bahan kertas 3 kedah

Upload: md-firdaus-miena

Post on 13-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    1/17

    TEMA UMUM :

    Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

    Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

    TUGASAN SPESIFIK :

    Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,jentera pentadbirankerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi

    berparlimen.

    Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan kerangka di bawah

    KERANGKA JAWAPAN

    Aspek Perincian Markah Isi

    Pengenalan

    (5 markah)

    1 Pengertian/maksudsistem

    pemerintahan demokrasi

    berparlimen

    Konsepdemokrasi

    berparlimen

    5 1. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu

    sistem Raja Berperlembagaan

    sistem Republik.

    2. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi

    Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada

    tahun 1957.3. Demokrasi Berparlimen bermaksud

    rakyatmelibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala

    Raja-RajaMelayu menjadi lambang taat setia rakyat.

    Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang

    membentuk kerajaan.

    Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.

    Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan

    yang sedia ada melalui pilihan raya.

    4. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

    5. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahandemokrasi berparlimen di negara kita.6. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran

    dengan perkembangan politik semasa.

    Latar belakang pentadbirannegara sebelum pemerintahan

    negara sebelum pemerintahan

    demokrasi berparlimen.

    1. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi

    Berparlimendan Raja Berperlembagaan

    2. Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

    3. Demokrasi Berparlimen di negara kita bermaksud rakyat melibatkan diri dalam

    sistem pemerintahan negara

    4. Manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

    5. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    2/17

    6. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.

    7. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada

    melalui pilihan raya.

    8. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

    9. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi

    berparlimen di negara kita.

    10. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran

    dengan perkembangan politik semasa.

    Isi dan

    Huraian

    (90 markah)

    Buku Teks

    2 Ciri-ciri demokrasi berparlimen(a) Perlembagaan***

    (b) Raja berpelembagaan****

    (c) Kuasa pemerintahan****

    (d) Pilihanraya****

    (e) Parti politik

    (f) Kebebasan asasi

    20 (a) Perlembagaan

    1. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas

    kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen

    rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai

    panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbirnegara.

    2. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan

    hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungiawab kepada rakyat melalui

    peruntukan yang terkandung di dalarnnya.3. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi

    183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti

    Senarai Kerajaan Persekutuandan Kerajaan Negeri,

    Institusi Yang di-Pertuan Agong,

    Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.

    (b) Raja berpelembagaan

    1. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut

    peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

    2. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan

    nasihat Perdana Menteri.

    3. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali

    dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat

    keputusan.

    4. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayudaripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir.

    5. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam

    Perlembagaan Malaysia.

    6. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungankerajaan

    Malaysia sejak merdeka sehingga kini.

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    3/17

    7. Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi berajadi negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi

    rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.

    (c) Kuasa pemerintah

    Tiga cabang kuasa pemerintahan

    I. Badan PerundanganII. Badan Pelaksana (Eksekutif)

    III. Badan Kehakiman (Judisiari)

    (d) Pilihanraya

    1. Pilihan raya ialahproses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada

    padaperingkat negeri ataupersekutuan.

    2. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus

    dan teratur.

    3. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yangmendapat undi terbanyak dikira menang.

    4. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciripenting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

    5. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    6. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berundingdengan Majlis Raja-Raja Melayu.

    7. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil

    dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.8. Tiga fungsi utama SPR adalah

    menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,

    menjalankan pendaftaran pemilih dan

    mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihanraya kecil.

    9. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan

    Undangan Negerisecara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.10. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan

    Undangan Negara diadakan secara berasingan.

    11. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-manakawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

    12. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian,

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    4/17

    peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.

    13. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung

    Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

    14. Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politikyang mereka gemari.

    (e) Parti politik

    1. Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yangmempunyai ideologipolitik untuk mencapai matlamat bersama.

    2. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa.3. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan

    kesetiaandan komitmenterhadap perjuangan parti.4. Selain ideologi politik, sikap perkaumanjuga menjadi asas pembentukan

    dan penyatuan ahli-ahli parti. Contohnya Parti Pertubuhan KebangsaanMelayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA) dan KongresIndia Tanah Melayu (MIC) di negara kita.

    5. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukandanmemelihara kepentingan kaum masing-masing.

