bahayanya dadah

4
DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa supaya suatu siasatan segera terhadap dalang di sebalik isu doping yang membabitkan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei. Beberapa bulan yang lalu, sampel A didapati positif terdapat kandungan bahan yang dilarang dan sampel juga B juga menunjukkan keputusan yang sama. DPPWP melalui ketua pemudanya Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin menyifatkan kes ini bukan sahaja mala petaka kepada Chong Wei malah rakyat Malaysia keseluruhannya. Yang berikut kenyataan penuh DPPWP: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati di atas musibah yang telah menimpa ke atas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei telah disahkan positif dalam ujian antidoping kerana menggunakan bahan yang terlarang jenis 'dexamethasone' Ini merupakan suatu malapetaka yang menimpa bukan sahaja kepada ikon sukan kesayangan tanah air tetapi juga turut dirasai bersama keperitannya oleh jutaan rakyat Malaysia. Justeru, DPPWP memohon jasa baik pihak yang bertanggungjawab seperti BAM untuk menyiasat latar belakang kejadian ini.

Upload: jae-luke

Post on 18-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sukan

TRANSCRIPT

Page 1: bahayanya dadah

DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa supaya suatu siasatan segera terhadap dalang di sebalik isu doping yang membabitkan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Beberapa bulan yang lalu, sampel A didapati positif terdapat kandungan bahan yang dilarang dan sampel juga B juga menunjukkan keputusan yang sama.

DPPWP melalui ketua pemudanya Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin menyifatkan kes ini bukan sahaja mala petaka kepada Chong Wei malah rakyat Malaysia keseluruhannya.

Yang berikut kenyataan penuh DPPWP:

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati di atas musibah yang telah menimpa ke atas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei telah disahkan positif dalam ujian antidoping kerana menggunakan bahan yang terlarang jenis 'dexamethasone'

Ini merupakan suatu malapetaka yang menimpa bukan sahaja kepada ikon sukan kesayangan tanah air tetapi juga turut dirasai bersama keperitannya oleh jutaan rakyat Malaysia. Justeru, DPPWP memohon jasa baik pihak yang bertanggungjawab seperti BAM untuk menyiasat latar belakang kejadian ini.

Datuk Lee Chong Wei telah beraksi atas pentas badminton di dalam mahupun di luar negara lebih seratus kali sepanjang karier beliau. Dan sepanjang itulah juga, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam ujian doping yang diadakan. Tiba-tiba, negara dikejutkan dengan kegagalan ujian doping Datuk Lee Chong Wei. Tanpa membuat sebarang spekulasi, DPPWP berharap kerajaan segera membuat siasatan yang mendalam bagi menangani isu ini.

Page 2: bahayanya dadah

DPPWP juga berharap tidak ada pihak saling menuding jari menyalahkan di antara satu sama lain. Biarlah pihak yang berwajib sama-sama menyiasat dan mencari punca di atas insiden yang mengaibkan ini. Jadikan ia sebagai iktibar. Biarlah ini merupakan insiden yang terakhir buat atlet negara dengan harapan tiada lagi insiden yang berulang selepas ini. DPPWP yakin insiden ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada altet negara yang lain yang sememangnya jujur dalam memartabatkan dan mengharumkan nama negara. Pihak yang berkenaan seharusnya sentiasa menjaga kebajikan para atlet bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Ia bukan sahaja mengaibkan negara malah turut memberi kesan kepada mental, maruah dan reputasi Datuk Lee Chong Wei. Bahkan dalam pengakuan beliau kelmarin, beliau menegaskan bahawa tidak pernah menggunakan bahan terlarang itu dalam sebarang kejuaraan yang disertainya.

