bahasa kasar

Upload: masfarizah-mohamad

Post on 11-Jul-2015

532 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PERBANDINGAN KEKESANAN PENGASIMILASIAN BAHASA DALAM ANTARA PELAJAR CINA DENGAN PELAJAR INDIA DI DALAM BILIK DARJAH Dr. Adenan Ayob Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kajian ini dilakukan untuk membandingkan aspek kekesanan daripada usaha pengasimilasian bahasa dalam ekoran penerbitan bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme antara pelajar Cina dengan pelajar India di dalam bilik darjah. Pengamalan bahasa dalam yang dianggap mempunyai nilai adab dan budaya luhur tinggi perlu diterapkan oleh semua lapisan masyarakat, apatah lagi pelajar sekolah. Hakikatnya, kesungguhan dan komitmen pelajar Cina dan India dalam aspek berbahasa perlu digarab secara murni untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai satu bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa yang melambangkan bangsa dan negara. Kaedah pemerhatian digunakan untuk mengenal pasti kekesanan pengasimilasian bahasa dalam antara pelajar Cina dengan pelajar India di dalam bilik darjah dengan berdasarkan catatan dan rakaman. Kajian ini melibatkan sampel pelajar-pelajar Cina dan India di sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Tanjung Malim, Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam bahasa bukan eufemisme pelajar Cina dengan pelajar India di dalam bilik darjah yang menjurus kepada komunikasi dan pengajaran serta pembelajaran bahasa. Hasil kajian ini bermanfaat kepada guru khususnya untuk menyerapkan penggunaan bahasa Melayu yang bersopan, tulen dan sejati di dalam bilik darjah. Ini sejajar dengan usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bermartabat dan bertamadun tinggi dalam dunia pendidikan.

PENGENALAN Bahasa dalam wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Bahasa dalam juga adakalanya digunakan dalam urusan surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Misalnya ke sungai kecil, minta izin keluar dari kelas dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa dalam atau perkataan lain yang lebih lembut digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain, seperti meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati dan sebagainya.

Pada ketika tertentu, bahasa dalam yang juga disamakan sebagai bahasa halus adalah berbeza dengan bahasa tidak sopan. Bahasa dalam menunjukkan ketinggian akhlak, akal budi dan kejernihan fikiran seseorang. Bahasa tidak sopan pula memperlihatkan kerendahan akhlak, tatatertib dan tercemarnya fikiran. Sebenarnya, penggunaan bahasa dalam berkait dengan konsep tahu bahasa, iaitu tahu cara untuk memilih perkataan yang sesuai apabila berbicara dengan orang lain. Menurut Jeniri Amir (2005), penggunaan bahasa dalam atau sopan akan memberikan kesan yang besar kepada jiwa seseorang. Pendengar akan berasa sejuk hati, tenteram dan gembira dengan kata-kata yang disampaikan. Walau bagaimanapun, tahu bahasa harus juga tahu budaya. Hal ini demikian kerana kesopanan adalah pengetahuan, pemahaman serta penguasaan amalan-amalan bahasa penting yang terdapat dalam budaya sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, pengetahuan berbahasa ada hubungannya dengan pengetahuan budaya. Antara amalan-amalan bahasa yang berkaitan dengan kesopanan dan budaya dalam sesebuah masyarakat ialah tabu bahasa, penggunaan ganti nama dan leksikal yang betul, larangan bahasa, kepercayaan, bahasa tidak berterus terang dan bahasa bukan verbal (Mohammed Azlan Mis, 2002). Menurut Mohammed Azlan Mis juga, sesuatu perkataan boleh menimbulkan perasaan-perasaan tertentu bergantung pada suasana penggunaan atau juga bergantung pada latar belakang masyarakat yang berkenaan. Banyak perkataan yang hanya boleh digunakan untuk sesuatu masyarakat sahaja, tetapi tidak sesuai untuk digunakan dalam sesebuah masyarakat yang lain. Jika hal ini dilanggar, maka akan timbul kemarahan, perasaan tidak senang, sakit hati, tersinggung, kecil hati dan berbagai-bagai lagi. Sebagai contoh, perkataan Sakai secara amnya merujuk kepada salah satu kaum Asli yang terdapat di Malaysia. Perkataan ini tiada bezanya dengan Melayu atau Cina kerana rujukannya ialah kaum atau bangsa. Walau bagaimanapun, perkataan Sakai mempunyai konotasi yang negatif jika digunakan dalam suasana atau konteks yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat Melayu, perkataan Sakai digunakan untuk mempersendakan orang lain, iaitu bagi maksud seseorang yang ketinggalan zaman atau tidak bertamadun. Oleh itu, perkataan Sakai mempunyai makna emotif yang berbeza sama sekali dengan makna asalnya. Justeru, penggunaan perkataan ini dianggap sebagai tidak sopan dalam kalangan masyarakat Melayu.

