bahasa melayu pemahaman set 3

Upload: abdulrahman-abdullah

Post on 03-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    1/10

    SULIT

    UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

    BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

    SEPTEMBER

    50 minit Lima puluh minit

    tundA set 3

    (tujuan nak dapat A)

    =================================================================

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D. Bagi

    setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada kertas

    jawapan objektif yang disediakan.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan,padamkan tanda yang telah dibuat.

    Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

    ___________________________________________________________________________

    Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

    011 [Lihat sebelah]SULIT

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    2/10

    ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan

    jawapan A, B dan C, atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya ada satu

    jawapan yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian tandakan pada kertas jawapan.

    1. Pak Leman menggunakan _______________ piasu untuk memotong buahtembikai itu.

    A. sebatang

    B. sebuah

    C. sebilah

    D. sebentuk

    2. Perlawanan bola sepak itu terpaksa _____________ walaupun hujan lebat.

    A. ditangguhkan

    B. diteruskan

    C. diganti

    D. dipinda

    3. Roslah mengambil upah menjahit baju, ____________ dia juga menjaja nasi

    lemak untuk menambah pendapatan.

    A. oleh yang demikian

    B. tambahan pula

    C. mamun begitu

    D. di samping itu

    4. ________, awalnya awak sampai hari ini!

    A. Ah

    B. Oh

    C. Eh

    D. Cis

    5. Kemalangan ngeri di selekoh __________ itu berlaku pada awal pagi tadi.

    A. sudut

    B. tajam

    C. bulat

    D. hujung

    Soalan 6

    Berdasarkan gambar di bawah

    6. Hotel Seri Faja menganjurkan ____________ sempena menyambut ulang tahun

    hotel itu.

    A. pertandingan memasak

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    3/10

    B. pertandingan masakan

    C. pertandingan masaki

    D. pertandingan masak

    Soalan 7

    Perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris

    7. Pada hari terakhir, pengunjung ke pesta buku itu semakin ramai.

    A. surut

    B. turun

    C. kurang

    D. sedikit

    Soalan 8

    Lihat gambar di bawah

    8. Pantai Pulau Kapas adalah ___________ pantai tercantik di dunia.

    A. antara

    B. di antara

    C. daripada

    D. di

    9. Azli bangun _________ menjawab soalan yang diajukan oleh gurunya.

    A. atau

    B. tatkala

    C. sambil

    D. lalu

    10. Walaupun kaya dan berharta, Pak Malim seorang yang ______________.

    A. tangkai jering

    B. tangkai kerdas

    C. tangkai petaiD. tangkai emas

    11. Aziz menangis kerana matanya dimasuki se______ pasir.

    A. biji

    B. potong

    C. ketul

    D. butir

    12. Encik Ahmad ____________ menyiapkan kerjanya sebelum beliau bercuti pada

    hujung minggu ini.

    A. bertungkus-lumus

    B. bertungkus-tungkus

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    4/10

    C. berlumus-tungkus

    D. berlumus-lumus

    Soalan 13

    Berdasarkan gambar di bawah.

    13. Apakah nilai murni yang ditunjukkan oleh gambar di atas?

    A. hormat menghormati

    B. kasih sayang

    C. berdikari

    D. patriotik

    14. Beberapa ______ cendawan itu tumbuh di tepi ________ kolam.

    A. kakisebuah

    B. kuntum sebuah

    C. pokok.sebiji

    D. batang..sepetak

    15. Biarlah ________ mengarahkan para hulubalang menentang lanun-lanun itu,

    kata Bendahara Tun Mamat kepada Sultan Melaka.

    A. baginda

    B. betaC. hamba

    D. patik

    Soalan 16

    Berdasarkan gambar di bawah.

    16. Petir _____________ ketika hujan lebat itu.

    A. silang-menyilang

    B. sambar-menyambar

    C. kilau-mengilau

    D. sambar-menyilang

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    5/10

    Soalan 17

    Berdasarkan gambar di bawah.

    17. Marilah kita ___________ bersama-sama menjaga kebersihan kampung kita ini,

    kata Ketua Kampung Fajar.

    A. kita

    B. kami

    C. kamu

    D. mereka

    18. Milah suka makan buah-buahan tempatan _________ buah manggis.

    A. tetapi

    B. walhal

    C. melainkan

    D. padahal

    Soalan 19

    Berdasarkan gambar di bawah.

