majlis perjumpaan - jabatan kerajaan tempatan …...kpkt menerima lawatan daripada pihak clair...

24

Upload: others

Post on 25-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program
Page 2: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

PenasihatYBhg. Datin Maziah Binti Adnan

Ketua EditorVishalini Arumugam

Penolong Ketua EditorRita Binti Rasid

Sidang EditorialBahagian Dasar Dasar & Kemajuan Kerajaan Tempatan Bahagian Pembangunan & Hal Ehwal Kewangan PBTBahagian ICTBahagian Kampung BaruBahagian Kesihatan PersekitaranBahagian Penyenggaraan Fasiliti & Perparitan BandarBahagian Kawalan BangunanBahagian Perundangan dan Penyelidikan TeknikalBahagian Khidmat PengurusanUnit Integriti

Diterbitkan oleh:

Jabatan Kerajaan TempatanKementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan & Kerajaan TempatanAras 25-29, No. 51

Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PutrajayaTel: 03-8891 3000 Faks: 03-8891 3090

Laman web: http://jkt.kpkt.gov.myEmel: [email protected]

KANDUNGAN

SIDANG EDITORIAL

MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. DATIN KETUA PENGARAH DENGAN WARGA JABATAN KERAJAAN TEMPATAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

MESYUARAT MAJLIS NEGARA BAGI KERAJAAN TEMPATAN KE-68 (MNKT KE-68)

LAWATAN CLAIR SINGAPORE “JAPAN-MALAYSIA REGIONAL EXCHANGE PROMOTION PROGRAM 2014” KE KPKT

MESYUARAT PENYELARAN / LAWATAN PROJEK MY BEAUTIFUL MALAYSIA (MYBM) – MENCERIAKAN TANDAS AWAM DI PBT SELURUH MALAYSIA

BENGKEL PENGHARMONIAN DRAF GARIS PANDUAN MEWUJUDKAN HOTEL BAJET DARI BANGUNAN SEDIA ADA

MESYUARAT PEMURNIAN DAN SIGN-OFF PENGESAHAN SPESIFIKASI KEPERLUAN PENGGUNA (URS) SISTEM ePBT VERSI WEB

MESYUARAT JAWATANKUASA KANDUNGAN PENGURUSAN PORTAL PBT BIL 3 2014

PERSEMBAHAN PROJEK-PROJEK KIK OLEH MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN DI JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

SESI DIALOG PENGURUSAN JKT BAGI SPK MS ISO 9001:2008

MESYUARAT PERKONGSIAN ILMU PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN KANDUNGAN (CMS) PLONE

LATIHAN PENTADBIRAN PORTAL ePBT ONLINE SIRI 1

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

KURSUS TEKNIKAL DAN PERAKAUNAN SISTEM ePBT SIRI (2)

PERKONGSIAN ILMU “INTEGRITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN”

KURSUS TEKNOLOGI HIJAU UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

PROGRAM PEMERIKSAAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG TELAH MENGALAMI KEJADIAN BANJIR KILAT

PEMERIKSAAN KEMAJUAN KERJA DI TAPAK BAGI PROJEK RIVER OF LIFE

LAWATAN KE KOLAM RENANG DI BAWAH SELIAAN PERBADANAN PUTRAJAYA

CERAMAH “RAMADHAN DAN INTEGRITI”

KURSUS PEMBAIKAN KEROSAKAN JALAN UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2014

1

3

4

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

11

11

12

13

14

14

14

15

16

17

17

18

19

19

20

20

UtamaM/S

Peristiwa

Aktiviti JKT

PROGRAM: KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL KESELAMATAN CERUN

PROGRAM AUDIT AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

KURSUS PENGURUSAN PROJEK – PENILAIAN OUTCOME DAN IMPAK PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2014 – JABATAN KERAJAAN

KURSUS eMOHON DAN ePANTAU PORTAL eJKT

AKTIVITI PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROJEK BP1- MEMBINA MEDAN NIAGA CAMERON HIGHLANDS

PEMANTAUAN PROJEK KESELAMATAN JALAN TAHUN 2014

KURSUS MS ISO 9008 : 2001 TINDAKAN PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

