bahan kandungan buku praktikum

13

Upload: awi-corntoz

Post on 25-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Air Merah mula dibina pada tahun 2001 dan siap dibina sepenuhnya pada bulan Oktober 2002. Kedudukan sekolah ini adalah di kawasan Bukit Kulim. Sesi persekolahannya yang pertama ialah pada 5 Januari 2003. Nama Air Merah diambil sempena terletaknya kawasan tersebut di Mukim Ayer Merah, Kulim. Pada awalnya pembukaanya, kebanyakkan pelajarnya datang dari sekitar Taman Selasih, Taman Angsana dan Taman Jati.

Keluasan SK Air Merah adalah kira-kira 5.09 ekar yang menempatkan 4 blok bangunan untuk Pembelajaran dan Pentadbiran, 1 blok untuk surau dan 1 blok untuk kantin. Juga terdapat sebuah padang permainan, dataran kejat, dan sebuah dewan terbuka. Kedudukannya yang berdekatan jalan utama Kulim ke Bukit Mertajam merupakan kedudukan yang strategik bagi kemudahanpara pelajar datang ke sekolah.

Pada awal persekolahan, bilangan murid-murid yang mendaftarkan diri seramai 390 orang yang terdiri daripada 226 orang murid lelaki dan 164 orang murid perempuan. Pecahan mengikut kaum pula terdiri daripada 335 murid Melayu, 47 murid India, 4 murid Cina dan 17 orang guru terlatih dan 5 orang guru ganti serta seorang staf sokongan. Guru Besar ialah Puan Che Indon Bt Osman.Penolong Kanan 1 ialah Puan Sabarina. Penolong Kanan HEM ialah Puan Norzita Bt. Abdullah manakala Penolong Kanan Kokurikulum ialah Puan Umirah Bt. Hussin. Seterusnya ialah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Siti Fatimah Bt. Murad.

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH 09000 KULIM , KEDAH DARUL AMAN2. KOD SEKOLAH : KBA 50303. LOKASI: BANDAR4. JARAK: 5 KM DARI BANDAR KULIM DAN PPD5. DAERAH : BANDAR BAHARU6. PPD: KULIM BANDAR BAHARU7. JENIS BANTUAN : BANTUAN KERAJAAN8. GRED : GRED B9. JENIS SESI : 1 SESI (PAGI)10. NAMA GURU BESAR : PUAN HJH CHE INDON BINTI OSMAN11. BILANGAN GURU : 73 ORANG12. ENROLMEN MURID : 1096 ORANG13. DARJAH TERTINGGI : DARJAH 614. BERASRAMA : TIDAK BERASRAMA15. NOMBOR TELEFON : 04-495796016. NOMBOR FAX : 04-495796017. LAMAN WEB : [email protected]