bahan perlombongan bijih timah

10
Campur tangan British di Tanah Melayu Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak Empayar British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu. Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri- negeri Melayu di bawah penguasaanBritish. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British. 1 Dasar Tidak Campur Tangan o 1.1 Pertukaran Kerajaan di Britain o 1.2 Pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris 2 Peranan Bijih Timah o 2.1 Revolusi Perindustrian 3 Perlombongan Bijih di Tanah Melayu 4 Kegiatan Pelanunan 5 Ketidakstabilan Keadaan Politik Negeri Perak o 5.1 Perang Larut di Perak o 5.2 Perebutan Kuasa Di Kalangan Pembesar Melayu o 5.3 Perang Larut Keempat 6 Perjanjian Pangkor o 6.1 Persetujuan Cina o 6.2 Perjanjian Pangkor o 6.3 Kesan Perjanjian Pangkor o 6.4 Kepentingan Perjanjian Pangkor 7 Campur Tangan British di Negeri Sembilan 8 Campur Tangan British di Pahang o 8.1 Perluasan Kuasa British di Pahang 9 Sebab-Sebab Campur Tangan British o 9.1 Justifikasi Campur Tangan British 10 Rujukan Dasar Tidak Campur Tangan Pada awalnya, Syarikat Hindia Timur Inggeris, SHTI (Syarikat British) enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini kerana SHTI adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara ini, SHTI berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu.

Upload: cahayahanan

Post on 21-Dec-2015

125 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Perlombongan Bijih Timah

Campur tangan British di Tanah Melayu

Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak Empayar British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu.

Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaanBritish. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British.

1 Dasar Tidak Campur Tangan

o 1.1 Pertukaran Kerajaan di Britain

o 1.2 Pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris

2 Peranan Bijih Timah

o 2.1 Revolusi Perindustrian

3 Perlombongan Bijih di Tanah Melayu

4 Kegiatan Pelanunan

5 Ketidakstabilan Keadaan Politik Negeri Perak

o 5.1 Perang Larut di Perak

o 5.2 Perebutan Kuasa Di Kalangan Pembesar Melayu

o 5.3 Perang Larut Keempat

6 Perjanjian Pangkor

o 6.1 Persetujuan Cina

o 6.2 Perjanjian Pangkor

o 6.3 Kesan Perjanjian Pangkor

o 6.4 Kepentingan Perjanjian Pangkor

7 Campur Tangan British di Negeri Sembilan

8 Campur Tangan British di Pahang

o 8.1 Perluasan Kuasa British di Pahang

9 Sebab-Sebab Campur Tangan British

o 9.1 Justifikasi Campur Tangan British

10 Rujukan

Dasar Tidak Campur TanganPada awalnya, Syarikat Hindia Timur Inggeris, SHTI (Syarikat British) enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini kerana SHTI adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara

Page 2: Bahan Perlombongan Bijih Timah

aman damai. Dengan cara ini, SHTI berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu.

Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawa kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan perbelanjaan besar kepada SHTI. SHTImelihat India dan China sebagai kawasan perdagangan yang jauh lebih lumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri Melayu.

Pembaharuan Piagam Syarikat (Charter) oleh Parlimen Britain dalam tahun 1834 menamatkan monopoli SHTI ke atas perdagangan candu dan lain-lain barangan dengan China. SHTI kini terpaksa bersaing dengan lain-lain pedagang Britishdan juga pedagang-pedagang dari negara-negara lain untuk membawa barang dagang dari Timur Jauh ke pasaranEropah. Persaingan ini mengurangkan keuntungan bagi SHTI.

Pertukaran Kerajaan di Britain[sunting | sunting sumber]

Sir Andrew Clarke

Dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan SHTIkepada penguasaan Pejabat Kolonial di London. Dengan ini, Gabenor dan pegawai-pegawai British di Negeri-Negeri Selat bukan lagi menjaga kepentinganSHTI di Calcutta tetapi menjaga kepentingan kerajaan British, khususnya Pejabat Kolonial di London.

Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura dalam bulan November 1873 oleh Setiausaha di Pejabat Kolonial, Lord Kimberley (John Wodehouse) untuk menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sir Andrew diarahkan oleh Lord Kimberley untuk mengkaji kemungkinan melantik penasihat-penasihat British di negeri-negeri Melayu dan mengikhtiarkan supaya keamanan dan kemakmuran dapat dikembalikan ke negeri-negeri Melayu. (“see whether any steps can be taken to promote the restoration of peace and order to secure protection to trade and commerce” dan “whether it would be advisable to appoint a British officer to reside in any of the states”)

Arahan Sir Andrew dikukuhkan lagi apabila Benjamin Disraeli menjadi Perdana Menteri. Disraeli melihat Britain mestilah menunjukkan prestijnya sebagai kuasa terkuat di dunia dan perlu menguatkan penjajahannya di seluruh pelosok dunia. (Disraeli berpegang kepada prinsip beban orang putih (white man’s burden) bahawa Great Britain wajib membantu membawa tamadun dan peradaban British kepada bahagian-bahagian dunia yang lebih mundur.) Disraeli juga risaukan kuasa-kuasa asing yang lain bertapak di Tanah Melayu. Peluang Sir Andrewterbentang luas apabila Raja Abdullah menulis surat meminta bantuan British untuk menabalkan dirinya sebagai Sultan Perak.

Page 3: Bahan Perlombongan Bijih Timah

Pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris

Syarikat Hindia Timur Inggeris dibubarkan secara rasminya pada 1 Januari 1874. Dengan itu, semua perihal penjagaan hal ehwal dan kepentingan British berpindah kepada tanggungjawab oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat. Jikalau Syarikat Hindia Timur Inggeris sebelumnya enggan bertindak mencampuri hal ehwal Negeri-Negeri Melayu, kerajaan Negeri-Negeri Selatlebih mementingkan penjagaan kepentingan British di Tanah Melayu, khususnya untuk menyekat pengaruh kuasa barat lain seperti Perancis (bertapak dan berkembang di Indo-China) dan Empayar Jerman (merintis mewujudkan kehadirannya di Pahang dan Langkawi).

Peranan Bijih TimahDi Britain, sumber timah tempatan diperolehi daripada lombong timah di daerah Cornwall yang dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Penggunaan bahan letupan dalam pertengahan kedua kurun ke-17 melihatkan kaedah penggunaan letupan dikawal dalam proses perlombongan. Dalam kurun ke-18, penggunaan pam berkuasa membolehkan pelombong mengepam keluar air daripada dalam lombong, dan membolehkan pengeluaran bijih di bawah paras air bawah tanah.

Menjelang than 1801, terdapat 75 buah lombong yang dikerjakan di Cornwall dengan bilangan pekerja seramai 16,000 orang. Dalam tahun 1819, dua buah syarikat besar ditubuhkan, Great Consolidated Ltd. and United Ltd. Di bawah pengurusan John Taylor, seorang jurutera perlombongan. Bijih timah dari Cornwall dihantar ke seluruh pelosok dunia. Menjelang tahun 1862, Great Consolidated dan United digabungkan menjadi Clifford Amalgamated Mines. Bilangan lombong di Cornwall meningkat kepada 346 buah lombong dengan 50,000 orang pelombong. Cornwall mengeluarkan 10,000 ton timah setahun, separuh daripada pengeluaran dunia.

Revolusi Perindustrian

Revolusi Perindustrian atau perubahan besar-besaran yang telah berlaku dalam perusahaan mengetin makanan. Britishketika itu memerlukan bijih timah untuk mengusahakan pengetinan makanan. Sebelum penggunaan tin, proses yang dipelopori oleh Nicolas Appert (1749-1841) boleh mengawet makanan untuk jangka masa yang lama menggunakan botol kaca, tetapi kaca itu mudah pecah dan tidak boleh digunakan sekiranya dibawa semasa perjalanan yang lasak seperti ekspedisi tentera.

Dalam tahun 1810, Peter Durand menemui cara mengawet makanan menggunakan bekas diperbuat daripada besi yang disalut dengan timah. Malangnya, kimpalan plumbum yang digunakan untuk memeteri tin boleh mengakibatkan keracunan plumbum sekiranya plumbum dilarutresapkan ke dalam makanan tersebut. Kematian 128 orang dalam pengembaraan diketuai John Franklin ke kawasan Artik dalam tahun 1845 disebabkan oleh keracunan plumbum dan mengakibatkan anggota ekspedisi menjadi gila. Kelemahan ini diatasi dengan menggunakan bahan pateri yang tidak menggunakan plumbum.