PROGRAM KOMUNITI “JOM GANYANG AEDES” KG DEMIT DARAT, KUBANG KERIAN

SESI PENGUKUHAN DAN PENGENALAN KEPADA LEAN 5S

Page 3: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Dengan Warga Jabatan Kerajaan Tempatan adalah merupakan program yang diadakan bagi memberi peluang kepada warga Jabatan mendengar sendiri amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah selain medium untuk beramah mesra di kalangan semua warga Jabatan. Program yang diatur tiga kali setahun ini turut diadakan bersekali dengan program ceramah atau taklimat yang boleh memberi manfaat kepada semua warga Jabatan. Majlis Perjumpaan ini juga turut mengalu-alukan pegawai-pegawai yang baru melapor diri di Jabatan dan juga pemberian cenderahati penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah bertukar keluar dan bersara.

Pada 19 Ogos 2014 yang lalu, bersempena dengan Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Dengan Warga Jabatan Kerajaan Tempatan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Majlis PerjumpaanDENGAN WARGA JABATAN KERAJAAN TEMPATANDENGAN WARGA JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

PADA 19 OGOS 2014 DI DEWAN KRISTAL,ARAS B1, KPKT

YBhg. DATIN KETUA PENGARAHYBhg. DATIN KETUA PENGARAH

YBhg. Datin Ketua Pengarah bergambar bersama anak-anak yatim

Ucapan daripada YBhg. Datin Ketua Pengarah

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 1

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• UTAMA

Page 4: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jabatan Kerajaan Tempatan juga turut mengadakan pertandingan gerai tercantik dan menjemput anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al- Kausar, Bangi bagi memberi sumbangan kepada mereka. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh YBhg. Datin Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Sesi diakhiri dengan mengumumkan gerai tercantik yang telah dimenangi oleh Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Kewangan PBT.

YBhg. Datin Ketua Pengarah menyampaikan hadiahkepada pemenang gerai tercantik

YBhg. Datin Ketua Pengarah menyampaikan hadiah

kepada para pemenang gerai tercantik

Pada majlis tersebut, turut disampaikan satu taklimat mengenai Pelaksanaan OSC Versi 3.0 dan ePBT Versi Web oleh Puan Zurina binti Elyas daripada Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal dan Puan Anisyahayati binti Ismail dari Bahagian ICT, Jabatan Kerajaan Tempatan. Sesi taklimat yang diadakan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana warga Jabatan turut berpeluang bertanyakan soalan terus kepada penceramah mengenai isu yang sedang hangat diperdebatkan. Jabatan Kerajaan Tempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga KPKT dan anak-anak yatim yang telah memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerajaan Tempatan.

YBhg. Datin Ketua Pengarah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim

YBhg. Datin Ketua Pengarah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim

Salah satu gerai yang bertanding

YBhg. Datin Ketua Pengarah melawat gerai tercantik

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN2

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA •

Page 5: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

MESYUARAT MAJLIS NEGARA

Mesyuarat MNKT ke-68 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri telah diadakan pada 18 September 2014 bertempat di Dewan Persidangan ICU, Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Sebanyak 5 kertas kerja dan 2 kertas makluman telah dibentangkan. Mesyuarat MNKT ke-68 telah mempertimbang dan bersetuju dengan 4 kertas kerja berikut:

Bil Tajuk Kertas Kementerian/Jabatan1. Cadangan Garis Panduan Perancangan Perumahan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan

2. Cadangan Garis Panduan Perancangan Lorong Belakang

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3. Cadangan Undang-Undang Kecil Spa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

4. Cadangan Pelaksanaan Pengukuran Ke Atas Jajaran Utiliti Bawah Tanah Semasa Pemasangan

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

MNKT ke-68BAGI KERAJAAN TEMPATAN KE-68

YAB Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat MNKT ke-68

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 3

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• UTAMA

Page 6: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program 2014”.

Di pengerusikan oleh YBhg. Datin Ketua Pengarah, JKT. Pembentangan dari wakil JKT bertajuk “Brief Overview of The Current Situation and Issues of Local Administration in Malaysia”.

LAWATAN CLAIR SINGAPORE“JAPAN-MALAYSIA REGIONAL EXCHANGE PROMOTION PROGRAM 2014”

KE KPKT PADA 10 NOVEMBER 2014 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT AKUAMARIN, ARAS 29, KPKT

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN4

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA •

Page 7: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

– MENCERIAKAN TANDAS AWAM DI PBT SELURUH MALAYSIABahagian Penyelenggaraan Fasiliti dan Perparitan Bandar telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal projek My Beautiful Malaysia (MyBM). Sebanyak 5 negeri di bawah seliaan bahagian ini iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah dan Sabah.