DPPWP bersama rakyat Malaysia seluruhnya berdiri teguh di belakang Datuk Lee Chong Wei menyokong segala usaha demi memastikan nama beliau dibersihkan. Bagi DPPWP, Datuk Lee Chong Wei sentiasa dan akan terus menjadi wira dan ikon tanah air dalam bidang sukan. – HARAKAHDAILY

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=211772:siasat-segera-dalang-isu-doping-chong-wei&Itemid=2#ixzz3SRIRPMcs Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Beberapa minggu yang lepas, rakyat Malaysia digemparkan dengan pemain nombor satu badminton, Datuk Lee Chong Wei diuji positif untuk menggunakan bahan terlarang semasa Sukan Asia yang lepas. Pergi balik beberapa minggu sebelum itu, atlet kebangsaan dan pemenang pingat emas untuk acara wushu, Tai Cheau Xuen disingkirkan dan ditarik pingat emas beliau. Masing-masing diuji positif dengan bahan terlarang dexamethasone dan sibutramine. googletag.cmd.push(function() {googletag.display('div-gpt-ad-1400601790726-3');}); Dexamethasone diklasifikasikan sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping Sedunia (World Anti-Doping Agency) kerana sebagai bahan stimulan, dexamethasone dipercayai (dipercayai di sini bermaksud tiada data ketara mengenai efek bahan ini kepada prestasi sukan, tetapi kerana ia adalah bahan “tambahan”) boleh mengubah dan menaik taraf prestasi permainan. Bahan ini digunakan dengan meluas sebagai ubat anti-radang dan imunosupresif. Bahan ini digunakan untuk atlet-atlet yang mengalami kecederaan dan untuk proses rehabilitasi. Sibutramine juga diklasifikasikan sebagai bahan stimulan yang dipercayai (sama seperti di atas) boleh mengubah dan menaik taraf prestasi permainan. Sibutramine sebagai umum adalah bahan aktif dalam penokok diet untuk mengurangkan berat badan. Bahan terlarang? Seperti yang sudah disebut tadi, dexamethasone adalah ubat rehabilitasi dan sibutramine adalah bahan aktif dalam ubat-ubat atau penokok diet menguruskan badan. Mengikut bekas atlet kebangsaan dan kini ahli Majlis Olimpik Asia, Tan Sri M Jegathesan, ada tiga sebab seorang atlet mengambil dadah, dan di sini adalah penambahan sedikit dari tiga punca mengikut beliau: 1) Mereka memang mengambil dadah secara sedar untuk mengubah prestasi permainan; 2) Mereka diberi dadah oleh jurulatih mereka, secara sedar atau tidak sedar, dan 3) Mereka tidak tahu tentang bagaimana pemakanan dan pengambilan penokok diet mempunyai bahan-bahan aktif yang dilarang oleh Agensi Anti Doping Sedunia. Dalam kes ini, agak terang Lee dan Tai berada di kategori ketiga. Ini kerana fungsi umum sibutramin sebagai bahan utama penokok diet juga digunakan oleh atlet dari Kemboja, Yi Sophany, yang juga disingkirkan atas gagal ujian doping sibutramine, memberi kenyataan yang beliau menggunakannya untuk hal kecantikan daripada mengubah prestasi permainan. Hanya kes Lee agak pelik kerana dexamethasone tidak sepatutnya masih ada dalam sistem

