bahasa melayu di persada dunia radio thai · pdf filedan gelombang am bagi jarak ... kini...

1
D asar ekabahasa negara Thai yang utuh sejak dulu hingga kini mengawal ketat penggunaan bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, khususnya dalam komunikasi dan penyiaran negara itu. Kedudukan media elektronik sama ada saluran kerajaan mahupun swasta akur dengan dasar tersebut. Walau bagaimanapun, stesen radio Thai membuka ruang untuk penyiaran bahasa Melayu sejak lebih tiga dekad lalu setelah men- dapat kelulusan daripada pihak tentera kerana faktor keselamat- an negara bagi keperluan tentera wilayah selatan yang berpusat di Narathiwat. Radio Tentera atau Corokplang turut dikenali sebagai Radio 912 ini dipancarkan melalui gelom- bang FM untuk jarak sederhana dan gelombang AM bagi jarak jauh bertujuan memudahkan pihak kerajaan menyalurkan maklumat dan penerangan kepa- da rakyat tempatan di samping melancarkan perang saraf untuk menghadapi golongan penen- tang kerajaan, khasnya golong- an pemisah. Saluran radio ini juga boleh didengari oleh rak- yat Malaysia di kawasan Pantai Timur khasnya. Antara rancangan yang ter- kenal dan bertahan lama ialah Berita Pak Cu. Namun, disebab- kan ancaman daripada golongan pemisah dan faktor keselamatan di wilayah selatan, jam siaran bahasa Melayu yang selama satu jam seminggu banyak diisi de- ngan rancangan hiburan seperti Dikir Ulu (lebih kurang dengan Dikir Barat di negeri Kelantan) serta lagu-lagu Melayu dan Indonesia. Selain itu, siaran cera- mah agama juga diwujudkan untuk pendengar di ketiga-tiga wilayah selatan Thai. Bagi meneruskan hayat pe- nyiaran radio bahasa Melayu di negara itu rancangan Jendela Masyarakat yang ditaja oleh Yayasan Kebajikan Islam Wi- layah Selatan (YAKIS) diberi peruntukan masa selama satu jam sehari untuk lima malam dari jam 9.00 hingga 10.00 malam waktu tempatan. Siaran berba- hasa Melayu ini disiarkan mela- lui gelombang FM yang dapat didengari oleh penduduk di tiga wilayah selatan. Pengisian pel- bagai aktiviti siaran oleh YAKIS ini diterima oleh khalayak ke- rana memuatkan berita-berita semasa dari luar dan tempatan, hal-hal agama, kebudayaan, ke- senian, bahasa, hiburan, sejarah dan pendidikan. YAKIS dipimpin oleh YM Tengku Ariffin Tengku Chik, putera raja keturunan ketiga kerabat diraja Pattani Darussalam serta didukung oleh ahli akademik, ahli politik, pe- mimpin masyarakat dan individu tertentu dari badan kerajaan dan swasta. Waktu siaran dilakukan me- ngikut giliran wilayah tertentu dan dikendalikan oleh seorang juruhebah yang ditugaskan. Mi- salnya, Stesen Narathiwat siaran- nya adalah pada malam Selasa dan kandungan rancangannya ialah hal ehwal agama Islam manakala Stesen Jala pula ber- siaran pada malam Khamis yang memberi tumpuan kepada beri- ta dan hal ehwal semasa. Stesen Pattani gilirannya adalah pada malam Sabtu dan kandungan siarannya ialah tentang sejarah dan kebudayaan. Selain malam- malam berkenaan, stesen-stesen radio ini masing-masing mengen- dalikan siaran untuk wilayah sendiri tetapi pendengar yang berada di luar wilayah masih boleh mendengarnya. Khalayak boleh memilih saluran yang ingin didengari mereka. Namun, setelah tragedi ber- darah Krisek-Takbai, rancangan Jendela Masyarakat di stesen radio Thai dihentikan oleh pihak tertinggi tentera Wilayah Selatan buat sementara waktu atas alas- an keselamatan negara. Oleh itu radio sebagai penyambung hayat bahasa Melayu untuk menemui khalayak melalui gelombang uda- ra walaupun agak terhad tidak dapat bersiaran lagi melainkan mendapat kebenaran pihak kera- jaan dan tentera Thailand. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Radio Thai Penyambung Hayat Bahasa Melayu BH PILIH L12 21 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG D ewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tah- niah dan syabas kepada Perbadanan Putrajaya atas kepri- hatinan mereka terhadap peng- gunaan bahasa kebangsaan yang betul pada papan tanda yang dipamerkan di tempat awam. Bangunan yang terletak di Presint 2, Putrajaya yang menem- patkan dua buah mahkamah, iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dahu- lunya dinamai Palace of Justice, kini dinamai Istana Kehakiman. Penggunaan nama Istana Ke- hakiman tersebut memang tepat, indah dan menarik. Teguran DBP kepada pihak Perbadanan Putrajaya tentang penggunaan nama Palace of Justice ini pernah disiarkan dalam Klik DBP keluar- an bulan Jun 2005. Pertukaran nama bangunan tersebut mencerminkan sikap cinta dan bangga rakyat Malaysia yang menyanjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebang- saan dan bahasa rasmi negara. Keprihatinan pihak Perbadanan Putrajaya ini seharusnya men- jadi teladan kepada institusi ter- babit, lebih-lebih lagi ia terletak di tengah-tengah pusat pentadbir- an negara yang menjadi mercu tanda kemajuan negara yang ber- citrakan Malaysia. Pertanyaan tentang aspek penggunaan bahasa wyang betul boleh dihubungi melalui talian 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139. Dahulu Palace of Justice Kini Istana Kehakiman Oleh Normala Mohamad Yusof Oleh Ismail Salleh DI STUDIO: Tuan Dania Meringing (kanan) dan ahli panel jemputan yang menjayakan seg- men bahasa Melayu. APA SUDAH JADI? U niversiti Kebangsaan Ma- laysia (UKM) ditubuhkan 37 tahun lalu bagi memenu- hi keperluan pendidikan orang Melayu dan pembangunan bahasa Melayu. UKM diiktiraf sebagai salah sebuah universiti penyeli- dikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi apabila meraih pelbagai kejayaan. Terbaharu, bekas gra- duan UKM Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang juga merupakan bekas graduan UKM terpilih sebagai angkasa- wan negara pertama menjejakkan kaki ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Meskipun, pihak pentadbiran UKM mengutamakan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda pintu masuk utama UKM, terdapat sedikit kesilapan ejaan yang perlu diperbetulkan. Menurut Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan terbitan DBP, ejaan yang betul bagi perkataan universiti ialah bukan dan frasa yang lengkap . Kesilapan ini berlaku disebab- kan kecenderungan kita menye- but perkataan universiti dengan “yu-ni-ver-si-ti” sedangkan sebu- tan yang tepat ialah u-ni-ver-si- ti. Walau bagaimanapun penggu- naan penggunaan tulisan Jawi pada kepala surat UKM dieja betul. Kesilapan ejaan pada papan tanda tersebut mungkin disedari oleh pihak pentadbiran UKM, tetapi Cuma belum ada usaha untuk menggantikannya. Bersama-samalah kita mem- budayakan penggunaan tulisan Jawi yang betul. Hantarkan sebarang kesalah- an atau kesilapan bahasa kebang- saan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau ki- rimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah istimewa menunggu anda. atau " " " "

