bahan internet

Upload: shima-kamarul

Post on 05-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahan rujukan

TRANSCRIPT

ISU PROFESIONALISME GURU:ARTIKEL YANG DIULAS

Ulasan artikel-profesionalisme guru

PengenalanMalaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion.

Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang : Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan, menyatakan sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan.

Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan pemartabatan profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya guru yang diiktiraf sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang mendapat perhatian masyarakat berikutan ledakan kemajuan negara ketika itu menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang berasaskan kemajuan infrastruktur, teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan. Namun kini, telah berubah apabila kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada setiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Hal ini ekoran kesukaran para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul dan dijamin kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu sesuai dengan arus globalisasi.

Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012) menyatakan, menurut Kamus Dewan, profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama, mereka golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Kemudian mereka golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.

Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.

Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada zahirnya, tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk diketahui dan difahami. Pertama konsep perguruan dan kosep keguruan. menurut Kamus Dewan (1989), konsep perguruan diertikan sebagai pengajaran, misalnya kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya. Konsep keguruan adalah perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Kemudian, konsep profesion keguruan dan konsep profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan (1989) juga, konsep profesion keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala, konsep profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan latihan khas.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Ciri seterusnya, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Ciri ketiga, ialah terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid.

Perkembangan

Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan cara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi temuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu yangmempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang Muhyiddin, beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion keguruan ialah program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya menjelang 2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pelbagai program pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program ini memsiswazahkan guru-guru sekolah menengah dan merupakan program khas KPM yang telah dimulakan pada tahun 1999. Program ini melibatkan kerjasama antara IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut Pendidikan Guru). Namun begitu, PKPG telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006 setelah Keputusan Jemaah menteri yang berkaitan Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam PKPG penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Kedua, Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini khsusus ditawarkan kepada guru-guru sekolah rendah untuk memberikan peluang kepada mereka menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). Program ini bermula dengan ambilan November 2008. Program yang menggunakan mod Kursus Dalam Cuti (KDC) adalah tempoh pengajiannya selama 4 tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang mengikuti program PGSR akan mengikuti pengajian hanya pada waktu cuti sekolah dan pada hari-hari lain mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa. Seterusnya Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki dalam memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah. Program yang dijalankan secara kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim ini merupakan program pengajian selama 3 tahun.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan untuk perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor perkhidmatan yang lain. Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan mewujudkan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertingi dalam perkhidmatan awam. Semua ini sepatutnya boleh dilihat sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sistem ini adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara tujuan SKPM adalah satu inisiatif yang memberikan fokus kepada pemantapan profesionalisme tenaga pendidik di sekolah yang dapat meningkatkan standard kualiti pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan. Seterusnya ia sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap kecemerlangan pada sekolah dapat dilakukan. Sistem ini juga bertujuan supaya peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah yang bermatlamat akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid.

Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah.

Implikasi Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini. Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru. Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik. Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka.Cadangan Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara, maka penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk melaksanakan penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik dan bernas. Terdapat banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang boleh diambil. Antaranya, pertama kursus peningkatan profesionalisme. Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.

Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 1996)

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah perkembangan kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974) dalam Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Maka, konsep ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seorang individu dalam alam sekitar sedikit sebanyak mencerminkan konsep dirinya.

Cadangan seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab ini dikendalikan oleh semua golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan professional guru-guru temasuklah guru-guru pelatih yang menjalani latihan dalam sesebuah kawasan. Menerusi badan ini bolehlah dikelolakan seminar dan bengkel tentang pengajaran dan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan. Guru-guru juga boleh mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang mereka sama-sama alami, seperti pengajaran untuk KBSM. Dengan wujudnya kelab ini khususnya guru pelatih, maka dapatlah mereka sokongan dan bimbingan daripada rakan-rakan sejawat atau yang berpengalaman dalam perkara-perkara tertentu. Seandainya segala usaha tersebut dilaksanakan, maka ia dengan sendirinya akan menggalakkan perubahan yang besar dalam sistem pendidikan kita. Ia meminta guru-guru memikirkan bersama-sama dengan pembuat dasar di Kementerian Pelajaran cara-cara untuk merubah dan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah-sekolah.(Robiah Sidin , 1994).

Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan kepakaran dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat yang sama dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya. Menurut mereka lagi, untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program Dalam Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian kepakaran bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi dengan komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah dalam kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru berkongsi kepakarannya bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan Ahmad, 2012).

Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya refektif perlu lebih diperkukuh. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan reflektif adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan. amalan ini akan bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta membentuk peribadi professional dalam diri setiap guru. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan pendedahan amalan reflektif kepada murid supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.

RumusanGuru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.

http://cikgukami.blogspot.my/2012/09/ulasan-artikel-profesionalisme-guru.html

Tajuk 1: Isu-Isu Profesion dan Profesional GURU SEBAGAI SATU PROFESION Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan. Ciri-ciri Profesion Konsep Perguruan Dan Keguruan Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya. Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru . Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Keguruan sebagai satu profesion Pekerjaan penting Bersifat autonomi Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan Mengutamakan perkhidmatan Keguruan Bukan Satu Profesion Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza Kuasa Kesatuan Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Autonomi Bidang ikhtisas yang lain Konsep Profesional dan Bukan Profesional- Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan. mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya. Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza. Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing. Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa; tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Etika Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. (a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar (b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. (c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara (d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Kegurua n Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Akauntabiliti Guru akauntabiliti = bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang mengawal emosi ketika mengajar Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawahttp://mizan-edu3108-drzaims.blogspot.my/2012/07/tajuk-1-isu-isu-profesion-dan.html#!/tcmbck

Isu Semasa :Prefesionalisme PerguruanIsu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.

Sehingga hari ini, isu membabitkan guru dan profesionalisme keguruan terus mendapat perhatian dan sering dibahaskan secara meluas sama ada di media massa, dalam kalangan masyarakat umum malah dibincangkan sehingga peringkat nasional dan universal. Saban hari dan waktu, pihak media massa secara berterusan menyediakan laporan yang sesetengahnya berbaur sentimen mempersendakan guru dan profesionalisme keguruan. Walaupun laporan dan gambaran yang diberikan tidak menyeluruh, namun tindakan ini berjaya memetakan suatu prejudis masyarakat umum terhadap guru dan profesionalisme keguruan. Lantas, fenomena ini turut melakarkan rasa kekecewaan, gangguan mental dan emosi guru, sementelahan bila berhadapan dengan bebanan tugas yang semakin bertambah.

Senario ini semakin serius apabila terdapat guru novis yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun mulai berasa bosan dan tidak mahu lagi bertugas sebagai guru (Chester, 1997; Keller, 2000; Sandham, 2001). Mutakhir ini, wujud kegemaran guru menjalankan tugas berkepentingan peribadi semasa waktu persekolahan sehingga boleh menjejaskan profesionalisme keguruan (Mohd Yusof, 2002; BPG, 1998; BPPDP, 1998). Dalam masa yang sama, terdapat sejumlah 98% responden guru sekitar Lembah Kelang berhasrat memilih untuk bersara awal, manakala seramai 1,045 orang guru telah menceburi sektor swasta kerana menjangkakan prospek yang menarik bakal diperoleh daripada terus kekal dalam skim perguruan yang dikatakan jumud di negara ini (Nor Azlina, 2005).

Anggapan tugas mengajar mudah dan remeh, tidak bersemangat, sentiasa murung dan bersikap acuh tidak acuh semakin meningkat di kalangan guru sejak akhir-akhir ini (Mohd Yusof, 2002). Guru bermasalah dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu bersikap negatif, sakit mental dan sakit fizikal. Sikap seperti malas, degil, berpakaian tidak kemas, melawan pentadbir, ponteng sekolah dan kelas, tidak berminat untuk mengajar, tidak menyediakan rancangan pengajaran, keluar waktu persekolahan atas urusan peribadi, sering mengambil cuti sakit sudah tentu memberikan kesan yang serius terhadap minat dan prestasi pembelajaran pelajar mereka. Dapatan kajian Jamil (2002), menerusi sesi temu bual terhadap guru terlatih di Terengganu menjelaskan guru mulai bosan, tidak lagi berminat menjadi guru, tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan, mendapati ketidakadilan dalam pengurusan sekolah, berasa tidak mendapat apa-apa dengan jawatan yang di sandang setelah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih.

