan Bani Ummayah

Kemegahan Masjid Cordoba Bukti Kejayaan Islam di Europe

Page 12: Kerajaan Bani Ummayah

Sumber pendapatan kerajaan:- Kharaj (cukai tanah) . Jizyah (cukai perlindungan diri bagi yang bukan islam). Zakat . Usyur (cukai 1/10 hasil pertanian diperolehi tuan tanah). Ghanimah (harta rampasan perang).

Penubuhan Baitulmal untuk membentuk sistem kewangan serta mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan negara.

Sebagai pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Aktiviti dijalankan di andalusia ialah:- Pembuatan barangan tembikar dan perhiasan daripada emas dan perak. Kilang membuat alatan senjata . Industri memproses barangan kulit.

Bidang pertanian berkembang dibantu oleh sistem saliran, penyelidikan benih berkualiti, dan cara penyuburan tanah.

Pembangunan kerajaan Bani Umaiyah berlaku secara menyeluruh dalam aspek sosial, politik, dan ekonomi hasil kebijaksanaan pemerintihannya.

Page 13: Kerajaan Bani Ummayah

Bidang Seni Bina

Pembinaan Masjid Cordova mempunyai menara sekitar 36 meter, kubah beralaskan ukiran kayu, memiliki 1293 batang tiang daripada

marmar serta 4700 buah lampu yang menggunakan 11 tan minyak setahun.

Page 14: Kerajaan Bani Ummayah
Page 15: Kerajaan Bani Ummayah
Page 16: Kerajaan Bani Ummayah

Kejatuhan Kerajaan Bani Ummayah

Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, telah berlaku penentangan dari dalam dan luar negara.

Faktor penentangan terhadap Kerajaan Bani Ummayah :- -Golongan mawali iaitu berbangsa Parsi dan Barbar menganggap mereka

telah didiskriminasikan kerana tidak mendapat jawatan yang layak dan dikenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan kepada orang Arab Islam.

-Para khalifah KBU ketika itu mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan ajaran Islam.

-Sistem warisan yang diamalkan ditentang oleh sebilangan orang Islam (Syiah & Khawarij).

Golongan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Bani Umaiyah memberi sokongan kepada Gerakan Abbasiyah yang akhirnya menumpaskan kerajaan tersebut pada tahun 750 Masihi.

Page 17: Kerajaan Bani Ummayah

Faktor Kejatuhan Bani Ummayah

Mengabaikan Ajaran Islam

Kemewahan Hidup YangMelalaikan Pemerintah

Wujudnya Kembali Perkauman dan Kabilah

Ketidakpuasan Hati Rakyat TerhadapCara Pemerintahan Pemerintah

Page 18: Kerajaan Bani Ummayah