Upload: vuongtram

Post on 08-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Dasar ekabahasa negara Thai yang utuh sejak dulu hingga kini mengawal

ketat penggunaan bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, khususnya dalam komunikasi dan penyiaran negara itu. Kedudukan media elektronik sama ada saluran kerajaan mahupun swasta akur dengan dasar tersebut. Walau bagaimanapun, stesen radio Thai membuka ruang untuk penyiaran bahasa Melayu sejak lebih tiga dekad lalu setelah men-dapat kelulusan daripada pihak tentera kerana faktor keselamat-an negara bagi keperluan tentera wilayah selatan yang berpusat di Narathiwat.

Radio Tentera atau Corokplang turut dikenali sebagai Radio 912 ini dipancarkan melalui gelom-bang FM untuk jarak sederhana dan gelombang AM bagi jarak jauh bertujuan memudahkan pihak kerajaan menyalurkan maklumat dan penerangan kepa-da rakyat tempatan di samping melancarkan perang saraf untuk menghadapi golongan penen-

tang kerajaan, khasnya golong-an pemisah. Saluran radio ini juga boleh didengari oleh rak-yat Malaysia di kawasan Pantai Timur khasnya.

Antara rancangan yang ter-kenal dan bertahan lama ialah Berita Pak Cu. Namun, disebab-kan ancaman daripada golongan pemisah dan faktor keselamatan di wilayah selatan, jam siaran bahasa Melayu yang selama satu jam seminggu banyak diisi de-ngan rancangan hiburan seperti Dikir Ulu (lebih kurang dengan Dikir Barat di negeri Kelantan) serta lagu-lagu Melayu dan Indonesia. Selain itu, siaran cera-mah agama juga diwujudkan untuk pendengar di ketiga-tiga wilayah selatan Thai.

Bagi meneruskan hayat pe-nyiaran radio bahasa Melayu di negara itu rancangan Jendela Masyarakat yang ditaja oleh Yayasan Kebajikan Islam Wi-layah Selatan (YAKIS) diberi peruntukan masa selama satu jam sehari untuk lima malam dari jam 9.00 hingga 10.00 malam waktu tempatan. Siaran berba-hasa Melayu ini disiarkan mela-lui gelombang FM yang dapat

didengari oleh penduduk di tiga wilayah selatan. Pengisian pel-bagai aktiviti siaran oleh YAKIS ini diterima oleh khalayak ke-rana memuatkan berita-berita semasa dari luar dan tempatan, hal-hal agama, kebudayaan, ke-senian, bahasa, hiburan, sejarah dan pendidikan. YAKIS dipimpin oleh YM Tengku Ariffin Tengku Chik, putera raja keturunan ketiga kerabat diraja Pattani Darussalam serta didukung oleh ahli akademik, ahli politik, pe-mimpin masyarakat dan individu tertentu dari badan kerajaan dan swasta.

