bahas ala parlimen - panduan pengurusan bahas (peraturan pertandingan)

4
BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU – Panduan Pengurusan Bahas PERATURAN PERTANDINGAN BAHAS Peraturan pertandingan ini perlu dibacakan oleh Yang Arif Tuan Speaker untuk perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat. 1. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali. 2. Setiap pembahas diberi masa 8 minit untuk berucap manakala penggulung diberi masa 4 minit untuk membuat ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas/penggulung berucap. 3. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit pertama menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat Izin Laluan manakala pada akhir minit ketujuh loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan membuat Izin Laluan. 4. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan menandakan bahawa masa untuk pembahas berucap telah tamat. 5. Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan diberi masa 3 minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing. 6. Pada akhir minit ketiga masa penggulungan, loceng amaran akan dibunyikan sekali dan pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk penggulungan telah tamat.

Upload: sszma

Post on 06-Jun-2015

5.057 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAS ALA PARLIMEN - Panduan Pengurusan Bahas (Peraturan Pertandingan)

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU – Panduan Pengurusan Bahas PERATURAN PERTANDINGAN BAHAS

Peraturan pertandingan ini perlu dibacakan oleh Yang Arif Tuan Speaker untuk perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat.

1. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

2. Setiap pembahas diberi masa 8 minit untuk berucap manakala penggulung diberi masa 4 minit untuk membuat ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas/penggulung berucap.

3. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit pertama menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat Izin Laluan manakala pada akhir minit ketujuh loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan membuat Izin Laluan.

4. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan menandakan bahawa masa untuk pembahas berucap telah tamat.

5. Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan diberi masa 3 minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing.

6. Pada akhir minit ketiga masa penggulungan, loceng amaran akan dibunyikan sekali dan pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk penggulungan telah tamat.

7. Semasa seseorang pembahas sedang berucap, pihak lawan dibenarkan memohon/membuat Izin Laluan dalam bentuk:

i. soalanii. kenyataan

iii. fakta/ penjelasan/ pembetulaniv. ayat-ayat pendek yang berkait dengan isi yang sedang diutarakan

oleh pembahas

8. Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin Laluan. Izin Laluan haruslah padat dan bernas

© unit kokurikulum jpn pulau pinang 2006

Page 2: BAHAS ALA PARLIMEN - Panduan Pengurusan Bahas (Peraturan Pertandingan)

9. Izin Laluan tidak boleh disalahgunakan untuk mengganggu pihak lawan. Setiap pasukan perlu mematuhi etika Izin Laluan. Markah akan dipotong jika terdapat pelanggaran terhadap etika ini.

10. Etika Izin Laluan adalah seperti berikut:

10.1 Izin Laluan tidak boleh dilakukan sebelum minit pertama dan semasa minit terakhir sewaktu pembahas berucap.

10.2 Izin Laluan hanya dibuka semasa sesi perbahasan dan tidak dibuka pada sesi penggulungan.

10.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon Izin Laluan. 10.4 Perlakuan yang kasar dan biadab seperti menepuk-nepuk

meja , bertepuk tangan, memetik-metik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

10.5 Pembahas juga tidak boleh memperlihatkan rasa tersinggung apabila permohonannya untuk mendapat Izin Laluan ditolak.

10.6 Kata-kata yang diucapkan semasa Izin Laluan hendaklah halus, berbudi bahasa dan mencerminkan tatasusila, adab serta budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.

10.7 Izin Laluan dipohon dengan seseorang pembahas itu berdiri dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap Izin Laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh:

menerima Izin Laluan tersebut ketika itu menghabiskan ayatnya dahulu dan menerima Izin Laluan

tersebut. meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang

hormat

11. Keputusan sama ada persidangan menerima atau menolak usul ditentukan oleh hakim perbahasan.Keputusan dibuat secara Juri (majoriti) untuk menentukan pihak yang menang. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

12. Keputusan akan diumumkan oleh Speaker Dewan.

Page 3: BAHAS ALA PARLIMEN - Panduan Pengurusan Bahas (Peraturan Pertandingan)

© unit kokurikulum jpn pulau pinang 2006