Tempoh untuk menyiapkan projek ini adalah sehingga Disember 2014. Sehubungan itu, Bahagian ini telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi setiap negeri bagi memantau kemajuan kerja dan disamping melakukan pemeriksaan di tapak.

BIL NEGERI PBT BILANGAN PROJEK

1 MELAKA Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

36

2 Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

4

3 Majlis Perbandaran Jasin 6

4 Majlis Perbandaran Alor Gajah 16

5 JOHOR Majlis Perbandaran Batu Pahat 9

6 Majlis Perbandaran Kluang 3

7 Majlis Perbandaran Muar 9

8 Majlis Perbandaran Pasir Gudang

6

9 Majlis Daerah Kota Tinggi 7

10 Majlis Daerah Labis 7

11 Majlis Daerah Segamat 12

12 KEDAH Majlis Daerah Baling 2

13 Majlis Daerah Padang Terap 7

14 SABAH Majlis Daerah Keningau 5

15 Majlis Daerah Nabawan 5

16 Majlis Daerah Papar 1

17 Majlis Daerah Ranau 6

18 Majlis Daerah Semporna 3

19 NEGERI SEMBILAN

Majlis Perbandaran Port Dickson

22

20 Majlis Daerah Kuala Pilah 6

21 Majlis Daerah Rembau 17

JUMLAH PROJEK 189

Gambar Mesyuarat dan Lawatan Tapak

Jadual 1 menunjukkan negeri dan PBT yang terlibat.

MESYUARAT PENYELARAN / LAWATAN PROJEKMY BEAUTIFUL MALAYSIA (MYBM)

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 5

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• UTAMA

Page 8: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

DRAF GARIS PANDUAN MEWUJUDKAN HOTEL BAJETDARI BANGUNAN SEDIA ADA PADA 15 OKTOBER 2014 I-KPKT

BENGKEL PENGHARMONIAN

SPESIFIKASI KEPERLUAN PENGGUNA ( URS ) SISTEM ePBT VERSI WEB PADA 14 - 15 OGOS 2014 DI TAIPING GOLF AND RESORT

Para peserta sedang membincangkan kesesuaian Keperluan Pengguna yang dicadangkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Dalam gambar: kelihatan wakil MB Alor Setar, Kedah, MP Jasin, Melaka serta wakil MD Jerantut, Pahang.

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil pengguna system ePBT di PBT Semenanjung Malaysia yang melaksanakan Sistem ePBT.

DRAF GARIS PANDUAN MEWUJUDKAN HOTEL BAJETDARI BANGUNAN SEDIA ADA PADA 15 OKTOBER 2014 I-KPKT

BENGKEL PENGHARMONIAN

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan kepada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tentang prosedur mewujudkan Hotel Bajet dari bangunan sediada. Pada kebiasaannya kegunaan asal bangunan sediada yang mempunyai tangga tunggal yang akan ditukarguna ini adalah sebagai rumah kedai atau pejabat atau kedai/kediaman.

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk menambahbaik dan memperkemaskan proses pengeluaran lesen premis Hotel Bajet. Bagi pengwujudan hotel bajet dan pengeluaran lesen premis oleh PBT, setiap premis pendudukan perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua tangga sebagai laluan keselamatan kebakaran (tertakluk kepada jarak perjalanan) dan sistem pencegahan kebakaran bagi mematuhi syarat-syarat teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia *JBPM).

Peserta bengkel ini terdiri daripada ahli kumpulan kerja yang telah dilantik iaitu wakil-wakil SUK Negeri Melaka dan SUK Negeri Pulau Pinang, wakil-wakil PBT Negeri Melaka dan Pulau Pinang dari Bahagian Pelesenan dan Kejuruteraan, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), wakil Persatuan Hotel Bajet Malaysia dan wakil Kementerian Pelancongan Malaysia.