UNSUR-UNSUR TATABAHASA EUFEMISME Perkara yang dikatakan unsur-unsur tatabahasa adalah berkaitan dengan peraturan-peraturan tatabahasa. Dalam bahasa Melayu, unsur berkenaan dipaparkan seperti berikut: i. Sebutan Setiap huruf disebut dengan sempurna bagi menunjukkan sikap peduli dan halus.

2

ii.

Tatabahasa Lengkap dan Rapi Ayat dan imbuhan lengkap, seperti (meng)angkat dan sebagainya. Penggunaan tatabahasa yang lengkap menunjukkan seseorang menghormati orang yang dilawan bercakap atau dalam majlis tempat seseorang berucap.

iii.

Suara dan Intonasi Jelas untuk Kehalusan Bahasa Kosa kata bahasa tinggi (dia cakap = dia berkata, jadi = oleh sebab itu) menunjukkan seseorang yang memilih perkataan dengan rapi dan berpendidikan atau digelar sebagai ahli santri.

iv.

Penggunaan Kata Sendi Tepat untuk Menunjukkan Keseriusan Berfikir Kata sendi bahasa basahan (kat hospital = di hospital, kat dia = pada dia, kat situ = di situ, pergi kat sana = pergi ke sana) hanya menunjukkan bahawa seseorang tidak mengambil berat akan logik pertuturan. Kata sendi dalam ayat Saya tinggal (de)kat Kuala Lumpur tentulah menunjukkan perbezaan kehalusan dan kegramatisan bahasa sebagai Saya tinggal di Kuala Lumpur.

v.

Gerak-Geri Halus dan Sopan dari segi Budaya Penguasaan pragmatik yang baik berupaya mengetahui keseluruhan cara penggunaan sesuatu bahasa tinggi lagi canggih, bukan bahasa basahan yang rendah dan kasar. Semua unsur ini dapat didengar dan dilihat pada masa seseorang berkomunikasi. Seseorang dapat mendengar apa-apa yang diucapkan dan dapat dilihat apa-apa yang dilakukan.

UNSUR-UNSUR BUDI BAHASA EUFEMISME Bahasa halus mampu membina iklim komunikasi yang positif. Berikut adalah unsur-unsur pembinaan kehalusan budi, iaitu: Membina: i. Bentuk Sapaan dan Ganti Nama Halus Eufemisme menolak pernyataan berikut: Ganti nama mesra dikatakan tidak sesuai digunakan kerana boleh merendahkan taraf orang yang dilawan berkomunikasi dalam konteks bukan sahabat dan keluarga.

3

Eufemisme menggalakkan pernyataan berikut: Penggunaan gaya bahasa sesuai dengan sebutan nama batang tubuh orang yang dilawan bercakap merupakan perbuatan meningkatkan darjat seseorang atau berkonsepkan top levelling. Merancang: ii. Isi Perbincangan Skema eufemisme dalam perbincangan perlu berkisar kepada aspek rasional dalam memastikan kelancaran komunikasi (Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isa Awang, 2003). Ketidakpekaan terhadap inti pati perbincangan menyebabkan pengaruh bukan eufemisme mudah menyerap (Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isa Awang (2003). Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff dan Mohd Isa Awang menambah bahawa sama ada seseorang bercakap kosong, bergosip, mengumpat ataupun sebagainya, maka itu menunjukkan seseorang kurang atau tidak mengamalkan budi bahasa.

