bangunan bersejarah

9

Upload: hanna-hj-ibrahim

Post on 08-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: bangunan  bersejarah
Page 2: bangunan  bersejarah

Kepentingan Memelihara dan Mengekalkan Bangunan

Bersejarah di Negara Kita.

Page 3: bangunan  bersejarah

• Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambillangkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripadaWarisan Kebangsaan. Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan besejarah di negara kita

Page 4: bangunan  bersejarah

PENDAHULUAN

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengannama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilangperindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepashujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yangberhektar-hektar.

Page 5: bangunan  bersejarah

Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama adaStadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagiberfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagailapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlubangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapatpelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita

Page 6: bangunan  bersejarah

Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialahbangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atauperistiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa EdisiKeempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwapenting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yangditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapatdilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunanbersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang keranadengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarahMalaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda.

Page 7: bangunan  bersejarah

Sambungan perenggan 2

Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhanMelaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu GerbangPorta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, KotaCornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbaskembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapatmembuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di SemenanjungTanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

Page 8: bangunan  bersejarah

Perenggan 3

.Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perludiruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapatmemberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yangmempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunanbersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kitamenghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajarandaripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpamengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu.

Page 9: bangunan  bersejarah

• Sebagaicontohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapatdijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan,kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka.Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yanglain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudahdan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negarakita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan