bahan rumusan panel perunding set 1-21

117
SET 1 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan mengurut dari sudut kesihatan dan masalah-masalah yang wujud. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Mengurut merupakan salah satu rawatan tradisional masyarakat Malaysia, terutama dalam kalangan kaum Melayu. Mengurut juga menjadi kelaziman bagi masyarakat Jepun, China, Mesir dan India. Di Amerika Syarikat, mengurut merupakan masalah satu cabang perubatan sejak pertengahan abad ke-19. Dalam bidang perubatan, mengurut dilakukan oleh seorang profesional. Mereka terlatih dalam pelbagai teknik mengurut dengan bantuan peralatan saintifik. Gaya hidup masyarakat sekarang tidak menghalang pelbagai lapisan bangsa, jantina dan peringkat umur untuk meninggalkan kaedah rawatan mengurut. Mengurut dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen ke bahagian yang diurut. Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat. Malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf. Dalam perubatan tradisional pula, mengurut dipercayai berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar. Walaupun keberkesanannya tidak diketahui, amalan mengurut untuk rawatan tenaga batin menarik minat banyak orang. Sebilangan rakyat di negara kita begitu teruja dengan rawatan alternatif ini. Kini, teknik mengurut semakin moden. Pelbagai jenis kerusi urut ada di pasaran. Namun kebanyakan orang hanya membeli kerusi urut untuk merehatkan otot dan bukannya untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang lain. Selain itu, kajian sainifik mendapati mengurut membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Bagi individu yang menghidap migrain, sakit selepas bersalin, sakit otot dan sakit belakang, kaedah mengurut memberikan kelegaan. Di samping itu, mengurut dapat meningkatkan aliran darah ke otot, mengurangkan perasaan resah dan tekanan. Mengurut dipercayai dapat merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak. Mengurut juga dikatakan boleh meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri. Hal ini praktikal kepada individu yang mempunyai masalah kecacatan fizikal dan menghidap penyakit kronik seperti kanser. Selain itu, urutan akan meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh daripada mengalami infeksi dan meningkatkan pertahanan tubuh daripada serangan sel kanser.

Upload: din-said

Post on 14-Dec-2015

1.277 views

Category:

Documents


107 download

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 1Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan mengurut dari sudut kesihatan dan masalah-masalah yang wujud. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mengurut merupakan salah satu rawatan tradisional masyarakat Malaysia, terutama dalam kalangan kaum Melayu. Mengurut juga menjadi kelaziman bagi masyarakat Jepun, China, Mesir dan India. Di Amerika Syarikat, mengurut merupakan masalah satu cabang perubatan sejak pertengahan abad ke-19. Dalam bidang perubatan, mengurut dilakukan oleh seorang profesional. Mereka terlatih dalam pelbagai teknik mengurut dengan bantuan peralatan saintifik. Gaya hidup masyarakat sekarang tidak menghalang pelbagai lapisan bangsa, jantina dan peringkat umur untuk meninggalkan kaedah rawatan mengurut. Mengurut dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen ke bahagian yang diurut. Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat. Malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf. Dalam perubatan tradisional pula, mengurut dipercayai berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar. Walaupun keberkesanannya tidak diketahui, amalan mengurut untuk rawatan tenaga batin menarik minat banyak orang. Sebilangan rakyat di negara kita begitu teruja dengan rawatan alternatif ini. Kini, teknik mengurut semakin moden. Pelbagai jenis kerusi urut ada di pasaran. Namun kebanyakan orang hanya membeli kerusi urut untuk merehatkan otot dan bukannya untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang lain.

Selain itu, kajian sainifik mendapati mengurut membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Bagi individu yang menghidap migrain, sakit selepas bersalin, sakit otot dan sakit belakang, kaedah mengurut memberikan kelegaan. Di samping itu, mengurut dapat meningkatkan aliran darah ke otot, mengurangkan perasaan resah dan tekanan. Mengurut dipercayai dapat merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak. Mengurut juga dikatakan boleh meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri. Hal ini praktikal kepada individu yang mempunyai masalah kecacatan fizikal dan menghidap penyakit kronik seperti kanser. Selain itu, urutan akan meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh daripada mengalami infeksi dan meningkatkan pertahanan tubuh daripada serangan sel kanser. Seseorang ibu digalakkan mengurut anggota tubuh bayinya kerana kaedah ini dapat merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik. Namun begitu, mengurut yang tidak dilakukan mengikut cara yang betul boleh mengundang pelbagai masalah. Pesakit yang mempunyai darah beku di salur darah terutamanya di kaki, masalah pendarahan, osteporosis, patah tulang, luka dan mengalami infeksi, dinasihatkan tidak menjalani rawatan mengurut. Lantaran itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, orang ramai dinasihatkan agar merujuk kepada ahli perubatan terlebih dahulu sebelum melakukan urutan. Elakkan daripada melakukan urutan tanpa mengetahui jenis penyakit yang dihidapi. Di Barat, individu yang terlibat dengan bidang urutan dikehendaki menjalani sesi latihan dengan pakar yang bertauliah. Sudah sampai masanya bagi negara kita mencontohi Barat dalam hal ini memandangkan kaedah mengurut telah lama diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Kesimpulannya, jika kita mahu mengelakkan sebarang kejadian buruk akibat mengurut, kita perlulah berhati-hati memilih tukang urut agar mengurut benar-benar memberi kelegaan kepada kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ”Mengurut dari Sudut Kesihatan,” Dewan Masyarakat, April 2007)

Page 2: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata rawatan alternatif. [ 2 markah]

(ii) Apakah nasihat yang diberikan oleh penulis kepada orang ramai agar mengurut tidak mendatangkan masalah kepada mereka?

[3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah mengurut masih terus digemari oleh masyarakat pada masa ini?.

[4 markah]

Page 3: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN:

SET 1

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan faedah/ keistimewaan/ kelebihan kaedah mengurut dari sudut kesihatan kepada masyarakat. 2

Isi Tersurat :

S1. merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen ke bahagian yang diurut 2

S2. mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat. 2 S3. kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf. 2

S4. berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar dan. 2

S5. mengurut membantu menyelesaikan masalah kesihatan. 2

S6. mengurut dapat meningkatkan aliran darah ke otot, mengurangkan perasaan resah dan tekanan. 2

S7 merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak. 2

S8. meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri. 2

S9. urutan akan meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh. 2 S10.kaedah ini dapat merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik. 2 Isi Tersirat:

T1. orang ramai terpedaya dengan tawaran tukang urut palsu. 2

T2. kaedah mengurut yang dimiliki oleh tukang urut kebanyakannya tiada pengiktirafan daripada pakar perubatan. 2

T3. orang ramai tidak dapat mengenal pasti jenis penyakit yang membolehkan mereka menggunakan kaedah mengurut. 2

T4. Penyakit yang dialami tidak sembuh sebaliknya semakin parah 2

Penutup : Kesimpulannya, orang ramai perlu mengenal pasti penyakit mereka sebelum menggunakan kaedah mengurut supaya tidak memudaratkan kesihatan. 2

Page 4: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Soalan 2(a) - Petikan Umum (set 1)

i. Maksud rangkai kata- kaedah perubatan yang menawarkan pilihan./ cara pemulihan yang lain

[maksimum 2 markah]

ii. Nasihat yang diberikan oleh penulis kepada orang ramai agar mengurut tidak mendatangkan masalah kepada mereka ialah:

- pesakit yang mempunyai darah beku di salur darah terutamanya di kaki,masalah pendarahan, osteporosis, patah tulang, luka dan mengalami infeksi. 1

- merujuk kepada ahli perubatan terlebih dahulu sebelum melakukan urutan. 1

- elakkan daripada melakukan urutan tanpa mengetahui jenis penyakit yang dihidapi. 1

[maksimum 3 markah]

iii. Pada pandangan saya, mengurut masih mendapat tempat di hati masyarakat kerana,

- Masyarakat kita telah sebati/ biasa/ selesa dengan kaedah mengurut. 1

- Kaedah mengurut masih diyakini dapat menyembuhkan penyakit. 1- Masih banyak tukang urut yang menawarkan perkhidmatan mereka. 1- Kaedah rawatan mengurut telah diberi nafas baru. 1- Rekreasi yang merehatkan otak 1

[maksimum 4 markah]

Page 5: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 2Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang masih lagi membelenggu negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, jumlah pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174,355 orang iaitu seramai 40,356 orang (23.1 peratus) memiliki ijazah, manakala 35,832 orang (20.6 peratus) merupakan pemegang diploma.

Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalamkalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya. Mereka beranggapan demikian kerana kurang yakin dengan kemampuan diri dan kelulusan yang dimilikinya.

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos upah.Sesetengah majikan melihat pengalaman dan kemahiran bekerja lebih penting berbanding dengan taraf pendidikan. Kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan mereka berdepan dengan pasaran kerja yang semakin kompetetif dan sengit. Siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya.

Siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan jawatan. Hal ini disebabkan terdapat penjawat awam yang melanjutkan pelajaran demi meningkatkan mobiliti sosial. Di samping itu, IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran kerja. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan siswazah akhirnya mencuba nasib dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Sementara itu, pembangunan teknologi tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran dan kemasukan pakar asing dari luar negara untuk bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan. Siswazah perlu menilai potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu pekerjaan.

Konklusinya, pengangguran pasti dapat diatasi jika siswazah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan meningkatkan kualiti diri yang dapat menyakinkan panel temu duga untuk jawatan yang dipohon.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “ Dilema Pengangguran Siswazah,”Dewan Masyarakat, Oktober 2009)

Page 6: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata semakin kompetetif. [2

markah]

ii. Mengapakah majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi?

[3 markah]

iii. Pada pandangan anda, apakah tindakan yang akan anda ambil jika anda masih tidak bernasib baik memburu kerjaya idaman walaupuan anda telah memiliki segulung ijazah?

[4 markah]

Page 7: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN :

SET 2

Pendahuluan/Pengenalan Markah

Petikan menerangkan sebab-sebab/faktor-faktor pengangguran dalam 2kalangan siswazah di Malaysia.

Isi Tersurat:

S1. Sikap terlalu memilih kerjaya 2 S2. siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja. 2 S3. sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya 2

S4. sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah 2

S5. kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan 2

S6. siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua 2

S7 siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan jawatan 2

S8 IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran kerja 2

S9 pembangunan teknologi tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran 2

S10.Kemasukan pakar asing dari luar negara untuk bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan 2

Isi Tersirat: T1. meningkatkan kadar jenayah 2 T2. wujud pelbagai masalah sosial 2

T3. menimbulkan masalah tekanan emosi kepada penganggur 2

T4 menimbulkan masalah ekonomi kepada negara 2 Penutup:

Natijahnya, usaha mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah 2perlu digembleng secara tuntas oleh pelbagai pihak supaya tidak menjadi

Page 8: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

permasalahan sosioekonomi yang membelenggu negara ini.

Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan Umum (set 2)

i. Maksud rangkai kata semakin kompetetif - kian bersaing/penuh dengan persaingan

[Maksimum 2 markah]

ii. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi kerana:

- mengurangkan kos upah 1- pengalaman dan 1- kemahiran bekerja lebih penting berbanding dengan taraf pendidikan 1

[Maksimum 3 markah]

iii. Pada pandangan saya, tindakan yang akan saya ambil ialah:

- saya akan melakukan pekerjaan sendiri seperti berniaga atau berkebun 1

- saya akan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang relevan dengan pasaran pekerjaan sekarang. 1

- saya akan menyambung pelajaran di peringkat sarjana atau Phd. 1- saya akan mengikuti pelbagai kursus 1- sikap tidak hanya bergantung kepada pekerjaan di sektor awam 1

[Maksimum 4 markah]

Page 9: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 3Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pelaksanaan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan halangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia dilancarkan pada 4 April 1984 oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan pelbagai tujuan. Ketika ekonomi pulih dan stabil, ramai antara kita yang tidak memandang atau memperlekeh barangan tempatan hinggalah mengalih perhatian terhadap barangan import. Oleh itu, dengan mudah pula kita membantu mengukuhkan ekonomi negara lain dengan cara membeli barangan buatan mereka tanpa memikirkan kesan di sebaliknya.

Sejak dulu lagi, kempen ini secara simboliknya mahu mendidik pengusaha di negara kita meningkatkan keupayaan meneroka bidang yang selama ini dikuasai oleh orang luar, terutamanya barang-barang berasaskan perkilangan. Kempen ini juga sebenarnya memberi dorongan kepada pengusaha tempatan meningkatkan kualiti barang yang dihasilkan. Pada masa yang sama mampu menjana ekonomi industri tempatan tidak kira industri berat, sederhana mahupun industri kecil.

Sewajarnya kempen Belilah Barang Buatan Malaysia diaktifkan semula supaya masyarakat kita menghargai barang-barang yang kita hasilkan kerana barang-barang tersebut ternyata berkualiti dan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Maka, apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu melancarkan semula kempen ini seluruh negara 16 Januari ini. Ras Tindakan ini tepat pada masanya demi mengawal pengaliran keluar wang kita ke negara luar, kecuali barang-barang yang memang tidak cukup bagi keperluan domestik.

Tidak dinafikan juga bahawa kempen ini akan menggalakkan pihak industri melipatgandakan usaha untuk mengekalkan industri dan melebarkan perniagaan mereka. Di samping menambah baik mutu barangan yang dikeluarkan dengan harapan dapat memuaskan hati pengguna. Menyokong industri tempatan bermakna kita dapat menyumbang ke arah kemantapan ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuklah peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh penduduk tempatan. Sehubungan dengan itu, masalah pengangguran dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan kadar jenayah.

Namun begitu, tidak semestinya kempen ini menolak seratus-peratus barangan dari luar memandangkan pengguna mempunyai kuasa beli dan cita rasa yang berbeza. Apa-apa pun, kempen ini akan dapat membendung tabiat menggila penduduk negara kita terhadap barangan dari luar. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Kesimpulannya, diharapkan kempen ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Aktifkan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia,”

Utusan Malaysia, Januari, 2009)

Page 10: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah maksud rangkai kata mempunyai kuasa beli? [2 markah]

ii. Apakah manfaat yang diperoleh sekiranya kita menyokong industri tempatan? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah pengguna lebih cenderung membeli barangan import

berbanding barangan tempatan? [4 markah]

Page 11: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 3

Pendahuluan/Pengenalan Markah

Petikan menerangkan kebaikan/faedah/impak/implikasi pelaksanaan 2Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia kepada masyarakat.

Isi Tersurat:

S1. Mahu mendidik pengusaha di negara kita meningkatkan keupayaan meneroka bidang yang selama ini dikuasai oleh orang luar 2

S2. Memberi dorongan kepada pengusaha tempatan meningkatkan kualiti barang yang dihasilkan 2 S3. Menjana ekonomi industri tempatan 2

S4. Masyarakat kita menghargai barang-barang yang kita hasilkan 2

S5. Mengawal pengaliran keluar wang kita ke negara luar 2

S6. Menggalakkan pihak industri melipatgandakan usaha untuk mengekalkan industri 2 dan melebarkan perniagaan mereka .S7 Menambah baik mutu barangan yang dikeluarkan 2 S8 Membendung tabiat menggila penduduk negara kita terhadap barangan dari luar. 2.. Isi Tersirat:

T1. Pelaksanaan kempen tidak mendapat sambutan masyarakat 2

T2. Para peniaga sendiri kurang mempromosikan barangan tempatan. 2

T3. Barangan import masih dianggap lebih berkualiti berbanding barangan tempatan 2

T4. Kurang kesedaran atau semangat patriotik dalam diri pengguna 2

T5. Sikap masyarakat 2

Penutup:

Kesimpulannya, langkah yang lebih sistematik perlu dirancang bagi menjayakan 2kempen supaya dapat menarik minat orang ramai untuk membeli barangan tempatan.

Page 12: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan umum (set 3)

i. Maksud rangkai kata mempunyai kuasa beli ialah- ada /memiliki /kemampuan/keupayaan membeli

[Maksimum : 2 markah]

ii. Manfaat yang diperoleh sekiranya kita menyokong industri tempatan :

- kita dapat menyumbang ke arah kemantapan ekonomi negara dalam pelbagai aspek 1

- termasuklah peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh penduduk tempatan 1.

- masalah pengangguran dapat dikurangkan 1- mengurangkan kadar jenayah. 1

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Pada pendapat saya, pengguna lebih cenderung membeli barangan import berbanding barangan tempatan kerana:

- barangan import dianggap lebih berkualiti berbanding barangan tempatan 1- pembelian barangan import melambangkan ime/ status/ kedudukan yang

tinggi 1- sikap pengguna yang gemar menunjuk-nunjuk/ mendewa-dewakan 1- penggunaan barangan import dianggap dapat memberi kepuasan kepada

pengguna 1- terpengaruh dengan orang lain contohnya artis pujaan. 1

[Maksimum : 4 markah]

Page 13: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 4Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang halangan-halangan memperkukuh perpaduan dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Oleh itu, perpaduan tidak boleh diambil mudah dan dipandang remeh. Setiap rakyat harus terus memupuk, memelihara sikap muafakat dan bertolak-ansur. Rakyat perlu bersatu dan saling menghargai antara satu sama lain. Malaysia bukanlah milik mana-mana individu atau kaum.

Kita semua tahu kesan daripada kegagalan menguruskan rakyat pelbagai kaum di banyak negara di dunia. Hari ini, sentimen perkauman menyebabkan banyak masalah. Kita tahu apa yang berlaku di bekas Republik Yugoslavia, Rwanda dan banyak negara lain. Satu demi satu kerukunan masyarakat musnah kerana sentimen perkauman. Negara kita kini berdepan dengan generasi baru yang rata-rata tidak lagi diseret oleh kesan psikologi dan rentetan sejarah masa lampau. Kita juga harus mengakui masih ada masalah dalam kerangka hubungan kaum di negara kita. Masyarakat kita masih terbentuk di dalam kepompong kaum secara tradisi. Kedudukan kaum masih ditentukan oleh faktor geografi dan penempatan.

Malahan di pusat pengajian tinggi, masih wujud masalah pelajar yang berbeza kaum enggan tinggal sebilik di asrama. Tidak hairanlah jika kita berdepan dengan situasi yang kritikal dalam soal hubungan kaum di negara ini. Pada hari ini, keperluan pada pegangan dan pemahaman Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara semakin menipis. Malah ’kontrak sosial’ antara kaum yang dihayati oleh generasi kemerdekaan tidak banyak maknanya lagi pada kita hari ini. Semua ini resipi kemusnahan. Jika tindakan untuk mengatasi masalah ini tidak diambil pasti sukar untuk mencapai matlamat menyatupadukan masyarakat di negara ini. Perbezaan etnik pula menjadi bertambah rumit dengan kelainan agama dan budaya. Biarpun kelainan merupakan satu kekuatan tetapi jika terlepas pandang kelainan akan mengundang krisis dan sengketa.

Dewasa ini, setiap kaun cuba untuk memperagakan identiti kaum masing-masing. Bagi menangani masalah ini, kita tidak perlu menuding jari menyalahkan sesiapa. Setiap orang tanpa mengira kaum harus berani menunjukkan komitmen bersama untuk memastikan wujudnya sebuah negara Malaysia yang maju dan rakyatnya pula hidup dalam harmoni. Sistem pendidikan memainkan peranan penting. Usaha kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan bagi menjadikannya sekolah pilihan utama rakyat di negara ini wajar diberi sokongan. Begitu juga dengan penubuhan Sekolah Wawasan. Selama ini sistem persekolahan yang berbeza antara kaum turut menyumbang masalah perpaduan. Jika anak-anak kita tidak diintergrasikan di sekolah, di mana lagi? Jikalau anak kita dipisahkan sejak dari tadika, di manakah titik bermulanya proses intergrasi?

Page 14: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Pokok pangkalnya ialah kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri secara jujur apakah kita bersedia mempertaruhkan masa depan negara dengan keadaan rakyat yang tidak bersatu? Tepuk dada tanya selera. Jangan ulangi sejarah tahun 1969.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Perpaduan Kunci Kejayaan Negara, Rencana Pengarang, Berita Minggu, 10 Februari 2008.)

Soalan 2 (a) : Pemahaman petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud resipi kemusnahan berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Nyatakan usaha-usaha yang boleh dipraktikkan oleh rakyat untuk memelihara perpaduan kaum di negara ini?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan amat penting bagi sesebuah negara?

[4 markah]

Page 15: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN (SET 4)

Pendahuluan Markah

Petikan menerangkan rintangan-rintangan /masalah-masalah memperkukuh perpaduandalam kalangan masyarakat Malaysia. 2

Isi Tersurat

S1. Generasi baru yang rata-rata tidak lagi diseret oleh kesan psikologi dan rentetan sejarah masa lampau 2

S2. Masyarakat kita masih terbentuk di dalam kepompong kaum secara tradisi. 2

S3. Kedudukan kaum masih ditentukan oleh faktor geografi dan penempatan. 2

S4. Di pusat pengajian tinggi, masih wujud masalah pelajar yang berbeza kaum enggan tinggal sebilik di asrama. 2

S5. Keperluan pada pegangan dan pemahaman Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara semakin menipis. 2

S6. ’kontrak sosial’ antara kaum yang dihayati oleh generasi kemerdekaan tidak banyak maknanya lagi pada kita hari ini. 2

S7. Setiap kaum memperagakan identiti kaum masing-masing. 2

S8. Perbezaan etnik pula menjadi bertambah rumit dengan kelainan agama dan Budaya. 2

S9. Sistem persekolahan yang berbeza antara kaum turut menyumbang masalah Perpaduan. 2

Isi Tersirat

T1. Keharmonian tidak akan dapat diwujudkan 2

T2. Pembangunan negara dan ekonomi akan terjejas 2

T3. Pihak luar mengambil kesempatan campur tangan dalam politik negara. 2

T4. Berlaku pergaduhan antara kaum. 2

T5. Imej negara akan terjejas. 2

T6. Pelabur luar tidak datang 2

Page 16: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Penutup:Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat perlu mengorak langkah memelihara perpaduan demi mewujudkan sebuah negara bangsa yang ditunjangi oleh persefahaman semua anggota masyarakatnya. 2

Soalan 2(a) - Petikan Umum (set 4)

i. Maksud rangkai kata

- Elemen-elemen/ anasir-anasir/ unsur-unsur utama yang membawa kehancuran.

[Maksimum 2 markah]

ii. Usaha-usaha yang boleh dipraktikkan oleh rakyat untuk memelihara perpaduan kaum di negara ini ialah:

- setiap rakyat harus terus memupuk, memelihara sikap muafakat dan bertolak-ansur. 1

- rakyat perlu bersatu. 1- saling menghargai antara satu sama lain. 1

[Maksimum 3 markah]

iii. Pada pendapat saya, perpaduan amat penting bagi sesebuah negara kerana:

- pembangunan negara akan lebih pesat kerana setiap kaum/individu menyumbang tenaga. 1

- keharmonian masyarakat membentuk sebuah negara yang aman 1- imej sesebuah negara akan dipandang tinggi 1- campur tangan kuasa asing dapat dielakkan. 1- menjamin pembangunan ekonomi negara. 1- elak pertumpahan darah 1

[Maksimum 4 markah]

Page 17: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 5Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara remaja menjalani gaya hidup sihat dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Memetik kata-kata isteri presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama,”Tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan membesarkan anak-anak secara sihat,” kesihatan amatlah penting untuk generasi muda terutamanya remaja. Namun begitu, masalah kesihatan seperti obesiti, dan diabetes dalam kalangan remaja hari ini bukan jenaka tetapi merupakan realiti kehidupan.

Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang remaja. Seorang remaja yang sihat bukan sekadar bebas daripada penyakit tetapi sihat dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritualnya. Kunci penting dalam kesihatan adalah dengan mengetahui, melakukannya dan menyeimbangkan. Kaedah yang paling mudah bagi remaja untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari info tentang kesihatan dengan melayari laman sesawang, membaca buku dan bertanya dengan pakar kesihatan. Antara laman sesawang yang boleh dirujuk oleh remaja adalah melalui laman info sihat yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Remaja juga boleh bertanya sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam bidang ini. Tindakan bertanya amat digalakkan sebelum remaja mencuba sendiri menjalani kehidupan sihat. Kes-kes menakutkan tentang remaja cuba berdiet dengan tidak seimbang kerana khuatir dengan masalah obesiti sering kali berlaku kerana tiadanya bimbingan serta rujukan daripada pakar kesihatan.

Kunci seterusnya untuk hidup secara sihat adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Remaja memerlukan lebih kandungan protein, kabohidrat, vitamin dan lemak dalam badan. Seterusnya, remaja perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri. Hal ini bukan sahaja penting bagi memastikan badan remaja tidak berbau dan disenangi oleh orang lain, malahan bagi memastikan remaja tidak terdedah dengan sebarang punca penyakit, seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat. Remaja perlu melakukan aktiviti bersenam untuk menjaga kesihatan. Jika minat menari, boleh juga menggunakan tarian sebagai salah satu senaman. Selain dapat mengisi masa lapang serta hidup dengan lebih sihat, remaja berpeluang mengasah bakat seni dalam diri remaja. Semuanya bermula dengan langkah pertama untuk mencuba.

Aktiviti sihat tidak hanya berfokus kepada senaman untuk fizikal semata-mata. Otak juga perlu menjalani kehidupan yang sihat. Sehubungan dengan itu, remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti negatif, seperti menagih dadah dan merokok, dapat membantu remaja menjadi lebih cerdas. Tentu seronok jika otak dapat berfungsi dengan sepenuhnya apabila badan remaja bersih daripada sebarang pencemaran. Aktiviti lain yang perlu dilakukan oleh remaja untuk hidup lebih sihat ialah masa rehat yang cukup. Waktu rehat yang secukupnya dapat membantu remaja merehatkan badan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Dalam menjalani kehidupan yang sihat, keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting. Pengambilan makanan seimbang mengikut piramid makanan merupakan satu cara yang perlu diikuti oleh remaja bagi memastikan remaja terhindar daripada sebarang penyakit. Pendek kata, cara hidup sihat bukan sahaja dapat membantu remaja berfikir dengan lebih matang, tetapi dapat memberikan keyakinan diri dan daya kreativiti akan semakin bertambah.

Page 18: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada“Remaja Prihatin Remaja Sihat,”

Dewan Siswa, September, 2011)Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah maksud rangkai kata bukan jenaka? [2 markah]

ii. Mengapakah remaja perlu menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan diri? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah remaja pada hari ini gemar mengambil makanan segera? [4 markah]

Page 19: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 5

Pendahuluan/Pengenalan Markah

Petikan menerangkan langkah-langkah/usaha-usaha remaja menjalani 2gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Isi Tersurat

S1. mencari info tentang kesihatan 2

S2. remaja juga boleh bertanya sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam bidang ini. 2

S3. mengambil makanan yang berkhasiat 2

2

S4. Perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri 2

S5 remaja perlu melakukan aktiviti bersenam untuk menjaga kesihatan 2

S6. remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti negatif 2

S7 masa rehat yang cukup. 2

S8 pengambilan makanan seimbang mengikut piramid makanan 2

Isi Tersirat:

T1. Remaja berfikiran positif 2

T2. Remaja lebih sihat 2

T3. Remaja lebih cemerlang 2

T4 .Remaja mempunyai lebih kesedaran tentang kesihatan diri 2

Penutup:

Page 20: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Kesimpulannya, remaja seharusnya mengambil langkah bijak mengamalkan 2gaya hidup sihat setiap hari demi memastikan kesihatan mereka senantiasa berada pada tahap yang baik.

Soalan 2(a ): Petikan Umum

i. Maksud rangkai kata bukan jenaka adalah - tidak lucu/kelakar

[Maksimum 2 markah]

ii. Remaja perlu menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan diri untuk

- memastikan badan remaja tidak berbau 1- disenangi oleh orang lain 1- memastikan remaja tidak terdedah dengan sebarang punca

penyakit, seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat. 1.

Maksimum 3 markah]

iii. Pada pendapat saya, remaja gemar mengambil makanan segera kerana:

- mudah 1- gaya hidup sekarang 1- pengaruh media massa/iklan/rakan sebaya 1- kesibukan ibu bapa 1- isu pengurusan masa 1

[Maksimum 4 markah]

Page 21: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 6Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan menangis dan faktor-faktor seseorang itu menangis. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menangis boleh didefinisikan sebagai keadaan yang berlaku apabila pengecutan otot-otot muka dan perubahan pada aliran darah serta pernafasan seseorang. Ketika kita bersedih, aliran darah meluru ke bahagian sekitar mata dan otot-otot yang berhubung dengan mata akan merangsang penghasilan air mata dan dapat menyejukkan kawasan persekitaran mata. Terdapat tiga jenis air mata iaitu air mata basal, air mata refleks dan air mata emosi.

Air mata basal jenis yang biasa terdapat pada mata boleh melembapkan dan melicinkan

pergerakan mata. Sementara, air mata refleks pula terjadi apabila terdapat sesuatu yang merengsakan pada mata seperti mengupas bawang, menggosok mata atau dimasuki habuk. Manakala air mata yang keluar disebabkan perasaan dinamakan air mata emosi. Air mata disebabkan tangisan emosi mampu membawa bersama toksin dari dalam badan. Kandungan prolaktin dalam air mata terutama perempuan boleh menjadi hormon semula jadi untuk membantu ibu yang menyusukan bayi merembeskan susu. Menangis juga berhubung rapat dengan sistem kerisauan dan simpati manusia. Hal ini juga berkait dengan keupayaan menangis yang membolehkan kita beralih daripada resah kepada keadaan yang tenang dan selesa. Orang yang banyak menangis bukan sahaja mengalami perubahan perasaan tetapi juga fizikal mereka. Fakta ini amat disukai oleh golongan wanita kerana seseorang yang baru lepas menangis nampak lebih menarik dan berseri.

Dalam masyarakat kita, orang dewasa yang selalu menangis akan dipandang sinis terutama lelaki dewasa. Walau bagaimanapun, seseorang yang suka menangis secara positif lebih baik daripada orang yang suka menyembunyikan kesedihan mereka sama ada lelaki atau perempuan. Mereka yang menangis dapat mengelakkan serangan ulser dan kolitis. Sebab itulah para pelajar dan profesional tidak menggalakkan pesakit menggunakan ubat penenang semasa sakit atau tertekan dengan penyakitnya sebaliknya membiarkan mereka menangis. Hal ini demikian kerana menangis mampu menjadi ubat semula jadi terbaik bagi memulihkan perasaan sekali gus menghilangkan kesakitan. Menangis sama seperti bersin, batuk, berpeluh, tersedak dan sebagainya.

Apakah pula akan terjadi jika kita tidak mampu menangis? Saintis menyatakan, sekiranya seseorang tidak mampu menangis walaupun menghadapi tekanan yang teruk, digalakkan bertemu dengan pakar terapi menangis. Mereka harus dilatih meluahkan perasaan dan berhubung dengan perasaan mereka yang sebenar. Manakala seorang yang mudah menangis harus berbangga kerana dia mampu berhubung dengan perasaannya sendiri. Mereka tahu menzahirkan perasaan

Page 22: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

mereka. Namun sekiranya amat kerap dilakukan atas alasan yang kurang munasabah seperti apabila ditegur atau dikritik orang lain mungkin dia akan dipandang negatif oleh orang di sekelilingnya. Hakikat yang perlu kita ketahui bahawa menangis boleh membuka paru-paru untuk pernafasan yang lebih baik di samping melembutkan perasaan panas baran seseorang. Air mata mencerminkan rahsia kemanusiaan sebenar. Menangis tidak boleh dikawal atau ditahan-tahan. Ia datang dengan sendirinya dan tidak boleh dipaksa.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana 'Menangis Ubat Untuk Sihat', oleh Nik Khartina Nik Man,

Dewan Kosmik, Mac 2008)Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menyembunyikan kesedihan dalam petikan. [2 markah]

ii. Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang tidak boleh menangis? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah golongan lelaki sukar menangis di khalayak ramai? Berikan pendapat anda.

[4 markah]

Page 23: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 6

Pendahuluan MarkahPetikan membincangkan kelebihan / faedah / manfaat menangis kepada manusia. 2

Isi Tersurat

S1 - dapat menyejukkan kawasan persekitaran mata. 2

S2- melembapkan dan melicinkan pergerakan mata. 2

S3 - mampu membawa bersama toksin dari dalam badan 2

S4 - menjadi hormon semula jadi untuk membantu ibu yang menyusukan bayi merembeskan susu. 2

S5 - membolehkan kita beralih daripada resah kepada keadaan yang tenang dan selesa 2

S6 - seseorang yang baru lepas menangis nampak lebih menarik dan berseri. 2

S7 - menangis dapat mengelakkan serangan ulser dan kolitis. 2S8 - menangis mampu menjadi ubat semula jadi terbaik bagi memulihkan perasaan sekali gus menghilangkan kesakitan. 2

S8 - menangis boleh membuka paru-paru untuk pernafasan yang lebih baik. 2

S10 - melembutkan perasaan panas baran seseorang. 2

Isi Tersirat

T1 – apabila seseorang itu dilanda kesedihan 2

T2 - apabila seseorang itu terlalu marah 2

T3 - menahan daripada kesakitan 2

Page 24: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T4 - terlalu gembira/ suka 2

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita perlu menangis dalam situasi yang betul agar memberi ketenangan kepada diri sendiri. 2 Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 6)

i. Maksud rangkai kata menyembunyikan kesedihan,

- melindungkan/ menyorokkan/ merahsiakan kedukaan/ kepiluan.

[maksimum 2 markah]

ii. Perkara yang perlu dilakukan jika seseorang tidak boleh menangis;

- digalakkan bertemu dengan pakar terapi menangis 1

- mereka harus dilatih meluahkan perasaan 1

- berhubung dengan perasaan mereka yang sebenar 1

[maksimum 3 markah]

iii. Golongan lelaki sukar menangis di khalayak ramai kerana;

- dianggap tidak matang/ kebudak-budakkan/ manja 1

- kurang perkasa/ gagah 1

- malu / tidak mahu diketawakan 1

- menjaga maruah diri/ status/ imej sebagai lelaki 1

[maksimum 4 markah]

Page 25: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 7Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan aplikasi jaringan sosial dan langkah-langkah mengawal penggunaannya dalam kalangan remaja. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemunculan alat-alat komunikasi yang semakin digemari oleh setiap peringkat umur telah memberikan impak positif ke atas tahap sosialisasi mahupun gaya pemikiran individu. Pelbagai persepsi muncul dalam kalangan masyarakat dunia pada hari ini yang menggunakan media baharu sebagai wahana komunikasi mereka. Hal ini demikian, laman sosial ini boleh diakses tanpa kekangan waktu dan had batasan lokasi. Kesannya, permintaan kepada peralatan ini juga semakin meningkat dan telah menjadi satu gaya hidup masa ini. Kini, penggunaanya semakin meluas dan hampir semua peringkat umur mampu menggunakannya sebaik mungkin untuk kepentingan masing-masing. Aplikasi ini dapat mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan bagi tujuan peningkatan keuntungan syarikat. Kemudahan ini juga merupakan peluang terbaik untuk usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Selain itu, fungsi mesra pengguna dalam aplikasi tersebut membolehkan aktiviti penyebaran maklumat dilakukan dengan lebih pantas dan efektif. Namun demikian, penyebaran maklumat yang bersifat provokasi atau hasutan boleh menyebabkan salah faham berkenaan sesuatu isu atau perkara yang sedang berlaku di dalam sesebuah negara atau organisasi. Secara tidak langsung tindakan sebegini akan mendedahkan kelemahan sesebuah negara atau institusi yang diserang oleh pihak yang menyebarkan fitnah. Pengguna bebas untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa sebarang sekatan oleh mana-mana pihak berwajib. Hal ini boleh mengundang kepada penyebaran maklumat yang salah kepada golongan masyarakat yang mempunyai tahap pemahaman atau pengetahuan yang rendah tentang sesuatu isu.

Aplikasi laman sosial pada asasnya adalah untuk mewujudkan rangkaian sosial dalam kalangan rakan lama dan baharu. Hasil daripada rangkaian sosial ini telah dapat menghubungkan banyak individu pada satu-satu masa. Komunikasi tanpa had ini juga telah berjaya menarik perhatian individu dari pelbagai peringkat umur untuk berhubung antara satu sama lain. Melalui laman sosial ini, pelbagai pandangan tentang peningkatan sesebuah organisasi atau negara dapat disuarakan dalam sebuah platform yang lebih terbuka. Sebaliknya, sesebuah organisasi boleh menurun tahap produktivitinya jika pekerjanya cenderung dan leka untuk mengemas kini status laman Facebook berbanding menyelesaikan tugasan hakiki.

Walau bagaimanapun, segala kesan yang timbul berpunca daripada cara penggunaan aplikasi lama sosial tersebut. Sekiranya dilihat dari sudut positif, laman sosial sebegini mampu memberikan impak yang dapat menguntungkan pelbagai peringkat masyarakat. Sebaliknya, jika digunakan untuk hal negatif maka impaknya akan menggoyahkan suasana yang harmoni dan sejahtera dalam kalangan masyarakat. Segala-galanya bergantung kepada tindakan dan niat

Page 26: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

individu dalam mencapai sesuatu matlamat dan menggunakan aplikasi jaringan sosial untuk kebaikan sejagat.

(Dipetik dan diubah suai daripada; Impak Penggunaan Aplikasi Jaringan Sosial oleh Muhammad Helmi bin Haji Abu Bakar,

Dewan Siswa, Julai 2010)Soalan 2(a) – Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata kebaikan sejagat [2 markah]

ii. Pengarang mengemukakan beberapa kesan penyebaran maklumat yang negatif kepada pengguna.

Nyatakan kesan-kesan tersebut[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja daripada menghabiskan masa menggunakan jaringan sosial?

[4 markah]

Page 27: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 7

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan/ manfaat aplikasi jaringan sosial dalam kalangan masyarakat/ pada masa ini. 2

Isi tersurat

S1 - laman sosial ini boleh diakses tanpa kekangan waktu dan had batasan lokasi 2

S2 - mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan produk 2

S3 - peluang terbaik untuk usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. 2

S4 - aktiviti penyebaran maklumat dilakukan dengan lebih pantas dan efektif . 2

S5 - Pengguna bebas untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa sebarang sekatan. 2

S6 - mewujudkan rangkaian sosial dalam kalangan rakan lama dan baharu. 2

S7 - menghubungkan banyak individu pada satu-satu masa . 2

S8 - menarik perhatian individu dari pelbagai peringkat umur untuk berhubung antara satu sama lain. 2

S9- pelbagai pandangan tentang peningkatan sesebuah organisasi atau negara dapat disuarakan. 2

Isi tersirat

T1 - pemantauan ibu bapa secara berterusan 2

T2 - meletakkan kata laluan 2 T3 - mengehadkan masa/ada waktu tertentu untuk mengakses jaringan sosial 2

T4 - tidak membenarkan anak-anak kerap ke kafe syber 2

T5 - memastikan anak-anak tidak mengakses laman sosial yang ada unsur negatif 2

Page 28: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T6 - mengambil tahu siapa rakan jaringan laman sosial anak-anak 2

Penutup.Kita hendaklah menggunakan aplikasi jaringan sosial dengan bijaksana agar dapat memberi manfaat dalam kehidupan. 2Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 7)

i. Maksud rangkai kata;

faedah/ kepentingan / keutamaan seluruh dunia/ sedunia/ antarabangsa

[maksimum 2 markah]

ii. Kesan penyebaran maklumat negatif;

- menyebabkan salah faham berkenaan sesuatu isu atau perkara 1

- mendedahkan kelemahan sesebuah negara atau institusi yang diserang oleh pihak yang menyebarkan fitnah 1

- mengundang kepada penyebaran maklumat yang salah kepada golongan masyarakat yang mempunyai tahap pemahaman atau pengetahuan yang rendah tentang sesuatu isu. 1

[maksimum 3 markah]

iii. Cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja daripada menghabiskan masa menggunakan jaringan sosial.

- melibatkan diri dengan kegiatan sukan 1

- melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan 1

- menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah 1

- mendisiplinkan diri 1

- menguruskan masa dengan baik 1

[maksimum 4 markah]

Page 29: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 8Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan daun kelapa sawit dari segi perubatan dan langkah-langkah memajukan tanaman kelapa sawit. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sebagai komoditi utama negara, buah kelapa sawit mengalami evolusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Tumpuan penyelidikan turut diberikan kepada usaha menambah nilai pokok kelapa sawit supaya menjadi produk sampingan yang bermutu tinggi. Hal ini demikian kerana batang dan daun kelapa sawit diproses menjadi makanan sampingan haiwan ruminan yang tinggi khasiatnya sejak sekian lama. Selain membantu mengurangkan kos penternak, makanan haiwan ini secara langsung mengurangkan masalah sisa buangan daripada industri tanaman kelapa sawit. Penemuan terbaru sekumpulan saintis di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini berjaya menemui khasiat perubatan dan kesihatan yang tinggi kepada manusia daripada daun kelapa sawit.

Kumpulan saintis ini berjaya menemui sejenis bahan aktif yang dikenali sebagai polyphenols dalam daun kelapa sawit. Polyphenols dibuktikan secara klinikal mampu bertindak sebagai bahan antioksida untuk mencegah risiko penyakit kardiovaskular. Polyphenols juga boleh bertindak sebagai agen antitekanan darah tinggi, antihiper kolesterol dan antiobesiti. Di samping itu, polyphenols berperanan melindungi organ tertentu dalam badan manusia seperti hati, buah pinggang, dan tisu jantung. Selain sebagai produk minuman teh, daun kelapa sawit boleh dipelbagaikan dalam bentuk minuman kordial, tablet atau coklat. Malah produk makanan ini juga boleh ditambah dengan bahan perisa lemon dan pandan tanpa mengurangkan khasiatnya.

Polyphenols dalam daun kelapa sawit ditemui melalui kaedah pengekstrakan ringkas di dalam makmal termasuk pengeringan pada suhu 40 darjah Celsius semalaman. Pengekstrakan bertujuan memisahkan kandungan phenolik terlarut secara pembauran daripada tisu asal pokok kelapa sawit menerusi medium cecair. Seterusnya, keberkesanan polyphenols telah diuji ke atas tikus makmal yang menghidap masalah kolesterol dan tekanan darah tinggi. Selepas 12 minggu, ekstrak daun kelapa sawit membantu mengurangkan berat badan yang berterusan tikus berkenaan. Hasil uji kaji juga mendapati tekanan darah kembali ke paras normal selain paras kolesterol dalam tubuh telah menurun. Turut diperhatikan ialah ekstrak ini mampu memulihkan organ dalaman dan memulihkan kerosakan tisu di dalam badan.

Daripada pemerhatian ke atas tikus itu, diyakini ujian klinikal terhadap manusia mempunyai kesan perubatan yang setanding. Malah , khasiat perubatan daun kelapa sawit juga dapat meningkatkan kolesterol baik di dalam badan dan merendahkan kandungan lemak di dalam tubuh manusia. Penemuan ulung ini berjaya menutup pandangan negatif pihak dari luar yang melihat industri kelapa sawit negara tidak bersifat mesra alam sekitar. Penemuan khasiat daun kelapa sawit ini juga berjaya menarik minat dan perhatian saintis luar untuk dikormersialkan di peringkat yang lebih tinggi dan wajar diberi perhatian oleh semua pihak.

Page 30: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Khasiat Luar Biasa Daun Kelapa Sawit', oleh Hairi Ismail,

Dewan Masyarakat, Julai 2009)Soalan 2(a) - Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata mengalami evolusi. [2 markah]

ii. Nyatakan cara untuk mengkomersialkan daun kelapa sawit berdasarkan petikan. [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah industri kelapa sawit negara tidak bersifat mesra alam sekitar?

[4 markah]

Page 31: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN : SET 8

Pendahuluan Markah

Petikan menerangkan kelebihan / faedah / manfaat / kebaikan daun kelapa sawit 2dari segi perubatan kepada manusia.

Isi Tersurat

S1 - bertindak sebagai bahan antioksida untuk mencegah risiko penyakit 2 kardiovaskular

S2 - bertindak sebagai agen antitekanan darah tinggi, antihiper kolesterol dan antiobesiti 2

S3 - melindungi organ tertentu dalam badan manusia seperti hati, buah pinggang, 2 dan tisu jantung.

S4 - mengurangkan berat badan yang berterusan 2

S5 - tekanan darah kembali ke paras normal 2

S6 - paras kolesterol dalam tubuh telah menurun 2

S7 - memulihkan organ dalaman dan memulihkan kerosakan tisu di dalam badan. 2

S8 - meningkatkan kolesterol baik di dalam badan 2

S9 - merendahkan kandungan lemak di dalam tubuh manusia 2

Isi Tersirat

T1 - mencipta inovasi dan teknologi baru 2

T2 - meningkatkan pengurusan ladang 2

T3 - penggunaan bahan tanaman yang bermutu tinggi / baka yang bermutu 2

T4 - pembajaan berjadual 2

T5 - menangani penyakit pokok 2

T6 - kejenteraan ladang perlu diguna pakai 2

T7 - projek penanaman semula pokok kelapa sawit 2

Page 32: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T8 - menebus guna tanah terbiar 2

Kesimpulan

Kesimpulannya, negara hendaklah memajukan tanaman kelapa sawit agar 2membantu meningkatkan ekonomi negara.

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 8)

i. Maksud rangkai kata mengalami evolusi ialah

- Merasai/ menempuh/ menanggung perubahan secara beransur-ansur .

[maksimum 2 markah]

ii. Cara untuk mengkomersialkan daun kelapa sawit;

- produk minuman teh 1

- daun kelapa sawit boleh dipelbagaikan dalam bentuk minuman cordial, tablet atau coklat 1

- produk makanan ini juga boleh ditambah dengan bahan perisa lemon dan pandan tanpa mengurangkan khasiatnya 1

[maksimum 3 markah]

iii. Industri kelapa sawit negara tidak bersifat mesra alam sekitar kerana:

- pengusaha mengejar keuntungan 1

- sisa tanaman tidak digunakan secara komersial 1

- menghasilkan bau yang kurang menyenangkan 1

- pokok yang sudah tua tidak ditebang 1

[maksimim 4 markah]

Page 33: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Set 9Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat menjanakan kehidupan setempat agar bertambah aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa kesusahan. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Masalah sosial seperti berkelakuan sumbang, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadinya sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjanakan program yang dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada kesepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran. Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Hubungan baik sesame jiran akan mewujudkan perpaduan. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi dan saling mempercayai antara satu sama lain. Perkongsian pintar juga diamalkan sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera

Page 34: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “KepentinganHidup Berjiran Dalam Masyarakat Majmuk”

Oleh Hj Samad Buang)

Soalan 2(a) : Petikan Umum.

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata tercetuslah bibit-bibit.[2 markah]

ii. Apakah cirri-ciri jiran yang baik?[3 markah]

iii. Dari semasa ke semasa semangat kejiranan dalam kalangan rakyat negara ini semakin

luntur. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Page 35: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 9

Pendahuluan: Markah

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan hidup berjiran dalam kalangan masyarakat di negara ini. 2

Isi Tersurat: Markah

S1 Semangat kejiranan dapat menjanakan kehidupan setempat agar bertambah aman dan harmoni. 2

S2 Jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa kesusahan. 2

S3 Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. 2

S4 Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman. 2

S5 Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah. 2

S6 Masalah sosial dan kes-kes jenayah dapat dibendung 2

S7 Dapat menjanakan program yang memberikan kesan positif kepada masyarakat. 2

S8 Hubungan baik sesama jiran akan mewujudkan perpaduan . 2

Isi Tersirat: (cara-cara memupuk semangat kejiranan)

T1 Melalui kempen kesedaran semangat kejiranan. 2

T2 Amalan ziarah-menziarahi sewaktu musim perayaan. 2

T3 Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. 2

Page 36: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T4 Melalui sistem pendidikan di sekolah. 2

T5 Mengadakan aktiviti rumah terbuka pada musim perayaan/ bertukar-tukar juadah. 2

Kesimpulan

Semua pihak di negara ini hendaklah saling berperanan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat agar kehidupan kita menjadi lebih harmoni. 2

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 9)

i. Maksud rangkai kata tercetuslah bibit-bibit ialah

- tanda-tanda/ berlakulah tanda-tanda awal.[2 markah]

ii. Ciri-ciri jiran yang baik:

- Berjaya memupuk semangat toleransi 1

- Saling mempercayai antara satu sama lain 1

- Mengamalkan perkongsian pintar 1

[ maksimum 3 markah]

iii. Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana:

- Wujudnya sikap individulistik/ mementingkan diri sendiri dalam kalangan masyarakat. 1

- Terdapat juga masyarakat yang bersikap materialistik atau mengejar kebendaan tanpa memikirkan langsung hal-hal kejiranan. 1

- Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang dibaluti semangat perkauman yang tebal. 1

- Kecanggihan teknologi mendorong manusia untuk tidak mengamalkan sikap ramah mesra. 1

- Tekanan kerjaya 1

[ maksimum 4 markah]

Page 37: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Set 10Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kewujudan masalah kemiskinan dan usaha-usaha untuk membasmi masalah tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia merupakan antara negara yang membangun dengan pesat di rantau ini. Menjelang tahun 2020, negara ini akan mencapai tahap negara maju yang setanding dengan negara-negara lain. Namun kemiskinan di negara ini tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya. Kemiskinan di negara ini telah berakar umbi sejak zaman penjajah. Kebanyakan masyarakat yang miskin tinggal di kawasan pedalaman dan kurang kemudahan asas. Kerajaan sebenarnya memberikan komitmen yang tinggi untuk membasmi kemiskinan ini dengan menjalankan pelbagai usaha agar matlamat menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2020 tercapai.

Masalah kemiskinan wujud disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor pendidikan. Rata-rata masyarakat di kawasan pedalaman mendapat peluang pendidikan yang amat terhad. Di sesetengah kawasan juga tidak terdapat kemudahan asas untuk bersekolah atau tidak terdapat kemudahan pengangkutan untuk membawa murid-murid ke sekolah. Akhirnya berlakulah masalah keciciran dan ramai kanak-kanak yang tidak dapat dibekalkan dengan ilmu serta kemahiran untuk hidup selesa. Kesannya mereka masih mewarisi pekerjaan yang dilakukan secara turun-menurun tanpa sebarang perubahan dan seterusnya mewarisi kemiskinan tersebut. Selain itu, mereka yang miskin kurang terdedah kepada rancangan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan. Peluang-peluang pembangunan hanya dinikmati oleh golongan tertentu sahaja yang akhirnya menjarakkan lagi jurang antara yang kaya dengan yang miskin.

Kebanyakan golongan miskin ini masih bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan secara kecil-kecilan. Usaha-usaha mereka masih bersifat tradisional dan hasil usaha mereka kurang produktif. Sehingga kini masih terdapat golongan miskin yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Sistem pembahagian tanah secara pusaka mengehadkan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh mereka. Meskipun kerajaan kini menjadikan sektor pertanian sebagai satu industri namun disebabkan oleh kekurangan modal dan kekangan kemahiran menjadikan rakyat yang miskin kekal dalam kancah kemiskinan tersebut.

Seterusnya, sikap tidak mahu berusaha lebih dan menyerahkan kepada nasib semata-mata, ibarat kata pepatah mengharapkan yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang perlu diubah dalam diri setiap insan agar kemiskinan ini tidak terus mengekang kehidupan mereka. Mereka harus berani merebut peluang-peluang yang telah disediakan oleh kerajaan. Sikap mudah berpuas hati dengan apa-apa yang dimiliki juga perlu dihindari supaya mereka juga dapat menikmati pembangunan yang dicapai oleh negara kini. Kerajaan telah memberikan banyak kemudahan dan bantuan untuk membantu golongan yang miskin ini.

Page 38: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan yang disediakan oleh pihak berkuasa mampu mengatasi masalah kemiskinan ini. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memastikan bahawa peluang-peluang yang disediakan ini tidak hanya dibolot oleh pihak tertentu sahaja sehingga golongan yang sepatutnya menerima bantuan berputih mata.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada“Usaha Menangani Kemiskinan”, Majalah Gemala 2008)

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Jelaskan maksud telah berakar umbi.[2 markah]

ii. Apakah kesan kemiskinan kepada masyarakat di negara ini?[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi untuk membasmi kemiskinan di negara ini?

[4 markah]

Page 39: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN (SET 10)

Pendahuluan: Markah

Petikan menerangkan faktor-faktor / sebab-sebab yang mewujudkan masalah kemiskinan di negara ini. 2

Isi Tersurat : Markah

S1 Peluang untuk mendapat pendidikan amat terhad. 2

S2 Kurang terdedah kepada rancangan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan. 2

S3 Kebanyakan golongan miskin ini masih bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan secara kecil-kecilan. 2

S4 Usaha-usaha mereka masih bersifat tradisional dan hasil usaha mereka kurang produktif. 2 .

S5 Sistem pembahagian tanah secara pusaka mengehadkan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh mereka. 2

S6 Kekurangan modal dan kekangan kemahiran menjadikan rakyat yang miskin masih kekal dalam kancah kemiskinan tersebut. 2

S7 Sikap tidak mahu berusaha lebih dan sikap menyerahkan kepada nasib semata-mata. 2

S8 Sikap mudah berpuas hati dengan apa-apa yang dimiliki. 2

Isi Tersirat:

T1 Mempelbagaikan kegiatan ekonomi masyarakat luar bandar 2

T2 Membangunkan tahap pendidikan penduduk di luar bandar 2

T3 Memperkenalkan dan mengaplikasikan teknologi moden dalam bidang pertanian dan perikanan. 2

T4 Mewujudkan industri desa atau industri kecil 2

Page 40: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T5 Menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk luar bandar 2

T6 Dasar kerajaan basmi kemiskinan 2

Kesimpulan:

Masyarakat harus menggembleng usaha secara bersepadu bagi menangani masalahkemiskinan agar kehidupan rakyat menjadi lebih sejahtera. 2

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 10)

i. Maksud rangkai kata,

- Sudah lama wujud dan bertapak serta menjadi sebati.[maksimum 2 markah]

ii. Kesan kemiskinan di negara ini:

- Berlaku masalah keciciran / ramai kanak-kanak yang tidak dapat dibekalkan dengan ilmu serta kemahiran 1

- Mewarisi pekerjaan yang dilakukan secara turun-menurun tanpa sebarang perubahan 1

- Menjarakkan lagi jurang antara yang kaya dengan yang miskin 1

[maksimum 3 markah]

iii. Masalah untuk membasmi kemiskinan di negara ini,

- Kurang kesedaran masyarakat untuk memperbaiki taraf hidup/

berada dalam keadaan selesa 1

- Program pembasmian yang dijalankan tidak berterusan 1

- Sikap masyarakat yang bergantung kepada bantuan kerajaan 1

- Kurang peruntukan untuk menjalankan program pembasmian kemiskinan 1

- Kurang penguatkuasaan 1

[maksimum 4 markah]

Page 41: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Set 11Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang masalah-masalah pengangkutan awam pada musim perayaan dan faedah pengangkutan awam kepada pengguna. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pertambahan bas ekspres bagi menampung keperluan orang awam pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri tahun ini pasti melegakan banyak pihak khususnya mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Pengumuman pihak pengurusan perkhidmatan bas yang memperuntukkan sejumlah 36,000 tiket untuk bas tambahan selain tiket perkhidmatan bas sedia ada, dijangka membolehkan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pulang beraya bersama-sama ibu bapa dan saudara mara di kampung tanpa sebarang masalah. Sebelum ini, pelbagai kenyataan dikeluarkan berhubung dengan ketiadaan bas tambahan beroperasi pada musim perayaan . Situasi ini menimbulkan kegusaran banyak pihak terutama mereka yang merancang pulang berhari raya dengan menggunakan pengangkutan awam ekoran daripada keengganan pihak berkuasa mengeluarkan permit baharu untuk bas tambahan.

Pada setiap tahun kemelut berkaitan dengan pengangkutan awam untuk pulang berhari raya tidak pernah berakhir. Pengguna menjadi mangsa kerana terpaksa bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan tiket bas sejak awal Ramadan lagi. Sepatutnya agensi kerajaan dan pengusaha bas mempunyai mekanisme lebih baik dalam menangani masalah yang sama setiap kali menjelang perayaan besar dan cuti sekolah. Perkara ini berlaku seolah-olah tidak ada usaha konkrit dilakukan bagi memastikan urusan tiket dan bas termasuk bas tambahan berjalan lancar. Musim perayaan tidak harus dijadikan sebagai musim ‘memeras’ oleh pengusaha bas dengan mengenakan tambang terlalu tinggi. Dalam hal ini,pengusaha bas semestinya akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pengguna juga terpaksa berdepan dengan ulat-ulat tiket yang menangguk di air keruh. Pada masa yang sama kita harus menyambut baik jaminan pihak persatuan bas bahawa orang ramai yang ingin pulang ke destinasi masing-masing tidak perlu risau kerana tiket bas mencukupi. Selain itu, pihak pengurusan kereta api pula turut membuat penambahan 15,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh negara bagi memastikan pengguna dapat pulang berhari raya. Ekoran jaminan pengusaha bas dan kereta api itu, seharusnya orang ramai yang ingin pulang ke kampung kali ini tidak berdepan dengan masalah tiket. Selain itu, kelewatan bas tiba di terminal akibat tidak mengikut jadual yang ditetapkan juga menimbulkan kekangan kepada pengguna.

Kita berharap pada musim perayaan ini tidak ada lagi rungutan pengguna mengenai bas yang disediakan tidak diselenggara dengan baik sehingga mengundang bahaya kepada pengguna. Kita tidak mahu bas yang disediakan tidak dilindungi insurans. Selain itu kita juga

Page 42: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

merayu agar semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin bagi memastikan perjalanan bas ekspres dalam keadaan selamat dan penumpang dapat sampai ke destinasi masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Minda Pengarang, Berita Harian, September 2009)

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud menimbulkan kegusaran.

[ 2 markah ]

(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak pengusaha pengangkutan awam untuk memastikan orang awam dapat pulang berhari raya? [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam di negara kita?

[ 4 markah ]

Page 43: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Cadangan Jawapan Rumusan

Set 11

Pendahuluan Markah

Petikan tentang kesulitan-kesulitan pengangkutan awam pada musim perayaan di Malaysia. 2

Isi-isi Tersurat:

S1 ketiadaan bas tambahan beroperasi pada musim perayaan 2

S2 keengganan pihak berkuasa mengeluarkan permit baharu untuk bas tambahan 2

S3 pengguna terpaksa bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan tiket bas sejak awal. 2

S4 Pengusaha bas mengenakan tambang terrlalu tinggi. 2

S5 Pengguna juga terpaksa berdepan dengan ulat-ulat tiket yang menangguk di air keruh. 2S6 kelewatan bas tiba di terminal akibat tidak mengikut jadual yang ditetapkan juga menimbulkan kekangan kepada pengguna. 2 S7 bas yang disediakan tidak diselenggara dengan baik . 2

S8 bas yang disediakan tidak dilindungi insurans . 2

Isi-isi Tersirat:

T1 menjimatkan kos tambang kepada pengguna. . 2

T2 mengurangkan pencemaran alam sekitar. 2

T3 mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar. 2

T4 mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat. 2

T5 membantu memajukan industri pelancongan negara. 2

Page 44: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T6 dapat menjimatkan masa pengguna. 2

Kesimpulan:

Kesimpulannya, perkhidmatan pengangkutan awam perlu sentiasa dipertingkat agar dapat memberi pekhidmatan yang terbaik kepada pengguna. 2

Pemahaman 2(a) : Petikan Umum (set 11)

i. Maksud rangkai kata menimbulkan kegusaran

- mendatangkan/ menyebabkan kebimbangan/ kerisauan[maksimum 2 markah]

ii. Tindakan yang dilakukan oleh pengusaha bas untuk memastikan penumpang dapat pulang berhari raya

- pihak pengurusan perkhidmatan bas memperuntuk sejumlah 36,000 tiket untuk bas tambahan. 1

- jaminan pihak persatuan bas bahawa tiket bas mencukupi 1

- pihak pengurusan kereta api menambah 15,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh negara 1

[maksimum 3 markah]

iii. Cara - cara untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ialah

- kerajaan mengadakan kempen menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. 1

- pihak pengurusan pengangkutan awam mengadakan promosi tambang murah. 1

- pihak pengurusan sentiasa memastikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dipantau/ diselia dengan lebih kerap. 1

- kerajaan menambah lebih banyak bilangan pengangkutan awam 1

- pihak pengusaha pengangkutan awam menyediakan pelbagai kemudahan di dalam pengankutan awam seperti televisyen dan pendingin hawa. 1

Page 45: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

- pihak pengusaha pengangkutan awam menjaga kebersihan di dalam kenderaan. 1

- Pihak pengusaha pengangkutan awam menyediakan ruangan khas untuk orang kurang upaya,orang tua dan perempuan mengandung. 1

[maksimum 4 markah]

Set 12Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara mengisi masa lapang murid-murid dan masalah untuk menjayakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Biasanya selepas murid-murid menghadapi peperiksaan penting, masa untuk mereka di sekolah masih banyak terutama selepas menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Masa yang panjang ini perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan bukannya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Oleh sebab murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR dan PMR masih berada di sekolah selepas peperiksaan, pihak sekolah mestilah mengadakan pelbagai program termasuk lawatan ke tempat-tempat menarik, perkhemahan serta ceramah dan motivasi. Pada masa yang sama, menerusi Persatuan Sejarah, lawatan ke tempat-tempat bersejarah sangat sesuai untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sejarah masyarakat dan negara di samping menyemai semangat cinta akan negara.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai pertandingan yang menawarkan hadiah yang menarik seperti pertandingan membaca, bahas, kuiz dan berbalas pantun. Dalam hal ini, pihak sekolah mestilah memastikan bahawa murid-murid yang telah selesai menghadapi peperiksaan tidak akan ponteng sekolah kerana tindakan itu merugikan diri mereka sendiri. Guru-guru pula mestilah memainkan peranan dengan memberikan penekanan kepada murid-murid tentang matlamat mereka berada di sekolah bukan hanya untuk lulus peperiksaan, tetapi turut memanfaatkan peluang tersebut untuk mempelajari pelbagai perkara positif yang lain. Sebaliknya, jika masa dibiarkan begitu sahaja kemungkinan mereka terbabit dengan gejala ponteng sekolah dan mereka terlibat dengan gejala negatif seperti melepak di kafe siber, pusat snuker dan kompleks beli belah.

Dalam pada itu, pelbagai pertandingan sukan boleh diadakan antara sekolah kerana aktiviti ini boleh memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan sukan sebagai aktiviti yang mampu menyihatkan badan, mencerdaskan minda serta memupuk semangat kerjasama, tabah dan berdaya saing. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid-murid lepasan sekolah tidak sewajarnya dibebankan kepada pihak sekolah seratus peratus. Masa seseorang murid di sekolah sangat terhad, iaitu lebih kurang enam jam sehari. Sekolah hanya sebagai tempat persinggahan sementara. Semua pihak mesti memahami keadaan ini.

Oleh itu, ibu bapa tidak boleh lepas tangan, sebaliknya mereka mesti memainkan peranan untuk memastikan bahawa anak-anak mereka yang telah tamat peperiksaan ini tidak terlibat

Page 46: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

dalam sebarang gejala yang tidak sihat dengan cara ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-anak. Mereka juga mestilah merancang aktiviti yang bersesuaian untuk anak-anak supaya anak-anak melakukan aktiviti yang berfaedah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam aktiviti anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk membawa anak-anak bersiar-siar, melancong dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik di rumah. Hasil daripada kerjasama pelbagai pihak, sudah tentu masa murid-murid sekolah selepas tamat peperiksaan tidak disia-siakan begitu sahaja.

(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Manfaat Masa Lepas Peperiksaan, Oleh M. Jasni Majed, Harian Metro, Oktober 2010)

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud mencerdaskan minda? [2 markah]

(ii) Mengapakah masa murid-murid yang telah selesai menduduki peperiksaan perlu diisi dengan pelbagai aktiviti? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan murid-murid untuk mengisi masa lapang?

[4 markah]

Page 47: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 12

Pendahuluan: Markah

Petikan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / usaha-usaha mengisi masa lapang murid-murid dengan bermanfaat.. 2

Isi-isi Tersurat:

S1 Pihak sekolah mengadakan pelbagai program 2

S2 Lawatan ke tempat-tempat bersejarah. 2

S3 Sekolah mengadakan pelbagai pertandingan. 2

S4 Guru memberi penekanan kepada murid-murid tentang matlamat mereka ke sekolah. 2

S5 Sekolah menganjurkan pelbagai pertandingan sukan antara sekolah. 2

S6 Ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-anak. 2

S7 Ibu bapa merancang aktiviti yang bersesuaian untuk anak-anak. 2

S8 Ibu bapa meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak. 2

Isi-isi Tersirat:

T1 Murid-murid kurang memberikan kerjasama menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh sekolah. 2

T2 Ibu bapa terlalu sibuk hingga tiada masa bersama anak-anak. 2

T3 Kos yang tinggi diperlukan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti untuk anak-anak. 2

Page 48: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T4 Ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak pergi ke sekolah setelah selesai peperiksaan. 2

Kesimpulan:

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama memastikan anak-anak mengisi masa lapang dengan bermanfaat supaya mereka tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat. 2

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 12)

i. Maksud mencerdaskan minda

- Mencerdikkan akal fikiran/ daya berfikir

[maksimum 2 markah]

ii. Masa murid-murid selepas peperiksaan perlu diisi dengan pelbagai aktiviti kerana

- masa murid-murid di sekolah masih banyak selepas selesai menduduki peperiksaan. 1

- mengelakkan mereka daripada ponteng sekolah 1

- tidak terlibat dengan gejala negatif / tidak sihat 1

- masa mereka tidak disia-siakan begitu sahaja 1

[maksimum 3 markah]

iii. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid-murid

- Membaca 1

- Menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong 1

- Mengulang kaji pelajaran 1

- Mengunjungi perpustakaan 1

- Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah 1

[maksimum 4 markah]

Page 49: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Set 13Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor semangat kejiranan semakin luntur dan usaha-usaha untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara penduduk berbilang kaum dan hidup dalam keadaan aman damai. Rahsia keharmonian ini ialah pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap perpaduan dan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat.

Namun, semangat kejiranan semakin pudar. Hubungan masyarakat yang semakin renggang ini ada kaitannya dengan sikap masyarakat yang lebih suka hidup bersendirian . Mereka beranggapan kemewahan yang dikecap sudah memadai bagi mereka. Bukan itu sahaja, soal individulistik begitu agung di depan mata mereka dan apabila seseorang menghadapi kesusahan, mereka bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, berasa sukar untuk menghulurkan bantuan. Mereka enggan menghadiri gotong-royong ataupun kempen kemasyarakatan.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kejiranan juga semakin kurang. Hal ini berlaku kerana masyarakat kini lebih mengutamakan sikap keakuan dan enggan mempedulikan perkara atau peristiwa yang berlaku di luar rumah yang tiada kaitan dengan mereka. Mereka khuatir memikul tanggungjawab ataupun diminta menghulurkan bantuan. Di samping itu, aktiviti kemasyarakatan semakin dilupakan. Contohnya aktiviti kenduri-kendara, gotong-royong dan sebagainya. Adat resam ini telah pupus mengikut peredaran masa dengan perkembangan dan pembangunan negara. Kini amalan kerjasama untuk menjayakan majlis kenduri telah diambil alih oleh orang perseorangan ataupun restoran dan hotel melalui tempahan yang diterima. Keadaan ini telah menutup peluang anggota masyarakat untuk menyumbang tenaga secara bersama-sama sedangkan aktiviti-aktiviti seperti itulah yang memberikan kesempatan kepada mereka untuk bertemu dan menjalin kemesraan.

Sebenarnya, arus pemodenan tidak wajar dijadikan alasan yang memaksa rakyat mengesampingkan tanggungjawab hidup berjiran. Hal ini demikian kerana dalam ajaran agama, hidup berjiran sangat ditekankan sebagai suatu kewajipan yang perlu dipenuhi bagi menjamin kerukunan dan keharmonian masyarakat. Hal ini bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan antara kaum dan jiran malah memupuk nilai perpaduan, seterusnya melicinkan pentadbiran kerajaan. Perasaan muhibah dan bersatu padu disemai dalam hati sanubari setiap rakyat. Setiap anggota masyarakat mestilah membina perasaan saling menghormati, menghargai dan saling membantu.

Page 50: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

(Diubahsuaikan daripada Semangat Kejiranan Perlu Dihidupkan Semula oleh Wong Ee Lin, Dewan Siswa, Julai 2008)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semangat kejiranan. [2 markah]

(ii) Mengapakan arus pemodenan tidak wajar dijadikan alasan untuk masyarakat mengabaikan tanggungjawab hidup berjiran?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah manfaat mengamalkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia?