PENYATAAN MASALAH Daripada tinjauan awal yang dibuat oleh pengkaji di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Tanjung Malim, Perak menunjukkan bahawa memang terdapat berbagai-bagai masalah dalam komunikasi bahasa Melayu oleh muridmurid berketurunan Cina dan India. Antara masalah ketara yang timbul dan dapat dikesan secara umum ialah pengaruh bahasa dalam budaya keluarga. Bahasa rutin dalam budaya di rumah mengganggu kelicinan pembentukan dan pengamalan bahasa halus di sekolah. Masalah percampuran kod (code mixing) dalam bahasa pelajar Cina dan India dengan bahasa Melayu turut membantutkan pembelajaran bahasa Melayu mereka. Masalah ini berkait rapat dengan kemunculan unsur-unsur linguistik bahasa ikutan budaya dari semasa ke semasa ketika pelajar-pelajar berkenaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum kajian ini adalah untuk membandingkan aspek kekesanan daripada usaha pengasimilasian bahasa dalam ekoran penerbitan bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme antara pelajar Cina dengan pelajar India di dalam bilik darjah. Objektif-objektif khusus bagi kajian ini pula adalah untuk:

4

i.

Membandingkan bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme pelajar Cina dengan pelajar India dalam komunikasi dan pengajaran serta pembelajaran bahasa langsung ataupun tidak langsung di dalam bilik darjah. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan ketara dari segi kekesanan kelas bahasa bukan eufemisme antara pelajar Cina dengan pelajar India dalam komunikasi dan pengajaran serta pembelajaran bahasa langsung ataupun tidak langsung di dalam bilik darjah.

ii.

SOALAN KAJIAN i. Apakah kata bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme pelajar, selain bahasa eufemisme guru yang diasimilasikan dalam komunikasi dan pengajaran serta pembelajaran bahasa sama ada secara langsung ataupun tidak langsung di dalam bilik darjah? Adakah terdapat perbezaan ketara dari segi kekesanan kelas bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme pelajar Cina dengan pelajar India dalam komunikasi dan pengajaran serta pembelajaran bahasa langsung ataupun tidak langsung di dalam bilik darjah?

ii.

KEPENTINGAN KAJIAN Penyelidikan ini penting kepada pihak Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan untuk memikirkan pengamalan kurikulum yang terkandung kesantunan bahasa. Kajian ini boleh dijadikan asas untuk mengadakan sebuah buku panduan atau rujukan kesantunan berbahasa untuk guru-guru bahasa yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolahsekolah rendah dan menengah kebangsaan, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Kajian ini juga berkepentingan ke arah penjelasan perbezaan dalam berbahasa murid berasaskan rutin bahasa ibunda dengan bahasa Melayu yang formal di sekolah. Bidang bermasalah akibat perbandingan tersebut dapat diketahui melalui perincian hasil komunikasi murid di dalam bilik darjah, mahupun dalam pembelajaran bahasa. Maklumat daripada perincian tersebut dapat membantu guru mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kebaikan atau manfaat lain adalah dengan membantu guru melakukan pembetulan latihan berbahasa pelajar dengan lebih berkesan. Kajian ini boleh menjadi panduan berguna kepada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di semua sekolah rendah dan menengah. Ini juga menjadi panduan kepada panitia mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah

5

dalam merancang pengajaran. Pihak panitia boleh memikirkan cara untuk mengintepretasikan sistem bahasa dalam bentuk yang sesuai dengan latar belakang pelajar.

BATASAN KAJIAN Responden kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar Cina dan India yang sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Responden terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4B sahaja. Kelas ini dipilih kerana jumlah bilangan pelajar Cina dan India adalah banyak. Kajian pengasimilasian bahasa dalam ini mengambil kira kata-kata yang terbit daripada pengajaran guru dan komuniksai pelajar-pelajar di dalam bilik darjah. Kekesanan bahasa bukan eufemisme yang lahir daripada komunikasi antara pelajar-pelajar dan pembelajaran bahasa dibataskan kepada kelas bahasa amat kasar, kasar dan kurang kasar.

DEFINISI ISTILAH i. Pengasilimasian Bahasa Dalam Pengasilimasian bahasa dalam bermaksud penyerapan bahasa halus dalam pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Tujuannya adalah untuk menyemai penggunaan bahasa yang bersopan dalam komunikasi demi kelangsungan nilai bahasa untuk menunjukkan keluhuran darjat dan budi pekerti. ii. Eufemisme Ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar, misalnya buang air kecil untuk kencing (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). iii. Bahasa Dalam Bermaksud bahasa halus atau bahasa kehormatan (Adenan Ayob, 2009). Adenan Ayob menambah bahawa walaupun bahasa ini digunakan digunakan oleh golongan istana, penggunaannya oleh rakyat biasa wajar dikembangkan mengikut kesesuaian perkataan atau ungkapan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula, pengertiannya menunjukkan bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain. Misalnya meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati dan sebagainya.

