bahan buatan dalam industri
DESCRIPTION
Kimia Ting 4TRANSCRIPT
KIMIABAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI
NAMA : AMMALYN JASRIENA BINTI JAMIL
KELAS : 4 BESTARI (2015)
NAMA GURU : PN.NORMAH BT MISPAR
1
SENARAI KANDUNGAN
No.
Kandungan Muka Surat
1. Pendahuluan 3-42. Asid Sulfurik 5-73. Penghasilan Ammonia dan garamnya 8-104. Aloi 11-135. Polimer Sintetik dan Kegunaannya 14-156. Kaca dan Seramik serta
kegunaannya16
7. Bahan Komposit dan kegunaannya 17-188. Rumusan 199. Rujukan 20
2
PENDAHULUAN
Bahan–bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses, adalah bahan-bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang daripada petroleum. Petroleum ialah bahan semula jadi. Plastik, kain sintetik (seperti nilon, rayon, poliester, acrilik) dan kaca adalah bahan buatan manusia.
3
KEPENTINGAN BAHAN BUATAN KEPADA MANUSIA
Bahan buatan manusia dapat digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian di samping dapat meningkatkan lagi ekonomi sesebuah industri.Keperluan pengguna juga dapat dipuaskan kerana taraf hidup yang semakin meningkat dan memerlukan bahan yang mudah pada era yang semakin pesat ini.
Contoh :
Bahan Pemutih Untuk menghilangkan kotoran degil pada
pakaian
Produk Membunuh Serangga Untuk membunuh serangga seperti lipas,
semut dan lain-lain lagi
Zat Aditif Untuk menambahkan kualiti makanan,
menambahkan perasa serta untuk mengawet makanan
4
Asid Sulfurik-PROSES PENGHASILAN ASID SULFURIK
Nama proses untuk menghasilkan Asid Sulfurik ialah PROSES SENTUH.
5
Sulfur Dibakar dalam udara
Sulfur Dioksida
(SO2)
Suhu : 450-500 Degree CelsiusMangkin : Vanadium (V) Oksida
Sulfur Trioksida
(SO3)
Dilarut dalam H2SO4 Pekat
Oleum H2SO7
Dilarutkan di dalam air
Asid Sulfurik H2SO4
-KEGUNAAN ASID SULFURIK KEPADA MANUSIA
1. Pembuatan detergen dan sabun
2. Pembuatan racun perosak
3. Pembuatan cat dan pewarna
-PENCEMARAN YANG BERLAKU AKIBAT PROSES PENGHASILAN ASID SULFURIK.
Asid Sulfurik inilah yang memberikan secara langsung terhadap alam sekitar kerana tindak balasnya ialah dengan air hujan dan menghasilkan larutan yang berasid.Kemudian, akan berlakulah hujan Asid.
Hujan Asid akan menyebabkan Nilai ph berkurang dan menyebabkan tanah menjadi tidak subur.Selain itu, hujan asid juga menghakis dan merosakkan harta benda.Ph air juga akan berkurang berikutan hujan asid yang berlaku dan seterusnya akan terdapat banyak hidupan akuatik mati dan keindahan alam sekitar juga terjejas.
6
-BAGAIMANA ISU PENCEMARAN TERSEBUT BOLEH DIATASI ?
Dengan menggunakan bahan semulajadi untuk digantikan dengan Asid Sulfurik dalam proses untuk menjadikan seperti detergen, sabun dan sebagainya ialah antara cara untuk mengatasi pencemaran tersebut daripada terus berlaku.
7
PENGHASILAN AMMONIA DAN GARAMNYA
-KEGUNAAN AMMONIA DALAM KEHIDUPAN
a. Untuk pembuatan baja urea
b. Untuk membuat bateri.
d. Sebagai penyejuk dalam kilang ais.
e. Sebagai bahan api roket.
f. Untuk bahan asas pembuatan bahan letupan, kertas plastik, dan detergen.
8
-PROSES PENGHASILAN AMMONIA YANG OPTIMUM
Proses Haber atau juga dikenali sebagai Proses Haber-Bosch ialah proses untuk menghasilkan ammonia secara optimum.