John Hall bersama Peter Durand menyempurnakan proses ini dan berjaya mendapatkan kontrak besar membekalkan makanan ditinkan kepada Tentera British dan Tentera Laut DiRaja British. Kejayaan ini meledakkan permintaan untuk timah. Proses mengetin makanan membolehkan makanan disimpan dengan lebih lama, sehingga bertahun-tahun lamanya, tanpa kemudaratan dalam rasa makanan yang ditinkan. Proses mengetin makanan membolehkan pasukan tentera dibekalkan makanan untuk ekspedisi yang lebih lama dan jauh.

Dalam tahun 1812, Thomas Kensett mengasaskan pusat mengetin tiram, daging, buah-buahan dan sayuran di New York. Dia mempatenkan teknik baru yang lebih pantas dan efisien di mana proses mengetin boleh disiapkan dalam masa 6 jam sahaja.

Penduduk Britain di zaman Ratu Victoria kini lebih mewah disebabkan faedah yang diperolehi dengan Revolusi Perindustrian dan juga penghantaran balik kekayaan yang diperolehi oleh penjajah British ke atas tanah jajahannya di Asia,Afrika dan Amerika. Rakyat biasanya menuntut untuk mendapatkan bekalan makanan yang murah, dengan berkepelbagaian dan berkualiti tinggi, yang sebelumnya hanya dinikmati oleh pihak aristokrat dan lapisan atasan, dan boleh

Page 4: Bahan Perlombongan Bijih Timah

disimpan untuk jangka masa yang lama. Mereka kini tidak perlu ke pasar setiap hari untuk mendapatkan bahan segar.

Permintaan ini menjana kebangkitan syarikat seperti Nestlé, Heinz dan lain-lain dan membolehkan pembekalan barangan berkualiti dan murah kepada kedai-kedai runcit untuk dinikmati oleh rakyat biasa dari semua lapisan masyarakat. Ledakan ini menyebabkan lonjakan permintaan untuk timah yang digunakan untuk proses mengetin makanan dan lain-lain bahan.

Perlombongan Bijih di Tanah MelayuPerlombongan bijih timah bermula sejak tahun 1820 dengan kedatangan imigran dari negeri China ke Perak dan Selangor. Di Selangor, perlombongan bijih bermula dalam tahun 1824, dikendalikan oleh kaum Hakka.

Disebabkan bijih timah di Selangor, Perak dan Negri Sembilan didapati dalam bentuk bijih lanar (alluvial tin), proses perlombongan adalah lebih mudah dan lebih murah berbanding dengan proses perlombongan di Cornwall dan di lain-lain lokasi di Eropah. Ledakan perlombongan berlaku dalam tahun 1870-an dengan permintaan yang bertambah dari Eropahdan Amerika Syarikat. Britain kini menjadi pembekalan utama timah di pasaran dunia.

Di Pasaran Logam London (London Metal Exchange), harga tin yang dibawa dari Chile dan Tanah Melayu boleh mendapat penetapan dengan cara yang telus dan teratur. Peniaga tahu harga jualan jongkong timah mereka apabila komoditi itu sampai ke London ataupun pelabuhan lain. Perniagaan timah boleh dibuat tanpa melibatkan spekulasi dan risiko. Peningkatan kemudahan tele-komunikasi membolehkan perkhabaran dibuat dengan cepat menggunakan kawat telegraf. Permintaan untuk timah melonjak dengan permintaan bertambah daripada industri mengetin makanan.

Tetapi, kemajuan ini terbantut disebabkan oleh ketidakstabilan politik di Negeri-Negeri Tanah Melayu, di mana peperangan dan perbalahan di kalangan pelombong dan pembesar tempatan menyebabkan bekalan timah tersekat-sekat. Kutipan cukai oleh pembesar-pembesar Melayu juga yang tidak teratur juga merugikan peniaga dan pedagang Cina dan British.

