bandar anda dan agenda tempatan 21

16
NAMA: NURUL JANNAH BINTI ARAJLE NO.MATRIK: A151918 Soalan: Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda. Tuliskan cadangan ringkas berserta gambar dan rajah-rajah. Kuala Selangor merupakan sebuah bandar yang terdapat di Selangor. Kuala Selangor juga merupakan salah satu daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Kuala Selangor terletak di zon utara Negeri Selangor. Bandar Kuala Selangor bersempadan dengan daerah Klang dan Petaling Jaya di bahagian selatan, Hulu Selangor dan Gombak di sebelah timur, Sabak Bernam di sebelah utara serta Selat Melaka di sebelah barat. Kuala Selangor merupakan kawasan yang kurang membangun dan tidak dikenali umum pada awalnya. Namun, kini, Kuala Selangor mula dikenali orang ramai yang terdiri daripada masyarakat tempatan dan juga pelancong-pelancong asing yang datang ke Kuala Selangor untuk melihat akan keunikan dan keistimewaan Kuala Selangor. Kuala Selangor mempunyai banyak kawasan sejarahnya yang tersendiri, tempat pelancongan dan kawasan perindustrian yang membangunkan kawasan tersebut. Berikut merupakan peta bagi daerah negeri Selangor dan lokasi pelancongan daerah Kuala Selangor.

Upload: nurul-jannah-arajle

Post on 07-Jan-2017

153 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bandar anda dan agenda tempatan 21

NAMA: NURUL JANNAH BINTI ARAJLE NO.MATRIK: A151918

Soalan: Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan

mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda.

Tuliskan cadangan ringkas berserta gambar dan rajah-rajah.

Kuala Selangor merupakan sebuah bandar yang terdapat di Selangor. Kuala Selangor

juga merupakan salah satu daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Kuala Selangor terletak di

zon utara Negeri Selangor. Bandar Kuala Selangor bersempadan dengan daerah Klang dan

Petaling Jaya di bahagian selatan, Hulu Selangor dan Gombak di sebelah timur, Sabak Bernam di

sebelah utara serta Selat Melaka di sebelah barat. Kuala Selangor merupakan kawasan yang

kurang membangun dan tidak dikenali umum pada awalnya. Namun, kini, Kuala Selangor mula

dikenali orang ramai yang terdiri daripada masyarakat tempatan dan juga pelancong-pelancong

asing yang datang ke Kuala Selangor untuk melihat akan keunikan dan keistimewaan Kuala

Selangor. Kuala Selangor mempunyai banyak kawasan sejarahnya yang tersendiri, tempat

pelancongan dan kawasan perindustrian yang membangunkan kawasan tersebut. Berikut

merupakan peta bagi daerah negeri Selangor dan lokasi pelancongan daerah Kuala Selangor.

Page 2: Bandar anda dan agenda tempatan 21

Peta 1: Peta Daerah Negeri Selangor.

(Sumber: http://www2.selangor.gov.my/kualaselangor.php/pages/view/98?mid=209)

Page 3: Bandar anda dan agenda tempatan 21

Peta 2: Peta Lokasi Pelancongan Daerah Kuala Selangor.

(Sumber: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2015/04/bukit-malawati-kuala-selangor.html)

AGENDA TEMPATAN 21

Sosial

1. Tempat Pelancongan.

Bandar Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan pusat pelancongan yang terdapat

di negeri Selangor. Kawasan-kawasan yang terdapat di bandar ini sering menarik

perhatian pelancong untuk berkunjung bagi melawat tempat-tempat bersejarah, tempat

Page 4: Bandar anda dan agenda tempatan 21

makanan eksotik dan kebudayaannya. Antara kawasan yang menjadi perhatian pelancong

untuk dikunjungi adalah seperti Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-

kelip Kampung Kuantan, Pantai Remis Sungai Sembilang, ‘Eagle Feeding’ di Pasir

Penambang, dan Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor.

Bukit Malawati merupakan tempat bersejarah di Kuala Selangor. Lokasi bukit

yang strategik dahulunya telah menjadi kawasan jajahan Belanda dan terdapat kesan-

kesan peninggalannya yang boleh dilawati. Antaranya ialah Makam Anak Dara, Makam

Diraja Sultan Salahuddin, Makam Diraja Sultan Ibrahim, Makam Diraja Sultan Mahmud,

Perigi Beracun, Tangga Seratus, Telaga Tujuh, Batu Hampar, Busut Melawati, rumah

api, tempat untuk melihat anak bulan, Meriam Penggawa, Bukit Belanda dan Kota

Melawati. Pengunjung boleh menggunakan khidmat kereta api kecil atau trem untuk

meronda-ronda di sekitar Bukit Malawati yang dibuka pada hujung minggu.

Taman Alam pula merupakan kawasan persinggahan burung-burung dari luar

negara dan juga tempatan yang berlaku sekitar bulan September hingga April setiap

tahun. Antara spesies burung tempatan yang ada ialah burung bakau, burung bangau,

ketitir, pekaka, raja udang, pucong, serandau dan helang bahu hitam. Burung-burung luar

negara yang akan mengunjungi kawasan tersebut untuk mencari makanan ialah purple

herow, reat eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic shrike, warbler dan purple

swamphen. Selain melihat burung-burung liar, terdapat juga aktiviti lain yang boleh

dilakukan seperti meredah hutan paya bakau. Terdapat banyak aktiviti dan kawasan yang

boleh dikunjungi bersama keluarga kerana setiap kawasan mempunyai sejarah dan

keunikannya yang tersendiri.

