bahasa melayu di persada dunia instituto universitario ... · terkenal dengan pusat pengajian asia...

1
B ahasa Melayu mula diajar- kan di Itali pada tahun 1950 di IsMeo (Instituto Italiano per il Medio ed Estremo Oriente) di Rom, tetapi telah terhenti pada tahun 1970 akibat kekurangan pelajar. Pada tahun 1964 bahasa Melayu telah diperkenalkan di Instituto Universitario Orientale (IUO) di Naples, dan sehingga kini IUO merupakan satu-satu- nya universiti yang menawarkan program Bahasa dan Sastera Melayu di Itali. IUO yang diasaskan pada tahun 1732 adalah antara universiti yang tertua di Itali. Universiti ini terkenal dengan Pusat Pengajian Asia dan Afrikanya. Pelajar yang mengikuti program Bahasa Melayu dan Kesusasteraan di sini boleh memilih sama ada untuk tempoh dua tahun atau empat tahun. Kelas Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia juga ada di- ajarkan pada peringkat asas di beberapa buah institusi dan universiti lain di Itali. Pihak Vatican juga ada menganjurkan Program Bahasa serta Budaya Melayu/Indonesianya sendiri untuk paderi-paderi yang akan dihantar ke Indonesia teruta- manya. Tiga puluh lima bahasa di- ajarkan di Fakulti Bahasa, Fakulti Pengajian Sains Politik dan Sekolah Pengajian Islam di IUO. Walaupun Bahasa Melayu/ Indonesia diperkenalkan sebagai salah satu bahasa dunia Islam, Bahasa Melayu juga diajarkan di Fakulti Kesusasteraan dan Falsafah. Dua kursus ditawar- kan di Fakulti ini, iaitu Bahasa Melayu/Indonesia dan Bahasa dan Kesusasteraan Bahasa Melayu/Indonesia. Kursus ini kemudiannya dibuka untuk pela- jar dari mana-mana fakulti di universiti ini. Pelajar yang me- ngambil pengkhususan bahasa Melayu/Indonesia dibenarkan juga mengambil pengkhususan dalam bahasa lain agar mereka mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas apabila tamat pengajian. Sistem fonetik bahasa Melayu yang hampir sama dengan sis- tem fonetik bahasa Itali, men- jadikan bahasa Melayu agak mudah dipelajari. Ini menjadi daya tarikan utama para pelajar Itali untuk mempelajari baha- sa Melayu, di samping tarik- an eksotik dunia Melayu yang membawa sesuatu kelainan. Bagaimanapun, pengetahuan am terhadap dunia Melayu/ Indonesia dalam kalangan masyarakat umum di Itali sa- ngat rendah berbanding dengan masyarakat di China, Arab, Jepun dan India. Masalah utama pengajaran bahasa Melayu/Indonesia di Itali ialah kekurangan bahan penga- jaran yang sesuai. Buku-buku teks yang ada kebanyakannya dalam bahasa Inggeris dan tidak sesuai lagi untuk digunakan. Kekurangan kamus yang baik juga menjadi masalah utama peng- ajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Itali. Ini menyebab- kan semakin berkurangnya per- mohonan mengikuti kursus ini. Jumlah kehadiran yang teruk disebabkan kehadiran ke kelas tidak diwajibkan di Itali juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Februari 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Instituto Universitario Orientale Pusat Pengajian Melayu di Itali M engapa Le Tour de Langkawi tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, se- dangkan acara ini diadakan dalam negara kita Malaysia? Begitulah rungutan yang dibuat oleh pem- baca kita, Saudari Nadiatul Saadah dari Tapah, Perak yang tidak ber- puas hati dengan acara lumba basikal tahunan yang diadakan di Malaysia sejak diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri (kini Tun) Mahathir bin Mohamad pada tahun 1996 dahulu. Le Tour de Langkawi dalam bahasa Perancis bermaksud “Menjelajah Langkawi”. Meskipun acara lumba basikal ini mendapat sambutan peserta antarabangsa yang meluas, namun sewajarnya kita mempromosikan bahasa kebangsaan kita yang lebih ring- kas, iaitu “Jelajah Langkawi”. Anehnya, bahasa asing selalu- nya dipilih kerana lebih ringkas daripada bahasa Merlayu, tetapi dalam hal ini meskipun bahasa Melayunya lebih ringkas daripada bahasa Perancis, bahasa Melayu tetap terpinggir. Siapakah yang menentukan nasib bahasa kita? Hantarkan sebarang kesalahan atau kesilap- an bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected]. my, atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 21 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG P ujian harus diberikan kepada Perbadanan Putrajaya kerana menukarkan papan-papan tanda jalan dan bangunan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya ke dalam bahasa kebang- saan. Tiga istilah asing yang telah ditukarkan ke dalam bahasa Melayu ialah boulevard kepada persiaran, promenade kepada persi- siran dan parcel kepada kompleks. Pertukaran nama ketiga- tiga istilah asing itu merupakan usaha bersama yang dicapai hasil perbincangan Tuan Haji Shahoran Johan Ariffin, Pengarah Jabatan Landskap, Taman Perbadanan Putrajaya yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal bagi Penggunaan Istilah dan Penamaan Perbadanan Putrajaya dengan Hajah Noresah Baharom, Pengarah Jabatan Bahasa DBP yang mem- pengerusikan Jawatankuasa Penamaan Prasarana yang ditu- buhkan di DBP bagi menyahut seruan kerajaan memperkasakan bahasa kebangsaan. Pertukaran nama tersebut te- lah mengambil kira faktor budaya, konsep, kesinambungannya dengan nama-nama bangunan, jalan dan persekitaran agar seiring dengan pembangunan Putrajaya sebagai sebuah bandar pintar abad ke-21 mengikut acuan sendiri dengan ciri kebudayaan dan keperibadian bangsa Malaysia. Pada masa akan datang diharapkan lebih banyak lagi istilah asing yang masih terpa- mer di sekitar Putrajaya ditukarkan ke bahasa Melayu. Sesungguhnya bahasa menunjukkan bangsa. Persiaran, Persisiran dan Kompleks APA SUDAH JADI? Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor Oleh Normala Mohamad Yusof Mengapa tidak “Jelajah Langkawi” ? BAHAN pengajaran bahasa Melayu / Indonesia kurang di Itali.