[4 markah]

Page 51: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 13

Pengenalan Markah

Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat. 2

Isi-Isi Tersurat

S1. Sikap masyarakat yang lebih suka hidup bersendirian. 2

S2. Mereka beranggapan kemewahan yang dikecap sudah memadai bagi mereka 2

S3. Mereka enggan menghadiri gotong-royong atau pun kempenKemasyarakatan. 2

S4. Mereka sibuk dengan urusan peribadi dan pekerjaan. 2

S5. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan kejiranan semakin kurang diadakan. 2

S6. Aktiviti kemasyarakatan semakin dilupakan/pupus. 2

S7. Amalan kerjasama untuk menjayakan majlis kenduri-kendara telah diambil alih oleh pihak hotel, restoran atau orang perseorangan. 2

Isi-Isi Tersirat T1 Mengadakan rumah terbuka pada musim-musim perayaan. 2

T2 Kerajaan/Jabatan Perpaduan Negara mengadakan Minggu Perpaduan. 2

T3 Adakan sektor Rukun Tetangga. 2

T4 Mengadakan tempat-tempat rekreasi/taman permainan. 2

T5 Kempen kesedaran 2

Page 52: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Kesimpulan

Kesimpulannya, pihak kerajaan perlulah menghidupkan semula semangat kejiranan yang tinggi dan kukuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini supaya keamanan dan kesejahteraan dapat dikecap. 2

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 13)

(i) Maksud rangkai kata semangat kejiranan

- Perasaan / kemahuan hidup berbaik-baik/ bertolak ansur/ bekerjasama antara orang yang tinggal berhampiran/bertetangga

[maksimum 2 markah]

(ii) Sebab-sebab tidak wajar - Dalam ajaran agama, semangat kejiranan sangat dititikberatkan

sebagai suatu kewajipan yang perlu dipenuhi untuk menjamin kerukunan dan keharmonian masyarakat. 1

- Dapat mengeratkan perhubungan antara kaum dan jiran. 1

- Memupuk nilai perpaduan. 1

- Melicinkan jentera pentadbiran kerajaan. 1

[maksimum 3 markah]

(iii) Manfaat

- Masyarakat bersatu padu/ perpaduan kaum dapat diwujudkan. 1

- Membantu menangani masalah sosial . 1

- Dapat menghapuskan perbezaan budaya dan pemikiran antara kaum 1

- Meningkatkan imej negara 1

- Meneguhkan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan 1

Page 53: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

[maksimum 4 markah]

Set 14Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah dan masalah untuk mengawalnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada masa ini, sebilangan murid sekolah pada hakikatnya telah pun mempunyai telefon bimbit sama ada dihadiahkan oleh seseorang, dibeli oleh ibu bapa masing-masing, dan dibeli dengan duit simpanan sendiri. Cuma penggunaannya terbatas di luar sekolah kerana mereka dilarang menggunakannya di kawasan sekolah. Memang tidak dinafikan telefon bimbit menjadi alat perhubungan yang penting namun kita perlu melihat kesan negatif kepada murid sekolah.

Kita semua sudah biasa melihat kesan buruk penggunaan telefon ini dalam kalangan orang dewasa. Sebagai contoh, telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar yang tidak senonoh. Mereka juga menggunakannya untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) berantai. Di samping itu, pengguna juga melanggan pelbagai perkhidmatan yang tidak penting seperti yang diiklankan di media massa. Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan terlibat dengan perkara-perkara sedemikian? Murid-murid juga dikhuatiri menyalahgunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan pembelajaran diadakan. Antara lain, murid dikhuatiri menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan. Mereka juga mungkin leka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran. Selain itu, tidak mustahil jika terdapat murid yang memuat turun perkara-perkara yang tidak diingini semasa di dalam kelas.

Tidak keterlaluan jika kita mengandaikan bahawa akan timbul kesan psikologi terhadap murid sekolah yang kurang mampu. Maka akan wujudlah suatu trend dalam kalangan murid sekolah bahawa telefon bimbit ialah perkara penting pada zaman persekolahan. Oleh itu, mereka akan memaksa ibu bapa membelikan telefon itu untuk mereka. Selain itu, pemilikan telefon bimbit dalam kalangan murid dikhuatiri menimbulkan suasana hubungan sosial yang tidak baik di dalam kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana ada murid yang mula menjadikan telefon sebagai salah satu simbol status sosial. Jika satu ketika dahulu jenama kasut, beg atau kotak pensel pun boleh digunakan sebagai simbol status sosial dalam kalangan murid, maka telefon bimbit juga diramal akan turut menjadi alat untuk murid menunjuk-nunjuk. Masalah penggunaan telefon bimbit di sekolah perlu diberikan perhatian. Dengan itu, langkah melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah dianggap wajar. Larangan ini wajar diteruskan memandangkan penggunaan telefon bimbit lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Page 54: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kesan Negatif Telefon Bimbit’

oleh Zamani Yusof, Berita Harian, Jun 2010)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata simbol status social. [ 2 markah]

(ii) Bagaimanakah murid sekolah dapat memiliki telefon bimbit?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai diambil oleh pihak sekolah untuk membendung penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid?

[4 markah]

Page 55: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 14

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan keburukan/implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah negara ini. 2

Isi Tersurat

S1- Telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar yang tidak senonoh. 2

S2- Menyebarkan khidmat pesanan ringkas [SMS] berantai. 2

S3- Pengguna juga melanggan pelbagai perkhidmatan yang tidak penting. 2

S4- Murid-murid dikhuatiri menyalahgunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2

S5- Murid dikhuatiri menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan. 2

S6- Mereka juga mungkin leka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). 2

S7- Mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran. 2

S8- Murid memut turun perkara-perkara yang tidak diingini semasa di dalam kelas. 2

S9- Kesan psikologi terhadap murid sekolah yang kurang mampu. 2

S10- Menimbulkan suasana hubungan sosial yang tidak baik di dalam kawasan sekolah 2

S11- Menjadi alat untuk murid menunjuk-nunjuk. 2

Isi Tersirat

T1- Terdapat segelintir murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah. 2

Page 56: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T2- Ibu bapa tidak melarang anak-anak membawa telefon bimbit ke sekolah. 2

T3- Guru-guru dibebani pelbagai tugas lain. 2

Penutup

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar agar pelajar lebih berdisiplin 2.

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 14)

(i) Makna simbol status sosial :

- Lambang taraf / kedudukan masyarakat [maksimum 2 markah]

(ii) Cara memiliki telefon bimbit:

- dihadiahkan oleh seseorang 1- dibeli oleh ibu bapa 1- dibeli dengan duit simpanan sendiri 1

[maksimum 3 markah]

(iii) Langkah-langkah:

- menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke sekolah 1- menegur/memberi nasihat 1- menyediakan telefon awam 1- mengadakan pemeriksaan mengejut 1- memberi taklimat/penerangan kepada ibu bapa/penjaga berkaitannya 1

[maksimum 4 markah]

Page 57: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 15Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan pusat sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah kurang dikunjungi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu kepada warga sekolah. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan tempat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah.

Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah, khususnya murid. Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik.

Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.

Page 58: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Tegasnya, peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Kita dapat melahirkan pelajar yang berdedikasi, berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Hal ini kerana mereka dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu’

oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata gedung ilmu. [2 markah]

(ii) Nyatakan kelebihan-kelebihan seseorang pelajar yang dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan minat pelajar menggunakan pusat sumber sekolah?

[4 markah]

Page 59: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 15

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan fungsi /tanggungjawab pusat sumber sekolah di Malaysia.. 2

Isi Tersurat

S1 - menyediakan, menyimpan, mengedarkan dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. 2

S2 - berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah. 2

S3 - mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik. 2

S4 - merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2

S5 - untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. 2

S6 - membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan. 2

S7- membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. 2

S8 - mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. 2

S9- untuk memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar. 2

S10-memupuk minat gemar membaca dan membuat penyelidikan. 2

Isi Tersirat

T1- kekurangan bahan rujukan/peralatan audio-visual. 2

Page 60: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T2- kekurangan aktiviti /pertandingan berkaitan pusat sumber sekolah. 2

T3- kurang kondusif/kurang ceria/sempit/lokasi tidak bersesuaian 2

T4- pelajar terikat dengan peraturan pusat sumber sekolah 2

PenutupKesimpulannya, pihak sekolah hendaklah mengambil inisiatif menaik taraf pusat sumber sekolah agar dikunjungi lebih ramai pelajar. 2

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 15)

(i) Makna rangkai kata gedung ilmu:

- pusat pengetahuan[maksimum 2 markah]

(ii) Kelebihan membaca:

- menjadi pelajar yang berdedikasi 1- berfikiran matang 1- berdisiplin 1- mengembangkan bakat serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. 1

[maksimum 3 markah]

(iii) Cara meningkatkan PSS:

- PSS dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan 1- PSS dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan 1- PSS dibuka sepanjang masa persekolahan dan cuti sekolah 1- mengadakan pelbagai aktiviti / pertandingan, kuiz 1- mengedarkan maklumat/risalah berkaitan perkembangan PSS 1- guru-guru mengadakan pengajaran dan pembelajaran di PSS 1

]maksimum 4 markah]

Page 61: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 16Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah bersenam kepada orang ramai dan masalah-masalah untuk melakukan senaman. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Keupayaan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka bahawa mereka cergas, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang sakit dan tidak kerap mendapatkan rawatan perubatan tetapi hal ini tidak bermakna keadaan fizikal mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang berkesan untuk seseorang berada kekal dalam keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Walaupun fakta ini diketahui umum namun aktiviti yang baik untuk kesihatan ini masih berada di tempat terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap minggu.

Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan menyebabkan salur darah mengecil. Hal ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan darah sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi keperluan oksigen kepada bahagian otot berkenaan. Terdapat banyak lagi faedah yang berlaku dalam perubahan fisiologi apabila seseorang bersenam. Senaman menjadikan jantung lebih kuat kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Hasilnya dapat menjadikan seseorang sentiasa gembira dan dalam keadaan tenang.

“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat”. Bagaimanakah senaman menyumbang kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang memberi kebaikan kepada otak dengan melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyampaikan darah kepada bahagian otak yang kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan keperluan oksigen kepada otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk.

Apabila melakukan aktiviti jasmani, pelbagai bahan kimia di dalam otak dapat memperhebat ‘hippocampus’. ‘Hippocampus’ merupakan suatu bahagian daripada otak yang amat penting untuk memori. Kajian mendapati, senaman seperti aerobik mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada golongan dewasa. Anda akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu, senaman mampu menangani masalah kemurungan kepada golongan yang mengalami tekanan di rumah ataupun di tempat kerja.

Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih

Page 62: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

panjang dalam kalangan orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding mereka yang tidak cergas. Hal ini terbukti melalui satu kajian yang mendapati kadar kematian kumpulan orang yang tidak cergas adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding mereka dalam kumpulan sederhana cergas. Oleh sebab itu, jadikanlah bersenam sebagai satu budaya hidup kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada,Faedah-faedah Senaman,

oleh Ziauddin Sharuddin, Berita Minggu, 12 Mac 2010)

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata strategi yang berkesan. [2 markah]

(ii) Nyatakan ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu mempunyai fizikal yang cergas?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan seseorang bersenam?

[4 markah]

Page 63: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SKEMA JAWAPAN

SET 16

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan kebaikan/ kelebihan/ kepentingan/ manfaat/kesan positif/ maslahat bersenam kepada orang ramai dalam kehidupan mereka. 2

Isi Tersurat

S1. Berada kekal dalam keadaan cergas dan sihat 2

S2. Dapat menjadikan seseorang sentiasa gembira dan dalam keadaan tenang 2

S3. Kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk 2

S4. Mampu meningkatkan proses pembelajaran 2

S5. Kelihatan hebat dan berkeyakinan 2

S6. Mampu menangani masalah kemurungan 2

S7. Membantu mengawal berat badan yang berlebihan 2

S8. Jangka hayat lebih panjang 2

Isi Tersirat

T1. Tidak ada masa / sibuk dengan tugas seharian 2

T2. Tidak mempunyai tempat / ruang untuk bersenam 2

T3. Letih / penat 2

T4. Ada penyakit kritikal / berbahaya 2

Page 64: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T5. Tidak mempunyai peralatan senaman (kasut, track dan sebagainya) 2

T6. Tiada kesedaran / tiada motivasi 2

Penutup/ Kesimpulan

Kesimpulannya, semua orang perlulah bersenam agar hidup sihat / untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. 2

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum (set 16)

(i) Maksud rangkai kata strategi yang berkesan:

- cara yang menimbulkan hasil yang diharapkan // Kaedah yang meninggalkan bekas/tanda/ impak yang diharapkan // Kaedah/ teknik yang efektif

[maksimum 2 markah]

((ii) Ciri-cirinya - Keupayaan melakukan tugas harian 1

- Mereka jarang sakit 1 - Tidak kerap mendapatkan rawatan perubatan 1

[maksimim 3 markah]

(iii) Cara-cara;

- Kempen kebaikan bersenam 1 - Mewajibkan aktiviti sukan/ PJK di sekolah / pertandingan 1 - Mengadakan aktiviti di kawasan tempat tinggal/kampung/ taman 1 - Memberikan jurulatih yang berkaliber di sekolah 1 - Mendirikan tempat/ dewan /pusat untuk aktiviti bersenam/ prasarana/

kemudahan bersenam 1 Ibu bapa mengajak anak-anak bersenam 1

[maksimum 4 markah]

Page 65: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 17

Soalan 1: Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memperkukuh tradisi hidup berjiran dan kepentingan hidup berjiran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, tradisi hidup berjiran atau semangat kejiranan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama sudah bertapak sejak sekian lama. Perbezaan tersebut tidak seharusnya dijadikan sempadan untuk membina benteng amalan hidup berjiran. Mungkin alasan kesibukan seharian dalam mengejar karier masing-masing menyebabkan amalan kejiranan semakin dilupakan. Pacuan perkembangan teknologi pada hari ini juga menjadi penyumbang kepada kealpaan masyarakat terhadap amalan hidup berjiran. Terdapat juga jiran tetangga yang tidak berminat untuk saling mengenali sesama sendiri kerana mementingkan status, malah tidak pernah bertegur sapa kerana menganggap jiran mereka rendah darjatnya. Jiran tetangga perlu mengamalkan amalan bertegur sapa seperti bertanya khabar atau bertukar-tukar pandangan supaya hubungan kejiranan yang mulia ini tidak terhakis.

Sebenarnya semangat kejiranan mampu meninggalkan kesan yang ketara terhadap kesejahteraan masyarakat. Setiap jiran juga hendaklah mempunyai matlamat hidup yang sama iaitu inginkan perpaduan dan kesejahteraan agar kehidupan berjiran akan berkekalan. Amalan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan atau masalah yang dihadapi jiran dapat membantu mengatasi kesulitan yang dialami oleh mereka. Hal ini demikian kerana banyak masalah kejiranan dapat diselesaikan apabila masing-masing saling mengambil peduli sesama jiran. Begitu juga dalam hubungan kejiranan yang melibatkan masyarakat yang berbeza bangsa dan agama, sikap saling menghormati kepercayaan masing-masing dan mengamalkan amalan mulia seperti ikhlas, saling menghormati dan tidak bersikap iri hati akan dapat membentuk hubungan kejiranan yang utuh.