6

iv.

Kelas Bahasa Eufemisme dan Bukan Eufemisme Kelas bahasa eufemisme, iaitu sopan berupa bahasa dalam yang dianggap memenuhi kriteria optimum dalam kesantunan berbahasa; kelas bahasa bukan eufemisme pula merujuk kepada amat kasar atau terlampau keras serta terkeluar daripada batas tatasusila berbahasa; kasar masih dianggap melewati kesopanan; kurang kasar masih dapat dikawal, selain menjaga hati dan perasaan orang yang dilawan bercakap (Adenan Ayob, 2009). Dalam kajian ini, penyelidik memerhati, mecatat dan merakamkan penerbitan kelas-kelas bahasa tersebut pada borang yang disediiakan khusus, termasuk alat rakaman dengan berdasarkan pengubahsuaian daripada kajian Geertz (1983).

v.

Kekesanan Menurut Kasih MS (2004), kekesanan dalam pengasimilasian bahasa dalam ditujukan kepada penggunaan bahasa bukan eufemisme, iaitu amat kasar, kasar dan kurang kasar, manakala bahasa eufemisme hanya ditentukan dalam kelas sopan.

SOROTAN LITERATUR Kajian tentang pengaruh bahasa ibunda terhadap bahasa dalam menerusi proses pengasilimasian di dalam bilik darjah pernah dilakukan oleh Brown dan Levinson (1987). Kumpulan pelajar berbangsa Swedish dan Finnish dijadikan subjek kajian. Dua kumpulan murid tersebut mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pada akhir kajian, beliau mendapati pengasimilasian bahasa dalam pelajar Finnish kurang dipengaruhi pemindahan bahasa ibunda berbanding pelajar Swedish. Pelajar Swedish hidup dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Sweden sebagai bahasa harian, manakala pelajar Finnish hidup dalam masyarakat multilingual. Ternyata Brown dan Levinson menghubungkan dapatannya dengan faktor persekitaran bahasa pelajar-pelajar berkenaan. Beliau merumuskan bahawa faktor persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting ke arah pengasimilasian bahasa dalam. Faktor sikap dalam mempelajari bahasa dalam juga pernah dikaji oleh Nguyen (1987). Responden beliau ialah pelajar-pelajar Asia-Amerika. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Filipina, Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Kajian beliau dibahagikan kepada dua peringkat. Dalam peringkat pertama, beliau menggunakan soal selidik, manakala dalam peringkat kedua beliau menjalankan satu kajian mikro terhadap pelajar-pelajar Cina. Kajian peringkat pertama menunjukkan pelajar-pelajar Asia-Amerika tidak menyenangi pembetulan kesalahan bahasa dalam yang dilakukan secara langsung oleh guru. Di samping itu, mereka mempelajari bahasa Inggeris kerana dorongan yang kuat oleh motivasi instrumental. Mereka lebih berminat mempelajari bahasa Inggeris

7

secara berkelompok kerana cara demikian boleh mengurangkan persaingan, malah meningkatkan kerjasama antara mereka dalam berkomunikasi. Dalam peringkat kedua kajian pula, Nguyen telah membandingkan sikap pelajar-pelajar Cina Kantonis terhadap bahasa kedua dan bahasa dalam. Beliau juga mengenal pasti kaedah pengasimilasian bahasa dalam yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang bersikap bangga akan bahasa ibunda mereka dan pengasimilasian bahasa dalam lebih gemar menggunakan Kaedah Terjemahan. Bagi pelajar-pelajar yang tidak bersikap demikian, Kaedah Terus lebih sesuai dan berkesan. Persekitaran bahasa turut berperanan penting ke arah pengasilimasian bahasa dalam untuk pelajar. Keadaan sedemikian turut dialami oleh pelajar-pelajar India. Persekitaran bahasa pelajar-pelajar India tersebut masih didominasi oleh bahasa Tamil. Bahasa dalam masih sesuai digunakan sebagai bahasa harian, terutamanya dalam berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada suku yang sama. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu, penggunaan bahasa dalam semakin seronok diaplikasikan pelajar (Farid M. Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Hal ini demikian kerana persepsi mereka tentang linguistik bahasa dalam sistem kognitif adalah mantap. Ini adalah ekoran daripada persepsi pelajar tentang aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa dalam berjaya mempengaruhi unsur-unsur linguistik bahasa kedua (Hymes, 1972). Ekoran itu, apabila pelajar-pelajar menggunakan bahasa dalam, maka akan berlaku kemantapan dari segi kosa kata yang digunakan (Adenan Ayob, 2009). Sikap bangga akan bahasa dalam mampu menstabilkan penguasaan bahasa sasar jika kaedah pengasimilasian yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah didapati sejajar dengan hasrat peningkatan jati diri dan kesantunan berbahasa (Farid M. Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Pelajar-pelajar berbilang bangsa yang mempelajari bahasa dalam telah dijelmakan oleh motivasi integratif dan instrumental (Brown & Levinson, 1987). Faktor ini berupaya membentuk keseimbangan dalam kesopanan berbahasa dan berbudaya murni.