Page 3: bahayanya dadah

selepas sebulan, tetapi perkara seperti ini boleh berlaku. Persiapan awal? Kejahilan atlet dan jurulatih dalam hal bagaimana dan apakah jenis makanan dan penokok diet mempunyai bahan dadah terlarang menunjukkan tiada komunikasi antara atlet, jurulatih, serta ahli sains sukan, psikologi sukan dan sains pemakanan dalam hal-hal “peribadi” seperti ini. “Dadah” tidak sahaja dalam bentuk pil atau serbuk seperti dalam filem-filem, tetapi juga dalam pemakanan harian kita. Atlet kebangsaan perlu mengambil tahu apakah bahan aktif dalam penokok diet mereka dan mengkaji adakah bahan-bahan yang mereka makan itu boleh mempengaruhi ujian dadah yang wajib dibuat oleh setiap atlet. Atlet dan juga jurulatih dengan bantuan mereka dari sains sukan, psikologi sukan dan sains pemakanan perlu mengambil tahu tentang perkara-perkara yang “runcit” seperti ini kerana ia akan menentukan bukan sahaja kedudukan pingat emas negara, tetapi juga maruah atlet dan negara yang tercemar akibat disingkirkan dan ditarik semula pingat kerana menggunakan bahan terlarang secara tidak sedar. Ini semua berbalik kepada persediaan dan persiapan setiap atlet kebangsaan dalam apa jua pertandingan. Adakah persiapan mereka benar-benar menyeluruh dari semua segi? Bukan sahaja dari segi persiapan fizikal dan mental, tetapi kini, perlu juga pada segi pemakanan dan diet. Mungkin juga sebelum menghantar atlet ke kejohanan, ujian dadah perlu dilakukan oleh pihak anti doping tempatan untuk memastikan masalah ini tidak berulang dan menasihati atlet dan jurulatih tentang bahan-bahan ini. Adakah ini salah KJ? Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau secara popular, KJ diserang dalam media sosial oleh peminat-peminat sukan negara tentang bagaimana perkara seperti ini boleh menjadi masalah (termasuk penurunan prestasi ditunjukkan oleh atlet-atlet kebangsaan secara keseluruhan, mengikut perspektif mereka yang mengkritik). Seperti persoalan di atas, adakah ini salah KJ? Jawapannya 'ya'. Ya, kerana sebagai seorang menteri yang ingin membawa pembaharuan dan mentransformasikan sukan negara, KJ perlu tahu perkara-perkara yang “runcit” seperti ini juga dan membuat sebuah pasukan untuk memberi kesedaran kepada para atlet dan jurulatih tentang pengambilan dan pengujian dadah. Ya kerana apakah yang dibuat oleh pegawai-pegawai psikologi, sains sukan, dan sains pemakanan (jika ada) dalam Institut Sukan Negara jika bukan untuk menilai semua aspek dalam pertandingan secara menyeluruh dan menaikkan taraf persediaan atlet negara ke pertandingan-pertandingan antarabangsa. Ya, kerana sebagai seorang “ketua”, KJ perlu mengambil tanggungjawab dan memastikan perkara-perkara ini tidak berulang lagi. KJ juga perlu berjumpa kedua-dua atlet secara peribadi, bukan yang lebih popular dari kedua mereka sahaja, dan menerangkan kepada mereka yang ini bukan salah mereka dan membantu proses mereka untuk kembali ke sukan masing-masing. Kesimpulan Artikel ini tidak ditulis untuk mengkritik kosong atlet, jurulatih, pegawai sains sukan, pegawai psikologi sukan, pegawai sains pemakanan dan KJ, tetapi untuk menerangkan kepada pembaca kenapa atlet kita diuji positif mengambil bahan terlarang. Orang ramai tidak faham konsep doping dan terus mengingatkan bahawa kedua atlet ini memang sengaja mengambil bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi permainan mereka. Terdapat juga komen-komen seperti mereka ini “penagih”, komen yang terhasil akibat tidak kefahaman mereka terhadap situasi ini. Dari perspektif yang lain, kita boleh mengetengahkan usul kepada Agensi Anti Doping Sedunia bahawa penggunaan dexamethasone dan sibutramine langsung tidak mengubah prestasi permainan atlet dan perlu dikeluarkan dari bahan-bahan terlarang. Sebuah usul boleh dibuat, dan jika negara-negara lain juga bersetuju, kedua bahan ini boleh dikeluarkan dari senarai bahan terlarang. Tetapi, ini juga untuk memberi kesedaran kepada atlet, jurulatih dan pegawai tambahan dalam Institut Sukan Negara untuk bekerjasama dan bekerja dengan lebih menyeluruh untuk memastikan persiapan atlet-atlet negara ke pertandingan antarabangsa menyeluruh dari semua aspek, dan memastikan kesilapan-kesilapan teknikal seperti ini tidak berlaku lagi. – 10 November, 2014. * Abdul Rahman Shah pembaca The Malaysian Insider. * Ini adalah pendapat perib - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/isu-doping-atlet-kita-penagih-abdul-rahman-shah#sthash.xp5PIY3r.dpuf