Waktu siaran dilakukan me-ngikut giliran wilayah tertentu dan dikendalikan oleh seorang juruhebah yang ditugaskan. Mi-salnya, Stesen Narathiwat siaran-nya adalah pada malam Selasa dan kandungan rancangannya ialah hal ehwal agama Islam manakala Stesen Jala pula ber-siaran pada malam Khamis yang memberi tumpuan kepada beri-ta dan hal ehwal semasa. Stesen Pattani gilirannya adalah pada malam Sabtu dan kandungan siarannya ialah tentang sejarah dan kebudayaan. Selain malam-

malam berkenaan, stesen-stesen radio ini masing-masing mengen-dalikan siaran untuk wilayah sendiri tetapi pendengar yang berada di luar wilayah masih boleh mendengarnya. Khalayak boleh memilih saluran yang ingin didengari mereka.

Namun, setelah tragedi ber-darah Krisek-Takbai, rancangan Jendela Masyarakat di stesen

radio Thai dihentikan oleh pihak tertinggi tentera Wilayah Selatan buat sementara waktu atas alas-an keselamatan negara. Oleh itu radio sebagai penyambung hayat bahasa Melayu untuk menemui khalayak melalui gelombang uda-ra walaupun agak terhad tidak dapat bersiaran lagi melainkan mendapat kebenaran pihak kera-jaan dan tentera Thailand.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Radio Thai Penyambung Hayat Bahasa Melayu

BH PILIH L12 21 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tah-niah dan syabas kepada

Perbadanan Putrajaya atas kepri-hatinan mereka terhadap peng-gunaan bahasa kebangsaan yang betul pada papan tanda yang dipamerkan di tempat awam.

Bangunan yang terletak di Presint 2, Putrajaya yang menem-patkan dua buah mahkamah, iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dahu-lunya dinamai Palace of Justice, kini dinamai Istana Kehakiman. Penggunaan nama Istana Ke-hakiman tersebut memang tepat, indah dan menarik. Teguran DBP kepada pihak Perbadanan Putrajaya tentang penggunaan nama Palace of Justice ini pernah disiarkan dalam Klik DBP keluar-an bulan Jun 2005.

Pertukaran nama bangunan

tersebut mencerminkan sikap cinta dan bangga rakyat Malaysia yang menyanjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebang-saan dan bahasa rasmi negara. Keprihatinan pihak Perbadanan Putrajaya ini seharusnya men-jadi teladan kepada institusi ter-babit, lebih-lebih lagi ia terletak

di tengah-tengah pusat pentadbir-an negara yang menjadi mercu tanda kemajuan negara yang ber-citrakan Malaysia.

Pertanyaan tentang aspek penggunaan bahasa wyang betul boleh dihubungi melalui talian 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139.

Dahulu Palace of JusticeKini Istana Kehakiman

Oleh Normala Mohamad Yusof

Oleh Ismail Salleh

DI STUDIO: Tuan Dania Meringing (kanan) dan ahli panel jemputan yang menjayakan seg-men bahasa Melayu.

APA SUDAH JADI?

Universiti Kebangsaan Ma-laysia (UKM) ditubuhkan 37 tahun lalu bagi memenu-

hi keperluan pendidikan orang Melayu dan pembangunan bahasa Melayu. UKM diiktiraf sebagai salah sebuah universiti penyeli-dikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi apabila meraih pelbagai kejayaan. Terbaharu, bekas gra-duan UKM Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang juga merupakan bekas graduan UKM terpilih sebagai angkasa-wan negara pertama menjejakkan kaki ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Meskipun, pihak pentadbiran UKM mengutamakan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda pintu masuk utama UKM, terdapat sedikit kesilapan ejaan yang perlu diperbetulkan. Menurut Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan terbitan DBP, ejaan yang betul bagi perkataan universiti ialah bukan dan frasa yang lengkap .

Kesilapan ini berlaku disebab-kan kecenderungan kita menye-but perkataan universiti dengan “yu-ni-ver-si-ti” sedangkan sebu-tan yang tepat ialah u-ni-ver-si-ti.

Walau bagaimanapun penggu-naan penggunaan tulisan Jawi pada kepala surat UKM dieja betul. Kesilapan ejaan pada papan tanda tersebut mungkin disedari oleh pihak pentadbiran UKM, tetapi Cuma belum ada usaha untuk menggantikannya.

Bersama-samalah kita mem-budayakan penggunaan tulisan Jawi yang betul.

Hantarkan sebarang kesalah-an atau kesilapan bahasa kebang-saan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau ki-rimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah istimewa menunggu anda.

atau """"