02/2 zzz odpdqedkdvd zrugsuhvv frp bahasa melayu · pdf file02/2 bahasa melayu/percubaan...

6
02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Sahagian A, Sahagian 8, Sahagian C dan Sahagian D. 2. Sahagian A terdiri daripada dua bahagian : Sahagian A(i) dan Sahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Sahagian B dan Sahagian D juga mesti dijawab manakala Sahagian C mempunyai lima pi/ihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soa/an sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Sahagian A, 25 minit untuk Sahagian B, 45 minit untuk Sahagian C dan 10 minit untuk Sahagian D. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat Halaman Sebelah] www.lamanbahasa.wordpress.com

Upload: buiduong

Post on 06-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 02/2 ZZZ ODPDQEDKDVD ZRUGSUHVV FRP BAHASA MELAYU · PDF file02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM

BAHASA MELAYU

Tingkatan 3

Kertas 2

Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Sahagian A, Sahagian 8, Sahagian C

dan Sahagian D.

2. Sahagian A terdiri daripada dua bahagian : Sahagian A(i) dan Sahagian A(ii). Anda

dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Sahagian B dan Sahagian D

juga mesti dijawab manakala Sahagian C mempunyai lima pi/ihan soalan dan anda diminta

supaya menjawab satu soa/an sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Sahagian A, 25 minit

untuk Sahagian B, 45 minit untuk Sahagian C dan 10 minit untuk Sahagian D.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

[Lihat Halaman Sebelah]

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 2: 02/2 ZZZ ODPDQEDKDVD ZRUGSUHVV FRP BAHASA MELAYU · PDF file02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

2 02/2

Sahagian A(i)- Ringkasan . [20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan mewujudkan hutan rekreasi di negara kita. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud a sal petikan.

Kini penduduk dunia telah mula memberikan perhatian terhadap alam semula jadi.

Masyarakat mula menyedari pentingnya hutan kepada alam dan hidupan khususnya manusia.

Maka langkah-langkah yang pragmatik mula difikirkan demi kelangsungan hutan. Kawasan

hutan dijadikan kawasan rekreasi dan tempat beriadah, sesuai dengan persekitarannya yang

tenang, hijau dan damai. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif

mewujudkan hutan rekreasi bagi memenuhi kepentingan yang tertentu.

Antara kepentingannya termasuklah menyediakan tempat-tempat untuk beristirahat dan

beriadah seperti tempat .untuk berkelah dan bermandi-manda, tempat menikmati keindahan

taman tumbuh-tumbuhan, tempat meninjau persekitaran hutan dan sebagainya. Selain itu,

dengan adanya hutan rekreasi ini, dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya

memelihara keaslian alam sekitar dan khazanah yang berharga. Dalam masa yang sama,

perasaan cinta dan menghargai alam sekitar dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda.

Bagi individu yang sentiasa beke~a dalam tekanan, mereka dapat membebaskan diri

dan fikiran daripada kesibukan kerja harian dan kesibukan kota. Pelbagai aktiviti dapat

dilakukan di hutan rekreasi ini. Antaranya termasuklah aktiviti mendaki bukit dan gunung,

berkhemah di hutan, menyertai aktiviti lasak seperti menjelajah hutan, kawat berpandu dan

sebagainya. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat memberikan dorongan dan peluang untuk

menjelajah kawasan hutan sambil menikmati serta menghargai keindahannya.

Dengan adanya hutan rekreasi juga,pihak-pihak tertentu dapat menambah kawasan

kajian dan penyelidikan terhadap ekologi hutan tropika bagi tujuan pelajaran dan pengetahuan

sains, terutamanya golongan muda dan pelajar. Dengan itu, kawasan hutan dapat dikekalkan

supaya dapat berfungsi sebagai pengimbang alam sekitar dan bertindak sebagai penapis

kepada kegiatan pembangunan lain di sekelilingnya. Tarikan flora dan fauna daripada habitat

aslinya yang dipersembahkan dalam bentuk keunikan semula jadi mampu memberikan

kepuasan kepada para pengunjung yang benar-benar mencintai keindahan alam semula jadi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana Hutan Rekreasi dan Muzium Terbuka Hutan

Hujan Tropika Sungai Udang, Dewan Siswa September 2005)

©2012 Hak Cipta MPSM Pahang

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 3: 02/2 ZZZ ODPDQEDKDVD ZRUGSUHVV FRP BAHASA MELAYU · PDF file02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

3 02/2

Sahagian A(ii) - Pemahaman

[10 markah}

Berdasarkan petikan Sahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan

ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata mengambil inisiatif? [2 markah]

2. Berdasarkan petikan , mengapakah langkah-langkah diambil untuk memastikan

kelangsungan hutan?

[4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya kita tidak memelihara hutan-hutan di

negara kita? [ 4 markah]

©2012 Hak Cipta MPSM Pahang

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 4: 02/2 ZZZ ODPDQEDKDVD ZRUGSUHVV FRP BAHASA MELAYU · PDF file02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

4 02/2

Sahagian B

[20markah]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan

makanan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengabaian kebersihan premis jualan

Makanan yang

terdedah

©2012 Hak Cipta MPSM Pahang

Tldak mencuci tangan sebelum makan

Peralatan yang tidak bersih

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 5: 02/2 ZZZ ODPDQEDKDVD ZRUGSUHVV FRP BAHASA MELAYU · PDF file02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

5 02/2

Sahagian C

[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tu/is sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada

180 patah perkataan.

1. Budi Bahasa Budaya Kita

Nyatakan ciri-ciri seorang yang berbudi bahasa.

2. lbu bapa merupakan ketua dalam institusi keluarga.

Huraikan peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia.

3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Tajuk

syarahan ialah" Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara ".

Sediakan teks syarahan selengkapnya.

4. Belakangan ini, kejadian jenayah sering berlaku di kawasan setempat.

Hal ini menjadi kebimbangan kepada pelbagai pihak.

Nyatakan peranan masyarakat dalam menjamin keselamatan setempat.

5. Peribahasa " Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" bermaksud

cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

©2012 Hak Cipta MPSM Pahang

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 6: 02/2 ZZZ ODPDQEDKDVD ZRUGSUHVV FRP BAHASA MELAYU · PDF file02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

6 02/2

Sahagian D

[10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang tefah anda kaji di sama ada di Tingkatan 1,

Tlngkatan 2 atau Tingkatan 3

i) Bukan Duniaku, karya Aida Shakira

ii) Le.stari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir

iii) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah

Nilai

I I Kasih sayang Kerajinan Ketabahan

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

020U Hak Cipta MPSM Pahang

www.lamanbahasa.wordpress.com