balfour declaration 1917

Upload: dannymaxwell

Post on 07-Jan-2016

246 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pengisytiharan Balfour dalam membentuk National Home of Jewish People.

TRANSCRIPT

1.0 Peranan British terhadap Penubuhan National Home of Jews1.1 Deklarasi BalfourDeklarasi Balfour telah diisytiharkan dan dipersetujui oleh Kabinet Perang British (British War Cabinet) pada 2 November 1917.[footnoteRef:1] Deklarasi ini wujud apabila British yang telah terpengaruh dengan pujukan Zionis telah menjalankan Deklarasi Balfour bagi menjamin kemasukan bangsa Yahudi ke Palestin. Deklarasi ini berjaya diwujudkan disebabkan oleh kebolehan mereka untuk melobi negara-negara dunia dan telah menyebabkan simpati kuasa besar pada waktu itu iaitu Britain untuk menyokong penubuhan sebuah negara untuk orang Yahudi di Palestin sehinggalah terbentuknya Balfour Declaration tersebut. [1: Jean Allain, International Law in The Middle East: Closer to Power Than Justice. United States of America: Ashgate Publishing Ltd., 2004, hlm. 77.]

Harapan Yahudi untuk membina negara mereka di Palestin jelas telah disokong oleh British dengan termeterainya perjanjian Balfour 1917 tersebut, iaitu semasa Perang Dunia Pertama masih berlangsung. Deklarasi ini dengan jelasnya menyatakan bahawa kerajaan Britain menyokong penubuhan negara untuk bangsa Yahudi di Palestin. Hal ini telah menunjukkan betapa pihak Britain akan bersungguh-sungguh dalam memastikan supaya negara untuk orang Yahudi tersebut wujud, walaupun secara hakikatnya majoriti masyarakat yang menduduki tanah Palestin itu adalah secara keseluruhannya orang Arab, yang majoritinya adalah Muslim dan sebahagian lagi Kristian.[footnoteRef:2] [2: Mohd.Roslan Mohd Nor, Konflik Israel-Palestin Dari Aspek Sejarah Moden dan Langkah Pembebasan dari Cengkaman Zionis, Journal of Al-Tamaddun 5 : 73-92. 2010, hlm. 76.]

Namun begitu, sebelum deklarasi tersebut diisytiharkan , pada 18 Julai 1917, Lord Rothchild, iaitu pemimpin Yahudi di London telah menulis surat kepada Arthur James Balfour, Setiausaha Luar British bagi menegaskan hasrat Zionis untuk menubuhkan National Home untuk bangsa Yahudi . Pada hari yang sama juga, draf rasmi Zionis telahpun tersebar dalam kabinet British , yang antara lainnya membincangkan mengenai pengiktirafan Palestin sebagai national home kepada bangsa Yahudi dan juga perkara yang berhubung denga organisasi Zionis.[footnoteRef:3] Selain itu, pada 2 November 1917 pula , sepucuk surat telah dikemukakan oleh Setiausaha Luar British , Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild iaitu seorang tokoh dan penaja gerakan Zionis [footnoteRef:4]. Surat ini juga telah ditulis dengan mendapat restu daripada Perdana Menteri Geogre Lloyd dan diluluskan oleh kabinet. Surat ini juga dikenali sebagai Deklarasi Balfour yang menyokong penempatan Yahudi di Palestin. Kandungan Deklarasi Balfour tersebut adalah seperti berikut: [3: Rhett.M.A, Quasi-Barbariansand Wandering Jews:The Balfour Declaration In Light of World Events, Unpublished PhD.Tesis, Washington State University., 2008, hlm. 193-194.] [4: Mohd Roslan Mohd.Nor,Nor Dalila Zakaria, Perancangan Zionis ke Arah Pembentukan Negara Israel, Jurnal Usuluddin 30: 227-250, 2010, hlm. 232.]

Dear Lord Rothschild,I have much pleasure in conveying to you , on behalf of His Majestys Goverment, teh following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to, and approved by, the Cabinet.His Majestys Goverment view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitatethe achievement of this object, it being clearly undersatand that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.I should be grateful of you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist Federation.Signed: Arthur James Balfour [footnoteRef:5] [5: Ermy Azziaty Rozali, Azmul Fahimi Kamariuzaman , Perang Dunia Pertama , Deklarasi Balfour dan Kesannya Terhadap Palestin, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia., 2011, hlm. 25.]

Menerusi Deklarasi Balfour 1917 ini, peristiwa ini jelas telah menunjukkan bahawa terdapat tiga pihak yang telah menjadi asas penting. Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan daripada isi kandungan deklarasi tersebut yang ada menyatakan tentang His Majesty s Goverment yang merujuk kepada kerajaan British ,the Jewish People pula merujuk kepada bangsa Yahudi atau pertubuhan Zionis dan the existing non-Jewish communities in Palestine yang merujuk kepada bangsa Arab di Palestin. Di samping itu, pengisytiharan deklarasi ini juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi daripada kerajaan British dalam membantu Zionis dalam merealisasikan cita-cita mereka untuk mengasaskan negara Yahudi di Palestin.

