bahasa hukuman dan pergerakan kawad

3
BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD : Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau ATM. 7.1. Kawad Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti. b. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing. c. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak . d. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh bahasa hukuman “Ke kanan...lurus. Pandang...depan” e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 / Pengakap P1 ) siap untuk diuji, tuan”. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman “Terima kasih tuan.” f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan . Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan: i. Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri.....pusing”. ii. Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing” iii. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman: “Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusing” iv. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: “Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing “. g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Contoh bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak . h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.

Upload: jhw3462

Post on 30-Sep-2015

108 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kawad

TRANSCRIPT

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD : Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau ATM.

7.1. Kawad Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.b. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.c. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak. d. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh bahasa hukuman Ke kanan...lurus. Pandang...depane. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 / Pengakap P1 ) siap untuk diuji, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman Terima kasih tuan.f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:i.Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri.....pusing.ii.Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing iii. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusingiv. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing .

g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Contoh bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak.h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Contoh bahasa hukuman: bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri......pusing.j. Berjalan dalam masa cepat jalan sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman kiri belok. (Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).k. Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.l. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim.m. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri.....pusing diberikan.n. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.o. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat.ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat.iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju.iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat.v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan.vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang....pusing.vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan.viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang....pusing.ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke belakang, ke kiri......pusing.x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang......pusing. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:Hentak kaki.xii. Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.Mara mengadap, (10 14 langkah diakhiri dengan tabik). Bahasa hukuman: skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)