Upload: phungthuan

Post on 07-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu mula diajar-kan di Itali pada tahun 1950 di IsMeo (Instituto Italiano

per il Medio ed Estremo Oriente) di Rom, tetapi telah terhenti pada tahun 1970 akibat kekurangan pelajar. Pada tahun 1964 bahasa Melayu telah diperkenalkan di Instituto Universitario Orientale (IUO) di Naples, dan sehingga kini IUO merupakan satu-satu-nya universiti yang menawarkan program Bahasa dan Sastera Melayu di Itali.

IUO yang diasaskan pada tahun 1732 adalah antara universiti yang tertua di Itali. Universiti ini terkenal dengan Pusat Pengajian Asia dan Afrikanya. Pelajar yang mengikuti program Bahasa Melayu dan Kesusasteraan di sini boleh memilih sama ada untuk tempoh dua tahun atau empat tahun.

Kelas Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia juga ada di-

ajarkan pada peringkat asas di beberapa buah institusi dan universiti lain di Itali. Pihak Vatican juga ada menganjurkan Program Bahasa serta Budaya Melayu/Indonesianya sendiri untuk paderi-paderi yang akan dihantar ke Indonesia teruta-manya.

Tiga puluh lima bahasa di-ajarkan di Fakulti Bahasa, Fakulti Pengajian Sains Politik dan Sekolah Pengajian Islam di IUO. Walaupun Bahasa Melayu/Indonesia diperkenalkan sebagai salah satu bahasa dunia Islam, Bahasa Melayu juga diajarkan di Fakulti Kesusasteraan dan Falsafah. Dua kursus ditawar-kan di Fakulti ini, iaitu Bahasa Melayu/Indonesia dan Bahasa dan Kesusasteraan Bahasa Melayu/Indonesia. Kursus ini kemudiannya dibuka untuk pela-jar dari mana-mana fakulti di universiti ini. Pelajar yang me-ngambil pengkhususan bahasa Melayu/Indonesia dibenarkan juga mengambil pengkhususan

dalam bahasa lain agar mereka mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas apabila tamat pengajian.

