bahasa melayu pemahaman tahun 5 april

17
NAMA : …………………………………………… Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian , tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 21 1. Ramlee dan Sudin adalah kawan baik. ______________ murid Tahun 5 . A. Kalian B. Kita C. Kami D. Mereka Soalan 2 berdasarkan gambar 1 Gambar 1 UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN UJIAN BULAN APRIL 2015 BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN) TAHUN 5

Upload: tilaka-vaty

Post on 06-Feb-2016

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm year 5

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

NAMA : ……………………………………………

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C,

dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.

Kemudian , tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada

kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 21

1. Ramlee dan Sudin adalah kawan baik. ______________ murid Tahun 5 . A. Kalian B. Kita C. Kami D. Mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

2. Kareena kelihatan begitu ayu apabila memakai _____________. A. blaus B. ceongsam C. baju kurung D. sari

Soalan 3-4 berdasarkan gambar di bawah

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

UJIAN BULAN APRIL 2015BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN)

TAHUN 5

Page 2: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

Gambar 2

3. Pak Sulaiman dan anaknya mengunjungi rumah Encik Tan __________ hari Tahun Baru Cina.

A. kepada B. di C. pada D. ke

4. Dengan _____________, Encik Tan menjemput mereka masuk ke dalam rumahnya.

A. tangan terbuka B. panjang tangan C. dalam tangan D. ringan tangan

5. “___________ , bergaya sungguh kamu hari ini! Kamu hendak ke mana?” tanya emak kepada abang.

A. Nah B. Eh C. Amboi D. Cis

6. ____________ kah jumlah penumpang yang boleh menaiki van itu?

A. Bagaimanakah

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 3: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

B. Berapa C. Siapa D. Mana

7. Datuk saya pandai menyanyi ______________ nenek saya pula pandai menyulam.

A. manakala B. serta C. lalu D. apabila

8. Penyakit kuku dan mulut telah menyebabkan _____________ ekor lembu di kampung itu mati. A. segala B. tiap-tiap C. berpuluh-puluh D. bertahun-tahun

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Ibu merebus beberapa ______________ jagung untuk kami sekeluarga. A. biji B. ketul C. tangkai D. tongkol

10. Puan Mariam _____________ telur ayam hasil daripada penternakan ayamnya ke negara-negara jiran.

A. mengimport

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 4: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

B. mengeksport C. mengambil D. menghulur

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Siew Ying sedang berehat di bawah sebatang pokok yang _____________

A. tinggi B. renek C. rendang D. panjang

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 5: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

12. Baju dan seluar Hafiz menjadi kotor ____________ dia terjatuh ke dalam longkang.

A. manakala B. kerana C. sambil D. lalu

13. Adik menangis apabila dimarahi oleh ayah. _______________ tangisannya reda apabila dipujuk oleh ibu.

A. Sebelum itu B. Kalau begitu C. Di samping itu D. Namun begitu

14. Penjual itu sedang ______________ sate di gerainya. A. membakar B. menggoreng C. merebus D. mengukus

15. Harga _____________ sate yang dijual oleh penjual itu lima puluh sen. A. secucuk B. sebatang C. sekaki D. sehelai

16. Syakinah terpaksa ____________ sekolah kerana mengikut bapanya yang

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 6: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

bertukar tempat kerja.

A. memindahkan B. dipindah C. berpindah D. pemindahan

17. Bungkusan ini _____________ untuk dikirimkan kepada mangsa-mangsa

banjir di Kedah.

A. ialah B. adalah C. bukan D. sahaja

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah

18. Kamala merupakan murid yang _____________ rendah antara kami

bertiga. A. sungguh B. terlalu C. agak D. paling

19. Murid-murid berdiri tegak semasa lagu ______________ dinyanyikan. A. Dayung sampan B. Musim buah-buahan C. Bangau oh bangau D. Negaraku

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 7: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

20. Sudin dan Ajis berkawan baik sejak kecil lagi. Hubungan mereka ____________ A. seperti kera mendapat bunga. B. seperti anjing dengan kucing. C. seperti bumi dengan langit. D. seperti isi dengan kuku.