KAEDAH KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kerangka teori Behaviorisme Bertujuan. Teori berkenaan diasaskan oleh Edward Chace Tolman (1886-1959) dalam Bogdan, Robert & Knopp (1982). Seramai 30 orang pelajar Cina dan India Tingkatan 4B, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Malim, Perak dijadikan subjek kajian. Sesi pengajaran dan pembelajaran pula berlangsung selama 80 minit.

8

Kesesuaian teori Behaviorisme Bertujuan menjadi kelangsungan kepada pengkaji untuk menggunakan kaedah tinjauan menerusi pemerhatian. Pengkaji menggunakan borang pemerhatian dan alat perakam, masing-masing untuk mencatat dan merakamkan kata-kata eufemisme dan bukan eufemisme dengan berpandukan kelas-kelas bahasa yang terbit daripada pengasimilasian bahasa dalam menerusi pengajaran guru, komunikasi di dalam bilik darjah dan pembelajaran antara pelajar-pelajar berkenaan. Penganalisisan data dilakukan secara pemeringkatan dengan berpandukan penerbitan bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme. Rakaman pula dipindahkan dalam bentuk teks dengan berdasarkan kod-kod yang ditentukan.

DAPATAN KAJIAN Demografi Responden Demografi responden memaparkan bilangan pelajar bagi Tingkatan 4B. ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut: Jadual 1: Demografi Responden Ini

Cina L 8 Jumlah 8 P 7 7 L 8 8

India P 7 7 L 2 2

Melayu P 2 2

Jadual 1 menunjukkan bilangan pelajar Cina, India dan Melayu bagi Tingakatan 4B, SMK Tanjung Malim, Perak. Jumlah kesemua pelajar di dalam kelas tersebut ialah 34 orang. Jumlah bilangan pelajar Cina dan India sahaja ialah 30 orang. Bilangan pelajar lelaki Cina dan India, masing-masing 8 orang. Bilangan pelajar India bagi lelaki dan perempuan juga sama bilangannya, iaitu masingmasing 7 orang. Bilangan pelajar Melayu pula menunjukkan lelaki 2 orang dan perempuan juga 2 orang.

9

Apakah bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme pelajar, selain bahasa eufemisme guru yang diasimilasikan dalam komunikasi dan pengajaran serta pembelajaran bahasa langsung ataupun tidak langsung di dalam bilik darjah?

Catatan dan rakaman bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme pelajar, termasuk bahasa eufemisme guru ditunjukkan dalam Jadual 2. Paparan catatan dan rakaman terdapat dalam Jadual 2 berkenaan.

Jadual 2: Bahasa Eufemisme dan Bahasa Bukan Eufemisme Pelajar serta Bahasa Eufemisme Guru

Bil.

Bahasa Eufemisme / Bukan Eufemisme Pelajar

Eufemisme Guru (Pengasimilasian)

Cina 1. 2. ke tandas berak

India kencing buang air pergi ke sungai kecil (melepaskan hajat kecil) pergi ke sungai besar (melepaskan hajat besar) kepenatan meninggal dunia hilang pertimbangan jenazah (mendiang) minta atau mohon izin ayahanda saya bonda saya orang rumah anda saya berbadan dua (hamil) bersalin cahaya mata pembantu rumah mengebumikan menghembuskan nafas terakhir ayahanda kanak-kanak ini

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19.

tidur mati gila orang mati tepi aku nak jalan bapak aku emak aku bini kamu aku bunting beranak budak kecil orang upah tanamkan mati bapa budak ni

lepak pergi tak betul mayat aku nak lalu bapa aku mak aku isteri kau kita mengandung dapat anak anak kecil orang gaji kuburkan tak ada nyawa bapak budak ni

10

20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

lelap pukul ok jawab macam dapat? lembu susah tak senang bikin tak kira ikut

membuta mencekik oklah jawablah macam mana kamu tahu? binatang tak boleh buat takut buat oklah bawa

tidur makan terima kasih sila jawab bagaimana anda tahu? haiwan sukar bimbang laksana ikhlas menemani

Jadual 2 di atas menunjukkan 30 pasang bahasa bukan eufemisme antara pelajar Cina dengan pelajar India sahaja yang dapat dicatat dan dirakam selama 80 minit. Bahasa bukan eufemisme yang ditunjukkan adalah amat berbeza. Bahasa eufemisme guru yang dipaparkan pula wujud secara langsung dan tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran, contohnya frasa hilang pertimbangan dan cahaya mata. Kedua-dua frasa lahir daripada sebuah cerpen yang diajar oleh guru. Ada juga bahasa eufemisme yang timbul daripada teguran guru dalam komunikasi antara pelajar-pelajar berkenaan. Dalam kes ini, bahasa eufemisme yang patut diujarkan oleh seorang pelajar Cina yang meminta ke tandas sewajarnya diungkap Saya hendak pergi ke sungai kecil sebagaimana yang diasimilasikan oleh guru menerusi pembetulan tersebut.

Adakah terdapat perbezaan ketara dari segi kekesanan kelas bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme antara pelajar Cina dengan pelajar India dalam komunikasi dan pengajaran serta pembelajaran bahasa langsung ataupun tidak langsung di dalam bilik darjah? Perbezaan dari segi kekesanan kelas bahasa hanya wujud daripada bahasa bukan eufemisme pelajar Cina. Jadual 3 menunjukkan bahasa bukan eufemisme yang diterbitkan oleh pelajar Cina, termasuk kelas bahasanya. Jadual 3: Bahasa Bukan Eufemisme Pelajar Cina dan Kelas Bahasa

Bahasa Bukan Eufemisme Pelajar Cina tandas berak tidur mati

Kelas Bahasa

kurang kasar amat kasar kurang kasar kasar 11

gila orang mati tepi aku nak jalan bapak aku emak aku bini kamu aku bunting beranak budak orang upah tanamkan bodoh bapa budak ni lelap pukul ok jawab macam dapat? lembu susah tak senang bikin tak kira ikut

amat kasar kasar kasar kurang kasar kurang kasar kasar kurang kasar kurang kasar kasar kasar kurang kasar kurang kasar amat kasar amat kasar kurang kasar kurang kasar kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar amat kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar

Jadual 3 tersebut memaparkan 8 catatan dan rakaman kelas bahasa kurang kasar bagi bahasa bukan eufemisme pelajar Cina, iaitu yang tertinggi jika dibandingkan dengan kelas-kelas bahasa lain. Terdapat 5 catatan dan rakaman sahaja yang menunjukkan kelas bahasa amat kasar. Catatan dan rakaman yang menunjukkan kelas bahasa kasar pula ialah 5. Perbezaan dari segi kekesanan bahasa bukan eufemisme yang juga terbit daripada pelajar India dapat dilihat dari segi kelas bahasanya. Jadual 4 memaparkan bahasa bukan eufemisme yang diterbitkan oleh pelajar India. Kelas bahasanya turut dipaparkan.

12

Jadual 4: Bahasa Bukan Eufemisme Pelajar India dan Kelas Bahasa

Bahasa Bukan Eufemisme Pelajar India kencing buang air lepak pergi tak betul mayat aku nak lalu bapa aku mak aku isteri kau kita mengandung dapat anak anak orang gaji kuburkan tak ada nyawa bapak budak ni membuta mencekik oklah jawablah macam mana kamu tahu? binatang tak boleh buat takut buat oklah bawa

Kelas Bahasa

kasar kurang kasar kasar kurang kasar kurang kasar amat kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar amat kasar kasar kurang kasar amat kasar amat kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar kurang kasar

Jadual 4 tersebut memaparkan 21 catatan dan rakaman kelas bahasa kurang kasar bagi bahasa bukan eufemisme pelajar India, iaitu paling tinggi berbanding kelas-kelas bahasa yang lain. Terdapat 4 sahaja catatan dan rakaman yang menunjukkan kelas bahasa amat kasar. Catatan dan rakaman yang menunjukkan kelas bahasa kasar pula ialah 5.