    19. Suasana _____________ di pasar minggu di hadapan rumahnya tidak

    melemahkan semangat Raju untuk mengulangkaji.

    A. hingar-bingar

    B. huru-hara

    C. kelam-kabut

    D. tunggang-langgang

    Soalan 20

    Lihat gambar berikut

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    6/10

    20. Azlan dan Ramjan berkawan sejak mereka kecil lagi. Hubungan

    mereka_____________

    A. bagai kacang lupakan kulit.

    B. pinang dibelah dua.

    C. kuku dan isi.

    D. air dicincang takkan putus.

    Soalan 21 dan 22

    Pilih soalan yang sesuai untuk jawapan di bawah.

    21. Pasukan yang menjuarai pertandingan bola jaring itu dari SK Seri Sentosa.

    A. Pasukan yang menjuarai pertandingan itu memenangi pingat apa?

    B. Pasukan manakah yang menjuarai pertandingan bola jaring itu?

    C. Benarkah pasukan SK Seri Sentosa yang menjuarai pertandingan itu?

    22. Remaja kini suka mundar mandir di bandar untuk menghabiskan masa.

    A. Di manakah remaja suka mundar mandir?B. Mengapakah remaja suka mundar-mandir di bandar?

    C. Adakah remaja kini suka mundar-mandir di bandar untuk menghabiskan

    masa?

    D. Remaja manakah yang suka mundar-mandir di bandar?

    Soalan 23 dan 24

    Pilih ayat kata ganda yang membawa maksud berulang-ulang.

    23. I. Mereka berpeluk-pelukan sebelum berpisah.

    II. Daun kelapa itu meliang-liuk ditiup angin.

    III. Lengan Ah Chong calar-balar dicakar kucing.

    IV. Kakak menangis tersedu-sedan sebaik menerima berita sedih itu.

    A. I dan III

    B. II dan IV

    C. II, III dan IV

    D. I, II dan IV

    24. I. Pak Lang terasa kepalanya berdenyut-denyut sejak pagi tadi.

    II. Kak Mah memasak sambil menyanyi-nyanyi riang.

    III. Ayah Azli bertugas sebagai mata-mata.IV. Kura-kura itu berjalan lambat.

    A. I dan III

    B. II dan IV

    C. III dan IV

    D. II dan III

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    7/10

    Soalan 25 dan 26

    Pilih ayat yang betul.

    25.

    A. Rahmat merupakan seorang pelajar yang paling terpandai di kelasnya.

    B. Sungai di tepi dusunnya sangat dalam.C. Semua para pelajar dikehendaki berkumpul di dalam dewan.

    D. Surat yang diterimanya itu dari kawannya yang berada di Kalumpang.

    26.

    A. Rumah yang dibina itu mempunyai ramai bilik.

    B. Mereka-mereka itu merupakan pakar dalam bidang bahasa.

    C. Pasukan itu terdiri dari bukan calang-calang orang.

    D. Semua murid berdiri di luar bilik darjah.

    Soalan 27 dan 28

    Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    27.

    A. Peserta Tahun 6 telah menyapu bersih hadiah yang dipertandingkan.

    B. Gambar yang diambilnya itu kelihatan bersih.

    C. Walaupun bersih wajahnya, dia tetap kelihatan sugul.

    D. Dia tidak mendapat markah bersih kerana tidak menjawab semua soalan.

    28.

    A. Bekas luka di tangan Ali masih kelihatan.

    B. Pak Long membawa dua bekas kayu api.

    C. Ali menyimpan duitnya di dalam bekas duit.

    D. Dia tidur di dalam bekas.

    Soalan 29 dan 30

    Pilih ayat yang sama maksud.

    29. Hanya pelajar yang layak sahaja mengikuti program itu, kata Guru Besar

    kepada pelajar tahun 6.

    A. Pelajar memberi tahu hanya Guru Besar yang layak mengikuti program itu.

    B. Guru Besar memberitahu hanya pelajar yang layak boleh mengikuti program

    itu.C. Guru Besar diberitahu hanya pelajar yang layak sahaja boleh mengikuti

    progrm itu.