Pihak Belanda sendiri mempunyai bekalan timah mereka sendiri daripada jajahan mereka di Hindia Barat Belanda (kiniIndonesia), khususnya dari Sumatera. Pihak British risau sekiranya pihak Belanda dapat mempastikan bekalan yang berterusan dalam jumlah yang banyak, pasaran logam timah akan berpindah dari London ke Amsterdam. Pihak Britishtertekan lagi apabila Empayar Jerman mulai menerokai peluang bertapak di Pahang dan Langkawi.

Kekacauan dan ketidakstabilan keadaan politik serta ancaman kuasa luar bertapak di Tanah Melayu membuatkan Britishmengambil pegangan baru untuk mewujudkan pergerakan awal ("forward movement") di negeri-negeri Tanah Melayu yang membawa kepada pelaksanaan Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874.

Page 5: Bahan Perlombongan Bijih Timah

Tanah Melayu sangat kaya dengan bahan galian sehingga di gelar Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India. Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah melayu sejak abad ke 9 lagi. Perusahaan bijih timah mendapat perhatian dari British kerana ia mendatangkan keuntungan lantaran permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Penglibatan pengusaha dari China berlaku secara nyata mulai abad ke 19. Pada peringkat awal kedatangan mereka, pembesar Melayu mengawal dan memantau sepenuhnya kegiatan mereka. Penguasaan pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui aspek : o Pengusaha dari China mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan o Pembesar Melayu akan memastikan bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka . o Harga timah akan ditentukan oleh pembesar Melayu sendiri. Penguasaan orang Melayu terhadap perlombongan bijih timah berubah apabila pemodal Eropah mulai menguasai sektor ini. Awal abad ke 20, industri perlombongan mulai dikuasai pelombong dari Eropah. Pemodal Eropah dapat menyaingi pengusaha Cina kerana : o Kemampuan menyediakan modal untuk teknologi tinggi iaitu kapal korek o Perlombongan secara besar-besar menggunakan kapal korek. o Perlombongan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal. o Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan kolonial di semua peringkat sektor ini. Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri Selat kerana kekurangan modal. Faktor penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah pada abad ke 20 merosot adalah akibat pengenalan kapal korek. PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR. 

3.1     Bijih Timah

Perlombongan bijih timah sudah dijalankan oleh orang-orang Melayu sekian lama.[19] Kemasukan British juga disebabkan oleh bijih timah. Perkembangan perlombongan bijih timah ini dapat dilihat apabila pembesar tempatan  membawa masuk buruh cina[20] dan kira-kira 80,000 orang cina di perak sebagai buruh ikatan.[21] Kemasukan ini hasil daripada permintaan yang banyak kesan daripada Revolusi Perusahaan di British dan Amerika. Bijih timah digunakan dalam perusahaan membuat tin, motokar, wayar, dan kereta api. Industri ini berkembang dengan kemasukan buruh daripada cina ini. Perkembangan industri ini secara besar-besaran iaitu selepas penemuan longgokan bijih timah yang banyak di Larut, Perak iaitu pada tahun 1848 dan di Kinta pada tahun 1880. Dalam pertengahan pertama abad ke 19, pelombong cina memperkenalkan pembaharuan dalam teknik perlombongan seperti pam  rantai bagi mengeringkan lombong-lombong yang bertakung. Disebabkan oleh penemuan  longgokan timah yang banyak, pelombong ini telah memajukan perusahaan bijih timah mengikut Barat.[22] Pelombong cina juga memperkenalkan sistem lombong yang lebih baik seperti sistem lombong dedah, pam  kelikir, dan palung. Pada 1877, Enjin wap dan pam emper diperkenalkan di Perak  bagi mengatasi masalah banjir di kawasan perlombongan dan dapat mendalamkan lagi aktiviti melombong. Teknik Hidraulik dan pam kelikir adalah kaedah yang dibawa dari Australia dan diterima oleh pelombong Cina pada tahun 1898.[23] Kemajuan buruh cina ini telah membawa masuk pemodal-pemodal British dari negeri-negeri Selat yang menyokong perlombongan.[24] Pada akhir kurun ke-19 orang cina menguasai

Page 6: Bahan Perlombongan Bijih Timah

kegiatan melombong bijih timah dan antara tahun 1898-1905 Tanah Melayu menjadi pengeluar utama bijih timah.

Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

Pengenalan

Perusahaan bijih timah dijalankan oleh orang-orang Melayu berabad-abad lamanya sebelum abad ke-19 dan dipercayai sejak abad ke-9, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sambilan dengan menggunakan teknologi kuno terutamanya mendulang. Orang-orang Melayu menguasai perusahaan bijih timah sehingga tahun 1830. Sejak tahun 1840, pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong), Raja Abdullah (Kelang) dan lain-lain telah membawa masuk orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah mereka. Sejak itu, perusahaan bijih timah dikuasai oleh orang-orang Cina. Serentak dengan penglibatan orang-orang Cina, berlaku perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

Faktor-faktor perkembangan perusahaan bijih timah

1. Revolusi perusahaan

Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19 telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh industri-industri di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat lebih-lebih lagi selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot pada tahun 1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya Perang Saudara Amerika pada tahun 1860-an di mana bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan tentera yang terlibat dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut.

2. Campur tangan British

Campur tangn British dan perlaksanaan Sistem Residen sejak tahun 1874 di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak dan Selangor telah menamatkan kekacauan seperti pergaduhan di antara pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina, lanun dan sebagainya. Keamanan dan peraturan yang wujud serta kestabilan politik telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan tanpa gangguan. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur sama ada dari Tanah Melayu atau seberang laut untuk menambah modal dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

3. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dalam Undang-undang Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-negeri tersebut. Keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, keamanan serta kestabilan akibat penubuhan persekutuan telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan

Page 7: Bahan Perlombongan Bijih Timah

dengan lebih giat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah menarik ramai pelabur terutama dari Eropah untuk menanam modal di Tanah Melayu.

4. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan keretapi telah memudahkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport. Jalan keretapi pertama dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Port Dickson – Seremban, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang 1903, terdapat jalan keretapi menghubungkan Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909. Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singpura.

5. Penubuhan bandar

Penubuhan bandar-bandar di kawasan perlombongan bijih timah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan, klinik, sekolah dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini telah memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan yang terlibat/terdiri dari perlombongan. Sebagai contoh, kemudahan kesihatan yang disediakan dapat menjamin kesihatan pekerja-pekerja dan membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpa gangguan.

6. Kilang pelebur

Pada tahun 1890-an, kilang pelebur telah didirikan di Pulau Pinang dan Singapura. Pembinaan kilang pelebur ini menyebabkan bijih timah tidak perlu dihantar ke Eropah untuk dileburkan. Bijih timah dapat dilebur di Tanah Melayu dan dieksport ke Eropah dan Amerika dalam bentuk jongkong.

7. Kapal korek

Pengenalan kapal korek sejak 1912 telah memberi sumbangan dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Penggunaan kapal korek telah menambahkan pengeluaran bijih timah kerana kapal korek dapat digunakan di kawasan di mana teknik-teknik lain tidak dapat digunakan terutama kawasan berpaya. Oleh sebab harganya mahal, pada peringkat awal, hanya mempu dimiliki oleh pemodal Eropah. Kapal korek yang pertama digunakan dengan jayanya pada tahun 1912 oleh Malayan Tin Trading, Batu Gajah (Perak). Menjelang tahun 1929 terdapat 105 buah kapal korek di Tanah Melayu.

8. Dasar British yang liberal

Dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-imigran juga memberi sumbangan terhadap perusahaan bijih timah. British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap tiap-tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina, British menyediakan pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi mengurus hal-ehwal orang Cina terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya. Untuk mendapat keyakinan orang Cina, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina diketuai oleh W.A. Pickering yang dapat bertutur dalam 4 jenis dialek Cina.

Page 8: Bahan Perlombongan Bijih Timah

9. Bantuan modal

Pelombong-pelombong Cina bukan sahaja mendapat bantuan modal daripada saudagar Negeri-negeri Selat, tetapi juga dari pihak British. Sebagai contoh, pada tahun 1883, Frank Swettenham telah memberi pinjaman sebanyak $52 ribu kepada pelombong Cina di Selangor dan pada tahun 1890, Maxwell telah memberi pinjaman sebanyak $57 ribu kepada pelombong Cina di Perak.