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah

21. Salwa tidak tahan dengan perangai adik-adiknya yang suka

bergaduh.

Perkataan seerti bagi bergaduh ialah

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

A.B.C.D.

bermesraberbaikberkelahiberbahas

Page 8: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

22. Walaupun barangan yang dijual di pasar raya itu sangat mahal tetapi tinggi kualitinya. Perkataan berlawan bagi mahal ialah …………….

A. murah B. baik C. usang D. cantik

Soalan 23 – 24

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

23. I Kuih- muih yang dibuat oleh ibu sangat manis. II Senyuman gadis itu sungguh manis. III Jangan buat begitu, nanti tidak manis dipandang orang. IV Hasil anyaman Cik Liyana sungguh manis. A. I dan II B. III dan IV C. I, II dan III D. II, III dan IV

24. I Kereta itu sangat cantik dan lapang. II Pada musim kemarau, air kolam di rumah saya akan lapang. III Pada masa lapang Upin dan Ipin suka bersiar-siar. IV Murid-murid berkumpul di kawasan lapang.

A. I dan II B.I dan IV C. II dan III D.III dan IV

Soalan 25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 9: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

25. Ikan-ikan di dalam sungai itu mati kerana air sungai itu dicemari sisa-sisa kilang.

A. Siapakah yang menyebabkan ikan-ikan mati ? B. Mengapakah ikan-ikan di dalam sungai itu mati ? C. Bilakah ikan-ikan di dalam sungai itu mati ? D. Di manakah ikan-ikan itu mati ?

Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah

26. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah jalan itu ditutup ?A. Jalan itu ditutup kerana jalan itu sedang dibaikiB. Jalan itu ditutup kerana semua kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan ituC. Jalan itu ditutup kerana banyak kenderaan lalu di jalan ituD. Jalan itu ditutup kerana kereta itu telah mengalami kerosakan

Soalan 27 – 28Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

27. Sampah sarap itu dibuang oleh Encik Shahir A. Sampah sarap itu membuang Encik Shahir B. Dibuang Encik Shahir oleh sampah sarap itu C. Encik Shahir membuang sampah sarap itu D. Monica berazam tetapi berjaya dalam pertandingan itu.

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 10: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

28. Menteri Pelajaran telah merasmikan dewan baharu sekolah itu. A. Dewan baharu sekolah telah dirasmikan oleh menteri Pelajaran itu B. Dewan baharu sekolah itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran C. Menteri Pendidikan telah dirasmikan oleh dewan baru sekolah itu D. Dewan baru sekolah itu telah merasmikan Menteri Pelajaran

Soalan 29Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

29. A. Dr. Izzat bekerja di Hospital Kuala Lumpur. B. Dr. izzat bekerja di Hospital Kuala Lumpur. C. Dr Izzat bekerja di hospital Kuala Lumpur D. Dr Izzat bekerja di hospital Kuala Lumpur!

Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul

30. I Kain sutera itu diimport dari Negara China. II Di bulan hadapan, kami sekeluarga akan pergi ke Pulau Redang. III Balai raya itu baru sahaja merasmikan IV Kok Weng mendiamkan diri apabila dimarahi oleh guru

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 11: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

LAPORAN LAWATAN KE KILANG SONGKET WARISAN

Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa, Taman Perling, Johor Bahru, telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kilang Songket Warisan pada 17 Jun 2010. Sebanyak 50 orang peserta yang terdiri daripada anggota persatuan, serta tiga orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut.

Kami tiba di kilang tersebut pada pukul 11.00 pagi. Ketibaan kami telahdisambut oleh Pegawai Perhubungan Awam, Encik Indra Putra Mahayuddin. Selepas mendengar taklimat daripada beliau, rombongan kami dibawa melawat ke beberapa bahagian pemprosesan kilang.