Masyarakat umum mulai mempersoalkan kewibawaan guru dan profesionalisme keguruan, walaupun mereka sebenarnya terlatih dan mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing, mampu menjadi pemimpin dan pengurus pendidikan (JNSP, 2000). Laporan JNSP (2000) menjelaskan seolah-olah guru terkeliru untuk memahami situasi sebenar budaya dan iklim sesebuah sekolah, bersifat fanatik terhadap fahaman politik, gagal memahami kehendak pihak pengurusan sekolah dan pelbagai fenomena lain yang menyebabkan masalah ini wujud. Dapatan kajian JNSP (2000), melabelkan guru bersikap presentism dalam tugas seharian, bersikap defensif terhadap pembaharuan, gemar situasi kerja familiar dan menolak corak kerja penuh persaingan seperti dunia korporat yang sentiasa inginkan pembaharuan. Mekanisme Early Warning System (EWS) yang digunakan bagi mengesan guru yang tidak efisien menjadi disfungsi sehinggakan guru yang mencemari profesion dan tidak efisien terlepas tanpa sebarang tindakan.

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa daripada tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Antara kes keruntuhan moral disebutkan beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.

Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion

keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan guru yang menyebarkan ajaran anti kerajaan di mana bertentangan dengan tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008)

Di Samping itu, bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru juga telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stress.Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi.Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000).Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.

Isu Penilaian dalam Pendidikan yang tidak adil dan sambil lewa juga merupakan salah satu isu yang boleh meruntuh kredibiliti guru yang dianggap oleh masyarakat umum sebagai pekerjaan yang profesional. Selain itu sikap profesionalisme yang diterapkan dalam diri guru selama ini tercalar dek sikap guru itu sendiri yang tidak serius dalam menilai pendidikan generasi muda yang boleh menggelapkan masa depan mereka. Walaupun isu ini agak terpencil tetapi ia memberi kesan yang besar kepada imej seorang guru sebagai pekerjaan yang mulia.

Namun, berlaku juga gejala yang tidak sihatapabila penempatan guru tidak mengikut opsyen dan keperluan sekolah. Siva Subramaniam (1995) dalam kertas kerjanya bertajuk Mempertingkatkan Martabat Profesion Keguruan menyatakan, dalam sesi penempatan dan pertukaran guru, terdapat kes-kes opsyen guru tidak diambil kira. Ini mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya. Amalan ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru. Persepsi status amat penting dalam menentukan tahap keprofesionalan. Sungguhpun demikian, status ini seringkali menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan guru. Sebagai contoh, apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah sekolah, guru yang tiada pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata pelajaran tersebut (Rahmad & Norani, 1995). Fenomena ini dibuktikan melalui kajian Norani, Wan Hasmah, Chang Lee Jon dalam Profesionalisme Guru Baru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 1991 1995. Guru diarah untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka dengan alasan tiada guru. Ini menyebabkan status seseorang guru menjadi tercemar kerana mengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Selain itu, terdapat satu lagi isu yang menggugat kredibiliti guru iaitu keadilan dalam penyampaian ilmiah kepada anak didik mereka. Adalah tidak wajar seseorang guru melakukan tindakan yang sedemikian terhadap pelajar-pelajar. Ini seperti menidakkan hak asasi golongan muda untuk menuntut ilmu. Apabila ketidakadilan ini berlaku adakah wajar seseorang itu digelar sebagai pendidik yang selama ini dianggap sebagai lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi daripada kegelapan. Isu ini agak berat kerana tugasan utama seorang guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada setiap pelajar tanpa mengira bangsa, pangkat, sosioekonomi dan sebagainya. Jadi adalah tidak wajar seorang guru itu melakukan perkara tersebut terhadap para pelajar.

https://kembarailmuupsi.wordpress.com/2012/05/03/isu-semasa-prefesionalisme-perguruan/