Hubungan kejiranan memerlukan kita saling bertemu, jadi meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran juga dapat mengeratkan semangat hidup berjiran. Hal ini memungkinkan kita lebih mengenali sesama sendiri. Sekurang-kurangnya berkunjunglah ke rumah jiran pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu. Hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita sanggup mengetepikan kesenangan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Semakin kerap kita menghulurkan bantuan semakin erat ikatan kejiranan kita. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan seperti program Kawasan Rukun Tetangga(KRT) yang bukan sahaja menjaga keselamatan sekitar kejiranan malah mewujudkan hubungan sosial yang positif.

Page 66: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Dalam konteks menjaga hubungan sesama jiran, kita perlulah menjaga hati jiran, baik melalui perkataan mahupun perbuatan. Sampah sarap tidak harus dibiarkan berserakan dan berbau, begitu juga elakkan berbuat bising sehingga mengganggu ketenteram jiran terutama pada waktu malam. Jelaslah betapa pentingnya peranan jiran dalam menentukan keharmonian dan keselamatan dalam sesebuah negara. Dalam menjalani kehidupan berjiran ini kita perlu menghayati pepatah Melayu iaitu jiran sepakat membawa berkat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Berbaik Sangka Erat Hubungan Jiran Tetangga

Mingguan Malaysia, Jun 2009)

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata penyumbang kepada kealpaan.[2 markah]

(ii) Apakah punca-punca yang menyebabkan amalan kejiranan semakin dilupakan?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang menyakiti hati jiran tetangga? [4 markah]

Page 67: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

CADANGAN JAWAPAN SET 17

Pendahuluan/ Pengenalan Markah

Petikan membincangkan cara-cara memperkukuh tradisi hidup berjiran dalam masyarakat kita. 2

Isi Tersurat (Cara-cara memperkukuh tradisi hidup berjiran)

S1. Mengamalkan amalan bertegur sapa sesama jiran 2

S2. Mempunyai matlamat hidup yang sama iaitu inginkan perpaduan dan kesejahteraan 2

S3. Amalan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan atau masalah yang dihadapi jiran 2

S4. Sikap saling menghormati kepercayaan masing-masing 2

S5. Mengamalkan amalan mulia 2

S6. Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran 2

S7. Sanggup mengetepikan kesenangan diri semata-mata untuk membantu jiran (pada masa diperlukan) 2

S8. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan 2

S9. Menjaga hati jiran 2

Isi Tersirat (Kepentingan hidup berjiran)

T1. Dapat mewujudkan sebuah keluarga besar yang saling mengambil berat 2

T2. Keselamatan masyarakat setempat dapat ditingkatkan 2

T3. Dapat memohon bantuan jika berlaku kesulitan/kecemasan 2

T4. Dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan selamat 2

Page 68: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T5. Kerja yang berat dan sulit menjadi ringan dan mudah 2

Penutup/ Kesimpulan

Semua pihak hendaklah mengamalkan tradisi hidup berjiran agar keharmonian masyarakat tetap utuh. 2

Masyarakat wajar memperkukuh tradisi hidup berjiran agar dapat mengekalkan keamanan bangsa Malaysia. 2

Soalan 2(a) Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata:

- faktor/punca/sebab-sebab menjadi cuai/lalai [Maksimum : 2 markah]

(ii) Punca-punca:

- kesibukan seharian dalam mengejar karier masing-masing 1 - Pacuan perkembangan teknologi pada hari ini 1- jiran tetangga yang tidak berminat untuk saling mengenali sesama sendiri kerana mementingkan status 1

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Sebab-sebab:

- mewujudkan permusuhan/menimbulkan perasaan dendam 1 - menyebabkan gangguan emosi orang lain 1 - dibenci oleh masyarakat 1 - dilarang oleh semua agama 1

- dipandang rendah/merosakkan imej diri 1- dikhuatiri akan memutuskan hubungan silaturrahim 1- mewujudkan perpecahan dalam masyarakat 1

[Maksimum : 4 markah]

Page 69: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 18

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pencemaran alam dan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam sekitar adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Jika alam sekitar tidak dijaga dengan baik, sudah pasti manusia bakal menerima padahnya. Kecuaian manusia dalam menjaga alam sekitar pada abad lalu telah mengakibatkan masalah seperti kepanasan dunia, penipisan lapisan ozon, kehilangan kepelbagaian spesies flora dan fauna, penyalahgunaan bahan kimia, dan pemusnahan hutan tanpa kawalan. Ancaman sebegini bukanlah bersifat semula jadi ataupun disebabkan oleh takdir, sebaliknya ekoran tindakan manusia sendiri yang mencemarkan ruang udara dengan pelbagai gas daripada industri perkilangan serta pembebasan gas kloroflorokarbon oleh peti sejuk, alat pendingin hawa, dan penyembur racun serangga. Perokok juga menyumbang kepada fenomena ini.

Pencemaran alam ialah isu yang hangat diperkatakan sejak beberapa tahun yang lalu. Jalan penyelesaian terhadap masalah ini semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Hakikatnya, masalah ini telah melangkau sempadan antarabangsa dan memerlukan usaha yang menyeluruh untuk ditangani. Ancaman masa kini terhadap alam sekitar yang membimbangkan manusia sejagat berpunca daripada manusia pada masa lampau dalam mentadbir sumber alam semula jadi. Keadaan alam sekitar bertambah buruk akibat pencemaran sejak berdekad lalu, termasuk pembuangan toksik secara tidak selamat dan pelepasan tenaga fosil, selain ujian nuklear dan sampah sarap.

Fenomena ini terjadi disebabkan oleh kerakusan manusia dalam mengeksploitasi sumber alam semula jadi dalam usaha untuk membangunkan tahap kehidupan mereka. Selain itu, manusia lupa akan tanggungjawab mereka untuk memakmurkan alam ini dalam melaksanakan pembangunan ekonomi. Kepentingan alam sekitar yang telah sekian lama berbakti dan menjadi pendukung utama kehidupan juga semakin diabaikan. Aktiviti perindustrian menyebabkan masalah pencemaran udara, air, dan darat berterusan. Begitu juga dengan hakisan yang berlaku di beberapa kawasan di negara ini akibat penebangan pokok di lereng-lereng bukit dengan sewenang-wenangnya. Penggondolan bukit bukau pula telah mengubah dan merosakkan habitat yang menempatkan pelbagai organisma. Tidak kurang juga dengan aktiviti pembakaran hutan secara terbuka yang telah menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara sehingga mengakibatkan jerebu.

Kita perlu meluangkan sedikit waktu untuk memikirkan kesan daripada tindakan yang kita lakukan. Justeru, Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun merupakan peluang bagi semua pihak untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu alam sekitar.

Page 70: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Hal ini demikian kerana soal alam sekitar tidak boleh ditangani secara bersendirian oleh mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Bimbang Kemusnahan Alam Hidup Manusia Utusan Malaysia,

April 2009)

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pendukung utama kehidupan.[2 markah]

(ii) Apakah yang akan terjadi jika alam sekitar tidak dipelihara dengan baik?[3 markah]

(iii) Sebagai seorang ahli kelab Alam Sekitar di sekolah anda, bagaimanakah cara anda menarik minat rakan-rakan supaya mencintai alam sekitar?

[4 markah]

Page 71: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

CADANGAN JAWAPAN SET 18

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan faktor-faktor pencemaran alam di negara kita / di Malaysia 2

Isi Tersurat (punca-punca pencemaran alam)

S1. Kecuaian manusia dalam menjaga alam sekitar pada abad lalu 2

S2. Mencemarkan ruang udara dengan pelbagai gas daripada industri perkilangan / pembebasan gas kloroflorokarbon 2 S3. Pembuangan toksik secara tidak selamat / pelepasan tenaga fosil / ujian nuklear dan sampah sarap. 2

S4. Kerakusan manusia dalam mengeksploitasi sumber alam semula jadi. 2

S5. Manusia lupa akan tanggungjawab mereka untuk memakmurkan alam ini (dalam melaksanakan pembangunan ekonomi) 2

S6. Aktiviti perindustrian menyebabkan masalah pencemaran udara, air, dan darat berterusan. 2

S7. Penebangan pokok di lereng-lereng bukit dengan sewenang-wenangnya. 2

S8. Penggondolan bukit bukau pula telah mengubah dan merosakkan habitat yang menempatkan pelbagai organisma 2

S9. Aktiviti pembakaran hutan secara terbuka. . 2

Isi Tersirat ( Kepentingan alam sekitar)

T1. Menjadi daya tarikan pelancong 2

T2. Menjamin kesihatan komuniti yang hidup di dunia 2

T3. Menjamin kesinambungan hidup flora dan fauna 2T4. Membekalkan sumber keperluan hidup untuk manusia 2

T5.Manusia dapat bernafas dalam keadaan selesa dan segar 2

Page 72: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T6. Dapat mengurangkan masalah bencana alam yang tidak diduga 2

T7. Menyeimbangkan suhu dunia 2

T8. Membekalkan sumber ubat-ubatan/kayu-kayan/pendapatan 2

Penutup/ Kesimpulan

Semua pihak mestilah bekerjasama memelihara alam sekitar agar keindahannya dapat dinikmati generasi akan datang. 2

Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar kita dapat hidup sihat dan sejahtera. 2

Soalan 2(a) Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata:

- pemangkin/tonggak penting/mustahak kepada benda bernyawa 2

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Jika alam sekitar tidak dipelihara dengan baik:

- kepanasan dunia 1 - penipisan lapisan ozon 1- kehilangan kepelbagaian spesis flora dan fauna 1- pemusnahan hutan tanpa kawalan 1- mencemarkan ruang udara dengan pelbgai gas 1

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Cara-cara:

- mengadakan kempen Cinta Alam Sekitar 1- mengadakan pertandingan berkaitan alam sekitar 1

- mewujudkan tempat kitar semula 1 - menganjurkan aktiviti menarik berkaitan alam sekitar 1 - menjadi idola/ contoh yang baik kepada rakan-rakan 1

[Maksimum : 4 markah]

Page 73: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 19Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menyertai unit beruniform dan cara-cara menggalakkan pelajar menyertainya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat sekali gus menjadi teras bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan pelajar mencapai kecemerlangan. Bidang kokurikulum kini menjadi pelengkap kepada proses pembelajaran di sekolah. Kokurikulum boleh ditakrifkan sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang.

Terdapat tiga komponen utama aktiviti kokurikulum di sekolah, iaitu badan beruniform, persatuan atau kelab, dan sukan serta permainan. Aktiviti badan beruniform dapat meningkatkan disiplin diri pelajar. Pelajar dilatih dengan soal ketepatan masa, mematuhi pemimpin, sentiasa diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti seperti berkawad dan merentas halangan. Namun begitu, pelajar sering berasa terkongkong dan menganggap aktiviti yang dijalankan membosankan apabila menyertai unit beruniform. Mereka sepatutnya menyedari bahawa nilai bekerjasama dan berdikari turut disemai dalam aktiviti badan beruniform. Latihan-latihan ini akan menguatkan lagi daya ketahanan mental pelajar walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Pelajar juga akan mendapat pelbagai pengetahuan, khususnya dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran. Sebagai contoh pelajar diasuh dengan kemahiran pengurusan mesyuarat, membuat surat rasmi, kertas kerja dan laporan, berkomunikasi dengan baik dan memberikan idea yang bernas. Ada antara pelajar yang tidak berminat kerana kurang mendapat pendedahan tentang kelebihan menyertai unit beruniform. Pelbagai pandangan dan idea boleh dikongsi antara sesama ahli. Pengalaman dalam mengendalikan perjumpaan unit juga merupakan satu proses kematangan. Latihan-latihan ini dapat memberikan satu pengalaman baharu yang berbeza daripada bidang akademik.

Unit beruniform juga memberi implikasi positif , pemikiran strategik dan kekuatan fizikal kepada pelajar. Selain memperoleh badan yang cergas, minda turut menjadi cerdas. Pelbagai aktiviti dalam unit beruniform bukan sahaja dapat memupuk keyakinan diri, dan menghormati peraturan malah dapat meningkatkan semangat juang. Pelajar juga dididik dengan semangat kerjasama dan toleransi sesama ahli pasukan. Maka tidak hairanlah apabila sepasukan unit beruniform boleh merentasi sempadan bangsa, politik dan benua. Dengan penglibatan ini sebenarnya pelajar telah menambah nilai terhadap diri sendiri. Mungkin dalam kalangan pelajar,

Page 74: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

ada yang tidak menyedari bahawa nilai tambah ini merupakan sesuatu yang sangat bernilai. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin tersohor 74negara lahir daripada kalangan mereka yang aktif dalam aktiviti unit beruniform semasa zaman remajanya.

(Dipetik dan diubah suai daripada Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Aktiviti Kokurikulum

oleh Abd Ghani bin Abu, Dewan Siswa, Julai 2007)

Soalan 2 (a) – Petikan umum

(i) Apakah maksud rangkai kata merentasi sempadan. [2 markah]

(ii) Mengapakah pelajar tidak begitu berminat untuk menyertai unit beruniform?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak menyertai unit beruniform?