13

Hasil kajian berdasarkan paparan pada Jadual 3 dan Jadual 4 menjelaskan bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara antara penerbitan bahasa bukan eufemisme antara pelajar Cina dengan pelajar India. Ekoran dapatan ini, maka jelas menggambarkan bahawa tidak terdapat kelas bahasa sopan yang digunakan oleh pelajar, sama ada pelajar Cina ataupun pelajar India.

RUMUSAN Analisis dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengasimilasian bahasa dalam adalah penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah menemukan kelancaran dan keharmoniannya. Masyarakat berbilang keturunan wajar mengutamakan kesopanan berbahasa bukan sahaja dalam perlakuan, bahkan dalam penggunaan dan pemilihan bahasa. Pemilihan sesuatu bentuk eufemisme amat bergantung pada budaya murni yang hendak digilap. Bahasa komunikasi dan pengajaran guru di dalam bilik darjah mampu mempengaruhi penggunaan bentuk eufemisme dalam menyesuaikan hasil pembelajaran dengan kehidupan sebenar bermasyarakat. Perkembangan eufemisme yang wujud mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini kerana memang terdapat hubungan akrab antara bahasa dan budaya seperti yang diperlihatkan pada aspirasi bahasa dalam menerusi asimilasi peribahasa, pepatah, pantun atau gaya bahasa yang digunakan. Penggantian eufemisme boleh dikaitkan dengan kesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun fenomena kesantunan bersifat sejagat, tetapi strateginya yang melibatkan aspek kebahasaan untuk berlaku sopan didapati berbeza-beza antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Pada dasarnya, guru masih berperanan besar untuk menyumbang ke arah pengasimilasian bahasa dalam kepada semua lapisan pelajar di dalam bilik darjah demi kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa berbudaya tinggi dan disanjung oleh pengamal bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Di sini terletaknya peranan guru yang aktif untuk memastikan pengasimilasian bahasa dalam dapat terus diserap dan dibudayakan oleh pelajar. Justeru, kajian-kajian yang lebih pelbagai terhadap bahasa dalam, khususnya yang membabitkan eufemisme wajar dilaksanakan.

14

BIBLIOGRAFI Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isa Awang (2003). Bahasa Melayu komunikasi. Bentong Pahang Darul Makmur: PTS Publication & Distributor Sdn. Adenan Ayob (2009). Bahasa Kebangsaan. Oxford Fajar: Shah Alam, Selangor. Bogdan, B., Robert C., & Knopp, S. (1982). Qualitative research for education: An introduction to theory and method. Avanue: Boston Massachusetts. Brown, P. & Levinson, S.C. (1987). Politeness: Some universals in language usage. Cambridge: Cambridge University Press. Cambridge: Cambridge University Press. Farid, M. Onn & Ajid Che Kob (1981). Pengaruh bahasa daerah dalam proses pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Geertz, C. (1983). Local Knowledge: Further essays in antrohistorical method. New York: Basic Books. Hymes, D. (1972). Models of the interaction of language and sosial life and introduction to theory and method. Avanue: Boston Massachusetts. Jeniri Amir (2005). Tinggi Bangsa kerana Bahasa. Dewan Bahasa. Julai: 44-47. Kasih MS. (2004). Sistem Kata Sapaan Anak-Anak dan Remaja dalam Bahasa Masyarakat Linguistik Indonesia. Minangkabau: Suatu Analisis Sosiolinguistik dan Linguistik Indonesia. Jurnal Ilmiah 22(2), 179-184. Mohammed Azlan Mis (2002). Kecekapan Sosiolinguistik dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Kesan terhadap Pengguna Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Tesis Sarjana Falsafah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nguyen (1987). Aspects of Second Language Learning in Classroom Settings. Working Papers on Bilingualism, No. 13. The Ontario Institute for Studies in Education. New York: Basic Books.

15