bahaya plastik

7
ULASAN JURNAL “ BAHAYA PLASTIK BAGI KEHIDUPAN” Kehidupan kita sangat sinonim dengan plastik. Dalam bekas air, pembungkusan makanan, perkakas dapur, barangan elektrik, permainan kanak-kanak, alat-alat tulis dan bermacam-macam lagi. Hal ini kerana, harganya yang murah, dan memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan bocor, tahan panas, mudah dibentuk malah lebih ringan berbanding logam. Beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur. ( Inggo Ecokid,2010) Penemuan plastik banyak membantu memudahkan kehidupan kita. Namun, penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini. Jika dibakar, ia akan menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. Meskipun ia banyak membantu kehidupan manusia, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak kita sedari. Bahan plastik akan berlaku tindakbalas kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan yang kita makan atau minuman botol yang diteguk (Faiz, 2012). Plastik sebenarnya tidak berbahaya kepada kita, tetapi bila ia mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil itu akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekas untuk mengisi minuman sebaliknya gunakan bekas logam tahan karat atau gelas.

Upload: syakir-maarif-bin-mastor

Post on 12-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Analisis jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: bahaya plastik

ULASAN JURNAL “ BAHAYA PLASTIK BAGI KEHIDUPAN”

Kehidupan kita sangat sinonim dengan plastik. Dalam bekas air, pembungkusan

makanan, perkakas dapur, barangan elektrik, permainan kanak-kanak, alat-alat tulis dan

bermacam-macam lagi. Hal ini kerana, harganya yang murah, dan memiliki kelebihan tersendiri

dari segi daya ketahanan seperti tahan bocor, tahan panas, mudah dibentuk malah lebih ringan

berbanding logam. Beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik

Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-

lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur.

(Inggo Ecokid,2010)

Penemuan plastik banyak membantu memudahkan kehidupan kita. Namun,

penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini. Jika dibakar, ia

akan menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. Meskipun ia banyak membantu

kehidupan manusia, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak kita sedari.

Bahan plastik akan berlaku tindakbalas kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang

dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam

tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan yang kita makan atau minuman botol yang

diteguk (Faiz, 2012). Plastik sebenarnya tidak berbahaya kepada kita, tetapi bila ia mengalami

perubahan suhu, BPA yang terhasil itu akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan

menggunakan bekas plastik sebagai bekas untuk mengisi minuman sebaliknya gunakan bekas

logam tahan karat atau gelas.

Kebanyakan botol minuman yang didapati di pasaraya hari ini menggunakan botol

plastik. Ada yang berpandangan, tidak mengapa jika digunakan sekali sejak ia dibotolkan di

kilang pengeluar minuman. Umumnya, berpendapat ia adalah botol pakai buang selepas

digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah

dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya ada di kalangan masyarakat kita

menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman panas kemudian dijadikan bekal ke

tempat kerja.

Page 2: bahaya plastik

Sebenarnya, pembentukan botol minuman bermula proses pemanasan. Dari tiub plastik

sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh

pengeluar minuman (Faiz, 2012). Perbezaanya, cuma pada bentuk botol jenis minuman bagi

syarikat pengeluar. Terbukti, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan

pada awalnya. Jika, ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, adakah terjamin botol itu

bebas BP-A? Fikir-fikirkan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Made Arcana dari Institut Teknologi Bandung,

bahan pewarna yang terdapat pada beg plastik berbahaya untuk kesihatan. Bahan pewarna

yang terdedah dengan cuaca panas akan terurai dan produk hasil tindak balas merupakan

pemangkin bagi kanser. Maka, dinasihatkan agar tidak meletakkan makanan bergoreng atau

makanan panas terus di dalam beg plastik. (Sharifah,2009)

Sehubungan dengan itu di Amerika, bekas tentera ketika perang Teluk pernah

menghidapi kanser prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Kajian dilakukan, bekas minuman

mereka yang dibuat oleh plastik terdedah dengan bahang kepanasan. Sejak kejadian tersebut,

pihak ketenteraan menggunakan bekas minuman dari logam untuk menggantikan plastik.

Namun, penggunaan plastik masih dibenarkan di khalayak umum. ( The Secret Medicines,

2012)

Kita tidak sepatutnya menggunakan plastik sejak dulu lagi dengan kesan bahayanya

terhadap kesihatan. Namun, adalah suatu yang mustahil kerana plastik sudah digunakan oleh

masyarakat sedunia dan tiada mana-mana pihak yang berani menyuarakan bahaya

penggunaan plastik.

Para peniaga sebenarnya mengaut keuntungan dengan kos pengeluaran yang murah

dengan adanya plastik. Belum lagi dikira, dari sudut keuntungan yang diperolehi oleh syarikat

atau kilang pembuatan plastik. Namun, kos pembuatan barang akan menjadi murah kerana

harga plastik yang murah, bahkan pengguna seperti kita mampu membeli barang yang hanya

berkualiti plastik berbanding yang menggunakan tin mahupun kaca.

Page 3: bahaya plastik

Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Ia

boleh terdapat di bawah mana-mana bekas plastik yang kita beli ( The Secret Medicines,

2012). Berikut antara jenis plastik yang anda perlu ketahui :

Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)

Botol air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia

mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik. Boleh digunakan sekali sahaja.

Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)

Botol detergen, karung sampah dan botol minyak enjin. Hanya plastik jenis ini dikatakan

mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali.

Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC) Botol

syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan dan paip. Ia sudah

diketahui sangat berbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi.

Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)

Plastik No. 5 - Polypropylene (PP) Botol

sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi dan penutup botol. Memerlukan suhu

yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab

kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba.

Plastik No. 6 - Polystyrene (PS) Bekas

polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa

balik atau 'tapau'. Polisterin adalah plastik yang berbahaya digunakan sebagai bekas makanan

tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga.

Plastik No. 7 - lain-lain

Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik

sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang berbahaya adalah

polikarbonat (PC).

Page 4: bahaya plastik

Plastik juga mencemarkan dunia kita, menyumbat saliran longkang, menghalang aliran

air sungai dan membunuh hidupan di laut. Disebakan lambat reput, iaitu memerlukan 100

hingga 500 tahun untuk lupus ia berupaya menyumbat saluran air dan menjadi salah satu

punca banjir besar yang mampu meragut banyak nyawa. Manakala apabila dibakar pula

memberikan implikasi terhadap alam sekeliling dan hidupan. Ada kajian yang menunjukkan

statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163

juta (Mohd Hazli,2010). Kuantititi yang banyak seperti itu, sepatutnya dikitar semula. Terbukti,

masyarakat kurang sensitiviti terhadap keadaan alam sekeliling tanpa mengambil pendekatan

yang serius. Walaubagaimanapun, di Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak mengambil inisiatif

mengadakan “Hari Tanpa Plastik” supaya dapat membantu pengawalan kepenggunaan plastik.

Selain itu, di kompleks membeli-belah, institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat produk

tempatan dan banyak lagi berusaha untuk mengurangkan atau tidak menggunakan plastik.

Memetik isu plastik menjadi agenda utama dalam pemuliharaan alam sekitar daripada

keratan akhbar Utusan Malaysia, (2010). Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS),

Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor memberikan ulasan mengenai penggunaan beg plastik di

Malaysia.

“Bukan penggunaan plastik menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan

tersebut yang memberi impak pada alam sekitar,”

Dr. Salleh juga mengatakan beg plastik mampu memberi ancaman paling besar jika

tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan pembuangan bahan plastik tersebut. Kata

beliau:

“Plastik memerlukan lebih daripada program kitar semula yang biasa dan teknologi yang

digunakan haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini”.

Membawa beg sendiri apabila membeli-belah juga memberikan banyak kelebihan

sebenarnya dan barangan kecil yang dibeli tidak perlu dibungkus menggunakan beg plastik.

Kita juga digalakkan membawa bekas sendiri apabila hendak membeli makanan yang biasanya

dibungkus. Terdapat juga pasar raya hyper merekacipta beg plastik yang akan terlerai sendiri

dalam masa beberapa bulan dan ia mengurangkan masalah sampah (Khadijah, 2011).

Page 5: bahaya plastik

Kelebihannya, kita tidak perlu menghabiskan masa membuka bungkusan satu persatu

dan sampah juga berkurangan. Membungkus makanan dalam bekas yang kita bawa lebih

terjamin dari aspek kebersihan kerana kita sendiri yang mencuci malah masa membeli juga

dapat dijimatkan.

Plastik memerlukan lebih daripada program kitar semula dan teknologi yang digunakan

haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini. Masalah yang kita hadapi sehingga sekarang

ialah kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat dan konsisten seperti yang berlaku

di beberapa negara Eropah yang menyarankan pengguna membawa beg sendiri sebagai ganti

beg plastik ketika membeli-belah. Di Australia Selatan juga telah melarang penggunaan beg

plastik untuk mengisi barangan yang dibeli. Larangan ini akan mengurangkan jumlah sampah di

tapak pelupusan, jalan-jalan, premis awam dan saliran air. Pengguna akan diberi beg

kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran.

Pembeli juga perlu menyediakan ‘green bags’, atau membayar 25 sen di kedai utama untuk beg

tersebut. Larangan ini berjaya mengurangkan 400 juta beg plastik daripada sampah di Selatan

Australia setiap tahun. (Khadijah, 2011).

Pihak yang bertanggungjawab telah berganding bahu, berhempas pulas merealisasikan

program-program supaya mengecapi aspirasi untuk menangani kemelut ini. Sebagai contoh,

apabila kita pergi ke pasar raya besar, kebiasaanya kita akan dikenakan bayaran sebanyak

RM0.20 bagi setiap beg plastik yang disediakan. Jadi cuba kita fikirkan bagaimanakah negara

kita akan mengalami kemelut ini sekiranya kita sendiri tidak menyokong usaha yang telah

dikuatkuasakan? Kita adalah pengguna dan kuasa membeli terletak kepada kita. Tidak perlulah

kita bersikap evasif kerana punca masalah ini timbul adalah kerana diri kita sendiri, maka kita

juga tidak mustahil untuk menyelesaikannya bak “kata pepatah tiada gunung yang tidak dapat

didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni”.