9
Bahan mentah yang digunakan adalah gas nitrogen dan gas hidrogen. Kedua-dua bahan ini akan dicampurkan pada nisbah 1 : 3.
Bermaksud 1 gas nitrogen bersamaan dengan 3 gas hidrogen.
Pada tangki Pemampatan (compressor), campuran tersebut akan dimampatkan pada 200atm. Kemudian dialirkan ke Reaktor. Pada
Reaktor, campuran dipanaskan pada 450C dan besi digunakan sebagai mangkin bagi mempercepatkan tindakbalas.
Seterusnya campuran mengalir ke kebuk Penyejukan, di mana di sini, gas ammonia hasil daripada tindakbalas tadi akan ditukarkan kepada
bentuk cecair. Cecair ammonia yang terhasil akan dikumpulkan. Manakala gas nitrogen dan gas hidrogen yang tidak bertindakbalas
akan dikitar semula dan akan memulakan proses tersebut sekali lagi.
-BAGAIMANA BAJA BUATAN BOLEH DIHASILKAN DAN APAKAH BAHAN-BAHANNYA ?
Baja buatan juga dihasilkan daripada Urea untuk meningkatkan lagi hasil tanaman. Urea melarut lebih lambat daripada garam Ammonium.Oleh itu, urea merupakan baja yang bertindak balas secara perlahan.
Baja Urea dihasilkan dalam industri melalui tindak balas diantara ammonia dan karbon dioksida pada suhu 200 darjah Celsius.
10
Ammonia + Karbon Dioksida Urea
ALOI
-APAKAH MAKSUD ALOI ?
Aloi ialah campuran yang terdiri daripada dua atau lebih logam mengikut kadar peratusan yang ditetapkan.Aloi mempunyai sifat-sifat logam.
-PERBEZAAN ALOI DAN LOGAM TULEN DARI SEGI SUSUNAN ATOM DAN CIRI FIZIKAL
Susunan Atom dalam Logam Tulen
11
Susunan Atom dalam Aloi
Logam Tulen AloiAtom-atom mempunyai saiz yang sama.
Atom-atom mempunyai saiz yang berbeza.
Mengandungi satu jenis atom sahaja.
Mengandungi lebih daripada satu jenis atom.
Susunan atom teratur dan sekata.
Susunan atom kurang teratur dan kurang sekata.
Lapisan atom mudah menggelongsor.
Lapisan atom sukar menggelongsor.
Mulur, tertempa dan mudah terhakis
Keras, indah dan tahan hakisan.
12
-CONTOH ALOI, KOMPOSISINYA, SIFAT FIZIKAL DAN KEGUNAANNYA.
ALOI KOMPOSISI SIFAT ALOI KEGUNAAN ALOI
Duralumin 95.5% Aluminium, 4% Kuprum, 0.5% Magnesium
Keras, Tahan hakisan, dan ringan
Membuat badan kapal terbang, basikal lumpa dan kabel eletrik.
Gangsa 90% Kuprum, 10% Stanum
Keras, tahan hakisan
Membuat pingat, pedang dan barang perhiasan.
Loyang 70% Kuprum, 30% Zink
Keras, Tahan Hakisan
Membuat peralatan elektrik dan barang perhiasan.
13
POLIMER SINTETIK DAN KEGUNAANNYA
-MAKSUD POLIMER
Polimer ialah sebatian kimia yang mempunyai molekul berantai panjang yang terdiri daripada unit-unit kecil berulang yang dipanggil monomer.
-POLIMER SEMULAJADI DAN MONOMERNYA
POLIMER MONOMERSelulosa Monomer Glukosa
Kanji Monomer GlukosaGetah Asli Monomer Isoprena
Lemak Asid Lemak dan Gliserol
14
-POLIMER BUATAN, MONOMERNYA DAN KEGUNAANNYA
POLIMER MONOMER KEGUNAANNilon Monomer diamida
dan monomer diasidMembuat tali,tekstil, dan paying terjun
Terilena Monomer diasid dan monomer diol
Membuat pakaian, stoking, dan jala ikan
Dakron Metal tereftalat dan etilen glikol
Pita rakam magnetik, kain, tektil
Teflon Tetrafluoro etena Kuali, periuk anti lekat
15
KACA DAN SERAMIK SERTA KEGUNAANNNYA
-CONTOH KACA DAN KEGUNAANNYA
JENIS KACA KEGUNAANKaca silika terlakur Cermin , Radas kaca
dalam makmalKaca soda kapur Tingkap,Cermin,BotolKaca borosilikat Alat memasak,Radas
makmalKaca plumbum Kaca perhiasan, Prisma
-KEGUNAAN SERAMIK DAN 3 CIRI CIRI SERAMIK
Kegunaan Seramik :
a. Untuk bidang perubatan seperti anggota badan tiruan, tulang dan gigi.