Page 5: Bandar anda dan agenda tempatan 21

(Sumber: http://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-kuala-selangor-best/)

2. Kaunter Perkhidmatan, Utiliti dan Kewangan

Perkhidmatan yang terdapat di Kuala Selangor ialah perkhidmatan pejabat pos dan bank.

Antara bank yang terdapat di kawasan tersebut ialah Maybank, CIMB Bank, Am Bank,

BSN, dan Bank Rakyat. Kewujudan pusat perkhidmatan bank dan pejabat pos ini dapat

membantu penduduk dalam melakukan penyimpanan, pengeluaran, pertukaran cek ke

wang ringgit, pembayaran bil dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga Perbadanan

Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menyediakan perkhidmatan membuat dan

Page 6: Bandar anda dan agenda tempatan 21

menukar kad pengenalan, surat beranak, sijil perkahwinan, dan sijil kematian. Terdapat

juga beberapa buah stesen minyak seperti stesen minyak Petronas, BHP, Petron, Caltex

dan Shell. Kuala Selangor juga mempunyai Perpustakaan Awam Daerah Kuala Selangor,

Telekom Malaysia berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

3. Pusat Kesihatan

Kuala Selangor mempunyai pusat kesihatan yang tersendiri. Antara pusat kesihatan yang

terdapat di kawasan Kuala Selangor ialah Klinik Kesihatan Kuala Selangor, Klinik

Kesihatan Ijok, dan Klinik Kesihatan Bestari Jaya. Selain itu, terdapat juga hospital untuk

wanita iaitu The Metro Maternity Kuala Selangor. Selain pusat kesihatan kerajaan,

terdapat juga pusat kesihatan swasta, klinik haiwan kerajaan dan klinik haiwan swasta.

Antara klinik swasta ialah Klinik Rosli, Klinik Mediviron dan Klinik Zaharin.

Page 7: Bandar anda dan agenda tempatan 21

Ekonomi

1. Perniagaan Makanan.

Di Kuala Selangor, perniagaan makanan yang menjadi buah mulut orang ramai sejak

mula pembukaannya sehingga kini ialah Karipap Gergasi Kuala Selangor, Cendol Bakar

Kuala Selangor dan Cendol Durian Borhan Kuala Selangor. Pada awalnya, perniagaan

tersebut hanya terletak di kawasan Kuala Selangor sahaja, namun kini perniagaan

tersebut telah berkembang dan mempunyai beberapa cawangan. Sehingga kini perniagaan

tersebut mendapat sambutan orang ramai yang sangat menggalakkan. Kedai-kedai

tersebut sentiasa dipenuhi dengan pengunjung dan kawasan tersebut menjadi padat

apabila tiba musim-musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu. Tambahan pula,

Cendol Bakar terkenal dengan perkhidmatan drive thru.

Page 8: Bandar anda dan agenda tempatan 21

2. Gedung Perniagaan

Kuala Selangor mempunyai banyak gedung perniagaan besar dan utama yang menjadi

tumpuan dan pilihan penduduk untuk membeli belah dan membeli barangan keperluan

harian. Antara perniagaan yang terdapat di Kuala Selangor ialah Tesco, Giant dan

Econsave. Terdapat juga perniagaan kenderaan seperti Modenas @ Perniagaan Motor

Sasaran Tasoon dan Perodua Kuala Selangor Motors Confidence.

Page 9: Bandar anda dan agenda tempatan 21

Lain-lain

1. Pendidikan

Kuala Selangor banyak menempatkan sekolah, kolej vokasional, kolej komuniti,

universiti dan sebagainya. Antaranya ialah sekolah kebangsaan, sekolah menengah,

sekolah jenis kebangsaan, Kolej Vokasional Kuala Selangor, INPENS International

College dan Universit Selangor.

Page 10: Bandar anda dan agenda tempatan 21

2. Infrastruktur dan Pengangkutan

Infrastruktur jalan raya di kawasan Kuala Selangor giat di naik taraf. Terdapat lebuh raya

yang menghubungkan Kuala Selangor dengan Kuala Lumpur dan kawasan lain iaitu

LATAR. Jalan raya di jambatan Kuala Selangor juga telah di baik pulih untuk

kemudahan pengguna. Setiap jalan raya yang menghubungkan sesebuah kawasan dengan

kawasan lain sama ada di kawasan kampung dan bandar telah di naik taraf dan dibaiki

untuk keselesaan pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini. Di Kuala Selangor juga

menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti bas dan teksi. Kuala Selangor

mempunyai terminal bas yang menjadi tumpuan penduduk yang ingin ke kawasan sekitar

dengan menggunakan perkhidmatan bas. Terdapat juga bas ekspres yang

menghubungkan Kuala Lumpur – Kuala Selangor – Sabak Bernam.

Page 11: Bandar anda dan agenda tempatan 21