    (f) Kebebasan asasi

    Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukkan dalam bahagian-

    bahagian Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah

    seperti berikut:

    1. Kebebasan diri

    2. Keabdian dan kerja paksa

    3. Kesamarataan di sisi undang-undang

    4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

    5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

    6. Kebebasan beragama

    7. Kesamarataan dalam pelajaran

    8. Hak untuk berharta

    9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa

    kebelakangan dan perbicaraan berulang

    3 Sebabdan kaedah pindaanperlembagaan

    15 Sebab Pindaan Perlembagaan

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    5/17

    Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini

    bertujuan

    untuk melindungi kepentingan rakyat,

    menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.

    Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan

    semasa.

    Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang

    munasabahdan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan

    secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh

    dipersoalkan termasuklah

    Kaedah Pindaan perlembagaan

    Kaedah Pertama

    Persetujuan majoriti lebih suara 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raj

    Perkara Pindaan

    Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu. Kewarganegaraan. Keutarnaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja

    dan Yang Dipertua Negeri. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Perubahan sempadan negeri.

    Kaedah Kedua

    Persetujuan majoriti lebih

    suara 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan Yang DipertuaNegeri Sarawak dan Sabah

    Perkara Pindaan

    Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukan

    orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 196 1). Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan

    hak istimewa orang Melayu dan burniputera di Sarawak dan Sabah.

    Kaedah Ketiga

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    6/17

    Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen

    Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

    Kaedah Keempat

    Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen

    Perkara Pindaan

    Pindaan Jadual 2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuksumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara sertapersempadanan pilihan raya.

    Pindaan Perkara 74 dan 76 dalam Perlembagaan. Dalam Perkara 7.4,Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkarayang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.

    Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagiperkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama yangdiperuntukkan oleh Perlembagaan.

    Dalam Perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam SenaraiNegeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perianiian atau konvensyenantara persekutuan dengan mana-mana negara lain

    Bidang KuasaYang Di-Pertuan Agong Mengikut

    Perlembagaan Malaysia

    Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badankerajaan, iaitu badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif)dan Badan Kehakiman (Judisiari).

    Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen.Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.

    Baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.

    Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkansesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh MahkamahTentera.

    Baginda bertangjungjawab menjagadan memeliharakedudukan danhak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan,kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.

    Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri bagindasendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantikPerdana MenteriBaginda mempunyai kuasa melantikdan melucutkan

    jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menterisetelah mendapat nasihatPerdana Menteri.

    Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang daruratdi

    bawah 'Undang-undang X' jika mendapati keselamatan negara terancam.

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    7/17

    Baginda melantik Pengerusidan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya,ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan PengerusiSuruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda bertanggungjawab melantikPeguam Negaradan seorang Ketua Audit Negarabagi Persekutuan. YangdiPertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-dutanegara kita.

    4

    Pengagihan kuasakerajaan persekutuan dan negeri /

    Pengagihan kuasapentadbiran Malaysia

    20 1. Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan.

    2. Persekutuan bermaksudpenyatuan beberapa buah negeri yangmempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah KerajaanNegeri.

    3. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yangdiperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

    4. Bidang kuasaPersekutuan dan negeri dinyatakan dalam Senarai Persekutuanmemuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu

    hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. Senarai Negerimengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan

    kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasaterhadapnya.

    Senarai Bersamapula menurunkan bidang kuasa Kerajaan

    Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini, kedua-duakerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

    Senarai Persekutuan

    - Pertahanan- Hal-hal luar negeri- Keselamatan dalam negeri- Undang-undang jenayah dan sivil- Kewarganegaraan- Pilihanraya Persekutuan

    - Perdagangan, Perniagaan dan Industri

    - Kewangan- Pengangkutan- Perkapalan- Ukur- Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga- Kesihatan dan Ubat- Pelajaran- Kebajikan Orang Asli- Buruh dan Kebajikan Sosial- Pekerjaan Ikhtisas- Persatuan yang tidak ditubuhkan

    - Kawalan pes pertanian

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    8/17

    - Hari kelepasan am Persekutuan- Penapisan- Penerbitan- Perumahan Persekutuan- Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen)- Syarikat kerjasama

    Senarai Negeri

    - Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu

    - Pertanian dan Perhutanan- Tanah- Perkhidmatan tempatan- Kerajaan Tempatan- Jentera Kerajaan Negeri- Hari kelepasan Negeri- Kerjaraya Negeri dan Air- Penyu dan penangkapan ikan di sungai

    Senarai Bersama- Kebajikan Sosial

    - Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan

    - Biasiswa- Pengembaraan- Perusahaan Ternakan- Perancanagn bandar dan desa (kecuali WP)- Pengaliran dan pengairan- Kesihatan Awam, peraturan kesihatan- Pemulihan tanah perlombongan

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    9/17

    Soalan

    Terbuka5 Peranan /

    tanggungjawab

    warganegara dalammenjayakan demokrasi

    berparlimen

    10 Peranan Warganegara

    Mematuhi undang-undang negara

    Mentaati raja yang memerintah

    Mendokong prinsip rukun negara

    Menyokong dasar-dasar kerajaan

    Mengeratkan perpaduan kaum

    Tidak membocorkan rahsia negara

    Menjadi warganegara yang berintegriti

    Menjadi warganegara yang patriotik

    Membantu mengukuhkan ekonomi negara

    Menunaikan hak sebagai pengundi

    Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

    Berpegang teguh kepada ajaran agama

    Peranan dan tanggungjawab saya:Bagaimanakah sistem demokrasi di Malaysiadapat dikekalkan ?

    Mengekalkan kedaulatan kerajaan

    kerajaan dipilih oleh rakyat

    Menjamin hak rakyat menentukan masa depan negara berpeluang

    menentukan kepimpinan negara

    menjamin Kestabilan negara

    Segala permasalahan diselesaikan melalui rundingan

    Mewujudkan kecekapan pentadbiran negara

    secara sistematik bagi memudahkan perancangan kerajaan

    Mengekalkan perkongsian kuasa dalam kalangan pemimpin pelbagaikaum

    Memperkukuh perpaduan denganmeningkatkan kerjasama dalam

    kalangan masyarakat dan semua lapisan rakyat tidak dipinggirkan

    Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam sistem pemerintahan negara

    dan undang-undang

    Mempertahankan sistem social, budaya dan politik daripada ancaman

    budaya negatif

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    10/17

    Faedah/ manfaat /

    kepentingan / kebaikandemokrasi berparlimen kepada

    bangsa dan negara

    Faedah/kepentingan demokrasi berparlimen

    Mewujudkan keamanan negara

    Rakyat hidup sejahtera

    Rakyat berfikiran matang

    Berlaku persaingan yang sihat dalam bidang politik

    Taraf hidup rakyat meningkat

    Memantapkan politik

    Membangunkan ekonomi negara

    Mewujudkan keadilan sosial

    Hak warganegara terjamin

    Pembangunan negara

    Agama Islam terpelihara dalam demokrasi

    Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi terpelihara

    KejayaanMalaysia melaluipengamalan sistem demokrasi

    berparlimen (buletin)

    Mengekalkan kerajaan yang adilRakyat menerima pemerintah yang dipilih melalui pilihanrayaSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia diiktiraf peringkat antarabangsaRakyat diberikan hak bersuara dalam dalam parlimenKebebasan berpartiWujud parti-parti politik yang bergabungRakyat sedia menerima perubahan

    Kestabilan negaraPemimpin dapat merancang pengurusan pentadbiran negaraNegara Malaysia menjadi contoh kepada negara Islam dan negara dunia ketiga

    Kesejahteraan negaraRakyat hidup dalam suasana amanRakyat menikmati peluang pekerjaanWujud masyarakat yang bermoral dan beretikaBerfikiran terbukaMenerima pandangan dan pendapat orang lainTidak bertindak melulu

    Perpaduan kaum dapat dikekalkanKonsep 1 Malaysia dapat diamalkanMelibatkan semua kaum dalam penjawat awamMelibatkan semua kaum dalam semua aktiviti/program yang dianjurkan

    Mewujudkan hubungan yang sihat antara kaum

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    11/17

    Ke arah sebuah negara yang majuMewujudkan masyarakat maju dan saintifikMewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi

    Kemakmuran ekonomiSemua kaum terlibat dalam perniagaan

    Agihan ekonomi negara yang sama rata

    Bantuan BR1M kepada rakyatTaraf hidup rakyat meningkatPendapatan isi rumah meningkat