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN6

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA •

PERISTIWA •

Mesyuarat Pemurnian Dan Sign-Off Pengesahan

Page 9: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

PADA 17 OKTOBER 2014 DI HOTEL HOLIDAY INN GLENMARIE SHAH ALAMMesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs.Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Dr. Ab Rahman Bin Awang. Pengurus portal daripada 98 PBT hadir untuk mesyuarat kali ini. Selain mengenal pasti isu-isu berkaitan portal, mesyuarat turut mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli yang hadir bagi keperluan kandungan dan perkhidmatan baru portal terutama kepada orang awam.

DRAF GARIS PANDUAN MEWUJUDKAN HOTEL BAJETDARI BANGUNAN SEDIA ADA PADA 15 OKTOBER 2014 I-KPKT

Delegasi KIK daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah mengadakan persembahan sebanyak empat projek mereka di JKT. Sesi ini juga dapat menyediakan ruang kepada kumpulan-kumpulan KIK JKT untuk menimba ilmu dan pengalaman MPK dalam pelaksanaan projek KIK di JKT.

MESYUARAT JAWATAN KUASA KANDUNGANPENGURUSAN PORTAL PBT BIL 3 2014MESYUARAT JAWATAN KUASA KANDUNGANPENGURUSAN PORTAL PBT BIL 3 2014

DI JABATAN KERAJAAN TEMPATAN PADA 31 OKTOBER 2014 BERTEMPAT DI BILIK LATIHAN, ARAS 25, JKT

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 7

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• PERISTIWA

PERSEMBAHAN PROJEK-PROJEK KIK OLEH MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

Page 10: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

PADA 10 NOVEMBER 2014 BERTEMPAT DI BILIK LATIHAN, ARAS 25, JKTSesi ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang di bawah Program Kualiti JKT dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ab Rahman bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah, JKT.

PADA 27 - 28 OKTOBER 2014 DI THISTLE PORT DICKSON RESORT

Mesyuarat telah diadakan di Thistle Hotel Port Dickson bertujuan untuk mempelajari serta berkongsi ilmu berhubung Content Management System (CMS) Plone. Pihak BTM SUK Melaka telah sudi untuk bersama dalam perkongsian ini kepada wakil PBT yang hadir. CMS ini telah digunapakai di SUK Melaka pada portal rasmi SUK.

SESI DIALOG PENGURUSAN JKTBAGI SPK MS ISO 9001:2008

MESYUARAT PERKONGSIAN ILMU PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN KANDUNGAN (CMS) PLONE

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN8

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 PERISTIWA •

Page 11: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

PADA 13 OKTOBER 2014 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT ARAS 27

Pengajar sedang menerangkan fungsi skrin yang terdapat dalam Portal ePBT Online kepada peserta latihan. Dalam gambar: Pengajar dari syarikat pembangun Sistem dan wakil dari MD Tampin, Negeri Sembilan.

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• PERISTIWA

LATIHAN PENTADBIRANPORTAL ePBT ONLINE SIRI 1

PADA 4 NOVEMBER 2014LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANGLAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 9

Page 12: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

BAGI TAHUN 2014 PADA 27-29 OGOS 2014 BERTEMPAT DI DEWAN KRISTAL, ARAS B1, KPKT

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk:

• Memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan dan perluasan aplikasi Teknologi Hijau bagi menwujudkan persekitaran yang mesra alam;

• Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai peranan pelbagai agensi teknikal berkaitan;

• Berkongsi maklumat, bertukar-tukar pandangan dan memberi pendedahan serta pengalaman PBT yang telah melaksanakan pemasangan dan penyelenggaraan perangkap minyak.

Jumlah peserta untuk kursus ini adalah seramai 50 orang terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera, Juruteknik dan Pegawai yang terlibat secara langsung di PBT mengenai teknologi hijau.

Para peserta kursus dibawa melawat ke KLIA 2 untuk melihat contoh bangunan yang menggunakan teknologi hijau.

KURSUS TEKNOLOGI HIJAUUNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN10

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT •

Page 13: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

• AKTIVITI

Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kerajaan Tempatan Bil. 6 tahun 2014 telah diadakan pada 28 Oktober 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Akuamarin, Aras 29, JKT. Bersempena dengan mesyuarat tersebut satu sesi perkongsian ilmu bertajuk “ Integriti Dalam Pengurusan Kewangan” telah diadakan. Perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Puan Suraya binti Adnan, Penolong Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara.