Sistem fonetik bahasa Melayu yang hampir sama dengan sis-tem fonetik bahasa Itali, men-jadikan bahasa Melayu agak mudah dipelajari. Ini menjadi daya tarikan utama para pelajar Itali untuk mempelajari baha-sa Melayu, di samping tarik-an eksotik dunia Melayu yang membawa sesuatu kelainan. Bagaimanapun, pengetahuan am terhadap dunia Melayu/Indonesia dalam kalangan masyarakat umum di Itali sa-ngat rendah berbanding dengan masyarakat di China, Arab, Jepun dan India.

Masalah utama pengajaran bahasa Melayu/Indonesia di Itali ialah kekurangan bahan penga-jaran yang sesuai. Buku-buku teks yang ada kebanyakannya dalam bahasa Inggeris dan tidak sesuai lagi untuk digunakan. Kekurangan kamus yang baik

juga menjadi masalah utama peng-ajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Itali. Ini menyebab-kan semakin berkurangnya per-mohonan mengikuti kursus ini. Jumlah kehadiran yang teruk disebabkan kehadiran ke kelas tidak diwajibkan di Itali juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Februari 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Instituto Universitario OrientalePusat Pengajian Melayu di Itali

Mengapa Le Tour de Langkawi tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, se-

dangkan acara ini diadakan dalam negara kita Malaysia? Begitulah rungutan yang dibuat oleh pem-baca kita, Saudari Nadiatul Saadah dari Tapah, Perak yang tidak ber-puas hati dengan acara lumba basikal tahunan yang diadakan di Malaysia sejak diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri (kini Tun) Mahathir bin Mohamad pada tahun 1996 dahulu.

Le Tour de Langkawi dalam

bahasa Perancis bermaksud “Menjelajah Langkawi”. Meskipun acara lumba basikal ini mendapat sambutan peserta antarabangsa yang meluas, namun sewajarnya kita mempromosikan bahasa kebangsaan kita yang lebih ring-kas, iaitu “Jelajah Langkawi”. Anehnya, bahasa asing selalu-nya dipilih kerana lebih ringkas daripada bahasa Merlayu, tetapi dalam hal ini meskipun bahasa Melayunya lebih ringkas daripada bahasa Perancis, bahasa Melayu tetap terpinggir. Siapakah yang

menentukan nasib bahasa kita?

Hantarkan sebarang kesalahan atau kesilap-an bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 21 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Pujian harus diberikan kepada Perbadanan Putrajaya kerana menukarkan papan-papan

tanda jalan dan bangunan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya ke dalam bahasa kebang-saan.

Tiga istilah asing yang telah ditukarkan ke dalam bahasa Melayu ialah boulevard kepada persiaran, promenade kepada persi-siran dan parcel kepada kompleks.

Pertukaran nama ketiga-tiga istilah asing itu merupakan usaha bersama yang dicapai hasil perbincangan Tuan Haji Shahoran Johan Ariffin, Pengarah Jabatan Landskap, Taman Perbadanan Putrajaya yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal bagi Penggunaan Istilah dan Penamaan

Perbadanan Putrajaya dengan Hajah Noresah Baharom, Pengarah Jabatan Bahasa DBP yang mem-pengerusikan Jawatankuasa Penamaan Prasarana yang ditu-buhkan di DBP bagi menyahut seruan kerajaan memperkasakan bahasa kebangsaan.

Pertukaran nama tersebut te-lah mengambil kira faktor budaya, konsep, kesinambungannya dengan nama-nama bangunan, jalan dan persekitaran agar seiring dengan pembangunan Putrajaya sebagai sebuah bandar pintar abad ke-21 mengikut acuan sendiri dengan ciri kebudayaan dan keperibadian bangsa Malaysia. Pada masa akan datang diharapkan lebih banyak lagi istilah asing yang masih terpa-mer di sekitar Putrajaya ditukarkan ke bahasa Melayu. Sesungguhnya bahasa menunjukkan bangsa.

Persiaran, Persisiran dan Kompleks

APA SUDAH JADI?

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

Oleh Normala Mohamad Yusof

Mengapa tidak

“Jelajah Langkawi”?

BAHAN pengajaran bahasa Melayu / Indonesia kurang di Itali.