    Membentuk identiti negaraKonsep 1 MalaysiaMendokong Rukun NegaraWujud kebudayaan kebangsaanSatu aspirasi/ matlamatMewujudkan masyarakat demokratik yang matang

    Melahirkan rakyat yang taat dan setia

    Raja lambang perpaduanRaja dihormatiMematuhi undang-undangBangga dengan kejayaan negaraPatriotisme yang tinggi

    Kepentinganwarganegara Malaysia memahami

    nilai DB

    Sebab perlunya mengekalkan

    sistem demokrasi berparlimen

    Kepentingan warganegara Malaysia memahami nilai demokrasi berparlimen

    Membentuk kerajaan yang stabil yang berwibawa membantu mengurangkan perbalahan antara kaum

    untuk menjamin keharmonian

    mengamalkan tolenrasi untuk kepentingan bersama

    mewujudkan kesetiaan

    kesanggupan untuk berkorban terhadap tanahair

    supaya rakyat bersemangat dan bersatu padu

    menjadikan rakyat lebih patriotik kepada negara sendiri

    supaya rakyat memahami dan menghormati

    pemimpin/jata/bendera/lagu

    menuntut rakyat bersyukur sebagai warga Negara

    rakyat berbangga sebagai warganegara

    untuk mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa

    untuk melahirkan warganegara yang memahami hasrat Negara

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    12/17

    supaya menyedari peranan mempertahankan negara

    bagi mewujudkan jati diri

    bagi melahirkan masyarakat yang menyanjung tinggi kepimpinan Negara

    untuk melahirkan nmasyarakat yang mematuhi peraturan dan undang-

    undang

    rakyat dapat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan anjuran

    kerajaan semua rakyat mendapat layanan, kebebasan, dan hak sama rata seperti

    yang dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia.

    rakyat bebas bersuara, mengemukakan pendapat dan cadangan, tetapi

    harus berlandaskan prosedur dan tidak mengganggu hak serta

    kehidupan orang lain.

    Rakyat bebas membuat kritikan, tetapi haruslah berlandaskan ilmu dan

    analisis yang objektif, keterangan yang jitu, dan bukti-bukti yang sahih.

    Menggunakan kebebasan yang diberikan dengan penuh rasa

    tanggungjawab.

    6 Usahamemantapkanpengamalan sistem demokrasi

    berparlimen / sistem

    pemerintahan / pentadbiran

    negara

    10 Usaha memantapkan pengamalan demokrasi berparlimen

    Pengenalan nilai murni perkhidmatan awam dalam membimbing

    penjawat awam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut

    kaedah yang ditetapkan

    Pelan Intergriti Nasional ( PIN) yang merupakan hala tuju dan

    membimbing untuk bekerjasama membina masyarakat bermoral dan

    beretika serta berintegriti tinggi

    Mengurangkan karenah birokrasi dengan memudahkan prosedur kerja

    Kempen Bersih, Cekap dan Amanah dalam kalangan anggota

    perkhidmatan awam

    Mengurangkan penyalahgunaan kuasa dengan mengamalkan integriti

    dalam setiap tindakan

    Menghapuskan amalan rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya

    Pencegahan Rasuah Malasia (SPRM)