[4 markah]

Page 75: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

CADANGAN JAWAPAN SET 19

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan kelebihan/manfaat menyertai unit beruniform di sekolah 2

Isi Tersurat (faedah-faedah menyertai unit beruniform)

S1. meningkatkan disiplin diri pelajar 2S2. nilai bekerjasama dan berdikari turut disemai 2S3. menguatkan lagi daya ketahanan mental pelajarS4. mendapat pelbagai pengetahuan, khususnya dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran 2S5. pelbagai pandangan dan idea boleh dikongsi antara sesama ahli 2S6. memberikan satu pengalaman baharu yang berbeza daripada bidang akademik 2S7. memberi implikasi positif, pemikiran strategik dan kekuatan fizikal kepada pelajar 2S8. memperoleh badan yang cergas / minda turut menjadi cerdas 2S9. pelajar juga dididik dengan semangat kerjasama dan toleransi sesama ahli pasukan 2S10. menambah nilai terhadap diri sendiri 2

Isi Tersirat ( cara-cara menggalakkan)

T1. mendedahkan kepentingan menyertai unit beruniform 2T2. merancang dan melaksanakan aktiviti yang menarik 2T3. memperuntukkan masa yang sesuai 2T4. memberi galakan dan sokongan 2T5. menyediakan kemudahan yang mencukupi 2T6. memberi pengiktirafan 2

Penutup/ Kesimpulan

Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah memastikan pelajar-pelajar menyertai unit

Page 76: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

beruniform agar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. 2

Soalan 2(a) Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata:

- melangkaui had / batasan 2

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sebab-sebab;

- sering berasa terkongkong 1- menganggap aktiviti yang dijalankan membosankan 1- kurang mendapat pendedahan tentang kelebihan menyertai unit

beruniform 1

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Peranan ibu bapa;

- menggalakkan anak-anak menyertai setiap kegiatan yang dijalankan /memberikan sokongan moral kepada anak-anak 1

- menyediakan keperluan yang mencukupi 1- memantau perkembangan / pencapaian anak-anak 1

[Maksimum : 4 markah]

Page 77: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 20

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan ilmu kepenggunaan kepada masyarakat dan langkah-langkah meningkatkan ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini, isu kepenggunaan menjadi perhatian masyarakat lantaran peningkatan taraf hidup masyarakat di negara kita yang seiring dengan peningkatan taraf pendidikan rakyat. Kesedaran tentang kepenggunaan telah diberi keutamaan dalam bidang pendidikan dan pembangunan sehingga mendorong kerajaan mewujudkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Masyarakat telah berani menyatakan pandangan mereka terhadap sebarang masalah. Mereka sering menyuarakan rungutan secara bebas dan terbuka dalam media cetak. Persatuan pengguna pula ditubuhkan hampir di setiap negeri di Malaysia, malahan di kawasan-kawasan yang kecil dan terpencil juga diwujudkan pergerakan pengguna.

Kepenggunaan telah menjadi fenomena baru pada zaman kecanggihan sains dan teknologi masa ini, dan semakin berkembang luas. Pendidikan kepenggunaan mula bertapak telah menjadi sebagai satu ciri penting kehidupan di negara ini. Dalam aspek pembangunan, terutama yang bersifat material, kekayaan yang berada di tangan sekelompok kecil golongan kaya dan pengusaha menyebabkan pengagihan kekayaan tidak seimbang. Tanpa disedari, pelbagai bentuk penipuan seperti Skim Cepat Kaya, jualan murah, penyelewengan koperasi, pemalsuan barangan, dan seribu satu penipuan berlaku dalam masyarakat kita. Gejala ini harus dihentikan dengan segera.

Untuk membendung segala anasir yang mengancam kehidupan masyarakat, ilmu kepenggunaan perlu diterapkan. Hak pengguna mesti dilindungi. Pengeluar hendaklah mementingkan hak pengguna dengan memberi penekanan terhadap pengeluaran dan penggunaan barangan serta perkhidmatan asas. Dengan mempunyai ilmu kepenggunaan, pengguna dapat berwaspada dan bersikap kritis terhadap harga dan kualiti barangan dan perkhidmatan. Pengguna boleh menyuarakan pandangan melalui persatuan pengguna seperti FOMCA. Pengguna akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan bertindak untuk memastikan mereka mendapat layanan yang seadil-adilnya sekiranya mereka mengetahui hak mereka sebagai pengguna. Pengguna juga akan lebih berhati-hati terhadap segala akibat yang ditimpakan oleh pengusaha dan pengeluar terhadap diri mereka. Pengguna berhak mendapat jaminan bahawa produk atau perkhidmatan yang digunakan adalah selamat. Dengan memiliki ilmu kepenggunaan,

Page 78: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

pengguna akan bertindak bijak dalam membuat pilihan. Mereka akan membuat pilihan yang terbaik terhadap produk atau perkhidmatan yang akan digunakan.

Masyarakat sering menjadi mangsa penipuan dalam isu pengguna. Amat penting untuk masyarakat berfikir terlebih dahulu dan mengetahui hak serta tanggungjawab sebagai pengguna. Ilmu kepenggunaan dapat mengelakkan dan mengurangkan risiko pengguna menjadi mangsa penipuan. Pengguna juga boleh mendapatkan ganti rugi jika produk atau perkhidmatan yang diberikan tidak memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya masyarakat mengetahui hak mereka sebagai pengguna dan diajukan ke saluran yang betul. Di samping kualiti produk dan perkhidmatan, pengguna juga menyedari mereka berhak berasa selamat dan berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat. Contohnya ketika makan di restoran, peniaga perlu memastikan restorannya sentiasa bersih dan tidak membahayakan pelanggan. Semua pernyataan ini dapat menjadi petunjuk tentang peranan positif yang boleh dimainkan oleh pengguna melalui pendidikan kepenggunaan dalam kehidupan seharian. Ayuh, bersama-sama kita menjadi pengguna yang bijak.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Hak Remaja Sebagai Pengguna”, oleh Asrul Ilham Sany,

Dewan Siswa, April 2011)

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud kesedaran tentang kepenggunaan?[2 markah]

(ii) Mengapakah isu kepenggunaan menjadi perhatian masyarakat dewasa ini?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi dalam mengamalkan ilmu kepenggunaan?

[4 markah]

Page 79: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

CADANGAN JAWAPAN SET 20

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan manfaat / kepentingan ilmu kepenggunaan kepada masyarakat di negara kita. 2

Isi Tersurat (kebaikan ilmu kepenggunaan)

S1. masyarakat telah berani menyatakan pandangan mereka terhadap sebarang masalah 2 S2. Masyarakat sering menyuarakan rungutan secara bebas dan terbuka dalam media cetak 2S3. membendung segala anasir yang mengancam kehidupan masyarakat 2S4. pengguna dapat berwaspada dan bersikap kritis terhadap harga dan kualiti barangan dan perkhidmatan 2S5. pengguna akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri 2S6. pengguna juga akan lebih berhati-hati terhadap segala akibat yang ditimpakan oleh pengusaha dan pengeluar terhadap diri mereka. 2S7. pengguna akan bertindak bijak dalam membuat pilihan 2S7. mengelakkan dan mengurangkan risiko pengguna menjadi mangsa penipuan. 2S8. pengguna juga boleh mendapatkan ganti rugi 2S9. pengguna juga menyedari mereka berhak berasa selamat dan berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat. 2

Isi Tersirat (langkah-langkah meningkatkan)

T1. menubuhkan lebih banyak persatuan pengguna. 2T2. ilmu kepenggunaan disebar luas hingga ke peringkat sekolah. 2T3. kempen / memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak dan peranan pengguna 2T4. menerbitkan buku panduan kepenggunaan 2

Kesimpulan:

Kesimpulannya, pendidikan kepenggunaan harus dimanfaatkan sepenuhnya agar

Page 80: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

masyarakat terhindar daripada menjadi mangsa isu kepenggunaan. 2

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

(i) Maksud;

- mengetahui semua hak dan kelebihan sebagai pengguna 2

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sebab;

- peningkatan taraf hidup masyarakat di negara kita 1

- peningkatan taraf pendidikan rakyat 1

- mula bertapak sebagai satu ciri penting kehidupan di negara ini 1

[Maksimum : 3 markah]

(iii) masalah;

- masyarakat hanya mengambil berat terhadap diri sendiri semata-mata 1

- masyarakat kurang ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna 1

- masyarakat mudah terpengaruh dengan helah jurujual 1

- remaja kurang diberi pendedahan tentang isu kepenggunaan 1

- masyarakat kurang sedar tentang kepentingan ilmu kepenggunaan 1

- ilmu kepenggunaan dianggap baru 1

[Maksimum : 4 markah]

Page 81: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

SET 21Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi kejadian tanah runtuh dan kesan-kesan tanah runtuh. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Suatu ketika dahulu, negara kita dianggap bebas daripada bencana alam. Kita bebas daripada bahaya letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir dan ribut taufan. Malah, tanah runtuh yang mengorbankan nyawa jarang-jarang sekali kedengaran, tidak seperti di Jepun, Hong Kong, Nepal, Indonesia atau negara yang sering dilanda bencana alam. Namun, akhir-akhir ini kejadian tanah runtuh dalam negara seolah-olah merupakan satu bencana tahunan yang pasti akan berlaku. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak tegas dengan membatalkan sebarang permohonan pembangunan di kawasan-kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi.

Dalam konteks Malaysia, kejadian tanah runtuh berlaku sekiranya pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun curam terus dijalankan. Pada masa yang sama, jumlah hujan yang tinggi iaitu melebihi 2000 mm juga menjadi faktor utama kepada kekerapan berlaku tanah runtuh. Selain itu, faktor panjang cerun, kecuraman cerun, sistem penutupan dan juga sistem pemuliharaan tanah mampu menyumbang kepada berlakunya kejadian tanah runtuh. Sikap pemaju perumahan yang melaksanakan projek pembangunan tanpa mengambil kira penjagaan alam sekitar turut menyumbang kepada masalah tanah runtuh di negara ini. Pemaju sepatutnya mengamalkan konsep pembangunan lestari yang tidak memusnahkan alam sekitar di samping mengintegrasikan pembangunan dengan persekitaran. Tahap keselamatan di kawasan tanah tinggi pula akan lebih terjamin apabila lima agensi di bawah pemerhatian Kementerian Sains dan Teknologi menggabungkan data alam sekitar masing-masing dalam satu pangkalan mulai awal tahun ini.

Sehubungan dengan itu, langkah jangka pendek dan jangka panjang perlu disusun oleh pihak berwajib bagi memastikan kejadian yang mengerikan tidak berulang lagi. Dasar-dasar pencegahan yang lebih serius juga perlu digubal bagi menghindari berlakunya fenomena yang sama. Pelan Induk Cerun Kebangsaan yang diuar-uarkan, diharap menjadi asas kepada setiap pembangunan baru pada masa akan datang. Namun yang lebih penting, semua garis panduan, peraturan dan undang-undang yang dibuat dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak. Fenomena yang dikesalkan ialah semua peraturan yang diadakan tidak dipatuhi sepenuhnya. Pihak kerajaan menyeru semua pihak agar menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi. Pihak berkuasa tempatan pula perlulah menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap segala aktiviti di kawasan tanah tinggi terutama yang telah dikenal pasti berisiko bagi mengelakkan kejadian seperti ini.

Page 82: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

Tuntasnya, diharapkan segala saranan dan cadangan dilaksanakan bagi menghindari kejadian yang sama berulang. Tragedi tanah runtuh di negara kita dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pembangunan di kawasan lereng bukit.

(Dipetik dan diubah suai daripada Fenomena Tanah Runtuh oleh

Haji Samat Buang, Fokus SPM, Februari 2009)

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata mengintegrasikan pembangunan [2

markah]

ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca kejadian tanah runtuh yang telah dikenal pasti di Malaysia?

Nyatakan punca-punca tersebut[3 markah]

iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa

bencana alam.

[4 markah]

Page 83: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

CADANGAN JAWAPAN SET 21

Pendahuluan

Petikan membincangkan cara-cara/usaha-usaha/kaedah-kaedah mengatasi kejadian tanah runtuh di Malaysia / di negara kita. 2

Isi Tersurat (langkah-langkah mengatasi tanah runtuh)

S1. Kerajaan perlu bertindak tegas membatalkan sebarang permohonan pembangunan di kawasan-kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi. 2

S2. Lima agensi di bawah pemerhatian Kementerian Sains dan Teknologi menggabungkan data alam sekitar masing-masing 2

S3. Langkah jangka pendek dan panjang perlu disusun 2

S4. Dasar-dasar pencegahan yang lebih serius juga perlu digubal 2

S5. Pelan Induk Cerun Kebangsaan yang diuar-uarkan, diharap menjadi asas kepada setiap pembangunan baru 2

S6. Semua garis panduan, peraturan dan undang-undang yang dibuat dapat dipatuhi 2

S7. Pihak kerajaan menyeru semua pihak menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi 2

S8. Pihak berkuasa tempatan pula menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap segala aktiviti di kawasan tanah tinggi. 2

Isi Tersirat (kesan-kesan tanah runtuh)

T1. Merosakkan harta benda/infrastruktur 2

T2. Menimbulkan trauma/ketakutan kepada penduduk yang tinggal di kawasan tanah tinggi 2

T3 - Mengganggu keselamatan masyarakat 2

T4 - Kecederaan fizikal/cacat dan kecederaan mental/gila/hilang akal 2

T5 - Menyebabkan kematian//membunuh diri 2

Page 84: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

T6 - Menjejaskan imej negara di mata dunia 2

Kesimpulan / penutup

Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh hendaklah ditangani oleh semua pihak agar keselamatan penduduk terjamin. 2

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

i) Maksud rangkai kata :

menggabungkan / menyatukan usaha atau kegiatan memajukan. 2

[Maksimum : 2 markah]

ii) punca utama kejadian tanah runtuh

- pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun curam dijalankan 1

- jumlah hujan yang tinggi iaitu melebihi 2000 mm 1

- faktor tanah, panjang cerun, kecuraman cerun, sistem penutupan dan juga sistem pemuliharaan tanah 1

- sikap pemaju perumahan yang melaksanakan projek pembangunan tanpa mengambil kira penjagaan alam sekitar 1

[Maksimum : 3 markah]

iii) Bentuk- bentuk bantuan kepada mangsa bencana alam;

- bantuan kewangan/sumbangan wang ringgit/derma kilat

- bantuan keperluaan asas/pakaian/makanan/selimut

- bimbingan kauseling/nasihat/motivasi/ agama

- memberikan pertolongan/bantuan /memindahkan mangsa tanah runtuh ke tempat selamat/sediakan tempat tinggal sementara

- tubuhkan tabung membantu mangsa melalui akhbar/ media massa/ televisyen

Page 85: Bahan Rumusan Panel Perunding Set 1-21

[Maksimum : 4 markah]