soalan bm bahasa melayu pemahaman tahun 3

15
SULIT 012/1 Jawab semua soalan. Gambar 1 Soalan 1 berdasarkan gambar 1 1. Amin dan Amirul berkawan baik.________sering kelihatan bersama. A. Kami B. Kita C. Mereka 2. ”_________________berasa bersyukur kerana kita dapat hidup dengan aman dan damai”, titah sultan. A. Tuanku B. Beta C. Aku 3. Air tasik itu sungguh_____________________. A. tenang B. damai C. ceria 1

Upload: sasauball

Post on 18-Jun-2015

57.228 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

Jawab semua soalan.

Gambar 1

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

1. Amin dan Amirul berkawan baik.________sering kelihatan bersama.

A. KamiB. KitaC. Mereka

2. ”_________________berasa bersyukur kerana kita dapat hidup dengan aman dan damai”, titah sultan.

A. TuankuB. BetaC. Aku

3. Air tasik itu sungguh_____________________.

A. tenangB. damaiC. ceria

4. Kami sungguh_________________melawat negeri Melaka bandaraya bersejarah.

A. selesaB. riangC. seronok

1

Page 2: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

5. Adik _______________________kerana lapar.

A. mengantukB. menangisC. memekik

Gambar 2

Soalan 6 berdasarkan gambar 2

6. Kerja-kerja____________________kawasan balai raya itu

dilakukan secara bergotong –royong.

A. merobohkanB. membersihkanC. mencucikan

7. Saya dan keluarga menginap _____Hotel Rossa Passadena ketika melancong ke Cameron Higland.

A. diB. keC. pada

2

Page 3: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

Gambar 3

Soalan 8 berdasarkan gambar 3

8. Murid-murid 3 Ibnu Sina perlu beratur________loceng di bunyikan pada pukul 7.30 pagi sebelum masuk ke kelas.

A. keranaB. apabilaC. bila

9. _____________,cantiknya baju baru kamu!

A. EhB. AlahaiC. Amboi

10. Taman bunga itu redup kerana terdapat________________.

A. pokok-pokokB. daun-daunC. bunga-bunga

3

Page 4: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

Gambar 4

Soalan 11 berdasarkan gambar 4

11. ________hadiah yang di berikan oleh ayah?

A. KenapakahB. SiapakahC. Apakah

12. Pelancong itu dari negara_____________?

A. manaB. apaC. siapa

Gambar 5

Soalan 13 berdasarkan gambar 5

13. Haziq menyimpan buku di_____rak.

A. atasB. bawahC. dalam

14. Nenek Aiman memakai cermin mata kerana_____________.

A. rabun ayamB. cakar ayamC. kaki ayam

4

Page 5: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

15. Alin di gelar ____________________kerana terlalu pendiam.

A. alim kucingB. kera sumbangC. kerang busuk

16. Azmi menempah se_______________baju Melayu di Kedai Jahit Nazri.

A. pasangB. helaiC. keping

17. Aiza menerima se_______________surat dari teman lamanya di German.

A. naskahB. pucukC. helai

Gambar 6

Soalan 18 berdasarkan gambar 6

18. Ibu memasukkan beberapa_________ durian ke dalam bubur kacang hijau.

A. ulasB. bijiC. ketul

5

Page 6: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

19. Ahmad __________________________ kayu api itu menggunakan sebilah kapak.

A. mencincangB. membelahC. menangkat

20. Sikap Harmiza yang______________ dikagumi rakan sekelasnya.

A. KesabaranB. sabarC. penyabar

Gambar 7

Soalan 21 berdasarkan gambar 7

21. Elrizmi dan Haqem merupakan rakan ___kelas.

A. keB. seC. me

6

Page 7: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

Gambar 8

Soalan 22 berdasarkan gambar 8

22. Amirah menggunakan_______________ untuk menaip surat.

A. komputerB. pencetakC. mesin pengimbas

23. Pelajar perempuan itu sedang melayari________untuk mencari bahan rujukan.

A. intranetB. internetC. extranet

24. ________yang mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kebangsaan sedang melakukan lintas hormat di hadapan pentas utama.

A. kontinjenB. kumpulanC. Pasukan

Soalan 25,26,27

Padankan perkataan berlawanan berikut:

Soalan 28,29,30

7

wangi

ganas pendek

jinak

Page 8: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

Soalan 28,29,30

Soalan 28,29 dan 30

Padankan perkataan seerti berikut:

Soalan 31-35

Lengkapkan petikan perbualan dibawah dengan penanda wacana yang disediakan.

Oleh sebab itu Lebih-lebih lagi Lagi pun

Selain itu Tambahan pula

Aliff :Keadaan sekolah kita ini sangat

kotor.___________________,kita perlu mengadakan

kerja secara bergotong royong.

8

panjang busuk

gugur

sejuk

ketawa

dingin

luruh

gelak

Page 9: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

Ah Meng: Saya setuju cadangan itu.Kita dapat

membersihkan persekitaran sekolah kita.___________,

dapatlah kita mewujudkan semangat kerjasama

antara semua pelajar sekolah kita.

Muthu : Ah, malaslah saya!saya tiada masa

untuk menyertainya._______________

,kegiatan ini membuang masa.

Ah Meng : Apa salahnya kita bergotong –royong

membersihkan kawasan sekolah

kita.____________keadaanya kotor.__________guru

besar sering menitik beratkan soal kebersihan yang

perlu diberi keutamaan.

9

Page 10: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

Soalan 36-40

Baca dan fahami surat kiriman di bawah.Kemudian jawab soalan

yang diberikan.

Airul El khawarizmi B.

Azmi

1-2-12 Sri Tanjung,

Lorong 12/89, 36589

Bandar Baru Bangi,

Selangor.

Kehadapan saudara Amin yang kini berada di Jerantut,

Pahang.Saya berharap saudara dan keluarga berada dalam

keadaan sihat dan sejahtera.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput

saudara hadir ke pameran komputer yang akan diadakan di

sekolah saya. Pameran itu akan diadakan pada 25 Mei 2007 .

Banyak syarikat komputer dari dan luar negara akan mengambil

bahagian dalam pameran tersebut. Gerai-gerai tersebut akan

menjual perkakasan komputer, buku-buku tentang komputer,

dan pelbagai jenis barangan komputer. Saya pasti saudara akan

tertarik untuk membeli barangan komputer ini.

Untuk pengetahuan saudara, sebahagian wang hasil jualan

pada hari itu akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim.

Jika saudara berkesempatan , jemputlah datang ke sekolah saya

10

Page 11: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

untuk melihat pameran Komputer ini. Sampai disini dahulu surat

saya untuk kali ini. Sekian , terima kasih.

Yang

benar,

Airul

36. Di manakah kawan Airul Elkhawarizmi tinggal?

37.Apakah tujuan Airul Elkhawarizmi menulis surat kepada Amin?

38. Bilakah pameran itu akan diadakan?

11

Page 12: Soalan BM Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

SULIT 012/1

39. Apakah barangan yang akan dijual semasa pameran tersebut?

40. Siapakah yang akan menerima wang hasil

jualan pameran itu?

12