Perkongsian Ilmu“Integriti Dalam Pengurusan Kewangan”

Perkongsian ilmu ini disampaikan kepada semua ahli mesyuarat seramai 33 orang yang terdiri dari 2 orang pegawai dari kumpulan pengurusan tertinggi, 22 orang kumpulan pengurusan dan professional dan 9 orang kumpulan sokongan. Perkongsian ilmu ini bertujuan memberi peringatan kepada pegawai-pegawai JKT mengenai peraturan-peraturan kewangan semasa yang perlu dipatuhi semasa membelanjakan wang awam serta melahirkan sikap tanggungjawab terhadap tugas yang dilaksanakan.

Melalui perkongsian ilmu ini pegawai-pegawai JKT sedar akan kepentingan dan akauntabiliti di dalam menguruskan wang awam dan dapat melahirkan pegawai-pegawai yang tinggi nilai-nilai murni.

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• AKTIVITI JKT

PADA 2-4 SEPTEMBER 2014 BERTEMPAT DI ILPKT KPKT

Penceramah jemputan sedang memberikan penerangan mengenai modul-modul dalam Sistem ePBT. Latihan dihadiri oleh pegawai-pegawai PBT yang melaksanakan Sistem ePBT.

KURSUS TEKNIKAL DAN PERAKAUNAN SISTEM ePBT SIRI (2)

KURSUS TEKNIKAL DAN PERAKAUNAN SISTEM ePBT SIRI (2)

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 11

Page 14: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

YANG TELAH MENGALAMI KEJADIAN BANJIR KILAT

Tujuan pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk memastikan maklumbalas laporan kejadian banjir kilat adalah selaras dengan maklumat di lokasi lawatan dan memeriksa sistem perparitan di kawasan terlibat dengan kejadian banjir kilat yang berulang daripada tahun 2009 hingga 2013 serta mengenalpasti kerugian dan pembaikan oleh PBT.

Selain itu, pemeriksaan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti punca kejadian banjir kilat tersebut samada disebabkan oleh hujan lebat, longkang atau parit tidak diselenggara, longkang atau parit perlu dinaiktaraf, faktor pembangunan di kawasan berhampiran, tiada kolam dan lain-lain.

Sebanyak 10 lokasi yang telah diperiksa bermula dari Ogos sehingga Oktober 2014.

PROGRAM PEMERIKSAAN SISTEM PERPARITANDI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN12

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT •

Pemeriksaan sistem perparitan di MB Shah Alam pada 21 Ogos 2014.

Pemeriksaan sistem perparitan di MP Klang pada 2 September 2014.

Pemeriksaan sistem perparitan di MP Subang Jaya pada 2 September 2014.

Page 15: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

PEMERIKSAAN KEMAJUAN KERJA DI TAPAK BAGIPEMERIKSAAN KEMAJUAN KERJA DI TAPAK BAGIPemeriksaan Kemajuan Kerja di Majlis Perbandaran Selayang telah dilakukan pada 29hb September 2014.

Tujuan pemeriksaan tersebut dilakukan adalah untuk memeriksa kemajuan kerja di tapak bagi projek ‘River of Life’.

Manakala pada 1hb Oktober 2014 pemeriksaan yang sama telah dilakukan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

PROJEKRIVER OF LIFE

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 13

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• AKTIVITI JKT

PEMERIKSAAN DI MPAJ

PEMERIKSAAN DI MPS

Page 16: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

DI BAWAH SELIAAN PERBADANAN PUTRAJAYAPada 4hb September 2014 satu lawatan ke kolam renang di bawah penyeliaan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah dilakukan.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengetahui sistem pengurusan kolam renang di PPj.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk :

• Mengenalpasti kaedah penyenggaraan kolam renang yang berkesan;

• Mengenalpasti cara pengurusan dan penjagaan kolam renang; dan

• Mendapatkan maklumat mengenai parameter kualiti air bagi kolam renang.

LAWATAN KE KOLAM RENANG

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN14

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT •

Bersempena dengan program perkongsian ilmu yang telah diadakan pada 18 Julai 2014 bertempat di Bilik Operasi, Aras 25, satu sesi ceramah bertajuk “Ramadhan dan Integriti” telah disampikan oleh Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Objektif Ceramah adalah seperti berikut:

• meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta mengenai kelebihan dan fadhilat Ramadhan; dan

• meningkatkan penghayatan peserta mengenai usaha mengukuhkan integriti sepanjang bulan Ramadhan.

