bangsa membaca bangsa berjaya

2
Terima kasih peneraju acara, Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang sentiasa menegakkan tunjang keadilan, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, guru –guru, rakan – rakan dan hadirin yang dihormati. Selamat petang dan salam sejahtera. ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’. Begitulah mauduknya pidato saya pada hari ini. Sebelum meneruskan pidato, izinkan saya merungkai makna di sebalik tajuk ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke – 4, ‘bangsa’ membawa maksud jenis manusia dari satu asal keturunan manakala ‘membaca’ bermakna memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandungannya. Frasa ‘bangsa berjaya’ pula bererti manusia dari satu asal keturunan yang mencapai kemajuan. Sebelum melangkah lebih jauh, ingin saya jelaskan bahawa bangsa yang dirujuk bukan hanya tertumpu kepada satu – satu bangsa tertentu tetapi bangsa Malaysia secara keseluruhannya. Warga dewan yang dihormati, Tabiat membaca dewasa ini, terutama bahan bacaan ilmiah di kalangan masyarakat Malaysia masih di tahap yang belum boleh dibanggakan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara, hanya peratusan kecil sahaja masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya membaca iaitu secara purata kira – kira 2 buah buku dalam setahun. Buku merupakan bahan bacaan yang memberi skop yang paling luas untuk memperoleh ilmu, mengembangkan mentaliti dan kreativiti seseorang. Malangnya, rakyat Malaysia secara umumnya kurang berminat terhadap hal - hal seumpama ini. Daya fikir mereka sekadar selaras dengan gaya hidup turun – temurun. Kreativiti dan inovasi mereka turut sukar berkembang lantaran mereka mengamalkan sikap lebih mudah meniru daripada mencipta sesuatu yang baru. Sehubungan itu, janganlah kita menjadi bangsa yang hanya ‘menantikan nasi disajikan ke mulut’. Hadirin yang dihormati,

Upload: mohd-shadon

Post on 04-Jan-2016

1.420 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

contoh sahaja..

TRANSCRIPT

Page 1: Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Terima kasih peneraju acara, Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang sentiasa menegakkan tunjang keadilan, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, guru –guru, rakan – rakan dan hadirin yang dihormati. Selamat petang dan salam sejahtera.

‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’. Begitulah mauduknya pidato saya pada hari ini. Sebelum meneruskan pidato, izinkan saya merungkai makna di sebalik tajuk ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke – 4, ‘bangsa’ membawa maksud jenis manusia dari satu asal keturunan manakala ‘membaca’ bermakna memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandungannya. Frasa ‘bangsa berjaya’ pula bererti manusia dari satu asal keturunan yang mencapai kemajuan. Sebelum melangkah lebih jauh, ingin saya jelaskan bahawa bangsa yang dirujuk bukan hanya tertumpu kepada satu – satu bangsa tertentu tetapi bangsa Malaysia secara keseluruhannya.

Warga dewan yang dihormati,Tabiat membaca dewasa ini, terutama bahan bacaan ilmiah di kalangan

masyarakat Malaysia masih di tahap yang belum boleh dibanggakan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara, hanya peratusan kecil sahaja masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya membaca iaitu secara purata kira – kira 2 buah buku dalam setahun.

Buku merupakan bahan bacaan yang memberi skop yang paling luas untuk memperoleh ilmu, mengembangkan mentaliti dan kreativiti seseorang. Malangnya, rakyat Malaysia secara umumnya kurang berminat terhadap hal - hal seumpama ini. Daya fikir mereka sekadar selaras dengan gaya hidup turun – temurun. Kreativiti dan inovasi mereka turut sukar berkembang lantaran mereka mengamalkan sikap lebih mudah meniru daripada mencipta sesuatu yang baru. Sehubungan itu, janganlah kita menjadi bangsa yang hanya ‘menantikan nasi disajikan ke mulut’.

Hadirin yang dihormati,Cuba kita renung dan berfikir sejenak, apa yang bakal terjadi kepada

negara andai kata bangsa kita bukan semuanya celik huruf? Sudah pasti kita akan menjadi bangsa yang tidak bertamadun. Akan kekallah kita di negara dunia ke -3. Bangsa Malaysia seharusnya sedar bahawa dengan membaca, mereka mampu melengkapkan diri dengan segala khazanah ilmu pengetahuan yang amat berguna dalam kehidupan seharian.

Perubahan sikap minat membaca bergantung kepada masyarakat itu sendiri. Jika masyarakat mempunyai tabiat mencintai ilmu, fenomena kurangnya minat membaca bukan lagi satu masalah. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk memupuk budaya membaca agar suatu hari nanti masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang intelektual, berilmu dan berwawasan setanding dengan negara maju.

Page 2: Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Sidang hadirin yang dihormati,Hina kayu kerana reput, hina besi kerana karat, hina manusia kerana

cetek ilmu. Justeru itu, rakyat yang gagal menjadikan tabiat membaca sebagai gaya hidup akan menyebabkan negara mundur dan mudah pula ditindas oleh negara maju.

Ketika negara mencecah usia 53 tahun, saya yakin bangsa Malaysia mengimpikan kemajuan dan kemakmuran negara ini berkekalan. Oleh itu, sebelum mengundur diri, saya ingin menyeru kepada bangsa Malaysia agar menjadikan membaca satu amalan kerana ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’.

Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun.

Burung serindit terbang berkawan,Terbang hinggap di pohon nangka,Budaya membaca jadikan amalan,Bangsa membaca bangsa berjaya.

Sekian dan terima kasih.