    Penerapan nilai-nilai Islam sebagai amalan budaya kerja yang

    berteraskan nilai murni yang digariskan dalam agama Islam

    Budaya Kerja berkualiti dengan mengurangkan pembaziran dan

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    13/17

    meningkatkan hasil kerja yang bermutu

    Kod Etika Kerja sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan

    dalam melakukan sesuatu tindakan

    Piagam Pelanggan

    Pengenalan ISO 9009 standard kualiti yang ditetapkan sebagai

    pencapaian utama

    Biro Pengaduan Awam sebagai saluran utama dalam menyampaikan

    masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam

    Penubuhan Jawatankuasa Khas Karbinet Mengenai Keutuhan

    Pengurusan Kerajaan dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti

    pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya

    Pengenalan Akta Hasutan bagi menghalang isu-isu sensitif dibincang

    secara terbuka

    Penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan proses pilihanraya

    dijalankan secara telus

    Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dengan menggunakan kaedah

    pengurusan pencapaian yang baru dan berkesan

    Mengukuhkan istitusi beraja supaya terus relevan dengan kehendak

    semasa

    Kod Etika Kehakiman sebagai garis panduan institusi kehakiman dalam

    pengendalian bidang kehakiman

    Pengamalan Doktrin Pengasingan Kuasa yang memisahkan badan

    perundangan, badan perlaksana dan badan kehakiman

    Mengamalkan tolerasi Meningkatkan perpaduan kaum

    Menyemarakkan semangat patriotism

    Menghormati pemimpin

    Mematuhi undang-undang

    Meningkatkan semangat jati diri

    Mengutamakan rundingan

    Menghayati konsep Rukun Negara

    Mengamalkan kosep 1 Malaysia

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    14/17

    Membentras gerakan militan

    Menghargai kemerdekaaan negara

    Menjaga imej negara

    Mengekalkan kedaulatan negara

    7 Cabaranyang dihadapi olehMalaysia dalam mengekalkansistem demokrasi berparlimendan langkah-langkah untukmengatasi cabaran tersebut.

    Atau

    10 Cabaran:

    1. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan sistem pemerintahan tidakdapat bergerak dengan baik.

    2. Politik perkauman menyebabkan wujudnya sifat benci antara satu sama lain3. Politik cacamarba/ kotor/ untuk kepentingan individu menyebabkan

    perlumbaan kuasa4. Sistem pendidikan diasingkan berasaskan kaum menyebabkan penyatuan

    rakyat tidak dapat dilaksanakan sejak dibangku sekolah5. Media massa sering meracuni pemikiran rakyat dengan isu-isu sensitif dan

    perkauman6. Hubungan antara kaum sering dipermainkan dan dijadikan isu yang

    menimbulkan ketegangan kaum7. Melupai sejarah pembentukkan negara berdasarkan prinsip pakatan murni.8. Institusi Raja dan kuasa raja dipertikaikan,penghinaan terhadap institusi raja9. Masalah sosial masa kini mengancam kepercayaan/keyakinan rakyat

    terhadap sistem demokrasi berparlimen.10. Memenuhi kehendak/tuntutan rakyat yang menetukan kuasa politik negara

    walupun keputusan pemimpin itu tidak popular

    ( Mana-mana jawapan munasabah )

    Langkah-langkah untuk mengatasinya.

    1. Mengekalkan keamanan,pemimpin harus berpegang kepada prinsipkebebasan berteraskan prinsip perlembagaan.2. Tindakan undang-undang diambil pada sesiapa sahaja yang mennyebabkan

    wujudnya ketidakstabilan politik.3. Mengambil tindakan terhadap individu atau parti politik yang mengamalkan

    politik perkauman mengikut akta hasutan dan peruntukan undang-undang.4. Mengadakan aktiviti komuniti dan kempen-kempen perpaduan supaya rakyat

    mengetahui hak masing-masing mengikut perlembagaan negara5. Mewujudkan sistem penddidkan secara menyeluruh tanpa pengasingan

    kaum,memberi hak-hak pendidikan seperti peruntukkan perlembagaan.6. Media massa harus memain peranan menyatukan rakyat .7. Semua rakyat dari pemimpin hingga rakyat mesti mengetahui sejarah

    pembentukan negara Malaysia dan berpegang kepada prinsip pakatan

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    15/17

    murni.8. Tidak bertolak ansur di dalam mengambil tindakan undang-undang yang

    tersedia ada atau membentuk undang-undang baru bagi menjamin Intitusiraja di hormati.

    9. Pembinaan modal insan diperkukahkan,halatuju golongan muda mengikutacuan negara Malaysia dilaksanakan.

    10. Kerajaan harus memberi penjelasan yang sewajarnya dan menyakin kanrakyat tanpa berselindung di atas sesuatu dasar yang dilaksanakan.

    ( Mana-mana jawapan munasabah)

    Cabaranyang dihadapi olehMalaysia dalam mengekalkankedaulatan negara dan bangsaMalaysia dan langkah-langkahuntuk mengatasi cabarantersebut.