Ceramah ini telah dihadiri oleh seramai 30 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kerajaan Tempatan. Ceramah ini turut menerangkan peranan individu dalam menunaikan ibadah puasa yang merupakan sebahagian dari rukun islam di samping menekankan perkara-perkara yang perlu diamalkan semasa menjalani ibadah puasa yang dapat meningkatkan sikap integriti dalam bulan Ramadhan dan seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Ceramah “Ramadhan dan Integriti”

UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2014

Unit Keselamatan Jalan, Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan telah berjaya menganjurkan Kursus Pembaikan Kerosakan Jalan Untuk Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014.

Objektif: Memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan dengan kaedah pengurusan penyenggaraan dan pembaikan jalan yang sistematik, berkualiti dan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

KURSUS PEMBAIKANKEROSAKAN JALAN

Tempat Kursus: Institut Latihan Perumahan & Kerajaan Tempatan, Bukit Tinggi, Pahang.

Tarikh Kursus: 3 – 5 September 2014

Page 17: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

LOKASI : TAMAN MEGAH JAYA, MAJLIS PERBANDARAN TAWAU, SABAH

Unit Kawalan Cerun dan Keselamatan Awam telah menerima permohonan khidmat nasihat teknikal keselamatan cerun dari Majlis Perbandaran Tawau (MP Tawau) pada 16 September 2014. Pegawai Bahagian Kawalan Bangunan (BKB) telah mengadakan aktiviti lawatan dan pemeriksaan tapak ke lokasi terlibat pada 28 Oktober 2014 bersama jurutera MP Tawau.

Hasil daripada lawatan tersebut pihak BKB telah mengambil data-data teknikal cerun dan gambar tapak untuk dibuat analisis dan laporan. Pegawai BKB juga telah mengadakan perbincangan khidmat nasihat teknikal bersama jurutera MP Tawau tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk tempoh masa terdekat dan jangka masa panjang.

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 15

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• AKTIVITI JKT

PROGRAM : KHIDMAT NASIHATTEKNIKAL KESELAMATAN CERUNPROGRAM : KHIDMAT NASIHATTEKNIKAL KESELAMATAN CERUN

Pegawai BKB dan MP Tawau sedang memeriksa keadaan cerun runtuh yang telah ditutupi dengan lapisan plastik.

Keadaan dinding konkrit yang telah gagal dan bergerak ke arah rumah yang terletak di bawah cerun.

Tapak asas dinding konkrit telah retak dantertolak keluar dari kaki cerun dan menutupi sistem parit kaki cerun.

Pandangan cerun runtuh dari bahagian bawah iaitu kawasan perumahan. Terdapat dua aras dinding konkrit yang dibina di

cerun bahagian atas perumahan.

Page 18: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menjalankan satu lawatan Audit Akses Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) di bangunan di bawah pemantauan Pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru yang hampir siap dan akan dikeluarkan CCC. Lawatan tersebut telah diadakan pada 4hb September 2014 di lokasi Kompleks Pentadbiran Jabatan Veterinar.

Tujuan lawatan Audit Akses Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dijalankan adalah untuk memastikan pematuhan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL 1984 On Building Requirements For Disabled Persons). Oleh itu, setiap pihak Berkuasa Tempatan yang mengguna pakai UKBS 1984 dikehendaki menguatkuasakan undang-undang ini dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan bagi golongan OKU disediakan berdasarkan kepada Malaysian Standard (MS). Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pihak yang terlibat dalam industri pembinaan agar kemudahan OKU dapat diterapkan dan diaplikasikan dalam semua projek pembangunan.

Penemuan audit ini mendapati berdasarkan pada Kelulusan Pelan Bangunan terdapat kemudahan akses Orang Kurang Upaya (OKU) seperti ramp, bilik air dan parkir OKU sepertimana ditunjukkan di dalam laporan bergambar.

DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

PROGRAM AUDIT AKSESORANG KURANG UPAYA (OKU)

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN16

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT •

Lokasi Parkir OKU di hadapan Bangunan Pentadbiran Veterinar

Perbezaan ketinggian aras ramp haruslah tidak melebihi 10mm mengikut MS 1184:2002 pg 6,

Klausa 5.1(c)

Kelengkapan peralatan bagi tandas OKU

Page 19: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

BPHEKPBT mengadakan Kursus Pengurusan Projek - Penilaian Outcome Dan Impak Projek Pembangunan Tahun 2014 pada 16 hingga 18 Jun 2014 bagi Siri 1 dan Siri 2 pada 17 hingga 19 September 2014 di Institiut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (ILPKT). Peserta-pesertanya terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang seramai 60 orang setiap siri.