10. Sistem ekonomi orang Cina

Perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkait rapat dengan kejayaan orang Cina yang berpunca dengan sistem ekonomi mereka. Dalam sistem ekonomi orang Cina terdapat 4 aspek penting yang memberi sumbangan kepada perkembangan perusahaan bijih timah, iaitu tenaga buruh, teknik peleburan, modal dan pengusaha.

Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil daripada usaha-usaha mereka untuk membawa imigran-imigran Cina dari Selatan Cina terutama dari Kwantung, Kwangsi, Fukkien. Terdapat di antara buruh-buruh ini yang sudah mempunyai pengalaman dalam kegiatan perlombongan di negeri mereka. Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga mahir dan separuh mahir dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik-teknik melombong yang lebih baik dari orang Melayu. Antara teknik-teknik tersebut ialah lombong dedah, enjin wap, pam berantai dan lain-lain. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik roda air yang dapat mengelakkan banjir di kawasan perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeri Selat pula telah memberi sumbangan modal bagi menjalankan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha yang berkebolehan dalam menjalankan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

11. Kanun Galian 1896

Kanun Galian 1896 meletakkan hal ehwal perlombingan bijih timah di bawah 2 orang penguasa galian persekutuan. Di bawah mereka terdapat merinyu-merinyu yang ditugaskan untuk melicinkan kegiatan perlombongan bijih timah seperti mengeluarkan lesen/menentukan kawasan perlombongan. Pada tahun 1893, seorang ahli kaji bumi telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja saintifik yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah terutamanya bagi menentukan kawasan-kawasan yang kaya dengan bijih timah.

12. Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama yang meletus di Eropah pada tahun 1914 hingga 1918 juga memberi sumbangan kepada perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Peperangan tersebut menyebabkan permintaan bijih timah meningkat kerana ianya diperlukan untuk menetin makanan tentera yang terlibat dalam peperangan dan membuat senjata.

13. Undang-undang Tanah

Undang-undang Tanah yang liberal telah mebolehkan pengusaha-pengusaha asing memiliki tanah untuk menjalankan perlombongan bijih timah. British juga berjaya menghapuskan hak permilikan tanah oleh pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan

Page 9: Bahan Perlombongan Bijih Timah

sesiapa sahaja dibenarkan memohon untuk mendapatkan tanah terutamanya bagi menjalankan perusahaan bijih timah.

14. Sistem pengukuran

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan hak milik yang jelas telah menamatkan pertikaian merebut tanah terutamanya tanah perlombongan. Keadaan ini sudah tentu membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpa gangguan.

15. Terusan Suez 1869

Pembukaan Terusan Suez 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Tanah Melayu. Keadaan ini sudah tentu menarik ramai pelabur Eropah untuk datang ke Tanah Melayu dan melabur dalam perusahaan bijih timah.

16. Firma Eropah

Penglibatan firma-firma Eropah telah memajukan lagi perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak lombong bijih timah dibuka. Antara-antara firma-firma itu ialah Syarikat Peterson and Simons, Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong dan Syarikat Bijih Timah Selangor, Syarikat Tin Trading dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga firma kuasa Barat lain yang menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Sebagai contoh, firma Perancis yang menjalankan perlombongan bijih timah di Tapah – Do Societe des Mines d’Etains.

17. Dasar Kerajaan British

Dasar Kerajaan British di Tanah Melayu dan di England memberi sumbangan terhadap perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Untuk menggalakkan eksport, Kerajaan British di Tanah Melayu telah mengurangkan cukai eksport ke atas bijih timah. Kerajaan British juga berjaya menghalang pembesar-pembesar mengenakan cukai ke atas bijih timah yang dibawa melalui kawasan mereka. Kerajaan British di England pula menghapuskan cukai import ke atas bijih timah pada tahun 1823.

Kesimpulan

Mulai pertengahan abad ke-19, perusahaan bijih timah di Tanah Melayu telah berkembang dengan pesat. Menjelang tahun 1883, Semenanjung Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia. Hasil daripada perusahaan bijih timah membolehkan British memodenkan Tanah Melayu