    Cabaran:1. Mendapat pengiktirafan dari negara maju

    2. Institusi kekeluargaan semakin luntur dan perceraian meningkat

    3. Demontrasi jalanan untuk menyuarakan ketidak puasan hati

    4. Masalah kemiskinan

    5. Kadar pengangguran tinggi

    6. Keruntuhan akhlak remaja7. Nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar

    8. Penyalahgunaan dadah

    ( Mana-mana jawapan munasabah )

    1. Melahirkan modal insane berkualiti

    2. Memperkukuh jati diri melalui PLKN

    3. Menerapkan integrity-anti rasuah

    4. Merealisasikan wawasan 2020

    5. Menjayakan konsep 1 Malaysia

    6. Memperkasa sekolah agama7. Mengukuhkan institusi kekeluargaan

    8. Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasai gejala social

    9. Menguatkuasakan undang-undang secara adil.

    ( Mana-mana jawapan munasabah )

    8 Nilai/ iktibar 5 kita rakyat Malaysia perlulah sentiasa rasa bertanggungjawab menjaga tanahtumpah darah kita untuk generasi akan datang

    kita perlulah mempunyai rasa cinta akan negara yang mendalam terhadaptanah air sendiri tanpa berbelah bahagi,

    semua rakyat perlu menjaga keutuhan sistem pemerintahan yang ada dengan

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    16/17

    sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang negara ini.

    demokrasi berparlimen akan mantap dalam negara bermasyarakat majmuksekiranya nilai toleransi menjadi pegangan kita

    sentiasa rasional menerima dasar dan sistem pemerintahan yang telahdilaksanakan demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan

    hormat dan patuh kepada pemimpin perlu diamalkan oleh semuawarganegara Malaysia untuk memantapkan sistem politik negara

    Kesimpulan

    (5 markah)

    9 Kesimpulan keseluruhan isi yang

    telah dibincangkan

    (a) Pengetahuanyang diperoleh.

    (b) Nilai-nilai murniyang

    diperoleh daripada

    pelaksanaan sistem demokrasi

    berparlimen

    (c) Harapanmenjadikan

    bangsa dan negara Malaysiacemerlang dan terbilang;

    5 Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

    Pengetahuan yang diperoleh:

    saya dapat mengetahui tentang sistem demokrasi yang diamalkan diMalaysia.

    dapat memahami tentang keunikan perlaksaan sistem raja berperlembagaan

    saya dapat mengtahui tentang peruntukan yang terkandung dalamperlembagaan Malaysia.

    saya dapat mengetahui peranan parti-parti politik yang wujud di negara kita

    Ikhtiar kepada diri, bangsa dan negara:

    Diri

    kita perlulah saling bekerjasama antara kaum untuk mengekalkankedaulatan negara

    Bangsa

    masyarakat Malaysia perlu saling hormat-menghormati amalan baik bagimengekalkan keutuhan pemerintahan dan politik negara

    semua rakyat perlu sayang dan bangga kepada negara serta meletakkankepentingan negara melebihi kepentingan diri

    setiap lapisan masyarakat perlulah sentiasa berfikiran terbuka

    menghormati pendapat orang lain untuk memantapkan sistempemerintahan demokrasi berparlimen yang sedia ada.

    Negara

    semua rakyat Malaysia perlulah menjaga kepentingan bersama untukmemajukan negara dan memberi sokongan padu kepada pemerintah demimenjaga kestabilan negara

    negara akan dipandang tinggi di mata dunia kesan perlakasanaanDemokrasi Berparlimen mengkut acuan sendiri

    Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang;

    perasaan setia,bangga dan cinta akan negara perlu kita pupuk ,dan usaha ini

    perlu diteruskan oleh generasi akan datang untuk mengukuhkan lagi bangsa

  • 7/26/2019 Bahan Kertas 3 Kedah

    17/17

    dan negara kita.Atau

    semua rakyat diharapkan terus menunjuk taat kesetiaan sistem DemokrasiBerparlimen dan mendaulatkan negara tanpa berbelah bahagi untukmeningkatkan imej negara di mata masyarakat dunia.

    semua rakyat diharap perlu memberi sokongan yang padu kepada sistempemerintahan yang ada demi menaikkan nama negara

    semua rakyat negara ini,diharap sama-sama menyumbang khidmat baktimempertahankan sistem politik yang ada untuk mengharumkan nama negara

    diharapkan,semua warganegara memahami dan mematuhi hak merekadalam sistem demokrasi berparlimen untuk mewujudkan masyarakat yangharmonis

    Harapan kita, dengan wujudnya kebebasan dalam sistem demokrasi berparlimen,masyarakat menjadi lebih kreatif kerana mereka bebas mengembangkan bakatdan potensi masing-masing.