b. Semikonduktor seperti mikrocip yang digunakan dalam barangan elektrik seperti komputer,radio,televisyen dan lain-lain.
c. Barang teknikal contohnya bahan untuk kejuruteraan tinggi.
16
Ciri-Ciri Seramik :
i) Keras
ii) Kuat
iii) Lengai secara kimia
BAHAN KOMPOSIT DAN KEGUNAANNYA
-MAKSUD BAHAN KOMPOSIT
Bahan komposit ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis bahan yang bergabung bersama untuk membentuk satu bahan baru dengan sifat fizik dan sifat kimia yang berbeza daripada bahan asalnya.
-BAHAN KOMPOSIT DAN KEGUNAANNYA
BAHAN KOMPOSIT KEGUNAANKonkrit yang diperkukuhkan
Digunakan dalam industri pembinaan
Superkonduktor Digunakan dalam industri superkonduktor untuk membuat magnet dan cip elektronik
Gentian optik Digunakan dalam industri telekomunikasi
Kaca Fotokronik Digunakan untuk membuat cermin mata
17
-PERBEZAAN SIFAT 2 BAHAN KOMPOSIT DAN BAHAN ASALNYA
GENTIAN KACAKACA
KERAS KUAT KETUMPATAN YANG
TINGGI RAPUH
KACA GENTIAN KETUNPATAN YANG
RENDAH MUDAH DIBENTUK MEMPUNYAI KUATAN
RENGANGAN YANG TINGGI
MUDAH DIWARNAKANKONKRIT YANG DIPERKUKUH
KONKRIT KERAS RAPUH DAYA TEGANGAN
YANG LEMAH
KELULI/POLIMER KUAT DAN KERAS TAHAP TENGANGAN
YANG TINGGI TAHAN BEBAN YANG
BERAT
18
RUMUSAN-RUMUSAN KEPENTINGAN BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI
a. Salah satu kepentingan bahan buatan dalam industri ialah dapat meningkatkan lagi ekonomi pendapatan Negara di samping akan mengurangkan bilangan pengangguran di Malaysia berikutan banyak peluang pekerjaan dibuka.
b. Kepupusan seperti tumbuh-tumbuhan,binatang yang terancam juga akan semakin berkurang kerana adanya bahan buatan yang dapat menggantikan bahan-bahan semulajadi tersebut.
-TANGGUNGJAWAB PENGGUNA DALAM MEMASTIKAN PENGGUNAAN BAHAN BUATAN YANG ADA
a. Pengguna perlulah menggunakan bahan buatan tersebut dengan bijak dan mengelakkan pembaziran kerana ia akan mengakibatkan alam sekitar semakin tercemar.
19
b. Pengguna juga perlu berhati-hati dalam memastikan bahan buatan yang digunakan tidak merbahayakan diri sendiri atau orang lain.
RUJUKAN
http://www.cikguhailmi.com/2013/10/proses-sentuh-contact-process.html
http://akukimia.blogspot.com/2012/11/kimia-dalam-kehidupan-sehari-hari-bag2.html
http://www.cikguhailmi.com/2013/11/proses-haber-haber-process.html
http://www.slideshare.net/sumayyfa/sains-tingkatan-4-bab-8
https://books.google.com.my/books?id=0gQ4a5oXhkEC&pg=PA204&lpg=PA204&dq=bahan+komposit+asalnya&source=bl&ots=TEZql9Obim&sig=NXGqqN3k30V9emo3QmVLTwEcfLQ&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=bahan%20komposit%20asalnya&f=false
20
21