Di kilang tersebut, kami dapat melihat cara-cara kain songket dihasilkan. Selain itu, terdapat juga ruangan pameran bagi produk-produk yang dihasilkan daripada kain songket. Antaranya termasuklah pakaian, samping, kasut dan pelilit songkok.

Lawatan kami berjaya mencapai matlamatnya. Diharapkan lawatan seperti ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh, 24 JUN 2010Mesut Ozil

Mesut OzilSetiausaha,Persatuan Kajian Tempatan,Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa.

31. Siapakah yang menyediakan laporan lawatan itu?

A. Encik Indra Putra Mahayuddin B. Semua peserta C. Guru pengiring D. Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 12: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

32. Berapakah jumlah ahli rombongan tersebut?

A. 53 orang B. 50 orang C. 3 orang D. 24 orang

33. Sebelum dibawa melawat ke beberapa bahagian pemprosesan kilang, peserta terlebih dahulu

A. melihat cara-cara kain songket dihasilkan B. melihat ruangan pameran bagi produk-produk daripada kain songket C. mendengar taklimat dari Encik Indra Putra Mahayuddin D. memohon kebenaran membuat lawatan

34. Berikut merupakan produk-produk yang dapat dilihat di kilang tersebut, Kecuali

A. Pakaian wanita B. Tali leher C. Samping D. Pelilit songkok

35. Pilih pernyataan yang benar.

A. Mesut Ozil ialah Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan B. Lawatan ke kilang songket warisan telah diadakan pada 24 Jun 2010 C. Laporan ini telah ditulis pada 17 Jun 2010 D. Jumlah peserta dalam lawatan ini ialah sebanyak 50 orang

Berdasarkan petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Wushu merupakan seni mempertahankan diri warisan budaya masyarakat di China sejak zaman dahulu. “Wu” bermaksud perang, “Shu” pula bermaksud seni. Wushu bermaksud seni perang atau seni

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 13: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

mempertahankan diri.

Wushu berguna untuk kita mempertahankan diri daripada ancaman musuh. Selain itu, wushu dapat membina kekuatan mental dan fizikal. Wushu juga memupuk semangat gagah berani dan disiplin diri yang kuat bagi seseorang yang mengamalkannya.

Kini, wushu bukan sekadar seni mempertahankan diri tetapi telah menjadi salah satu cabang olahraga di negara kita. Wushu sudah menjadi terkenal dan merupakan salah satu acara sukan pada peringkat antarabangsa.

36. Dari negara manakah seni mempertahankan diri wushu berasal ?

A. Malaysia B. Thailand C. China D. Amerika Syarikat

37. Apakah yang dimaksudkan dengan wushu?

A. Seni membina kekuatan mental dan fizikal B. Seni perang atau seni mempertahankan diri C. Seni memupuk semangat gagah berani dan disiplin diri D. Salah satu cabang olahraga di negara kita

38. Di antara berikut, adalah kebaikan mempelajari wushu kecuali

A. Berguna untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh B. Memupuk semangat gagah berani dan disiplin diri yang kuat C. Dapat membina kekuatan fizikal dan mental D. Dapat mengisi masa lapang

39. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas. A. Wushu salah satu acara sukan pada peringkat antarabangsa B. Wushu merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari Malaysia. C. Wushu bukan satu cabang olahraga di negara kita. D. ”Wu” bermaksud seni, ”Shu” pula bermaksud perang

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN

Page 14: Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 April

40. Nyatakan maksud perkataan mengamalkannya dalam petikan A. Mengetahuinya B. Mempraktikkannya C. Melihatnya D. Mendengarnya

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,……………………… ……………………… ………………………(Cik V.Tilakavaty) (Pn.S.Inthira kumari) (Pn. V. Malar Moni) Ketua Panitia BM Guru M/Pelajaran GPK 1

UJIAN BULAN APRIL 2015 /BAHASA MALAYSIA/PEMAHAMAN