    D. Program itu memang layak hanya untuk Guru Besar dan pelajar sahaja.

    30. Ibu menyuruh Salmi makan dengan sopan.

    A. Ibu, makan dengan sopan, kata Salmi.

    B. Ibu, Salmi makan dengan sopan. Katanya.

    C. Salmi, makan dengan sopan, kata ibunya.

    D. Makan dengan sopan. kata ibu Salmi.

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    8/10

    Soalan 31 hingga 35

    Baca dan fahamkan petikan berikut. Kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan.

    Gerangan Adi bersampan ke selat

    Tiba di sana terus disapa

    Jangan jadi sampah masyarakatHidup tidak disenangi oleh sesiapa

    Badang terkenal orang perkasa

    Setelah terjumpa pencuri ikannya

    Hidup biarlah berjasa

    Agar disenangi oleh semua

    Jambangan bunga di atas meja

    Disunting gadis si anak Mak Long

    Sumbangan kita kepada semua

    Biarlah hidup tolong-menolong

    Cantik sungguh si rama-rama

    Hinggap di menara tanpa ditemani

    Susah senang hidup bersama

    Barulah negara kita aman dan harmoni

    31. Apakah yang dimaksudkan dengan sampah masyarakat?

    A. Orang yang tidak berguna.

    B. Sampah yang bertaburan di sana-sini.

    C. Sampah yang dibuat oleh masyarakat.

    D. Orang yang mengutip sampah.

    32. Berikut merupakan hidup yang berjasa.

    A. Meminta-minta di kalangan orang yang berada.

    B. Memberi sesuatu mengharapkan balasan.

    C. Menyumbang dengan seikhlas hati.

    D. Membantu orang yang dikenali sahaja.

    33. Negara kita akan aman dan harmoni jika berikut dilakukan kecuali

    A. Hidup bermasyarakat.

    B. Tolong-menolong tanpa mengenal usia dan kaum.C. Menghormati sesama insan.

    D. Menderma jika kita diperlukan.

    34. Perkataan menara dalam petikan membawa maksud

    A. Binaan yang tinggi

    B. Universiti

    C. Gading

    D. Para-para

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    9/10

    35. Petikan di atas merupakan

    A. Pantun berkait

    B. Sajak

    C. Gurindam

    D. Pantun nasihat

    Soalan 36 hingga 40

    Baca dan fahamkan petikan berikut. Kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan.

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan Tuan Pengerusi Majlis, Guru

    Penolong Kanan, guru-guru, rakan-rakan serta yang diraikan Tuan Guru Besar, Cikgu

    Mohamad Ali bin Baharin. Terima kasih saya ucapkan kerana diberi peluang untuk berucap

    di majlis ini.

    Rakan-rakan sekalian,

    Hari ini adalah hari terakhir Cikgu Ali bersama kita. Beliau akan bertukar ke sekolah

    lain mulai hari esok. Selama setahun di sekolah ini, beliau telah mengajar kita dengan tekundan sabar. Nasihatnya akan selalu kita jadikan panduan.

    Di majlis ini, kami ingin memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan dan

    keterlanjuran kata dan perbuatan yang kami lakukan sepanjang cikgu mengajar tanpa kami

    sedari. Saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun;

    Kalau adasumurdi ladang,

    Bolehlah kita menumpang mandi,

    Kalaulah ada umur yang panjang,

    Bolehlah kita berjumpa dilain kali.

    Sekian terima kasih.

    36. Siapakah yang berucap?

    A. Wakil Guru Besar

    B. Wakil Guru

    C. Wakil Murid

    D. Wakil Pekerja

    37. Siapakah yang diraikan?

    A. Guru Besar

    B. Guru PenolongC. Murid-murid

    D. Pekerja Swasta

    38. Apakah yang akan dijadikan panduan?

    A. Kesalahan

    B. Peluang

    C. Nasihat

    39. Mengapakah kami memohon maaf?

    A. Kerana telah melakukan kesilapan.

    B. Bimbang jika ada kesilapan yang dilakukan tanpa disedari.C. Sengaja kerana selalu melakukan kesilapan.

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 3

    10/10

    D. Jumpa lain kali boleh minta maaf lagi.

    40. Sumurdalam petikan membawa maksud

    A. Ladang

    B. Kolam

    C. Tasik D. Dusun

    SOALAN TAMAT