Objektif mengadakan kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada PBT-PBT dan SUK serta membincang dan menyemak skop, rekabentuk, senarai kuantiti (BQ) projek.

PENILAIAN OUTCOME DAN IMPAK PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2014 – JABATAN KERAJAAN

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 17

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• AKTIVITI JKT

KURSUS PENGURUSAN PROJEK

BPHEKPBT telah mengadakan Kursus eMohon dan ePantau Portal eJKT untuk PBT pada 14 hingga 15 Oktober 2014 di Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (ILPKT) yang terdiri daripada PBT dan beberapa kakitangan Bahagian Pembangunan, JKT. Manakala pesertanya seramai 60 orang yang terdiri daripada dikalangan PBT dan SUK.

KURSUS eMOHON DAN ePANTAU PORTAL eJKT Tujuan Bahagian Pembangunan, JKT mengadakan kursus ini adalah untuk membimbing dan membantu PBT-PBT berkenaan sistem eMohon dan ePantau Portal eJKT yang baru diperkenalkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan. Sistem ini memudahkan PBT-PBT mengisi maklumat-maklumat permohonan peruntukan bagi projek pembangunan di negeri masing-masing. Sistem ini juga memudahkan Bahagian ini memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di dalam seliaan pegawai pemantauan.

Perasmian daripada YBhg Dr. Ab Rahman Awang, TKP(P)/JKT dalam Majlis Kursus Pengurusan Projek

Page 20: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

Lawatan tapak projek telah diadakan pada 29 September 2014 oleh Encik Othman bin Ali Baba dan Tn. Hj Mohd Shahrum bin Hj. Kadis.

AKTIVITI PEMANTAUAN

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN18

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT •

Pelaksanaan Projek BP1 - Membina Medan Niaga Cameron Highlands

Page 21: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 19

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014• AKTIVITI JKT

Pemantauan ProjekUnit Keselamatan Jalan, Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan Projek Menaiktaraf Jalan di bawah peruntukan Belanja Pembangunan (BP1) sebanyak RM 2.5 juta untuk tahun 2014. Berikut adalah lawatan pemantauan projek-projek tersebut bagi bulan Oktober 2014.

TAHUN 2014Keselamatan Jalan

PBT : Majlis Daerah TampinLokasi : Simpang Tiga Kampung Sri Gemas dan Jalan Di Hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Idrus, Tampin.Tarikh Pemantauan : 30 - 31 Oktober 2014

PBT : Majlis Daerah KerianLokasi : Jalan Permai, Taman Kerian Permai, Parit Buntar, dan Jalan Syed Thaupy, Bagan Serai, Perak Tarikh Pemantauan : 29 – 31 Oktober 2014

Tindakan Pencegahan dan PenambahbaikanJabatan Kerajaan TempatanObjektif:

• Pengenalan kepada aspek-aspek tindakan pembetulan ke atas ketidakpatuhan yang dikesan dalam Sistem Pengurusan Kualiti.

• Penyiasatan punca ketidakpatuhan

• Kaedah menganalisis Trend Ketidakpatuhan dan pengendalian Tindakan Pembetulan

• Penilaian dan cadangan Tindakan Pembetulan

• Keberkesanan cadangan Tindakan Pembetulan dan simpanan rekod yang bersistematik

• Sesi semakan dokumen MS ISO 9008 : 2001

KURSUS MS ISO 9008 : 2001Tempat Kursus : Bilik Latihan, Aras 25, JKT

Tarikh Kursus : 23 – 25 September 2014

Page 22: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

KG DEMIT DARAT, KUBANG KERIANPeningkatan Demam Denggi di Negeri Kelantan semakin membimbangkan dengan peningkatan lokaliti hotspot pada minggu ke 36 iaitu sebanyak 123 lokaliti hotspot di Kota Bharu. Justeru, Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) telah menganjurkan Program Komuniti ‘Jom Ganyang Aedes’ di Kg.Demit Darat, Kubang Kerian Kelantan pada 13 September 2014.