1.2 British menghantar tentera memerangi PalestinBritish telah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu memastikan impian bangsa Yahudi mewujudkan sebuah negara di Palestin tercapai. Usaha British ini telah dilaksanakan melalui penghantaran tentera British di bawah pimpinan Jeneral Edmund Allenby untuk memerangi Palestin. Peristiwa ini membawa kepada kejatuhan Palestin secara rasmi ke tangan orang bukan Islam pada zaman moden tersebut apabila British menjajah tanah tersebut. Hal ini bermula pada bulan Januari 1917, iaitu apabila pasukan British di bawah pimpinan Jeneral Allenby telah sampai di Palestin dan berjaya menawan perkampungan kecil di Rafah pada 6 Januari 1917. Pasukan tentera British ini memantapkan kekuatan tenteranya walaupun gagal dalam percubaan menawan Gaza . Pada 31 Oktober 1917 pula, pasukan tentera British ini telah memulakan serangan ke atas Beersheba dan akhirnya berjaya menawan Jerussalem pada 9 Disember 1917. Pegerakan secara taktikal yang telah disusun oleh Jeneral Allenby ini telah membawa kepada kejayaan British menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerussalem daripada pemerintahan Turki Uthmaniyyah.[footnoteRef:6] Dalam pergerakan Jeneral Allenby ini juga,terdapat beberapa penentangan yang melibatkan pertumpahan darah dalam menentang tentera Turki di bawah pimpinan Gamal Pasha. Peristiwa ini merupakan suatu peristiwa yang sangat bersejarah bagi tentera British yang berjaya menamatkan empat tahun pemerintahan Ottoman dan hampir mendominasi keseluruhan wilayah penduduk Muslim. [footnoteRef:7] Jeneral Allenby menyatakan bahawa now the crusade is over dengan angkuhnya.[footnoteRef:8] Berikutan kejayaan ini telah membawa kepada penguasaan secara langsung kuasa Eropah ke atas bumi Palestin.[footnoteRef:9] [6: Dov Gavish, A Survey of Palestine Under The British Mandate, 1920-1948, Oxon : Routledge Curzon., 2005 , hlm. 21. ] [7: Pappe,I, The Making oof the Arab-Israeli Conflict 1947-51, London and New York: I.B Tauris & Co.Ltd., 1994, hlm. 3.] [8: Mohd Roslan Mohd Nor, The Role of Zionist Movement Towards the Creation of the State of Israel, International Journal of West Asian Studies, 4 (2) : 55-70, 2012, hlm. 63.] [9: Ermy Azziaty Rozali, Azmul Fahimi Kamariuzaman, Perang Dunia Pertama, Deklarasi Balfour dan Kesannya Terhadap Palestin, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia., 2011, hlm. 23.]

Di samping itu, selepas peristiwa kejayaan British yang telah menguasai bumi Palestin ini berlaku, pada tahun 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama tercetus, secara rasminya Baitulmaqdis dan Palestin telah jatuh ke tangan British hasil daripada British berjaya menewaskan Empayar Islam Uthmaniyyah. Rentetan daripada penjajahan pihak British ini, bermaksud bermulalah perpindahan secara besar- besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari tahun 1918 sehingga tahun 1947. Tambahan lagi, selepas pendudukan bangsa Yahudi di Palestin ini , British juga telah menempatkan wakilnya di Palestin dan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.[footnoteRef:10] Kejayaan tentera British menawan Palestin telah membuka ruang kepada bangsa Yahudi untuk mendapatkan National Home mereka sepertimana yang diinginkan. [10: Mohd.Roslan Mohd Nor, Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel., Universiti Malaya: Akademi Pengajian Islam, 2010, hlm. 40.]

Rujukan JurnalErmy Azziaty Rozali, Azmul Fahimi Kamariuzaman . 2011. Perang Dunia Pertama , Deklarasi Balfour dan Kesannya Terhadap Palestin. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd.Roslan Mohd Nor. 2010 .Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Islam.

Mohd Roslan Mohd Nor.2012. The Role of Zionist Movement Towards the Creation of the State of Israel. International Journal of West Asian Studies. 4 (2) : 55-70.

Mohd Roslan Mohd.Nor,Nor Dalila Zakaria. 2010. Perancangan Zionis ke Arah Pembentukan Negara Israel. Jurnal Usuluddin 30: 227-250.

Mohd.Roslan Mohd Nor.2010. Konflik Israel-Palestin Dari Aspek Sejarah Moden dan Langkah Pembebasan dari Cengkaman Zionis. Journal of Al-Tamaddun 5 : 73-92.

Buku

Dov Gavish. 2005. A Survey of Palestine Under The British Mandate, 1920-1948. Oxon : Routledge Curzon.

Jean Allain. 2004. International Law in The Middle East: Closer to Power Than Justice. United States of America: Ashgate Publishing Ltd.