Program ini bertujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang morfologi nyamuk, punca demam denggi dan cara-cara mengenalpasti dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN20

Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT •

PROGRAM KOMUNITI “JOM GANYANG AEDES”

Sesi Pengukuhan danPengenalan Kepada LEAN

secara dekat di hati rakyat. Aktiviti utama adalah cari dan musnah tempat pembiakan Aedes dan pendidikan kesihatan dari rumah ke rumah. Program ini turut dapat penglibatan aktif 350 orang pelajar dan kakitangan dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM dan pelajar Ijazah Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh YB. Hj. Ahmad Baihaki b. Atiqullah, Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Kesinambungan program sebegini adalah amat penting. Justeru, Jabatan dan USM meneruskan kerjasama strategik bersama pihak USM. Pihak USM juga akan terus bekerjasama dengan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Kampung Demit Darat dan menjadikan kampung tersebut sebagai kampung angkat dan lawatan susulan dari rumah ke rumah akan diadakan berterusan.

Peserta :Jawatankuasa LatihanJawatankuasa PromosiJawatankuasa AuditKetua Zon 25Ketua Zon 26Ketua Zon 27Ketua Zon 28Ketua Zon 29

5STarikh Kursus : 13 – 14 Oktober 2014

Tempat Kursus : Bilik Latihan, Aras 25, JKT

Objektif : Memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan 5S JKT. Berbincang dengan Konsultan 5S JKT, Encik Lizuan bin Latif mengenai hala tuju program 5S JKT bagi tahun 2015. Beliau telah mencadangkan agar pendekatan JKT menjurus kepada Lean 5S.

Page 23: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

Ke Arah Mewujudkan PBT Yang Berdaya Saing, Dinamik dan Mapan Dalam Memberikan Perkhidmatan Perbandaran Yang Berkualiti.

Menyediakan Keperluan dan Khidmat Sokongan Bagi PBT Meningkatkan Kualiti Pengurusan Serta Membudayakan Tadbir Urus Yang Baik.

Kami komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan ia sesuai dan berkesan pada setiap masa selaras dengan visi dan misi Jabatan Kerajaan Tempatan. Kami juga komited untuk memenuhi semua objektif kualiti bagi memastikan ianya sentiasa sesuai dengan visi, misi dan objektif Jabatan.

1. Membantu membimbing dan menggalakkan PBT dalam merancang, mengawal dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke arah pembentukan masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan negara;

2. Menentukan PBT wujud sebagai unit-unit

Kerajaan Tempatan yang cekap dan berupaya dari segi pentadbiran dan kewangan agar mereka dapat menyedia dan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang moden dan bermutu untuk faedah dan kesejahteraan masyarakat tempatan yang ditadbirkan;

3. Menentukan PBT dapat memainkan peranan

yang aktif dan berkesan dalam pembangunan kawasan Bandar dan luar Bandar melalui pelaksanaan projek-projek prasarana, perniagaan dan separuh perniagaan dan menentukan aktiviti-aktiviti pembangunan peringkat PBT dijalankan mengikut kehendak-kehendak dasar-dasar Kerajaan yang berteraskan 1Malaysia: ˜Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”;

4. Menentukan PBT dapat memainkan peranan

sebagai Unit Pentadbiran Kerajaan yang berkesan dari segi mendapatkan penyertaan agensi swasta, NGO, CBO serta rakyat dalam hal ehwal tempatan;

VISI JKT MISI JKT

Dasar Kualiti

FUNGSI JKT5. Membentuk dan menjadikan PBT sebagai

Pihak Berkuasa perancangan yang berkesan, berkebolehan dan cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna di peringkat tempatan dengan mengikut perancangan yang baik dan sistematik bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan Bandar dan luar Bandar melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan; dan

6. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan

kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi Kerajaan yang lain di semua peringkat dalam segala hal berkaitan dengan dasar dan pentadbiran Kerajaan Tempatan.

Jabatan Kerajaan Tempatan

Page 24: Majlis Perjumpaan - Jabatan Kerajaan Tempatan …...KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda “Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program

Jabatan Kerajaan TempatanKementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan & Kerajaan TempatanAras 25-29, No. 51

Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PutrajayaTel: 03-8891 3000 Faks: 03-8891 3090Laman web: http://jkt.kpkt.gov.my

Emel: [email protected]